merdeka

19

Upload: norkamayana

Post on 16-Dec-2015

7 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

merdeka

TRANSCRIPT

SEJARAH MERDEKA

TANGGAL 31 Ogos diabadikan saban tahun sebagai tarikh penuh bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara. Namun, slogan, laungan merdeka dan cuti umum tidak membawa apa-apa kesan jika rakyat tidak menghayati dengan penuh kesedaran dan kesyukuran nilai kemerdekaan yang sebenarnya.

Penghayatan kemerdekaan bukan sekadar melaung-laungkan perkataan merdeka. Ia merupakan penghayatan dan pemahaman maksud serta kepentingan mempertahankan kemerdekaan yang dikecapi.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui erti kemerdekaan yang sebenar. Erti kemerdekaan bukan sahaja bebas daripada cengkaman penjajah semata-mata, malah kebebasan minda daripada terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang mahu melihat berlakunya perpecahan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Kemerdekaan telah mengangkat maruah dan kedaulatan negara. Ia adalah sesuatu yang tidak boleh dijual beli. Rakyat Malaysia yang cintakan negara wajar memelihara nama baik negara di mana sahaja mereka berada. Dari sudut keselamatan, maruah dan kedaulatan negara bukan sahaja dipikul oleh anggota keselamatan tetapi turut dipikul bersama oleh seluruh rakyat.

Kemerdekaan ini bukanlah takdir semata-mata tetapi adalah hasil usaha pejuang dan pemimpin terdahulu. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, marilah kita bersama-sama menjaga maruah serta kedaulatan negara. Sematkan juga di dalam diri semangat cintakan negara serta sentiasa menjaga dan menjulang nama baik Malaysia walau di mana kita berada.

MENELUSURI JEJAK KEMERDEKAANMenyorot kembali sejarah kemerdekaan negara, Kongres Melayu pertama yang diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 telah menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Kebangsaan (UMNO). Usaha ini memantapkan perjuangan dan pembentukan negara dengan bangsa yang berdaulat.

Walaupun Tanah Melayu diisytiharkan darurat pada 1948 akibat pemberontakan komunis, namun ia sedikitpun tidak mematahkan semangat para pejuang kemerdekaan tanah air tercinta.

Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk memperolehi kemerdekaan Malaya. Walaupun percubaan sulung itu tidak berjaya, kemerdekaan akhirnya tercapai.KRONOLOGI MENCAPAI KEMERDEKAAN

27 Julai 1955

Pilihan raya Persekutuan pertama diadakan. (UMNO telah mengadakan kerjasama dengan MCA (yang ditubuhkan pada 27 Februari 1949) dan MIC (ditubuhkan pada Ogos 1946) membentuk Parti Perikatan untuk menghadapi pilihan raya tersebut.1O Ogos 1955

Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet pertama dianggotai oleh 6 wakil Melayu, 3 wakil Cina dan 2 wakil India.18 Januari 6 Februari 1956

Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di London.8 Februari 1956

Perjanjian Merdeka telah dimeterai dengan menetapkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.20 Februari 1956

Tunku Abdul Rahman telah membuat Pengisytiharan Kemerdekaan di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka21 Mac 1956

Suruhanjaya Perlembagaan Reid, sebuah suruhanjaya bebas telah dibentuk untuk mengkaji dan menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.28 29 Disember 1956

Tunku Abdul Rahman dicabar supaya menyelesaikan isu pemberontakan komunis. Lalu, Rundingan Baling diadakan pada 28-29 Disember 1956 bersama Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM).30 Ogos 1957

Detik 12.00 tengah malam, bendera Union Jack diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad dan diganti dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu tanda negara mencapai kemerdekaan.31 Ogos 1957

Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Antara perkara paling penting yang dapat dikutip dan dijadikan teladan serta dihayati di akhir perjuangan kemerdekaan ini adalah wujudnya persefahaman di antara tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Persefahaman ini telah menjadi resepi utama perpaduan dalam kalangan penduduk di Malaysia. Semoga persefahaman ini berkekalan dan perpaduan terus mekar bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan Malaysia.

Tanggal 31 Ogos 1957 Tanah Melayu mencapai kemerdekaannyaTAHUNTEMALOGO

1970 MUHIBAH DAN PERPADUAN-

1971 MASYARAKAT PROGRESIF-

1972 MASYARAKAT ADIL-

1973 MASYARAKAT BERKEBUDAYAAN MALAYSIA-

1974 SAINS DAN TEKNOLOGI ALAT PERPADUAN-

1975 MASYARAKAT KERDIKARI 1976-

1976 KETAHANAN RAKYAT

1977 20 TAHUN BERSATU MAJU

1978 KEBUDAYAAN SENDI PERPADUAN

1979 BERSATU BERDISIPLIN

1980 BERDISIPLIN BERBAKTI

1981 BERDISIPLIN BERHARMONI

1982 BERDISIPLIN GIAT MAJU

1983 BERSAMA KE ARAH KEMAJUAN

1984 AMANAH ASAS KEJAYAAN

1985 NASIONALISME TERAS PERPADUAN

1986 BANGSA TEGAS NEGARA TEGUH

1987 SETIA BERSATU BERUSAHA MAJU

1988 BERSATU

1989 BERSATU

1990 BERJAYA

1991 WAWASAN 2020

1992 WAWASAN ASAS KEMAJUAN

1993 BERSATU MENUJU WAWASAN

1994 NILAI MURNI JAYAKAN WAWASAN

1995 JATIDIRI PENGGERAK WAWASAN

1996 BUDAYA PENENTU KECAPAIAN

1997 AKHLAK MULIA MASYARAKAT JAYA

1998 NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA

1999 BERSATU KE ALAF BARU

2000-2006KERANAMU MALAYSIA

2007 MALAYSIAKU GEMILANG

2008 PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

2009 RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

2010 1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI

2011 1MALAYSIA TRANSFORMASI BERJAYA RAKYAT SEJAHTERA

2012 55 TAHUN MEREKA JANJI DITEPATI

2013 MALAYSIAKU BERDAULAT : TANAH TUMPAHNYA DARAHKU

2014 MALAYSIA...DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA

Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

8 Febuari 1903 - 6 Disember 1990

Bapa Kemerdekaan

Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein

11 Mac 1922 - 14 Januari 1976

Bapa Pembangunan

Tun Hussein bin Dato' Onn

12 Febuari 1922 - 29 Mei 1990

Bapa Perpaduan

Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad

16 Julai 1981 - 31 Oktober 2003

Bapa Pemodenan

Tun Abdullah Bin Hj Ahmad Badawi

31 Oktober 2003 3 April 2009

Bapa Pembangunan Modal Insan

YAB Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak

3 April 2009 - kini

Bapa Pembangunan Transformasi