minit aset 1 (2014)

4

Click here to load reader

Upload: kupcaipower

Post on 22-Oct-2015

161 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

contoh minit mesyuarat aset alih kerajaan sekolah

TRANSCRIPT

Page 1: MINIT ASET 1 (2014)

SPSK PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST (ACS),JALAN MELAWIS, 41000 KLANG

SELANGOR DARUL EHSAN.

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA ASET/ALIH HARTA SEKOLAHBILANGAN 1/TAHUN 2014

Tarikh : 18.12.2013

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Pusat Sumber Sekolah

Pengerusi : Pn Khalijah bt Osman

Kehadiran (Bilangan) : 45 orang

Kehadiran : Semua ahli mesyuarat hadir (Seperti lampiran Kehadiran Mesyuarat)

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1Pengerusi majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang dapat

menghadirkan diri ke mesyuarat Jawatakuasa asset/alih harta sekolah 2014 kali

pertama. Beliau juga mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih

atas kerjasama semua guru yang telah memberi kerjasama dalam pengurusan

aset sekolah.

Tindakan : Makluman

2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG

LEPAS

TIADA

3.0 PERKARA BERBANGKIT

TIADA

4.0 LAPORAN UNIT/PERKARA BARU

4.1 Ahli jawatankuasa Aset Alih Kerajaan

Pn Khalijah memaklumkan carta organisasi jawatankuasa aset serta menerangkan

bidang kuasa dan tugas kepada semua ahli.

Penasihat : Pn Komalavalli Ambikadevi (guru Besar)

Pengerusi : En Mohamad Shahrizal (PK HEM)

Naib Pengerusi : En Bakri b Darus (PK 1)

Setiausaha 1 : En Mohd Zafli b Mohd Zainon (pegawai penerima aset)

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan

01 22 Disember 2013 00

Hak Cipta [email protected]

Page 2: MINIT ASET 1 (2014)

SPSK PK 07/3

Setiausaha 2: Pn Saadiah bt Harun (pegawai penerima aset)

AJK : 1. En Mohd Hisham (pegwai aset)

2. En Mohd Hafizul (pegawai aset)

3. En Raj Kumar (Pegawai pemeriksa aset)

4. En Fazrul Hisham ( Pegawai pemeriksa aset)

5. En Meor Asri ( pegawai pemeriksa pelupusan)

6. Pn Jamilah ( pegawai pemeriksa pelupusan)

7. En Ahmad Farid ( pegawai pelupusan ict)

8. Semua ketua panitia

9. guru penyelaras tahun

10. Pembantu tadbir N17

11. Pembantu tadbir N11

Tindakan : Untuk makluman

4.2Membincangkan bidang tugas jawatankuasa aset

Pengerusi juga menerangakan terdapat 6 tugas utama ahli jawatankuasa aset/alih

harta (Pegawai Aset) sekolah, iaitu:

4.2.1 Menyelaraskan semua urusan berkaitan dengan Pengurusan Aset Alih

Kerajaan iaitu dari segi penerimaan, pendaftaran, penyimpanan,

penggunaan, pemeriksaan, pelupusan, hapus kira dan kes kehilangan aset

alih Kerajaan;

4.2.2 Memastikan dua (2) Pegawai Pemeriksa yang telah dilantik menjalankan

pemeriksaan ke atas aset setiap tahun;

4.2.3 Memastikan dua (2) Lembaga Pemeriksa yang dilantik menguruskan

pelupusan aset;

4.2.4 Mengemukakan Laporan Tahunan iaitu Laporan Harta Modal dan Inventori,

Laporan Pemeriksaan Harta Modal dan Inventori, Laporan Perlupusan Aset

Alih Kerajaan dan Laporan Tindakan Surcaj / Tatatertib ke Jabatan pada

setiap hujung/ awal tahun berikutnya untuk disemak sebelum dikemukakan

kepada Perbendaharaan oleh Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset

Kementerian Pelajaran Malaysia. Laporan tahunan aset disediakan sebelum

16 Januari setiap tahun.

4.2.5 Bertanggungjawab untuk mengurangkan jumlah aset /alih harta sekolah

dengan berkesan.

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan

01 22 Disember 2013 00

Hak Cipta [email protected]

Page 3: MINIT ASET 1 (2014)

SPSK PK 07/3

4.2.6 Pegawai Aset Sekolah memastikan semua aset alih Kerajaan diuruskan

mengikut Pekeliling Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Aset Alih

Kerajaan (TOA) bil.5 Tahun 2007.

Tindakan Jawatankuasa

4.3 BUKU STOK

Pengerusi juga memaklumkan bahawa keadaan terkini buku stok sekolah tidak

begitu baik. Ia tidak di kemaskini dengan betul dan teratur dan berharap pada

tahun ini perkara tersebut dapat diselesaikan. Semua aset yang baru perlu

dimasukakan dalam buku stok. En Hafizul memaklumkan bahawa semua stok di

sekolah berada di dalam keadaan yang baik tetapi menghadapi masalah untuk

mengisi nombor stok kerana beliau tidak mengetahui apakan turutan yang betul

bagi nombor-nombor tersebut. Pengerusi memaklumkan matlamat jawatankuasa

pada tahun ini adalah mengemaskini stok sedia ada. Jawatankuasa telah

memutuskan untuk mendaftar semula aset baru dan sedia ada (wujud) di sekolah

seperti:

1. Meja murid

2. Kerusi

3. Komputer

4. Projektor

5. Papan tulis

6. Almari

7. Katil

8. Tilam

9. Bantal

10.Cadar

11.Langsir

12. “water cooler”

13.TV

14.Barangan pejabat

Aset akan disemak mengikut tempat yang mempunyai guru/PPM/penjaga bilik.

Menjadi tanggungjawab pemilik tempat tersebut untuk mengemaskini maklumat

aset menggunakan borang yang akan disediakan oleh Pegawai Aset sekolah.

Tindakan : pegawai aset

4.4 HAPUS KIRA

Pengerusi majlis memberitahu jika terdapat barangan yang rosak sila maklumkan

kepada pegawai pemeriksa aset supaya dapat menilai kerosakan dan dapat

membuat proses pelupusan.

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan

01 22 Disember 2013 00

Hak Cipta [email protected]

Page 4: MINIT ASET 1 (2014)

SPSK PK 07/3

Tindakan : semua guru

5.0HAL-HAL LAIN

5.1 Pn Komalavalli memaklumkan bahawa semua barangan baru termasuk peralatan

ICT perlu dimasukkan didaftarkan sebagai aset baru.

5.2 Semua ketua panitia dan penyelaras bilik khas perlu menyenaraikan semua

barangan dalam pengurusan masing-masing. Barangan yang rosak perlu di

hapuskira.

6.0 PENUTUP

6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.30 pagi.

Disediakan oleh:

_________________________

(MOHD ZAFLI B MOHD ZAINON)

Setiausaha 1

Jawatankuasa Aset Alih Kerajaan

SK Methodist ACS

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan

01 22 Disember 2013 00

Hak Cipta [email protected]