mesyuarat jawatankuasa induk jerebu bil … media/kenyataan … · kenyataan akhbar mesyuarat...

3
KENYATAAN AKHBAR MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK JEREBU BIL 1/2011 PERSEDIAAN UNTUK MENCEGAH KEJADIAN JEREBU SEMASA MUSIM PANAS DAN KERING Setiap tahun di antara bulan Jun sehingga bulan September berlaku musim panas dan kering di negara kita. Pada musim ini lazimnya berlaku peningkatan aktiviti pembakaran terbuka. Kejadian-kejadian kebakaran ini jika tidak dibendung akan mudah merebak dan menyebabkan kejadian jerebu. Sebagai langkah berjaga-jaga kemungkinan berlaku jerebu semasa musim panas dan kering ini, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah mengambil inisiatif untuk membuat persiapan awal. Jawatankuasa Induk Jerebu Kebangsaan yang dipengerusikan oleh YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar telah bermesyuarat untuk kali pertama tahun ini pada 5 Mei 2011. Jawatankuasa Induk Jerebu Kebangsaan ini dianggotai oleh pelbagai agensi Kerajaan yang berkait rapat dengan pengurusan bencana jerebu, antaranya seperti Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Alam Sekitar, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB), Jabatan Perlindungan Alam Sekitar, Sabah, Jabatan Meteorologi Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Unit Udara Polis Di Raja Malaysia, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pelancongan, Agensi Remote Sensing Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, dan Jabatan Perhutanan Negeri Sarawak. Semasa mesyuarat tersebut Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan bahawa pengaruh La Nina akan bertambah lemah, keadaan cuaca negara akan kembali kepada normal. Seperti lazimnya pengaruh monsun barat daya akan berlaku dan menyebabkan cuaca panas dan kering pada Jun hingga September tahun ini. Keadaan

Upload: hoangtram

Post on 08-Feb-2018

231 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK JEREBU BIL … Media/KENYATAAN … · kenyataan akhbar mesyuarat jawatankuasa induk jerebu bil 1/2011 persediaan untuk mencegah kejadian jerebu semasa

KENYATAAN AKHBAR

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK JEREBU BIL 1/2011 PERSEDIAAN UNTUK MENCEGAH

KEJADIAN JEREBU SEMASA MUSIM PANAS DAN KERING

Setiap tahun di antara bulan Jun sehingga bulan September berlaku musim panas dan

kering di negara kita. Pada musim ini lazimnya berlaku peningkatan aktiviti pembakaran

terbuka. Kejadian-kejadian kebakaran ini jika tidak dibendung akan mudah merebak

dan menyebabkan kejadian jerebu. Sebagai langkah berjaga-jaga kemungkinan berlaku

jerebu semasa musim panas dan kering ini, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

telah mengambil inisiatif untuk membuat persiapan awal. Jawatankuasa Induk Jerebu

Kebangsaan yang dipengerusikan oleh YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar telah

bermesyuarat untuk kali pertama tahun ini pada 5 Mei 2011. Jawatankuasa Induk

Jerebu Kebangsaan ini dianggotai oleh pelbagai agensi Kerajaan yang berkait rapat

dengan pengurusan bencana jerebu, antaranya seperti Majlis Keselamatan Negara,

Jabatan Alam Sekitar, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB),

Jabatan Perlindungan Alam Sekitar, Sabah, Jabatan Meteorologi Malaysia, Jabatan

Bomba dan Penyelamat Malaysia, Unit Udara Polis Di Raja Malaysia, Kementerian

Kesihatan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pelancongan, Agensi Remote Sensing

Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan

Perhutanan Semenanjung Malaysia, dan Jabatan Perhutanan Negeri Sarawak.

Semasa mesyuarat tersebut Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan bahawa

pengaruh La Nina akan bertambah lemah, keadaan cuaca negara akan kembali kepada

normal. Seperti lazimnya pengaruh monsun barat daya akan berlaku dan

menyebabkan cuaca panas dan kering pada Jun hingga September tahun ini. Keadaan

Page 2: MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK JEREBU BIL … Media/KENYATAAN … · kenyataan akhbar mesyuarat jawatankuasa induk jerebu bil 1/2011 persediaan untuk mencegah kejadian jerebu semasa

cuaca yang panas dan kering dijangka boleh menyebabkan peningkatan aktiviti

pembakaran terbuka yang mana jika tidak dikawal boleh menyebabkan jerebu.

Oleh itu, adalah amat penting usaha-usaha pencegahan jerebu terus dipertingkatkan

iaitu mencegah aktiviti pembakaran terbuka di kawasan-kawasan mudah terbakar

terutamanya kebakaran di tanah dan hutan gambut yang amat sukar untuk dikawal dan

dipadamkan sepenuhnya.

Sebagai langkah pencegahan dan persiapan awal menghadapi musim panas dan

kering, Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran,

Jabatan Mineral dan Geosains serta Jabatan Perhutanan Semenanjung, Jabatan

Perhutanan Negeri Sarawak dan Negeri Sabah telah dan sedang melaksanakan

Progam Pencegahan Kebakaran Di Tanah Gambut. Aktiviti ini dilaksanakan di

beberapa kawasan tanah gambut yang berisiko tinggi berlaku kebakaran di enam buah

negeri iaitu di Pahang, Johor, Selangor, Kelantan, Sarawak dan Sabah. Program ini

merangkumi aktiviti pembinaan sekatan saliran (check dams) dan telaga air tanah bagi

tujuan mengawal paras air di kawasan tanah gambut serta pembinaan menara tinjau

bagi pemantauan secara berterusan sebarang aktiviti pembakaran terbuka.

Penguatkuasaan ke atas aktiviti pembakaran terbuka akan terus dijalankan oleh

Jabatan Alam Sekitar. Sehingga April 2011 sebanyak 595 kes pembakaran terbuka

telah dikesan dan sebanyak 93 kompaun telah dikeluarkan.

Mesyuarat kali ini juga telah membincangkan cadangan penambahbaikan ke atas Pelan

Tindakan Jerebu Kebangsaan. Terdapat keperluan untuk mengkaji semula Pelan ini

supaya tindakan yang digariskan adalah mengikut keperluan dan sesuai dengan

keadaan semasa.

Sebagai langkah-langkah menghadapi musim panas dan kering ini, orang ramai

dinasihatkan supaya tidak melakukan atau menyebabkan pembakaran terbuka. Orang

ramai juga diminta berkerjasama untuk memadam kebakaran-kebakaran kecil dan juga

Page 3: MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK JEREBU BIL … Media/KENYATAAN … · kenyataan akhbar mesyuarat jawatankuasa induk jerebu bil 1/2011 persediaan untuk mencegah kejadian jerebu semasa

melaporkan kes-kes pembakaran terbuka kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan

Penyelamat di talian 03-8888 0036 dan Jabatan Alam Sekitar di talian bebas tol, 1-800-

88-2727.

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 5 Mei 2011

YB Dato Sri Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (tengah) sewaktu mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu Kebangsaan di Wisma Sumber Asli, Putrajaya.

Jawatankuasa Induk Jerebu Kebangsaan ketika bersidang di Wisma Sumber Asli, Putrajaya.