mesin-mesin dalam pembuatan perabot

51
MESIN-MESIN DALAM PEMBUATAN PERABOT 7102 1 5 UNIT UNIT MESIN-MESIN DALAM PEMBUATAN PERABOT OBJEKTIF AM Mengenal dan mengetahui mesin-mesin dalam pembuatan perabot. OBJEKTIF KHUSUS Di akhir unit ini anda dapat : Mengenal mesin-mesin yang digunakan dalam pembuatan perabot. Menyatakan fungsi-fungsi setiap mesin. Menerangkan penggunaan dan penyelenggaraan mesin. Membezakan antara kategori-kategori peralatan mesin mengikut

Upload: hafizeija

Post on 15-Sep-2015

365 views

Category:

Documents


19 download

DESCRIPTION

mesin-mesin dalam pembuatan perabot.

TRANSCRIPT

MESIN-MESIN

MESIN-MESIN DALAM PEMBUATAN PERABOT71022

5.0 PENGENALANPenghasilan kerja kayu tanpa menggunakan mesin, kini telah dianggap sebagai ketingalan zaman. Berbagai-bagai jenis mesin kayu telah digunakan untuk menghasilkan berbagai-bagai jenis komponen perabot. Oleh sebab itu, pengetahuan mengenai mesin ini merupakan sebahagian latihan yang penting bagi semua pekerja dalam perusahaan ini.

Mesin-mesin yang akan dibincangkan kelak merupakan mesin yang biasanya didapati didalam bengkel. Secara keseluruhannya terdapat 2 jenis mesin iaitu :

Mesin Mudah Alih

Mesin Tetap

5.1 MESIN MUDAH ALIH

Dalam perusahaan pembinaan kini, terdapat pelbagai jenis alat berkuasa elektrik mudah alih untuk digunakan dalam bengkel dan ditepak pembinaan. Alat-alat ini membolehkan kerja pembinaan dibuat dengan cepat dan mudah. Disamping mengurangkan kos pembinaan. Dengan bantuan alat-alat ini, produktiviti dapat dipertingkatkan untuk memenuhi permintaan pasaran. Alat-alat berikut merupakan sebahagian daripada alat-alat yang biasa digunakan :

5.1.1GERUDI

5.1.1.2 Gerudi merupakan alat mudah alih yang paling banyak digunakan. Ada tiga kategori gerudi iaitu ringan, am dan kerja berat yang dihasilkan dalam beberapa saiz dan julat laju. Gerudi ini direka bentuk untuk menembuk lubang yang berlainan saiznya pada sebarang bahan. : kayu, konkrit keluli plastik dan lain-lain lagi.

5.1.2KETAM BERKUASA

Ketam ini berupaya mengetam berbagai jem\nis kayu. Ia dipasangkan dengan mata mata 100mm lebar yang dilaras untuk mengetam sedalam 3mm. Mata ketam diperbuat daripada keluli carbon-crome yang boleh ditukar dan kemudiannya boleh diasah apabila tumpul. Ketam ini boleh digunakan utnuk mengetam ira kayu, melintang ira kayu ataupun hujung kayu tanpa merosakkannnya. Ketam ini juga dilengkapkan dengan beberapa pengadang utnuk kegunaan yang tertetntu ( rajah)

5.1.3GERGAJI JIG

5.1.3.1 Gergaji ini antara lain digunakan, untuk membuat potongan dalam yang beraneka bentuk bagi bahan kayu atau logam yang nipis. Berbagai-bagai jenis mata gergaji boleh didaptui untuk memotong bahan-bahan yang berlainan.

5.1.3.2 Apabila menggunakan gergaji jig, bahan yang dikerjakan itu hendaklah diapat supaya tidak berganjak dan juga dapat mengawal getara yang berlaku semasa dikerjakan. Kayu keras hingga 50mm tebal boleh dibelah atau dikerat menggunakan gergaji ini. Bergitu juga kepingan logam, loyang, alumunium, asbestos, plastik dan bahan-bahan gentian boleh dipotong menggunakan mata yangs sesuai.

5.1.4GERGAJI BERKUASA

5.1.4.1Gergaji ini mempunyai mata bulat yang berbagai saiz dari 152mm hingga 304 mm. Mata gergaji yangt berlainan boleh ditukarkan untiuk memotong bahan-bahan seperti batu, bata, jubin, plastik, gentian bumbung, kepingan asbestos, salur air besi buangan dan lain-lain lagi. Ia boleh dilkaraskan utnuk memotong tegak dan memotong serong ke sudut 45 darjah secara mengerat dan membelah.

5.1.4.2 Gergaji ini juga dipasangkan pengadang keselamatan dan alat tambahan yang lain untuk memudahkan lagi kerja.

1Nyatakan dengan jelas fungsi mesin ketam berkuasa.

2Mengapakah apit perlu digunakan bersama semasa mengandalikan gergaji jig?

1Digunakan untuk mengetam mengikut ira kayu, melintang iara kayu ataupun hujung kayu tanpa merosakkannya.

2Apit perlu digunakan supaya bahan yang dikerjakan tersebut tidak bergerak dan juga dapat mengawal getaran kuat yang terhasil semasa gergaji jig digunakan.

5.2MESIN TETAP

Mesin tetap merupakan mesin-mesin berat yang besar dan kedudukannya didalam bengkel adalah tetap dan tidak mudah atau tidak boleh digerakkan. Biasanya, pengendali mesin terpaksa bergerak dari satu mesin ke mesin yang lain dan membawa benda kerja untuk diproses oleh mesin tersebut, berbeza dengan mesin mudah alih yang mudah digerakkan ke mana sahaja.

Mesin-mesin tetap ini mempunyai bentuk fizikal yang besar dan lazimnya memiliki keupayaan kerja yang tinggi dan sangat berkuasa untuk memproses benda kerja berbanding mesin mudah alih yang mempunyai keupayaan yang terhad dan minima.

Terdapat beberapa mesin yang lazimnya boleh didapi di setiap bengkel perabot iaitu :

5.2.1 GERGAJI BULAT (Circullar Saw)

5.2.1.1

Antara mesin-mesin kerja kayu, gergaji bulat ini merupakan mesin yang paling berguna. Mesin ini mengandungi empat bahagian utama iaitu :

a) rangka besi tuangan

b) meja atas

c) motor

d) mata gergaji piring

5.2.1.2

Terdapat 3 jenis mata gergaji piring yang digunakan untuk kerja am. Iaitu gergaji belah, gergaji kerat dan gergaji kombinasi seperti gergaji tangan, gergaji belah digunakan untuk membelah kayu mengikut ira kayu, gergaji kerat untuk memotong secara melintang, manakala gergaji kombinasi yang mempunyai gigi membelah dan mengerat pula berfungsi kedua-dua jenis kerja membelah dan mengerat.

5.2.1.3

Sesetengah mesin gergaji boleh berfungsi memotong secara serong, samaada diserongkan meja atas atau motornya.

5.2.1.4

Sebagai langkah kemudahan dan keselamatan, beberapa pengadang hendaklah digunakan pada gergaji ini antaranya adalah (rajah 2.15) :

a) pengadang dan pencerai pengadang dipasang diatas meja untuk menutup mata gergaji. Pencerai pula dipasang dibelakang mata gergaji untuk menceraikan kayu yang telah dipotong dan memastikan benda kerja tidak tendang balik semasa dipotong.

b) Pemandu membelah ia merupakan pagar keluli yang lurus diapitkan pada meja atas semasa membelah kayu. Pemandi ini digunakan untuk memandu potongan yang lurus apabila membelah papan kepada lebar yang dikehendaki. Ia juga digunakan apabila melurah, meningkat, menepi serong dan membuang persegi. Ujian hendaklah dilakukan dengan kerap untuk menentukan pemandu ini selari dengan mata gergaji.

c) Tolok rencong tolok ini digunakan untuk memandu dan menolak benda kerja apabila menggergaji secara melintang atau merencong. Tolok ini mengesot dalam lurah diatas meja secara selari dengan mata gergaji. Penahan tolok boleh dilaras untuk mengerat dari 30 - 135.

5.2.1.5 Peraturan keselamatan

Semua mesin kerja kayu hendaklah digunakan dengan cermat supaya dapat mencegah kemalangan, terutama gergaji bulat. Langkah-langkah yang berikut perlu difahami dengan betul dan cermat,

1) mesin hendaklah sentiasa diminyakkan dengan minyak pelicin setelah digunakan

2) jangan biarkan alatan dan bahan-bahan bertaburan diatas meja.

3) Lantai disekelilin mesin hendaklah sentiasa bersih.

4) Periksa mesin terlebih dahulu, sebelum kerja dilakukan.

5) Jangan membetul atau menukar alat ganti ssemasa mesin masih berjalan.

6) Selalu menggunakan pangadang seperti yang dikehendaki semasa bekerja dengan mesin.

5.2.1.6 Cara Pengendalian Mesin

Pengendalian mesin gergaji bulat ini terbahagi kepada dua operasi iaitu opersi membelah kayu lebar dan operasi membelah kayu sempit.

5.2.1.7 Operasi Membelah Kayu Lebar

Lebar bermakna jarak antara mata gergaji dengan pengadang pagar dan hendaklah cukup lebar bagi tangan kanan menolak kayu dengan selamat. Jarak ini tidak kurang daripda 125 mm.

Proses membelah kayu ini adalah seperti berikut :

1) Laraskan kedudukan pengadang pagar mengikut labar kayu yang akan dibelah dengan mengukur jarak antara pagar dengan gigi gergaji.

2) Tempatkan kayu diatas meja dengan menaikan atau menurunkan meja melalui rola pelaras sehingga gigi gergaji terunjur dari permukaan kayu tidak melebihi 3mm.

3) Kayu mesti diletakkan diatas permukaan meja denagan tepi lurusnya terasak kepada pengadang pagar.

4) Pastikan pengadang pencerai dipasangkan pada tempatnya dan tudung pengadang melindungi gigi gergaji diatas meja.

5) Tekan suis mesin dan biarkan mesin mencapai kadar laju yang cukup. Berdi disebelah tepi kiri mesin dan pegang kayu supaya tangan kiri disebelah luar mata gergaji dan tangan kanan diantara mata gergaji dan pengadang pagar. Kayu ditolak supaya digergaji mengikut lajunya. Jangan tplak kayu terlalu kuat atau terlalu laju sehinggan melebihi had lajunya. Ini dapat mencegah gigi gergaji dari terbakar.

6) Bahagian kayu yang telah dipotong dibiar jatuh ke hadapan ataupun dikutip oleh seorang penolong.

7) Apabila mengergaji kayu yang panjang, seorang penolong diperlukan untuk memberi bantuan mengutip kayu tersebut.

5.2.1.8 Operasi Membelah Kayu Sempit

Sempit bermakna kayu yang lebarnya kurang daripada 125mm dan apabila terletak antara mata gergaji dengan pengadang pagar, sukar ditolak dengan tangan.

1) letakkan kepingan kayu secara rata diatas meja dan asakkan tepinya ke pengadang pagar dengan kuat.

2) Gunakan sekeping kayu penolak untuk menolak dan menekan kayu yang dibelah, setelah mesin berjalan lancar dengan kadar laju yang cukup.

3) Jika kepingan kayu cukup lebar dipegang dengan tangan kiri., maka pembelahannya hendaklah dibuat dengan menolak dengan tangan kiri dan kayu penolak dengan tangan kanan.

4) Jika membelah kepingan kayu yang sempit, pembelahannya bolehlah dibuat dengan cara belah dua kali iaitu membelah sehingga separuh panjangnya, kemudian membelah dari hujung yang lain hingga sampai ke pembelahan yang mula tadi.

1Nyatakan empat bahagian utama gergaji bulat.

2Namakan empat jenis mata gergaji bulat.

3Terangkan prosedur dalam operasi membelah kayu sempit.

1a) rangka besi tuangan

b) meja atas

c) motor

d) mata gergaji piring

2a)mata gergaji kombinasi untuk mengerat dan membelah secara kasar.

b) mata gergaji kombinasi 4 gigi.

c) Mata gergagi mengerat

d) Mata gergaji membelah

3a)Letakkan kepingan kayu secara rata diatas meja dan asakkan tepinya ke pengadang pagar dengan kuat.

b)Gunakan sekeping kayu penolak untuk menolak dan menekan kayu yang dibelah, setelah mesin berjalan lancar dengan kadar laju yang cukup.

c)Jika kepingan kayu cukup lebar dipegang dengan tangan kiri., maka pembelahannya hendaklah dibuat dengan menolak dengan tangan kiri dan kayu penolak dengan tangan kanan.

d)Jika membelah kepingan kayu yang sempit, pembelahannya bolehlah dibuat dengan cara belah dua kali iaitu membelah sehingga separuh panjangnya, kemudian membelah dari hujung yang lain hingga sampai ke pembelahan yang mula tadi

5.2.2 GERGAJI LENGAN (RADIAL ARM SAW)

Gergaji lengan merupakan satu mesin kerja kayu yang mempunyai berbagai-bagai fungsi. Ia boleh digunakan untuk memotong berbagai-bagai jenis bahan seperti kayu, papan gentian, logam dan jiak dipasangkan dengan mata yang tertentu boleh membuat kumai, tetingkat, peparit dan beberapa jenis tanggam yang lain. Mesin ini juga boleh menerima berbagai-bagai alat tambah seperti gerudi dan piring pemasir. Bahagian utama mesin gergaji ini ialah terdiri daripada bahagian-bahagian seperti berikut (rajah ):

a) rangka penyokong dan aci

b) lengan

c) motor

d) mata gergaji

e) meja

f) suis

g) pengadang

5.2.2.1 Langkah-langkah Keselamatan

1) matikan suis sebelum membuat sebarang pemasangan dan kerja baru

2) pastikan mata gergaji dan pemasangan yang lain diketatkan dengan betul sebelum memulakan kerja.

3) Laraskan mata dan pengadang pada kedudukan yang dikehendaki untuk jenis kerja yang berlainan.

4) Jaga mesin supaya bersih terutamanya pada gelangsar lengan dan permukaan pengalas

5) Apabila menggunakan mesin tumpukan penuh perhatian dan pastikan tangan supaya tidak dekat sangat kepada mata gergaji yang sedang berjalan.

5.2.2.2 Cara Pengendalian Mesin

1) Melaraskan Lengan lengannya boleh diturunkan dan dinaikan dengan melaras pemegang tegak yang terletak dibahagian atas aci, mata gergaji hendaklah diturunkan sehingga membuat potongan ke dalam papan meja sedalam 1.5mm.

2) Memangsi Lengan lengan mesin ini boleh diputarkan kekiri dan kekanan untuk memotong serong atau sudut, apit serong hendaklah dilonggarkan dan lengannya dapat dipusingkan ke sudut 90 atau 45 . selepas lengannya dipangsikan, apit tersebut hendaklah diketatkan.

3) Memutar badan gergaji badan gergaji boleh diputarkan kepada kedudukannya supaya mata gergaji dapat mengerat ayau membelah. Ini boleh dilakukan dengan menarik pin yang diatas badan yang tersangkut pada lengan.

4) Mencodongkan gergaji sebelum gergaji dapat dicondongkan, ia hendaklah dinaikkan supaya mata gergaji lebih tinggi daripada aras mejanya. Ini boleh dilakukan dengan melonggarkan pin apit condongnya. Mata gergaji boleh dicondong kepada 45, 90 atau secara mendatar.

5.2.3 MESIN PENGETAM

terdapat dua jenis mesin pengetam iaitu mesin penetam penebal dan mesin pengetam pelurus yang digunakan untuk meyediakan permukaan kayu supaya licindan mendapatkan tebal yang dikehendaki.

5.2.3.1 MESIN PENGETAM TEBAL

5.2.3.1.1 Mesin ini berfungsi mengetam permukaan kayu menjadikanya licin dan lurus disamping mendapatkan tebal yang dikehendaki.

5.2.3.1.2 Mesin ini didapati dalam dua jenis iaitu kepala tunggal dan kepala kembar (rajah ). Satu rola suap masuk yang bergelugur dipasangkan dibahagian atas meja untuk menolak kayu masuk semasa kayu tersebut diketam dengan bantuan rola licin suap masuk yang ditempatkan dibawah meja. Sepasang rola licin suap keluar yang dipasangkan diatas dan dibawah meja pula membantu kayu ditolak keluar ke belakangnya.

5.2.3.1.3 Mesin ini juga mempunyai beberapa rola pelaras untuk melaraskan ketebalan kayu, setengah mesin juga mempunyai rola pelaras untuk kawalan laju mesin. Kayu yang permukaanya kasar hendaklah diketam laju manakala permukaan halus dan kayu keras hendaklah diketam laju manakala permukaan halus dan kayu keras hendaklah diketam dengan perlahan.

5.2.3.1.4 Peraturan Keselamatan

Mesin ini adalah paling selamat digunakan dibangdingkan dengan mesin-mesin kerja kayu yang lain kerana mata ketam, gear dan bahagian-bahagian lain yang bergerak adalah tertudung. Walau bagaimanapun, peraturan keselamatan yang berikut haruslah dipatuhi:

1) kepingan kayu yang mengeleding tidak boleh diketam sebelum ianya diketam dengan ketam pelurus sehingga rata pada sebelah muka.

2) Kayu yang pendek sangat, tidak boleh diketam dengan mesin ini. Kayu yang boleh diketam dengan ketam ini ialah tidak kurang daripada 350mm.

3) Semasa menggunakan mesin ini, lepaskan tangan sebaik sahaja kayu disuap dengan rola suap masuk.

4) Jangan letak jari dibawah kepingan kayu semasa mengetam.

5) Kepingan kayu yang panjang hendaklah di sokong dengan rola atau kekuda dihadapan dan dibelakang mesin.

6) Apabila kayu telah disuap masuk, adalah lebih selamat berdiri disebelah tepi kerana serpihan kayu yang pecah mungkin terbuang dengan kuat.

7) Jangan membongkokkan badan dengan tujuan melihat kedalam rola semasa kayu diketam, kerana kepingan yang pecah boleh terpelanting dengan kuat.

8) Kepingan kayu yang tidak sama tebalnya tidak boleh diketam bersama-sama kerana kepingan yang nipis boleh ditendang balik dengan kuat.

9) Jangan pakai sarung tangan atau pakaian lain yang longgar semasa bekerja dengan mesin ini.

10) Mata ketam hendaklah dijaga supaya tajam dan bahagian yang bergerak dalam keadaan yang baik.

11) Kepingan kayu lama yang hendak diketam mestilah dibersihkan terlebih dahulu dan pastikan tiada paku yang melekat kepadanya.

5.2.3.1.4Cara Pengendalian Mesin

1) Ukur bahagian yang paling tebal pada kayu yang akan diketam dan laraskan meja supaya 1.5mm kurang dartipada tebal kayu mengikut skala yang ada pada mesin.

2) Tekan suis untuk menghidupkan mesin.

3) Tentukan arah ira kayu sebelum menolak kayu masuk kedalam masin. Pastikan sebelah muka kayu elok menghala kebawah.

4) Jika papan tebal perlu diketam banyak kali, maka kedua-dua belah muka papan hendaklah diketamkan berselang seli supaya tebal buangannya sama banyak pada kedua-dua belah muka. Ini adalah bertujuan mencegah papan menggelending yang berlaku akibatkandungan lembapan yang tidak seimbang pada muka papan selepas diketam

5) Apabila kepingan kayu pendek tersangkut didalam mesin, gunakan sekeping kayu panjang untuk menolak kayu itu keluar.

5.2.3.2 MESIN KETAM PELURUS (JOINTER)

5.2.3.2.1 Mesin ini direka dalam beberapa saiz daripada 152mm hingga 915mm lebar. Kepala matanya menagndungi dua, tiga atau empat pisau yang boleh diputarkanselaju 4500 putaran perminit. Bahgian-bahagian utama bagi mesin ini adalah seperti yang berikut(rajah):

1) Badan ia diperbuat daripada rangka keluli atau besi tuangan

2) Motor A.C motor dipasangkan didalam badannya.

3) Meja ada dua meja sebagai suap masuk dan suap luar

4) Pagar ia dipasangkan diatas meja untuk menahan kayu semasa diketam

5) Pengadang ia diperbuat daripada sekeping besi yang dipasangkan diatas meja untuk menutup kepala mata sebagai langkah menjaga keselamatan

6) kepala mata ia diperbuat daripada sebatang besi bulat yang mempunyai lubang alur untuk menerima keping pisau ketam yang diketatkan padanya. Kepala mata ini diputarkan oleh motor melaui pemacu tali sawat.

7) rola pelaras meja ada dua rola, satu untuk melaraskan meja suap masuk dan satu lagi untuk melaras meja suap keluar.

8) Suis ia dipasang ditepi badanya supaya senangdigunakan untuk menghidupkan dan mematikan motor.

5.2.3.2 Peraturan Keselamatan

1) semasa menggunakan mesin ini tumpukan sepenuh perhatian. Jangan bergurau senda dan melihat kearah yang lain.

2) Jaga pisau ketamnya supaya sentiasa tajam dan dilaras dengan betul bagi mencegah tendang balik.

3) Jangan mengetam kepingan kayu yang panjangnya kurang daripada 250mm, lebarnya kurang daripada 25mm atau tebalnya kurang daripada 12mm.

4) Gunakan blok tolak untyuk menolak kepingan kayu apabila mengetam muka rata terutamanya pada kepingan kayu yang pendek dan nipis.

5) Jangan memegang kayu terlalu dekat pada mata ketam atau pada hujung kayu.

6) Jangan laras atau tukar pengadang mesin apabila mesin sedang hidup.

7) Sentiasa gunakan pengadang mesin ini kecuali pada masa membuat tetingkat.

8) Sarung tangan, tali leher dan pakaian yang longgar tidak boleh dipakai semasa membuat kerja dengan mesin ini.

5.2.4 MESIN PELUBANG

5.2.4.1 Mesin pelubang digunakan untuk menebuk lubang pada kayu yang digunakan dalam tanggam lubang dan putting dengan cepat dan tepat. Ada tiga jenis mesin pelubang yang boleh digunakan dalam perusahaan kayu :

a) mesin pelubang pahat mesin ini menggunakan pelubang pahat yang bersegiempat dan mata gerudi bulat untuk menghasilkan lubang

b) mesin pelubang rantai ia mempunyai mata pemotong yang berupa gergaji rantai kecil dan menghasilkan lubang yang berbentuk bulat dibahagian bawahnya.

c) Mesin pelubang pahat bersalingan ia mempunyai batang besi padu bergigi pada mata pemotongnya. Lubang dibuat dengan getaran mata ini kedepan pada mata pemotongnya, lubang dibuat dengan getaran mata ini kedepan dan kebelakang. Mesin ini boleh membuat lubang pada kayu secara menegak dan secara mendatar (rajah)

5.2.4.2 Bahagian-bahagian utama pelubang pahat

a) Badan - ia diperbuat daripada keping keluli tau besi tuangan untuk menghasilkan lubang.

b) Aci ia adalah sebahagian daripada badan pelubang yang berfungsi melaras motor untuk dinaikkan atau diturunkan.

c) Motor ia berkuasa eletrik yang memusingkanmata gerudi untuk menebuk lubang.

d) kepala pahat dan mata gerudi kepala pahat berbentuk segiempat dengan hujungnya tajam dan berliang ditengahnya. Saiznya dari 6mm hingga 64mm. Mata gerudi dipasangkan didalam pahat ini. Saiz gerudi yang digunakan hendaklah mengikut saiz pahat.

e) Pemijak apabila membuat lubang, pekerja hendaklah memijak pemijak ini supaya pahat menembusi lubang. Pemijak ini dikaitkan pada motor yang dilaras pada aci untuk dinaikan dan diturunkan.

f) Meja ia diperbuat daripada besi tuangan dan ditempatkan ditengah badannya untuk menyokong kayu yang akan dilubangkan.

g) Pagar pagar ini adalah daripada kepingan besi yang dipasakkan di sebelah belakang meja untuk menahan kayu yang dikerjakan.

h) Apit skru apit ini ditempatkan dihadapan meja untuk megapitkan kayu yang dikerjakan supaya lubangd apat dibuat dengan tepat dan selamat.

i) Rola Pelaras - rola pelaras ini difgunakan utnuk menggerakkan ke kiri dan ke kanan semasa membuat lubang. Satu lagi rola pelaras mengawal gerakan meja samada ke depan aatau ke belakang.

j) Suis suis ini mengawal kuasa elektrik yang disambungkan kepada motor.

5.2.5 PEMUTING

5.2.5.1 Putting boleh dibuat dengan gergaji tangan ataupun mesin gergaji. Amalan ini hanya dilakukan jika hendak membuat suatu atau dua putting sahaja. Akan tetapi, dalam perusahaan kerja kayu memerlukan penghasilan putting yang banyak, mamesinpemuting perlu digunakan. Ada dua jenis mesin permuting iaitu permuting satu hujung dan permuting dua hujung.

5.2.5.2 Permuting satu hujung memotonng putting pada satu hujung kayu sahaja dalam satu operasi. Jika hujung kayu yang lain hendak dibuatkan putting, operasi kedua hendaklah dilakukan.

5.2.5.3 Permuting dua hujung berdaya memotong putting pada kedua-dua hujung kayu dalam satu operasi. Mesin ini juga boleh digunakan untuk momotong dadu dan kumai yang lain. (rajah)

5.2.5.4 Bahagian-bahagian utama mesin permuting.

a) kepala permuting kepala ini terdiri daripada rola besi bulat, mempunyai tiga alur untuk menerima pisau pemotong dan empat alur untuk menerima taji (spur). Sepasang kepala permuting dipasangkan pada atas dan bawah meja supaya putting dapat dibuat sekaligus.

b) Gergaji bulat. Gergaji ini mototong hujung putting yang berlebihan dan mendapatkan hujungnya berbentuk sudut tepat. Gergaji ini berbentuk bulat dan bergigi mengerat.

c) Kepala Koping - kepala ini berfungsi membuat koping pada bahu putting.

5.2.6PENCANAI

5.2.6.1 Mesin ini terdiri daripada satu motor yang dipasakkan di atas meja. Pada pengumpar motor, dipasangkan rola canai yang diperbuat daripada batu korborundum. Biasanya, satu pengumpar dipasngkan dengan rola canai gred halus dan satu laggi dipasangkan dengan rola canai gred kasar. Alat-alat tangan seperti pahat, mata ketam, mata gerudi dan sebagainya ditajamkan dengan mesin pencanai ini.

Setelah alam digunakan, rola canai perlu dibersihakan dengans salah satu cara berikut :

a) rola canai ini perlu dikisarkan dengan kikir yang dikenali sebagai dressing.

b) Ia hendaklah direndamkan dalam minyak tanah

c) Ia hendaklah dipanaskan dalam dapur.

5.2.6.2 Peraturan Keselamatan

Selain daripada mengikuti peraturan keselamatan am, peraturan berikut adalah khas untuk mesin pencanai.

a) memakai pelindung mata semasa menggunakan mesin ini. Apabila mencanai, serpihan logam yang halus akan terhumban keluar dan besar kemungkinan serpihan ini akan memauski mata dan ini perlu dicegah.

b) Alat yang dikerjakan hendaklah dipegang dengan ketat oleh penahan yang dibekalkan untuk mendapatkan sudut yang dikehandaki disamping mencegah alat itu dari tercampak keluar daripada kawalan tangan.

c) Gunakan minyak atau cecair penyejuk semasa mencanai untuk mencegah alat logam terbakar.

1Namakan semua bahagian penting pada mesin Gergaji Lengan.

2Terangkan dengan jelas mesin pelubang rantai.

3Terangkan tiga cara pembersihan roda canai pada mesin pencanai.

4Terangkan 3 bahagian utama kepala permuting.

1a)lengan pemutar

b) skala condong

c) suis

d) pemancut habuk kayu

e) skala serong

f) penahan tending balik

g) kerangka meja

h) meja

i) pagar

j) mata gergaji

k) pengadang

l) aci

2Ia mempunyai mata pemotong yang berupa gergaji rantai kecil dan menghasilkan lubang berbantuk bulat untuk menghasilkan lubang.

3a) Roda canai perlu dikisarkan dengan kikir yang dikenali sebagai alat dressing.

b) Ia hendaklah direndamkan dengan minyak tanah

c) Ia hendaklah dipanaskan dalam dapur.

4

3 bahagian utama mesin permuting.

a)kepala permuting kepala ini terdiri daripada rola besi bulat, mempunyai iga alur untuk menerima pisau pemotong dan empat alur untuk menerima taji (spur). Sepasang kepala permuting dipasangkan pada atas dan bawah meja supaya putting dapat dibuat sekaligus.

b)Gergaji bulat. Gergaji ini mototong hujung putting yang berlebihan dan mendapatkan hujungnya berbentuk sudut tepat. Gergaji ini berbentuk bulat dan bergigi mengerat.

c)Kepala Koping - kepala ini berfungsi membuat koping pada bahu putting

1) Tandakan ( / )bagi penyataan yang benar dan (x ) bagi penyataan yang salah

a) Mesin permuting digunakan khas untuk kerja-kerja menebuk lubang ( )

b) Kepala mata (cutter head) merupakan salah satu daripada bahagian utama bagi mesin ketam pelurus

( )

c) Terdapar 3 jenis mesin pelubang yang biasa digunakan didalam perusahaan kayu iaitu mesin pelubang pahat, mesin pelubang rantai dan mesin pelubang pahat bersalingan.

( )

d) Gergaji berkuasa merupakan salah satu daripada kategori mesin-mesin besar

( )

2) Padankan penyataan dibawah mengikut kesusaian

Mesin

fungsi

Mesin pengetam digunakan untuk membuat potongan dalam yang beraneka bentuk bagi bahan kayu atau logam yang nipis.

Mesin pelubangdigunakan untuk memotong berbagai-bagai jenis kayu, logam, dan papan gentian

Mesin gergaji lengandigunakan untuk membuat tanggam lubang dan putting dengan cepat dan tepat

Gergaji j Gergaji Jigmenyediakan permukaan kayu supaya licin dan mendapatkan tebal yang dikehendaki.

3) senaraikan 10 bahagian utama bagi mesin pelubang pahat

4) Anda dikehendaki oleh pensyarah anda untuk membuat satu tanggan lubang dan tanggam permuting yang telah siap diketam, nyatakan mesin-mesin yang anda akan digunakan

1)

a)Mesin permuting digunakan khas untuk kerja-kerja menebuk lubang (x )

b) Kepala mata (cutter head) merupakan salah satu daripada bahagian utama bagi mesin ketam pelurus

( / )

c) Terdapar 3 jenis mesin pelubang yang biasa digunakan didalam perusahaan kayu iaitu mesin pelubang pahat, mesin pelubang rantai dan mesin pelubang pahat bersalingan.

( / )

d)Gergaji berkuasa merupakan salah satu daripada kategori mesin-mesin besar

( x )

2) Mesin

fungsi

Mesin pengetam digunakan untuk membuat potongan dalam yang beraneka bentuk bagi bahan kayu atau logam yang nipis.

Mesin pelubangdigunakan untuk memotong berbagai-bagai jenis kayu, logam, dan papan gentian

Gergaji lengandigunakan untuk membuat tanggam lubang dan putting dengan cepat dan tepat

Gergaji jig Gergaji Jigmenyediakan permukaan kayu supaya licin dan mendapatkan tebal yang dikehendaki.

3

i. Badan - ia diperbuat daripada keping keluli tau besi tuangan untuk menghasilkan lubang.

ii. Aci ia adalah sebahagian daripada badan pelubang yang berfungsi melaras motor untuk dinaikkan atau diturunkan.

iii. Motor ia berkuasa eletrik yang memusingkanmata gerudi untuk menebuk lubang.

iv. kepala pahat dan mata gerudi kepala pahat berbentuk segiempat dengan hujungnya tajam dan berliang ditengahnya. Saiznya dari 6mm hingga 64mm. Mata gerudi dipasangkan didalam pahat ini. Saiz gerudi yang digunakan hendaklah mengikut saiz pahat.

v. Pemijak apabila membuat lubang, pekerja hendaklah memijak pemijak ini supaya pahat menembusi lubang. Pemijak ini dikaitkan pada motor yang dilaras pada aci untuk dinaikan dan diturunkan.

vi. Meja ia diperbuat daripada besi tuangan dan ditempatkan ditengah badannya untuk menyokong kayu yang akan dilubangkan.

vii. Pagar pagar ini adalah daripada kepingan besi yang dipasakkan di sebelah belakang meja untuk menahan kayu yang dikerjakan.

viii. Apit skru apit ini ditempatkan dihadapan meja untuk megapitkan kayu yang dikerjakan supaya lubangd apat dibuat dengan tepat dan selamat.

ix. Rola Pelaras - rola pelaras ini difgunakan utnuk menggerakkan ke kiri dan ke kanan semasa membuat lubang. Satu lagi rola pelaras mengawal gerakan meja samada ke depan aatau ke belakang.

x. Suis suis ini mengawal kuasa elektrik yang disambungkan kepada motor.

4dua jenis mesin yang digunakan ialah :

b) mesin permuting

c) mesin pengetam

d) mesin pelubang

INPUT

Rajah 5.3 - menunjukkan Mesin Gergaji Bulat

Rajah 5.4 Jenis dan corak mata gergaji bulat

Rajah 5.5 Menunjukkan cara penggunaan Gergaji Bulat.

Rajah 5.6 Gergaji Lengan (Radial Arm Saw)

Rajah 5.7 Mesin Pengetam Tebal

Rajah 5.8 Mekanisme kerja mesin pengetam tebal

Rajah 5.9 Mesin Ketam Pelurus (Jointer)

AKTIVITI

UNIT 5 (A)

MAKLUMBALAS

UNIT 5 (A)

Rajah 5.13 Mesin Pencanai

AKTIVITI

UNIT 5 (C)

MAKLUMBALAS

UNIT 5 (C)

Rajah 5.12 - Menunjukkan bahagian dan struktur kepala permuting.

Rajah 5.1 Gerudi dan barisan matanya.

Rajah 5.2 - Menunjukkan gambar Ketam Berkuasa, Gergaji Jig dan Gergaji Berkuasa.

Rajah 5.10 Dua jenis mesin pelubang

5.11 Dua jenis mesin pemuting

INPUT

MAKLUMBALAS

UNIT 5 (B)

AKTIVITI

UNIT 5 (B)

INPUT

PENILAIAN

KENDIRI 5

MAKLUMBALAS

PENILAIAN KENDIRI 5

TUMPUKAN PERHATIAN !

Bersedia?

Pengujian Minda disebelah

Mesin tetap - ketam tebalpelubang..permuting..ketam luruspencanaigergaji bulatbal..bla..bla

Sila buat pembacaan dan pemahaman semula jika anda masih ragu-ragu akan jawapannya.!

MESIN-MESIN DALAM PEMBUATAN PERABOT

Di akhir unit ini anda dapat :

Mengenal mesin-mesin yang digunakan dalam pembuatan perabot.

Menyatakan fungsi-fungsi setiap mesin.

Menerangkan penggunaan dan penyelenggaraan mesin.

Membezakan antara kategori-kategori peralatan mesin mengikut penggunaannya.

OBJEKTIF AM

Mengenal dan mengetahui mesin-mesin dalam pembuatan perabot.

OBJEKTIF KHUSUS

5

UNIT

_1089032694.bin

_1089035814.bin

_1089112883.bin

_1089113306.bin

_1089035843.bin

_1089033161.bin

_1089033290.bin

_1089035106.bin

_1089033226.bin

_1089033054.bin

_1089032461.bin

_1089032614.bin

_1089032073.bin