minggu 2

3

Click here to load reader

Upload: fanera-jeffery

Post on 05-Sep-2015

220 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Jurnal

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU Feryn Fanera Jeffery KAMPUS IPOH Praktikum Fasa 3

JURNALBilangan Jurnal: Kedua

Minggu Praktikum: 2

Tarikh Peristiwa / Kejadian: 9 Februari 2015 hingga 13 Februari 2015

Tajuk Jurnal: Masalah dari segi Pengurusan Masa

1. Masalah /Peristiwa

Pada minggu kedua praktikum ini, saya telah mengalami masalah dari pengurusan masa iaitu masa adalah tidak mencukupi seperti yang telah saya rancangkan di dalam rancangan pengajaran harian yang telah dibuat.

Terdapat aktiviti yang telah dirancangkan tidak dapat dijalankan kerana saya mengalami masalah dari segi kesuntukan masa. Hal ini menimbulkan masalah bagi saya untuk mencapai objektif, khususnya objektif di akhir dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari-hari tertentu.

2. Analisis

Masalah yang timbul berkenaan perancangan masa dapat diperhatikan semasa saya memberikan penerangan yang terlalu panjang menyebabkan aktiviti dan isi pelajaran yang telah saya rancangkan terpaksa memakan masa yang lama sehingga menjejaskan masa pada langkah yang seterusnya. Contohnya, semasa aktiviti kumpulan dijalankan,ia mengambil masa yang lama dari yang dirancangkan. Saya juga terpaksa menggunakan masa yang lebih banyak terutamanya semasa memberikan pengukuhan dari segi membaca dan menulis huruf dengan betul agar murid saya betul-betul memahami perkara yang diajar. Namun saya juga perlu mempertimbangkan bahawa penguasaan terhadap masa adalah penting agar murid lebih mencapai objektif yang telah disasarkan kepada mereka.

3. Cadangan Tindakan Susulan Saya perlu membaiki pengurusan masa saya dari semasa ke semasa dan memperbaikinya dengan memperbanyakkan maklumat dan pengetahuan tentang pengurusan masa.

Langkah-langkah yang perlu saya usahakan untuk mengatasi masalah ini adalah :

1)Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan penerangan masa dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menguruskan masa dengan lebih sempurna.2)Saya juga akan mengikuti masa seperti yang telah dirancang dan sentiasa peka terhadap waktu yang telah saya peruntukkan semasa melakukan proses pengajaran dan pembelajaran.3)Bagi memastikan bahawa aktiviti secara berkumpulan tidak melebihi masa yang telah ditetapkan, saya akan sentiasa mengingatkan murid-murid saya tentang masa yang ada dan meminta mereka menyiapkan kerja mereka pada masa yang ditetapkan.4)Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru pembimbing disamping berbincang dengan rakan-rakan yang lain.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin. Pengurusan masa yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu objektif-objektif bagi sktiviti slot seterusnya yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya.

Disemak oleh : Disahkan oleh :Guru Pembimbing Pensyarah Penyelia

Tandatangan : Tandatangan :

Nama : Nama :

Tarikh : Tarikh :