mesy pentadbiran bil 1

7
- - - - Rujukan Tuan : Rujukan Kami : XBA3337/100-6/1/03 Tarikh : 9 FEBRUARI 2015 MESYUARAT PENTADBIRAN BIL.1/2015 TARIKH : 7 FEBRUARI 2015 HARI : SABTU MASA : 1.30 TENGAHARI TEMPAT : BILIK GERAKAN SK TONGKALLOH PENGISIAN : 1) PERBENTANGAN PELAN STRATEGIK UNIT KURIKULUM 2) PEMBENTANGAN PELAN STRATEGIK UNIT HEM 3) PEMBENTANGAN PELAN STRATEGIK UNIT KOKURIKULUM 4) PERKEMBANGAN PRESTASI SEKOLAH KEHADIRAN : 1. En. Abdul Hasad Bin Madisa ( GB ) 11 . Cik Nor Hasimah binti Arasad 2. En. Mohd Kasi bin Salasani ( PK 1) 12 . Ustaz Mohd Shamsyul bin Ismail 3. En. Manja bin Mohd. Yusof ( PK HEM ) 13 . Cik Ainon Nazira Binti Abdul Aziz 4. En. Sasan bin Abdul Hassan 14 . Ustazah Nor Hafizah binti Hassan 5. En. Mazwin bin Mamat 15 . En. Hadi Shafien bin Udin 6. Mohd Razali bin Ab Rahman 16 . Pn. Linda binti Ridwan ( Pembantu Tadbir P/O ) 7. En. Rusman bin Husin 17 . Pn. Rubinah binti Haji Jalumin

Upload: hbi-crew

Post on 08-Dec-2015

244 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

mesyuarat

TRANSCRIPT

Page 1: Mesy Pentadbiran Bil 1

- -- -

Rujukan Tuan : Rujukan Kami : XBA3337/100-6/1/03Tarikh : 9 FEBRUARI 2015

MESYUARAT PENTADBIRAN BIL.1/2015

TARIKH : 7 FEBRUARI 2015HARI : SABTUMASA : 1.30 TENGAHARITEMPAT : BILIK GERAKAN SK TONGKALLOHPENGISIAN :

1) PERBENTANGAN PELAN STRATEGIK UNIT KURIKULUM2) PEMBENTANGAN PELAN STRATEGIK UNIT HEM3) PEMBENTANGAN PELAN STRATEGIK UNIT KOKURIKULUM4) PERKEMBANGAN PRESTASI SEKOLAH

KEHADIRAN :

1. En. Abdul Hasad Bin Madisa ( GB ) 11. Cik Nor Hasimah binti Arasad2. En. Mohd Kasi bin Salasani ( PK 1) 12. Ustaz Mohd Shamsyul bin Ismail3. En. Manja bin Mohd. Yusof ( PK HEM ) 13. Cik Ainon Nazira Binti Abdul Aziz4. En. Sasan bin Abdul Hassan 14. Ustazah Nor Hafizah binti Hassan5. En. Mazwin bin Mamat 15. En. Hadi Shafien bin Udin6. Mohd Razali bin Ab Rahman 16. Pn. Linda binti Ridwan ( Pembantu Tadbir

P/O )7. En. Rusman bin Husin 17. Pn. Rubinah binti Haji Jalumin8. En. Nor Halis bin Nordin9. En. Mohd Soffian bin Yassin10. En. Mohd Kahal bin Baunding

TIDAK HADIR

En. Mohd Saldikun bin Ali Lampong ( PK KOKURIKULUM )En. Sastri bin Haji AningPn. Norliana binti PatolgaEn. Shaedin bin Haji Bedin

Page 2: Mesy Pentadbiran Bil 1

AGENDA MESYUARAT

1.0 UCAPAN ALU – ALUAN

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu – aluan oleh En. Manja bin Md Yusof selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Tongkalloh.

1.2 Beliau turut mengalu- alukan kehadiran Tuan Guru Besar, En Abdul Hasad bin Madisa dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan AKS atas kehadiran dan kerjasama yang diberikan.

1.3 Beliau menekankan berkaitan dengan kepentingan prestasi akademik murid-murid yang merupakan keutamaan semua.

1.4 Bacaan doa oleh Ustaz Mohd Shamsyul bin Ismail

Tindakan : Semua Guru2.0 PERKARA BERBANGKIT.

2.1 Tuan Guru Besar memulakan mesyuarat dengan menyentuh perkara berkaitan dengan pentadbiran sekolah. Beliau berharap agar semua penolong kanan sekolah memainkan peranan sebagai ketua untuk memastikan semua ahli di bawahnya dapat menjalankan tugas dengan baik.

2.2 Beliau juga mengingatkan agar setiap unit di sekolah untuk melantik ahli jawatankuasa sendiri. Setiap unit juga perlu menyediakan fail-fail yang berkaitan.

2.3 Setiap Unit perlu merancang aktivit atau program yang sesuai sepanjang tahun.

Tindakan : Penolong Kanan

2.4 Seterusnya, beliau menyentuh berkaitan buku rekod mengajar guru. Tuan Guru Besar berpesan agar semua guru melengkapkan buku rekod mengajar dan sentiasa dikemas kini.

2.5 Antara item penting yang perlu ada dalam rancangan pengajaran harian ialah refleksi.2.6 Beliau menegaskan bahawa refleksi pada setiap akhir pengajaran perlulah lengkap dan

mengandungi hasil dapatan guru pada hari tersebut. Kandungan refleksi haruslah merangkumi hasil dapatan, pencapaian murid dalam peratus, tindakbalas murid serta , serta kaedah dan perancangan guru untuk sesi pengajaran seterusnya.

2.7 Penghantaran buku rekod mengajar akan dijadualkan dan semua guru perlu menghantar laporan perkembangan murid setiap bulan. Sekiranyan guru tidak menghantar laporan tanpa sebab yang kukuh, saman perkhidmatan akan dikeluarkan.

Tindakan : Semua Guru

2.8 Tuan Guru Besar juga mengharapkan agar semua guru mempunyai borang penilaian untuk setiap murid, agar dapat membantu guru mengesan perkembangan murid dengan lebih konsisten.

Page 3: Mesy Pentadbiran Bil 1

2.9 Kaedah ini dapat membantu guru mengesan kelemahan murid dan membantu guru untuk merancangan kaedah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah yang dihadapi.

2.10 Setiap guru perlu membuat headcount supaya dapat membantu mengesan perkembangan murid sama ada melepasi sasaran atau tidak.

2.11 Setiap perkara perlulah direkodkan dan semua guru perlu peka dengan sistem-sistem terbaru terutamanya sistem yang melibatkan online.

Tindakan : Semua Guru

2.12 Seterusnya, Tuan Guru Besar menyentuh berkaitan 5 bidang keutamaan SK Tongkalloh iaitu LINUS, Pra Sekolah, Pemulihan Khas, PROTIM dan UPSR.

2.13 Semua bidang ini berkait rapat kerana ia merangkumi penguasaan 3M.2.14 Oleh itu, semua guru perlu berkerjasama dalam memastikan semua murid dapat

menguasai kemahiran 3M dalam usaha untuk membantu meningkatkan prestasi akademik sekolah.

Tindakan : Semua Guru

2.15 Seterusnya, adalah pelaporan daripada Unit Hal Ehwal Murid, yang dibentangkan oleh En. Manja bin Md Yusof. Menurut beliau, terdapat beberapa rancangan telah dirancang dan akan dilaksanakan dalam waktu terdekat.

2.16 Tuan Guru Besar menegaskan supaya fail-fail di bawah Unit HEM perlu diwujudkan. Selaku Penolong Kanan HEM, En Manja diarahkan untuk mengumpul maklumat berkaitan bilang murid yang menerima Susu 1Malaysia, Murid RMT dan kemudahan yang diperlukan oleh sekolah.

2.17 Antara Fail yang perlu disediakan ialah fail APDM, Kehadiran Guru, dan JKM.2.18 Tuan Guru Besar juga mengarahkan agar pengambilan murid baru dihentikan. Program

Jejak Mutiara haruslah diteruskan bagi mengenal pasti murid yang tidak hadir ke sekolah.

Tindakan : Penolong Kanan HEM

2.19 Seterusnya, adalah pelaporan daripada Unit Kokurikulum. En. Sasan bin Hasan selaku guru Pendidikan Jasmani melaporkan tentang latihan sukan yang sedang dijalankan untuk Kejohanan Sukan Peringkat Zon yang akan dijalankan di SK Berpusat Bum Bum.

2.20 Selain itu, Tuan Guru Besar meminta setiausaha Kokurikulum, En. Mohd Razali b Ab Rahman untuk menyediakan perancangan Unit Kokurikulum sepanjang tahun, perkembangan Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan.

Tindakan : Penolong Kanan KOKURIKULUM

3.0 HAL – HAL LAIN

3.1 En. Mohd Kasi bin Salasani, selaku Penolong Kanan Pentadbiran, membentangkan sedikit laporan berkaitan dengan Pentadbiran Sekolah

Page 4: Mesy Pentadbiran Bil 1

3.2 Menurut beliau, pihak Pejabat Pendidikan Daerah ( PPD ) telah meminta sekolah untuk menghantar pelaporan berkaitan dengan dua aktiviti utama sekolah pada tahun ini. Setelah perbincangan dilakukan, semua guru telah bersetuju untuk menjadikan Program Guru Muda dan SQUAD UPSR sebagai aktiviti utama sekolah.

3.3 Beliau juga mengingatkan supaya setiap guru mewujudkan Fail Peribadi yang mengandungi maklumat guru, kursus yang dihadiri dan maklumat yang berkaitan.

3.4 Fail Perkembangan Guru juga akan diwujudkan. Ini adalah untuk memudahkan pihak pentadibir memantau pergerakan guru.

Tindakan : Semua Guru

4.0 PENUTUP

4.1 En Abdul Hasad mengakhiri taklimat dengan ucapan terima kasih atas kerjasama yang telah

diberikan oleh semua pihak.

4.2 Majlis ditangguhkan pada jam 2.30 tengahari

Page 5: Mesy Pentadbiran Bil 1

Disediakan oleh,

___________________________________ ( AINON NAZIRA BINTI ABDUL AZIZ ) Setiausaha Pentadbiran , SK Tongkalloh, Semporna

Disemak oleh,

______________________________________( ABDUL HASAD BIN MADISA )Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Tongkalloh.

Mesyuarat Ini Telah Disahkan Pada :

Tarikh : …………………………………………………………….

Masa : …………………………………………………………….

Dicadangkan oleh : …………………………………………………………….

Tandatangan : …………………………………………………………….

Disokong oleh : …………………………………………………………….

Tandatangan : …………………………………………………………….