menurut mok soon sang.docx

2
MURID DAN ALAM BELAJAR (EDU ) WONG HOU MING Menurut Mok Soon Sang (2010), tugas dan tanggungjawab guru tidak hanya terhad kepada penyampaian ilmu pengetahuan dalam bilik darjah sahaja, tetapi juga meliputi pembentukan sahsiah murid-murid. Mok. S. S. (2010). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Selangor: Penerbitan Multimedia. Menurut kajian Prof. Madya Dr. Azizi Hj. Yahaya Yusof Boon pada tahun 2003, faktor kecerdasan emosi dilihat sebagai faktor yang mempengaruhi pembelajaran seseorang pelajar. Para pelajar yang mempunyai keupayaan mengawal emosi tidak akan bertindak secara gopoh. Mereka lebih tabah dan tenang dalam menjalankan tugasan. Keupayaan mengawal emosi membolehkan pelajar menghadapi pembelajaran dengan lebih baik tanpa dipengaruhi unsur-unsur kerisauan, takut gagal atau tidak yakin pada diri. Memang tidak dapat dinafikan bahawa gangguan emosi akan menganggu prestasi murid untuk belajar. Ini secara tidak langsung akan menjejaskan perkembangan intelek murid. Konsep Strategi Mengikut Kamus Dewan (1998), Strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapaimatlamat atau kejayaan. Strategi pula bermaksud kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Didalam bidang pendidikan, konsep strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaranberdasarkan objektif pelajaran yang ditentukan. Dengan kata lain, strategi pengajaran merujuk kepada teknik perancangan atau kaedah serta teknik mengajar berdasarkan sesuatu pendekatanunutk tujuan mencapai objektif pelajaran dengan berkesan.Sebenarnya, strategi merupakan rancangan sesuatu tindakan atau operasi yang teratur.Oleh itu, konsep strategi PISMP SN JUN 2014

Upload: houmingw

Post on 01-Oct-2015

125 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MURID DAN ALAM BELAJAR (EDU ) WONG HOU MINGMenurut Mok Soon Sang (2010), tugas dan tanggungjawab guru tidak hanya terhad kepada penyampaian ilmu pengetahuan dalam bilik darjah sahaja, tetapi juga meliputi pembentukan sahsiah murid-murid.Mok. S. S. (2010). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Selangor: Penerbitan Multimedia.

Menurut kajian Prof. Madya Dr. Azizi Hj. Yahaya Yusof Boon pada tahun 2003, faktor kecerdasan emosi dilihat sebagai faktor yang mempengaruhi pembelajaran seseorang pelajar. Para pelajar yang mempunyai keupayaan mengawal emosi tidak akan bertindak secara gopoh. Mereka lebih tabah dan tenang dalam menjalankan tugasan. Keupayaan mengawal emosi membolehkan pelajar menghadapi pembelajaran dengan lebih baik tanpa dipengaruhi unsur-unsur kerisauan, takut gagal atau tidak yakin pada diri. Memang tidak dapat dinafikan bahawa gangguan emosi akan menganggu prestasi murid untuk belajar. Ini secara tidak langsung akan menjejaskan perkembangan intelek murid.

KonsepStrategiMengikut Kamus Dewan (1998), Strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapaimatlamat atau kejayaan. Strategi pula bermaksud kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatuperkara. Didalam bidang pendidikan, konsep strategi merujuk kepadakebijaksanaan memilihpendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaranberdasarkan objektif pelajaran yang ditentukan.Dengan katalain, strategi pengajaranmerujukkepada teknik perancangan atau kaedah serta teknik mengajar berdasarkan sesuatu pendekatanunutk tujuan mencapai objektif pelajaran dengan berkesan.Sebenarnya, strategi merupakan rancangan sesuatu tindakan atau operasi yang teratur.Oleh itu, konsep strategi dalam pendidikan tidak terhad kepada perancangan dan penentuankaedah dan teknik mengajar sahaja. Maka, didalam situasi waktu pelajaran,strategi pengajaran

Peranan guru melaksana pengajaran berkesan menjadi faktor penting untuk meningkatkan tahap pembelajaran murid ke arah perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek.Seseorang guru mesti memahami dan mengajar berpandukan carta aliran kerja P & P dan menggunakan kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat memenuhi keperluan pelbagai aras tahap pencapaian murid. Pengajaran yang dilaksanakan semestinya menghasilkan pencapaian objektif pengajaran dan murid mendapat meningkatkan kemahiran pembelajaran serta perubahan tingkahlaku yang positif. Dalam kata lain berlaku proses guru mengajar dan murid belajar. Murid mendapat hasil dari proses pengajaran dan pembelajaran serta berlaku perubahan tingkahlaku positif yang dapat menunjukkan murid mendapat manfaat dari objektif pengajaran guru di bilik darjah itu. Guru perlu melakukan penilaian yang berterusan untuk mengesan kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid serta mengambil tindakan segera mengatasi kelemahan yang dapat dikenalpasti bagi mengelakkan kelemahan terkumpul. Kekuatan pembelajaran murid dipertingkatkan dan diperkukuhkan. Guru perlu berusaha gigih menerap nilai murni, disiplin kendiri dan semangat patriotisme di kalangan murid untuk dihayati dan akan menjadi amalan dalam kehidupan seharian di kalangan murid sama ada di sekolah atau di luar sekolah.

PISMP SN JUN 2014