minit bt 4 2013

5
SJK (T) LADANG SUNGALA, 71050 SI RUSA, NEGERI SEMBILAN MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA TAMIL KALI KEEMPAT 2013 TARIKH : 26 NOVEMBER 2013 MASA : 8.30 PAGI TEMPAT : PUSAT SUMBER SEKOLAH 1.0 Ucapan Aluan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua guru ke mesyuarat Panitia Bahasa Tamil kali keempat. 1.2 Beliau menegaskan bahawa panitia merupakan elemen utama yang memastikan kualiti mata pelajaran BT sentiasa terjamin dan meningkat. 2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Bil 3 Tahun 2013 2.1 Minit mesyuarat bil 3 tahun 2013 telah dibentangkan dan disahkan. 2.1.1 Dicadang oleh En.S.Ravindran 2.1.2 Disokong oleh Cik.Annreetha 3.0 Perkara berbangkit 3.1 Pemantauan 3.1.1 Pemantauan bagu p&p Bahasa Tamil telah dibuat pada penggal pertama dan juga pada penggal yang kedua. 3.2 Aktiviti Kelas UPSR 3.2.1 Buku latih tubi, soalan-soalan tahun lepas dan buku sumbangan MIED telah digunakan secara maksima untuk membantu murid dalam meningkatkan prestasi mereka. 3.3 KSSR dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Upload: annreetha-anthony

Post on 16-Aug-2015

21 views

Category:

News & Politics


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Minit bt 4 2013

SJK (T) LADANG SUNGALA, 71050 SI RUSA, NEGERI SEMBILANMINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA TAMIL KALI KEEMPAT 2013

TARIKH : 26 NOVEMBER 2013MASA : 8.30 PAGITEMPAT : PUSAT SUMBER SEKOLAH

1.0 Ucapan Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua guru ke mesyuarat Panitia Bahasa

Tamil kali keempat.

1.2 Beliau menegaskan bahawa panitia merupakan elemen utama yang memastikan

kualiti mata pelajaran BT sentiasa terjamin dan meningkat.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Bil 3 Tahun 2013

2.1 Minit mesyuarat bil 3 tahun 2013 telah dibentangkan dan disahkan.

2.1.1 Dicadang oleh En.S.Ravindran

2.1.2 Disokong oleh Cik.Annreetha

3.0 Perkara berbangkit

3.1 Pemantauan

3.1.1 Pemantauan bagu p&p Bahasa Tamil telah dibuat pada penggal pertama

dan juga pada penggal yang kedua.

3.2 Aktiviti Kelas UPSR

3.2.1 Buku latih tubi, soalan-soalan tahun lepas dan buku sumbangan MIED telah

digunakan secara maksima untuk membantu murid dalam meningkatkan

prestasi mereka.

3.3 KSSR dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

3.3.1 Portal SPPBS telah mula berfungsi mulai bulan Julai. Semua guru Bahasa

Tamil tahap 1 telah mula memasukkan band secara online.Kalau ada

gangguan Online, sila cetak muka surat yang terpapar di skrin.

4.0 Membincangkan:

4.1 Masalah P & P dari Tahun 1 hingga 6

4.1.1 Murid-murid Tahun Satu tidak lagi menghadapi masalah mengenal huruf.

Masalah memahami sesuatu teks dalam Bahasa Tamil dan tidak menyiapkan

latihan yang diberikan masih terdapat dalam kalangan murid Tahun Dua masih

berleluasa. Bagi murid Tahun 3 pula, masalah tidak menyiapkan kerja rumah

dapat diatasi dengan memberikan kerja tulis yang minimum kepada murid-

murid bermasalah.

Page 2: Minit bt 4 2013

4.1.2 Dalam Tahun Empat, seorang murid, L.Tanalaxmi sahaja berada pada tahap

pencapaian yang sederhana. Selepas meneliti, dia menghadapi masalah

mengingat makna sesuatu perkataan dan memahami teks. Murid-murid lelaki

dalam Tahun Lima, selain daripada L.Logesvaran dan V. Kishen, menunjukkan

sedikit peningkatan dalam menulis ayat.

4.2 Cara mengatasi

4.2.1 Bagi murid tahap satu yang bermasalah, dicadangkan bagi memberi amaran

pertama terlebih dahulu. Suatu perjumpaaan tiga penjuru khas diadakan

dengan ibubapa murid-murid yang bermasalah ini bagi mendapatkan

sokongan.

4.2.2 Teknik mengajar bagi kelas-kelas tahap dua harus diubah dan diselaraskan

supaya murid-murid memahami asas penulisan Bahasa Tamil dan mengetahui

format sebenar UPSR dan memahami kehendak soalan. Latihan yang

berterusan dapat membantu murid dalam mata pelajaran Bahasa Tamil.

4.3 Analisa Pencapaian Peperiksaan / Ujian

4.3.1 Analisa peperiksaan akhir tahun

Pemahaman

Tahun Bil

murid

A B C %

Lulus

D E %

Gagal

Gred

Purata

4 3 1 1 1 100% - - - 2.00

5 7 1 2 2 71% 2 - 29% 2.71

6 5 1 1 3 100% - - - 2.40

Karangan

Tahun Bil

murid

A B C %

Lulus

D E %

Gagal

Gred

Purata

4 3 - 2 - 66.7 1 - 33.3 2.33

5 7 - 2 2 57.1 3 - 42.9 2.71

6 5 1 1 3 100 - - - 2.40

4.4 Laporan post mortem

4.4.1 Pencapaian murid tahun empat dan enam menunjukkan sedikit peningkatan

manakala tahun lima tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Page 3: Minit bt 4 2013

4.4.2 Kebanyakan murid lemah dalam Kertas Satu bahagian pemahaman dan Kertas

Dua yang mana murid-murid harus menulis ayat-ayat yang betul dari segi

tatabahasa dalam bahagian A dan menulis karangan dalam bahagian B dan C.

4.5 Penambahbaikan

4.5.1 Program tatabahasa perlu diperkukuhkan supaya murid-murid dapat

memahami dan membina ayat-ayat yang mudah dalam kertas 2.

4.6 Aktiviti Panitia

4.6.1 Buku tulis harus diperiksa dalam masa tiga hari.

4.6.2 Tamil Day akan diteruskan dengan latihan Tatabahasa dan penilaian dari

semasa ke semasa akan dilaksanakan.

4.6.3 Tamil week telah berlangsung dalam bulan Julai dan ia dapat membantu

murid serba sedikit dalam membanyakkan perbendaharaan kata.

4.6.4 Kelas tambahan bagi tahun empat dan tahun lima diberhentikan mulai bulan

Ogos hingga peperiksaan UPSR berakhir dan akan dimulakan pada minggu

seterusya iaitu pada 17 September 2013.

4.6.5 Guru menggunakan kad bacaan bagi program mari membaca bagi murid tahun

satu dan murid Tahun 2 yang mencapai prestasi sederhana dalam akademik

dan didapati ada peningkatan dalam pembacaan murid.

5.0 Hal –hal lain

5.1 Guru-guru Bahasa Tamil diminta menggunakan Bahasa Tamil yang baik sepenuhnya

sewaktu mengajar dan menggalakkan murid-murid bertutur dalam Bahasa Tamil yang

baik dan mengajar murid untuk bertutur kerana ia merupakan satu-satunya tempat

yang mana murid-murid dapat mempelajari pertuturan Bahasa Tamil yang baik.

6.0 Ucapan Penangguhan

6.1 Guru besar menyeru semua guru berkerjasama dan berkerja keras bagi meningkatkan

pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Tamil. Mesyuarat ditangguhkan pada

pukul 10 pagi dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………… ………………..……………..

(Pn R. Umma Devi) (Pn T. Ananthi)

Ketua Panitia Bahasa Tamil Guru Besar

SJK (T) Ladang Sungala SJK (T) Ladang Sungala