minggu 3

Upload: lishalini-rajandran

Post on 10-Jan-2016

230 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

masyarakat pluralistik

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

MASYARAKAT PLURALISTIKALAM MELAYUKONSEP PLURALITI DAN MASYARAKAT PLURALISTIKSemula jadi, tanpa paksaan dan fleksibel.

Masyarakat pelbagai bangsa di alam Melayu sebelum kedatangan kuasa-kuasa penjajah (Eropah) yang terbentuk melalui proses semula jadi tanpa sebarang rancangan pemaksaan di sebaliknya.

Pluraliti Bercirikan pemaksaan dan perbezaan

Terbentuk selepas zaman kedatangan orang-orang Eropah.

Penjajah membawa masuk pendatang asing dari China dan India ke Asia Tenggara untuk kepentingan ekonomi.

Dasar penjajah menyebabkan mereka gagal berasimilasi dengan penduduk, alam sekitar dan sistem sosial-politik-agama yg wujud di Asia Tenggara. Masyarakat PluralKesan: wujud kelompok-kelompok masyarakat yg hidup terasing daripada kelompok yg lain walaupun tinggal di tempat yg sama (Masyarakat Majmuk)

Penjajahan Barat : menjadi titik pemisah antara Pluraliti dan masyarakat Plural.

Pluraliti alam Melayu boleh dikaji berdasarkan pluraliti sosial dan alam sekitar.

Pluraliti sosial dapat dilihat berdasarkan realiti kehidupan masyarakat yang ada.

Pluraliti alam sekitar merujuk kepada keadaan alam sekitar dan muka bumi alam Melayu yang begitu mudah berinteraksi dengan kawasan-kawasan lain di dunia.

Cth: Bunga raya dibawa dari kepulauan Pasifik. Getah dibawa dari Brazil.

Proses pembentukan masyarakat pluralistikPenjajahan Eropah & InggerisPenjajahan BelandaKesultanan Melayu MelakaPenjajahan PortugisKesultanan Melayu Melaka

Pembentukan masyarakat plural yang lebih luas berlaku apabila negeri-negeri persisir Selat Melaka terdedah kepada perdagangan antarabangsa.

Kedudukan Selat Melaka yang strategik memudahkan para pedagang singgah sama ada untuk berdagang, mendapat bekalan makanan dan membaiki kapal.

Kemudahan yang disediakan dan dasar menggalakkan para pedagang datang dan tinggal di Melaka yang dirancang oleh Sultan dan pembesar telah menjadi daya tarikan pedagang untuk datang ke situ.

Bangsa-bangsa yang datang berdagang di Melaka telah mewujudkan interaksi dan menggalakkan asimilasi di antara bangsa melalui perkahwinan campur.

Antara kelompok yang membentuk masyarakat di Melaka adalah Melayu, India, Cina, Benggali, Arab dan Cina-Melayu yang membentuk masyarakat Cina Peranakan di Melaka

Pembentukan masyarakat plural yang digalakkan oleh pemerintah Melaka meninggalkan banyak kesan positif terutama dari segi penyebaran Islam, perkembangan ekonomi, politik dan sosial sehinggalah Melaka diserang Portugis pada tahun 1511.Penjajahan Portugis

Kemakmuran Melaka telah menarik minat Portugis

Tujuannya bolehlah diringkaskan kepada 3 perkataan iaitu agama, kekayaan dan kemegahan (Gospel, Gold and Glory).

Kedatangan Portugis ke Melaka telah membawa kepada berakhirnya zaman keagungan Kesultanan Melayu Melaka yang terbina sejak lebih satu kurun.

Setelah berjaya menawan Melaka, orang Portugis menduduki Melaka selama lebih kurang 130 tahun.

Kesannya wujudlah masyarakat Serani yang beragama Kristian hasil dari perkahwinan bangsa Portugis dengan penduduk tempatanPenjajahan Belanda

Belanda menjadi sebahagian jajahan takluk King Philip (raja negara Sepanyol).

Akibat daripada pertikaian agama, Belanda bangun melawan kekuasaan Sepanyol dan mencapai kemerdekaan pada tahun 1548.

Portugal dan Belanda mempunyai hubungan perniagaan.

Apabila Portugal ditawan oleh King Philip (1580) menyebabkan hubungan mereka terputus

Keadaan ini mendorong Belanda mencari jalan terus ke kawasan yang mengeluarkan hasil rempah di Asia.

Pada tahun 1639 Belanda dapat menawan Melaka melalui perjanjian dengan negeri Johor.

Disebabkan faktor-faktor tertentu akhirnya Melaka diserahkan kepada British melalui Perjanjian Inggeris-Belanda (1824).

Penjajahan Eropah & Inggeris

Inggeris pula menggunakan senjata serampang dua mata di dalam misi-misi kedatangan mereka iaitu penjajahan berbentuk imperialisme dan kolonialisme.

Imperialisme menjajah secara fizikal: kekayaan muka bumi sprt bijih timah dan emas diambil demi kepentingan ekonomi negara mereka sendiri.

Imperialisme British membawa masuk buruh dari China dan India untuk mengusahakan lombong dan ladang getah.

Kolonialisme menjajah secara fizikal & mental memperkenalkan sistem sosial, politik dan agama mereka kepada penduduk tempatan.

Kolonialisme British berjaya menjajah dan mengawal kehidupan masyarakat peribumi yang ramai dengan jumlah mereka yang sedikit.

Zaman Pluraliti Kesultanan Melayu Melaka

Dari segi pemerintahan

Para pegawai istana terdiri drp campuran orang-orang Melayu tempatan dengan bangsa-bangsa asing yg datang berdagang dan menetap di istana.

Perkahwinan campur di antara pemerintah Melaka dengan anak pemerintah China

Pemerintah Melaka mengambil kira keharmonian di antara kaum.

Perlembagaan Melaka yg berasaskan ajaran Islam (Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka) menyumbang kepada kemakmuran dan kemajuan sistem pemerintahan Melaka.

Dari aspek perdagangan

Perdagangan Melaka berjalan dengan lancar hasil daripada sistem pemerintahan terbuka dan pentadbiran pelabuhan yg cekap.

Pelaksanaan Undang-undang Laut Melaka menjamin tahap keselamatan yg tinggi kepada ribuan kapal pedagang.

Kecekapan kawalan terhadap hasil rempah-ratus yg menjadi tarikan kepada kedatangan pedagang asing.

Kependudukan.

Zaman empayar Melaka zaman pluraliti. Berlaku penghijrahan secara alamiah tanpa ada paksaan daripada mana-mana pihak, mereka tidak memerlukan pasport dan visa untuk memasuki sesuatu kawasan.

Pedagang Arab, Cina, India dll telah berasimilasi dengan penduduk tempatan dengan baik sekali dan telah mewujudkan kategori masyarakat yg tidak pernah wujud sebelumnya iaitu masyarakat Baba dan Mamak.

-Empayar Melaka memperlihatkan wujudnya interaksi aktif dalam kalangan pelbagai kaum dan bangsa di Melaka.

TERIMA KASIH