minggu 3 (kumpulan b)

Upload: azmeer-ismail

Post on 06-Oct-2015

231 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

rph rbt tahun 4

TRANSCRIPT

MINGGUHARITARIKH

3KHAMIS22/01/2015

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

KELAS

: 5 GADING (KUMPULAN B)MASA

: 9.45 10.45TAJUK2.0 ASAS TEKNOLOGI

MASA60 minit

STANDARD KANDUNGAN2.2. Memasang dan membuka kit model berfungsi secara

elektromekanikal berpandukan manual.

STANDARD PEMBELAJARAN2.2.1 Membaca dan memahami manual.

2.2.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang diperlukan untuk

memasang dan membuka kit model.

2.2.3 Mengenal pasti nama dan fungsi komponen kit model seperti roda

dan gandar, gegancu dan rantai, takal dan tali sawat, motor, gear,

kerangka, suis, pemegang bateri, sel solar, sensor dan alat

kawalan jauh.

OBJEKTIF PEMBELAJARANPada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:1. membaca dan memahami manual.

2. menyatakan nama dan fungsi alatan tangan dengan betul.

3. menyatakan nama dan fungsi komponen kit model dengan betul.

RINGKASANMurid membaca dan memahami manual dengan bimbingan guru. Nama, fungsi alatan tangan dan komponen yang terdapat dalam kit model didedahkan kepada murid.

KEMAHIRAN1. Membaca manual kit model.

2. Mengenal pasti nama, fungsi alatan dan komponen kit model.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUMKeusahawanan :

EK 2 - boleh mendapat maklumat daripada sumber.

Kreativiti - menghasilkan idea dari pemerhatian.

Nilai murni - yakin dan mematuhi peraturan.

BAHAN BANTU MENGAJARKit model, manual, carta, alatan tangan.

AKTIVITI P&P1. Guru mempamerkan kit model yang telah siap dipasang kepada murid. Guru bersoal jawab dengan murid. Guru mengaitkan jawapan murid dengan pengajaran pada hari ini.

2. Guru mengedarkan kit model kepada setiap kumpulan.

3. Guru membimbing murid membaca dan memahami manual kit model. 4. Guru menerangkan nama, fungsi dan cara penggunaan alatan tangan dengan betul. 5. Guru menerangkan nama dan fungsi komponen kit model seperti roda dan gandar, gegancu dan rantai, takal dan tali sawat, motor, gear, kerangka, suis, pemegang bateri, sel solar, sensor dan alat kawalan jauh. 6. Murid menamakan alatan tangan dan komponen kit model yang ditunjukkan oleh guru. 2. Guru meminta murid memberikan beberapa contoh kegunaan komponen yang pernah dilihat pada persekitaran.

7. Guru membuat rumusan pengajaran dengan memberi bandingan beberapa contoh kit model lain yang terdapat di pasaran.

PENILAIAN P&PGuru mengedarkan lembaran kerja untuk dilengkapkan seperti lampiran.

PENGETAHUAN SEDIA ADAMurid sudah mempelajari set binaan yang ada kesamaan dengan kit model semasa berada di tahap 1

REFLEKSI