francais - pns.com.mypns/wp-content/uploads/2014/12/bulletin... · skim pembiayaan perlesenan. ......

4
Francais @ PNS 9 Francais Francais Francais Para peserta berminat untuk melihat dan mendengar penerangan pihak Aquanano mengenai perniagaan francais yang ditawarkan jenama untuk kedai dobi yang diberi nama Aquanano. “Kebetulan, kami terbaca temubual Pengarah Urusan Perbadanan Nasional Berhad (PNS) di salah sebuah akhbar mengenai Skim Pembiayaan Perlesenan. Kami terus berjumpa dan berbincang dengan PNS proses menjadi syarikat perlesenan. Bermula daripada itu, kami berubah dari usahawan dobi ke lisensor menggunakan jenama Aquanano. Selepas setahun menjadi lisensor, kami mula merangka modul perniagaan dobi secara perniagaan francais. Dan akhirnya, pada awal tahun 2013, kami berjaya menjadi francaisor,” jelas Mashetah tersenyum. Menurut Mashetah, sehingga 31 barang atau inventori. “Keunikan peniagaan francais Aquanano meliputi beberapa faktor. Bermula dengan proses pemilihan bakal francaisor yang merangkumi kaji selidik berbentuk profiling sehinggalah ke sesi temuduga, kami cukup menitik-berat soal keupayaan bakal francaisi sebagai seorang usahawan. Teknologi nano itu juga satu keunikan yang tiada pada kedai dobi yang lain. Malah, kami adalah satu-satunya syarikat dobi yang memasuki iklan di televisyen. Buat masa ini, kami sudahpun mengikat kontrak penerbitan iklan dengan syarikat Astro selama setahun dan memilih artis terkenal, Shuib Sepahtu sebagai duta Aquanano,” kata Mashetah bersungguh- sungguh. Besarlah harapan Mashetah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas syarikat francais serta jenama Aquanano agar syarikatnya terus berkembang maju. “Pastinya peluang membuka cawangan ke luar negara menjadi matlamat kami. Kami sudahpun me- ninjau potensi Aquanano di beberapa negara melalui pameran-pameran yang kami sertai. Buat masa ini, kami memastikan perancangan tiga tahun yang kami atur semenjak tahun 2009 berjalan lancar. Perancangan tiga tahun itu merangkumi pengukuhan operasi, pengembangan outlet dan pengembangan segmen pasaran,” katanya menamatkan perbualan. Ogos 2013 kedai dobi Aquanano mempunyai 35 outlet dan 15 oulet lagi sedang menunggu kelulusan. “Setakat ini, oulet Aquanano berada di seluruh Malaysia kecuali Sabah dan Kelantan,” katanya. Menurut Mashetah lagi, adalah menjadi harapan mereka supaya usahawan dobi Aquanano menggunakan peluang untuk menjadi usahawan dobi yang kukuh. “Bagi menjadi sebuah perusahaan dobi yang kukuh dengan kapasiti mendobi yang lengkap seorang pengusaha dobi memerlukan sekitar RM500 000. Kami sedar jumlah ini cukup besar bagi seorang usahawan dobi yang baru bermula. Justeru, kami wujudkan satu program yang dinamakan Program Pembangunan Outlet Aquanano,” kata Mashita. Jelasnya lagi, “Usahawan dobi Aquanano hanya memerlukan modal sebanyak RM50 000 yang meliputi kos pembelian sebuah mesin untuk membasuh dan dry cleaning, mesin pengering serta kos pengubah- suaian untuk premis seluas 150 kaki persegi. Kami sedar, zaman ini, pembeli sudah bijak memilih. Oleh itu, kami pastikan jenama Aquanano menonjolkan mutu dan ke- unikan yang lain daripada kedai dobi lain.” Lebih menarik lagi, Program Pembangunan Outlet Aquanano turut menyediakan latihan percuma tanpa had selama lima tahun, tiada yuran royalti selama lima tahun, tiada yuran pengiklanan dan tiada komitmen pembelian Teknologi nano adalah satu keunikan yang menarik minat bakal francaisi

Upload: buicong

Post on 05-Feb-2018

228 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Francais - pns.com.mypns/wp-content/uploads/2014/12/Bulletin... · Skim Pembiayaan Perlesenan. ... menitik-berat soal keupayaan bakal francaisi sebagai ... “Bagi menjadi sebuah

Francais @ PNS 9

FrancaisFrancaisFrancais

Para peserta berminat untuk melihat dan mendengar penerangan pihak Aquanano mengenai perniagaan francais yang ditawarkan

jenama untuk kedai dobi yang diberi nama Aquanano.

“Kebetu lan, kami te rbaca t e m u b u a l P e n g a r a h U r u s a n Perbadanan Nasional Berhad (PNS) di salah sebuah akhbar mengenai Skim Pembiayaan Perlesenan. Kami terus berjumpa dan berbincang dengan PNS proses menjadi syarikat perlesenan. Bermula daripada itu, kami berubah dari usahawan dobi ke lisensor menggunakan jenama Aquanano. Selepas setahun menjadi l isensor, kami mula merangka modul perniagaan dobi secara perniagaan francais. Dan akhirnya, pada awal tahun 2013, kami berjaya menjadi francaisor,” jelas Mashetah tersenyum.

Menurut Mashetah, sehingga 31 barang atau inventori.

“Keunikan peniagaan francais Aquanano meliputi beberapa faktor. Bermula dengan proses pemilihan bakal francaisor yang merangkumi kaji selidik berbentuk profiling sehinggalah ke sesi temuduga, kami cukup menitik-berat soal keupayaan bakal francaisi sebagai seorang usahawan. Teknologi nano itu juga satu keunikan yang tiada pada kedai dobi yang lain. Malah, kami adalah satu-satunya syarikat dobi yang memasuki iklan di televisyen. Buat masa ini, kami sudahpun mengikat kontrak penerbitan iklan dengan syarikat Astro selama setahun dan memilih artis terkenal, Shuib Sepahtu sebagai duta Aquanano,” kata Mashetah bersungguh-sungguh.

Besarlah harapan Mashetah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas syarikat francais serta jenama Aquanano agar syarikatnya terus berkembang maju.

“Pastinya peluang membuka cawangan ke luar negara menjadi matlamat kami. Kami sudahpun me- ninjau potensi Aquanano di beberapa negara melalui pameran-pameran yang kami sertai. Buat masa ini, kami memastikan perancangan tiga tahun yang kami atur semenjak tahun 2009 berjalan lancar. Perancangan tiga tahun itu merangkumi pengukuhan operasi, pengembangan outlet dan pengembangan segmen pasaran,” katanya menamatkan perbualan.

Ogos 2013 kedai dobi Aquanano mempunyai 35 outlet dan 15 oulet lagi sedang menunggu kelulusan.

“Setakat ini, oulet Aquanano berada di seluruh Malaysia kecuali Sabah dan Kelantan,” katanya.

Menurut Mashetah lagi, adalah menjadi harapan mereka supaya usahawan dobi Aquanano menggunakan peluang untuk menjadi usahawan dobi yang kukuh.

“Bagi menjadi sebuah perusahaan dobi yang kukuh dengan kapasiti mendobi yang lengkap seorang pengusaha dobi memerlukan sekitar RM500 000. Kami sedar jumlah ini cukup besar bagi seorang usahawan dobi yang baru bermula. Justeru, kami wujudkan satu program yang dinamakan Program Pembangunan Outlet Aquanano,” kata Mashita.

Jelasnya lagi, “Usahawan dobi Aquanano hanya memerlukan modal sebanyak RM50 000 yang meliputi kos pembelian sebuah mesin untuk membasuh dan dry cleaning, mesin pengering serta kos pengubah- suaian untuk premis seluas 150 kaki persegi. Kami sedar, zaman ini, pembeli sudah bijak memilih. Oleh itu, kami pastikan jenama Aquanano menonjolkan mutu dan ke- unikan yang lain daripada kedai dobi lain.”

Lebih menarik lagi, Program Pembangunan Outlet Aquanano turut menyediakan latihan percuma tanpa had selama lima tahun, tiada yuran royalti selama lima tahun, tiada yuran pengiklanan dan tiada komitmen pembelian

Teknologi nano adalah satu keunikan yang menarik minat bakal francaisi

Page 2: Francais - pns.com.mypns/wp-content/uploads/2014/12/Bulletin... · Skim Pembiayaan Perlesenan. ... menitik-berat soal keupayaan bakal francaisi sebagai ... “Bagi menjadi sebuah

Francais @ PNS10

PelaburanPelaburanPelaburan

HartanahPASARAN MODAL ISLAM

DI MALAYSIAOleh bAhAgiAN PELAbuRAN

ALAySiA telah membangunkan pasaran ke-wangan Islam yang komprehensif dan progresif, dan telah berkembang pesat sejak 1980-an.

Komponen utama pasaran kewangan Islam Malaysia meliputi Perbankan Islam (Islamic Banking), Takaful dan Takaful Semula (Retakaful), Pasaran Wang Islam (Islamic Money Market), Pengurusan Dana (Fund Management) dan juga Pasaran Modal Islam (Islamic Capital Market).

Potensi Pasaran Modal Islam Malaysia yang mem-berangsangkan terbukti dengan terbitan sulung Pela- buran Kerajaan (GII). Terbitan GII sebanyak RM4 bilion di bawah struktur Murabahah yang diterima umum telah terlebih langganan sebanyak 2.92 kali, iaitu tawaran bidaan tertinggi setakat Ogos 2013 hingga menghasilkan kadar hasil yang sangat kompetitif.

Produk-produk Pasaran Modal islam di Malaysia

Beberapa contoh produk yang terdapat dalam Pasaran Modal Islam antaranya Bursa Suq Al-Sila’, pasaran Ekuiti patuh Shari’ah, Shari’ah Compliant exchange Traded Funds (iETFs), Islamic Real estate Investment Trust (iREITs) dan pasaran Sukuk.

Bursa Suq Al-Sila’ menyediakan platform patuh Shari’ah buat pelabur institusi yang berminat dengan dagangan komoditi menggunakan kontrak seperti Murabahah (urusan jual beli barangan di mana harga, kos dan kadar keuntungan perlu dinyatakan dan diper-setujui) dan Tawarruq (jualan barang dengan bayaran tertangguh kepada pembeli yang kemudiannya menjual semula dengan tunai pada pihak ketiga).

Terdapat sejumlah 20 komoditi yang ditawarkan dalam Bursa Suq Al-Sila’ dan diluluskan oleh Majlis Penasihat Shariah (SAC) dari Suruhanjaya Sekuriti Ma-laysia. Tiga daripadanya yang kini didagangkan/sedia didagangkan termasuklah Crude Palm Oil (CPO), Plastic Resin (PE) dan RBD Palm Olein (OLN).

Selain itu, pasaran Ekuiti patuh Shari’ah juga turut mendapat perhatian pelabur. Sehingga 25 Mei 2012, terdapat sebanyak 825 sekuriti patuh Shari’ah dipapan dagangan yang mewakili kira-kira 89% jumlah keselu- ruhan sekuriti yang tersenarai di Bursa Malaysia. Para pelabur turut diberi pilihan untuk mempelbagaikan pelaburan mereka dengan tawaran produk Unit Amanah seperti Shari’ah Compliant exchange Traded Funds (iETFs) dan Islamic Real estate Investment Trust (iREITs).

Produk Unit Amanah ini ditawarkan kepada para pelabur dengan penyenaraian Islamic REIT pertama dunia, Al-‘Aqar healthcare ReIT pada 10 August 2006 oleh KPJ healthcare yang melibatkan 6 buah hospital miliknya. Pada awal 2007, Al hadharah Boustead men-jadi Islamic Plantation ReIT pertama dunia disenaraikan di Bursa Malaysia dan seterusnya penyenaraian semula Axis-REIT sebagai REIT patuh Shari’ah. Selain itu, Malaysia turut memiliki pasaran Sukuk terbesar di dunia dengan tawaran dalam Ringgit dan bukan Ringgit.

Pasaran Modal islam vs KonvensionalKejatuhan syarikat-syarikat kewangan gergasi dunia

seperti Lehman Brothers dan Merrill Lynch menjadi titik tolak kepada satu lagi inisiatif untuk mempertimbangkan penggunaan model Pasaran Modal Islam berbanding Konvensional. Pasaran Modal Islam adalah berpandukan prinsip perundangan Islam atau Shari’ah berbanding

M

Pasaran Modal Konvensional yang berpandukan peraturan syarikat dan negara.

Pasaran Modal Islam turut dilihat lebih telus apabila berteraskan konsep perkongsian untung-rugi (profit-sharing), bebas faedah (Riba’), perjudian (Maisir) dan kesamaran (Gharar). Pasaran Modal Islam yang bermula pada tahun 1997 merupakan model baru berbanding Pasaran Modal Konven-sional yang ditubuhkan pada tahun 1937. Perlu diingatkan, model ekonomi lama ini turut menjadi antara punca dan penyebab beberapa krisis ekonomi dunia lantaran kelemahan serta ketirisan yang terdapat pada model Konvensional itu sendiri.

Atas faktor tersebut serta mengambil peranan dalam hasrat negara untuk menjadi sebuah pusat Kewangan Islam terkemuka dunia, Perbadanan Nasional Berhad (PNS) sebagai sebuah korporat dan pelabur institusi komited terhadap kehendak pelaburan semasa bagi memaksimumkan perolehan syarikat di samping bertindak dan membuat keputusan pelaburan yang bersesuaian dengan tuntutan Shari’ah.

Page 3: Francais - pns.com.mypns/wp-content/uploads/2014/12/Bulletin... · Skim Pembiayaan Perlesenan. ... menitik-berat soal keupayaan bakal francaisi sebagai ... “Bagi menjadi sebuah

Francais @ PNS 11

Pelaburan HartanahHartanahHartanah

P

BANTU USAHAWAN FRANCAIS MILIKI HARTANAH SENDIRI

Oleh bAhAgiAN hARTANAh

Skim Penyewaan dan Pemilikan Hartanah

EMiLiKAN harta merupakan salah satu hasrat kerajaan dalam usaha menaiktaraf dan penambahan kekayaan penduduk terutamanya golongan

Bumiputera. Ironinya hasrat ini turut dikekang oleh faktor lokasi harga yang terlalu tinggi, kesukaran mendapat peluang belian dan sebagainya.

Pelbagai pertimbangan perlu diambil kira dalam menjalankan sesuatu perniagaan. Antaranya pemilihan tapak lokasi perniagaan yang bersesuaian, jarak antara dapur pusat (central kitchen) dengan cawangan jualan, pertimbangan saiz dan keluasan, potensi membesarkan ruang, berhampiran dengan pelanggan (proximity to customers), sokongan logistik dan pengangkutan, penginapan para pekerja dan lain-lain kemudahan yang berkaitan.

Malah, apabila menyewa premis perniagaan, akan timbul beberapa risiko seperti kenaikan harga sewa tapak perniagaan yang terlalu tinggi atau pemilik ingin mengambil semula premis bagi kegunaan lain. Ini akan menyebabkan ketidakpastian perancangan, membantutkan perkembangan perniagaan dan halatuju sesuatu perniagaan.

Menyedari kesukaran yang dialami oleh pihak usa-hawan menyewa tapak perniagaan strategik atas sebab kekurangan sumber atau modal, Perbadanan Nasional Berhad (PNS) telah memperkenalkan satu skim iaitu Skim Penyewaan dan Pemilikan Hartanah (SPPH).

SPPH bertujuan menyediakan kemudahan kepada para usahawan mengatasi masalah tersebut. Skim ini membantu menyediakan lebih banyak premis perniagaan kepada usahawan khususnya Bumiputera yang berniaga di lokasi strategik pada kadar sewa kompetitif. Melalui skim ini, PNS membantu dengan membeli premis tersebut dan disewakan kepada usahawan dahulu, dan seterusnya usahawan tersebut membeli hartanah tersebut.

Pelaburan hartanah merupakan salah satu langkah PNS dalam membantu meningkatkan pertumbuhan industri francais negara. Ini adalah selaras dengan objektif dan agenda menaiktaraf usahawan terutamanya golongan Bumiputera dalam usaha memiliki premis perniagaan, dan menyokong program pembangunan transformasi ekonomi negara dalam mencapai taraf negara maju dan berpendapatan tinggi.

Bag i memas t i kan ha r tanah yang d im i l i k i adalah berkualiti, PNS sentiasa aktif mengenalpasti dan melabur da lam har tanah yang d ianggap s t ra teg ik bag i jangkamasa pendek mahupun panjang. Sehingga kini, hartanah yang dimiliki oleh PNS terdiri daripada rumah kedai, kedai pejabat, bangunan komersil merangkumi kawasan di Bangi, Klang, Kuantan, Seberang Perai, Shah Alam (Seksyen 3),

Puncak Alam, Seremban 2, Seremban 3 dan Wangsa Maju. Usahawan juga boleh mencadangkan kepada PNS

sekiranya telah mengenalpasti kawasan atau tapak perniagaan bersesuaian dengan kehendak perniagaan mereka. Hartanah ini kemudiannya akan dibeli atau dibangunkan oleh PNS dan disewakan mengikut syarat perjanjian bersesuaian dengan kemampuan pembayaran oleh usahawan.

Pertimbangan bagi kategori jenis-jenis hartanah merangkumi pelbagai jenis seperti rumah kedai, gudang, kedai pejabat, ruangan di kompleks beli belah, pusat peranginan dan tanah kosong yang akan dibangunkan.

Dataran Suria (Puncak Alam)

Puncak Bistari(Shah Alam)

Bangi Gateway

Sunway Perdana (Seberang Perai, Pulau Pinang)

Shah Alam (Seksyen 3)

Seremban 3

Page 4: Francais - pns.com.mypns/wp-content/uploads/2014/12/Bulletin... · Skim Pembiayaan Perlesenan. ... menitik-berat soal keupayaan bakal francaisi sebagai ... “Bagi menjadi sebuah

Francais @ PNS12

adbir urus korporat yang baik tidak boleh di-capai semata-mata kepada kekuatan peraturan-peraturan. Pengarah mempunyai tanggungjawab

bukan hanya dalam menetapkan hala tuju strategik dan menyelia perjalanan perniagaan serta mematuhi undang-undang, mereka juga perlu menjadi penjaga yang berkesan ke atas syarikat berkenaan dengan penerapan nilai etika, dan memastikan struktur tadbir urus yang berkesan dengan risiko dan tahap kawalan dalaman yang sesuai.”

Ini merupakan petikan daripada teks ucapan Tan Sri Zarinah Anwar, Mantan Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada 29 Mac 2012.

Ucapan tersebut memberi penerangan jelas bahawa struktur tadbir urus korporat yang berkesan di dalam organisasi harus menerapkan etika nilai murni dalam perlaksanaan tanggungjawab di samping mempunyai kawalan dalaman yang berkesan ke atas menangani masalah di dalam risiko perniagaan. Elemen ini perlu digabungkan bagi memberi manfaat kepada pemegang saham dan yang berkepentingan. Bagi memahami hubungan di antara ketiga-tiga elemen tersebut, kita seharusnya memahami definisi Tadbir Urus Korporat, etika dan kawalan dalaman dengan lebih jelas.

Tadbir Urus Korporat merupakan satu proses dan struktur yang digunakan secara langsung dalam menguruskan perniagaan serta hal ehwal syarikat ke arah meningkatkan kemakmuran perniagaan. Objektif utama tanggungjawab korporat adalah untuk merealisasikan nilai pemegang saham bagi tempoh jangka masa panjang, di samping mengambil kira kepentingan pihak-pihak berkepentingan ke atas syarikat.

Manakala etika pula adalah satu sistem prinsip moral dan budaya kerja yang diamalkan dan diterapkan ke dalam nilai kerja. Ia berkenaan prinsip betul atau salah dan kebaikan atau keburukan daripada motif serta matlamat akibat tindakan tersebut.

Oleh JAbATAN AuDiT DALAMAN

“T

Audit DalamanAudit DalamanAudit Dalaman

TADBIR URUS KORPORAT, ETIKA DAN KAWALAN DALAMAN

Inovasi

Justeru, di dalam bidang perakaunan dan peng-auditan, kawalan dalaman merupakan satu proses yang dipengaruhi oleh struktur, carta aliran kerja dan carta organisasi. Ia berhubung rapat dengan kemanusiaan dan sistem pengurusan maklumat yang direka untuk mem-bantu organisasi mencapai matlamat atau objektif ter- tentu.

Berdasarkan penjelasan ketiga-tiga elemen ini akan menjadi satu budaya kerja di mana pihak pengurusan tertinggi dapat membentuk, mengarah dan mengawal organisasi berdasarkan sistem yang teratur. Sistem yang dimaksudkan merangkumi proses, kawalan, akauntabiliti dan membuat keputusan berdasarkan motif dan matlamat yang memberikan kebaikan pada organisasi. Di samping itu, ia berkenaan cara di mana pihak pengurusan melaksana dan menggunakan kuasa yang diamanahkan kepada mereka dengan betul, beretika dan dapat memanfaatkan segala harta dan sumber syarikat demi menambah nilai kepada pemegang saham dan pihak yang berkepentingan ke atas syarikat.

TadbirUrus

KawalanDalaman

Budaya Kerja

Etika

Tadbir Urus

Etika

Kawalan Dalaman

Budaya Kerja

Proses dan struktur untuk:1. Mengarah dan menguruskan perniagaan dan hal ehwal syarikat ke arah

menambahkan lagi:a. Kekayaan perniagaan; danb. Meningkatkan akauntabiliti.2. Mencapai objektif utama iaitu dengan menambah nilai jangka masa panjang

pemegang saham dan juga mengambil kira kepentingan pihak lain.

Sistem prinsip-prinsip moral yang merangkumi:1. Peraturan kelakuan; dan2. Nilai-nilai yang berkaitan dengan tingkah laku manusia yang berkaitan dengan

betul atau salah.

1. Merupakan satu proses yang direka untuk membantu organisasi mencapai matlamat dan objektif tertentu; dan

2. Memainkan peranan penting dalam mencegah dan mengesan penipuan dan melindungi sumber-sumber organisasi.