migrasi buruh

5
b) Sejauhmana cabaran globalisasi dari segi sosiobudaya terutama migrasi buruh antarabangsa mempengaruhi hubungan etnik di Malaysia. Terdapat pelbagai kaum di Malaysia seperti kaum Cina, India, Serani, Siam, Bugis, Jawa dan sebagainya. Mereka ialah golongan imigran yang datang dan menetap di Tanah Melayu sama ada secara tetap ataupun hanya sekadar singgah untuk memenuhi keperluan mereka. Secara mudahnya, mereka bukanlah penduduk asal di Tanah Melayu. Migrasi pertama yang berlaku di Tanah Melayu amat sukar untuk ditentukan. Apa yang pasti ianya bukanlah hanya berlaku apabila era penjajahan itu bermula,tetapi sudah berlaku ketika zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka lagi (abad ke- 15). Bahkan ada yang mengatakan bahawa orang Arab (imigran) itu sudah mula memasuki Kedah (Tanah Melayu) seawal abad ke-9 lagi dan kemasukan Cina pada abad ke 7. Migrasi buruh antarabangsa berupaya untuk mempengaruhi hubungan etnik di Malaysia. Kita sedia maklum, Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai agama dan budaya. Sebelum merdeka lagi, Malaysia sudah didiami dengan tiga kaum yang utama, iaitu Melayu, Cina dan India. Namun kini, apabila berlakunya migrasi buruh antarabangsa yang semakin bertambah, telah mempengaruhi kaum etnik di tanah air kita. Migrasi buruh antarabangsa bukan sahaja memberikan impak yang postif kepada negara kita namun, ada juga impak negatifnya. Wujud pro dan kontranya untuk isu migrasi buruh antarabangsa ini. Migrasi buruh antarabangsa memberi banyak kesan terhadap negara kita. Hasil daripada kegiatan perdagangan yang terjalin antara pedagang China, Arab dan India di Tanah Melayu di Melaka, maka secara tidak langsung hubungan antara imigrasi ini terjalin melalui perkahwinan. Pelbagai pengaruh yang positif yang telah dibawa oleh mereka. Antaranya ialah budaya atau cara hidup mereka. Dari segi adat perkahwinan, kita telah banyak menerima pengaruh daripada imigrasi antarabangsa ini seperti adat persandingan, adat berinai, merisik, dan sebagainya. Perkahwinan juga telah mewujudkan etnik-etnik yang baru hasil daripada kahwin campur seperti golongan Baba-Nyonya, Chetti, dan sebagainya. Golongan Baba-Nyonya amat unik kerana mereka mengamalkan cara hidup Melayu.

Upload: farahhanis1991

Post on 03-Apr-2018

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

7/29/2019 migrasi buruh

http://slidepdf.com/reader/full/migrasi-buruh 1/5

b) Sejauhmana cabaran globalisasi dari segi sosiobudaya terutama

migrasi buruh antarabangsa mempengaruhi hubungan etnik di Malaysia.

Terdapat pelbagai kaum di Malaysia seperti kaum Cina, India, Serani,

Siam, Bugis, Jawa dan sebagainya. Mereka ialah golongan imigran yang

datang dan menetap di Tanah Melayu sama ada secara tetap ataupun hanya

sekadar singgah untuk memenuhi keperluan mereka. Secara mudahnya,

mereka bukanlah penduduk asal di Tanah Melayu. Migrasi pertama yang

berlaku di Tanah Melayu amat sukar untuk ditentukan. Apa yang pasti ianya

bukanlah hanya berlaku apabila era penjajahan itu bermula,tetapi sudah

berlaku ketika zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka lagi (abad ke-

15). Bahkan ada yang mengatakan bahawa orang Arab (imigran) itu sudah

mula memasuki Kedah (Tanah Melayu) seawal abad ke-9 lagi dan

kemasukan Cina pada abad ke 7.

Migrasi buruh antarabangsa berupaya untuk mempengaruhi hubungan

etnik di Malaysia. Kita sedia maklum, Malaysia merupakan sebuah negara

yang mempunyai pelbagai agama dan budaya. Sebelum merdeka lagi,

Malaysia sudah didiami dengan tiga kaum yang utama, iaitu Melayu, Cina dan

India. Namun kini, apabila berlakunya migrasi buruh antarabangsa yang

semakin bertambah, telah mempengaruhi kaum etnik di tanah air kita. Migrasi

buruh antarabangsa bukan sahaja memberikan impak yang postif kepada

negara kita namun, ada juga impak negatifnya. Wujud pro dan kontranya

untuk isu migrasi buruh antarabangsa ini.

Migrasi buruh antarabangsa memberi banyak kesan terhadap negara

kita. Hasil daripada kegiatan perdagangan yang terjalin antara pedagang

China, Arab dan India di Tanah Melayu di Melaka, maka secara tidak

langsung hubungan antara imigrasi ini terjalin melalui perkahwinan. Pelbagai

pengaruh yang positif yang telah dibawa oleh mereka. Antaranya ialah

budaya atau cara hidup mereka. Dari segi adat perkahwinan, kita telah

banyak menerima pengaruh daripada imigrasi antarabangsa ini seperti adat

persandingan, adat berinai, merisik, dan sebagainya. Perkahwinan juga telah

mewujudkan etnik-etnik yang baru hasil daripada kahwin campur seperti

golongan Baba-Nyonya, Chetti, dan sebagainya. Golongan Baba-Nyonya

amat unik kerana mereka mengamalkan cara hidup Melayu.

7/29/2019 migrasi buruh

http://slidepdf.com/reader/full/migrasi-buruh 2/5

Dari segi pemakaian, pedagang dari Arab juga telah banyak

mempengaruhi cara pemakaian di negara kita terutamanya bagi penganut

agama Islam, seperti abaya atau jubah, baju kurung dan sebagainya. Dari

sudut makanan pula, negara kita mempunyai pelbagai jenis makanan yang

enak disebabkan migrasi antarabangsa ini. Antaranya ialah roti canai yang

popular dalam kalangan kaum India, tauhu, yong taufu, roti tisu, muruku, dan

sebagainya.

Selain itu, terdapat juga pelbagai pengaruh senibina. Contohnya,

menara masjid Tengkera di Melaka mencerminkan senibina Pagoda di

China.Begitu juga dengan seni tempa yang dikatakan diinspirasikan dari

kebudayaan Cina. Antara pengaruh lain ialah dalam pembuatan tembikar dan

 juga seni kaligrafi Cina yang sudah dipergunakan secara meluas semenjak

dahulu lagi.

Kemasukan buruh antarabangsa secara tidak langsung telah

menggalakkan pembangunan dari segi infrasturktur. Petempatan moden telah

dibuka dan dimajukan dalam usaha untuk menampung pertambahan

masyarakat di negara kita. Proses pembandaran berlaku dengan pesatnya

seiring dengan pertambahan migrasi buruh antarabangsa. Kesannya,

keadaan ekonomi bertambah baik dan maju secara tidak langsung. Sehingga

hari ini pun, kemasukan buruh antarabangsa untuk bekerja di sektor-sektor 

kurang pekerja telah memajukan ekonomi negara meskipun kemasukan

buruh antarabangsa yang terlalu ramai akan meneyebabkan sesetengah

kaum etnik di Malaysia kehilangan dan kekurangan peluang untuk bekerja.

Namun, di sebalik itu, terdapat juga pelbagai kesan negatif akibat

daripada isu ini. Migrasi antarabangsa besar-besaran di Malaysia telah

mempengaruhi struktur umur dan jantina penduduk di Malaysia secara tidak

langsungnya. Sebahagian besar migrasi terdiri daripda kaum lelaki

berbanding wanita dan majoritinya golongan dewasa lebih ramai daripada

kumpulan umur lain. Namun, kesan ini hanyalah bersifat sementara kerana

migrasi secara berpilih telah mengimbangkan semula struktur umur dan

 jantina di Malaysia. Selain itu, migrasi buruh antarabangsa juga telah

mewujudkan pertambahan masyarakat majmuk di Malaysia. Kedatangan

buruh antarabangsa dari kawasan yang masyarakatnya berbeza dari segi

budaya dan agama di Malaysia telah menyukarkan proses integrasi kaum.

7/29/2019 migrasi buruh

http://slidepdf.com/reader/full/migrasi-buruh 3/5

Penumpuan kaum di kawasan tertentu menggalakkan proses

pengasingan tempat kediaman menurut kaum dan agama, hal ini secara tidak

langsung akan menyebabkan hubungan antara etnik tidak dapat dipupuk

untuk bersatu padu. Setiap kaum etnik hanya menumpukan perhatian

terhadap tiap kaum masing-masing tanpa menghiraukan kaum-kaum lain di

sekeliling. Perpaduan antara berbilang kaum tidak akan dapat dipupuk

apabila wujudnya sikap mementingkan kaum sendiri sahaja. Migrasi buruh

antarabangsa seringkali tertumpu pada bandar-bandar utama yang

mempunyai kegiatan ekonomi yang maju, Di Malaysia, sebahagian besar 

migrasi tertumpu di Kuala Lumpur yang merupakan kawasan maju di

Malaysia. Namun, kos sara hidup yang tinggi di bandar-bandar maju telah

menyebabkan buruh antarabangsa ini mendiami petempatan setinggan di

pinggir bandar dan akhirnya menyebabkan masalah kesesakan dan berbagai-

bagai masalah sosial lain timbul. Kemasukan buruh antarabangsa kedalam

kelompok hidup kaum etnik di Malaysia secara tidak langsung telah

mengubah hubungan yang sedia ada. Dari segi positifnya, masyarakat

bertambah berbilang kaum namun, kontranya adalah tidak semua migrasi

buruh antarabangsa diterima baik oleh kaum etnik di Malaysia. Hal ini kerana,

segelintir buruh antarabangsa telah menyebabkan bertambahnya masalah

sosial seperti jenayah ragut, rompak, rogol dan sebagainya. Terdapat juga

segelintir buruh antarabangsa tidak dapat menyesuaikan diri dengan adat dan

budaya timur yang kaum etnik di tanah air kita amalkan. Wujud juga isu

perebutan petempatan antara kaum etnik di Malaysia dan buruh

antarabangsa di sesetengah kawasan tumpuan.

Buruh asing juga telah banyak memberi sumbangan dalam

pembangunan ekonomi negara kita. Hal ini dapat dilihat bahawa kerajaan

telah mengambil langkah yang bijak, dalam mengawal kenaikan gaji buruh

dan inflasi. Kerajaan dapat mengurangkan penggunaan wang yang banyak

untuk membayar gaji tenaga pekerja yang ramai serta kerajaan tidak perlu

membayar gaji yang lumayan kerana mereka tidak meminta gaji yang tinggi.

Namun, jika kita lihat sekarang, kebanyakan buruh asing ini telah mula

membuka perniagaan kecil-kecilan dan akhirnya telah berkembang dengan

besar. Hal ini akan mengakibatkan persaingan yang sengit dalam kalangan

penduduk negara.

7/29/2019 migrasi buruh

http://slidepdf.com/reader/full/migrasi-buruh 4/5

Kegiatan jenayah boleh menggugat keselamatan sosial dan penduduk.

Selain itu, kedatangan buruh asing telah mempergiatkan kegiatan rumah urut

di mana perkhidmatan seks ditawarkan kepada pelanggan yang datang pada

harga yang murah. Hal ini telah menyebabkan wabak penyakit yang serius

menular dengan meluas seperti penyakit HIV, AIDS, dan sebagainya.

Kedatangan mereka juga telah mengakibatkan banyak pusat-pusat hiburan

seperti bar dan karaoke ditubuhkan. Ekoran daripada fenomena inilah yang

mengakibatkan pelbagai penyakit telah menular, mereka juga cuba

menyebarkan ajaran sesat kepada penganut agama Islam di Malaysia. Hal ini

akan menimbulkan isu yang lebih serius kerana telah menyentuh sensitiviti

agama.

Jika dilihat dari segi politik dan pengurusan, kehadiran buruh asing

yang terlalu ramai, boleh menggugat kestabilan politick negara. Kegagalan

pihak berkuasa menggubal satu undang-undang dan sekaligus mengawal

kemasukan buruh asing ini dan merekodkan kedatangan mereka, secara

tidak langsung pandangan orang luar terhadap pengurusan di negara kita

amat lemah. Hal ini mungkin akan menjadi lebih serius sekiranya buruh asing

ini menyamar sebagai penduduk tetap Malaysia. Mereka akan mendapat

status kerakyatan tanpa sebarang syarat.

Kesimpulannya, imigrasi buruh antarabangsa ini telah memberi banyak

kesan positif dan negatif dalam negara kita. Negara kita dipandang sebagai

sebuah negara yang unik kerana mempunyai kepelbagaian etnik serta

budaya. Namun, pihak berkuasa perlu juga mengambil tindakan susulan dan

segera supaya kemasukan yang terlalu banyak yang melebihi daripada

keperluan tidak akan terus berlaku. Hal ini bukan sahaja akan menggugat

kedudukan negara, malah ia akan membawa pelbagai masalah yang serius

 jika ia tidak dibendung.

7/29/2019 migrasi buruh

http://slidepdf.com/reader/full/migrasi-buruh 5/5