mesyuarat panitia tmk

4
MESYUARAT PANITIA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI 1/2016 Tarikh : 15 Februari 2016 Hari : Isnin Masa : 1.45 petang Tempat : Makmal Komputer Sekolah Kehadiran : 1. En. Helmi b. Mat Noh (Ketua Panitia) 2. Puan Suraya bt Zakaria 3. En. Muhd Afiq b. Tajudin 4. En. Faizal b. Hashim 5. Puan Rusniza bt Sidik Agenda Mesyuarat 1. Ucapan En. Helmi b. Mat Noh 1.1 Pengerusi mengucapkan selamat datang dan ucapan terima kasih di atas kehadiran guru yang hadir pada mesyuarat kali ini. 1.2 En. Helmi b. Mat Noh mengucapkan tahniah dan terima kasih kerana berjaya melaksanakan tugas sepanjang tahun 2015. 1.3 Meminta guru mengajar mengikut DSKP (Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran) yang telah ditetapkan oleh kementerian. Makluman : Semua guru 2. Ucapan Pengerusi 2.1 Ketua Panitia meminta guru-guru mematuhi dan menepati masa. Mata pelajaran TMK dijalankan secara bergilir dengan mata pelajaran RBT. Oleh yang demikian, diharap guru-guru mematuhi peruntukan masa yang telah ditetapkan. 2.2 Guru-guru perlu menggunakan komputer dan modul yang telah dibekalkan dengan sebaik mungkin. Untuk makluman bekalan komputer masih tidak mencukupi untuk penggunaan 1

Upload: nurfahimaiwani

Post on 14-Jul-2016

16 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

tmk

TRANSCRIPT

Page 1: MESYUARAT PANITIA tmk

MESYUARAT PANITIA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

1/2016

Tarikh : 15 Februari 2016Hari : IsninMasa : 1.45 petangTempat : Makmal Komputer SekolahKehadiran :

1. En. Helmi b. Mat Noh (Ketua Panitia) 2. Puan Suraya bt Zakaria 3. En. Muhd Afiq b. Tajudin 4. En. Faizal b. Hashim 5. Puan Rusniza bt Sidik

Agenda Mesyuarat1. Ucapan En. Helmi b. Mat Noh

1.1 Pengerusi mengucapkan selamat datang dan ucapan terima kasih di atas kehadiran guru yang hadir pada mesyuarat kali ini.

1.2 En. Helmi b. Mat Noh mengucapkan tahniah dan terima kasih kerana berjaya melaksanakan tugas sepanjang tahun 2015.

1.3 Meminta guru mengajar mengikut DSKP (Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran) yang telah ditetapkan oleh kementerian.

Makluman : Semua guru

2. Ucapan Pengerusi 2.1 Ketua Panitia meminta guru-guru mematuhi dan menepati masa. Mata pelajaran

TMK dijalankan secara bergilir dengan mata pelajaran RBT. Oleh yang demikian, diharap guru-guru mematuhi peruntukan masa yang telah ditetapkan.

2.2 Guru-guru perlu menggunakan komputer dan modul yang telah dibekalkan dengan sebaik mungkin. Untuk makluman bekalan komputer masih tidak mencukupi untuk penggunaan murid. Walaubagaimanapun guru boleh mengambil inisiatif untuk meminta murid menggunakan secara bergilir-gilir.

Tindakan dan Makluman : Semua guru

3. Biodata Guru dan Jadual Waktu3.1 Ketua Panitia meminta guru-guru memberikan salinan biodata guru dan jadual waktu

kepadanya untuk dimasukkan ke dalam fail panitia.

Tindakan dan Makluman : Semua guru

1

Page 2: MESYUARAT PANITIA tmk

4. Jadual Waktu Makmal Komputer4.1 Ketua Panitia meminta guru-guru saling bertolak ansur menggunakan Makmal

Komputer. Ini kerana terdapat pertindihan waktu semasa waktu Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

4.2 Senarai nama guru dan kelas yang diajar adalah seperti berikut:

Bil. Nama Guru Kelas Yang Diajar1 Pn. Rusniza bt Sidik 4DLP2 Pn. Suraya bt Zakaria 4A,4B,5A,5B3 En. Faizal b. Hashim 6A,6B4 En. Muhd Afiq b. Tajudin 5C

4.3 Jadual waktu guru-guru yang mengajar TMK adalah seperti di Lampiran.

Tindakan dan Makluman : Semua guru

5. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)5.1 Guru-guru yang memerlukan tapak perekodan offline KSSR Tahun 4,5 dan 6 boleh

meminta dari En. Helmi b. Mat Noh5.2 Sekiranya guru-guru mempunyai masalah berkenaan PBS, sila rujuk En. Helmi b.

Mat Noh.

Tindakan dan Makluman : Semua guru

6. Pengajaran dan Pembelajaran6.1 Untuk mata pelajaran TMK, murid perlu menyediakan sebuah buku tulis garis satu

yang besar/kecil dan buku aktiviti yang dibeli dari kedai buku sekolah.6.2 Guru-guru perlu mengenal pasti modul dan perisian yang diperlukan sebelum waktu

Pdp.6.3 Guru-guru perlu bijak mengatur masa untuk Pdp. 6.4 Senarai tajuk pengajaran yang perlu dipatuhi oleh semua guru yang mengajar TMK

adalah seperti berikut:Bil. Tahun Modul Tajuk

1 4 1 Dunia Komputer2 Eksplorasi Multimedia

2 5 1 Sistem Rangkaian dan Dunia Internet2 Dunia Pangkalan Data

3 6 1 Pengaturcaraan2 Algoritma, Pseudokod dan Carta Alir3 Penghasilan dan Pengujian Atur Cara4 Projek Pengaturcaraan

6.5 Ketua panitia berharap semua guru dapat melaksanakan semua rancangan pengajaran yang telah disenaraikan mengikut masa yang telah ditetapkan dengan merujuk buku teks dan modul TMK.

Tindakan dan Makluman : Semua guru7. Hal-hal lain

2

Page 3: MESYUARAT PANITIA tmk

7.1 Makmal komputer telah dikemaskini. Struktur organisasi akan dikemaskini dari masa ke masa. Diharapkan guru-guru dapat saling bekerjasama untuk memastikan kebersihan dan keceriaan makmal terjamin.

7.2 Pengerusi turut meminta supaya semua guru sentiasa mengingatkan murid-murid tentang keselamatan diri dan peraturan semasa berada di Makmal Komputer.

Tindakan dan Makluman : Semua guru

8. Ucapan PenangguhanPengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir dan mengharapkan agar semua yang hadir dan mengharapkan agar semua keputusan mesyuarat kali ini dipatuhi demi kepentingan murid dan meningkatkan pencapaian murid dan profesionalisme semua guru.

Makluman : Semua guru

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.50 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

______________________ _______________________(SURAYA BT ZAKARIA) (EN. HELMI B. MAT NOH)Setiausaha Ketua PanitiaPanitia Teknologi Maklumat dan Panitia Teknologi Maklumat danKomunikasi/RBT Komunikasi/RBT

3