metalurgis melayu: bilakah manusia mula mengenali...

Download Metalurgis Melayu: Bilakah Manusia Mula Mengenali …metalurgis-melayu.blogspot.com/2011/06/bilakah-manusia...2011-06-092011-06-09 · Peralatan oksi-asetelin juga boleh diubah kepada

If you can't read please download the document

Upload: doandien

Post on 12-Feb-2018

242 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Metalurgis Melayu: Bilakah Manusia Mula Mengenali Teknologi Kimpalan?

skip to main |skip to sidebar

Metalurgis Melayu

Cari

Pembahagian Tulisan

Berita

(2) Boiler-dandang

(1) Casting

(1) Coating

(1) corrosion technology

(2) Isu Kejuruteraan Metallurgi

(4) Kehidupan Jurutera

(21) Kejuruteraan dan Islam

(2) Keluli tahan Karat

(1) Latihan

(2) Makalah sains

(2) Metalurgi

(12) Metod 'melting'

(5) microstructure

(2) Moulding

(1) Sejarah

(2)

Selamat Datang Alam Logam

Muat Turun Buku Metalurgi-Foundri

Dunia mekanikal

Boiler Notes

Ruangan muat turun nota (Download)

Muat turun Welding Metalurgi (II)Muat turun artikel welding metalurgiSteam Engine Library (nota)Ductile Iron-full version

Failure Analysis (analisa kegagalan)

Met-Tech

Pengunjung setia

Rujukan

2014 (2)

September (2)

2013 (3)

June (2)

May (1)

2012 (10)

December (1)

June (2)

March (2)

February (1)

January (4)

2011 (6)

November (1)

June (2) Apakah rahsia pembuatan keluli pada pedang Damsyik...Bilakah Manusia Mula Mengenali Teknologi Kimpalan?...

March (2)

January (1)

2010 (27)

November (5)

October (2)

September (2)

August (2)

July (2)

June (2)

May (2)

March (3)

February (4)

January (3)

2009 (20)

December (3)

November (1)

October (8)

September (8)

About Me

Muhammad Nuruddin

View my complete profile

Lokasi jurutera

Hubungi saya

Anda berminat berdiskusi isu kejuruteraaan? Saya mengalu-alukan sebarang perkongsian ilmu dan pengetahuan atas prinsip saya, belajar hingga ke akhir hayat.

Hubungi saya:[email protected]

017 6291368

Luaskan ilmu anda dengan....

QDC (Quality and management training)Material-Ore-MiningSteel Standard SpecificationTWI (training)IOMM (training)The EngineerMaterial Information

Dahulu bertugas sebagai Metallurgist di sebuah kilang swasta antarabangsa di Ipoh. Pengkhususan tugas dalam bidang 'melting' perleburan keluli dan besi, rawatan haba (heat treatment), failure analysis (kajian kegagalan logam).

Kemudian bertugas sebagai jurutera di sebuah kilang magnesium smelting, bertanggungjawab dalam pengawalan proses utiliti dalam seksyen boiler (dandang), jet vacuum pump, LPG dan compressed air system.

Kembali ke kilang lama sebagai Moulding Engineer (Head Of Department).....dunia logam dunia kerja saya...

Selepas itu berhijrah ke dunia Elektrokimia sebagai Production Engineer di Yuasa Battery. Masih dalam bidang metalurgi iaitu mendalami tabiat plumbum dan beberapa logam seperti antimoni dan Tin.

Menyediakan laman ini untuk bekalan bahan kajian dan bacaan kejuruteraan logam dalam bahasa melayu. Menjunjung aspirasi kejayaan tamadun negara bangsa melalui penataran bahasa eka, Metalurgis-Melayu akan bekerja ke arah itu. Terdapat mungkin beberapa laopran kerja saya akan diubah bahasa daripada bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Moga ia dimanfaatkan.

Monday, June 20, 2011

Bilakah Manusia Mula Mengenali Teknologi Kimpalan?

Disiar dalam Dewan Kosmik Jun 2011

Bilakah Manusia Mula Mengenali Teknologi Kimpalan?

Muhammad Nuruddin Bashah

Sarjana Muda Kejuruteraan Bahan (Hons) UM

Di antara manfaat besar teknologi logam serata dunia zaman berzaman adalah penemuan konsep kimpalan. Konsep kimpalan muncul apabila manusia mulai ingin menguatkan logam dengan mencantum dua logam secara fizikal (hentaman dan pemanasan berulang kali) tanpa melalui proses percantuman secara kimia. Manusia juga ingin mereka bentuk (fabrikasi) peralatan kehidupan melalui kaedah kimpalan selepas mereka merasakan teknik ikatan menggunakan rotan atau tali guni tidak cukup kukuh untuk mencantum antara logam.

Kimpalan adalah satu proses pencantuman sesuatu bahan dengan bahan yang lain dengan menggunakan suatu bahan khas, contohnya logam atau termoplastik (polimer). Proses pengimpalan ini melibatkan pencairan sesuatu jenis logam tersebut untuk menjadikannya pengikat di antara sesuatu struktur dengan struktur yang lain. Kadangkala tekanan juga digunakan di samping haba untuk menghasilkan kimpalan tersebut. Ini berbeza dengan pematerian, yang cuma meleburkan bahan sambungan (pateri) untuk membentuk sambungan, dan bukan struktur itu sendiri.

Kimpalan merupakan kaedah sambungan yang penting yang sering digunakan di dalam bidang kejuruteraan hari ini terutamanya pada struktur-struktur bangunan, pelantar minyak, pembinaan kapal , industri automotif dan sebagainya.

Kaedah kimpalan cantuman dua logam terawal yang dikenalpasti adalah teknik kimpalan hentaman (forge welding). Kaedah ini dilakukan dengan memanas dua jenis logam yang berbeza sehingga kemerah-merahan (menghampiri takat lebur logam berkenaan) dan kemudiannya dihentam dengan menggunakan tukul besar agar bercantum. Kaedah ini wujud sejak manusia mengenali logam gangsa lagi.

Kaedah ini adalah kaedah termudah untuk mencantum logam. Malah ia mampu menghasilkan pengaloian untuk menghasilkan pedang, lembing, keris tanpa melalui proses perleburan relau. Kaedah ini hanya dilupakan sejak manusia mulai mengenal penggunaan oksi-asetelin dan penemuan arka elektrik. Jika manusia masih menggunakan teknik kimpalan hentaman, mustahil untuk kita mencipta sebuah kapal perang yang besar menggunakan 100% logam.

Seorang tukang kimpal menggunakan teknik kimpalan hentaman

Dua logam dicantum menggunakan teknik kimpalan hentaman.

Lapisan yang dikimpal akan menjadi lebih kuat kerana pembentukan kawasan eutektik yang rendah takat lebur pada kawasan sempadan antara dua logam. Selalunya pakar logam akan memastikan pemanasan tidak terlalu tinggi sehingga pengoksidaan boleh menghasilkan sanga yang tercampur dengan permukaan logam kimpal.

Tugu pillar (tiang besi) India yang dibina menggunakan teknik kimpalan.

Proses cantuman logam dan sejarah kimpalan juga dipercayai bermula sejak zaman gangsa dan di ikuti dengan zaman logam di Eropah dan Timur Tengah. Kimpalan juga digunakan untuk membina Pillar India di Delhi, India, sekitar tahun 310 M, seberat 5.4 tan. Teknik yang digunakan untuk menghasilkan Pillar ini adalah kimpalan hentaman.

Pada tahun 1892, Morehead dan Wilson secara tidak sengaja menemui cara untuk menghasilkan gas asetelin. Mereka menjumpai bagaimana mencantumkan gas ini dengan oksigen untuk menghasilkan pembakaran panas sehingga 5720 F (3160 C). Disebabkan suhu ini melebihi takat lebur kebanyakan logam, ia telah dipilih untuk dijadikan teknik kimpalan logam.

Contoh penggunaan oksi-asetelin sebagai teknik pengimpal.

Penggunaan api pembakaran terbuka iaitu asetelin ini amat penting kemudiannya kerana banyak produk dan peralatan logam abad itu dihasilkan menggunakan teknik kimpalan asetelin.

Kaedah menggunakan oksi-asetelin untuk mengimpal sama sahaja dengan penggunaannya untuk memotong logam. Yang membezakannya adalah semasa proses pemanasan permukaan bahan kimpal, ia tidak ditekan sehingga bahan tersebut putus (terpotong) sebaliknya hanya memanaskan permukaan bahan kimpal dan dimasukkan bahan logam pengisi (filler) untuk mengimpal.

Kimpalan jenis oksi asetelin adalah kaedah yang paling mudah digunakan walaupun kini kaedah elektrod lebih mudah dan praktikal. Kaedah ini juga amat murah berbanding kimpalan gas nadir atau tungsten (TIG). Kaedah ini juga mudah di bawa ke mana-mana sahaja malah tong pengisi asetelin juga mudah digerakkan. Peralatan oksi-asetelin juga boleh diubah kepada tenik pemotongan kepingan logam. Jadi ia berfungsi dua dalam satu.

Namun begitu, kaedah kimpalan ini menghasilkan permukaan kimpal yang kasar berbanding kaedah lain. Ia juga menghasilkan zon kesan haba yang besar (heat affected zones) yang memberi kesan sampingan kepada sifat fizikal logam berkenaan. Kaedah oksi-asetelin amat sesuai untuk semua jenis keluli dan untuk kimpalan kuprum dan tembaga. Jika anda menggunakan youtube, anda boleh menjumpai beberapa video iklan khas kerajaan Britain menarik ramai rakyatnya menyertai kerjaya sebagai pengimpal menggunakan oksi-asetelin untuk tujuan peperangan semasa Perang Dunia II.

Pada tahun 1881, saintis Perancis bernama Auguste De Meritens berjaya melakur plat plumbum menggunakan haba yang dijana daripada arka elektrik. Kemudian, saintis Rusia Nikolai N. Benardos dan Stanislaus Olszewski membangunkan pemegang elektrod. Pada 1885, Nikolai Benardos dan Stanislav Olszewski menghasilkan paten pengimpal arka elektrik dengan elektrod karbon yang dikenali sebagai set Electrogefest. Nikolai Benardos (Russia) dan Stanislav Olszewski (Poland) dianggap sebagai pencipta ulung bagi apparatus kimpalan moden hari ini.

Alatan kimpalan ciptaan Nikolai Benardos dan Stanislav Olszewski pada taun 1885 dan dipatenkan pada 1887.

Sepanjang tahun 1890an, teknik kimpalan yang paling terkenal ialah teknik arka karbon. Dalam jangka masa yang sama, rakyat Amerika bernama C.L. Coffin menyediakan paten Amerika Syarikat untuk kimpalan arka elektrod logam. Manakala N.G. Slavianoff dari Rusia menggunakan prinsip yang sama untuk teknologi tuangan besi dalam acuan.

Logam elektrod tersalut (coated metal electrode) pertama kali diperkenalkan pada 1900 oleh Strohmenger. Salutan bahan fluks yang menggunakan bahan batu kapur (kalsium karbonat) membantu pengkasilan arka elektrik yang lebih stabil.

Perang Dunia I menyaksikan transformasi besar-besaran negara Eropah untuk menghasilkan teknik kimpalan paling sempurna. Britain menggunakan teknik kimpalan arka untuk membina kapal malah seluruh badan kapal dikimpal menggunakan teknik ini. Tentera Amerika mulai memperakui teknik ini sebagai langkah berkesan membaiki kapal perang mereka yang dirosakkan Jerman semasa serangan di New York Harbour pada permulaan perang.

Menjelang tahun 1920an juga proses menyalut seluruh elektrod menggunakan bahan fluks menjadi lebih murah pada 1927 memandangkan proses penyemperitan (extrusion) diperkenalkan. Teknik penyemperitan memecut perkembangan kimpalan sehinggalah dunia bergolak pada Perang Dunia II. Pada Perang Dunia II juga kimpalan automatik mulai digunakan dengan menggunakan arus ulang alik (AC) dan penemuan penggunaan gas nadir untuk melindungi arka jika mengimpal bahan reaktf seperti aluminum dan magnesium.

Selepas berakhir Perang Dunia I, American Welding Society (AWS) telah dimasyhurkan oleh Comfort Avery Adams. Matlamat utama persatuan ini adalah untuk memajukan lagi teknologi kimpalan. CJ Holstag telah membantu memajukan kimpalan apabila menemui sistem arus ulang alik pada tahun 1919. Bagaimanapun sistem arus ini hanya dikomersialkan dalam industri kimpalan pada sekitar tahun 1930 sahaja.

New York Navy Yard telah membangunkan kimpalan kancing (stud welding). Menurut Kamus Pelajar DBP, stud adalah bol tanpa kepala dan kedua-dua hujungnya berbenang (digunakan utk melekapkan sesuatu). Teknik ini telah meningkatkan produktiviti dalam industri pembinaan dan juga digunakan dalam pembinaan kapal.

Kimpalan kancing adalah bentuk kimpalan tertumpu (spot) apabila bol atau skru dikimpal pada bahagian logam yang lain. Bol berkenaan akan termasuk dalam tempat yang dikimpal.

Stud atau bahan yang ingin dikancing akan disambung dengan menjadikan bahan stud itu sendiri sebagai elektrod.

Dalam waktu yang sama Syarikat National Tube membangunkan proses kimpalan yang dikenali sebagai kimpalan arka terpadam (smothered arc welding).

Jenis kimpalan baru yang digunakan untuk cantuman tidak telalu rapat atau ketat untuk bahan aluminum dan magnesium telah diperkenal pada tahun 1941 oleh Meredith. Proses ini dikenali sebagai kimpalan Heliarc. Teknik kimpalan arka logam tersalut gas (gas shielded metal arc welding GTAW) dibangunkan di Battelle Memorial Institute pada tahun 1948.

Proses kimpalan gas CO2 telah dipopularkan oleh Lyubavskii dan Novoshilov pada tahun 1953. Teknik ini menjadi pilihan utama untuk kimpalan keluli tahun itu menandangkan ia lebih ekonomi.

Ciptaan di bawah Paten Amerika Syarikat nombor 2,043,960 telah melegitimasikan teknik kimpalan arka tenggelam (submerged arc welding SAW) yang dicipta oleh Jones, Kennedy dan Rothermund. Paten ini telah difailkan pada October 1935 dan dikomersialkan oleh Union Carbide Corporation. Kimpalan Arka tenggelam (SAW) ini adalah sejenis kimpalan arka biasa. Ia memerlukan elektrod dalam bentuk tiub atau wayar yang dimasukkan secara berterusan sepanjang proses kimpalan. Kawasan kimpal yang cair dan zon kesan haba dilindungi daripada atmosfera menggunakan fluks dalam bentuk granul yang terdiri daripada serbuk kalsium karbonat, mangan oksida, silika dan kalsium florida. Serbuk fluks dituang sepanjang proses kimpalan dan bertindak menenggelam kawasan kimpal yang masih lebur sekaligus menyelimut kawasan tersebut.

Serbuk fluks yang dituang sepanjang proses kimpalan untuk menutup(meneggelam) permukaan kimpalan dari atmosfera

Wayar elektrod berterusan

Kaedah kimpalan arka tenggelam

Dalam satu makalah yang ditulis oleh Bob Irving dalam Jurnal The Welding Journal menyatakan kepentingan teknik kimpalan dimajukan pada awal perang dunia sehinggakan President Roosevelt (Amerika Syarikat) menghantar surat kepada Perdana Menteri Britain Winston Churchill menyatakan kegembiraan beliau terhadap kemajuan teknologi kimpalan dua negara ini yang mampu menghasilkan pembinaan kapal perang yang selamat dan cepat disiapkan untuk peperangan.

Kini teknologi kimpalan semakin bercambah daripada teknik plasma ke teknologi laser. Jika dahulu manusia bercita-cita mengimpal peralatan untuk membina rumah dan kenderaan mereka, kini mereka giat mencipta alatan untuk mengimpal organ-organ palsu mereka yang jauh lebih kompleks.

Posted byMuhammad Nuruddin

at9:20 AM

Labels:Isu Kejuruteraan Metallurgi

0comments:

Post a Comment

Newer Post

Older Post

Home

Subscribe to:Post Comments (Atom)

Engineering Blogger

MajalahSains.com

Pelajar Malaysia Catat Rekod Hafal 753 Digit Pi

-

KANGAR: Dalam satu Pertandingan Menghafal Digit Pi yang julung kali diadakan di Malaysia baru-baru ini, seorang pelajar tingkatan empat Seah Jin Hong dari ...

18 hours ago

Engineering World - Material Science, Laboratory Testing and NDT Services

Domino Ceme Online

-

Permainan domino ceme online adalah beberapa dari permainan judi kartu yang memakai domino untuk menjalankannya, serta permainan judi ceme online ini saat ...

5 weeks ago

bainite

Angel of the North

-

The Angel of the North: Image from Wikipedia At 200 tonnes excluding the concrete piles used to support it, the total cost of The Angel Of The North was sa...

2 months ago

Materials Science and Engineering Defined

Materials Science and Engineering Initiative focuses on sustainability

-

Materials Science and Engineering Initiative focuses on sustainability: "Materials Science and Engineering Initiative focses on sustainability"

"UC Santa...

10 months ago

Logam dan E-Book

BUKU PRAKTIS KOROSI DAN LOGAM UNTUK MAHASISWA

-

Buku praktis Ilmu Korosi dan logam telah hadir untuk para pembaca khususnya mahasiswa. Buku ini dibuat oleh Seorang peneliti bernama Gadang Priyotomo (M...

1 year ago

Offshore Oil & Gas Future Development

Getting Ahead in the Oil and Gas Industry

-

Image via Wikipedia The increased demand and the limited supply of both these fuels means the oil and gas industry has many difficult challenges ahead in...

2 years ago

Tutorials

Characteristic of strength of materials

-

Two (2) type specimen (RA & RB) was subjected to tension in accordance with the MS 146:2006 provisions by using universal testing machine. The results of t...

3 years ago

Corrosion Control Engineer Blog

NACE San Francisco Section June Meeting

-

3 years ago

sRiZaM HoMe

FAILURE ANALYSIS ON A RUPTURED PETROCHEMICAL PIPE

-

Praktische Metallographie 47 (8), 443-452

1Mohd Harun, 2Shaiful Rizam Shamsudin, 2Azmi Kamardin

1Industrial Technology Division, Malaysian Nuclear Agenc...

5 years ago

Experimental Procedures

How to Explain Potentiodynamic Polarization Curve & its Relation to Passivation of Behaviour of Metals

-

The concept of passivation has been mentioned earlier in this discussion without a more profound discussion of the characteristics of the phenomena. Passiv...

7 years ago

Corrosion World

Selamat tahun baru 1432H dan 2011

-

Assalamu'alaikum,selamat menyambut tahun baru hijriah 1432H dan tahun 2011 (sekalipun Safar 1432H menjengah),pastinya akan tersingkap kalender baru dalam ...

7 years ago

Saintis Islam

Kejayaan Kursus Latihan Mikotoksin di Malaysia

-

*Kejayaan Kursus Latihan Mikotoksin di Malaysia*

Program interaktif iaitu kursus latihan mikotoksin (Mikotoksin Training Course) yang julung kali diadaka...

7 years ago

Alam Failure Analysis Investigation

Salam dari alam analisis kegagalan

-

Perkenalan dari alam forensic engineering.Tahniah untuk http://metalurgis-melayu.blogspot.com/Ilham blog ini juga daripada beliau setelah mengenali beliau ...

7 years ago

On Site Metallography Services & Failure Analysis

Portable Hardness Measurement

-

Hardness is the property of a material that enables it to resist plastic deformation. However, the term hardness may also refer to resistance to bending, s...

9 years ago

Failure Analysis

Recognizing Gear Failures

-

An article by P. Davoli and K. Michaelis entitled "Recognizing gear failures" with 14 photographs appeared in the June 21, 2007 issue of Machine Design mag...

10 years ago

Pipeline Inspection

-

Tales of my PhD

-

Love Allah, Fear Allah and will come back to Allah....

-

Marine and Oil&Gas Piping Construction

-

Cathodic Protection

-

Weldwell Chit-Chat

-

Die Casting's Blog

-

Share knowledge,Inspection,NDT,welding procedures,process and techniques

-

METALLURGY

-

McKenzie's Boiler Blog

-

General Contractor

-

Blogger Template | nuDzelque

Template Design | Elque 2007