mib presentation

17
KUMPULAN A UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM MIB SESI MUZAKARAH (K. 11) SABTU, 11.00 – 12.00 TENGAH HARI DORANENTY BINTI HAJI AWG. ABDULLAH – 11B8169 (PENGERUSI) (SETIAUSAHA) (PELAPOR) (PEMBENTANG) ? ? ? ? ? ?

Upload: treaure

Post on 18-Dec-2014

20.052 views

Category:

Education


1 download

DESCRIPTION

Done By;Dora N. H.A.A.

TRANSCRIPT

Page 1: MIB Presentation

KUMPULAN A

UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

MIBSESI MUZAKARAH (K. 11)

SABTU, 11.00 – 12.00 TENGAH HARI

DORANENTY BINTI HAJI AWG. ABDULLAH – 11B8169 (PENGERUSI)(SETIAUSAHA)

(PELAPOR)(PEMBENTANG)

??????

Page 2: MIB Presentation

PENGENALAN ISI KANDUNGAN

KESIMPULAN

BRUNEI NEGARAMELAYU ISLAM BERAJA

Page 3: MIB Presentation

Pengenalan:Negara Brunei Darussalam sangat terkenal dangan kekuatan falsafah negara oleh seluruh dunia, berlandaskan falsafah negara iaitu konsep MIB “Melayu Islam Beraja” yang menjamin kemakmuran, kesejahteraan, keamanan dan perpaduan seluruh pendudukannya yang sihat dengan membekalkan keIslaman yang murni.

Walaupun terdapat beberapa puak dan juga rakyat yang bukan beragama Islam, namun atas kesetiaan mereka pada Sultan dan Negara, ianya tetap mendapat kesepaduan di bawah kebijaksanaan pemerintahan Sultan yang mentadbir. Dan ini juga berkat falsafah Melayu Islam Beraja itu sendiri yang membentuk dan sebagai penentu calak keBruneian.

‘Negara Brunei Darussalam adalah dengan izin serta limpah Kurnia Allah Subhanahu Wata’ala, akan untuk selama-lamanya kekal menjadi sebuah Negara

Melayu Islam Beraja yang Merdeka, Berdaulat dan Demokratik bersendikan kepada ajaran-ajaran Ugama Islam.’ Menurut Ahli Sunnah Waljamaah……”

Petikan titah Pemashuran kemerdekaaan Negara Brunei Darussalam

Page 4: MIB Presentation

ISIKANDUNGAN

TAKRIFM-MELAYU, I-ISLAM & B-BERAJA

SEJARAH PEMBENTUKANMELAYU ISLAM BERAJA

MELAYU ISLAM BERAJAMENJADI PENENTU CALAK BRUNEI

Page 5: MIB Presentation

Takrif Melayu Islam Beraja:

DEFINISI MELAYU ISLAM BERAJA:

Dalam konteks ini Melayu Islam Beraja itu dijadikan asas untuk integrasi kebangsaan Brunei dan dijadikan sumber rujukan serta idea untuk pembentukkan calak bangsa Brunei, calak negara yang akan dibentuk dan dipertahankan haruslah mengikut lunas atau dasar Melayu Islam Beraja itu.

Secara ringkas falsafah Melayu Islam Beraja ini adalah sebagai konsep yang menegakkan prinsip-prinsip dan nilai-nilai Islam yang berlandaskan Al-Quran dan hadis Rasulullah S.A.W. sebagai tunggak bagi semua kegiatan yang menyentuh kepentingan negara, bangsa, bahasa dan budaya Melayu serta keutamaan institusi beraja untuk sistem pemerintahan Negara Brunei Darussalam.

Page 6: MIB Presentation

Melayu Dalam Melayu Islam Beraja:

Istilah ‘Melayu’ dalam konsep Melayu Islam Beraja dapatlah ditakrifkan bahawa Negara Brunei Darussalam adalah negara ‘Melayu’ yang mengamalkan nilai-nilai tradisi atau kebudayaan Melayu yang mempunyai unsur-unsur kebaikan dan menguntungkan. Manakala istilah Melayu Brunei itu pula bermaksud tujuh puak seperti dalam perlembagaan Negeri Brunei 1959 iaitu Belait, Bisaya, Brunei, Dusun, Kedayaan, Murut dan Tutong. Dan termasuklah orang Melayu yang sudah berjanji setia (menjadi rakyat Sultan) di negara ini.

Islam Dalam Melayu Islam Beraja:

Istilah ‘Islam’ pula adalah agama yang diredhai oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang telah menjadi teras pemerintahan Kesultanan Brunei sejak zaman-berzaman, dan ianya telah dimaktubkan dalam Perlembagaan Negeri Brunei 1959 sebagai Ugama Rasmi Negara mengikut Mazhab Shafie Ahli Sunnah Wal Jama’ah. Islam juga adalah satu-satunya cara hidup yang melengkapi demi kesejahteraan umat manusia di dunia dan di akhirat.

Page 7: MIB Presentation

Beraja Dalam Melayu Islam Beraja:

Sistem ‘Beraja’ adalah satu sistem tradisi Melayu yang sudah lama wujud sejak terdirinya Kerajaan Melayu Brunei. Sistem pemerintahan beraja telah dapat membawa negara mencapai matlamat-matlamat dan sistem pemerintahan berdasarkannya telah dapat membawa kebajikan kepada masyarakat.

Sultan di dalam Institusi Beraja memerintah dan menjadi ketua negara dan seterusnya menjadi ketua pentadbir bagi pentadbiran dan pengurusan negara dan kerajaan. Kuasa Sultan yang telah dinyatakan dibawah Perlembagaan adalah seperti berikut:

“… Kuasa memerintah yang tertinggi bagi Negara Brunei Darussalam adalah terletak di dalam tangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda

Sultan dan Yang Di-Pertuan …”

Kuasa yang diamanahkan di bawah Perlembagaan kepada Baginda ini ditumpukan bagi kebajikan, kesejahteraan serta keamanan rakyat dan penduduk.

Page 8: MIB Presentation

Kearah ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersempena Sambutan Jubli Perak Baginda Menaiki Takhta pada 5 Oktober 1992 telah bertitah antara lain:-

“… jika kita teliti dan perhatikan dengan jujur, membuktikan bahawa sistem pemerintahan yang kita amalkan selama ini yang telah berjalan sekian lama itu,

adalah kukuh dan malahan berjaya membawa kebajikan kepada rakyat dan negara. Jadi dari bukti yang ringkas ini, adalah cukup untuk memberikan

jaminan dan keyakinan bahawa “sistem pemerintahan beraja” yang telah kita warisi dan pelihara itu telah berhasil menciptakan kebahagian dan keunggulan

untuk Negara Brunei Darussalam …”

Hubungan di antara raja dan rakyat adalah berasaskan kepada tanggungjawab timbalbalik sebagaimana jua wawasan pemerintahan tradisi “raja hendaklah adil dan rakyat janganlah menderhaka” dan sama-sama menunaikan amanah Allah Subhanahu Wata’ala.

Secara amnya, kepentingan falsafah ini dapat dilihat daripada konteks dimana ianya membolehkan negara ini mengharungi dunia di era globalisasi dengan calak Brunei yang tersendiri dengan berteraskan kepada ajaran ugama Islam dan identiti bangsa Brunei.

Page 9: MIB Presentation

Sejarah Pembentukan MIB:Negara Brunei Darussalam telah melalui lima zaman dalam menegakkan Melayu Islam Beraja sebagai falsafah negara iaitu:

1.Zaman Pengasasan Melayu Islam Beraja ( 1363-1485)2.Zaman Keemasan Melayu Islam Beraja ( 1485-1578)3.Zaman Ujian dan ketahanan Melayu Islam Beraja (1578-1959)4.Zaman Pemulihan Melayu Islam Beraja (1959-1983)5.Zaman Penegakkan Melayu Islam Beraja ( bermula pada tahun 1984)

1. Zaman Pengasasan Melayu Islam Beraja (1363-1485):

Awang Alak Betatar menegaskan MIB sebagai falsafah Negara Brunei Darussalam sebaik-baik sahaja baginda memeluk agama Islam dan mengunakan gelaran Sultan Muhammad Shah. Pengislaman baginda secara mutlak menjadikannya sultan Brunei yang pertama mengetuai rakyat melayu baginda untuk secara beransur-ansur menerapkan cara kehidaupan Islam.

Page 10: MIB Presentation

2. Zaman Keemasan Melayu Islam Beraja ( 1485-1578):

Zaman ini merupakan zaman Sultan Bolkiah yang menaikkan status Brunei Darussalam dari sebuah negara merdeka yang kecil menjadi sebuah empayar yang disegani. Semasa pemerintahan baginda, wilayah-wilayah Brunei bertambah luas dalam tempoh 39 tahun.

3.Zaman Ujian dan Ketahanan Melayu Islam Beraja (1578-1957):

Zaman ini di kenalpasti sebagai yang paling bercelaru di dalam sejarah Brunei dan dalam perkembangan MIB sebagai pegangan Negara. Ia dibahagikan kepada lima tahap. Setiap tahap mempunyai peristiwa-peristiwa yang berbentuk perpecahan. Lima tahap tersebut adalah:

a)Pendudukan Sepanyol Semasa Perang Kastila (1578)b)Perebutan kuasa semasa Perang Saudara 12 tahun (1661-1673)c)Penglibatan langsung keluarga Brooke (1839-1888)d)Perlaksanaan Perjanjian Naungan 1888 yang berat sebelah (1888-1905)e)Perlaksanaan Perjanjian Tambahan 1906 (1906-1959)

Page 11: MIB Presentation

4. Zaman Pemulihan Melayu Islam Beraja ( 1959-1983):

Penekanan rasmi oleh kerajaan British bahawa Brunei mesti mempertahankan Melayu Islam Beraja sebagai falsafah rasmi Negara yang telah diusahakan oleh Sultan Omar Ali Saifuddein III secara khususnya bersama rakyat yang taat. Sebelum tahun 1975, satu siri perbincangan dan muzakarah telah dilakukan di antara delegasi Brunei (yang diketuai oleh sultan) dengan kerajaan British mengenai masa depan Brunei yang ditumpukan khusus bagi mengkaji perjanjian 1906. Secara praktisnya, Brunei berkehendak sebuah kerajaan sendiri dalam negeri dan tidak memerlukan lagi taraf negeri naungan.

Akhirnya dalam tahun 1978 dan 1979 satu perjanjian baru, yang secara rasmi mengesahkan penamatan tanggungjawab kerajaan Brutish mengenai hal ehwal luar dan pertahanan Brunei Darusslam menjelang hujung tahun 1983 ditandatangani.

Page 12: MIB Presentation

5. Zaman Penegakan Melayu Islam Beraja (Bermula Tahun 1984):

Empat tahun setelah penandatangani Perjanjian 1979 dan persediaan untuk menerima tanggungjawab penuh sebagai sebuah negara merdeka dilaksanakan, Negara Brunei Darussalam kini melangkah ke arena antarabangsa pada 1 januari 1984 dengan membawa bersama satu identiti dan calak KeIslaman melalui seruan suci “Allahu Akbar” (Allah Maha Besar). Sejurus selepas seruan suci tersebut, Sultan Haji Hassanal Bolkiah mengistiharkan bahawa Falsafah Melayu Islam Beraja menjadi falsafah Negara Brunei Darussalam dan dengan falsafah ini akan menjadi penentu calak Brunei:

“…..Negara Brunei Darussalam adalah dengan izin serta limpah kurnia Allah Subhanahu Wataala,akan untuk selama-lamanya kekal menjadi sebuah Negara Melayu Islam Beraja yang merdeka,berdaulat dan demokratik,bersendikan kepada ajaran-ajaran ugama Islam menurut Ahlussunnah wal-Jemaah ….

Page 13: MIB Presentation

MIB Menjadi Penentu Calak Brunei

Falsafah Kenegaraan ialah idea mengenai cara berbangsa dan bernegara yang digali daripada calak hidup bangsa itu sendiri. Yang pasti, Falsafah Melayu Islam Beraja setentunya mengandungi idea yang mempengaruhi calak hidup Brunei bagi proses pengukuhan kemerdekaan kita pada zaman yang penuh dengan cabaran.

Kita melihat Melayu Islam Beraja itu sebahagian daripada Falsafah dalam Rangkaian Aspirasi Nasional yang menekankan Falsafah Kenegaraan Brunei, iaitu dengan mengutarakan ketiga-tiga unsurnya. Ia hendaklah dilihat dan difahami serta dirasakan dengan sebenar-benarnya oleh semua lapisan masyarakat.

Pencapaian semula kemerdekaan bagi Brunei bukanlah setakat menguasai semula dengan sepenuhnya kedaulatan politik, tetapi tidak kehilangan teras kenegaraannya yang turun temurun iaitu Brunei merupakan negara melayu yang dibentuk dengan mendapat calaknya daripada unsur dan pengaruh Islam lalu bekerjasama secara pemerintahan beraja oleh sultan-sultan Melayu yang beragama Islam.

Page 14: MIB Presentation

Konsep Melayu Islam Beraja diproklamirkan di negara ini dengan tujuan supaya ia akan kekal dan menjadi budaya hidup masyarakat Negara Brunei Darussalam. Walaupun pada pandangan awal nampaknya seolah-olah Melayu Islam Beraja ini menekan satu kelompok masyarakat (melayu Islam) sahaja, tetapi masaalah perkauman tidak timbul kerana sememangnya negara ini milik orang Melayu Islam dengan unsur pemerintahan dan kebudayaan serta kegiatan hariannya berlandaskan Melayu Islam itu juga.

Melayu Islam Beraja sebagai falsafah negara menjadi norma dalam kehidupan berbangsa dan bernegara, dan menjadi asas perumusan dasar negara. Ia juga menjadi garis pandu dalam pembentukan peribadi, perwatakan identiti dan calak hidup kebruneian.

Falsafah Melayu Islam Beraja bukan idea, fikiran, fahaman, gambaran dan cita-cita yang cetek malah setiap unsur yang bersepadu dalam falsafah negara iaitu keMelayuan, keIslaman dan keSultanan ialah unsur dinamik bagi kelangsungan hidup dan menghayati serta kekalnya Negara brunei Darussalam serta sama sekali tidak membantutkan perkembangan masa depan negara.

Page 15: MIB Presentation

Di antara ciri-ciri yang terdapat dalam Falsafah Melayu Islam Beraja:

1.Nilai sebagai komponen dalam pembentukan Calak Brunei.2.Nilai Utama dalam Melayu Islam Beraja.3.Etika dan Budaya.4.Bahasa Melayu sebagai komponen dalam pembentukan Calak Brunei.5.Sikap yang diterapkan dalam Melayu Islam Beraja sebagai penentu Calak Brunei.6.Unsur Kehidupan Melayu Islam Beraja dalam menentukan Calak Brunei.7.Islam sebagai Pengukuhan Melayu Islam Beraja dalam menentukan Calak Brunei.8.Ketaatan Kepada Raja Dalam Konsep Melayu Islam Beraja Menjadi Sebahagian Dari Penentu Calak Brunei.

Page 16: MIB Presentation

KesimpulanBrunei Negara Melayu Islam Beraja adalah sesuatu sistem yang berakar-umbi daripada warisan pemerintahaan Raja-Raja Melayu Brunei. Calak/acuan dan sistem tersebut merupakan tapak kukuh untuk kehidupan bangsa Melayu Brunei, Islam dan institusi kesultanan. Justeru asas inilah bangsa Melayu Brunei itu dapat bertahan sebagai sebuah negara dikalangan masyarakat antarabangsa.

Dengan berfalsafahkan konsep Melayu Islam Beraja ini, negara kita telah berjaya membuktikan kepada dunia dengan keutuhan sistem politik beraja dan mampu mengekalkan identiti kebruneian selaras dengan perkembangan dunia moden dalam era globalisasi masa kini.

Kita juga sepatutnya merasa bangga kerana telah Berjaya mempertahankan dan mengekalkan institusi kesultanan, adat resam negara, budaya-budaya kebruneian yang telah diwarisi lebih dari 600 tahun yang lalu.

ض� ر�� و�األ م�اء� الس� م�ن� �ات� ك �ر� ب �ه�م �ي ع�ل �ا ن �ح� �ف�ت ل � �ق�وا و�ات � #وا آم�ن ى �ق#ر� ال ه�ل�

� أ �ن� أ �و� و�لMafhumnya:

Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi. (al-A’raaf:96)

Page 17: MIB Presentation