mesyuarat pbs

Upload: susuh-hitam

Post on 18-Oct-2015

98 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

MINIT

TRANSCRIPT

Agenda Mesyuarat Kedua (Suku Tahun Pertama)Pengesahan Minit Mesyuarat Pertama.-Isu-Isu Pelaksanaan dan kes-kes khas PBS.Laporan Jawatankuasa PBS:PS / PP / PAJSK / PPsi Program Pembudayaan PBS (Murid / Guru / Ibu bapa / Jalinan danJaringan)Latihan / PenataranPenyelarasanPementoranPemantauanPelaporan Prestasi Murid dalam SPPBSHal-hal lain.

Agenda Mesyuarat Kedua (Suku Tahun Pertama)Ucapan pengerusi.

Pengesahan Minit Mesyuarat Pertama.

1. Isu-Isu Pelaksanaan dan kes-kes khas PBS.1.1 Guru tidak dapat mendaftar murid dalam system SPPBS. 1.2 Terdapat 4 orang guru yang mempunyai masalah tidak dapat mendaftar murid iaitu Pn Hapshah, Pn Norhayati Siaw, Pn Norhayati Said dan Pn Halimatullah.1.3 Setiausaha PBS akan cuba mengatasi masalah ini dan perlu berhubung dengan En Bukhari.2. Laporan Jawatankuasa PBS:PS / PP / PAJSK / PPsi

3. Program Pembudayaan PBS (Murid / Guru / Ibu bapa / Jalinan dan Jaringan)

4. Latihan / Penataran4.1 Latihan dan penataran dijalankan di peringkat sekolah, ppd dan jpn.

5. Penjaminan Kualiti

5.1 Penjaminan kualiti merupakan piawaian untuk menentukan kualiti pelaksanaan PBS mengikut garis panduan yang ditetapkan. Kualiti hendaklah menjadi keutamaan dalam semua aspek dan peringkat pentaksiran.Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid.5.2 Maklumat yang tepat boleh membantu pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Indikator atau petunjuk utama bagi penjaminan kualiti dalam pentaksiran ialah kesahan dan kebolehpercayaan skor, kebolehtadbiran instrumen dan keadilan kepada calon.

6. Penyelarasan6.1 Penyelarasan adalah satu proses penjaminan kualiti untuk memastikan keseragaman pelaksanaan tugasan dan penskoran demi keadilan kepada calon serta kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran.6.2 Menurut Pn Fawziah bt Mat Tahir (pegawai jpn), beliau menekankan agar murid mesti mengusai kesemua soalan yang diberi. Jika tidak menguasai, maka guru perlu memberi bimbingan. 6.3 Untuk memastikan murid menguasai, guru diminta menyediakan instrumen yang sama tetapi aras yang berbeza. Contohnya guru menyediakan 3 set instrument(soalan) murid cemerlang perlu mengisi 10 tempat kosong dengan jawapan sendiri, murid sederhana mengisi tempat kosong dengan pilihan jawapan yang diberi, manakala murid pemulihan diberi 10 soalan yang sama tetapi murid perlu suaikan jawapan yang betul atau memadankan gambar. 6.4 Soalan yang guru buat mestilah berdasarkan standard prestasi atau ubah suai dari buku aktiviti. Guru tidak dibenarkan membeli buku di pasaran.6.5 Mesyuarat memutuskan agar selaras diperingkat sekolah untuk memberi skor menguasai kepada murid berdasarkan keupayaan dan prestasi murid-murid SKKLT. Contohnya murid dianggap menguasai band jika dapat menjawab 5 daripada 10 soalan yang diberi.6.6 Walau bagaimanapun guru perlu memberi bimbingan dan meminta murid membuat pembetulan bagi soalan yang salah. Murid yang dapat menyelesaikan tugasan dengan kemas dan eviden bertulis yang terbaik akan dimasukkan kedalam fail showcase. Selain eviden bertulis, eviden murid juga boleh diambil kira melalui pemerhatian guru mengikut matapelajaran yang diajar dan kemahiran yang sesuai.6.7 Hanya eviden dari diskriptor terkini sahaja dimasukkan ke dalam fail, evidens yang lain dikeluarkan dan ditampal dalam buku tulis. Oleh itu mesyuarat mencadangkan agar guru mengambil langkah berikut untuk menjimatkan masa supaya tidak perlu memasukkan dan mengeluarkan evidens murid berulang kali. 6.7.1 Guru mengira bilangan keseluruhan evidens yang terdapat dalam standard prestasi.6.7.2 Guru menentukan jumlah instrument yang dibina (cth ; 89 instrumen dibahagikan kepada 40 minggu)dan bahagikan terus kepada beberapa set. Contohnya set 1 soalan formatif yang akan ditampal dalam buku tulis,(20instrumen) set 2 soalan dalam buku aktiviti (20 instrumen)dan set 3 akan dimasukkan dalam fail perkembangan murid dimana set 3(20 instrumen) adalah dari diskriptor terakhir dalam setiap evidens. Set 4,(9 instrumen) terdiri daripada instrument pemerhatian, projek,amali atau lain-lain instrument yang difikirkan sesuai. Set 5( 20 instrumen)himpunan soalan sumatif yang akan diberikan kepada murid.6.7.3 Setiap instrument akan diberi kepada murid untuk pentaksiran seiring dengan waktu pdp.6.7.4 Guru mesti memastikan 20 instrumen sumatif dibahagikan kepada 2, 10 instrumen diambil kira untuk pertengahan tahun dan 10 instrumen lagi pada akhir tahun. Setiap instrument terdiri daripada 5 soalan yang diberi secra berperingkat kepada murid. Jadi satu set pentaksiran sumatif akan mengandungi 50 soalan. 6.7.5 Guru membuat catatan pada rekod perkembangan murid bagi matapelajaran masing-masing. (rujuk buku panduan halaman 45). Setakat ini adalah kali ke 3 guru mencetak senarai semak, untuk mengelakkan pembaziran, guru boleh menggunakan senarai semak berkenaan. Menurut En Bukhari, ketiga-tiga perkataan ini adalah sama dari segi fungsinya.(senarai semak (taklimat awal kssr), rekod transit (jemaah nazir), rekod perkembangan murid (lembaga peperiksaan)6.7.6 Contoh diatas bolehlah digunakan jika difikirkan sesuai memandangkan setiap matapelajaran berbeza bilangan evidens dan diskriptor. Guru boleh berbincang dalam panitia masing-masing kaedah sesuai untuk pentaksiran.6.8 Memandangkan buku yang dijual dipasaran telah dibeli, dan untuk mengelakkan pembaziran dan kekangan masa berlaku, guru boleh menggunakan instrument yang sesuai dengan standard prestasi sahaja. Jika tidak sesuai jadikan ia sebagai latihan pengayaan atau latihan biasa.

6.9 Guru perlu mencetak dan menggunakan Dokumen Standard Kurikulum(DSK) dan Dokumen Standard Perstasi (DSP) yang terkini (bukan DRAF) dalam laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia.

7. Evidens ialah bahan bukti yang perlu diuruskan secara sistematik mengikut keputusan JK PBS.8. Evidens terbahagi kepada dua iaitu evidens murid dan evidens bahan. 9. Evidens murid merujuk kepada keupayaan sebenar murid tentang apa yang dia tahu dan boleh buat secara lisan atau perlakuan.10. Evidens bahan merujuk kepada apa-apa bukti produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lainyang dihasilkan oleh murid dalam melaksanakan sesuatu tugasan. 11. Evidens bahan boleh disediakan secara individu atau berkumpulan.12. Ciri-ciri evidens adalah: 13. a.Sah-evidens yang dikemukakan hendaklah relevan dan menggambarkan penguasaan / pencapaian standard yang telah ditetapkan.14. b.Autentik-murid dapat membuktikan evidensyang dikutip adalah hasil kerjanya sendiri.15. c.Kecukupan-evidensyang dikumpul mencukupi untuk menunjukkan kemampuan murid.16. d.Semasa-evidensdapat membuktikan murid dapat membuattugasanmengikut piawaian semasa.17. e.Tekal-evidensyang dikumpul dapat membuktikan ketekalan perlakuan dan membuktikan keputusan yang sama diberi oleh pentaksir yang berlainan.

18. Instrumen Pentaksiran.19. Pelbagai instrumen pentaksiran yang sesuai dengan konstruk yang ditaksir dalam sesuatu mata pelajaran yang digunakan. Antara instrumen pentaksiran yang digunakan ialah :

20. a.Pemerhatian21. Instrumen yang memerlukan murid melakukan tugasan dengan cara melihat atau mengawasi sesuatu perkara secara berterusan, berkala atau berjadual tentang apa yang dihasratkan.

22. b.Soal Jawab

23. c.Pensil dan kertas / Ujian Bertulis Instrumen yang menggunakan item objektif atau subjektif

24. d.Persembahan 25. Instrumen yang bersifat lebih fleksibel melibatkan tugasanmenyeluruh yangmerangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam pelbagai situasi dan konteks. Persembahan meliputi komponen praktikal sesuatu mata pelajaran dengan menentukan bagaimana murid menggabungkan teori dan amali.

26. e.Projek27. Projek ialah satu bentuk tugasan yang dilaksanakan dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang ditentukan melibatkan aktiviti pengumpulan maklumat dan penyediaan laporan. Instrumen ini boleh dijalankan secara individu atau secara kumpulan. Pelaksanaan instrumen ini membolehkan murid mengintegrasikan pengetahuan serta kemahiran interpersonal dalam melaksanakan tugasan.

28. f.Produk29. Tugasan yang memerlukan murid melaksanakan atau membuat atau menghasilkan satu produk berdasarkan tugasan yang diberikan.

30. g.Amali31. Tugasan yang memerlukan murid mempraktikkan atau melakukan apa yang telah dipelajari dalam bentuk teori.

32. h.Lembaran Kerja

33. i.Tugasan bertulis / Karya PenulisanInstrumen yang memerlukan murid menghasilkan laporan /dokumen /karya kreativiti dalam bentuk penulisan mengikut spesifikasi atau format yang ditetapkan berpandukan kepada tugasan yang diberi.

34. j.Kuiz

35. k.Senarai semak

36. l.Tugasan rumah

37. m. Pentaksiran sumatif 38. Diadakan 2 kali setahun iatu pertengahan tahun dan akhir tahun mengikut subjek masing-masing. Tiada jadual ujian, ia dilaksanakan seiring dengan pdp. Ambil masa 10-15 minit untuk murid melengkapkan jawapan. Contohnya 50 soalan untuk sumatif, telah disediakan , maka guru beri soalan secara berperingkat kepada murid. Hari pertama 10 soalan dan dikuti hari berikutnya 10 soalan. Setelah selesai pada hari kelima, guru dapat menilai tahap murid berdasarkan markah yang diperolehi.

39. Guru boleh menggunakan gabungan beberapa pentaksiran formatif jika sesuai yang pernah dilaksanakan seiring dengan pdp untuk dijadikan pentaksiran sumatif.

40. Markah tidak perlu diberi kepada murid dan hanya direkodkan dalam buku rekod pengajaran guru untuk tujuan pentaksiran dan penilaian.41. Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses P&P.b.Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran, penggal,bulanatau tahun.

42. Prosedur Pembinaan Instrumen Pentaksiran43. a.Guru merujuk kandungan fakta dalam dokumen kurikulum.44. b.Guru merujuk evidens dalam DSP.45. c.Guru bina instrumen pentaksiran mengikut evidens.46. d.Guru menyediakan soalan yang sama tetapi aras kesukaran berbeza sesuai untuk murid cemerlang, sederhana dan lemah.

47. Kaedah Perekodan dan Pelaporan

48. Perekodan 49. Mesyuarat memutuskan agar guru mata pelajaran perlu merekodkan setiap evidens yang dikuasai oleh murid dalam sistem aplikasi SPPBS pada setiap bulan atau pada bila-bila masa mengikut kesesuaian dalam matapelajaran masing-masing.

50. Walaubagaimanapun guru diminta agar tidak bertangguh supaya tidak timbul masalahdi saat-saat akhir.

51. Pementoran52. Pementoran adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru. Pementoran dalam konteks Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah satu proses yang dijalankan untuk penjaminan kualiti bagi membantu, memudah cara, membimbing, meningkatkan pengetahuan dan kefahaman guru untuk melaksanakan PBS mengikut prosedur dangaris panduan yang ditetapkan.

53. a.Tempoh Pelaksanaan:Aktiviti pementoran dijalankan sebelum, semasa dan/atau selepas pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah.54. b.Objektif Pementoran:55. i.Memberi bimbingan, khidmat bantu dan nasihat mengenai pelaksanaan dan pengurusan PBS.56. ii.Meningkatkan kemahiran pelaksanaan pentaksiran dalam kalangan guru yang dibimbing.57. iii.Meningkatkan kompetensi dan keyakinan guru yang dibimbing.58. iv.Membantu guru menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS.v.Membina rangkaian kerja dan hubungan profesional antara mentor dan guru yang dibimbing.

59. Jenis Pementoran:60. i.Formal 61. Pementoran formal dijalankan oleh JK PBS secara berjadual dalam mesyuarat atau sesi peningkatan profesionalisme guru.62. ii.Informal63. Pementoran informal dijalankan oleh JK PBS sebelum, semasa atau selepas pelaksanaan PBS tanpa jadual yang ditetapkan.64. Mentor dalaman terdiri daripada Ketua Panitia,Guru Cemerlang 65. Mana-mana guru yang dilantik oleh Guru Besar

66. Mentor luaran terdiri daripada Petugas yang dilantik oleh LPPetugas yang dilantik oleh JPN Petugas yang dilantik oleh PPD

67. Peranan Mentor:i.Membimbing guru menggunakan standard prestasi dan aplikasi SPPBS.ii.Membantu guru menyediakan instrumen pentaksiran.iii.Memberi pendedahan pelbagai jenis instrumen pentaksiran.iv.Memastikan pelaksanaan pentaksiranseiring dengan P&P.v.Mendapatkan maklum balas untuk penambahbaikan pengajaran.vi.Membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru yang dibimbing.

68. Pemantauan

69. Pelaporan Prestasi Murid dalam SPPBS70. Pelaporan 71. Pelaporan ialah proses guru menentukan tahap penguasaan murid dalam mata pelajaran yang diajar berdasarkan deskriptor dan evidens yang terdapat dalam DSP. Pelaporan boleh dilakukan secara formatif dan kumulatif.72. a.PelaporanFormatif73. Evidens muridatau evidens bahan yang digunakan sebagai bukti pentaksiran tentang penguasaan murid.74. b.PelaporanKumulatifPernyataan deskriptor yang digunakan sebagai pelaporan yang menunjukkan prestasi murid.

75. Hal-hal lain.