minggu 8

3
Bilangan Jurnal :Ke 8 Minggu Praktikum :Kelapan Tarikh Peristiwa / Kejadian :30 Mac – 1 April 2015 Tajuk Jurnal :Sikap Kerap Ke Tandas Sewaktu Kelas 1. Masalah / Peristiwa Pada minggu kelapan ini, ianya pada asalnya bukanlah menjadi satu masalah murid pergi ke tandas namun demikian lain pula halnya sekiranya murid yang sama gemar ke tandas kerap kali dalam tempoh masa sejam sewaktu kelas dijalankan. Hal ini mengganggu proses pengajaran guru dan pembelajaran murid di dalam kelas. Murid ini sering ke tandas namun bukannya untuk membuang air kecil atau besar tetapi hanya membuang masa berada di luar kelas untuk bermain bersama rakan di tandas. Murid lelaki terutamanya bermain di tandas dan membuat bising. Terdapat juga murid lelaki yang suka menakutkan murid perempuan. Perbuatan seperti ini sememangnya boleh menjadi masalah yang kompleks dan berat sekiranya tidak dibendung. Guru akan terganggu emosi sekiranya melihat pergerakan murid yang kerap ke tandas tanpa tujuan. 2. Analisis

Upload: enyrose

Post on 16-Jan-2016

102 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

jurnal minggu 8

TRANSCRIPT

Page 1: minggu 8

Bilangan Jurnal :Ke 8

Minggu Praktikum :Kelapan

Tarikh Peristiwa / Kejadian :30 Mac – 1 April 2015

Tajuk Jurnal :Sikap Kerap Ke Tandas Sewaktu Kelas

1. Masalah / Peristiwa

Pada minggu kelapan ini, ianya pada asalnya bukanlah menjadi satu masalah murid

pergi ke tandas namun demikian lain pula halnya sekiranya murid yang sama gemar ke

tandas kerap kali dalam tempoh masa sejam sewaktu kelas dijalankan. Hal ini

mengganggu proses pengajaran guru dan pembelajaran murid di dalam kelas.

Murid ini sering ke tandas namun bukannya untuk membuang air kecil atau

besar tetapi hanya membuang masa berada di luar kelas untuk bermain bersama rakan

di tandas. Murid lelaki terutamanya bermain di tandas dan membuat bising. Terdapat

juga murid lelaki yang suka menakutkan murid perempuan. Perbuatan seperti ini

sememangnya boleh menjadi masalah yang kompleks dan berat sekiranya tidak

dibendung. Guru akan terganggu emosi sekiranya melihat pergerakan murid yang

kerap ke tandas tanpa tujuan.

2. Analisis

Masalah ini berpunca daripada guru yang dengan senang hati memberikan kebenaran

kepada murid untuk ke tandas. Guru sepatutnya mengehadkan bilangan murid yang

pergi ke tandas bagi mengelakkan gangguan terhadap proses Pengajaran dan

Pembelajaran di dalam kelas. Sikap murid yang tidak mementingkan pelajaran juga

harus dibendung dan dirawat serta merta bagi mengelakkan sikap negatif ini berlaku

berterusan.

Page 2: minggu 8

3. Cadangan Tindakan Susulan

Masalah ini dapat diselesaikan dengan cara menggunakan kad keluar ke tandas yang

hanya akan dipakai untuk seorang. Maka, bilangan murid yang pergi ke tandas dapat

dikurangkan serta-merta. Guru boleh membenarkan murid yang ingin membuang air

untuk pergi ke tandas sebelum proses Pengajaran dan Pembelajaran bermula dan tidak

ada sesiapa yang boleh keluar dari kelas selepas itu. Selain itu, guru sekali-sekala pergi

menjenguk pergerakan murid ke tandas dan melihat apakah yang dilakukan oleh

mereka.

4. Tempoh Masa Dan Keberkesanan Tindakan Susulan

Tempoh masa yang diambil oleh saya untuk mengenal pasti masalah ini dan mencari

ikhtiar penyelesaiannya ialah selama 2 hari iaitu sewaktu saya mengajar di kelas Tahun

5. Pada kali pertama saya mengenal pasti masalah dengan cara memerhatikan

kekerapan murid keluar dari kelas untuk ke tandas. Manakala kali kedua ialah jalan

penyelesaian dimana saya memberitahu murid-murid tentang penggunaan kad keluar

ke tandas.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :