menyemai benih (bhg 4): mengajar

14
MENYEMAI BENIH Dalam siri ini, perkataan benih merujuk kepada Firman Tuhan sepertimana dijelaskan Yesus dalam Lukas 8:11. Apabila Yesus membantu murid-murid-Nya memahami perumpamaan tentang penabur benih, dia secara spesifik berkata, Benih itu ialah firman Allah . Setiap kali frasa menyemai (menabur) benih dipakai dalam siri ini, ia merujuk kepada usaha-usaha menyebar Firman Allah dengan pelbagai cara yang kreatif dan alkitabiah. A.1. Menyemai benih dalam diri sendiri – menghafal Firman Tuhan Pertama sekali kita akan melihat bagaimana untuk menyemai benih dalam diri kita dan cara pertama ialah dengan menghafal Firman Allah. Dalam Mazmur 119:11a, si pemazmur berkata, Dalam hatiku aku menyimpan janji-Mu. Menyimpan dalam hati ialah sinonim bagi menghafal. Ramai berfikir menghafal ialah menyimpan maklumat dalam minda mereka tetapi sebenarnya penghafalan yang benar berlaku apabila maklumat itu berjaya disimpan dalam hati anda. Itu sebabnya penjelasan ringkas untuk menghafal dalam bahasa Inggeris ialah to learn by heart’ atau belajar dengan hati . Apabila maklumat itu dipelajari (fahami) dan disimpan dalam hati, penghafalan telah berlaku. Faedah Menghafal Firman Allah 1. Kemungkinan mentaati perintah Allah akan meningkat (Ulangan 31:12-13) Apabila Musa menerangkan semula perintah-perintah Allah kepada satu generasi baru orang Israel yang tidak lama lagi akan memasuki Tanah Perjanjian, dikatakan semua yang hadir mendengar dan belajar perintah Allah dan kemudian melakukannya dengan setia. Apa yang tidak disedari ramai orang hari ini ialah pendengar-pendengar Musa tidak mencatat apa yang dikatakan Musa atau diberi buku yang mengandungi perintah-perintah Tuhan! Sebaliknya bila dikatakan mereka belajar , yang dimaksudkan ialah mereka berusaha memahami dan menghafal perintah-perintah itu. Apakah hasilnya? Setiap perintah yang dihafal (boleh diingat) ditaati (mereka melakukan dengan setia segala perkataan hukum Taurat ini). Apabila anda belajar perintah Allah - berusaha memahami dan menghafal perintah-perintah itu kemungkinan anda juga melakukan dengan setia segala perkataan yang dari Allah juga akan meningkat. Apa yang anda faham dan ingat, anda dapat lakukan. 2. Pertahanan untuk melawan dosa (Mazmur 119:11) Si pemazmur mahu mentaati perintah-perintah Allah dan dia menemukan satu cara yang berkesan menyimpan Firman Allah dalam hatinya (menghafal). Dalam melakukan ini dia juga sedar dan mengaku bahawa dengan adanya perintah Allah dalam hatinya, dia dapat mengelakkan dirinya daripada berdosa (supaya aku jangan berdosa terhadap Engkau). Apabila Firman Allah ada dalam hati anda Roh Kudus boleh mengingatkan anda apa yang diingini atau dilarang Tuhan dengan senang dan cepat setiap kali anda tergerak untuk berdosa, perintah Allah yang sesuai akan timbul naik dalam minda anda dan dalam pendengaran anda, iaitu Firman yang telah anda simpan dalam hati anda.

Upload: peter-de-run

Post on 15-Aug-2015

95 views

Category:

Spiritual


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Menyemai Benih (Bhg 4): Mengajar

MENYEMAI BENIH

Dalam siri ini, perkataan ‘benih’ merujuk kepada Firman Tuhan sepertimana dijelaskan Yesus dalam Lukas 8:11. Apabila Yesus membantu murid-murid-Nya memahami perumpamaan tentang penabur benih, dia secara spesifik berkata, “Benih itu ialah firman Allah”. Setiap kali frasa menyemai (menabur) benih dipakai dalam siri ini, ia merujuk kepada usaha-usaha menyebar Firman Allah dengan pelbagai cara yang kreatif dan alkitabiah.

A.1. Menyemai benih dalam diri sendiri – menghafal Firman Tuhan

Pertama sekali kita akan melihat bagaimana untuk menyemai benih dalam diri kita dan cara pertama ialah dengan menghafal Firman Allah.Dalam Mazmur 119:11a, si pemazmur berkata, “Dalam hatiku aku menyimpan janji-Mu.” Menyimpan dalam hati ialah sinonim bagi menghafal. Ramai berfikir menghafal ialah menyimpan maklumat dalam minda mereka tetapi sebenarnya penghafalan yang benar berlaku apabila maklumat itu berjaya disimpan dalam hati anda. Itu sebabnya penjelasan ringkas untuk menghafal dalam bahasa Inggeris ialah ‘to learn by heart’ atau ‘belajar dengan hati’. Apabila maklumat itu dipelajari (fahami) dan disimpan dalam hati, penghafalan telah berlaku.

Faedah Menghafal Firman Allah

1. Kemungkinan mentaati perintah Allah akan meningkat (Ulangan 31:12-13)

Apabila Musa menerangkan semula perintah-perintah Allah kepada satu generasi baru orang Israel yang tidak lama lagi akan memasuki Tanah Perjanjian, dikatakan semua yang hadir mendengar dan belajar perintah Allah dan kemudian melakukannya dengan setia. Apa yang tidak disedari ramai orang hari ini ialah pendengar-pendengar Musa tidak mencatat apa yang dikatakan Musa atau diberi buku yang mengandungi perintah-perintah Tuhan! Sebaliknya bila dikatakan mereka ‘belajar’, yang dimaksudkan ialah mereka berusaha memahami dan menghafal perintah-perintah itu. Apakah hasilnya? Setiap perintah yang dihafal (boleh diingat) ditaati (mereka melakukan dengan setia segala perkataan hukum Taurat ini). Apabila anda belajar perintah Allah - berusaha memahami dan menghafal perintah-perintah itu – kemungkinan anda juga melakukan dengan setia segala perkataan yang dari Allah juga akan meningkat. Apa yang anda faham dan ingat, anda dapat lakukan.

2. Pertahanan untuk melawan dosa (Mazmur 119:11)

Si pemazmur mahu mentaati perintah-perintah Allah dan dia menemukan satu cara yang berkesan – menyimpan Firman Allah dalam hatinya (menghafal). Dalam melakukan ini dia juga sedar dan mengaku bahawa dengan adanya perintah Allah dalam hatinya, dia dapat mengelakkan dirinya daripada berdosa (supaya aku jangan berdosa terhadap Engkau). Apabila Firman Allah ada dalam hati anda Roh Kudus boleh mengingatkan anda apa yang diingini atau dilarang Tuhan dengan senang dan cepat – setiap kali anda tergerak untuk berdosa, perintah Allah yang sesuai akan timbul naik dalam minda anda dan dalam pendengaran anda, iaitu Firman yang telah anda simpan dalam hati anda. Mereka yang menghafal Firman Tuhan sedang membina satu tembok pertahanan yang kukuh untuk melawan dosa.

Page 2: Menyemai Benih (Bhg 4): Mengajar

3. Senjata melawan Iblis (Matius 4:4; Efesus 6:17)

Apabila Yesus digoda oleh Iblis, dia melawan balik dan mengalahkan Iblis dengan mengisytiharkan Firman Allah yang sudah dia hafal, yang disimpan dalam hatinya. Adalah amalan biasa dalam budaya Yahudi supaya setiap anak lelaki menghafal Taurat sebelum menjangkau umur 12 tahun dan sudah semestinya Yesus juga telah menghafal Perjanjian Lama khususnya 5 buku pertama (Taurat). Walaupun tidak ada akses kepada Firman Tuhan yang tertulis, Yesus masih dapat merujuk kepadanya dengan tepat dan mengalahkan Iblis.

Bagaimanakah ini boleh terjadi? Dalam Efesus 6:17 kita diberitahu bahawa sebenarnya Firman Allah berfungsi sebagai pedang dan akan dipakai Roh Kudus untuk membantu kita menyerang dan mengalahkan Iblis. Mahu mempunyai persenjataan yang lengkap dan sedia dipakai untuk melawan Iblis? Hafallah Firman Allah.

Kaedah Menghafal Firman Allah

Ada pelbagai cara untuk menghafal perkataan dan cara yang dicadangkan bukan cara berkesan atau yang biasa anda pakai. Itu tidak menjadi masalah – tidak kira apa kaedahnya, yang penting anda dapat dengan berjaya menggunakannya untuk menghafal perintah-perintah Allah.

1. Baca dengan suara kedengaran – baca ayat yang mahu dihafal dengan suara yang kedengaran berulang kali, dengan intonasi dan nada yang sesuai dengan maklumat dalam ayat itu. Baca sehingga anda memahami dan menjiwai inti pati ayat itu. Jika ada perkataan yang tidak difahami atau maksud ayat itu tidak dapat ditangkap, berhenti dan cari pemahaman terlebih dahulu. Ingat – anda tidak dapat menghafal apa yang anda tidak faham.

2. Tulis berulang kali ayat itu – pastikan anda salin ayat itu dengan betul dan sesuai dengan cara anda menyebutnya, setiap rasa sebutan pada satu garis yang berbeza. Setelah menulis beberapa kali, cuba menulis dari ingatan (tidak merujuk dari mana-mana). Buat pembetulan jika ada yang salah tulis. Ini boleh dilakukan beberapa minit setiap hari, pada masa santai anda atau pada masa yang anda tetapkan.

3. Lihat ayat itu – ayat anda itu harus dapat dilihat dengan sering; letakkannya di sebelah cermin muka, dalam screensaver anda atau di dalam buku sekolah anda. Yang penting ia dapat dilihat di beberapa buah tempat yang anda sering perhatikan.

Setiap kali anda berpeluang mengongsi ayat hafalan anda itu, beranikan diri dan nyatakannya. Ini akan membantu mengingatkan ayat itu dengan baik.

Ada banyak ayat dalam Alkitab yang boleh dihafal. Oleh itu saya cadangkan anda bermula dengan menghafal perintah-perintah Yesus supaya sebagai pengikut Yesus anda selalu tahu dan ingat perintah-perintah-Nya dan dengan itu sedia mentaatinya, melepaskan diri dari berdosa (melanggar perintah Tuhan) dan menggunakannya untuk menjawab persoalan manusia dan godaan Iblis.

Selamat menghafal perintah-perintah Allah dengan berjaya mulai hari ini!

Page 3: Menyemai Benih (Bhg 4): Mengajar

Soalan Diskusi

1. ‘Benih itu Firman Allah’. Mengapakah Firman Allah disamakan dengan benih dan apakah implikasinya kepada kita?

2. Apa fahaman anda sebelum ini tentang ‘menghafal’? Apa yang anda faham dengan frasa: hafal dengan hati bukan dengan minda?

3. Manakah satu daripada faedah menghafal perintah Allah yang paling menarik perhatian anda dan mendorong anda untuk menghafal Firman Allah? Mengapa?

4. Apakah kaedah-kaedah menghafal yang telah anda pakai dengan berjaya? Kongsi dengan ahli-ahli lain dalam kumpulan anda.

5. Apakah yang anda akan buat mulai sekarang supaya anda akan berjaya menghafal perintah-perintah Yesus?

Page 4: Menyemai Benih (Bhg 4): Mengajar

A.2. Menyemai benih dalam diri sendiri – mengaku Firman Tuhan

Cara kedua menyemai Firman Allah dalam diri anda ialah dengan mengakunya. Dalam Alkitab perkataan ‘mengaku’ ialah terjemahan perkataan Yunani homologeo – homo bermaksud sama atau sejenis dan logeo dari perkataan logos yang bermaksud perkataan. Jadi mengaku dalam konteks alkitabiah bermaksud mengatakan hal yang sama (kata-kata dia sama dengan kata-kata seseorang yang lain), apa yang dikatakan tidak bercanggah dengan apa orang lain katakan.

Apabila kita mengaku FirmanTuhan apa yang keluar dari mulut kita tidak bercanggah dengan apa yang keluar dari mulut Tuhan. Perhatikan apa yang anda kata tentang diri anda – adakah ia sama dengan apa yang Allah katakan tentang anda? Kalau apa yang anda cakap berbeza dengan apa Tuhan bercakap, anda telah gagal mengaku (homologeo) Firman Tuhan, kata-kata anda belum lagi dipadankan dengan kata-kata (Firman) Tuhan.

Untuk mengaku Firman Allah, anda mesti dari sekarang sengaja atur kata-kata anda supaya sepadan dengan Firman Tuhan – pastikan pengisytiharan anda tentang diri, situasi dan kepercayaan anda sesuai dengan penyataan Allah tentang diri, situasi dan kepercayaan anda.

Mengaku Firman Tuhan juga bermaksud anda setuju dengan Firman Tuhan dan menyatakan ia benar. Persetujuan diperlukan sebelum pengakuan dapat dilakukan. Apabila seorang Kristian tidak dapat atau tidak mahu mengaku Firman Tuhan, nyata Firman Tuhan belum lagi benar dan tersimpan dalam hatinya.

Ingat: anda disuruh mengaku Firman Tuhan, mengatur kata-kata anda supaya sama dengan kata-kata Tuhan kerana anda yakin kata-kata Tuhan itu benar.

Memahami Dinamik Pengakuan Firman Allah

Baca Roma 10:9-10.

Perhatikan ada tiga komponen penting dalam amalan mengaku Firman Allah – percaya, mengaku, selamat.

Mengaku Firman Tuhan tidak ada kesan langsung jika apa yang diakui tidak terlebih dahulu dipercayai tetapi jika anda percaya Firman Allah dan mengakunya, anda akan ‘selamat’. Jadi untuk mengaku Firman Allah, syaratnya anda mesti percaya ayat itu terlebih dahulu. Pengakuan buta terjadi apabila seseorang Kristian mengaku berulang kali Firman (janji) Allah yang dia tidak percaya (yakin benar) – itu hanya melafazkan kata-kata kosong dan tidak ada apa yang luar biasa akan terjadi. Untuk pengakuan anda berkesan, apa yang diakui mesti terlebih dahulu dipercayai.

Kepercayaan seperti ini akan ada apabila anda yakin Allah tidak berdusta dan semua kata-kata-Nya benar dan akan berlaku (Bilangan 23:19; Yesaya 55:10-11). Firman yang keluar dari mulut Allah akan melakukan/menciptakan/menghasilkan apa yang dikatakan oleh Allah – Firman Allah bukan kata-kata kosong yang tidak berkuasa.

Apabila anda memerhatikan Alkitab (semoga setiap hari), lambat laun anda akan menjumpai ayat-ayat yang mempunyai kesan yang nyata dalam diri anda, ayat-ayat yang menginsaf, menghibur dan memberi harapan. Ini bukti anda sudah percaya apa yang Allah katakan dan yakin ia akan terjadi dan

Page 5: Menyemai Benih (Bhg 4): Mengajar

anda akan mengalaminya. Ayat-ayat seperti ini yang mesti diakui kerana ayat-ayat ini adalah dari Allah secara spesifik untuk anda dan situasi anda. Apabila ayat seperti ini diakui, kata Alkitab anda akan selamat.

Selamat dalam bahasa Ibrani ialah sozo yang boleh membawa maksud bebas, aman, sembuh dan lestari. Selamat tidak hanya bermaksud bebas daripada neraka (itu pemahaman sozo yang sangat sempit). Pertama sekali ia bermaksud mengalami pembebasan – anda boleh dibebaskan dari apa sahaja yang mengikat atau mengongkong hidup anda apabila anda mengaku Firman Allah dari Allah yang menjanjikan pembebasan atau campur tangan Tuhan dalam situasi anda. Pengakuan Firman dari Allah untuk anda juga boleh dipakai Allah untuk menghasilkan rasa aman dan sejahtera dalam diri anda.

Satu lagi hasil mengaku Firman Allah ialah kesembuhan – apabila anda sakit dan Allah menyatakan kata-kata-Nya yang secara khusus menjanjikan kesembuhan, jangan henti-henti mengaku janji-janji Tuhan itu sehingga kesembuhan penuh dialami. Berkat terakhir ialah lestari – hidup anda menjadi lebih teratur dan sempurna, tidak lagi tunggang terbalik atau kacau bilau. Semua ini milik anda apabila anda mengaku Firman Allah yang telah Dia nyatakan kepada anda.

Firman Yang Dihafal Akan Diakui

Satu cara untuk memastikan kata-kata anda selalu sepadan dengan kata-kata Allah ialah dengan menyimpan Firman Allah dalam hati anda, iaitu dengan menghafal ayat-ayat dalam Alkitab. Anda tidak akan dapat mengaku Firman Allah jika Firman itu belum terlebih dahulu disimpan dalam hati anda. Lukas 6:45 menyatakan bahawa orang bercakap apa yang ada didalam hati dan jika anda mahu bercakap Firman Allah, kata-kata Allah itu mesti terlebih dahulu dimasukkan ke dalam hati anda. Dalam terjemahan bahasa Inggeris, ayat dalam Lukas ini berkata bahawa dari kelimpahan hati, mulut bercakap – Firman Allah mesti penuh dan melimpah-limpah keluar dari hati anda supaya kata-kata anda selalu mengisytiharkan Firman Allah.

Membuat Pengakuan Persetujuan

Bila anda mengaku Firman Tuhan, anda sedang bersetuju dengan kata-kata Allah dan itu sebabnya pengakuan seperti ini juga dipanggil pengakuan persetujuan. Pengakuan seperti ini sangat berkesan bila anda tahu apa kata Allah tentang diri atau situasi anda yang telah dinyatakan-Nya dengan pelbagai cara khususnya melalui pembacaan Alkitab. Ayat-ayat seperti ini dalam lingkungan Kristian dipanggil rhema yang berbeza dengan logos, iaitu apa-apa huruf dan perkataan yang dibaca dalam Alkitab. Rhema pua ialah ayat yang telah menjawab soalan anda, yang telah memberi penghiburan, ayat yang sesuai dengan situasi semasa anda sehingga dihafal kerana ayat itu sering dibangkitkan dan dipakai. Pengakuan persetujuan ialah pengakuan ayat-ayat rhema anda kerana anda setuju dengan penyataan Allah dan yakin ayat itu untuk anda.

Mengapakah anda mahu mengaku kata-kata rhema ini? Untuk mengubah situasi. Namanya Abram tetapi sesudah Allah berkata kepada dia bahawa dia akan menjadi bapa satu bangsa yang besar, namanya ditukar menjadi Abraham (bapa banyak bangsa). Mulai hari itu, setiap kali dia mengaku dirinya Abraham, dia sedang membuat pengakuan persetujuan, mengakui dia bapa banyak bangsa walaupun ketika itu dia tidak ada satu anak pun! Akhirnya situasinya berubah dan menjadi seperti yang dijanjikan Tuhan.

Page 6: Menyemai Benih (Bhg 4): Mengajar

Sebab kedua mengapa anda mahu membuat pengakuan persetujuan ialah untuk menciptakan masa depan yang direncanakan Allah. Ada hal yang belum terjadi dalam hidup anda walaupun Allah sudah berkata bahawa ia akan berlaku tetapi anda boleh memilih mengakuinya benar walaupun belum direalisasikan oleh Allah.

Baca Matius 21: 18-21. Pengakuan Yesus di depan pohon ara yang tidak berbuah menyebabkan pohon itu mati (pengakuan Yesus ialah pengakuan kata-kata Tuhan kerana Yesus Tuhan) – setiap kali Yesus mengaku kehendak Allah dengan suara yang lantang, Dia menciptakan masa depan yang indah (ribut reda, orang sakit sembuh dan orang mati hidup kembali). Mungkin anda berkata, “Ini benar kerana Yesus Allah tapi siapa saya? Takkanlah pengakuan saya boleh mencipta sesuatu yang baik.” Kata Yesus, anda juga boleh membuat pengakuan yang berkesan jika anda percaya kepada penyataan Allah (rhema) yang diberi tentang masa depan anda dan berkata (homologeo) kepada ‘gunung’ anda sehingga apa yang dikatakan Allah itu terjadi! Untuk melihat rhema anda terjadi anda terlebih dahulu mesti percaya rhema itu dan sesudah itu mengaku (berkata dengan suara kedengaran) rhema itu sehingga ia terjadi.

Ini ialah perbezaan utama pengakuan positif dan ajaran-ajaran dalam buku seperti ‘The Secret’ – yang diakui bukan keinginan dan kehendak sendiri tetapi hanya penyataan Allah tentang diri dan situasi anda (kehendak Allah untuk anda).

Untuk membuat pengakuan persetujuan, bermula dengan rhema (sesuatu yang telah Allah nyatakan kepada anda tentang diri atau situasi anda). Kenal pasti ayat Allah itu, fahami isi kandungannya dan mula menghafal ayat itu.

Kerana anda percaya akan ayat itu dan yakin ia akan berlaku, mulalah mengaku Firman itu. Jika perlu sesuaikan pengakuan anda menggunakan kata-kata utama dalam ayat itu supaya pengakuan anda lebih peribadi dan tepat.

Pengakuan persetujuan berkuasa kerana sebelum pengakuan dibuat Allah telah berkata. Oleh itu, setiap hari luangkan masa untuk merenung Firman Tuhan supaya mendengar suara Allah yang akan dijadikan bahan pengakuan. Kalau anda percaya apa yang dikatakan Tuhan dan anda mengakunya, maka hal itu akan terjadi!

Soalan Diskusi:

a) Adakah kata-kata anda tentang diri dan situasi anda sepadan/sama dengan kata-kata Allah? Mengapakah penting supaya sama?

b) Bagaimana dengan menyimpan Firman Allah dalam hati (menghafal) membantu anda membuat pengakuan yang sepadan dengan kata Allah?

c) Apa bezanya mengaku firman Allah dan mengaku impian positif anda sendiri?

d) Apakah yang anda faham tentang 'rhema' dan mengapa ia penting untuk pengakuan efektif?

e) Apakah yang mungkin terjadi apabila pengakuan dari mulut anda sama dengan penyataan Allah tentang anda dan masa depan anda? Kongsikan beberapa pengakuan 'rhema' yang sudah anda buat.

Page 7: Menyemai Benih (Bhg 4): Mengajar

A.3. Menyemai benih dalam gereja – khutbah

Satu cara yang biasa dan mudah dan telah dipakai turun temurun untuk menyemai Firman Tuhan dalam gereja (komuniti) ialah dengan perantaraan khutbah. Walaupun begitu adalah menarik untuk diketahui bahawa khutbah (seperti mana diamalkan hari ini dalam hampir semua gereja) bukan satu perintah Allah untuk gereja. Apa yang saya maksudkan ialah tidak ada perintah atau ajaran dalam Perjanjian Baru yang menyentuh amalan khutbah secara terus atau memperkenalkannya sebagai satu amalan yang biasa dalam komuniti Kristian awal. Hampir semua rujukan dalam Alkitab kepada amalan yang mirip berkhutbah merujuk kepada penyataan Injil dalam rumah ibadat Yahudi atau kepada audiens bukan Kristian.

Jadi mengapa gereja moden mengamalkan khutbah dari mimbar? Jawapannya mudah – gereja Kristian meniru susun atur dalaman dan amalan-amalan utama rumah ibadat Yahudi (bahasa Inggeris synagogue) kerana orang Kristian awal semuanya orang Yahudi dan apabila mereka mula berkumpul dan beribadah, kerana tiada apa-apa arahan spesifik untuk atur cara ibadah, mereka menggunakan apa yang mereka tahu dan biasa lakukan, iaitu atur cara rumah ibadat Yahudi.

Sejarah khutbah Yahudi

Permulaan khutbah dalam rumah ibadat Yahudi (dan kemudian hari dalam gereja) boleh dikesan di Nehemia 8:1-10. Apa yang dilakukan pada hari yang bersejarah itu di Yerusalem oleh Ezra dan teman-temannya telah menjadi templat untuk amalan khutbah sehingga hari ini.

Pertama sekali perhatikan apa yang dilakukan oleh pengkhutbah apabila Firman Tuhan disampaikan:

Kitab (Taurat Musa) dibaca di depan jemaah Beberapa bahagian kitab dibaca Pengkhutbah berdiri di atas mimbar kayu; berdiri lebih tinggi daripada jemaah Beberapa bahagian kitab dibacakan dengan jelas, kemudian keterangan diberi sehingga apa

yang dibaca difahami

Kedua, perhatikan siapa yang mendengar Firman Allah yang disampaikan:

Lelaki dan perempuan Orang yang dapat mendengar dan mengerti Mereka dengan penuh perhatian mendengar pembacaan kitab Ada reaksi emosi setelah mendengar khutbah

Yesus dan Paulus berkhutbah

Setelah beberapa ratus tahun, banyak rumah ibadat Yahudi tertubuh di seluruh Israel dan apabila Yesus datang, dia ke rumah ibadat Yahudi. Khutbah Yesus yang pertama disampaikan di rumah ibadat Yahudi di kampungnya sendiri, Nazaret (Lukas 4:16-21). Perhatikan langkah-langkah yang diambil Yesus – berdiri membaca sebahagian daripada Alkitab (petikan dari Yesaya), duduk lalu mulai mengajar, pendengar dia hairan kerana kata-katanya indah – mirip langkah-langkah dalam buku Nehemia. Berkhutbah di rumah ibadat Yahudi merupakan amalan biasa Yesus (Matius 9:35; Markus 1:39).

Page 8: Menyemai Benih (Bhg 4): Mengajar

Praktis ini diteruskan oleh Paulus. Dalam Kisah Para Rasul 9:20 dan 17:2-4, kita membaca bahawa Paulus memberitakan (berkhutbah) tentang Yesus di rumah-rumah ibadat Yahudi dan di Tesalonika dia dikatakan membicarakan dengan mereka bahagian-bahagian dari Kitab Suci dan menerangkannya kepada pendengarnya. Dalam Kisah Para Rasul 17:4 disenaraikan sejumlah besar orang yang memilih mengikut Yesus sesudah Paulus berkhutbah! Harus anda ingat bahawa Paulus pun menggunakan kaedah yang digunakan Ezra lama dahulu ketika berkhutbah.

Jadi boleh dikatakan kerana latar belakang Yahudi mereka dan contoh yang diberi oleh Yesus dan Paulus, khutbah secara semula jadi menjadi sebahagian daripada ibadah Kristian dan satu cara penting menyemai Firman Allah. Adalah menarik juga untuk diketahui bahawa rumah-rumah ibadat Yahudi masih ada sehingga hari ini dan cara khutbah yang dimodel oleh Ezra tetap dipelihara.

Tujuan khutbah Kristian

Satu petikan dalam Perjanjian Baru yang besar kemungkinan merujuk kepada apa yang hari ini dipanggil berkhutbah ialah nasihat Paulus kepada anak rohaninya yang juga merupakan seorang pastor, iaitu di 2 Timotius 4:2, di mana Paulus berpesan dengan sungguh-sungguh kepada pastor Timotius supaya siap sedia selalu untuk memberitakan Firman. Ayat ini besar kemungkinan merujuk kepada amalan berkhutbah kerana ia juga menyatakan 3 tujuan memberitakan Firman, tiga tujuan biasa sebuah khutbah disampaikan:

Nyatakan yang salah - menunjukkan kesalahan; meyakinkan; menginsafkan; menegur, menerangi, membuktikan kesalahan

Tegur – mengherdik, memperingatkan, menghukum Nasihati - menghibur, menguatkan hati; menjawab dengan ramah, memujuk, mendorong

Keunikan khutbah Kristian

Jika khutbah hanya penyampaian maklumat melalui perbicaraan yang indah dan jelas, banyak khutbah dengan beza dengan ceramah motivasi atau khutbah pakar agama lain. Jadi apakah yang membezakan khutbah Kristian dari semua bicara umum yang lain? Penyataan kuasa Tuhan (1 Korintus 2:4-5)

Berita yang saya sampaikan kepada mu tidak saya sampaikan dengan kata-kata yang memikat menurut kebijaksanaan manusia. Saya menyampaikan itu dengan cara yang membuktikan bahawa Roh Allah berkuasa supaya imanmu jangan bergantung kepada akal manusia, melainkan kepada kuasa Allah.

Apabila Yesus berkhutbah di rumah ibadat Yahudi, ia disusuli dengan penyataan kuasa Allah – orang sakit disembuhkan dan orang yang dirasuk dibebaskan. Rasul Paulus pula berkata bahawa khutbah-khutbah dia tidak hanya kata-kata memikat yang menggunakan kebijaksanaan manusia tetapi disusuli dengan penyataan kuasa Allah. Inilah yang harus lebih nampak ketika khutbah Kristian disampaikan dan ini harus dijadikan sebahagian daripada amalan khutbah yang lengkap.

Page 9: Menyemai Benih (Bhg 4): Mengajar

Memaksimumkan setiap khutbah

Sebagai orang Kristian yang setia dan yang dahagakan Firman, saya yakin anda akan (sesudah ini) mendengar banyak lagi khutbah. Apakah yang boleh dipelajari daripada pelajaran ini dan diaplikasikan dalam hidup anda sebagai seorang pendengar khutbah?

Ini adalah beberapa cadangan:

• Belajar mendengar – mendengar adalah satu kemahiran yang perlu dipelajari dan

dipertajam jika anda mahu mendapat keuntungan maksimum daripada setiap khutbah yang

didengar.

• Kejar pengertian – setiap kali anda mendengar khutbah, pastikan anda faham apa yang anda

dengar; jika tidak beranikan diri dan minta penjelasan daripada si pengkhutbah

• Beri penuh perhatian – perhatian yang putus-putus dan minda yang melayang-layang akan

merugikan anda. Fokus dengan serius.

• Benarkan dan berikan respons – adalah baik anda respons kepada khutbah yang mencabar

atau menghibur anda; tidak salah ketawa, menangis, maju ke depan untuk didoakan

• Harap penyataan kuasa Tuhan – jangan hanya berpuas hati dengan Firman yang didengar,

minta Tuhan supaya kuasa-Nya juga dialami semasa dan sesudah khutbah disampaikan.

Akhir kata, jika anda seorang pengkhutbah atau mahu menjadi seorang pengkhutbah, ikutlah beberapa petua ini supaya khutbah-khutbah anda sememangnya luar biasa dan memuliakan Tuhan serta memberkati jemaah:

• Gunakan Alkitab sebagai sumber – anda pengkhutbah Kristian dan anda membaca serta

menerangkan bahagian-bahagian dalam Kitab Suci; itu tugas anda sebagai pengkhutbah.

• Ajar dengan jelas – belajar teknik-teknik mengajar dan mohon bantuan Roh Kudus supaya

setiap perkataan dan penerangan anda jelas.

• Beri penerangan sehingga dimengerti teks – anda hanya berjaya sebagai seorang

pengkhutbah apabila audiens anda faham apa yang anda sampaikan; menyampaikan

khutbah yang tidak difahami apa lagi tidak boleh diamalkan dalam kehidupan harian

merupakan satu pembaziran masa dan tenaga yang tidak patut berlaku.

• Ketahui dan sasarkan tujuan khutbah – anda perlu jelas tujuan anda berkhutbah (ingat: satu

tujuan, satu khutbah sahaja) dan buat apa sahaja yang perlu supaya sasaran anda tercapai.

• Susuli khutbah dengan pelayanan – berikan masa untuk berdoa bagi audiens anda. Biasakan

memberi panggilan mimbar dan peluang untuk pendengar anda respons kepada Firman

yang telah disampaikan. Hulurkan tangan dan berdoa bagi pendengar anda sesudah anda

sajikan Firman kepada mereka.

Page 10: Menyemai Benih (Bhg 4): Mengajar

Soalan Diskusi

a) Apakah pelajaran yang dapat diambil daripada kisah permulaan khutbah Yahudi/moden yang tercatat dalam Nehemia 8?b) Apakah yang anda dapati menarik tentang atur cara ibadah dalam rumah ibadat Yahudi (synagogue)? Bagaimana atur cara ini dipakai oleh Yesus dan Paulus untuk mengkhabarkan mesej Allah?c) Apakah yang harus dijadikan tujuan/sasaran setiap khutbah menurut nasihat Paulus kepada pastor Timotius dalam 2 Timotius 4:2? Kongsi satu khutbah yang memberkati anda yang masuk satu daripada kategori ini.d) Apa yang perlu dilakukan apabila khutbah disampaikan supaya ada penyataan kuasa Allah (1 Korintus 2:4-5)?e) Daripada 5 cadangan bagaimana memaksimumkan pendengaran khutbah, manakah satu yang anda perlu lakukan dengan lebih giat? Apakah yang anda boleh mula lakukan bila anda berpeluang mendengar khutbah seterusnya?

Page 11: Menyemai Benih (Bhg 4): Mengajar

A.4. Menyemai benih dalam gereja – mengajar

Satu cara berkesan menyemai Firman Allah dalam komuniti Kristian ialah dengan mengajar Firman Tuhan dan jika jumlah ayat tentang mengajar dalam Alkitab menjadi ukuran, boleh dikatakan mengajar adalah satu amalan penting dan harus diutamakan dalam gereja.

Pengajaran dalam Perjanjian Baru (Gereja Awal)

a) Pengajaran diberi kepada orang percaya yang tekun belajar (Kisah Para Rasul 2:41-42; 5:41-42)

Apabila Firman Tuhan diajar, banyak kali dinyatakan bahawa mereka yang mendengar ajaran itu bertekun dalam pengajaran yang disampaikan – mereka orang Kristian yang mahu belajar dan telah membuat komitmen untuk belajar Firman Tuhan.

Pengajaran dalam Perjanjian Baru (Gereja Awal)

a) Pengajaran diberi kepada orang percaya yang tekun belajar (Kisah Para Rasul 2:41-42; 5:41-42)

Setiap kali Firman Tuhan diajar, dikatakan audiens yang mendengar mahu belajar dan telah membuat komitmen untuk mendengar ajaran daripada para rasul yang mengajar mereka (bertekun). Jika sebuah gereja mahu mengutamakan pengajaran Firman Allah, ia terlebih dahulu memerlukan ahli-ahli gereja yang mahu belajar dan sedia komited kepada pengajaran yang mahu disampaikan.

Orang Kristian di Yerusalem bertekun dalam pengajaran para rasul – mereka memberi perhatian penuh kepada ajaran-ajaran yang disampaikan oleh para rasul dan juga kepada ajaran-ajaran dari para rasul yang disampaikan oleh guru-guru Alkitab yang menyebarkan ajaran-ajaran para rasul.

Para rasul bertekun melanjutkan pengajaran Firman Tuhan – ramai orang mahu melanjutkan pelajaran, para rasul pula mahu melanjutkan pengajaran! Pengajaran ini dibuat di bait Allah (bangunan sembahyang, hari ini bangunan gereja) dan juga di rumah-rumah. Pengajaran Firman Tuhan baik diadakan di gereja DAN juga di rumah (atau mana-mana tempat yang sesuai di luar bangunan gereja) kerana di dalam rumah kumpulannya lebih kecil, situasinya lebih informal tetapi pengajaran Firman berterusan.

b) Mengajar orang percaya satu perintah kepada pemimpin gereja (1 Timotius 4:11)

Alkitab memerintahkan pemimpin-pemimpin gereja untuk mengajar Firman Tuhan kepada komuniti di mana mereka melayani. Banyak topik penting dalam Alkitab yang mesti pemimpin ajar kepada ahli-ahli sidang mereka. Itulah sebabnya dalam senarai syarat-syarat yang harus dimiliki oleh penatua dan diaken gereja, ada disebut ‘cekap mengajar’ kerana ini akan merupakan satu tanggungjawab penting yang mereka akan laksanakan. Jika anda seorang pemimpin gereja, bersedialah untuk mengajar!

c) Mengajar tanda kedewasaan rohani dan harapan pemimpin gereja (Ibrani 5:11-12)

Pengajar biasanya mereka yang telah dewasa dan mempunyai sejumlah pengalaman dan pengetahuan yang melayakkan dia untuk mengajar. Ini juga benar di gereja, di mana sesiapa sahaja yang sudah lama dalam Tuhan (dan dalam gereja) dan mempunyai sejumlah pengalaman dan pengetahuan layak untuk mengajar orang Kristian lain. Satu tanda orang Kristian itu sudah dewasa

Page 12: Menyemai Benih (Bhg 4): Mengajar

secara rohani ialah kebolehannya mengajar orang Kristian lain apa yang dia sudah faham dalam Alkitab dan sudah amalkan dalam hidupnya sebagai orang Kristian.

Pembaca surat Ibrani ditegur kerana mereka lamban (lembap) mendengar – susah untuk menerima dan faham – apa yang perlu diajar kepada mereka, topik-topik yang ‘berat’ tetapi yang perlu diketahui. Mengapakah penulis Ibrani menyatakan ini? Kerana jika mengikut kiraan jumlah waktu yang sudah berlalu, mereka seharusnya menjadi pengajar, orang yang sudah faham dan dapat memindahkan maklumat yang difahami kepada orang lain tetapi mereka masih lagi mahu dan perlu diajar yang asas. Jika anda masih perlu diajar yang asas, tidak dapat faham ajaran yang lebih dalam dan tidak mahu/dapat mengajar orang Kristian lain, itu tandanya anda lamban dan masih muda dalam iman walaupun sudah lama sebagai seorang Kristian atau ahli gereja.

Anda juga sepatutnya mengarah diri menjadi seorang pengajar Firman jika sudah lama mengikut Yesus dan terdedah kepada ajaran Kristian.

Merealisasikan pelayanan pengajaran Firman dalam gereja

Untuk pelayanan mengajar direalisasikan dalam sebuah gereja, dua fahaman penting (cara berfikir, paradigma) harus dipegang oleh ahli-ahli gereja itu:

a) Belajar untuk mengajar – mulai sekarang, apabila anda belajar Firman Tuhan, anda harus mempunyai fahaman bahawa apa yang anda sedang belajar akan anda ajar kepada orang lain dan bukan hanya untuk pengetahuan dan amalan peribadi sahaja. Jika pembelajaran Firman Tuhan hanya untuk menambah pengetahuan dan mengetahui apa yang baik dibuat, yang akan ada dalam gereja ialah pengamal-pengamal yang berpengetahuan tetapi yang tidak akan ada pengajar-pengajar Firman. Fahaman Alkitabiah ialah supaya setiap orang Kristian yang faham dan melakukan Firman Tuhan juga akan mengajarnya kepada orang Kristian lain. Inilah amalan Ezra, pakar Alkitab di Yerusalem sesudah umat Israel kembali daripada pembuangan di Babilonia (baca Ezra 7:10).

b) Mengajar pengajar – orang yang kita ajar haruslah pengajar yang berpotensi. Sesiapa yang anda pilih untuk mengajar Firman Tuhan, awal-awal lagi beritahu dia bahawa anda mahu supaya dia mengajar apa yang anda ajar kepadanya kepada orang lain. Sesiapa yang anda ajar, jangan hanya anggap dia sebagai murid anda tetapi juga bakal pengajar yang akan memindahkan ajaran anda kepada orang lain. Oleh itu murid anda bukan hanya diajar pelajaran Kristian tetapi juga diajar bagaimana mengajar pelajaran itu kepada orang lain pula.

Dua fahaman ini sebenarnya diambil dari 2 Timotius 2:2 (jangan lupa membaca ayat ini sekarang).

Belajar untuk mengajar

a) Mula mendengar ajaran Kristian – anda tidak boleh mengajar kalau belum belajar terlebih dahulu. Cari pengajar-pengajar Firman Allah dan dedahkan diri kepada ajaran-ajaran Kristian yang penting dan perlu. Jangan hadkan diri kepada satu khutbah seminggu – pastikan anda juga menghadiri seminar-seminar, kursus-kursus dan juga mendengar dari video.

Apabila anda berdepan dengan pengajar Firman Allah, pastikan anda mendengar dengan aktif – berusaha memahami, ambil nota, tanya jika tidak faham. Semua ini mesti dilakukan kerana satu hari nanti anda akan mengajar bahan ini kepada orang lain pula.

Page 13: Menyemai Benih (Bhg 4): Mengajar

b) Dengar ajaran terbuka dan terbukti – ajaran terbuka ialah ajaran yang disampaikan secara terbuka kepada semua orang; tidak dirahsiakan atau disampaikan kepada orang tertentu sahaja. Ajaran yang dilabelkan ‘terkini’ atau ‘wahyu baru’ sering kali dusta daripada Iblis dan harus dijauhi.

Apa yang diajar harus ada saksi, maksudnya yang hadir dapat mengesahkan apa yang dikatakan oleh pengajar dan apa yang dikatakan pengajar dapat disahkan oleh pengajar Firman Tuhan yang lain, pakar-pakar teologi dan juga bapa-bapa gereja sebelum ini. Jika ajaran itu ada saksi dan pengesahan, besar kemungkinan ajaran itu sihat dan boleh diterima.

c) Percayakan ajaran yang anda terima kepada orang Kristian lain – dalam Matius 25:15-22 Yesus menceritakan kisah mengenai tiga orang yang diberi kepingan wang oleh tuan mereka dan bagaimana dua daripada mereka menggunakan wang itu dengan baik dan menggandakannya. Firman Tuhan yang diamanahkan kepada kita melalui pengajaran Kristian ibarat kepingan wang itu, yang mesti digandakan dan bukan disimpan untuk diri sendiri sahaja. Firman Allah mesti ‘dijalankan’ sehingga jumlah orang yang memilikinya bertambah. Usahalah untuk memberkati orang lain juga dengan amanah berharga yang Allah telah memungkinkan anda terima.

Mengajar Pengajar

a) Murid anda mesti orang yang dapat DIPERCAYAI – cari murid-murid yang tidak akan berkompromi dengan Firman Tuhan atau menyimpang kerana takut dengan orang atau kerana untung yang ditawarkan. Cari murid yang minat Firman Tuhan, yang mahu belajar dan sedia menyampaikan ajaran anda kepada orang lain. Mereka harus orang yang menghargai Firman Tuhan dan yang tidak akan tergoda untuk membuangnya apabila kesusahan atau kesenangan dihadapi.

b) Murid anda mesti orang yang CEKAP mengajar – ini adalah kerana murid anda akan mengajar apa yang diajar kepada dia. Ada di antara murid anda yang sudah pandai mengajar – ajar mereka dengan baik dan sediakan peluang bagi mereka mengajar secepat mungkin. Ada pula di antara murid anda yang belum pandai mengajar – tanggungjawab anda adalah untuk melatih mereka mengajar apa yang telah anda sampaikan kepada mereka dan juga untuk mempertingkatkan kemahiran-kemahiran mengajar mereka.

c) Murid anda mesti orang yang akan mengajar ORANG LAIN - informasi yang telah anda sampaikan kepada murid anda harus diamanahkan kepada orang lain dan apabila ia diajar semula, ajaran itu tidak diubah atau ditambah (2 Tim 1:13-14). Perubahan kepada cara penyampaian dan contoh memang akan berlaku dan baik dibuat tetapi isi utama ajaran jangan diubah.

Kesimpulan

Pengajaran yang berterusan, yang disampaikan dari satu orang Kristian kepada orang Kristian lain ialah sebabnya iman Kristian merebak dengan meluas dan cepat pada awal pembentukan Gereja dan juga sebabnya ajaran-ajaran para rasul masih diketahui, diajar dan diamalkan sampai hari ini.

Pengajaran Kristian harus dibuat di dalam bangunan di mana gereja berkumpul tetapi juga di luar bangunan gereja – di mana sahaja dua atau tiga orang Kristian dapat berkumpul untuk belajar Firman Allah.

Semoga Firman Tuhan terus disemai dalam komuniti Kristian melalui pengajaran Alkitab.

Page 14: Menyemai Benih (Bhg 4): Mengajar

Soalan Diskusi

1) Adakah anda tekun belajar daripada pemimpin-pemimpin Kristian yang mengajar dari Alkitab? Mengapa?2) Sudah anda mula mengajar orang Kristian lain apa yang anda tahu tentang iman Kristian? Jika tidak, adakah anda setuju dengan kesimpulan penulis dalam Ibrani 5:11-12?3) Apakah pendapat anda tentang konsep 'Belajar untuk Mengajar' (cara berfikir yang berkata "Saya mahu belajar supaya apa yang dipelajari akan diajar kepada orang lain'). Apakah anda akan memegang fahaman ini mulai sekarang?4) Apakah pendapat anda tentang konsep 'Mengajar Pengajar' (cara berfikir yang berkata "Murid yang saya ajar mesti dilatih mengajar dan disuruh ajar apa yang mereka terima daripada saya'). Apakah anda akan memegang fahaman ini mulai sekarang?5) Siapakah guru-guru Alkitab yang anda sedang aktif dengar dan taati? Kongsikan apa yang menarik tentang mereka dengan teman-teman diskusi yang lain.6) Siapakah mereka yang boleh anda percayakan (amanahkan) ajaran-ajaran Kristian yang sudah anda terima dan amalkan? Apakah langkah pertama yang harus anda ambil?7) Murid yang dipilih mesti yang boleh dipercayai dan cekap mengajar. Apa yang boleh dilakukan supaya anda akan memiliki murid-murid seperti ini?