mesyuarat rbt 1 2014

6
MINIT MESYUARAT PANITIA RBT 1/2014 TARIKH : 17hb Februari 2014 HARI : Isnin MASA : 02.00 petang -3.30 petang TEMPAT : Bilik Guru Besar, SK Serumbu KEHADIRAN: 1. Encik Biden anak Mesui (GB) 2. Puan Tonia anak Mejui (GPK 1) 3. Puan Nur Emmalizawati binti Abdullah (GA RBT) 4. Puan Bibi Thien (GA KH) AGENDA 1: UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI 1.1. Guru Besar mengalu-alukan kehadiran guru. 1.2. Beliau berharap semua guru telah bersedia untuk memberikan sepenuh komitmen terhadap perancangan dan pengurusan yang telah dirancang dan disusun oleh panitia RBT untuk tahun ini. 1.3. Tambahan lagi, pada tahun ini RBT baru sahaja diperkenalkan berdasarkan KSSR yang merupakan dasar kerajaan dalam sistem pendidikan. 1.4. Melalui kurikulum yang baru, amatlah diharapkan guru-guru yang terlibat dengan PdP RBT dapat memberikan komitmen yang 1

Upload: emmot-lizawati

Post on 14-Feb-2016

440 views

Category:

Documents


27 download

DESCRIPTION

Mesyuarat

TRANSCRIPT

Page 1: Mesyuarat RBT 1 2014

MINIT MESYUARAT PANITIA RBT 1/2014

TARIKH : 17hb Februari 2014

HARI : Isnin

MASA : 02.00 petang -3.30 petang

TEMPAT : Bilik Guru Besar, SK Serumbu

KEHADIRAN:

1. Encik Biden anak Mesui (GB)

2. Puan Tonia anak Mejui (GPK 1)

3. Puan Nur Emmalizawati binti Abdullah (GA RBT)

4. Puan Bibi Thien (GA KH)

AGENDA 1: UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1. Guru Besar mengalu-alukan kehadiran guru.

1.2. Beliau berharap semua guru telah bersedia untuk memberikan sepenuh komitmen

terhadap perancangan dan pengurusan yang telah dirancang dan disusun oleh panitia

RBT untuk tahun ini.

1.3. Tambahan lagi, pada tahun ini RBT baru sahaja diperkenalkan berdasarkan KSSR yang

merupakan dasar kerajaan dalam sistem pendidikan.

1.4. Melalui kurikulum yang baru, amatlah diharapkan guru-guru yang terlibat dengan PdP

RBT dapat memberikan komitmen yang sepenuhnya agar murid-murid mencapai tahap

penguasaan yang telah ditetapkan.

(Makluman : Semua guru)

AGENDA 2 : PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LEPAS

2.1 Tiada pengesahan minit mesyuarat yang lepas

1

Page 2: Mesyuarat RBT 1 2014

AGENDA 3 : PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada perkara berbangkit

AGENDA 4 : ISU-ISU MESYUARAT

4.1 Pelantikan Ahli Jawatankuasa RBT

4.1.1 Pengerusi : Encik Biden anak Mesui

Penasihat : Puan Tonia anak Mejui

Penyelaras : Puan Nur Emmalizawati binti Abdullah

Setiausaha : Puan Nur Emmalizawati binti Abdullah

AJK : Puan Nur Emmalizawati binti Abdullah (Guru TMK dan RBT)

Puan Bibi Thien (Guru KH)

(Makluman : Semua guru)

4.2 Pengurusan Fail Panitia

4.2.1 Guru Besar mengingatkan agar fail-fail panitia diuruskan bermula seawal

Februari ini terutamanya selepas mesyuarat pertama diadakan.

4.2.2 GB mengingatkan agar fail-fail tersebut mestilah mengandungi senarai

jawatankuasa, Pelan Strategik, Taktikal dan Operasi, minit mesyuarat, biodata

guru yang mengajar serta aktiviti tahunan selain RPT dan DSKP serta apa sahaja

yang melibatkan panitia.

(Makluman/ Tindakan : Guru Panitia)

4.3 Penyediaan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)

4.3.1 Semua guru yang terlibat mestilah menghantar RPT kepada Guru Besar untuk

semakan selewat-lewatnya 17 Februari 2014.

4.3.2 Semua RPT mestilah mengikut sukatan yang telah ditetapkan dan disediakan oleh

KPM.

(Makluman/ Tindakan : Guru Mata Pelajaran)

4.4 Peruntukan masa mengajar untuk RBT

4.4.1 Peruntukan waktu mengajar RBT adalah 1 masa seminggu (30 minit) yang diajar

secara berselang-seli dengan subjek TMK. Puan Nur Emmalizawati akan

2

Page 3: Mesyuarat RBT 1 2014

mengajar TMK dan RBT selang 6 bulan bagi memudahkan PdP. Ini disebabkan

beliau sahaja yang mengajar kedua-dua subjek tersebut.

4.4.2 Guru-guru yang terlibat perlulah menghabiskan sukatan mengikut masa yang

telah ditetapkan.

(Makluman/ Tindakan :Guru matapelajaran)

4.5 Ujian dan Penilaian RBT

4.5.1 Walaupun RBT merupakan matapelajaran dibawah KSSR, akan tetapi Guru Besar

telah menetapkan supaya 2 kali ujian tetap diadakan bagi mengukur tahap

pencapaian murid-murid.

4.5.2 Dua kali ujian yang dimaksudkan ialah Ujian Penggal 1 dan Ujian Penggal 2.

4.5.3 Oleh itu, penilaian secara offline menggunakan tapak yang disediakan turut dibuat

bagi mengetahui tahap kemahiran murid dalam setiap topic yang diajar.

4.5.4 Guru matapelajaran hendaklah menyediakan soalan yang kemudiannya akan

disemak oleh Guru Besar terlebih dahulu sebelum diperbanyakkan.

(Makluman/ Tindakan : Guru Mata Pelajaran)

4.6 Penyediaan Soalan RBT

4.6.1 Soalan yang disediakan mestilah mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A

(subjektif) dan Bahagian B (Objektif).

4.6.2 Bahagian A memperuntukkan 20 markah dan Bahgaian B pula memperuntukkan

30 markah.

4.6.3 Guru-guru digalakkan membina soalan dengan berpandukan menggunakan JSU.

(Makluman/ Tindakan :Guru matapelajaran)

4.7 Aktiviti RBT

4.7.1 Aktiviti yang dicadangkan adalah seperti berikut:

4.7.1.1 Pertandingan Reka Cipta dari Bahan Kitar Semula

(Makluman/ Tindakan :Guru matapelajaran)

3

Page 4: Mesyuarat RBT 1 2014

AGENDA 5 : HAL-HAL LAIN

5.1 Tiada hal-hal lain

AGENDA 6 : PENANGGUHAN MESYUARAT

6.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru.

6.2 Beliau berharap mana-mana program yang telah dirancang akan kita laksanakan

mengikut kemampuan kita. Dengan adanya penambahbaikkan, beliau amat berharap

semuanya akan berjalan lancar.

6.3 Beliau juga mengingatkan dalam apa sahaja pengurusan, soal integriti adalah asas kepada

perkhidmatan kita.

6.4 Amatlah diharapkan pada tahun ini semua panitia akan bergerak dengan lebih aktif dan

efektif.

6.5 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Minit dicatat oleh: Disemak oleh:

…………………………………. …………………………………………….

(PUAN NUR EMMALIZAWATI) (ENCIK BIDEN MESUI)

Setiausaha Panitia RBT Guru Besar SK Serumbu, Bau.

4