tesis alfread 2003

109
FAKTOR PERMINTAAN PENGGUNAAN TELEFON RUMAH (TALIAN TETAP KEDIAMAN) BERBANDING SELULAR DI SEKITAR BANDARAYA KUCHING ALFREAD ANAK MAGGIE 5657 FAKULTI EKONOMI DAN PERNIAGAAN UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2002/03

Upload: alfread-maggie

Post on 29-Jun-2015

203 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

tesis 2003 telefon talian tetap n selular

TRANSCRIPT

Page 1: tesis alfread 2003

FAKTOR PERMINTAAN PENGGUNAAN TELEFON RUMAH (TALIAN

TETAP KEDIAMAN) BERBANDING SELULAR DI SEKITAR BANDARAYA

KUCHING

ALFREAD ANAK MAGGIE

5657

FAKULTI EKONOMI DAN PERNIAGAAN

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2002/03

Page 2: tesis alfread 2003

SENARAI JADUAL

JADUAL 1: Latar Belakang Responden 30

JADUAL 2: Maklumat Penggunaan Telefon Tetap Kediaman 36

JADUAL 3: Perkaitan Pendapatan Dengan Maklumat Penggunaan

Telefon Tetap Kediaman 41

JADUAL 4: Perkaitan Sektor Pekerjaan Dengan Maklumat Penggunaan

Telefon Tetap Kediaman 41

JADUAL 5: Perkaitan Taraf Pendidikan Dengan Maklumat Penggunaan

Telefon Tetap Kediaman 42

JADUAL 6: Persepsi Responden Terhadap Faktor Perkhidmatan 43

JADUAL 7: Persepsi Responden Terhadap Faktor Harga 44

JADUAL 8: Persepsi Responden Terhadap Faktor Liputan 46

JADUAL 9: Analisa Faktor Perkhidmatan (KMO) 47

JADUAL 10: Analisa Faktor Perkhidmatan (Communalities) 48

JADUAL 11: Analisa Faktor Perkhidmatan (Total Variance Explained) 49

JADUAL 12: Analisa Faktor Perkhidmatan (Rotated Component Matrix) 50

JADUAL 13: Analisa Faktor Harga (KMO) 51

JADUAL 14: Analisa Faktor Harga (Communalities) 51

JADUAL 15: Analisa Faktor Harga (Total Variance Explained) 52

JADUAL 16: Analisa Faktor Harga (Rotated Component Matrix) 53

JADUAL 17: Analisa Faktor Liputan (KMO) 54

Page 3: tesis alfread 2003

JADUAL 18: Analisa Faktor Liputan (Communalities) 55

JADUAL 19: Analisa Faktor Liputan (Total Variance Explained) 56

JADUAL 20: Analisa Faktor Liputan (Rotated Component Matrix) 57

Page 4: tesis alfread 2003

SENARAI RAJAH

RAJAH 1: Taraf Pendidikan 31

RAJAH 2: Sektor Pekerjaan 32

RAJAH 3: Pendapatan 33

RAJAH 4: Jantina 34

RAJAH 5: Taraf Perkahwinan 35

RAJAH 6: Jangka Masa Menggunakan Telefon Rumah 37

RAJAH 7: Jumlah Talian 38

RAJAH 8: Purata Bil Sebulan 39

RAJAH 9: Pemasangan Semula 40

Page 5: tesis alfread 2003

PENGESAHAN PELAJAR

Saya mengakui bahawa Projek Tahun Akhir bertajuk “FAKTOR PERMINTAAN

PENGGUNAAN TELEFON RUMAH (TALIAN TETAP KEDIAMAN)

BERBANDING SELULAR DI SEKITAR BANDARAYA KUCHING” ini adalah

hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan, petikan, huraian dan ringkasan yang tiap-tiap

satunya telah saya nyatakan sumbernya.

Tarikh Serahan Alfread Anak Maggie

No. Matrik: 5657

Fakulti Ekonomi dan Perniagaan

Universiti Malaysia Sarawak

Page 6: tesis alfread 2003

PENGESAHAN PENYELIA

Setelah diteliti Projek Tahun Akhir bertajuk “FAKTOR PERMINTAAN

PENGGUNAAN TELEFON RUMAH (TALIAN TETAP KEDIAMAN)

BERBANDING SELULAR DI SEKITAR BANDARAYA KUCHING” yang dibuat

oleh Alfread Anak Maggie (No. Matrik: 5657), pihak penyelia berpuas hati dengan

Projek Tahun Akhir ini sebagai memenuhi syarat pengijazahan

Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Perniagaan Dengan Kepujian

(Ekonomi Industri Dan Organisasi)

Tarikh Serahan Encik Jamal Abdul Nassir Bin

Shaari

Fakulti Ekonomi dan Perniagaan

Universiti Malaysia Sarawak

Page 7: tesis alfread 2003

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada

Tuhan di atas keizinan dan limpah kurniaNya. Dengan keizinan daripadaNya, saya telah

dapat menyiapkan Projek Tahun Akhir ini bagi memenuhi syarat dan keperluan untuk

mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Perniagaan Dengan Kepujian. Selain itu

saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia saya iaitu

Encik Jamal Abdul Nassir bin Shaari yang telah banyak memberi dorongan dan sokongan

kepada saya dalam menyiapkan projek ini. Seterusnya saya juga ingin mengucapkan rasa

terima kasih kepada Puan Norzaidahwati, selaku pemeriksa kedua dan juga kepada

pensyarah-pensyarah lain yang telah memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang

pengajian di Universiti Malaysia Sarawak. Tidak lupa juga kepada staf-staf fakulti yang

telah banyak membantu.

Kepada orang tua dan adik-beradik saya, jutaan penghargaan juga ingin

diucapkan. Keluarga saya telah banyak memberikan sokongan dan inspirasi kepada saya

untuk menyiapkan projek ini. Seterusnya saya ingin mengucapkan penghargaan kepada

rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak memberikan sokongan dan bantuan di dalam

menyiapkan projek ini. Terima kasih kepada Abdus Salam, Ahmad Fuad Shah, Mohd

Muhaimin, Bernard, Mohd. Johairi dan rakan-rakan dari Fakulti Ekonomi Dan

Perniagaan serta dari fakulti-fakulti yang lain.

Tidak lupa juga kepada responden-responden yang telah memberi kerjasama

semasa mengisi borang soal selidik. Hasil projek ini adalah kerana sumbangan anda

semua. Terima kasih sekali lagi.

Page 8: tesis alfread 2003

KERANGKA KONSEPTUAL

Perkaitan dengan ciri-ciri

demografi

Permintaan perkhidmatan

talian telefon

Faktor hargaFaktor liputan

Faktor perkhidmatan

Page 9: tesis alfread 2003

Senarai Jadual

Senarai Rajah

BAB 1: PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1-3

1.1 Pernyataan Masalah 3-5

1.2 Objektif Kajian 5

1.3 Rasional Kajian 6

1.4 Hipotesis Kajian 6-7

1.5 Definisi Istilah 7-9

1.6 Batasan Kajian 9

BAB 2: ULASAN KARYA TERPILIH

2.0 Pengenalan 10

2.1 Teori Permintaan 10-11

2.2 Faktor Ekonomi 11-12

2.3 Teori Kos 12-14

2.4 Faktor Kualiti 14-15

2.5 Keperluan Sosial 15-17

2.6 Faktor Teknologi 17-18

2.7 Barang Pengganti 18-19

BAB 3: METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 20

3.1 Pengumpulan Data 21

3.1.1 Pengumpulan Data Primer 21-22

3.1.2 Pengumpulan Data Sekunder 22-23

Page 10: tesis alfread 2003

3.2 Penganalisaan Data 23

3.2.1 Analisa Deskriptif 23

3.2.1.1 Pengukuran Kekerapan 23-24

3.2.1.2 Analisa Faktor 24-25

3.2.2 Analisa Statistik Inferens 25

3.2.2.1 Korelasi 25-26

3.3 Hipotesis Kajian 26

BAB 4: KEPUTUSAN KAJIAN

4.0 Pengenalan 27

4.1 Latar Belakang Responden 28-33

4.2 Maklumat Penggunaan Talian Tetap Kediaman 34-40

4.3 Persepsi Responden Terhadap Permintaan Telefon Rumah

Berbanding Selular Di Bandaraya Kuching

41

4.3.1 Faktor Perkhidmatan 41-42

4.3.2 Faktor Harga 42-43

4.3.3 Faktor Liputan 44-45

4.4 Analisa Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Permintaan

Telefon Rumah Berbanding Selular

45

4.4.1 Analisa Faktor Perkhidmatan 45-48

4.4.2 Analisa Faktor Harga 49-52

4.4.3 Analisa Faktor Liputan 52-55

BAB 5: PERBINCANGAN KAJIAN

5.0 Pengenalan 56

Page 11: tesis alfread 2003

5.1 Latar Belakang Responden 56

5.1.1 Taraf Pendidikan 56-57

5.1.2 Sektor Pekerjaan 58

5.1.3 Pendapatan 58-59

5.1.4 Jantina 59-60

5.1.5 Taraf Perkahwinan 60

5.2 Maklumat Penggunaan Telefon Tetap Kediaman 61

5.2.1 Jangka Masa Penggunaan Telefon 61

5.2.2 Jumlah Talian Yang Digunakan 61-62

5.2.3 Purata Bil Bulanan 62

5.2.4 Pemasangan Semula 62-63

5.3 Analisa Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Permintaan 63

5.3.1 Analisa Terhadap Faktor Permintaan 63-64

5.3.2 Analisa Terhadap Faktor Harga 65

5.3.3 Analisa Terhadap Faktor Liputan 66-67

5.4 Kesimpulan 67

BAB 6: KESIMPULAN DAN CADANGAN

6.0 Pengenalan 68

6.1 Kesimpulan 68-70

6.2 Cadangan 70-71

BAB 1

Page 12: tesis alfread 2003

PENDAHULUAN

1.0 PENGENALAN

Industri telekomunikasi merupakan salah satu industri yang semakin mendapat

perhatian di kalangan firma-firma besar di Malaysia. Ini merupakan ia adalah salah

satu daripada industri yang sedang meningkat dengan pesat. Telekomunikasi

merupakan perkara yang tidak dapat dielakkan daripada penduduk yang terdapat di

Malaysia. Ia telah dapat dikatakan sebagai menjadi salah satu daripada keperluan

asas bagi setiap penduduk. Dengan adanya perkhidmatan telekomunikasi yang

ditawarkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi maka ia telah memudahkan

perhubungan di antara individu, sama ada yang terdapat dia dalam lingkungan negara

Malaysia mahupun antara individu yang berada di luar negara. Dapat dikatakan juga

telekomunikasi amat mempengaruhi kegiatan dan aktiviti manusia dalam kehidupan

harian mereka. Tanpa jalinan komunikasi yang baik kehidupan manusia tidak akan

selancar seperti sekarang.

Jalinan komunikasi pada masa sekarang dapat dikatakan sebagai sedang pesat

membangun. Ia selaras dengan saranan dan juga harapan negara yang ingin

mencapai wawasan 2020 yang telah dikatakan oleh Perdana Menteri Malaysia.

Untuk mencapai sasaran sebagaimana yang diharapkan negara sudah semestinya

membangunkan semua sistem komunikasi yang ada di Malaysia untuk membolehkan

dan memudahkan pergerakan dan juga mobiliti rakyat. Dengan adanya segala

kemudahan ini maka mobiliti dan perhungan antara manusia akan menjadi lebih

mudah.

Page 13: tesis alfread 2003

Telefon telah membuat penampilan yang pertama pada tahun 1874, iaitu semasa

kemasukan residen British yang pertama ke Tanah Melayu pada masa itu. Zaman

kekecohan yang berlaku menjadikan sistem telekomunikasi perlu untuk dibangunkan

di Tanah Melayu. Peristiwa ini telah menjadi pemangkin untuk sistem

telekomunikasi terus berkembang. Pada tahun 1876 kabel telegraf sepanjang 27 batu

telah dipasang merentasi hutan menuju ke pejabat Penolong Residen di Taiping dari

Kuala Kangsar. Pada tahun 1882, Perak telah dapat menggunakan sistem

telekomunikasi yang ada untuk berhubung dengan kawasan luar dari tanah besar

Tanah Melayu iaitu ke Pulau Pinang melalui kabel yang dipasang merentasi lautan.

Pada 1891, selepas tujuh tahun sistem telefon wujud di England, ia telah dipasang di

Kuala Lumpur. Pada tahun 1895, telah terdapat sebanyak 21 buah telefon terdapat di

Kuala Lumpur dengan terpasangnya kabel telefon dan telegraf yang sepanjang 400

batu. Bagi kawasan Sabah dan Sarawak pula talian telefon hanya wujud pada tahun

1894. Pada tahun 1908, sistem telekomunikasi yang ada sememangnya telah maju

terutamanya di Semenanjung Malaysia. Semenjak itu sistem telekomunikasi yang

ada telah diperbaiki dari semasa ke semasa sehinggalah kepada sistem

telekomunikasi yang kita nampak pada hari ini.

Jika dikategorikan sistem komunikasi dia Malaysia ia boleh dibahagikan kepada

telefon talian tetap, telefon talian selular dan juga komunikasi yang melalui internet.

Pada kajian ini sistem komunikasi yang dikaji hanyalah yang berkaitan dengan

penggunaan telefon talian tetap dan penggunaan talian selular. Talian tetap

kediaman merupakan satu cara perhubungan yang lebih biasa bagi individu. Talian

Page 14: tesis alfread 2003

selular pula merupakan satu inovasi yang dibuat terhadap penggunaan telefon talian

tetap kediaman dan ia semakin mendapat pasaran yang meluas di Malaysia.

Kajian yang akan dijalankan adalah untuk melihat sejauh manakah faktor-faktor

yang berkaitan akan memberikan permintaan terhadap langganan talian telefon yang

ditawarkan oleh syarikat Telekom Malaysia Berhad. Kajian tersebut akan dijalankan

di Kuching.

Pada masa sekarang, kita dapat melihat ramai pengguna telefon talian tetap

kediaman yang dipasang di rumah. Selain daripada penggunaan talian tetap di rumah

ia juga amat penting bagi kegunaan pejabat. Namun pada kajian ini ia hanya akan

mengkaji telefon tetap kediaman bukannya telefon tetap yang terdapat pejabat.

Pemerhatian ini menunjukkan bahawa penggunaan telafon talian tetap kediaman

adalah lebih tinggi berbanding dengan penggunaan telefon selular.

1.1 Pernyataan Masalah

Perkhidmatan telefon merupakan salah satu keperluan asas yang penting

untuk seseorang individu sentiasa berhubung dengan satu daerah atau

kawasan yang lain. Terdapat banyak permintaan bagi penawaran

perkhidmatan telefon khususnya bagi perkhidmatan telefon kediaman atau

telefon talian tetap yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi iaitu

syarikat Telekom Malaysia Berhad. Terdapat dua jenis telefon yang terdapat

di Malaysia pada masa sekarang iaitu telefon talian tetap kediaman dan juga

telefon selular yang turut ditawarkan oleh syarikat telefon selular yang lain.

Page 15: tesis alfread 2003

Walaupun terdapat telefon selular namun telefon talian tetap kediaman

yang ditawarkan oleh Telekom Malaysia Berhad masih lagi mendapat

permintaan yang tinggi di kalangan penduduk yang terdapat di Malaysia.

Masih terdapat juga banyak permintaan daripada pihak awam terhadap

perkhidmatan ini. Terdapat juga kawasan yang tidak dapat ditawarkan oleh

Telekom Malaysia Berhad kerana masalah tertentu. Pihak Telekom Malaysia

terpaksa meningkatkan lagi kapasiti sesebuah ibusawat di kawasan yang telah

mendapat liputan dalam usaha untuk menampung segala permintaan daripada

pihak awam yang semakin meningkat.

Dengan peningkatan tahap teknologi yang ada pada masa sekarang

perkhidmatan selular telah semakin memberi tekanan kepada talian tetap

kediaman yang ditawarkan oleh pihak Telekom. Setiap hari pasti ada

perubahan yang akan berlaku pada teknologi. Teknologi semakin canggih.

Dengan teknologi yang semakin canggih, maka ia akan dapat mengurangkan

kos operasi dan kos pembuatan produk oleh firma-firma. Sekiranya teknologi

yang digunakan oleh pihak selular mampu mengatasi teknologi yang

digunakan oleh Telekom ia akan mampu untuk mengatasi Telekom dalam

perniagaan telekomunikasi. Jika senario ini berlaku di Malaysia adakah

pihak Telekom mampu untuk mempertahankan statusnya sebagai peneraju

dalam bidang telekomunikasi di Malaysia. Ini kerana dengan teknologi yang

semakin canggih maka pihak selular mampu untuk membuatkan

perkhidmatan mereka lebih baik berbanding dengan talian tetap kediaman

yang ditawarkan oleh Telekom Malaysia.

Page 16: tesis alfread 2003

Persoalan yang utama di sini adalah mengapakah telefon talian tetap

kediaman masih lagi mendapat permintaan yang tinggi berbanding dengan

telefon selular di Malaysia. Adakah pada suatu masa nanti telefon selular

akan dapat menguasai pasaran telekomunikasi? Adakah talian selular akan

menjadi pilihan untuk dijadikan sebagai talian tetap di rumah?

1.2 Objektif Kajian

Objektif umum:

Objektif umum kajian yang dijalankan ini ialah untuk mendapat gambaran

sebenar tentang keadaan bidang telekomunikasi yang terdapat di Malaysia.

Objektif khusus:

Objektif khusus kajian yang dijalankan ini adalah seperti yang dinyatakan di bawah:

1. Mengenalpasti dengan jelas faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan

terhadap talian tetap kediaman berbanding dengan telefon selular.

2. Dengan berdasarkan hasil dan keputusan kajian yang telah dibuat, maka

beberapa cadangan akan diberikan kepada pihak-pihak yang terlibat untuk

tindakan yang selanjutnya.

1.3 Rasional Kajian

Kajian ini dibuat kerana telefon merupakan salah satu keperluan

individu pada masa sekarang. Maka dengan ini untuk mengetahui sebab

Page 17: tesis alfread 2003

peningkatan yang tinggi dalam permintaan, faktor-faktor yang menggalakkan

peningkatan tersebut hendaklah dikaji.

Dengan adanya kajian yang dijalankan ini, kita dapat melihat dengan teliti

dan memastikan faktor-faktor yang telah mempengaruhi permintaan terhadap

talian tetap. Selain dapat melihat faktor-faktor tersebut, ia juga menyediakan

cara-cara untuk meningkatkan lagi permintaan dan mempertahankan

pelanggan-pelanggan yang sedia ada.

Sekiranya kajian ini dapat dilakukan dengan jayanya, maka ia akan

memberikan satu pengetahuan yang baru kepada masyarakat ataupun pihak-

pihak lain yang terlibat. Maklumat yang diperolehi juga dapat memberikan

manfaat kepada firma-firma baru yang ingin memasuki industri dan

menawarkan perkhidmatan telefon. Ia dapat dilakukan dengan melihat kepada

faktor-faktor yang menarik minat pelanggan dalam pemilihan talian yang

digunakan.

1.4 Hipotesis Kajian

Hipotesis kajian yang dibuat terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi

dan menyebabkan permintaan terhadap penggunaan talian tetap di rumah

adalah seperti yang dinyatakan di bawah:

a. Hipotesis Pertama : langganan talian tetap tidak mempunyai hubungan

yang signifikan dengan harga yang ditawarkan oleh syarikat telefon

selular.

Page 18: tesis alfread 2003

b. Hipotesis Kedua : langganan talian tetap tidak mempunyai hubungan yang

signifikan dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat telefon

selular

c. Hipotesis Ketiga : langganan talian tetap tidak mempunyai hubungan yang

signifikan dengan liputan yang ditawarkan oleh syarikat selular.

1.5 Definisi Isilah

Istilah-istilah yang akan biasa digunakan sepanjang kajian ini dibuat

adalah seperti yang dinyatakan di bawah:

1.5.1 Permintaan

Permintaan di sini dapat didefinisikan sebagai kuantiti

sesuatu barangan yang sanggup dan mampu dibeli oleh pengguna

pada satu tingkat harga yang tertentu dalam tempoh masa yang

tertentu (S H Lim, 1994). Definisi lain berkenaan dengan

permintaan mengatakan ia sebagai hubungan di antara kuantiti

barangan yang diminta oleh pengguna dengan harga barangan

tersebut (Parkin, 1996). Dengan melihat kepada kedua-dua

definisi yang dinyatakan di atas maka dapat dikatakan bahawa

permintaan merupakan kesanggupan seseorang atau sekumpulan

individu dalam membeli sesuatu barang ataupun perkhidmatan

yang ditawarkan dalam pasaran.

Page 19: tesis alfread 2003

1.5.2 Talian tetap kediaman (talian rumah)

Talian tetap yang dimaksudkan di sini adalah merupakan

salah satu sistem yang digunakan oleh pihak Telekom dalam

penyediaan perkhidmatan telefon. Sistem ini memerlukan kabel

yang menghubungkan satu telefon dengan telefon yang lain. Ia

juga perlu didaftarkan dan pembayaran adalah menggunakan

kaedah pengebilan.

1.5.3 Industri

Indusri merupakan sekumpulan firma-firma yang

menghasilkan barang dan perkhidmatan yang sama jenis dalam

pasaran (S. H. Lim, 1994).

1.5.4 Telefon

Telefon adalah salah satu daripada alat perhubungan dalam proses

komunikasi manusia. Ia merupakan satu peralatan yang dijadikan

sebagai pemangkin di dalam perhubungan manusia bagi jarak yang

jauh.

1.5.5 Firma/organisasi

Firma/organisasi yang dimaksudkan dalam kajian yang dilakukan

ini merupakan sebuah organisasi, syarikat ataupun badan yang

mengeluarkan barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan di

dalam sesebuah pasaran. Ia juga boleh didefinisikan sebagai satu

unit perniagaan yang menggunakan faktor-faktor pegeluaran untuk

menghasilkan barang-barang dan perkhidmatan (S H Lim, 1994).

Page 20: tesis alfread 2003

1.6 Batasan Kajian

Batasan kajian adalah perkara-perkara yang boleh menyebabkan kajian ini

tidak dapat dijalankan dengan sepenuhnya. Ia juga boleh menyebabkan

kajian ini tidak dapat mencapai sasaran seperti yang diharapkan.

Antara batasan yang dijangka dalam membuat kajian ini adalah seperti

berikut

a. Kemungkinan responden tidak menjawab soalan yang diajukan di dalam

borang kaji selidik dengan jujur dan tepat.

b. Kemungkinan responden tidak dapat memahami atau kurang faham

dengan soalan yang diajukan di dalam borang kaji selidik.

c. Data-data yang diperlukan berkemungkinan tidak mencukupi dalam

membuat kajian kerana kekurangan sumber rujukan untuk membuat

kajian.

d. Masa untuk membuat kajian ini tidak mencukupi dan terhad dan

menyebabkan kajian yang mendalam sukar untuk dilakukan.

Page 21: tesis alfread 2003

BAB 2

ULASAN KARYA

2.0 PENGENALAN

Di dalam bab 2 ini, ulasan adalah mengenai karya-karya yang lepas. Karya-karya

tersebut dilihat mempunyai kaitan dengan apa yang dikaji dalam kajian ini. Terdapat

beberapa faktor yang dibincangkan di dalam bab ini.

2.1 Teori permintaan

Parkin (1998) telah mendefinisikan permintaan sebagai satu hubungan di

antara jumlah kuantiti barang yang ingin dibeli oleh pengguna dengan harga

barang berkenaan. Ini adalah dengan andaian semua faktor lain adalah ceteris

peribus. Permintaan sesuatu barangan mempunyai pergantungan yang

banyak terhadap beberapa faktor lain selain harga barang atau perkhidmatan

itu sendiri. Antara yang dapat menentukan permintaan sesuatu barangan dan

perkhidmatan adalah seperti faktor harga barang atau perkhidmatan lain yang

terdapat di pasaran, pendapatan pengguna, citarasa pengguna, jangkaan

tentang keadaan masa depan, corak pengagihan pendapatan, jumlah dan

komponen penduduk, dan dasar yang diamalkan oleh kerajaan (S H Lim,

1994).

S H Lim (1994) juga ada mendefinisikan permintaan iaitu permintaan

sebagai kuantiti sesuatu barang yang sanggup dan mampu dibeli oleh

pengguna pada satu tingkat harga tertentu dalam tempoh masa yang tertentu.

Page 22: tesis alfread 2003

Untuk mendapatkan sesuatu perhidmatan dan barangan maka seseorang

individu tersebut mestilah sanggup untuk mendapatkan produk

berkenaan.sekiranya individu berkenaan tidak sanggup untuk mendapatkan

produk berkenaan maka permintaan di sini tidak akan wujud. Sekiranya

pembeli tidak mampu untuk membayar nilai barangan tersebut pada harga

yang telah ditetapkan ia juga tidak akan dapat menjadi permintaan, ini kerana

permintaan hanya wujud sekiranya terdapat individu yang mampu membayar

harga yang diletakkan.

Case dan Fair (1999) pula menyatakan hukum permintaan sebagai satu

hubungan yang negatif di antara harga dan kuantiti yang diminta. Di sini, ia

menerangkan bahawa apabila terdapat perubahan dalam harga yang

diletakkan bagi barangan atau sesuatu perkhidmatan maka ia turut akan

memberikan perubahan terhadap jumlah kuantiti yang bakal diminta oleh

pelanggan. Apabila harga sesuatu produk meningkat maka permintaan

terhadapnya akan menurun. Apabila harga produk tersebut menurun maka

jumlah yang diminta bagi produk berkenaan akan meningkat.

2.2 Faktor ekonomi

Faktor ekonomi merangkumi faktor-faktor yang mempengaruhi pembelian

sesuatu produk. Faktor-faktor ini akan memberikan kesan terhadap kuasa

beli seseorang individu. Ia merangkumi pendapatan, harga dan sewa.

Hubungan di antara harga dan langganan adalah pada keadaan yang negatif,

di mana apabila harga naik maka langganan akan berkurangan jumlahnya dan

Page 23: tesis alfread 2003

apabila harga yang dikenakan adalah rendah maka jumlah langganan akan

meningkat. Mohd. Hamdan Adnan (1994) mendefinisikan harga sebagai

jumlah wang atau nilai yang diminta bagi sesuatu keluaran atau perkhidmatan

dalam sesuatu pasaran dan pada masa. S H Lim (1994) mengatakan bahawa

harga merupakan faktor utama bagi pengguna menentukan barang yang

hendak dibeli. Bagi seseorang pengguna yang rasional, dia akan membeli

atau melanggan sesuatu produk yang lebih murah harganya berbanding

dengan harga produk yang lain.

Perubahan tingkat harga juga akan menyebabkan perubahan pendapatan

benar para pengguna (S H Lim, 1994). Dengan ini maka apabila harga

barangan ini meningkat maka dengan pendapatan yang sama, maka pengguna

akan mengurangkan jumlah pembelian mereka, ini kerana kuasa beli mereka

telah menurun.

Ahmad Mahdzan Ayob (1979) telah mendefinisikan pendapatan benar

sebagai kuasa beli yang ada pada seseorang. Dengan jumlah pendapatan

benar yang besar maka lebih banyak produk yang boleh dilanggani oleh

seseorang itu. Mohd Hamdan Adnan (1994) pula menyatakan kuasa beli

sebagai kemampuan pengguna untuk memperoleh keluaran dan perkhidmatan

daripada pendapatan boleh guna seseorang individu.

2.3 Teori kos

Ahmad Mahdzan (1979) telah mendefinisikan kos sebagai sebarang

pengorbanan yang dibuat untuk mendapatkan sesuatu barangan yang boleh

Page 24: tesis alfread 2003

memberi utiliti atau keuntungan. Di dalam perkiraan untuk membeli sesuatu

barangan atau perkhidmatan kos untuk mendapatkannya adalah amat diambil

kira. Oleh sebab yang demikian, apabila terdapat dua atau lebih produk yang

sama maka kos untuk memiliki produk yang dapat memuaskan hati pembeli

akan diperbandingkan. Secara amnya seseorang pelanggan inginkan sesuatu

barang dan perkhidmatan yang hanya memberikan kos yang rendah untuk

memiliki atau menggunakannya. Ini kerana harga yang dibayar untuk

mendapatkan barangan dan perkhidmatan tersebut merupakan satu kos.

Namun demikian pelanggan tersebut hanya akan membeli dan menggunakan

barang dan perkhidmatan tersebut sekiranya mereka berpuas hati dengan

kualiti dan sekiranya mereka mampu untuk memilikinya.

Dalam kes untuk mendapatkan perkhidmatan telefon, ia akan melibatkan

kos tetap dan juga kos berubah. Kos tetap merupakan segala jenis kos yang

tidak berubah mengikut tingkat pengeluaran (Ahmad Mahdzan, 1979).

Mengikut S H Lim (1994) pula kos tetap didefinisikan sebagai kos yang

dibayar untuk memperolehi faktor-faktor tetap. Dalam kes perkhidmatan

telefon kos tetap di sini merupakan bayaran tetap yang dikenakan untuk sewa

talian yang dibayar kepada pemberi perkhidmatan telefon. Dalam kes talian

tetap yang ditawarkan oleh Telekom Malaysia Berhad ia akan dibayar kepada

syarikat Telekom Malaysia Berhad. Sewa talian ini adalah tidak berubah

mengikut bulan atau panggilan yang telah dibuat.

Bagi kos berubah pula ia merujuk kepada bayaran yang dikenakan kepada

pelanggan bagi setiap panggilan yang dibuat. Oleh sebab yang demikian

Page 25: tesis alfread 2003

maka semakin banyak panggilan dan semakin banyak masa yang diambil

untuk panggilan akan meningkatkan bayaran yang dikenakan terhadap

pelanggan berkenaan. S H Lim (1994) mendefinisikan kos berubah sebagai

kos yang dibayar untuk memperolehi faktor-faktor pengeluaran yang berubah

kuantitinya. Kos berubah akan berubah mengikut tingkat penggunaan.

Semakin tinggi tingkat penggunaan, semakin tinggi kos berubah dan semakin

rendah tingkat penggunaan semakin kecil kos berubah. Kos berubah akan

menjadi kosong apabila tingkat penggunaan adalah kosong.

2.4 Faktor kualiti

Kathryn M. Bartol dan David C. Martin (1998) menyatakan bahawa

kualiti merupakan sifat dan bentuk yang terdapat pada sesuatu barangan dan

perkhidmatan yang merangkumi keupayaan untuk memuaskan dan memenuhi

keperluan. Bateman dan Snell (1999) mengatakan kualiti sebagai kebaikkan

sesuatu produk, termasuk perkara seperti daya tarikan, kurang keburukan,

kdadar kebergantungan yang tinggi dan boleh dipercayai untuk jangka masa

yang panjang. Bateman dan Snell (1999) juga ada menyatakan bahawa

kualiti boleh diukur dengan melihat kebolehan, ciri-ciri tambahan, kadar

kebergantungan, ketahanan, keupayaan dalam perkhidmatan dan nilai estatik

yang terdapat pada produk tersebut.

Nilai kualiti penting dalam sesebuah produk kerana ia dapat menarik

perhatian dan minat pelanggan terhadap produk yang ditawarkan oleh firma.

Ia juga akan menarik lebih ramai pelanggan. Pada masa kini pelanggan lebih

Page 26: tesis alfread 2003

mementingkan kualiti produk selain harga dan kuantiti yang akan diperolehi.

Orang ramai akan mengukur sesebuah firma dengan kualiti produk yang

ditawarkan oleh firma berkenaan. Maka dengan ini, selain daripada untuk

memperolehi jualan yang tinggi kualiti juga akan menjamin nama baik

sesebuah firma.

Kenneth E. Ebel (1991) telah mendefinisikan kualiti sebagai segala bentuk

dan ciri-ciri yang terdapat pada produk atau perkhidmatan yang dapat serta

mampu untuk memuaskan kehendak atau keperluan. Kenneth E. Ebel (1991)

pula mengatakan bahawa fokus yang maksimum dan objektif setiap individu

dalam sesebuah organisasi adalah mesti memuaskan kehendak pelanggan.

Untuk mencapai kualiti yang diingini oleh pelanggan maka sesebuah

organisasi perlu meletakkan keperluan dan jangkaan pelanggan dalam setiap

proses yang ada dalam organisasi tersebut (Barkley dan Saylor, 1993).

William D. Perreaurt, Jr. dan E. Jerome McCarthy (1999) pula

mendefinisikan kualiti sebagai keupayaan produk untuk memberikan

kepuasan kepada kehendak dan keperluan pelanggan. Ini kerana kualiti

sesuatu produk tersebut bergantung kepada bagaimana pelanggan melihat

produk yang ditawarkan.

2.5 Keperluan sosial

Mohd Hamdan Adnan (1994) telah memberikan beberapa contoh faktor-

faktor sosial yang boleh mempengaruhi pilihan pengguna. Beliau

mengatakan bahawa keperluan asas, psikologi, budaya dan agama sebagai

Page 27: tesis alfread 2003

contoh faktor sosial tersebut. Walaupun telefon belum lagi diisytiharkan

sebagai keperluan asas individu, namun terdapat segelintir kumpulan individu

yang merasakan bahawa penggunaan telefon dalam kehidupan seharian

adalah amat penting. Dari segi psikologi, para pengguna ingin melanggan

perkhidmatan telefon kerana ia akan memudahkan kehidupan seharian

mereka. Dalam sistem sosial sesebuah masyarakat komunikasi mempunyai

banyak fungsi seperti fungsi mengumpul, menyimpan, memproses dan

mentransimisikan maklumat, data atau fakta (Mohamad Md. Yussof, 1993).

Seseorang individu lebih cenderung untuk melakukan sesuatu perkara

yang telah menjadi amalannya. Amalan pembelian ini boleh dikatakan

sebagai budaya yang diamalkan oleh individu tersebut. Budaya mengikut

takrifan yang diberikan oleh Mohd. Hamdan Adnan (1994) merupakan gaya

hidup sesuatu masyarakat. Masyarakat di sini merangkumi setiap individu

yang terdapat di dalam sesuatu masyarakat tersebut. Terdapat juga perasaan

suka dan tidak suka di dalam setiap individu namun tidak semestinya setiap

individu itu tahu mengapa sesuatu pembelian atau langganan itu menjadi

keperluan atau suka kepada barangan tersebut.

Manusia sebagai pengguna telah biasa membeli sesuatu keluaran atau

perkhidmatan tanpa memikirkan mengapa dia berbuat demikian (Mohd.

Hamdan Adnan, 1994). Apabila terdapat bilangan pengeluar dan penawar

yang menawarkan produk berkenaan maka para pelanggan akan menjadi

lebih setia kepada sesebuah firma sahaja. Di dalam kes penyediaan telefon

talian tetap di Malaysia, syarikat Telekom Malaysia Berhad merupakan

Page 28: tesis alfread 2003

pembekal utama, maka pelanggan akan lebih tertumpu kepada perkhidmatan

yang ditawarkan olehnya.

2.6 Faktor teknologi

Teknologi merupakan salah satu perkara yang amat penting di dalam

dunia perniagaan pada masa sekarang ini. William D. Perreault dan E.

Jerome McCarthy (1999) mengatakan bahawa teknologi adalah satu aplikasi

sains yang digunakan untuk menukar sumber-sumber ekonomi kepada output.

Mereka juga ada mengatakan penggunaan teknologi akan dapat memberikan

kesan terhadap proses pemasaran. Ia akan memberikan kesan kepada

pemasaran dalam dua cara iaitu wujudnya produk baru dan wujudnya cara

operasi atau pemprosesan yang baru. William D. Perreault dan E. Jerome

McCarthy (1999) juga mengatakan pembangunan dalam teknologi membawa

kepada cabaran. Walaupun perubahan teknologi yang cepat dapat

menawarkan pelbagai peluang kepada firma namun yang demikian ia juga

akan membawa kepada cabaran yang besar terhadap firma.

Bateman dan Snell (1999) pula mendefinisikan teknologi sebagai

pengaplikasian yang sistematik terhadap pengetahuan saintifik untuk produk

proses dan perkhidmatan yang baru. Kathryn M. Bartol dan David C. Martin

(1998) mengatakan teknologi adalah pengetahuan, peralatan, perkakasan dan

teknik kerja yang digunakan oleh sesebuah organisasi dalam menyampaikan

produk dan perkhidmatan mereka. Perubahan yang berlaku dalam teknologi

yang digunakan oleh firma akan menyebabkan atau memberikan kesan

Page 29: tesis alfread 2003

kepada produk dan perkhidmatan yang ditawarkan secara keseluruhan.

Perubahan yang dilakukan terhadap teknologi yang digunakan oleh firma

amat penting dalam menentukan daya saing firma pada masa kini mahupun

pada masa hadapan. Dengan penggunaan teknologi yang lebih canggih maka

firma dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti produk dan perkhidmatan yang

ditawarkan di pasaran.

2.7 Analisa SWOT

Kathryn M. Bartol dan David C. Martin (1998) telah menyatakan bahawa

analisa SWOT merupakan satu cara untuk menganalisa situasi persaingan

organisasi yang melibatkan penilaian kekuatan organisasi (S), dan kelemahan

(W), serta peluang persekitaran (O) dan ancaman (T). Bateman dan Snell

(1999) pula mengatakan bahawa perbandingan di antara kekuatan,

kelemahan, peluang dan ancaman dirujuk sebagai analisa SWOT. William D.

Perreault dan E. JeromeMcCarthy (1999) pula mendefinisikan analisa SWOT

sebagai mengenalpasti dan menyenaraikan kekuatan dan kelemahan serta

peluang dan ancaman firma.

Untuk melihat kekuatan dan kelemahan firma ia memerlukan penilaian

terhadap faktor dalaman yang terdapat pada firma tersebut. Untuk melihat

peluang dan ancaman pula adalah perlu untuk melihat dan menilai faktor

luaran dan persekitaran yang relevan.

Kekuatan merupakan aspek yang mempunyai potensi untuk membuat

perubahan ke arah kebaikan firma khususnya dari aspek kaedah untuk terus

Page 30: tesis alfread 2003

bersaing dalam pasaran. Sebaliknya kelemahan pula adalah satu aspek yang

boleh membuatkan potensi yang ada diatasi oleh pesaing. Peluang adalah

keadaan persekitaran yang membolehkan firma membuat pembaharuan yang

lebih baik secara relatifnya berbanding dengan pesaing. Untuk aspek

ancaman pula ia merupakan satu keadaan persekitaran yang boleh

membuatkan firma hilang keupayaan untuk memberikan saingan kepada

pesaingnya di dalam pasaran. Kesemua aspek ini perlu disatukan untuk

melihat keadaan sebenar yang ada pada firma terbabit. Ia akan memberikan

satu gambaran tentang keadaan persaingan pasaran.

Setelah mempunyai pengetahuan tentang keadaan persaingan pasaran dan

kekuatan serta kelemahan firma maka, ia boleh digunakan sebagai panduan

untuk merangka strategi yang bakal digunakan dalam memperolehi kekuatan

dalam persaingan. Ia juga boleh digunakan sebagai panduan untuk membuat

pertahanan terhadap ancaman yang bakal dihadapi pada masa yang akan

datang.

2.8 Barang pengganti

Barang pengganti merupakan sesuatu produk lain yang boleh mengganti

penggunaan produk dominan yang terdapat di pasaran. William D. Perreault

dan E. JeromeMcCarthy (1999) telah mengatakan bahawa barang pengganti

sebagai produk yang menawarkan pilihan. Dengan adanya barang pengganti

maka para pelanggan akan dapat membuat pilihan dalam pembeliannya.

Pelanggan akan bertukar daripada produk atau perkhidmatan yang biasa

Page 31: tesis alfread 2003

digunakan kepada produk lain sekiranya mereka merasakan bahawa

pembelian produk baru dapat memberikan faedah atau kepuasan yang lebih

tinggi.

Arthur A. Thompson dan A. J. Strickland III (2001)menyenaraikan

bahawa kekuatan persaingan dari barang pengganti bergantung kepada tiga

faktor. Faktor yang berkenaan adalah sama ada ia menarik atau tidak, sama

ada pelanggan melihat barang tersebut sebagai dapat memenuhi keperluan

kualiti atau nilai lain dan sama ada pelanggan boleh bertukar kepada

barangan tersebut dengan mudah. Persaingan di antara barangan pengganti

dengan barangan dominan akan menyebabkan perubahan dalam kualiti,

prestasi dan harga produk lebih memuaskan. Ini secara langsung akan

memberikan faedah kepada pelanggan dalam pembelian produk.

Micheal E. Porter (1979) juga telah meletakkan barangan pengganti

sebagai salah satu daripada elemen yang perlu dikaji oleh sesebuah organisasi

untuk mendapatkan kelebihan persaingan. Ini kerana barangan pengganti

merupakan produk yang boleh menggugat penguasaan pasaran. Semakin

banyak barangan pengganti maka semakin tinggi tekanan persaingan yang

dihadapi oleh firma.

Page 32: tesis alfread 2003

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.0 PENGENALAN

Kajian yang dijalankan akan menggunakan kaedah-kaedah yang sesuai dengan

penyelidikan yang dilakukan. Kaedah yang digunakan adalah amat penting kerana ia

akan menentukan perjalanan dan kelancaran kajian yang dilakukan. Terdapat banyak

kaedah yang boleh digunakan dalam membuat penyelidikan. Kajian yang dilakukan

di sini adalah mengkaji tentang faktor-faktor yang mempengaruhi atau yang

menggalakkan permintaan dan penggunaan telefon talian tetap. Kajian ini

menyumbang kepada faktor harga, faktor perkhidmatan dan faktor liputan

perkhidmatan yang ditawarkan.

Analisis terhadap permintaan akan terbahagi kepada dua bahagian iaitu dengan

menggunakan cara kuantitatif dan juga cara kualitatif. Cara kuatitatif digunakan

untuk mengukur dan mengenalpasti faktor-faktor utama yang mempengaruhi

permintaan telefon talian tetap. Ia juga digunakan untuk melihat hubungan antara

satu pembolehubah dengan pembolehubah yang lain.

Cara kualitatif pula digunakan untuk melihat perbandingan antara ciri-ciri

demografi yang terlibat. Ia juga akan digunakan untuk membuat perbandingan di

antara pendapat responden yang terlibat di dalam kajian ini. Dengan ini maka dapat

dilihat perbezaan yang terdapat pada perkara-perkara yang berkenaan.

Page 33: tesis alfread 2003

3.1 Pengumpulan Data

Di dalam kajian yang dilakukan ini ia menggunakan dua kaedah iaitu

kaedah pengumpulan data primer dan kaedah pengumpulan sekunder.

pengumpulan data-data ini dilakukan untuk memperolehi maklumat yang

membolehkan pengkaji mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi

permintaan terhadap telefon talian tetap kediaman.

3.1.1 Pengumpulan data primer

Pengumpulan data primer yang digunakan untuk kajian ini

ialah dengan menggunakan kaedah borang kaji selidik. Tujuan

borang kaji selidik ini digunakan adalah untuk mendapatkan

maklumat berkenaan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi

penggunaan dan permintaan telefon talian tetap. Namun untuk

mendapatkan maklumat yang lengkap adalah tidak terjamin kerana

agak sukar. Gujarati (1995) pernah mengatakan bahawa

penyelidik boleh dikatakan sebagai bernasib baik sekiranya

mendapat respon daripada responden sebanyak 40% untuk borang

soal selidik yang diedarkannya. Perkara ini berlaku kerana bagi

kaedah soal selidik ia sememangnya akan menghadapi masalah

Page 34: tesis alfread 2003

responden yang tidak akan memberikan respon atau kerjasama

seperti mana yang diharapkan oleh pengkaji.

Soalan yang dikemukakan adalah mudah dan senang untuk

difahami oleh setiap responden. Ini bertujuan untuk memudahkan

responden menjawab soalan dengan tepat seperti yang dikehendaki

oleh penyelidik. Borang soal selidik ini diedar dibeberapa tempat

yang berlainan seperti di taman-taman atau kawasan perumahan

yang terdapat di sekitar kawasan Kuching. Selain itu juga ia akan

diedarkan di beberapa pejabat kerajaan dengan bantuan orang yang

dikenali oleh penyelidik.

Borang soal selidik yang digunakan di dalam kajian ini

terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu:

a. Latar belakang responden

b. Maklumat penggunaan telefon rumah

c. Faktor-faktor yang mempengaruhi langganan telefon

rumah berbanding selular.

3.1.2 Pengumpulan data sekunder

Pengumpulan data sekunder pula akan diperolehi daripada

pembacaan yang dilakukan terhadap bahan-bahan bercetak.

Antara bahan bercetak yang digunakan ialah jurnal-jurnal,

majalah-majalah yang berkaitan, suratkhabar dan buku-buku

rujukan yang menyentuh tentang perkara yang berkaitan dengan

Page 35: tesis alfread 2003

kajian yang dilakukan oleh pengkaji. Gujarati (1995) ada

menyatakan bahawa walaupun terdapat data yang boleh diperolehi

untuk menjalankan kajian ekonomi namun ia selalunya tidak

begitu baik seperti yang diharapkan. Ini kerana ekonomi

merupakan salah satu cabang sains sosial maka kemungkinan

terdapatnya data yang tidak tepat adalah tinggi (Gujarati,1995).

3.2 Penganalisaan Data

Data yang diperolehi dianalisa menggunakan perisian Statistical Package

for Social Science 10.0 For Windows (SPSS). Kaedah SPSS ini digunakan

untuk mendapatkan keputusan-keputusan ujian yang dilakukan terhadap

langganan telefon talian tetap. Keutamaan penggunaan kaedah ini adalah

untuk menguji maklumat yang diperolehi daripada borang soal selidik yang

diedarkan kepada responden. Dengan menggunakan kaedah ini maka

hubungan dan kesignifikan faktor-faktor akan dapat dilihat.

3.2.1 Analisa Deskripif

3.2.1.1 Pengukuran Kekerapan

S.W Chin (1996) mengatakan bahawa pengukuran dibuat

bagi menyusun semua data dan dikumpulkan di dalam kelas-kelas

yang tertentu. Pengukuran ini dibuat kerana ia akan menunjukkan

jumlah responden yang menanda jawapan bagi soalan yang telah

Page 36: tesis alfread 2003

diberikan. Hasil daripada pengukuran yang dilakukan ini akan

dipersembahkan dalam bentuk peratusan.

Jadual dan graf juga akan digunakan untuk menerangkan

secara ringkas tentang data-data yang diperolehi. Graf yang

digunakan adalah seperti graf bar dan carta pai. Carta dan graf ini

akan menunjukkan keputusan tentang ciri-ciri demografi yang

diperolehi.

3.2.1.2 Analisa Faktor

Analisa faktor yang dibuat di dalam kajian ini

membolehkan pengkaji mengenalpasti faktor-faktor yang benar-

benar relevan atau logik terhadap kajian yang dijalankan. Dengan

itu, pengkaji dapat mengetahui keputusan kajian yang sebenar

berdasarkan maklum balas responden.

Melalui analisa ini, terdapat beberapa jadual yang perlu

dianalisa yang menerangkan dengan lebih jelas lagi keputusan

kajian. Antara jadual keputusan berdasarkan analisa ini ialah

Kaiser-Meyer-Olkin (KMO), Communalities, Total Variance

Explained dan Rotated Component Matrix. Melalui jadual KMO,

ianya menerangkan sejauh mana faktor tersebut tepat atau tidak

dengan melihat kepada nilai KMO yang terdapat pada jadual. Bagi

jadual analisa Communalities ia menerangkan faktor yang

terpenting berbanding faktor-faktor lain yang terdapat dalam

Page 37: tesis alfread 2003

penganalisaan tersebut. Jadual Total Variance Explained pula

menerangkan peratusan faktor-faktor terhadap kajian yang

dijalankan. Peratusan faktor ini menunjukkan kepentingan

keseluruhan senarai faktor terhadap semua faktor yang dikaji.

Berdasarkan kepada jadual Rotated Component Matrix, pengkaji

juga dapat melihat dengan jelas apakah faktor yang terpenting

terhadap kajian mereka. Ini kerana jadual tersebut menerangkan

apakah faktor-faktor yang terpenting mengikut urutan pada jadual.

3.2.2 Analisa Statistik Inferens

3.2.2.1 Korelasi

Korelasi digunakan untuk melihat hubungan di antara satu

pemboleh ubah dengan pembolehubah yang lain. Korelasi adalah

darjah hubungan dia antara dua atau lebih pembolehubah. Gujarati

(1995) telah mengatakan bahawa, objektif utama analisa korelasi

adalah untuk mengukur kekuatan perhubungan linear antara dua

pembolehubah. Mohd Anuar (1988) pula mendefinisikan korelasi

sebagai darjah hubungan di antara dua atau lebih pembolehubah.

Di dalam kajian ini pengkaji akan menggunakan kaedah ini

untuk melihat hubungan antara pendapatan, taraf pendidikan dan

sektor pekerjaan dengan maklumat yang ada tentang penggunaan

telefon tetap kediaman.

Page 38: tesis alfread 2003

3.2.3 Analisa SWOT

Selain menggunakan kaedah seperti yang dinyatakan sebelum ini

pengkaji juga akan menggunakan analisa SWOT untuk melihat kekuatan,

kelemahan, ancaman dan juga peluang yang bakal dihadapi oleh firma-

firma yang menawarkan perkhidmatan talian telefon. Cara ini akan

melibatkan pengkaji untuk melihat industri telekomunikasi secara

keseluruhan. Pengkaji akan melihat kekuatan dan peluang yang dimiliki

oleh pihak Telekom Malaysia dalam industri ini. Pada masa yang sama

pengkaji juga akan melihat kelemahan dan ancaman yang bakal dihadapi

oleh firma tersebut. Kathryn M. Bartol dan David C. Martin (1998)

menyatakan adalah perlu untuk menganalisa situasi persaingan organisasi

untuk mendapatkan kaedah untuk terus mendapat kelebihan dalam

persaingan. Analisa SWOT merupakan alat yang penting untuk

mendapatkan kaedah tersebut. William D. Perreault dan E. Jerome

McCarthy (1999) pula mendefinisikan analisa SWOT sebagai

mengenalpasti dan menyenaraikan kekuatan dan kelemahan serta peluang

dan ancaman firma.

3.3 Hipotesis Kajian

Hipotesis kajian yang dibuat terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi

dan menyebabkan permintaan terhadap penggunaan talian tetap di rumah

adalah seperti yang dinyatakan di bawah:

Page 39: tesis alfread 2003

a. Hipotesis Pertama : langganan talian tetap tidak mempunyai hubungan

yang signifikan dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat telefon

selular.

b. Hipotesis Kedua : langganan talian tetap tidak mempunyai hubungan yang

signifikan dengan harga yang ditawarkan oleh syarikat telefon selular

d. Hipotesis Ketiga : langganan talian tetap tidak mempunyai hubungan yang

signifikan dengan liputan yang ditawarkan oleh syarikat selular.

Page 40: tesis alfread 2003

BAB 4

KEPUTUSAN KAJIAN

4.0 PENGENALAN

Perkara yang akan dikemukakan di dalam bab ini adalah keputusan kajian.

Keputusan-keputusan kajian ini meliputi latarbelakang responden, ciri-ciri demografi,

maklumat penggunaan telefon tetap kediaman dan faktor-faktor yang mempengaruhi

permintaan telefon talian tetap berbanding dengan selular. Sebanyak 150 borang soal

selidik telah diedarkan bagi tujuan penyelidikan. Namun hanya sebanyak 100 borang

sahaja yang berjaya dikutip kembali oleh pengkaji Peratusan borang yang dikembalikan

ialah sebanyak 83 peratus. Bagi penyelidikan sains sosial, kadar ini adalah dikira sebagai

baik.

Analisa Kebolehpercayaan Data

R E L I A B I L I T Y A N A L Y S I S - S C A L E (A L P H A)

Reliability Coefficients

N of Cases = 100,0 N of Items = 16

Alpha = ,6559

Berdasarkan kepada analisa kebolehpercayaan ( Reliability Analysis), kajian

mendapati bahawa data yang diperolehi adalah relevan dan boleh dipercayai. Analisa ini

membuktikan bahawa kajian yang dijalankan mempunyai tahap kebolehpercayaan

Page 41: tesis alfread 2003

terhadap data adalah sebanyak 0.65 atau 65 %. Analisa kebolehpercayaan data yang

melebihi 0.6 adalah tinggi, relevan dan ianya boleh dipercayai, ( Abu dan Tasir, 2001).

4.1 Latar Belakang Reponden.

Latar belakang responden yang dikaji di sini adalah merangkumi taraf pendidikan,

sektor pekerjaan, pendapatan, jantina dan taraf perkahwinan.

Jadual 1: Latar belakang responden

Latar belakang Kekerapan Peratusan

Taraf pendidikan

Sek. Rendah 6 6.0SRP/PMR 14 14.0

SPM 37 37.0Dip/STPM 27 27.0

Ijazah 12 12.0Lain-lain 4 4.0Jumlah 100 100.0

Sektor pekerjaan

Kerajaan 46 46.0Swasta 46 46.0Sendiri 8 8.0Jumlah 100 100.0

Pendapatan Bawah RM1000 25 25.0RM1000-2000 65 65.0RM2000-4000 10 10.0

Total 100 100.0Jantina Lelaki 56 56.0

Perempuan 44 44.0Jumlah 100 100.0

Taraf perkahwinan

Bujang 27 27.0Berkahwin 68 68.0

Duda 3 3.0Janda 2 2.0

Jumlah 100 100.0

Page 42: tesis alfread 2003

Berdasarkan kepada Jadual 1, beberapa graf dibentuk untuk menerangkan ia

secara ringkas berkenaan dengan latar belakang responden yang dikaji.

Rajah 1

Rajah 1 di atas menunjukkan taraf pendidikan secara keseluruhan bagi responden-

responden yang terlibat di dalam penyelidikan ini. Terdapat enam kategori taraf

pendidikan yang terdapat di sini. Yang pertama ialah sekolah rendah. Bilangan

responden yang mendapat pendidikan sehingga tahap sekolah rendah sahaja ialah

sebanyak 6% ataupun seramai 6 orang. Bagi reponden yang mendapat taraf pendidikan

sehingga ke tahap Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR)

pula ialah sebanyak 14% atau seramai 14 orang. Reponden yang mendapat pendidikan

sehingga ke tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula ialah sebanyak 37% atau seramai

Page 43: tesis alfread 2003

37 orang. Kategori pendidikan ini juga merupakan jumlah yang terbesar bagi bahagian

taraf pendidikan. Untuk taraf pendidikan diploma dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

(STPM) pula adalah sebanyak 27% atau seramai 27 orang. Seramai 12 orang atau

sebanyak 12% responden mendapat pendidikan sehingga ke tahap ijazah. Selebihnya

iaitu sebanyak 4% atau 4 orang mendapat pendidikan selain yang dinyatakan di atas.

Rajah 2

Rajah 2 menunjukkan sektor pekerjaan reponden yang terlibat. Sebanyak 46%

atau 46 orang daripada jumlah reponden bekerja di sektor kerajaan. Bagi penglibatan

reponden di sektor swasta, ia juga mempunyai kadar peratusan yang sama dengan sektor

kerajaan iaitu sebanyak 46% atau seramai 46 orang. Bagi responden yang bekerja sendiri

pula peratusan responden yang terlibat adalah sebanyak 8% sahaja atau seramai 8 orang.

Page 44: tesis alfread 2003

Rajah 3

Rajah 3 menunjukkan jumlah pendapatan bagi responden. Di sini kita dapat

melihat bahawa julat pendapatan dari RM1000 hingga RM2000 merupakan jumlah

peratusan yang paling tinggi di antara kesemuanya. Jumlah responden yang mempunyai

pendapatan pada julat RM1000 hingga RM2000 adalah sebanyak 65% atau seramai 65

orang. Jumlah responden yang mempunyai pendapatan di bawah RM1000 adalah

sebanyak 25%. Baki 10% pula adalah bagi responden yang mempunyai pendapatan dari

RM2000 hingga ke RM4000.

Page 45: tesis alfread 2003

Rajah 4

Rajah 4 di atas menunjukkan jantina responden yang terlibat di dalam kajian ini.

Seramai 56 orang atau 56% responden lelaki yang terlibat. Manakala selebihnya iaitu

sebanyak 44% atau 44 orang merupakan responden perempuan.

Page 46: tesis alfread 2003

Rajah 5

Pada Rajah 5 di atas, kita dapat melihat taraf perkahwinan bagi responden yang

terlibat. Jumlah responden yang paling banyak peratusannya ialah datangnya dari

golongan yang telah berkahwin. Peratusan bagi golongan ini adalah sebanyak 68% atau

seramai 68 orang. Bagi golongan kedua terbesar ialah datang dari kategori bujang.

Peratusan bagi golongan bujang ialah sebanyak 27% atau seramai 27 orang. Bagi

golongan duda dan janda pula ia masing-masing mempunyai peratusan sebanyak 3% dan

2%.

Page 47: tesis alfread 2003

4.2 Maklumat Penggunaan Telefon Tetap Kediaman

Maklumat penggunaan telefon merangkumi jangka masa penggunaan

telefon kediaman, jumlah talian yang digunakan pada masa sekarang, purata bil

bulanan dan berapa kali mereka telah membuat pemasangan semula.

Jadual 2: Maklumat Penggunaan Telefon Tetap Kediaman

Jangka masa

menggunakan telefon

kediaman

< setahun 11 11.01-5 17 17.05-10 26 26.0>10 46 46.0

Jumlah 100 100.0

Jumlah talian1 88 88.02 12 12.0

Total 100 100.0

Purata bil<100 50 50.0

100-200 46 46.0200-300 4 4.0Jumlah 100 100.0

Pemasangan semula

1 kali 30 30.02 kali 25 25.03 kali 12 12.0

4 kali /lebih 2 2.0Belum pernah 31 31.0

Jumlah 100 100.0

Berdasarkan kepada Jadual 2, beberapa graf dibentuk untuk menerangkan ia

secara ringkas berkenaan dengan latar belakang responden yang dikaji.

Page 48: tesis alfread 2003

Rajah 6

Pada Rajah 6 di atas dapat dilihat bahawa kebanyakkan responden telah

melanggan talian tetap milik Telekom lebih dari 10 tahun. Sebanyak 46% dari jumlah

keseluruhan responden telah menggunakan talian tetap Telekom lebih dari 10 tahun.

Bagi jumlah peratusan responden yang telah menggunakannya selama 5 hingga 10 tahun

ialah sebanyak 26%. 17% pula adalah bagi responden yang telah menggunakan talian

tersebut dalam tempoh 1 hingga ke 5 tahun. Bagi kumpulan responden yang

menggunakan talian tersebut kurang dari 1 tahun pula ialah sebanyak 11%.

Page 49: tesis alfread 2003

Rajah 7

Rajah 7 menunjukkan jumlah talian yang digunakan oleh responden pada masa

sekarang. Sebanyak 88% atau seramai 88 orang daripada jumlah keseluruhan responden

hanya menggunakan satu talian sahaja di rumah mereka. Peratusan ini merupakan

jumlah yang jauh lebih tinggi berbanding dengan jumlah responden yang menggunakan

dua talian di rumah mereka. Peratusan responden yang menggunakan dua talian di rumah

mereka adalah sebanyak 12% atau seramai 12 orang sahaja.

Page 50: tesis alfread 2003

Rajah 8

Rajah 8 di atas menunjukkan purata bil yang dibayar dalam setiap bulan oleh

responden bagi penggunaan talian tetap. Peratusan yang paling tinggi ialah purata bil

kurang dari RM100 sebulan. 50% daripada jumlah responden yang terlibat di dalam

kajian ini membayar bil bulanan dalam purata kurang dari RM100. 46% lagi mempunyai

purata bil bulanan sebanyak RM100 hingga ke RM200. Baki sebanyak 4% lagi adalah

dari golongan responden yang mempunyai purata bil bulanan sebanyak RM200 hingga ke

RM300.

Page 51: tesis alfread 2003

Rajah 9

Rajah 9 di atas menunjukkan berapa kali pemasangan semula dilakukan oleh

reponden yang terlibat dalam kajian ini. Jumlah peratusan yang telah pernah membuat

pemasangan semula sebanyak sekali adalah sebanyak 30%. Bagi yang pernah membuat

pemasangan sebanyak dua kali pula ialah sebanyak 25%. 12% pula adalah peratusan

bagi responden yang telah membuat pemasangan sebanyak 3 kali. Bagi jumlah peratusan

responden yang pernah membuat pemasangan sebanyak 4 kali adalah sebanyak 2%. Ia

juga merupakan jumlah peratusan yang paling rendah. Peratusan yang tertinggi ialah

bagi responden yang tidak pernah membuat pemasangan semula semenjak awal

penggunaan telefon talian tetap kediaman.

Page 52: tesis alfread 2003

Jadual 3.

Jangka masa

menggunakan

telefon

kediaman

Jumlah

talian

Purata bil Pemasangan

semula

Pendapatan

Pearson

Correlation

.170 .097 .216* .052

Sig. (2-tailed) .091 .338 .031 .608

N 100 100 100 100

* Correlation is significant at the 0.05 level (2-tailed).

Ujian korelasi yang dilakukan terhadap perhubungan antara pendapatan dengan

jangka masa menggunakan telefon kediaman, jumlah talian, purata bil dan pemasangan

semula menunjukkan hanya purata bil bulanan yang mempunyai perkaitan dengan jumlah

pendapatan. Aspek seperti jangka masa penggunaan telefon, jumlah talian yang

dilanggan dan jumlah pemasangan semula tidak berkaitan dengan pendapatan.

Page 53: tesis alfread 2003

Jadual 4.

Jangka masa

menggunakan

telefon

kediaman

Jumlah talian Purata bil Pemasangan

baru/semula

Sektor

pekerjaan

Pearson

Correlation

-.360** .174 -.013 .127

Sig. (2-tailed) .000 .083 .895 .209

N 100 100 100 100

** Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Ujian korelasi yang dilakukan terhadap perhubungan antara sektor pekerjaan

dengan jangka masa menggunakan telefon kediaman, jumlah talian, purata bil dan

pemasangan semula menunjukkan jangka masa menggunakan telefon kediaman berkaitan

dengan sektor pekerjaan. Faktor-faktor yang lain tidak berkaitan dengan sektor

pekerjaan.

Page 54: tesis alfread 2003

Jadual 5.

Jangka masa

menggunakan

telefon

kediaman

Jumlah talian Purata bil Pemasangan

baru/semula

Taraf

pendidikan

Pearson

Correlation

-.088 .121 .135 .178

Sig. (2-tailed) .383 .232 .179 .077

N 100 100 100 100

Ujian korelasi yang dilakukan terhadap perhubungan antara taraf pendidikan

dengan jangka masa menggunakan telefon kediaman, jumlah talian, purata bil dan

pemasangan semula menunjukkan ia tidak berkaitan dengan mana-mana faktor tersebut.

Page 55: tesis alfread 2003

4.3 Persepsi Responden Terhadap Permintaan Telefon Rumah Berbanding Selular

Di Bandaraya Kuching.

4.3.1 Faktor Perkhidmatan

Jadual 6.

Faktor

Perkhidmatan

Peratusan Persepsi Responden (%)

Min

Sangat Tidak Setuju Tidak

Pasti

Sangat Setuju

1 2 3 4 5

Pembayaran

mudah

2.0 5.0 15.0 52.0 26.0 3.95

Layanan baik 2.0 20.0 36.0 38.0 4.0 3.22

Penghantaran

bil

1.0 11.0 42.0 39.0 7.0 3.40

Bil

bertepatan

1.0 9.0 29.0 58.0 3.0 3.53

Mudah

berurusan

1.0 9.0 19.0 64.0 7.0 3.67

Selular – jika

perkhidmatan

lebih baik

0 1.0 3.0 40.0 56.0 4.51

Jumlah Min 3.71

Page 56: tesis alfread 2003

Jadual di atas merupakan ringkasan keputusan persepsi responden

terhadap faktor perkhidmatan yang mempengaruhi mereka memilih telefon rumah

berbanding selular. Di dalam faktor perkhidmatan ianya meliputi pembayaran

mudah bil Telekom berbanding selular, layanan yang baik oleh Telekom

berbanding firma selular, penghantaran bil yang bertepatan, bil yang dihantar

bertepatan dengan jumlah panggilan, mudah berurusan dengan Telekom dan

pemilihan selular jika perkhidmatan selular lebih baik berbanding Telekom.

Dapatan kajian di atas menunjukkan bahawa keseluruhan responden

bersetuju bahawa faktor perkhidmatan mempengaruhi mereka memilih telefon

rumah berbanding selular. Hal ini di buktikan dengan jumlah nilai min

keseluruhan faktor perkhidmatan dengan nilai 3.71. Oleh yang demikian, kajian

dapat menyimpulkan bahawa faktor perkhidmatan adalah mempengaruhi

responden di dalam pemilihan telefon rumah. Dengan ini hipotesis nol tidak

dapat diterima. Pemilihan dan langganan telefon talian tetap adalah berkaitan

dengan faktor perkhidmatan yang ditawarkan oleh firma selular.

Keputusan:

Tolak H Nul (Ho) yang pertama yang mengatakan bahawa langganan

talian tetap tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan

perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat telefon selular

Page 57: tesis alfread 2003

4.3.2 Faktor Harga

Jadual 7.

Faktor

Harga

Peratusan Persepsi Responden (%)

Min

Sangat

Tidak

Setuju

Tidak

Pasti

Sangat

Setuju

1 2 3 4 5

Sewa 0 7.0 16.0 45.0 32.0 4.02

Caj 0 2.0 8.0 52.0 38.0 4.26

Pendaftaran 5.0 19.0 25.0 46.0 5.0 3.27

Harga Set 1.0 3.0 8.0 73.0 15.0 3.98

Selular-jika

harga lebih

baik

0 0 1.0 43.0 56.0 4.55

Jumlah Min 4.02

Melalui jadual faktor harga di atas, ianya menerangkan ringkasan persepsi

responden terhadap faktor harga yang mempengaruhi responden memilih telefon

rumah berbanding selular yang merangkumi kadar sewa telefon rumah adalah

rendah, kadar caj panggilan yang murah, caj pendaftaran yang rendah, harga set

telefon rumah adalah murah, dan pemilihan selular sekiranya harganya lebih

Page 58: tesis alfread 2003

rendah berbanding telefon rumah. Melalui faktor harga ini, kajian mendapati

bahawa nilai min keseluruhan faktor adalah 4.02. Berdasarkan kepada nilai min

ini kajian dapat disimpulkan bahawa responden-responden adalah bersetuju

dengan faktor harga mempengaruhi mereka memilih telefon rumah berbanding

selular. Dengan ini hipotesis nol tidak dapat diterima. Pemilihan dan langganan

telefon talian tetap adalah berkaitan dengan faktor harga yang ditawarkan oleh

firma selular

Keputusan:

Tolak H Nul (Ho) yang kedua yang mengatakan bahawa langganan

talian tetap tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan harga yang

ditawarkan oleh syarikat telefon selular

Page 59: tesis alfread 2003

4.3.3 Faktor Liputan

Jadual 8.

Faktor

Liputan

Peratusan Persepsi Responden (%) Min

Sangat

Tidak

Setuju

Tidak

Setuju

Tidak

Pasti

Setuju Sangat

Setuju

Luas 1.0 1.0 8.0 52.0 38.0 4.25

Lebih Jelas 0 7.0 11.0 58.0 24.0 3.99

Tiada

Gangguan

1.0 18.0 27.0 51.0 3.0 3.37

Sambungan

Talian

0 3.0 35.0 54.0 8.0 3.67

Selular-jika

liputan

lebih baik

0 0 2.0 41.0 57.0 4.55

Jumlah

Min

3.95

Faktor liputan yang diterangkan oleh jadual di atas merupakan ringkasan

terhadap persepsi responden mengenai faktor ini. Faktor liputan yang tersenarai

di atas merangkumi faktor liputan telefon tetap lebih luas berbanding selular,

liputan yang lebih jelas oleh telefon tetap, tiada gangguan, penyambungan ke

Page 60: tesis alfread 2003

talian lain yang sangat baik dan pemilihan selular jika liputan selular lebih baik

berbanding telefon tetap. Secara keseluruhannya, responden memberikan reaksi

yang baik dan setuju terhadap faktor liputan mempengaruhi mereka memilih

telefon rumah. Hal ini dibuktikan melalui nilai min keseluruhan faktor tersebut

yang mempunyai nilai sebanyak 3.95. Dengan ini hipotesis nol tidak dapat

diterima. Pemilihan dan langganan telefon talian tetap adalah berkaitan dengan

faktor liputan yang ditawarkan oleh firma selular

Keputusan:

Tolak H Nul (Ho) yang ketiga yang mengatakan bahawa langganan

talian tetap tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan liputan

yang ditawarkan oleh syarikat telefon selular

Page 61: tesis alfread 2003

4.4 Analisa Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Permintaan Telefon Rumah

Berbanding Selular

4.4.1 Analisa Faktor Perkhidmatan

Jadual 9.

Kaiser-Meyer-Olkin Measure of Sampling

Adequacy.

,668

Bartlett's Test of

Sphericity

Approx. Chi-Square 77,316

df 15

Sig. ,000

KMO and Bartlett's Test

Melalui jadual di atas, ianya membuktikan bahawa faktor tersebut adalah

tepat kerana melebihi 0.5 yang diambilkira berdasarkan kepada nilai KMO. Nilai

0.668 menunjukkan bahawa faktor tersebut adalah tepat dan relevan. Justeru itu,

analisa Kaiser-Meyer-Olkin ini mengukuhkan lagi dapatan kajian bahawa faktor

perkhidmatan mempengaruhi pemilihan responden terhadap talian tetap kediaman

atau telefon rumah.

Jadual 10.

Page 62: tesis alfread 2003

Communalities

Initial Extraction

Pembayaran mudah 1,000 ,254

Layanan baik 1,000 ,438

Penghantaran bil 1,000 ,703

Bil bertepatan 1,000 ,550

Mudah berurusan 1,000 ,404

Selular - jika perkhidmatan lebih baik 1,000 ,879

Extraction Method: Principal Component Analysis.

Melalui jadual di atas keputusan kajian mendapati bahawa faktor

perkhidmatan mempengaruhi pemilihan responden terhadap pemilihan telefon

rumah. Melalui penilaian pada jadual ini juga, kajian mendapati nilai Extraction

yang tertinggi ialah faktor selular- perkhidmatan iaitu pengguna akan beralih

kepada selular sekiranya perkhidmatannya lebih baik berbanding talian tetap.

Jadi, ianya merupakan faktor terpenting berdasarkan kepada analisa ini. Faktor

kedua terpenting ialah faktor penghantaran bil yang terbaik oleh Telekom

berbanding selular dengan nilai Extraction sebanyak 0.703. Selepas itu, diikuti

oleh faktor bil yang dihantar adalah bertepatan dengan jumlah panggilan.

Page 63: tesis alfread 2003

Jadual 11.

Total Variance Explained

Initial Eigenvalues

Component

Total

% of

Variance

1 2,165 36,091

2 1,064 17,727

3 ,882 14,696

4 ,858 14,303

5 ,610 10,167

6 ,421 7,016

Extraction Method: Principal Component Analysis.

Jadual di atas menunjukkan peratusan terhadap tiga faktor yang terpenting.

Sebanyak 68.5 % faktor perkhidmatan ini yang menerangkan terhadap kajian ini.

Manakala selebihnya iaitu sebanyak 31.49 % adalah diterangkan oleh faktor lain

di luar kajian ini. Nilai peratusan tersebut adalah baik dan menunjukkan bahawa

terdapatnya hubungan faktor perkhidmatan dengan pemilihan responden kepada

talian tetap.

Jadual 12.

Page 64: tesis alfread 2003

Rotated Component Matrix

Component

1 2

Pembayaran mudah

Layanan baik ,649

Penghantaran bil ,836

Bil bertepatan ,716

Mudah berurusan ,584

Selular – jika perkhidmatan lebih baik ,938

Extraction Method: Principal Component Analysis. Rotation Method: Varimax

with Kaiser Normalization.

a Rotation converged in 3 iterations.

Jadual di atas menerangkan bahawa penghantaran bil, bil bertepatan dan

layanan baik merupakan faktor terpenting. Sementara itu, faktor kedua terpenting

ialah selular-perkhidmatan. Ini dibuktikan di dalam jadual Rotated Component

Matrix di atas. Penganalisaan dibuat adalah melihat kepada nilai tertinggi bagi

setiap komponen yang menunjukkan terbaik setelah diuji melalui analisa faktor

ini.

4.4.2 Analisa Faktor Harga

Page 65: tesis alfread 2003

Jadual 13.

Kaiser-Meyer-Olkin Measure of Sampling

Adequacy.

,624

Bartlett's Test of

Sphericity

Approx. Chi-Square 74,883

df 10

Sig. ,000

KMO and Bartlett's Test

Di dalam menganalisa faktor harga ini, kajian mendapati bahawa faktor

yang dikaji adalah tepat dan boleh diterima. Hal ini dibuktikan melalui keputusan

ujian KMO di atas yang mempunyai nilai sebanyak 0.624. Nilai ini jelas

membuktikan bahawa faktor harga ini mempunyai hubungan terhadap pemilihan

responden kepada telefon rumah berbanding selular.

Jadual 14.

Page 66: tesis alfread 2003

Communalities

Initial Extraction

Sewa 1,000 ,662

Caj 1,000 ,728

Pendaftaran 1,000 ,645

Harga set 1,000 ,688

Selular –jika harga lebih baik 1,000 ,466

Extraction Method: Principal Component Analysis.

Secara keseluruhannya kajian dapat mengetahui urutan kepentingan faktor

harga berdasarkan kepada ujian Communalities di atas. Keputusan berdasarkan

kepada jadual di atas menerangkan bahawa faktor caj panggilan telefon rumah

yang rendah merupakan faktor terpenting, selepas itu harga set telefon rumah

yang murah juga merupakan faktor kedua terpenting. Faktor ketiga terpanting di

dalam faktor harga ini ialah kadar sewa telefon rumah yang lebih rendah

berbanding selular. Justeru itu, kajian mendapati bahawa faktor harga ini

mempengaruhi responden dalam pemilihan telefon rumah.

Jadual 15.

Page 67: tesis alfread 2003

Total Variance Explained

Initial Eigenvalues

Component Total % of

Variance

1 1,984 39,671

2 1,206 24,113

3 ,848 16,958

4 ,551 11,017

5 ,412 8,241

Extraction Method: Principal Component Analysis.

Melalui analisa sebanyakmanakah faktor harga ini menerangkan terhadap

kajian yang dijalankan ini, keputusan kajian mendapati bahawa sebanyak 80.74 %

faktor harga ini menerangkan terhadap kajian. Selebihnya iaitu sebanyak 19.26 %

adalah faktor yang di luar kajian yang tidak dimasukkan dalam kajian ini.

Peratusan ini juga menunjukkan bahawa faktor harga ini mempunyai hubungan

terhadap pemilihan responden kepada talian tetap atau telefon rumah.

Jadual 16.

Page 68: tesis alfread 2003

Rotated Component Matrix

Component

1 2

Sewa ,757

Caj ,845

Pendaftaran -,803

Harga set ,797

Selular – jika harga lebih baik ,676

Extraction Method: Principal Component Analysis. Rotation Method: Varimax

with Kaiser Normalization.

a Rotation converged in 3 iterations.

Melalui keputusan analisa di atas, faktor terpenting yang mempengaruhi

responden memilih telefon rumah adalah caj pendaftaran, harga set dan kadar

sewa yang murah berbanding selular. Berdasarkan kepada keputusan tersebut

juga, kajian mendapati faktor kedua terpenting ialah pemilihan kepada selular

sekiranya faktor harga telefon rumah lebih tinggi berbanding selular. Justeru itu,

keputusan tersebut jelas menunjukkan bahawa faktor harga ini adalah

mempengaruhi pengguna dalam memilih telefon rumah.

4.4.3 Analisa Faktor Liputan

Jadual 17.

Page 69: tesis alfread 2003

Kaiser-Meyer-Olkin Measure of Sampling

Adequacy.

,561

Bartlett's Test of

Sphericity

Approx. Chi-Square 51,280

df 10

Sig. ,000

KMO and Bartlett's Test

Analisa faktor yang seterusnya ialah analisa faktor liputan. Melalui ujian

KMO di atas, nilai 0.561 menunjukkan bahawa faktor liputan ini mempunyai

hubungan terhadap pemilihan responden kepada telefon rumah berbanding

selular. Nilai tersebut juga membuktikan bahawa faktor liputan ini adalah tepat

dan relevan.

Jadual 18.

Page 70: tesis alfread 2003

Communalities

Initial Extraction

Luas 1,000 ,646

Lebih jelas 1,000 ,511

Tiada gangguan 1,000 ,665

Sambungan talian 1,000 ,688

Selular – jika liputan lebih baik 1,000 ,548

Extraction Method: Principal Component Analysis.

Berdasarkan kepada ujian, kajian mendapati bahawa di dalam faktor

liputan ini faktor sambungan talian yang baik oleh telefon rumah merupakan

faktor terpenting. Faktor kedua terpenting ialah faktor tiada gangguan dan diikuti

oleh faktor liputan telefon rumah yang luas berbanding selular. Oleh itu, kajian

menyimpulkan bahawa faktor liputan yang baik di dalam penggunaan telefon

rumah merupakan faktor yang mempengaruhi responden memilih telefon rumah.

Jadual 19.

Page 71: tesis alfread 2003

Total Variance Explained

Initial Eigenvalues

Component Total % of Variance

1 1,721 34,417

2 1,337 26,737

3 ,818 16,366

4 ,622 12,442

5 ,502 10,038

Extraction Method: Principal Component Analysis.

Ujian penerangan keseluruhan pembolehubah di atas menerangkan

sebanyak manakah faktor liputan ini menerangkan terhadap keseluruhan kajian.

Keseluruhannya, kajian mendapati bahawa sebanyak 77.52 % faktor liputan ini

mempengaruhi atau menerangkan terhadap kajian ini. Sebanyak 22.48 %

merupakan faktor-faktor yang di luar kajian ini atau tidak dikaji. Peratusan ini

juga membuktikan bahawa terdapatnya hubungan antara faktor liputan dengan

pemilihan telefon rumah berbanding selular.

Page 72: tesis alfread 2003

Jadual 20.

Rotated Component Matrix

Component

1 2

Luas ,793

Lebih jelas ,558

Tiada gangguan ,795

Sambungan talian ,792

Selular – jika liputan lebih baik ,649

Extraction Method: Principal Component Analysis. Rotation Method: Varimax with

Kaiser Normalization.

a Rotation converged in 3 iterations.

Melalui ujian Rotated Component Matrix di atas, kajian mendapati

bahawa faktor liputan ini iaitu tiada gangguan dan sambungan talian yang baik ke

atas penggunaan telefon rumah merupakan faktor terpenting yang mempengaruhi

responden memilih telefon rumah berbanding selular. Faktor kedua terpenting

ialah liputan talian yang luas, pemilihan selular sekiranya mempunyai liputan

yang lebih baik berbanding telefon rumah dan liputan jelas telefon rumah. Oleh

itu, kajian dapat mengetahui bahawa faktor liputan ini mempengaruhi dan

mempunyai hubungan terhadap pemilihan telefon rumah responden berbanding

selular.

Page 73: tesis alfread 2003

4.5 Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman Yang Dihadapi Oleh Telekom

Berikut merupakan kekuatan, kelemahan, peluang dan juga ancaman yang

dihadapi bagi pihak Telekom mengikut pandangan penyelidik setelah meneliti borang

soal selidik. Pengetahuan ini juga diperolehi melalui pembacaan.

4.5.1 Kekuatan (Strenght, S)

Kekuatan yang paling utama dimiliki oleh Telekom adalah ia merupakan

pembekal tunggal perkhidmatan telefon tetap kediaman yang ada di Malaysia.

Selain itu kekuatan lain yang dimiliki oleh Telekom berbanding dengan firma

selular ialah saiz organisasinya, liputan paling meluas dan harga perkhidmatan

yang rendah.

4.5.2 Kelemahan (Weakness, W)

Kelemahan yang boleh penyelidik nampak pada pihak Telekom ialah ia tidak mampu untuk memenuhi keperluan serta

kehendak pelanggan, proses pemohonan yang terlalu lama dan terdapat kelemahan pada set yang digunakan.

4.5.3 Peluang (Opportunity, S)

Peluang-peluang yang ada pula ialah masih terdapat banyak kawasan yang

belum mendapat perkhidmatan talian telefon dan penggunaan internet yang

semakin meluas.

Page 74: tesis alfread 2003

4.5.4 Ancaman (Threat, T)

Berikut pula merupakan ancaman yang dihadapi oleh Telekom. Ancaman

tersebut ialah kehilangan pelanggan kepada firma selular.

Page 75: tesis alfread 2003

BAB 5

PERBINCANGAN KAJIAN

5.0 PENGENALAN

Bab ini akan membincangkan dengan lebih lanjut mengenai keputusan kajian

yang telah dilakukan dan diperolehi pada Bab 4. Perbincangan kajian ini akan

merangkumi keputusan kajian dengan sokongan daripada fakta-fakta kajian-kajian yang

lepas.

5.1 Latar Belakang Responden

Latar belakang responden yang dikaji di sini adalah merangkumi taraf

pendidikan, sektor pekerjaan, pendapatan, jantina dan taraf perkahwinan.

5.1.1 Taraf Pendidikan

Keputusan kajian yang telah diambil adalah hasil dari penilaian

borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden. Terdapat 100

borang soal selidik yang telah berjaya dikutip balik oleh penyelidik.

Antara taraf pendidikan yang telah diterima oleh responden-responden

adalah seperti pendidikan sekolah rendah, pendidikan menengah rendah

iaitu SRP (Sijil Rendah Pelajaran) atau PMR (Penilaian Menengah

Rendah), pendidikan menengah atas iaitu SPM (Sijil Pelajaran Malaysia),

peringkat diploma atau STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia) dan

Page 76: tesis alfread 2003

peringkat ijazah. Ada juga di antara responden yang telah mendapat taraf

pendidikan yang lain selain yang dinyatakan seperti di atas.

Terdapat sebanyak 6% daripada jumlah responden mendapat

pendidikan sehingga peringkat sekolah rendah. Bagi pendidikan peringkat

menengah rendah pula adalah sebanyak 14%. Untuk peringkat pendidikan

sekolah menengah atas pula ialah sebanyak 37%. Taraf pendidikan pada

peringkat ini merupakan golongan responden yang paling ramai terlibat di

dalam kajian yang dilakukan. Manakala golongan responden yang

memiliki taraf pendidikan peringkat diploma atau STPM merupakan

peratusan yang kedua tertinggi iaitu dengan 27% dari jumlah keseluruhan.

Bagi pemegang ijazah peratusan responden yang terlibat di dalam kajian

ini adalah sebanyak 12%. Baki peratusan bagi responden yang lain pula

mendapat pendidikan atau taraf pendidikan yang lain selain yang telah

dinyatakan di atas.

Hasil daripada penilaian yang dilakukan terhadap borang soal selidik taraf

pendidikan seseorang tidak memberi kesan kepada langganan talian

telefon. Ini kerana perkhidmatan telefon sekarang telah dapat dikatakan

sebagai salah satu daripada keperluan masyarakat. Kesedaran tentang

keperluan perhubungan dalam kehidupan adalah amat tinggi di kalangan

masyarakat kita. Ujian korelasi yang dilakukan juga dapat menunjukkan

bahawa ia tidak berkaitan jangka masa menggunakan telefon kediaman,

jumlah talian, purata bil dan pemasangan semula telefon.

Page 77: tesis alfread 2003

5.1.2 Sektor Pekerjaan

Di dalam kajian ini jumlah responden yang bekerja dengan sektor

kerajaan dan yang bekerja dengan sektor swasta merupakan golongan

yang paling banyak terlibat. Peratusan bagi responden yang bekerja di

sektor kerajaan ialah sebanyak 46%. Manakala peratusan responden yang

bekerja di dalam sektor swasta ialah sebanyak 46% juga. Peratusan ini

adalah bersamaan dengan responden yang bekerja di dalam sektor

kerajaan. Baki peratusan yang sebanyak 8% pula adalah bekerja sendiri.

Dengan adanya gaji yang diterima untuk setiap bulan bagi

perkhidmatan di dalam sektor kerajaan. Seseorang itu mampu untuk

melanggani perkhidmatan talian telefon. Begitu juga situasi dengan yang

bekerja di sektor swasta, mereka mampu untuk melanggani talian tetap

yang ditawarkan oleh pihak Telekom. Dengan pendapatan sebanyak

RM1000 hingga ke RM2000 adalah tidak menjadi masalah untuk

seseorang individu untuk membayar bil. Bagi individu yang bekerja

sendiri mereka juga berkemampuan untuk melanggan perkhidmatan yang

ditawarkan oleh Telekom.

5.1.3 Pendapatan

Golongan responden yang terbesar adalah memiliki pendapatan

bulanan sebanyak RM1000 hingga ke RM2000. Peratusan bagi golongan

majoriti ini adalah sebanyak 65%. Pendapatan dalam lingkungan ini

adalah mencukupi. Perbelanjaan harian untuk penduduk Kuching adalah

Page 78: tesis alfread 2003

pada tahap sederhana. Dengan ini maka dengan menggunakan gaji

sebanyak itu mereka mampu untuk membuat lebih banyak pembelian.

Pembelian dalam kehidupan seharian adalah berkaitan dengan pendapatan

atau jumlah wang yang diperolehi. S. H. Lim (1994) turut mengatakan

bahawa pendapatan pengguna merupakan faktor yang paling penting

dalam mempengaruhi permintaan sesuatu barangan. Ia juga boleh

dikatakan sebagai sebuah barang mesti bagi sesetengah golongan. S. H.

Lim (1994) mengatakan bahawa permintaannya tidak dipengaruhi oleh

tingkat pendapatan.

5.1.4 Jantina

Di dalam kajian ini jumlah responden yang paling banyak terlibat

adalah datangnya dari pihak lelaki. Peratusan bagi responden lelaki

adalah sebanyak 56%. Manakala selebihnya iaitu sebanyak 44% adalah

datangnya dari responden perempuan.

Di dalam sesebuah institusi kekeluargaan, kaum lelaki selalu

dikaitkan dan dikatakan sebagai ketua rumah. Sebagai seorang ketua

rumah, mereka akan menentukan keputusan dalam perbelanjaan dan

sebagainya. Penggunaan dan langganan telefon kediaman merupakan

perbelanjaan dan berfungsi untuk memberikan keselesaan kepada keluarga

mereka. Keselesaan kekeluarga merangkumi suami, isteri dan juga anak-

anak. Ini besesuaian dengan satu teori yang mengatakan bahawa kuasa

beli pengguna atau keputusan yang dibuat adalah untuk memenuhi

Page 79: tesis alfread 2003

keperluan pasangan mereka; bagi mereka yang telah berkahwin (Davis,

1976)

5.1.5 Taraf Perkahwinan

Di dalam komponen taraf terdapat empat kategori. Kategori

tersebut ialah status bujang, berkahwin, duda dan juga janda. Penilaian

yang telah dibuat menunjukkan bahawa kebanyakan responden adalah

datangnya dari golongan yang telah berkahwin. Peratusan bagi golongan

responden yang telah berkahwin adalah sebanyak 68%. Peratusan bagi

responden yang masih berstatus bujang adalah sebanyak 27%. Baki

peratusan yang lain iaitu sebanyak 5% adalah responden yang berstatus

duda dan janda.

Di dalam sesebuah keluarga telefon adalah bertujuan untuk

meningkatkan taraf kehidupan. Ia juga bertujuan untuk memberi

keselesaan kepada keluarga tersebut untuk berhubung sesama sendiri

ataupun untuk meningkatkan perhubungan dengan dunia luar. Satu teori

yang mengatakan bahawa kuasa beli pengguna atau keputusan yang dibuat

adalah untuk memenuhi keperluan pasangan mereka; bagi mereka yang

telah berkahwin (Davis, 1976)

Page 80: tesis alfread 2003

5.2 Maklumat Penggunaan Telefon Talian Tetap Kediaman

Maklumat penggunaan telefon merangkumi jangka masa penggunaan telefon

kediaman, jumlah talian yang digunakan pada masa sekarang, purata bil bulanan

dan berapa kali mereka telah membuat pemasangan semula.

5.2.1 Jangka Masa Penggunaan Telefon

Kebanyakan responden yang terlibat telah melanggan talian telefon

talian tetap milik Telekom lebih dari sepuluh tahun. Jumlah peratusan

responden yang telah melanggan talian ini lebih dari sepuluh tahun adalah

sebanyak 46%. Bagi jumlah peratusan responden yang telah

menggunakannya selama 5 hingga 10 tahun ialah sebanyak 26%. 17%

pula adalah bagi responden yang telah menggunakan talian tersebut dalam

tempoh 1 hingga ke 5 tahun. Bagi kumpulan responden yang

menggunakan talian tersebut kurang dari setahun pula ialah sebanyak

11%. Keadaan ini menunjukkan bahawa kebanyakan responden

mempunyai kesedaran yang awal tentang pentingnya penggunaan telefon

dalam kehidupan. Mengikut keputusan ujian korelasi yang telah

dijalankan ia menunjukkan perkaitan dengan sektor pekerjaan.

5.2.2 Jumlah Talian Yang Digunakan

Bagi jumlah talian yang digunakan kebanyakan responden hanya

menggunakan satu talian sahaja. Peratusan responden yang menggunakan

satu talian sahaja di kediaman mereka ialah sebanyak 88%. Bagi

Page 81: tesis alfread 2003

peratusan yang selebihnya pula menggunakan dua talian di dalam

kediaman mereka.

Jumlah peratusan yang tinggi untuk penggunaan satu sahaja talian

telefon menunjukkan jumlah langganan talian tidak berkaitan atau tidak

dipengaruhi oleh taraf pendidikan yang diterima oleh responden. Selain

itu ia juga tidak dipengaruhi oleh jumlah pendapatan seseorang. Ini dapat

dibuktikan dengan hasil ujian korelasi yang telah dijalankan.

5.2.3 Purata Bil Bulanan

Purata bil bulanan yang paling banyak peratusannya ialah kurang

daripada RM100. Peratusan responden yang membayar bil kurang dari

RM100 sebulan adalah sebanyak 50%. 46% lagi mempunyai purata bil

bulanan sebanyak RM100 hingga ke RM200. Baki sebanyak 4% lagi

adalah dari golongan responden yang mempunyai purata bil bulanan

sebanyak RM200 hingga ke RM300.

Kadar bil sebulan adalah berkaitan dengan pendapatan responden

mengikut ujian korelasi yang telah dijalankan.

5.2.4 Pemasangan Semula

Bagi pemasangan semula talian, peratusan responden yang paling

tinggi adalah pada kategori kelima iaitu tidak pernah membuat

pemasangan semula. Peratusan bagi pemasangan sekali adalah sebanyak

30%. Bagi yang pernah membuat pemasangan sebanyak dua kali pula

Page 82: tesis alfread 2003

ialah sebanyak 25%. 12% pula adalah peratusan bagi responden yang

telah membuat pemasangan sebanyak 3 kali. Bagi jumlah peratusan

responden yang pernah membuat pemasangan sebanyak 4 kali adalah

sebanyak 2%. Ia juga merupakan jumlah peratusan yang paling rendah.

Peratusan yang tertinggi ialah bagi responden yang tidak pernah membuat

pemasangan semula semenjak awal penggunaan telefon talian tetap

kediaman. Peratusannya adalah 31%. Pemasangan semula tidak berkaitan

dengan pendapatan, sektor pekerjaan dan juga taraf pendidikan.

5.3 Analisa Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Permintaan

Analisa Faktor dijalankan dengan menggunakan skala Likert iaitu dari

skala sangat tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju.

Antara faktor yang dianalisa ialah faktor perkhidmatan, faktor harga dan faktor

liputan.

5.3.1 Analisa Terhadap Faktor Perkhidmatan

Berdasarkan kepada analisa faktor terhadap faktor perkhidmatan,

keputusan kajian mendapati nilai ujian Kaiser-Meyer-Olkin (KMO) adalah 0.668

dan nilai ini menunjukkan bahawa faktor perkhidmatan ini adalah agak tepat.

Malalui analisa Communalities, keputusan analisa mendapati bahawa faktor

terpenting ialah pemilihan selular sekiranya perkhidmatan selular lebih baik

berbanding telefon rumah. Faktor kedua terpenting ialah faktor penghantaran bil

yang baik oleh Telekom. Selepas itu diikuti pula oleh analisa Total Variance

Page 83: tesis alfread 2003

Explained. Melalui analisa ini kajian mendapati bahawa sebanyak 68.5 % faktor

perkhidmatan ini menerangkan terhadap kajian ini.

Analisa Rotated Component Matrix bagi faktor perkhidmatan ini

mendapati bahawa faktor terpenting ialah faktor penghantaran bil, bil bertepatan

dan layanan baik oleh Telekom merupakan faktor perkhidmatan yang

mempengaruhi responden memilih telefon rumah. Sementara itu, faktor kedua

terpenting ialah faktor pemilihan selular sekiranya perkhidmatan selular lebih

baik berbanding Telekom.

Menurut Kenneth E. Ebel (1991), beliau mengatakan bahawa fokus yang

maksimum dan objektif setiap individu dalam sesebuah organisasi adalah mesti

memuaskan kehendak pelanggan. Justeru itu, pihak Telekom dalam mencapai

pelanggan yang maksimum mereka akan menggunakan strategi perkhidmatan.

Dengan adanya perkhidmatan terbaik dari pihak Telekom ianya mampu untuk

menarik pelanggan menggunakan produk mereka.

Kathryn M. Bartol dan David C. Martin (1998) pula mengatakan bahawa

teknologi adalah pengetahuan, peralatan, perkakasan dan teknik kerja yang

digunakan oleh sesebuah organisasi dalam menyampaikan produk dan

perkhidmatan mereka. Melalui penggunaan teknologi dalam sistem komunikasi,

pihak Telekom mampu menyediakan perkhidmatan yang dianggap terbaik kepada

pelanggan contohnya dalam pengurusan bil, pendaftaran pelanggan, pengurusan

maklumat pelanggan dan urusan pembayaran bil yang mudah.

Page 84: tesis alfread 2003

5.3.2 Analisa Terhadap Faktor Harga

Nilai ujian Kaiser-Meyer-Olkin (KMO) terhadap faktor harga ini ialah

0.624 yang membuktikan bahawa faktor harga adalah tepat iaitu mempengaruhi

responden dalam pemilihan telefon rumah berbanding selular. Berdasarkan

kepada analisa Communalities, kajian mendapati bahawa faktor caj pendaftaran

telefon rumah yang rendah merupakan faktor terpenting. Faktor harga set telefon

rumah yang lebih rendah berbanding harga set selular merupakan faktor kedua

terpenting yang mempengaruhi pengguna memilih telefon rumah. Sementara itu,

faktor ketiga terpenting ialah faktor kadar sewa telefon rumah yang lebih rendah

berbanding selular.

Melalui analisa Total Variance Explained, sebanyak 80.74 % faktor harga

ini menerangkan terhadap kajian yang dijalankan. Analisa Rotated Component

Matrix juga membuktikan bahawa faktor caj penggilan, harga set dan kadar sewa

telefon rumah yang lebih murah berbanding selular merupakan faktor terpenting.

Ahmad Mahdzan (1979) telah mendefinisikan kos sebagai sebarang

pengorbanan yang dibuat untuk mendapatkan sesuatu barangan yang boleh

memberi utiliti atau keuntungan. Menurut beliau lagi, kuasa beli merupakan

kemampuan pengguna untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan. Justeru

itu, pengguna dalam kajian ini memilih untuk menggunakan telefon rumah

disebabkan faktor kos yang di anggap lebih rendah berbanding selular. Senario

ini adalah disebabkan oleh faktor pendapatan di mana pengguna cuba untuk

mendapatkan kemudahan komunikasi dengan kos yang rendah tanpa

membebankan mereka.

Page 85: tesis alfread 2003

5.3.3 Analisa Terhadap Faktor Liputan

Berdasarkan kepada keputusan kajian, nilai KMO yang diperolehi ialah

0.688 yang menunjukkan bahawa faktor liputan ini adalah mempengaruhi

pengguna memilih telefon rumah berbanding selular. Analisa Communalities

menunjukkan bahawa faktor terpenting dalam pemilihan telefon rumah ialah

penyambungan talian yang baik, tiada gangguan serta mempunyai liputan yang

luas. Analisa Total Variance Explained pula membuktikan bahawa sebanyak

77.52 % faktor liputan ini menerangkan terhadap kajian yang dibuat. Ini

menunjukkan terdapatnya hubungan antara faktor liputan dengan pemilihan

telefon rumah berbanding selular.

Faktor tiada gangguan dan sambungan talian yang baik telefon rumah

merupakan faktor terpenting berdasarkan kepada analisa Rotated Component

Matrix. Faktor kedua terpenting berdasarkan kepada analisa ini ialah faktor

liputan yang luas dan jelas dalam penggunaan telefon rumah.

Melalui keputusan di atas kajian mendapati bahawa pengguna memilih

telefon rumah adalah disebabkan oleh faktor liputan telefon rumah yang lebih

baik berbanding selular. Menurut William D. Perreault dan E. Jerome McCarthy

(1999), mereka mengatakan bahawa teknologi merupakan aplikasi sains yang

digunakan untuk menukar sumber-sumber ekonomi kepada output. Justeru itu,

kepentingan teknologi dalam sistem komunikasi adalah dititikberatkan oleh pihak

Telekom bagi menyediakan liputan terbaik kepada pelanggan. Penilaian

pelanggan terhadap liputan sistem komunikasi Telekom yang baik menyebabkan

mereka memilih telefon tetap Telekom berbanding selular.

Page 86: tesis alfread 2003

Menurut Kenneth E. Ebel (1991), beliau mendefinisikan kualiti sebagai

segala bentuk dan ciri-ciri yang terdapat pada produk atau perkhidmatan yang

dapat serta mampu untuk memuaskan kehendak atau keperluan pelanggan.

Menurut beliau lagi, fokus yang maksimum dan objektif setiap individu dalam

sesebuah organisasi adalah mesti memuaskan kehendak pelanggan. Faktor

liputan terbaik bagi Telekom merupakan satu kualiti perkhidmatan mereka yang

mampu menarik pengguna memilih talian telefon rumah.

5.4 Analisa S.W.O.T Terhadap Syarikat Telekom Malaysia Berhad.

Pemerhatian, penelitian dan pembacaan dari borang soal selidik, buku

serta dari sumber yang lain telah dibuat oleh penyelidik. Ditambah pula dengan

pengetahuan penyelidik sendiri berkenaan dengan keadaan semasa, maka

bahagian ini telah disimpulkan. Dengan ini pengkaji telah mendapat pengetahuan

dan gambaran tentang kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang ada pada

Telekom berbanding dengan firma selular. Berikut merupakan kekuatan,

kelemahan, peluang dan juga ancaman yang dihadapi bagi pihak Telekom

mengikut pandangan pengkaji:

5.4.1 Kekuatan (Strenght, S)

Kekuatan yang paling utama dimiliki oleh Telekom adalah ia merupakan

pembekal tunggal perkhidmatan telefon tetap kediaman yang ada di Malaysia.

Dengan status begini maka ia dapat menawarkan perkhidmatan tersebut secara

maksimum kepada setiap permintaan yang ada di pasaran. Oleh kerana ia

Page 87: tesis alfread 2003

merupakan pembekal tunggal talian tetap kediaman, maka pihak pelanggan tidak

mempunyai banyak pilihan dalam proses pembelian perkhidmatan tersebut.

Pelanggan hanya ada pilihan kedua iaitu menggunakan telefon selular di

kediaman mereka. Persaingan antara firma adalah kuat sekiranya kos untuk

pelanggan bertukar kepada jenama lain adalah rendah (Arthur A. Thompson dan

A. J. Strickland III, 2001). Namun begitu kos untuk bertukar kepada

perkhidmatan selular adalah tinggi. Ia juga akan menyebabkan pelanggan

membuat pembayaran yang lebih tinggi untuk perkhidmatan yang disediakan oleh

syarikat selular sekiranya kadar sewa talian dan caj panggilan masih lagi sama

dengan yang ada pada masa sekarang.

Kekuatan yang kedua yang dimiliki oleh pihak Telekom adalah berkenaan

dengan saiz organisasinya. Firma di dalam industri akan berada pada tahap

operasi yang cekap apabila saiz firma adalah besar dan menghasilkan keluaran

secara besar-besaran (S. H. Lim, 1994). Ini bermakna firma-firma baru yang

mempunyai modal yang mencukupi mungkin tidak ada peluang untuk memasuki

industri kerana tidak dapat bertanding dengan firma yang sudah mencapai operasi

yang cekap (S. H. Lim, 1994). Pihak Telekom telah melibatkan diri dalam

perniagaan ini sejak dari zaman awal kemerdekaan. Peredaran masa telah

menyaksikan perkembangan dan kemajuan pihak Telekom. Pada masa sekarang

Telekom merupakan satu syarikat telekomunikasi yang terbesar di Malaysia.

Pada tahun 2002 ia juga telah berjaya mengambil alih sebuah lagi syarikat selular,

antara yang terbesar di Malaysia iaitu Celcom. Di sini dapat saksikan bahawa

kedudukan syarikat ini semakin kukuh sebagai peneraju dalam bidang

Page 88: tesis alfread 2003

telekomunikasi di Malaysia. Syarikat Telekom Malaysia semakin membesar dan

terus membesar. Saiz organisasi yang besar ini dapat memberikan kelebihan

persaingan yang lebih baik kepada Telekom. Saiznya yang besar juga akan

memberikan satu halangan kepada firma lain untuk menceburi bidang yang sama

dengan diceburi oleh Telekom. Berbanding dengan selular, saiz firma selular

adalah jauh lebih kecil dan tempoh mereka meceburi bidang perniagaan ini juga

masih singkat. Masih belum terdapat kekuatan yang diperlukan oleh mereka

untuk bersaing dengan Telekom.

Liputan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak Telekom juga

merupakan yang paling meluas setakat ini. Perkhidmatan yang ditawar oleh pihak

Telekom dapat meliputi kawasan yang tidak tercapai oleh syarikat selular.

Dengan adanya kawasan liputan yang lebih meluas maka ia dapat membuka lebih

banyak peluang untuk pemasaran produknya kepada pelanggan yang berpotensi.

Faktor liputan ini merupakan salah satu daripada kekuatan terunggul yang

dimiliki oleh pihak Telekom setakat ini selain faktor lain.

Pengurus syarikat selalunya menghadapi masalah apabila pesaing

meletakkan harga pada paras yang amat rendah atau apabila kemasukkan firma

baru wujud dan berkuasa dengan harga yang lebih rendah (Arthur A. Thompson

dan A. J. Strickland III, 2001). Ini menunjukkan bahawa harga adalah amat

penting bagi firma dan juga kepada pelanggan. Melihat keadaan yang ada pada

masa sekarang, harga perkhidmatan yang ditawarkan oleh Telekom banyak

membantu dalam meningkatkan perniagaannya. Sewa talian yang ditawarkan

oleh firma kepada pelanggan adalah lebih murah berbanding dengan kadar sewa

Page 89: tesis alfread 2003

yang ditawarkan oleh firma selular. Ramai pelanggan setuju dengan kenyataan

ini. Kadar caj untuk panggilan yang dibuat juga adalah lebih murah berbanding

dengan caj yang dikenakan oleh firma selular. Sebagai seorang pelanggan, sudah

semestinya mereka akan menggunakan perkhidmatan yang dapat memberikan

mereka kos yang lebih murah. Maka dapat dikatakan bahawa Telekom adalah

pilihan utama dalam langganan perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia. Dalam

kes ini, pelanggan juga setuju mengatakan bahawa Telekom merupakan sebuah

firma yang menawarkan caj yang paling murah untuk panggilan yang dibuat.

Sebagai sebuah firma yang telah lama bertapak dan menceburi bidang

telekomunikasi, ia telah dapat menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada

pelanggan. Perkhidmatan di sini dapat dilihat dari segi pakej yang ditawarkan,

sistem pembayaran bil, sistem aduan dan lain-lain. Perkhidmatan sebegini dapat

menarik minat pelanggan baru untuk melanggan atau pelanggan lama terus

melanggan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Telekom. Sebagai contoh talian

aduan yang disediakan oleh pihak Telekom adalah perkhidmatan talian 1050.

Dengan adanya perkhidmatan aduan yang disediakan oleh firma, maka ia dapat

membantu meningkatkan lagi taraf perkhidmatan yang diberikan kepada

pelanggan.

Sebagai sebuah syarikat yang besar ia memiliki aset yang banyak. Aset

ini dapat membantu dalam memperkuatkan lagi daya saing yang ada. Aset ini

merupakan perkara yang penting sebagai pemangkin untuk meluaskan lagi

perniagaan Telekom. Oleh kerana ia memiliki aset yang banyak maka, kita dapat

melihat penguasaan Telekom terhadap syarikat Celcom. Antara aset yang ada

Page 90: tesis alfread 2003

pada Telekom adalah dari segi tunai, rangkaian komputer serta sistem maklumat

yang boleh mengurangkan kos operasi dan juga sekuriti yang dapat dipasarkan di

pasaran saham.

5.4.2 Kelemahan (Weakness, W)

Pelanggan yang terlalu ramai dapat membuatkan sesebuah firma tidak

dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik seperti mana yang diharapkan oleh

semua pelanggan. Keperluan dan kehendak pelanggan adalah berlainan bagi

setiap individu. Adalah mustahil untuk sebuah firma besar seperti Telekom untuk

memuaskan kehendak dan keperluan setiap pelanggannya. Proses ini juga akan

menggunakan kos yang besar. Apabila kehendak dan keperluan sesetengah

pelanggan tidak dapat dipenuhi maka, ia akan membuatkan pelanggan merasa

tidak puas hati dengan firma. Perkara ini adalah tidak baik untuk perniagaan

Telekom. Pelanggan yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang

ditawarkan oleh Telekom akan berhenti dari melanggan perkhidmatan tersebut.

Mereka juga akan bertukar kepada firma pembekal yang lain sekiranya ada.

Sekiranya pada suatu masa nanti apabila firma selular dapat membekalkan

perkhidmatan yang setaraf dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Telekom

maka pelanggan akan bertukar kepada perkhidmatan selular.

Untuk mendapatkan perkhidmatan talian tetap di kediaman pelanggan

terpaksa menunggu lama. Terdapat kes di mana pelanggan terpaksa menunggu

berbulan-berbulan dan ada yang mencecah tempoh setahun untuk mendapatkan

perkhidmatan yang ditawarkan oleh Telekom. Perkara ini berlaku kerana pihak

Page 91: tesis alfread 2003

Telekom terpaksa berurusan dengan bilangan pelanggannya yang ramai.

Kelewatan ini juga berpunca dari lapisan pengurusan yang ada. Pemasangan

telefon kediaman tidak hanya melibatkan satu bahagian sahaja. Ia melibatkan

banyak peringkat, iaitu dari pihak pengurusan sehinggalah kepada pihak teknikal

yang bertanggungjawab untuk membuat pemasangan. Proses untuk meluluskan

sesuatu pemohonan telah mengambil masa yang lama. Tahap kebergantungan

antara satu pihak dengan pihak yang lain merupakan faktor utama yang

membuatkan kelewatan proses pemasangan. Walaupun pemasaran dan

pengeluaran dapat digabungkan untuk memuaskan kehendak pelanggan, namun

pelanggan tidak akan berpuas hati sepenuhnya sehinggalah masa, tempat dan

penguasaan dipenuhi (Arthur A. Thompson dan A. J. Strickland III, 2001).

Berbanding dengan langganan telefon selular, ia hanya mengambil masa yang

singkat sahaja untuk pelanggan mendapatkan perkhidmatan yang diminta. Ini

membuatkan Telekom menjadi kurang cekap berbanding dengan selular dari segi

memenuhi kehendak pelanggan.

Terdapat juga kelemahan yang terdapat pada produk mereka iaitu dari segi

set yang digunakan. Pada masa sekarang perkhidmatan pesanan ringkas (SMS)

merupakan salah satu daripada perkhidmatan yang mendapat perhatian oleh

pelanggan telekomunikasi. Dengan menggunakan set yang terdapat di kediaman

pada masa sekarang penggunaan SMS adalah mustahil. Jika dibandingkan di

antara set selular dengan set yang dimiliki di rumah, hanya set selular yang

mampu untuk menyediakan perkhidmatan pesanan ringkas dalam bentuk huruf

dan juga dalam bentuk grafik.

Page 92: tesis alfread 2003

5.4.3 Peluang (Opportunity, S)

Peluang yang terdapat pada pihak Telekom ialah kemampuannya untuk

menyediakan perkhidmatan di kawasan yang belum mendapat sebarang

perkhidmatan telefon. Masih banyak yang tidak dapat dicapai dengan

menggunakan perkhidmatan telefon. Semua penduduk yang berada di kawasan

yang berkenaan merupakan pelanggan yang berpotensi untuk melanggan talian

telefon yang disediakan oleh Telekom Malaysia Berhad. Bagi setiap perniagaan,

pelanggan merupakan aset yang paling penting. Pihak Telekom mempunyai

peluang yang lebih besar sekiranya ia memulakan langkah awal untuk menarik

penduduk di kawasan berkenaan sebagai salah seorang daripada pelanggannya.

Salah satu lagi peluang yang timbul dan bakal memberikan keuntungan

yang besar kepada Telekom ialah penggunaan internet yang semakin meluas di

kalangan penduduk yang ada di negara kita. Untuk mencapai penggunaan

internet ia memerlukan talian telefon. Penggunaan telefon sebagai medium untuk

mengakses internet merupakan satu peluang yang besar yang harus dimanfaatkan

oleh pihak Telekom. Dengan ini maka pihak Telekom dapat meningkatkan

jumlah pelanggannya bagi penggunaan talian tetap kediaman. Mengakses internet

menggunakan talian selular adalah mahal dan ia memerlukan sebuah set telefon

yang mampu untuk menyediakan perisian bagi tujuan berkenaan.

Telekom juga mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk menambahkan

pelanggan dengan penyelidikan dan pembangunan (P&P) yang dilakukan

terhadap produk yang ditawarkan dan juga keadaan pasaran. Pihak Telekom

sebagai sebuah firma besar sudah tentu mempunyai keupayaan dalam membuat

Page 93: tesis alfread 2003

P&P. Tidak semua firma yang ada di pasaran dan yang berada dalam julat

persaingan mampu untuk melakukan P&P. Ini adalah kerana ia memerlukan kos

atau perbelanjaan yang amat besar. Semakin besar P&P yang dilakukan maka

semakin banyak kos yang diperlukan dalam menjayakannya.

5.4.4 Ancaman (Threat, T)

Ancaman terbesar yang bakal dihadapi oleh Telekom ialah kehilangan

pelanggan kepada firma selular. Bagi setiap firma yang beroperasi, pelanggan

merupakan satu aset yang paling penting. Tanpa pelanggan sesebuah perniagaan

tidak akan berjaya. Namun buat masa sekarang ia belum lagi menunjukkan kesan

yang ketara. Tetapi dengan peningkatan teknologi, penyelidikan dan

pembangunan dalam bidang telekomunikasi ia merupakan satu perkara yang tidak

mustahil.

Dengan penggunaan teknologi yang lebih canggih seperti penggunaan

satelit sebagai pemangkin untuk perhubungan maka pada suatu masa nanti,

kawasan yang boleh diliputi oleh pihak Telekom dan juga firma selular akan lebih

meluas. Mungkin pada masa tersebut kawasan liputan yang ditawarkan oleh

Telekom dan selular adalah sama besar.

Pada masa berkenaan iaitu pada masa depan, pihak Telekom dan selular

mungkin akan terus bersaing dari segi harga perkhidmatan dan kualiti

perkhidmatan. Harga yang dikenakan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan

juga tidak mustahil untuk diturun kerana ia boleh digunakan sebagai alat yang

digunakan untuk mendapat kekuatan persaingan. Harga akan dapat diturunkan,

Page 94: tesis alfread 2003

kerana dengan adanya teknologi yang canggih segalanya adalah mungkin.

Teknologi boleh digunakan sebagai alat untuk mengurangkan kos dalam setiap

perkara yang dilakukan sama ada operasi mahupun pengurusan. S. H. Lim

(1994) ada mengatakan teknologi dapat digunakan untuk meningkatkan kadar

pengeluaran. Ini menunjukkan bahawa teknologi amat penting dalam

meningkatkan kekuatan persaingan.

5.5 Kesimpulan

Kesimpulan yang dapat dibuat di sini adalah, faktor-faktor perkhidmatan, harga

dan juga faktor liputan amat mempengaruhi langganan yang dilakukan oleh responden.

Bagi faktor perkhidmatan aspek-aspek seperti layanan, pembayaran bil, penghantaran bil,

ketepatan bil dan mudah berurusan telah menjadi penentu kepada langganan. Bagi faktor

harga pula aspek yang menjadi penentu ialah kadar sewa, caj panggilan, bayaran

pendaftaran dan harga set telefon. Seterusnya bagi faktor liputan aspek penentu ialah

liputan yang lebih luas, panggilan yang lebih jelas dan tiada gangguan yang diterima serta

penyambungan talian yang baik.

Page 95: tesis alfread 2003

BAB 6

KESIMPULAN DAN CADANGAN

6.0 PENGENALAN

Di dalam bahagian ini kesimpulan berkenaan dengan penyelidikan yang

dilakukan akan dibuat. Selain daripada kesimpulan, beberapa cadangan dan pendapat

serta komen penyelidik akan dibuat. Cadangan ini bertujuan untuk membuatkan

penyelidikan tentang tajuk ini dan juga berkenaan dengan Projek Tahun Akhir dapat

dilakukan dengan lebih baik daripada yang dilakukan sebelum ini.

6.1 Kesimpulan.

Melalui kajian yang telah dibuat berkenaan dengan tajuk “Faktor permintaan

telefon tetap kediaman berbanding selular di sekitar bandaraya Kuching” dapat

disimpulkan bahawa responden kebanyakkannya memberikan reaksi yang positif.

Kebanyakkan mereka bersetuju dengan soalan-soalan yang diajukan. Secara

keseluruhan, responden-responden boleh dikatakan sebagai bersetuju dengan faktor-

faktor pemintaan terhadap telefon tetap kediaman yang dinyatakan oleh penyelidik. Ciri-

ciri dominan berkenaan dengan demografi adalah, kebanyakkan responden merupakan

lelaki, pendapatan di antara RM1000 hingga RM2000, taraf pendidikan SPM dan telah

berkahwin.

Page 96: tesis alfread 2003

Berkenaan dengan maklumat penggunaan telefon pula, aspek dominan adalah

responden kebanyakkannya menggunakan hanya satu talian sahaja, purata bil sebulan

adalah di bawah RM100, tempoh langganan yang melebihi sepuluh tahun dan

kebanyakkan mereka tidak pernah membuat pemasangan semula telefon semenjak dari

awal penggunaan.

Di dalam borang soal selidik telah meminta responden untuk menyatakan persepsi

mereka untuk setiap faktor yang dinyatakan. Persepsi ini diukur menggunakan skala

Likert iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju.

Kebanyakan responden bersetuju mengatakan faktor perkhidmatan, harga dan liputan

mempengaruhi permintaan. Oleh sebab yang berkenaan maka mereka telah bersetuju

bahawa mereka akan melanggan perkhidmatan firma yang dapat menawarkan

perkhidmatan, harga dan liputan yang lebih baik.

Daripada penilaian yang telah dilakukan terhadap borang soal selidik, dapat

disimpulkan bahawa, faktor perkhidmatan, harga dan juga faktor liputan adalah penting

dalam pemilihan. Ini dapat dilihat, bahawa nilai min telah menunjukkan bahawa

responden bersetuju dengan faktor tersebut. Pada masa sekarang pelanggan amat

mengambil berat tentang kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh firma. Harga pula

dititikberatkan kerana ia memberi kesan terhadap jumlah perbelanjaan. Bagi liputan

pula, ia adalah amat penting di dalam bidang telekmunikasi. Lebih besar kawasan liputan

semakin mudah perhubungan di antara dua atau lebih pihak dilakukan.

Untuk mengembangkan perniagaan dan juga untuk mempertahankan perniagaan

dalam bidang telekomunikasi, pihak Telekom harus mengambil berat faktor-faktor

perkhidmatan, harga dan liputan yang ditawarkan kepada pelanggannya. Sekiranya pihak

Page 97: tesis alfread 2003

selular dapat mengatasi Telekom dalam semua faktor ini maka, kemungkinan besar

Telekom akan kehilangan pelanggannya. Ini akan mendatangkan masalah kepada

peniagaannya. Selain faktor yang telah dinyatakan mungkin terdapat faktor lain yang

memberi kesan terhadap langganan.

6.2 Cadangan.

Terdapat beberapa cadangan yang ingin diberikan oleh penyelidik berkenaan

dengan Projek Tahun Akhir ini. Penyelidik merasakan penyelidikan ini masih lagi

kurang lengkap. Oleh sebab yang berkenaan maka penyelidik mencadangkan supaya

terdapat penyelidikan yang lebih mendalam akan dilakukan berkenaan dengan tajuk

penyelidikan ini pada masa akan datang. Ini kerana telekomunikasi adalah perkara yang

amat penting dalam kehidupan, maka masyarakat seharusnya mendapat pengetahuan

yang lebih banyak tentang keadaan semasa dan perkara-perkara yang berkaitan

dengannya. Walaupun perkara berkaitan dengan telekomunikasi merupakan perkara

kecil bagi sesetengah pihak namun ia banyak memberi kesan terhadap perbelanjaan yang

bakal dibuat.

Penyelidik juga ingin menyarankan supaya bakal pengkaji yang membuat

penyelidikan berkenaan dengan tajuk ini dapat memberikan tumpuan yang lebih banyak

terhadap penggunaan model ekonometrik. Ia adalah supaya ramalan yang lebih tepat

dapat dibuat bagi masa hadapan. Selain itu juga cadangan ingin dibuat supaya kupasan

terhadap perkara ini dapat dibuat dengan lebih mendalam. Ia akan dapat membantu

dalam banyak perkara terutamanya dalam faktor pemilihan jenis talian dan juga

pembekal perkhidmatan yang akan dilanggani. Faktor berkenaan akan memberikan

Page 98: tesis alfread 2003

kesan yang mendalam dalam perbelanjaan dan juga di dalam proses langganan yang

dilakukan oleh pelanggan.

Di sini penyelidik juga ingin menyarankan supaya pihak yang berkenaan dapat

mendekati organisasi di mana penyelidikan dilakukan. Tindakan seperti ini dapat

melicinkan perjalanan dan operasi pengkajian yang dilakukan. Ini kerana masih terdapat

organisasi yang tidak memberikan kerjasama seperti mana yang diharapkan oleh

pengkaji. Dengan penglibatan pihak yang terbabit, mungkin pihak organisasi berkenaan

akan memberikan kerjasama seperti mana yang diharapkan oleh pengkaji.

Kepada pihak yang berkenaan juga, pengkaji ingin mencadangkan supaya latihan

dan panduan tentang cara ujian dan penilaian kajian dapat diberikan dengan lebih

mendalam. Pihak terbabit perlu memberikan latihan yang lebih banyak tentang

penggunaan perisian seperti SPSS ataupun Excel kepada pelajar. Ini kerana perisian

tersebut merupakan kunci utama untuk para pelajar mencapai matlamat dalam

penyelidikannya. Masih terdapat ramai pelajar yang kurang arif tentang penggunaan

perisian tersebut. Penggunaan perisian tersebut merupakan satu perkara baru bagi

kebanyakkan pelajar. Bagi sesuatu perkara baru maka, didikan dan panduan yang baik

untuk memahami perkara tersebut dengan lebih mendalam adalah amat diperlukan.

Page 99: tesis alfread 2003

RUJUKAN

Ahmad Mahdzan Ayob, Teori Mikroekonomi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan

Pustaka, 1979.

Arthur A. Thompson, Jr. & A. J. Strickland III, Strategic Management: Concepts and

Cases, 12th Edition, McGraw Hill, 2001.

Bruce T. Barkley & James H. Saylor, Customer-Driven Project Management: A New

Paradigm in Total Quality Implementation, McGraw Hill, 1994.

Damodar N. Gujarati, Basic Econometrics, 3th Edition, McGraw Hill.

http://products.telekom.com.my/tmhistory/

http://telekom.jati.net.my/general/sitemap.php

Kathryn M. Bartol & David C. Martin, Management, 3th Edition, McGraw Hill, 1998.

Kenneth E. Ebel, Achieving Excellence In Business: A Practical Guide to the Total

Quality Transformation Process, ASQC Quality Press Marcel Dekker Inc., 1991.

Mohamad Md. Yusoff, Media Dan Masyarakat: Satu Kumpulan Esei, Dewan Bahasa dan

Pustaka, 1993.

Mohd. Annuar, Teori Ekonometrik, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988.

Mohd. Hamdan Adnan, Konsep Asas Kepenggunaan, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1994.

S H Lim, Mikroekonomi: STPM , Cetakan Kedua, Pustaka Sarjana Sdn Bhd., 1994

Thomas S. Bateman & Scott A. Snell, Management: Building Competitive Advantage , 4th

Edition, McGraw Hill, 1999.

William D. Perreault, Jr. & E. Jerome McCarthy, Basic Marketing: A Global-Managerial

Approach, 13th Edition, McGraw Hill, 1999.