menurut md

36
Pembentukan Dasar Pelajaran Kebangsaan dilaksanakan sebagai usaha untuk menyatupadukan murid-murid dari semua kumpulan etnik ke dalam satu sistem pelajaran yang sama dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Umumnya, dalam pendidikan usaha memupuk perpaduan dan persefahaman disalurkan melalui kurikulum dan ko-kurikulum sekolah. Matlamat penting dasar ini adalah memupuk perpaduan dan integrasi nasional melalui elemen-elemen seperti penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi serta menyediakan sukatan pelajaran yang sama kandungannya. Tidak dinafikan secara tidak langsung kedatangan Inggeris telah membawa kepada usaha-usaha perpaduan melalui tindakan pembentukan Jawatankuasa Perhubungan Kaum (CLC). Hubungan etnik juga amat baik semasa menentang komunis. Selepas merdeka, wujud kerjasama erat di kalangan etnik di Malaysia. Kerjasama erat juga wujud sebelum dan selepas penubuhan Malaysia. Ancaman-ancaman luar seperti konfrontasi Indonesia telah mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia. Beberapa dasar digubal oleh kerajaan telah banyak memberikan implikasi positif kepada perpaduan etnik di negara ini sehingga kini. Menurut Md. Bohari Ahmad (1997), Tun Mohamed Suffian telah mengariskan ciri-ciri asas perlembagaan Malaysia seperti berikut Perlembagaan mengasaskan Malaysia sebagai sebuah persekutuan, negara raja berperlembagaan dan negara demokrasi berparlimen. Perlembagaan memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan tetapi ü pada masa yang sama tidak mengasaskan Malaysia sebagai negara teokrasi dan dengan jelas menjamin kebebasan beragama. Perlembagaan memperuntukkan ketinggian perlembagaan dan kebebasan ü undang-undang. Perlembagaan memperuntukkan pengasingan kuasa ketiga-tiga cabang kerajaan ü bermakna seluruh jentera pentadbiran bukan saja eksekutif yang diketuai oleh Perdana Menteri dan dibantu oleh cabinet serta seluruh birokrasi. Ketiga-tiga cabang adalah Parlimen, Eksekutif dan Badan Kehakiman. Ketiga-tiga mempunyai

Upload: parkmickyboo

Post on 12-Nov-2015

251 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

k

TRANSCRIPT

Pembentukan Dasar Pelajaran Kebangsaan dilaksanakan sebagai usaha untuk menyatupadukan murid-murid dari semua kumpulan etnik ke dalam satu sistem pelajaran yang sama dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Umumnya, dalam pendidikan usaha memupuk perpaduan dan persefahaman disalurkan melalui kurikulum dan ko-kurikulum sekolah. Matlamat penting dasar ini adalah memupuk perpaduan dan integrasi nasional melalui elemen-elemen seperti penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi serta menyediakan sukatan pelajaran yang sama kandungannya.

Tidak dinafikan secara tidak langsung kedatangan Inggeris telah membawa kepada usaha-usaha perpaduan melalui tindakan pembentukan Jawatankuasa Perhubungan Kaum (CLC). Hubungan etnik juga amat baik semasa menentang komunis.Selepas merdeka, wujud kerjasama erat di kalangan etnik di Malaysia. Kerjasama erat juga wujud sebelum dan selepas penubuhan Malaysia. Ancaman-ancaman luar seperti konfrontasi Indonesia telah mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia.

Beberapa dasar digubal oleh kerajaan telah banyak memberikan implikasi positif kepada perpaduan etnik di negara ini sehingga kini.

Menurut Md. Bohari Ahmad (1997), Tun Mohamed Suffian telah mengariskan ciri-ciri asas perlembagaan Malaysia seperti berikutPerlembagaan mengasaskan Malaysia sebagai sebuah persekutuan, negara raja berperlembagaan dan negara demokrasi berparlimen.

Perlembagaan memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan tetapi pada masa yang sama tidak mengasaskan Malaysia sebagai negara teokrasi dan dengan jelas menjamin kebebasan beragama.

Perlembagaan memperuntukkan ketinggian perlembagaan dan kebebasan undang-undang.

Perlembagaan memperuntukkan pengasingan kuasa ketiga-tiga cabang kerajaan bermakna seluruh jentera pentadbiran bukan saja eksekutif yang diketuai oleh Perdana Menteri dan dibantu oleh cabinet serta seluruh birokrasi. Ketiga-tiga cabang adalah Parlimen, Eksekutif dan Badan Kehakiman. Ketiga-tiga mempunyai status sama dan tiada satu yang lebih tinggi di antara satu sama lain serta setiap satu mempunyai fungsi dan tanggungjawab berbeza.

Perlembagaan memperuntukkan sebuah badan kehakiman yang berasingan dan bebas daripada kawalam Parlimen dan Eksekutif malah mempunyai bidang kuasa eksekutif untuk menentukan pertikaian dan hak-hak serta liability lain dalam Perlembagaan.

Umpamanya, dalam Wawasan 2020 digariskan pelbagai cabaran yang perlu dihadapi melibatkan hubungan etnik untuk menjadikan negara maju menjelang tahun 2020. Wawasan 2020 diwujudkan bertujuan untuk membentuk sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun 2020. Dalam wawasan ini, sembilan cabaran berkaitan dengan hubungan etnik dikenalpasti untuk dihadapi seperti berikut: -

Membentuk negara bersatu padu dan satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.

Mewujudkan masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada dan gagah menghadapi pelbagai masalah.

Membentuk dan memperkembang masyarakat demokratik matang yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia unggul berasaskan muafakat dan musyawarah, dan dapat dicontohi oleh negara-negara membangun.

Mewujudkan masyarakat bermoral dan beretika sepenuhnya dengan warganegara Malaysia mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian utuh serta didorong oleh piawaian etika paling tinggi.

Mewujudkan masyarakat matang bersifat liberal dan bertoleransi dengan setaip rakyat bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing serta pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka pada satu negara.

Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat berdaya cipta serta berpandangan jauh iaitu masyarakat yang bukan saja menjadi pengguna teknologi tetapi menjadi penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

Membentuk masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang, sebuah masyarakat yang lebih mementingkan masyarakat berbanding diri sendiri.

Membentuk masyarakat yang adil ekonominya iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan secara adil dan saksama.

Membentuk masyarakat makmur dengan ekonomi yang mampu menghadapi persaingan, bersifat dinamik dan ada daya ketahanan.

Dasar ekonomi komersial, kapitalisme dan bebas yang berlaku menyebabkan perubahan sistem daripada sara diri kepada sistem komersial. Oleh hal ini, pembukaan tanah dan ladang serta peningkatan pelombongan bijih timah telah banyak berlaku mendorong kepada wujudnya sistem ekonomi moden berteraskan industri berasaskan buruh. Disebabkan hal ini maka keperluan pemodenan prasarana baru yang memerlukan tenaga buruh di perkenalkan dan berlakulah kemasukan buruh-buruh asing.Terdapat lima teras yang menjadi misi nasional yang menyumbang kepada perpaduan etnik di Malaysia seperti berikut: -

Teras Pertama: Meningkatkan Nilai Tambah Dalam Ekonomi Negara

o Meningkatkan nilai tambah dalam sector pembuatan, perkhidmatan dan pertanian.o Menjana sumber kekayaan baru melalui ICT dan bioteknologi.o Meningkatkan pewujudan pekerja berpengetahuan dan berkemahiran tinggi.o Menjadikan sektor swasta peneraju pembangunan ekonomi.o Memperluas pasaran bagi produk dan perkhidmatan Malaysia.

Teras Kedua: Meningkatkan Keupayaan Pengetahuan dan Inovasi Negara serta Memupuk Minda Kelas Pertama

o Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan.o Memperkukuhkan keupayaan R&D, Sains dan Inovasi.o Memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral.o Memperkasakan belia dan wanita.

Teras Ketiga: Menangani Masalah Ketidaseimbangan Sosioekonomi Secara Membina dan Produktif

Teras Keempat: Meningkatkan Tahap dan Kemampuan Kualiti Hidupo Memenuhi keperluan perumahan dan menambah baik perkhidmatan perbandaran.o Menambah baik perkkhidmatan kesihatan.o Menambah baik kemudahan prasarana pengangkutan.o Menjamin bekalan tenaga mampan.o Mempertingkat sistem pembekalan air dan menangani banjir.o Memastikan pemuliharaan alam sekitar dan pengurusan sumber mampan.o Membangunkan sukan.o Menjamin pertahanan negara dan ketenteraman awam.

Teras Kelima: Mengukuhkan Keupayaan Institusi dan Keupayaan Pelaksanaan Negara

o Menggalakkan tadbir urus yang baik.o Mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam.o Pembangunan melalui kerjasama antarabangsa.

Bermula dari tarikh tersebut PROTON merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia. Penubuhannya bertujuan untuk mencapai aspirasi negara menuju ke arah perindustrian. Tugas berat ini disokong oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM) yang menjadi pemegang saham utama (70 peratus), serta rakan-rakan usaha sama, Iaitu Mitsubishi Motors Corporation, Japan (15 peratus) dan Mitsubishi Corporation, Japan (15 peratus).Pada 1 Julai 1985, pengeluaran secara komerslal model kereta nasional yang pertama, iaitu Proton Saga dllancarkan. beberapa matlamat,iaitu meningkatkan kemampuan bersaing sektor automotif tempatan,khususnya bagi syarikat-syarikat pengeluar kereta nasional selain meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam sektor automotiftempatan.

Apa yang jelas ialah Dasar Automotif NegaraTujuan utama dasar ini diperkenalkan adalah kerana kerajaan telah membelanjakan ribuan jutaan ringgit dalam sektor kesihatan, pertahanan, air, elektrik, jalan, kereta api, pelabuhan, lapangan terbang dan sebagainya dan perbelanjaan tersebut meningkat daripada semasa ke semasa dan kadar pulangan balik kepada kerajaan adalah sangatrendah. Dengan menjalankan dasar ini, kerajaan dapat menguangkan beban kewangan dan pelaburan dan pentadbiran kerajaan. Tujuan kedua pula berkaitan dengan pencapaian perusahaanawam yang terlibat dalam bidang perdagangan dan perindustrian yang tidak memuaskan walaupun mereka mempunyai kedudukan pemonopolian dan menikmati pelbagai sokongan daripada pihak kerajaan. Dengan menswastakan beberapa perkhidmatan kerajaan, kepakaran yang ada dapat nieningkatkan kecekap.an, pencapaian dan kualiti perkhidmatan.

Dalam konteks tujuan yang ketiga pula, harta atau kekayaan yang dimiliki oleh negara masih belum diusahakan sepenuhnya. Halangan-halangan yang terdapat dalam sektor awam tidak menggalakkan penggunaan sumber-sumber kekayaan negara dengan cekap dan sepepuhnya. Melalui Dasar Penswastaan, lebih banyak syarikat swasta dapat diwujudkan dan secara tidak |angsung dapat merangsang pertumbuhan ekonomi negara, Di samping itu, kerajaan juga dapat mengecap nikmat bersama dengan mengutip cukai pendapatan daripada syarikat-syarika berkenaan. Tujuan keempat, iaitu mengurangkan bilangan dan saiz sektor awam ditentukan berdasarkan pertimbangan bahawa lebih banyak penglibatan kerajaandalam ekonomi bermakna lebih banyak penguasaan kerajaan terhadap sumber-sumber negara.Keputusan-keputusan yang diambil oleh pihak kerajaan juga biasanya tidak berasaskanpertimbangan ekonomi pasaran. Sebahagian besar daripada barang-barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh kerajaan tidak mencerminkan nilai pasaran. Harga barangan tersebut berasaskan subsidi dan sumber yang ada tidak dapat diagihkan dengan cekap. Subsidi dan pengekalan sikap yang mengutamakan kebajikan akan menggalakkan rakyat Malaysia terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan. Keadaan tersebut tidak sesuai dengan kepentingan jangka panjang perseorangan dan negara keseluruhannya.

DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (1991-2000)

Kesan dan pencapaian DPNBeberapa perubahan kepada kemajuan ekonomi dan juga perubahan taraf hidup etnik dapat dikesan apabila DPN dilancarkan. Walau bagaimanapun, perlu diingat perubahan ini merupakan kesinambungan daripada perubahan-perubahan dan penambahbaikan daripada pelaksanaan DEB yang masih mempunyai daya penggerak kepada ekonomi negara. Kesan-kesan positif yang telah dicapai sepanjang tempoh pelaksanaan DPN dapat dilihat daripada beberapa aspek.

Pengangguran merupakan keadaan apabila sebahagian dari tenaga buruh yang ingin bekerja pada kadar upah yang tertentu di pasaran tetapi tidak mendapat sebarang pekerjaan (Jomo & Ishak, 2003). Dari segi pengangguran, didapati peratusnya secara drastik telah menurun daripada 5.1% pada tahun 1990 kepada 2.5% pada tahun 1996. Malah jumlah mutlak yang menganggur juga berkurangan daripada 360,000 kepada 223,000 dalam tempoh 1990 sehingga jika dibandingkan antara tahun 1995 dengan tahun 2000, didapati terdapat peningkatan peratus dan jumlah mutlaknya kesan daripada kegawatan ekonomi yang melanda pada tahun 1997 sehingga 1999. Jadual 1 menunjukkan guna tenaga dan pengangguran di Malaysia.

Jadual 1: Guna Tenaga dan Pengangguran di Malaysia pada Tahun 1990, 1995 dan 2000Aspek/Tahun199019952000

Tenaga buruh704281409572

Guna tenaga668679159271

Pengangguran356225301

Peratusan Pengangguran (%)5.12.83.1

Sumber: Malaysia, Kajian Separuh Penggal RMK6 (1993) Malaysia, Rancangan Malaysia (1996)Malaysia, RRJP3 (2001)

Peratus kemiskinan Malaysia terus menurun daripada 17.1 % pada tahun 1990 kepada 9.6% pada tahun 1995. Seterusnya kemiskinan yang berlaku diluar bandar dan di bandar dilaporkan berkurangan pada tahap yang memuaskan. Kadar kemiskinan golongan termiskin yang menjadi aspek penting DPN juga terus menurun daripada 4% kepada 2.2% pada tempoh yang sama. Begitu juga kadar kemiskinan golongan termiskin di luar bandar dan bandar nyata semakin berkurangan. Pengurangan kadar kemiskinan ini jelas sekali berlaku kepada masyarakat yang tinggal di bandar dan luar bandar. Pelaksanaan dasar ini sesungguhnya memastikan penduduk yang tinggal di luar bandar dan bandar bersama-sama menikmati pembangunan ekonomi.Selanjutnya ialah dari aspek peningkatan penyertaan guna tenaga dalam bidang moden seperti pembuatan dan kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan. Kadar pertumbuhan tahunan purata penyerapannya pada sektor pembuatan ialah 9.0% bagi tempoh 1991 hingga 1995 dan 4.8% bagi tempoh 1996 hingga 2000. Sektor kecil kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan penyerapannya berkembang pada kadar 8.0% dalam tempoh tersebut dan 6.4% dalam tempoh 1996 hingga 2000. Sesungguhnya sumbangan daripada penglibatan dalam sektor pembuatan dan sektor kewangan, insurans, hartanah dan khidmat perniagaan dalam penyerapan tenaga buruh juga telah meningkat masing-masing daripada 19.9% kepada 27.6% dan daripada 3.9% kepada 5.5% dalam tempoh antara 1990 dan 2000.Seterusnya ialah dari aspek peningkatan taraf kehidupan rakyat bertambah terjamin, khususnya bagi rakyat yang tinggal di luar bandar. Hal ini kerana berlakunya peningkatan dalam kemudahan-kemudahan asas yang dibina dan ditawarkan kepada masyarakat terutamanya penduduk luar bandar yang sebelum ini kekurangan kemudahan asas berbanding penduduk yang tinggal di bandar. Penambahan kemudahan termasuklah dalam pertambahan bilangan hospital, klinik, doktor dan jururawat. Dalam jangka masa setahun dalam tempoh pelaksanaan DPN, beberapa buah hospital dan klinik kerajaan telah dibuka. Misalnya bagi tahun 1995 sahaja, kemudahan hospital kerajaan adalah sebanyak 118 buah, 2 861 bagi klinik kerajaan, seramai 9505 doktor berdaftar dan bilangan jururawat 32 401. Seterusnya kemudahan bekalan air dan elektrik di luar bandar terus bertambah dalam usaha untuk mencapai sasaran membekalkan air dan elektrik kepada seluruh rakyat Malaysia. Secara keseluruhannya, 87% daripada isi rumah luar bandar di Malaysia telah menerima bekalan paip air pada tahun 2000 berbanding dengan 66% pada tahun 1990. Manakala bagi bekalan elektrik pula, liputannya di luar bandar telah meningkat daripada 80% kepada 93% pada tempoh tersebut.Dari aspek penyusunan semula pengurusan dan guna tenaga keseluruhannya didapati penglibatan Bumiputera terus kekal secara puratanya pada kadar 52% hingga 53% pada tempoh 1990 hingga 2000. Walaupun peningkatannya hanya bertambah 1% sahaja, namun hal ini tetap memberi sumbangan dalam peningkatan ekonomi kaum Bumiputera dan menunjukkan kaum Bumiputera mula melibatkan diri secara perlahan-lahan dalam bidang ini. Dalam bidang pembuatan pula, bahagian Bumiputera telah meningkat daripada 46.2% kepada 49.1%, manakala dalam bidang pembinaan pula menunjukkan peningkatan daripada 34.9% kepada 37.4%. Bagi bidang perniagaan borong, runcit, hotel dan restoran meningkat daripada 34.5% kepada 38.3%, kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan telah meningkat daripada 41.1% kepada 45.3% pada tempoh yang sama. Seterusnya ialah bagi keahlian Bumiputera dalam bidang profesional berdaftar juga telah meningkat daripada 21% pada tahun 1990 kepada 29% pada tahun 1999.

Secara keseluruhannya, melalui DPN kerajaan telah melancarkan pembangunan ekonomi kepada penduduk luar bandar dan penduduk bandar. Merujuk kepada aspek-aspek yang telah mencapai peningkatan yang memberangsangkan, jurang perbezaan antara penduduk di luar bandar dan bandar telah dapat dirapatkan. Seperti yang kita ketahui penduduk luar bandar ini biasanya terdiri daripada kaum Melayu dan entik-etnik Bumiputera. Manakala bagi penduduk di bandar pula terdiri daripada kaum Cina dan lain-lain. Taraf hidup dan pendapatan di bandar sesungguhnya lebih baik dan lebih tinggi berbanding penduduk luar bandar. Oleh itu, usaha kerajaan bagi merapatkan jurang perbezaan di antara penduduk seharusnya disokong penuh oleh masyarakat.Pengurangan jurang perbezaan antara kawasan dan etnik sesungguhnya dapat mewujudkan keharmonian masyarakat kerana mereka tidak rasa diabaikan atau tidak diberi perhatian dalam usaha kerajaan untuk memajukan ekonomi negara khususnya. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, Peristiwa 13 Mei 1969 telah berlaku disebabkan oleh ketidakseimbangan ekonomi di antara kaum. Kemakmuran ekonomi merupakan unsur yang penting dalam mencapai pembangunan negara dan memastikan keadaan negara sentiasa dalam suasana yang aman dan harmoni. Sebagai rakyat Malaysia, semua orang tanpa mengira perbezaan etnik atau latar belakang mendapat hak yang sama rata. Sehubungan itu, pelaksanaan dasar ini sesungguhnya dapat menunjukkan kerajaan telah memberikan keutamaan kepada hak-hak mendapat peluang pembangunan ekonomi yang sama rata dan adil kepada semua masyarakat.

DASAR AUTOMATIF NEGARASektor automatif merupakan industri penting kepada ekonomi Malaysia. Sumbangansektorini kepada ekonomi negara adalah besar, serta berkait rapat dengan sektor pembuatan dan perkhidmatan. Sektor automotif bermula dengan pengimportan kenderaan yang kemudiannya berkembang kepada operasi pemasangan serta pembangunan industri komponen automotif. Penubuhan Proton pada tahun 1985 diikuti dengan Perodua pada tahun 1993 bertindak sebagai pemangkin kepada perkembangan sektor automotif. Ini turut menyebabkan perkembangan industri komponen automotif yang seiring. Ini menandakan bermulanya fasa baru bagi sektor automotif Malaysia di mana teknologi dan kemampuan tempatan dibangunkan sejajar dengan Pelan Induk Industri Kerajaan. Dalam konteks ini, Malaysia berbangga menjadi satu-satunya negara membangun di dunia yang memiliki kemampuan rekabentuk automotif dan kejuruteraannya sendiri.Memandangkan wujudnya cabaran-cabaran yang mendepani industri automotif, terutamanya globalisasi, liberalisasi dan persaingan yang meningkat, adalah perlu untuk hala tuju strategik dan rangka dasar untuk sektor automotif tempatan dikaji semula. Ini adalah penting untuk mengekalkan daya saing pihak-pihak yang terbabit dalam sektor automotif, supaya mereka kekal berdaya maju dalam jangka panjang. Bagi tujuan itu, Kerajaan akan mengekalkan langkah-langkah yang difikirkan perlu, dan seterusnya, memperkenalkan langkah-langkah baru bagi menggantikan langkah-langkah sedia ada yang tidak lagi bertepatan dengan kepentingan nasional, agar langkah-langkah tersebut dapat terus merangsang pembangunan dan kemajuan sektor automotif. Kerajaan komited untuk menyediakan persekitaran yang kondusif untuk sektor automotif berkembang pesat dan menjadi sektor bertaraf dunia.Objektif Rangka Dasar Automotif NegaraUntuk merangsang perkembangan sektor automotif negara seterusnya, pembangunan sektor automotif Malaysia akan berteraskan kepada lima objektif utama iaitu:I.Menggalakkan sektor automotif yang kompetitif dan berdaya maju, terutamanya membuat kereta nasional.II.Membangunkan Malaysia sebagai pusat atau hab automotif serantau dalam bidang-bidang khusus.III.Menggalakkan peningkatan nilai ditambah secara mapan serta pembinaan keupayaan tempatan.IV.Menggalakkan peningkatan tahap eksport kenderaan dan komponen yang kompetitif di pasaran dunia.V.Menggalakkan penyertaan Bumiputera yang kompetitif dan menyeluruh di dalam sektor automotif tempatan.VI.Menjaga kepentingan pengguna dengan menawarkan produk yang selamat dan berkualiti pada harga yang berpatutan.Teras Dasar Automotif NegaraLangkah-langkah untuk Pelaksanaan Serta MertaBagi mencapai objektif-objektif dasar ini, langkah-langkah berikut akan dilaksanakan:I.Memperkenalkan dana pelarasan industriII.Pemberian insentif kepada syarikat pembuat komponen.-Projek kerjasama-Sokongan terhadap Program Bekalan GlobalIII.Mewujudkan geran-geran latihan.IV.Mewujudkan geran Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).V.Menetapkan pusat-pusat pengeluaran bagi sektor automotif.VI.Memastikan pematuhan standard dan teknikal.VII.Memperluas dana perolehan teknologi.VIII.Mewujudkan geran pembangunan pasaran.IX.Mewujudkan insentif khas.X.Pindaan terhadap Lesen Import (AP).-Membekukan pengeluaran AP francais untuk pengimportan kereta berjenama baru-Menghentikan pengeluaran AP francais untuk pengimportan kenderaan turned up bermula 1 Januari 2006.-Membenarkan Syarikat Awam Berhad kawalan Bumiputera untuk memohon AP secara langsung.-Mengehadkan pengimportan kenderaan terpakai melalui AP terbuka kepada kenderaan berusia satu hingga lima tahun sahaja.

Kesan Dasar Automotif NegaraJika dilihat daripada pencapaian ekonomi bagi setiap kaum atau etnik, kaum Bumiputera masih lagi ketinggalan berbanding kaum yang lain seperti kaum Cina yang sememangnya terkenal dengan taraf ekonomi yang lebih baik. Sekiranya kita melakukan tinjauan terhadap bangunan-bangunan persendirian atau syarikat-syarikat yang didirikan juga, kebanyakan pemiliknya ialah golongan ahli perniagaan dan perusahaan orang Cina. Mereka biasanya lebih maju ke hadapan berbanding dengan golongan Bumiputera. Oleh sebab itulah bagi merapatkan jurang pendapatan dan ekonomi setiap etnik, kerajaan telah memberi peluang kepada kaum Bumiputera untuk bergiat aktif kepada setiap sektor ekonomi melalui pemberian kelonggaran dan bantuan. Dasar Automatif Negara juga merupakan satu saluran kerajaan dalam usaha membantu setiap etnik di negara ini untuk memajukan diri, masyarakat dan negara.Dasar Automotif Negara telah menyatakan keinginan untuk meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam sektor automotif. Seperti yang kita sudah maklum, penglibatan negara kita dalam industri ini masih baru iaitu bermula dalam era pentadbiran bekas Perdana Menteri keempat iaitu Tun Dr. Mahatir Mohammad. Melalui dasar ini, diharapkan golongan Bumiputera berkecimpung dalam bidang ini bagi meningkatkan taraf ekonomi mereka seterusnya dapat mengurangkan jurang ekonomi yang ternyata masih ketara selepas pelaksanaan dasar-dasar pembangunan sejak negara ini mendapat kemerdekaan.Dasar ini masih lagi baru dan kesan pembangunan ekonomi khususnya belum dapat dikaji dengan lebih lanjut. Walau bagaimanapun, kita dapat mengandaikan bahawa penglibatan golongan Bumiputera dalam sektor automotif cukup menggalakan. Hal ini kerana, PROTON telah mewujudkan sejumlah rangkaian perkhidmatan yang menyokongnya. Dilaporkan bahawa terdapat 24 pemegang francais dan 350 pembuat komponen kenderaan. Menurut catatan rekod, lebih kurang 250 syarikat vendor diwujudkan melalui PROTON.Kewujudan rangkaian perkhidmatan ini menunjukkan indikator yang positif terhadap permintaan dan seterusnya pengeluaran kereta proton. Hal ini kerana, pertambahan permintaan kenderaan ini hasil daripada pengguna puas hati terhadap kualiti produk bersesuaian dengan harga yang ditawarkan. Selain daripada itu, PROTON sendiri telah melaburkan hampir RM8 bilion dalam pasaran tempatan dan menggajikan seramai 9, 500 orang. Dianggarkan sebanyak 100, 000 peluang pekerjaan telah diwujudkan oleh PROTON termasuk vendor, pekerja luar negara dan mereka yang bekerja di sektor industri sampingan.Peluang pekerjaan yang diwujudkan oleh PROTON ini sesungguhnya dapat mengurangkan kadar pengangguran seterusnya dapat memberi nafas baru kepada mereka yang sedang berusaha untuk mencari pekerjaan. Selain daripada itu, melalui penglibatan dalam bidang ini juga, para pekerja akan mendapat kemahiran baru dari aspek mekanikal dan tidak mustahil pada suatu hari nanti akan terhasil produk PROTON, khususnya yang lebih mantap dan berinovasi. Oleh yang demikian, dapat dikatakan bahawa sektor industri automotif negara telah menjadi wadah kepada penglibatan golongan Bumiputera yang lebih luas dalam sektor industri.

DASAR PERTANIAN NEGARAPertanian merupakan sektor ekonomi yang menjadi kepada pemangkin kemajuan ekonomi negara sejak daripada sebelum zaman penjajahan lagi. Mengikut peredaran zaman, sektor pertanian juga turut mengalami perubahan dan disesuaikan mengikut keperluan negara. Banyak langkah-langkah dan program yang telah diambil oleh kerajaan bagi mempertingkatkan pengeluaran hasil daripada sektor pertanian ini yang kemudiannya dirangkumkan menjadi satu dasar iaitu Dasar Pertanian Negara. Dasar ini sentiasa diperbaharui atau diubahsuai terutama setelah tahap pencapaian pertanian diukur pada setiap kali berakhirnya dasar pertanian sebelum ini. Dasar Pertanian Negara bermatlamatkan empat aspek utama iaitu merombak semua pekebun kecil supaya lebih efisien dan bercorak komersil, penekanan kepada tanaman yang berdaya maju dan berupaya bersaing di pasaran antarabangsa, peningkatan produktiviti buruh bagi meningkatkan prestasi pertanian dan industri pemprosesan hiliran dan pemasaran keluaran pertanian telah dikenal pasti sebagai satu aspek penting dalam pembangunan sektor pertanian.Adalah jelas bahawa dalam proses transformasi ekonomi, sektor pertanian akan terus mengalami penurunan dari segi sumbangan kepada KDNK, guna tenaga dan mengalami penurunan dari segi pertumbuhan nilai ditambah dan nilai ditambah per pekerja. Oleh sebab itulah kajian semula terhadap dasar ini dilakukan dan kemudiannya diperbaharui dan dikenali sebagai Dasar Pertanian Negara Kedua (DPN2). Kemudian selepas beberapa tahap setelah penilaian dilaksanakan terhadap keberkesanan DPN2, kelemahan dan kekurangan masih wujud menyebabkan pihak bertanggungjawab mengambil langkah untuk memperbaiki, menstrukturkan semula dan seterusnya membentuk Dasar Pertanian ketiga (DPN3) sepanjang tempoh 1998 hingga 2010. Terdapat banyak penambahbaikan yang telah dibuat dan dilaksanakan pada dasar yang telah diberi nafas baru ini.Selain daripada itu, DPN3 juga digubal untuk menangani krisis mata wang dan kemerosotan ekonomi yang dihadapi Malaysia pada masa itu. Di samping itu, keperluan penambahbaikan dasar ini juga disebabkan oleh faktor-faktor seperti mengatasi masalah bekalan makanan yang kurang mencukupi, kurang selamat, kurang berkhasiat serta kurang bermutu tinggi dan untuk menjamin bahan makanan dapat diperoleh dengan harga yang berpatutan.Pendekatan dalam Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3)

Pendekatan perhutani memberikan penekanan yang menyeluruh kepada masalah kekurangan sumber-sumber seperti buruh, tanah pertanian dan sumber air untuk pengairan tanaman. Pendekatan ini menggabungkan dua kegiatan iaitu kegiatan pertanian dan kegiatan perhutanan supaya serasi dan saling melengkapi antara satu sama lain. Strategi ini menggunakan teknik yang bersepadu untuk mengatasi masalah kekurangan sumber dengan menggabungkan tanaman, perikanan dan penternakan serta dilengkapi dengan aktiviti agro-pelancongan. Melalui kaedah ini juga, kos pengendalian untuk mengendalikan aktiviti sektor ini dapat dikurangkan.Pendekatan berasaskan produk adalah untuk meningkatkan sumbangan dan pendapatan sektor pertanian di Malaysia. Pada awal pendekatan ini, produk dan pasaran utama dikenal pasti berdasarkan permintaan, potensi pasaran, dan cita rasa pengguna. Pendekatan ini dapat memberikan penekanan yang lebih kepada keperluan dan cita rasa pengguna serta pasaran khususnya di seluruh dunia. Pendekatan ini juga mengambil kira permintaan, keperluan pengguna dan daya pasaran bagi menggubal strategi pengeluaran pertanian huluan supaya setanding dengan industri lain. Pedekatan ini sesungguhnya telah mewujudkan peluang kepada usahawan pertanian untuk menambahkan pengeluaran dan meningkatkan keupayaan pemasaran hasil-hasil pertanian.

Kesan Dasar Pertanian NegaraSecara keseluruhannya, melalui pelaksanaan dasar ini ia akan menjamin kelangsungan bahan makanan yang sememangnya diperlukan oleh setiap manusia. Sebagai sebuah negara yang terletak di garisan khatulistiwa yang menerima hujan sepanjang tahun dan mempunyai cuaca yang sesuai untuk pertanian, tanaman-tanaman pertanian dapat tumbuh dengan subur dan seterusnya dapat menyokong kepada kegiatan pertanian negara. Selain daripada membekalkan keperluan makanan dalam negara, lebihan pertanian juga boleh dieksport di luar negara bagi kegiatan perdagangan atau lebih dikenali sebagai eksport hasil pertanian. Selain daripada mendapat kelangsungan bekalan makanan, hasil eksport juga menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara.Selain daripada itu, dasar ini juga berjaya mengurangkan inflasi dalam bidang ekonomi, amnya. Hal ini kerana kerajaan tidak bergantung sepenuhnya kepada kegiatan ekonomi yang lain seperti perindustrian dan pembinaan serta sektor perkhidmatan. Salah satu strategi yang digunakan dalam dasar ini ialah menarik pelabur swasta dalam sektor pertanian khususnya bagi pertanian komersial yang mana memerlukan modal yang tinggi. Perkara ini dapat mengurangkan beban kerajaan dalam aspek pengurusan bidang pertanian. Selain itu penglibatan pihak swasta juga akan dapat meningkatkan produktiviti dan mutu hasil pertanian.Berkenaan dengan hubungan etnik pula, salah satu kesan penjajahan British ialah kesan dasar pecah dan perintah. Dasar ini membentuk pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi pada masa itu dan sehingga kini kesan dasar ini tidak dapat dihapuskan dan menyebabkan golongan Bumiputera masih lagi meneruskan kegiatan pertanian sebagai sumber ekonomi yang utama. Kaum-kaum yang lain telah meningkatkan taraf kehidupan sosioekonomi masing-masing dengan melibatkan diri dengan kegiatan ekonomi yang lain seperti perdagangan, perindustrian dan juga sektor perkhidmatan.Oleh itu, pelaksanaan dasar ini secara tidak langsung dapat membantu kaum Bumiputera untuk lebih maju dan pada akhirnya dapat memperbaiki taraf kehidupan mereka khususnya berkenaan dengan sosioekonomi. Banyak bantuan yang disalurkan oleh kerajaan melalui badan yang berkenaan untuk meringankan beban seterusnya menggalakkan pengusaha atau pekebun kecil untuk meningkatkan usaha mencapai matlamat mereka sendiri. Antara bantuan yang disalurkan oleh kerajaan ialah pemberian subsidi yang mana akan meringankan beban modal pertanian oleh para pengusaha pertanian atau petani.Secara keseluruhannya, melalui dasar pertanian juga kerajaan dapat meningkatkan ekonomi negara dan secara langsung akan dapat memperbaiki taraf hidup pengusaha pertanian yang biasanya terdiri daripada penduduk luar bandar. Jurang perbezaan antara penduduk bandar dan luar bandar akan dapat dikurangkan dan seterusnya boleh menyumbang kepada kemakmuran ekonomi, politik dan sosial dalam negara.

Kepimpinan waktu itu adalah perkongsian kuasa gabungan besar bercirikan kepelbagaian. Memandangkan kekuatannya adalah kepelbagaian, maka ia memberikan motivasi dan keazaman kepada kepimpinan tersebut untuk berkorban dan berkompromi kerana asas kepada warisan kepimpinan adalah kepada demografi dan geografi negara ini terutama faktor penghijrahan akibat pengaruh dagangan dan agama. Pembinaan negara Malaysia adalah berpaksikan kepada Kontrak Sosial yang terdiri daripada agama, bahasa, institusi raja-raja melayu, hak istimewa dan kewarganegaraan. Ia juga selari dengan pendirian kepimpinan hari ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak dalam ucapan Perutusan Hari Kebangsaan Ke-52 sempena Hari Kebangsaan Ke-52 pada 31 Ogos 2010, bahawa teras perpaduan kita haruslah bersifat mapan. Untuk itu, asas integrasi rakyat Malaysia perlu bersandarkan nilai-nilai yang dikongsi dan dipersetujui bersama oleh semua kaum sepertimana terkandung dalam ideologi kebangsaan yakni rukun negara dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai kontrak sosial nasional.,

Kesinambungan yang wujud hari ini adalah berasaskan pendirian kepimpinan yang mencari satu titik keseimbangan dalam pentabiran sebuah negara yang rencam dengan alam persekitaran dan kehidupan yang unik ini. Dalam mengukuhkan kedudukan tadbir-urus apatah lagi dengan pemerintahan sendiri, formulanya adalah tanggungjawab bersama dari lensa perkongsian dan kepunyaan dalam lingkaran politik yang terasnya adalah kaum dan etnik. Asas pemikiran kepimpinan adalah untuk mengurus hubungan antara etnik sebagaimana yang terbukti dari formula Merdeka Compact 4+1.

Pemimpin mengenepikan beberapa kepentingan etnik masing-masing dan mengutamakan semangat perkongsian hidup sebagai satu keluarga besar serta menitikberatkan nilai toleransi, hormat-menghormati dan saling faham memahami kerana kepelbagaian etnik memberi kekuatan dalam pembinaan negara. Prinsip asas negara tidak boleh dikompromi dan generasi baru perlu sedar kepentingannya; Tanggungjawab kewarganegaraan ialah tanggungjawab bersama yang termaktub dalam Perlembagaan. Politik kesederhanaan menjadi pendekatan yang digunapakai untuk bebas dan memerintah sendiri tetapi lebih daripada itu, adalah formula pembinaan negara-bangsa berasaskan kepada pengurusan hubungan etnik dan pengorbanan serta kompromi tatkala itu membolehkan kita masih merdeka dan pengisian dilakukan sebaik mungkin dalam warisan kesinambungan kepimpinan. Keunikan politik gabungan membolehkan lahirnya Perlembagaan. Tanpa Kontrak Sosial, tidak mungkin wujud Perlembagaan dan tanpa ada Perlembagaan, Malaysia tidak akan mengecapi 58 tahun merdeka tahun ini.

Kontrak Sosial adalah gambaran hubungan etnik, kemerdekaan, Perlembagaan dan pemerintahan sendiri. Ia memberikan roh kepada hak dan tanggungjawab setiap warga Malaysia. Kontrak Sosial juga adalah racial bargaining dan gentlement agreement. Kepelbagaian etnik harus dilihat memberikan kekuatan dan bukan sebagai liabiliti. Perlembagaan pernah diuji pasca-peristiwa 13 Mei 1969; diuji mengenai resolusi konflik termasuk dilema ke atas formula yang dipersetujui sebelumnya. Cabaran besar adalah krisis identiti dan pembentukan negara-bangsa akibat desakan dan bangkangan dan tentangan dari dalam dan luar. Ekspektasi menggunung tinggi dan pemimpin baru mahu melanggar arus kerana kurang yakin dengan politik akomodasi; membawa kepada politik komunalisme yang ketara pada tahun 1969. Dalam berhadapan dengan krisis pengisian keatas negara-bangsa, kepimpinan masih meletakkan kepercayaan ke atas mengurus hubungan etnik bersaratkan kepada nilai perkongsian walaupun boleh memilih untuk bersifat homogenus dari keutamaan kepada masyarakat yang heterogenus. Legitimasi ini lahir dari Perlembagaan sendiri dan bukan dokumen lain walaupun kita turut akan menghubungkaitkan dengan Rukunegara, Wawasan 2020 dan dasar kerajaan yang lain. Partisipasi politik dan pendemokrasian juga menjejaki fasa baru dalam persekitaran yang kompleks. Budaya menyanggahi kepimpinan ketika itu wujud secara halus dan kritikal. Dalam alam yang penuh emosi dan kemarahan, kerajaan membuktikan kewibawaan dalam mengurus demografi dan geografi negara ini untuk menunjukkan bahawa masing-masing perlu bertanggungjawab ke atas persekitaran yang mereka huni. Kaedah untuk berhadapan dengan isu sensitif terutama sebagaimana yang sudah dipersetujui di bawah Formula Kemerdekaan; memperluaskan konsensus politik dengan penjenamaan kerajaan perpaduan nasional diperkenalkan. Rukunegara turut menjadi ideologi kebangsaan baru supaya dapat melahirkan masyarakat yang seimbang dan saksama. 28. Sumbangan pemikiran pemikir politik boleh dilihat dalam mengikat hubungan antara ekonomi dan politik yang melihat adanya lompong ke atas perpaduan dan hubungan etnik akibat dari jurang ekonomi antara kaum. Yang ketara juga adalah pembinaan identiti bangsa berbucukan kepada kerangka luar termasuk cerminan dari dunia ketiga, penerusan tradisi hubungan dengan negara Islam dan negara-negara berkecuali. Perlembagaan dan kemuafakatan antara kaum tidak dikompromi.

Malaysia merupakan sebuah negara yang telah melalui sejarah perubahan pembentukan lanskap yang memperlihatkan komposisi kaum yang berbeza hidup di bawah bumbung yang sama dinamakan negara-bangsa. Walau berbeza, setiap individu masih dapat meneruskan tradisi warisan bangsa yang diiktiraf melalui institusi kepercayaan masing-masing dengan berbekalkan peraturan yang sudah ditentukan; dokumennya adalah Perlembagaan. 38. Barang siapa tidak suka peraturan tersebut, mesti diakui ia adalah asas penting dalam sesebuah negara yang terdiri dari pelbagai komuniti yang akan pertahankan nilai dan norma dipersetujui oleh komuniti masing-masing. Yang pasti, tafsiran berbeza ke atas perundangan oleh ahli hukum turut mempengaruhi penerimaan ke atas sistem sosialnya. 39. Sistem penyampaian ada kelemahan dan dalam konteks hari ini, ia cuba diperbaiki. 40. Perlembagaan dan Perpaduan juga bergantung kepada hubungan resiprokal penggubal, pelaksana dan kumpulan sasar jika mahu mantapkan kemuafakatan dalam kalangan ahli masyarakat. 41. Nilai dominan dalam mahu melakar hubungan etnik yang baik adalah hormat, faham dan menerima antara satu sama lain. Ia beranjak dari semangat bertolak ansur agar penerimaan menunjukkan bahawa ada bibit-bibit nilai kemanusiaan sejagat yang diiktiraf dan diberikan makna yang signifikan dalam kehidupan seharian. 42. Hubungan etnik negara ini telah melalui beberapa fasa yang akhirnya menunjukkan bahawa jika sekiranya ia masih bersifat retorik dan kosmetik sahaja, kesannya akan dirasai oleh generasi akan datang. Sejak kemerdekaan sehingga ke hari ini, yang dilihat adalah walaupun ada peristiwa yang tidak diingini berlaku, tetapi akhirnya kemuafakatan dan keharmonian menjadi tunjang kekuatan agar ia tidak menghancurkan segala yang sudah dibina sekian lama. Ada yang menjadi pasrah dengan apa yang ada, ada pula yang tegar dengan pendirian etnosentriknya tetapi segalanya masih terkawal kerana suburnya nilai ini dalam Perlembagaan. 43. Soalnya, perpaduan milik siapa? Seiring dengan proses modenisasi dan pembangunan, kadar celik telah bertambah. Emansipasi wanita juga jauh berubah. Prasarana dan kemudahan asas mencapai tahap yang jauh memberangsangkan berbanding dengan negara pesat membangun yang lain. Adakah perubahan fizikal ini turut mempengaruhi minda dan mindset rakyat dalam menyelami nilai perpaduan? Apakah ini membenarkan rombakan/pindaan ke atas Perlembagaan mengikut acuan politik ataupun kepentingan keharmonian/perpaduan yang masih utuh di bawah Perlembagaan yang ada perlu diusik? 44. Tuntutan dan kemahuan masyarakat berubah bersama dengan persekitaran baru. Dengan celik huruf meningkat, sejarah hubungan etnik sudah turut berubah kerana masing-masing sudah boleh memiliki apa sahaja yang dimahukan dan kesemua itu dapat dilakukan kerana adanya proses pembangunan dalam negara. 6 45. Perkembangan kenegaraan telah menyebabkan ada yang terkehadapan dan ada pula masih terkebelakang. Ia bukan sahaja berlaku antara kumpulan etnik tetapi juga dalam sesuatu kumpulan etnik. Ia berlaku di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Ia berlaku dikawasan luar bandar dan bandar pula merebak kemiskinan bandar. Namun, ia adalah proses yang perlu dilalui kerana mana-mana negara sekalipun, masalahnya tetap sama. Tidak akan ada kepuasan yang tetap dan ia merentasi kumpulan etnik. 46. Namun, kepentingan 35% di bawah garis kemiskinan perlu dijaga kebajikan akan tidak songsang dengan kehidupan berkualiti dan tidak hanyut dalam proses globalisasi yang menjadikan yang kaya menjadi kaya dan yang miskin menjadi miskin. Indikator terbaik adalah tanggungjawab meringankan beban kelompok dari mana-mana etnik sekalipun dengan kemudahan asas dan keperluan seharian agar jiwa merdeka Malaysia tidak dicabut dari dirinya. Titik peluh mereka juga telah menyumbang kepada kemerdekaan dan pengisian ke atas kemerdekaan serta pembinaan Perlembagaan. Perlembagaan turut memelihara hak mereka sebagaimana hak warga yang lain kerana Perlembagaan Malaysia adalah untuk keseluruhan rakyat Malaysia tanpa wujud Perlembagaan yang berbeza mengikut latar belakang etnik dan kelas masyarakat. 47. Perkembangan dalam sesuatu etnik mahupun etnik lain juga telah membawa kepada lahirnya kelas dalam masyarakat, berkelas atasan, menengah dan bawahan. Kelas menengah semakin membesar dalam kalangan masyarakat negara ini tetapi itu tidak bermakna mereka terlepas dari gigitan ekonomi dengan peningkatan kos kehidupan yang juga terpaksa dilalui akibat proses perubahan pembangunan negara. Waktu yang sama, walaupun berlaku perjuangan antara kelas; golongan ekstremisme dan prejudis juga bertambah walaupun ada sarjana bertanggapan dengan perubahan persekitaran politik, ekonomi dan sosial, kumpulan sederhana ataupun pertengahan akan meningkat dan melebarkan kelompok liberal yang tidak terlalu radikal. Cabaran jelas adalah sebarang perubahan, pembangunan dan pertumbuhan tidak boleh berlaku tanpa adanya nilai muhibbah dalam konteks masyarakat rencam Malaysia. 48. Perpaduan adalah milik bersama. Ia tidak boleh dikompromi. Walaupun pasaran bebas global mencipta kepentingan ekonomi sehingga mempengaruhi setiap kelompok etnik dan kelas dalam stratifikasi masyarakat, peraturan lisan hubungan etnik tidak perlu diubah termasuk hubungan pemimpin dan masyarakat; masyarakat dengan masyarakat berlainan latar belakang; dan lebih daripada itu walau berbeza keturunan, kepercayaan, gender dan fahaman politik sekalipun, konflik mesti dielak dan kedamaian perlu dipelihara berlandaskan kepada hukum/Perlembagaan yang sudah diwartakan. 49. Kelas menengah dan atasan boleh menentukan arah negara tetapi ini tidak bermakna kestabilan dan keadaan yang aman boleh dikorban. Demokrasi yang sejahtera nilainya dan stabil bergantung kepada jurang antara etnik dan dalam sesuatu etnik. Aktivitas perubahan tidak boleh diberi laluan akibat dorongan nafsu kekuasaan. Hukum harus dihormati dalam perjalanan pembentukan masyarakat sivil agar hak dan tanggungjawab dialas bersama. 7 50. Demografi dan geografi negara ini adalah kekuatan kepada perancangan masa depan. Kepelbagaian adalah harta pusaka yang tidak ada tolok bandingnya yang boleh dijual-beli. Ia tidak boleh didagangkan hanya kerana nafsu pangkat dan kedudukan. Masing-masing boleh menyumbang kepada kekuatan dan bukan mencari kelemahan kerana kebergantungan kepada luar untuk meresap masuk boleh mengancam pembinaan sebuah negara-bangsa yang dicemburui ramai sehingga ke hari ini. 51. Pelbagai wajah sebenarnya menyumbang kepada pencapaian tanahair. Penyatuan perlu dengan sifat kepunyaan agar kita bangga sebagai seorang warga. Berprinsipkan seorang yang berjiwa Malaysia, fasih berbahasa Malaysia dan menjunjung keluhuran Perlembagaan, tanah air tidak boleh diikat dengan sentimen yang boleh meroboh bumbung bersama di bawah satu keluarga yang ada jiwa berkompromi dan berkorban tanpa menyoal siapa dahulu perlu lakukannya ataupun siapa bertanggungjawab melakukannya. 52. Destinasi hubungan etnik tidak ada penghujungnya. Ia adalah satu perjalanan dan setiap kita ada kekuatan dan kelemahan. Sandaran utama adalah bagaimana meroboh benteng-benteng pemisah agar jambatan kekuatan mendukung kelemahan tidak berputus ikatan jambatan ini hanya kerana perbezaan yang boleh diatasi jika diketepikan kepentingan peribadi dan memberi laluan kepada kepentingan bersama. 53. Jangan disoal perpaduan milik siapa kerana masing-masing ada tanggungjawab walau sebagai seorang kanak-kanak tadika, pelajar sekolah rendah, individu sekolah menengah mahupun mahasiswa; dewasa yang bekerja sebaik tukang kebun, penganggur, pekerja kilang, ahli sukan, guru, pembersih, peneroka, pengajar, penjual roti, kontraktor, ajen insuran, jurujual, pensyarah, ahli perniagaan, ulamak, eksekutif syarikat, doktor, peguam, remaja, tua, pemimpin, penghulu, polis, pentadbir, tentera, pembesar dan sesiapa sahaja; perpaduan tidak ada nilai permintaan dan penawaran jutawan ataupun bangsawan, yang ada hanya kesungguhan untuk memastikan ia tidak digadai demi masa depan generasi akan datang. 54. Keikhlasan dan kejujuran menjadi teras kekuatan pemilikan perpaduan negara ini. Pengisian ke atas pembentukan identiti nasional penting agar ia tidak menjadi taruhan untuk curigai amanah sebagai seorang warga. 55. Pemilikan perpaduan bukan sekadar dilihat pada basahan bibir tetapi dipamer melalui amalan dan praktis sebagai contoh berterusan warisan ketamadunan dalam persekitaran baru tanpa mengubah asas kemuafakatan terbina dari kedayaupayaan kesinambungan yang wujud dalam Perlembagaan. 56. Merekacipta semangat pemilikan perpaduan terasnya adalah tanpa sama sekali mengenepikan tradisi jiwa etniknya kerana ia lahir dalam dirinya; waktu yang sama menjadi orang Malaysia, hati nuraninya Malaysia dan memperkasakan kepentingan bersama berjiwakan Malaysia dengan tidak mengancam keselamatan menyeluruh yang terbina atau menggadaikan kekebalan kedaulatan Malaysia kerana tidak berselera menjadi orang Malaysia bertopengkan budaya luar akibat dakyah 8 pihak tertentu dipinjam dari amalan individualistik dan materialistik. Anasir ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja seperti perumpamaan hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri kerana kita adalah pembekal dan pemilik perpaduan sebenar kepada negara ini. 57. Walaupun banyak cabaran sudah dilalui ke atas isu perpaduan, Malaysia masih diiktiraf sebagai negara yang aman. Dokumen yang menentukan masa depan perpaduan adalah Perlembagaan baik secara idealis mahupun realisnya. Isu berkaitan dengan kewarganegaraan, kebebasan beragama, berkaitan dengan pendidikan, bahasa, budaya, politik akomodasi, hak istimewa kepada Sabah dan Sarawak, amalan pentadbiran, semuanya termaktub dalam Perlembagaan. 58. Tolak-ansur dan penerimaan menjadi kekuatan Perlembagaan ini. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Profesor Shad the spirit that animates the Constitution is one of moderation, compassion and compromise. 59. Sebagai kesimpulan, ketika fajar menyinsing tatkala kita menjejaki tahun 2020, apakah kita mampu melahirkan bangsa Malaysia dengan pendefinasiannya merujuk kepada seorang yang bangga menjadi warga Malaysia, fasih berbahasa Melayu dan menjunjung ketertinggian Perlembagaan sebagaimana yang dikonseptualisasikan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad? Tahun 2020 akan melihat individu yang menghuni negara maju dan terkelompok dalam negara kelas pertama. Waktu yang sama yang mahu dilihat adalah masyarakat kelas satu, yang ada ilmu, kebolehan dan kemahiran yang kesemuanya diselaputi oleh nilai karakter mulia yang berpusatkan bukan sahaja nilai moral tetapi nilai patriotisme dan nasionalisme yang mencakupi 3 nilai besar untuk menjadi bangsa Malaysia termasuk memastikan Perlembagaan tidak akan dikompromi. 60. Mempertahan hak pelbagai etnik menjadi tanggungjawab bersama sebagaimana tanggungjawab ke atas Perlembagaan Negara 61. Kemuafakatan perlu dipraktis; fahami nilai perkongsian; tasamuh, ukhwah, fitrah kenal-mengenal penting; Perbezaan pandangan, pendapat dan kepercayaan ditangani secara berhemah; bermoral dan bermusyawarah 62. Membina hubungan etnik yang kukuh memakan masa; mempertahankannya getir; meruntuhkannya tidak akan memakan masa yang lama? 63. Keluhuran Perlembagaan memastikan kedaulatan negara terpelihara; membina bangsa yang makmur dan sejahtera 64. Setiap etnik berperanan memelihara kesejahteraan masyarakat; PELENGKAP Wawasan 2020 a. memerlukan kompromi dan kerjasama serta menerima perbezaan b. aspirasi pada Perlembagaan dan Rukunegara 9 c. menanam nilai kemanusiaan d. strategi membina keyakinan menyeluruh perlu e. kesedaran, pemahaman dan penerapan 65. Setiap individu perlu mencari titik keseimbangan bersama demi masa depan generasi akan datang. 66. Kejayaan memahami perpaduan dalam Perlembagaan bergantung kepada kekuatan setiap individu dalam negara ini yang mahu melihat negara ini terus makmur, maju dan rukun termasuk pemimpin; melahirkan generasi yang mahu keamanan, kesejahteraan dan muhibbah.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu kejuruteraan sosial(social engineering)yang digubal bagi mengurangkan ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum dan wilayah. Dalam proses tersebut, kadar kemiskinan dan ketidakseimbangan yang ketara dalam pendapatan, gunatenaga dan pemilikan modal saham di kalangan kaum dapat dikurangkan dan seterusnya membantu merapatkan jurang antara kaum di negara ini. Falsafah asas DEB adalah pembangunan dengan pengagihan saksama yang merangkumi matlamat pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. la bertindak sebagai satu dasar kejuruteraan sosial untuk memperbaiki ketidakseimbangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Dalam usaha merealisasikan matlamat 'serampang dua mata dalam DEB,pelbagai rancangan dan pembangunan diimplimentasikan oleh kerajaan ke arah melahirkan golongan usahawan di kalanganbumiputera Melayu sebagai citra dan ikon kepada golongan'Malay middle class'setanding dengan masyarakat bukan Melayu yang telah lama menguasai sektor perdagangan dan perindustrian negara. Halini penring dalam usaha kerajaan untuk merealisasikan perpaduankaum dari sudut ekonomi dan sekali gus mengurangkan jurangekonomi antara kaum.DEB dan matlamatnya adalah berasaskan kepada prinsip perpaduan negara. Ini jelas sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang diperjelaskan lagi dalam Rukunegara iaitu satu ideologi negara yang telah diterima secara sepakat dalam Majlis Perundingan Negara - sebuah badan yang diwakili oleh pelbagai kumpulan masyarakat yang ditubuhkan berikutan rusuhan kaum pada tahun 1969. la bertujuan membincangkan masalah-masalah perpaduan negara serta mencari jalan ke arah membina sebuah negara yang lebih bersatu padu. Rukunegara, yang menekankan penghayatan bersama objektif-objektif dan nilai-nilai murni negara oleh semua rakyat, juga menetapkan prinsip-prinsip asas untuk membimbing rakyat dan negara ke arah tanggungjawab membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang progresif, adil dari segi ekonomi dan sosial, liberal dan bersatu padu.DEB adalah satu pendekatan baru atau formula dalam rancangan lima tahun yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua bagi memperbaiki ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara kaum dan kawasan di wilayah yang sama. Tempoh 20 tahun dijadikan tempoh perancangan DEB dalam mencapai matlamat menjelang tahun 1990 (Mohamad Idris Saleh,Che Su Mustaffa dan Fauziah Shaffie (1994). Berikut merupakan rancangan pembangunan yang telah diadakan sejak selepas kemerdekaan dicapai:[1] 1956-1960Rancangan Malaya Pertama[2J 1961-1965Rancangan Malaya Kedua[3] 1966-1970Rancangan Malaysia Pertama[4] 1971-1975Rancangan Malaysia Kedua[5] 1976-1980Rancangan Malaysia Ketiga[6] 1981-1985Rancangan Malaysia Keempat[7] 1986-1990Rancangan Malaysia Kelima[8] 1991-1995Rancangan Malaysia Keenam[9] 1991-1995Rancangan Malaysia Ketujuh

3.4Membasmi KemiskinanMenurut Zakry Abadi (1992) kemiskinan orang Melayu disebabkan oleh berlakunya penindasan ke atas mereka semasa zaman kolonialisme di mana orang-orang Melayu hanya digalakkan menanam tanaman untuk keperluan mereka sedangkan bangsa asing digalakkan membuka ladang-ladang,perlombongan, dan perniagaan di bandar-bandar besar. Inilah antara sebab kebanyakan penduduk luar bandar yang berbangsa Melayu mengalami kemiskinan. Penglibatan orang Melayu pula adalah lebih tertumpu kepada perkhidmatan awam di peringkatpersekutuan dan negeri yang telah dikhaskan oleh pihak Inggeris. Begitu juga dengan pasukan polis dan angkatan tentera di mana orangbukan Melayu tidak tertarik untuk menyertainya.Just Faaland (1991) diskriminasi sosial dan ekonomi terhadap orang Melayu jugadilakukan oleh golongan perdagangan dan industri yang dikawal olehorang bukan Melayu dan dilakukan dalam berbagai-bagai bentuk. Dalam bidang perniagaan, bank Inggeris dan bank Cina enggan melayan orang Melayu kerana mereka dianggap tidak mempunyai pengalaman yang sesuai. Dalam bidang pekerjaan swasta pula, orangMelayu disekat oleh keatamaan dan halangan suku kaum, bahasa dan budaya. Pekerjaan di bandar yang bukan merupakan jawatan kerajaan seperti pekerjaan buruh kasar yang paling rendah sahaja ditawarkan kepada orang Melayu . Dari segi sejarah, walaupun terdapat desakan dan tekanan dalam susunan ekonomi dan sosial namun orang Melayu dapat menyesuaikan diri dengan baik terhadap perubahan serta menyerap pengaruh asing ke dalam masyarakatnya. Orang Melayu tetap boleh menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah dan pada masa yang sama mereka tetap mengekalkan identiti diri sendiri. Namun demikian, kebanjiran kaum pendatang yang mengambil tempat orang Melayu menyebabkan orang Melayu sendiri berundur jauh dari pekan dan pusat bandar.Hal ini menyebabkan orang Melayu mula berasa bimbang terhadap penyertaan kaum pendatang.Kemiskinan adalah salah satu sebab utama yang membangkitkan rasa tidak puas hati antara kaum. Keadaan kemiskinan terdapat di semua kawasan sama ada di kawasan bandar atau luar bandar dan melibatkan semua kumpulan tanpa mengira kaum.Menurut Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) oleh sebab kemiskinan boleh menghancurkan perpaduan negara, maka pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum merupakan matlamat DEB Dalam Rancangan Malaysia Ketiga dinyatakan bahawa punca utama kemiskinan adalah disebabkan oleh kekurangan peluang pekerjaan yang produktif. Ini telah mengakibatkan berlakunya pengangguran dan gunatenaga tidak penuh kerana kekurangan faktor pengeluaran seperti tanah, modal dan keusahawanan. Kemiskinan di kampung pula berpunca daripada tanah yang tidak subur, tidak sesuai dan kekurangan kaedah cara moden.Beberapa program telah dilaksanakan oleh kerajaan untukmembasmi kemiskinan dan meningkatkan daya pengeluaran serta pendapatan petani, pekebun-pekebun kecil getah, kelapa sawitdan kelapa,nelayan dan pekerja ladang.Antara usaha yang dijalankan adalah:(a)Meninggikan tingkat pendapatan dan produktiviti bagi mereka yang terlibat dalam pekerjaan produktiviti rendah sama ada di bandar dan luar bandar dengan memperbanyakkan peluang bagi mereka mendapatkan latihan dan kemahiran, tanah dan modal yang perlu untuk membasmi pengangguran.(b) Mewujudkan peluang pekerjaan yang secukupnya untukmengurangkan paraspengangguran dan seterusnya mencapaitingkat gunatenga penuh.(c)Merapatkan jurang ketidaksetaraan agihan pendapatan dan harta antara kumpulan etnik(d)Memodenkan kehidupan dan meningkatkan taraf hidupgolongan miskin di luar bandar dan bandar melalui pembekalan perkhidmatan ekonomi dan sosial, misalnya penyediaan tempat kediaman, kemudahan tenaga elektrik dan air, perkhidmatan kesihatan dan kemudahan rekreasi.(e)Mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan masyarakat Melayu dan bumiputera yang lain dengan matlamat memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah aktiviti perdagangan dan perindustrian negara.(f)Menstruktur pola guna tenaga mengikut sektor dan jenis pekerjaan dalam berbagai-bagai sektor ekonomi supaya mencerminkan komposisi kaum (Khadijah Muhamed dan Halimah Awang (1991).

3.4Penyusunan Semula MasyarakatSalah satu strategi serampang dua mata yang dilaksanakan oleh DEB adalah untuk menyusun semula masyarakat supaya pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi dan kedudukan kawasan dapat dihapuskan. Matlamat DEB untuk menyusun semula masyarakat biasanya merujuk kepada aspek-aspek seperti agihan milik saham syarikat, gunatenaga dan pembangunan wilayah. Tujuan DEB yang lebih positif lagi dalam usaha menyusun semula masyarakat adalah untuk meningkatkan penglibatan kaum bumiputera dalam bidang perniagaan dan perusahaan.Sejarah telah memperlihatkan bagaimana pihak British melaksanakan 'Dasar Pecah dan Perintah' ke atas Tanah Melayu semasa penjajahannya.Menurut Khadijah Muhamed dan Halimah Awang (1991) dasar ini bertujuan untuk memecahbelahkan kaum yang terdapat di Tanah Melayu bagi tujuan untuk menguatkan dan mengekalkan pemerintahan mereka. Dasar ini telah membahagikan kaum di Tanah Melayu mengikut kegiatan ekonomi masing-masing dan ditempatkan di kawasan yang berlainan. Interaksi antara kaum amat terhad. Sejak sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan lagi, orang Melayu telah sedar tentang kedudukan ekonomi mereka dan telah menyuarakan bantahan mereka terhadap kaum Cina yang dibenarkan oleh kerajaan menguasai ekonomi luar bandar dengan mengavval pengangkutan luar bandar dan pengilangan beras dan .Beberapa usaha dan program telah dilaksanakan untuk menyusun semula masyarakat. Menurut Tengku Anuar (1991) usaha-usaha yang dijalankan serentak dengan program-program membasmi kemiskinan terutama sekali di kawasan luar bandar dan Bandar.Program menyusun semula masyarakat dalam tempoh DEB telah dirangka seperti berikut:(a)Meninggikan daya pengeluaran dan mutu kehidupan golongan miskin di luar bandar melalui permodenan kawasan luar bandar;(b)Mengurangkan keadaan tidak seimbang dalam struktur guna tenaga yang terdapat sekarang secara berperingkat-peringkat melalui pertumbuhan ekonomi, supaya guna tenaga dalam berbagai-bagai sektor ekonomi dan peringkat pekerjaan mencerminkan susunan penduduk mengikut kaum di negara ini;(c)Menambahkan dengan lebih cepat lagi melalui perkembangan ekonomi, bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan modal produktif dalam ekonomi termasuk saham sektor syarikat berdasarkan pertumbuhan ekonomi keseluruhannya.(b)Perhatian berat akan ditumpukan kepada kaum bumiputera yang pada masa ini memiliki bahagian modal yang terlalu kecil berbanding dengan bilangan mereka dalam jumlah penduduk;(d)Memastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan bumiputera supaya dalam tempoh satu generasi, mereka akan memiliki dan mengurus sekurang-kurangnya 30% dari jumlah kegiatan perdagangan dan perindustrian negara dalam semua lapangan dan peringkat kegiatan ekonomi serta menjadi rakan seperjuangan penuh dalam kegiatan ekonomi negara.Menurut Ishak b Saat (2005) dalam bukunya Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia mengatakan kerajaan telah berusaha menyusun semula hak milik sektor syarikat secara berperingkat-peringkat supaya pada keseluruhannya rakyat Malaysia akan memiliki dan menguasai sekurang-kurangnya 70% daripada jumlah modal saham dengan kaum bumiputera menjelang tahun 1990. Walau bagaimanapun, matlamat DEB untuk orang Melayu mencapai 30% pemilikan ekuiti selepas 20 tahun, iaitu pada tahun 1990 tidak tercapai sepenuhnya. Peratusan ini turun naik sekitar 20% sahaja. Bahkan pada tahun 2002, pegangan ekuiti orang Melayu hanya berjumlah 18.7%. Apabila dipecahkan hanya segelintir sahaja menjadi hak milik pemodal Melayu atau bumiputera.Berhubung dengan penyusunan semula masyarakat, usaha-usaha akan dilaksanakan bagi meningkatkan ekuiti bumiputera dalam perniagaan. Pada masa ini, bumiputera hanya memiliki 19.1% daripada ekuiti korporat.Matlamatnya adalah untuk meningkatkan bahagian pemilikan mereka kepada sekurang-kurangnya 30% menjelang tahun 2010. Dalam penentuan pemilikan ekuiti oleh bukan bumiputera, bahagian bagi keturunan India akan diberi perhatian. Memandangkan syarikat bumiputera telah menembusi sektor pembinaan, pengangkutan dan pertanian, mereka perlulah mempelbagaikan kegiatan dalam aktiviti lain yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi terutama sektor pembuatan, perkhidmatan dan runcit. Persekitaran yang boleh membantu mereka akan diwujudkan, termasuk penyediaan insentif dan pembiayaan bagi membantu bumiputera memperolehi teknologi yang sesuai serta kepakaran pengurusan. Di samping itu, program penswastaan akan terus dilaksanakan bagi mewujudkan lebih banyak peluang untuk usahawan bumiputera di peringkat korporat.3.5Dasar Ekonomi Baru Penting Ke Arab Perpaduan Kaum Dari Aspek EkonomiSebenarnya, pihak kerajaan telah menjangka keciciran ekonomi Melayu jika sebarang tindakan tidak dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Tindakan yang diambil o!eh kerajaan dalam memperbaiki kedudukan ekonomi selepas Mei 1969 adalah berdasarkan keperluan untuk berkompromi di dalam politik yang akhirnya telah mendorong kepada pembentukan DEB sebagai lambang ekonomi politik. Dua strategi utama dalam DEB ke arah pembentukan perpaduan nasional ialah;1.Pembasmian kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan peluang pekerjaan terhadap seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Ini dapat dicapai melalui program -program yang dirangka daripada seluruh peringkat produktiviti.Perkembangan peluang-peluang antara sektor dan aktiviti yang mempunyai produktiviti yang rendah ke peringkat yang lebihtinggi di samping peruntukan yang lebih meluas terutamanya dalam perkhidmatan sosial telah dirangka untuk meningkatkan taraf hidup kumpulan-kumpulan yang berpendapatan rendah.2. Menurut Ahmad Idris (1988) penggandaan proses penyusunan semula masyarakat Melayu untuk membetulkan ketidakseimbangan ekonomi dengan harapan mengurangkan dan mengetepikan pengenalan kaum melalui fungsi ekonomi. Program-program tersebut termasuklah pemodenan kehidupan luar bandar, pembangunan aktiviti Bandar yang pesat dan seimbang, penubuhan pusat pertumbuhan yang baru dan pengwujudan Masyarakat Industri dan Komersial Melayu di semua kategori dan bumiputera lain menjadi rakan kongsi sepenuhnya dalam semua aspek ekonomi negara.Dasar-dasar yang dirangka dan cuba dilaksanakan oleh kerajaan mencerminkan komitmen serta kesungguhan untuk mewujudkan masyarakat Melayu yang bersedia ke arah membentuk aktiviti-aktiviti perniagaan dan kegiatan keusahawanan.Laporan Kongres Ekonomi Bumiputera Ke-3 (1992)relevannya, DEB yang mempunyai agenda 'serampang dua mata' bukan setakat menyatupadukan pelbagai etnik di negara ini tetapi yang pentingnya ia menandakan satu titik permulaan baru orang-orang Melayu mula bergiat dalam bidang perdagangan, perindustrian serta kegiatan keusahawanan. Hakikatnya, konsep keusahawanan telah wujud sejak dua ratus tahun dahulu dan ia lebih tertumpu di Britain dan Jepun. Pada awalnya,usahawan telah diwakiii oleh golongan saudagar yang dianggap kelas bawahan tetapi akhirnya ia berubah kepada satu golongan yang berpengaruh berteraskan industri dan komersil. Oleh hal demikian, untuk memajukan satu masyarakat yang berteraskan industri dan komersil, pengertian konsep keusahawanan adalah satu syarat mutlakDalam menyusuri sejarah perkembangan usahawan Melayu dapat dirumuskan bahawa pencapaian mereka adalah kurang berjaya. Keadaan ini sekali gus mencerminkan kegagalan untuk mencapai 30% sasaran penguasaan golongan bumiputera dalam bidang perniagaan dan perindustrian di kawasan kajian sebagaimana yang dicatatkan dalam Rancangan-rancangan Malaysia. Secara makronya; pengwujudan 30% Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) dalam Rancangan-rancangan Malaysia hanyalah sekadar teori kerana sepanjangtempohpelaksanaan DEB (1970-1990) masih menggambarkan bahawa pencapaian penyertaan orang-orang Melayu dalam bidang perdagangan dan perindustrian masih berada di tahap yang kurang membanggakan. Keadaan ini membawa kepada permasalahan pencapaian pemilikan modal antara syarikat-syarikat bumiputera Melayu dan bukan Melayu khususnya syarikat milik Cina.Apa yang menjadi persoalan adalah pemilikan modal Cina telah meningkat selepas tamatnya DEB pada tahun 1990 sebaliknya sasaran kerajaan untuk memiliki 30% pemilikan saham tidak kesampaian walaupun bantuan, galakan dan insentif kerajaan lebih menjurus kepada usahawan Melayu.Ditinjau pada dimensi yang lain pula, orang-orang Melayu masih ketinggalan dalam sektor industri kecil dan sederhana (IKS) yang sedang rancak digiatkan sejajar dengan usaha kerajaan merealisasikan matlamat mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera dalam DEB mahupun DPN. Meninjau kepada perspektii kegagalan pencapaian pengusaha-pengusaha kaum bumiputeraMelayu, antara yang dominan adalah kurangnya komitmen mewujudkan satu budaya niaga(business culture)di kalangan orang-orang Melayu. la secara tidak langsung menyumbang ke arah iinplikasi yang negatif dalam usaha membentuk satu MPBB yang berwibawa. Program untuk membangunkan MPPB lebih memberi tumpuan kepada usaha membangunkan ramai usahawan bumiputera yang berdikari, yang berdaya tahan dan yang bertaraf dunia yang mampu bersaing secara berkesan dalam perniagaan tempatan dan antarabangsa. Usahawan bumiputera perlu menerap nilai dan etika perniagaan yang baik supaya mereka lebih berjaya dan mampu berdikari.Laporan Kongres Ekonomi Bumiputera Ke-3 (1992) bagi memajukan lebih ramai usahawan bumiputera, program pembangunanvendordanfrancaissedia ada akan diperkukuh serta diperluaskan.Dalam tempoh 20 tahun pelaksanaan DEB (1970-90), kerajaan memberi tumpuan utama dalam memajukan profesion bumiputera terutama orang-orang Melayu dalam bidang kejuruteraan, kedoktoran, peguam dan akauntan. Di samping itu, usaha peningkatan kerjaya profesional diperhebatkan serta meletakkan profesion usahawan sebagai kerjaya yang mencabar dan menguntungkan.Dasar Pembangunan Nasional (DPN) diperkenalkan bagi menggantikan DEB pada tahun 1990 yang pada asasnya meneruskan matlamat untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan adil yang cuba dicapai sejak DEB. Sementara DPN pula menetapkan 'Pembangunan Seimbang' sebagai falsafah pembangunan dengan menekankan pencapaian matlamat-matlamat pertumbuhan, pengagihan, pembangunan mapan dan pertumbuhan sektor-sektor utama seperti perindustrian, pertanian dan perkhidmatan. Strategi DPN secara terperinci terangkum dalam rancanganpembangunan lima tahun Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995) dan Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000). Menurut Supian Ali & Mohd. Zainudin Saleh (1994) Pelancaran Rancangan Malaysia Ketujuh (RMT) (1996-2000) menunjukkan bahawa ekonomi negara memasukifasa kedua selepas Rangka Rancangan Malaysia Keenam (RME) 1991-1995, maka penyediaan RMT adalah berasaskan kejayaan pelaksanaan RME dan bertujuan untuk membawa negara ke abad ke-21 dengan lebih berkesan.Walau bagaimanapun, teras pembangunan dalam tempoh RMT adalah berlandaskan konsep pembangunan seimbang sebagaimana yang termaktub dalam pembentukan DPN. la memberi perhatian khusus terhadap dasar dan strategi untuk menjana pertumbuhan ekonomi yang pesat dan berterusan di samping mencari hasil pertumbuhan ekonomi negara untuk diagihkan secara saksama di kalangan rakyat semua kaum, negeri, bandar dan luar bandar. Berdasarkan matlamat tersebut, pihak kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM162.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan keseluruhan sektor awam bagi tempoh 1996-2000. Hakikatnya, masyarakat Melayu telah lama mengenal perubahan dari segi sejarahnya hasil dari pertemuan dengan unsur kebudayaan, ekonomi, agama, penjajahan mahupun kemerdekaan.Menerusi perspektif tersebut, masyarakat Melayu kini mula terasa bahawa mereka ketinggalan berbanding negara-negara yang mencapai pembangunan ekonomi yang pesat dan berada di peringkat pemodenan yang tinggi untuk menaikkan taraf hidup mereka. Hasil dari keinsafan ini beberapa iangkah telah diambil oleh kerajaan untuk mengubah nasib orang Melayu dengan melaksanakan DEB mahupun rancangan- rancangan pembangunan Malaysia. Sepanjang pelaksanaan DEB, secara tidak langsung mempengaruhi struktur dan sosioekonomi orang Melayu. Antara faktor yang menentukan aliran ini adalah perkembangan peluang pelajaran tinggi dan kerja-kerja yang mendatangkan pendapatan tinggi, perkembangan peluang untuk menambah hak milik di bidang perusahaan, perniagaan dan pertanian serta pemindahan penduduk desa ke bandar.Di samping itu, terdapat satu perkembangan yang penting dalam menilai pencapaian orang-orang Melayu dalam pelaksanaan DEB iaitu lahirnya golongan Melayu menengah. Kedudukan mereka dianggap 'istimewa' sebagai wakil kaum Melayu menyahut seruan kerajaan dalam melaksanakan DEB. Mereka mengambil bahagian yang cergas dalam bidang perniagaan dan perusahaan serta menikmati kemudahan yang diberikan seperti lesen dan pinjaman perniagaan.Golongan menengah Melayu secara kumpulannya, meningkat dari segi kenaikan pangkat dan pendapatan yang cepat. Sebagai wakil kaum Melayu mereka ini sedang mengalami proses konsolidasi untuk mempertahankan dan memperbaiki kedudukan mereka secara persendirian mahupun secara kumpulan. Perkembangan ini mewujudkan kuasa kewangan di kalangan mereka dan ia dapat menentukan pendidikan generasi masa hadapan.Menurut Masalah Dan Prospek Ekonomi Bumiputera (1978) sementara golongan Melayu ini berperanan di dalam perniagaan dan perusahaan, pada penghujung tahun 60-an, bandar-bandar besar Malaysia mula membangun dan aliran pembangunan yang pesat mula dikesan. Tidak lama selepas pelancaran DEB, bandar-bandar terutamanya Kuala Lumpur telah menghadapi 'property boom' dan menarik ramai golongan Melayu di bandar terhadap peluang kekayaan melalui pemilikan dan spekulasi tanah bandar. Apakah keadaan ini dapat melahirkan golongan usahawan di kalangan orang-orang Melayu berpandukan kelebihan pemilikan tanah atau mereka hanya berfungsi sebagai masyarakat 'statik' dengan memberi laluan kepada kaum asing mengembangkan perekonomian negara? Oleh hal demikian, masyarakat Melayu menonjolkan diri dalam bidang keusahawanan serta membentuk satu masyarakat perdagangan dan perindustrian seterusnya memenuhi matlamat DEB yakni menyusun semula masyarakat. Antara rancangan kerajaan dalam Rancangan Malaysia Pertama (1966-70) lalah mewujudkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dipertanggunjawabkan untuk mencapai matlamat mempertingkatkan kedudukan kaum Melayu dari segi kedudukan ekonomi.Tugas pertama MARA ialah memberikan pendidikan dan latihan, bantuan teknik dan kewangan, menubuhkan perusahaan baru dan memberi khidmat pengurusan. Kedua, MARA berperanan aktif dalam projek perniagaan dan perindustrian secara bersendirian atau usahasama dengan modal tempatan dan asing. Penyertaan ini bertujuan untuk memindahkan hak milik kepada golongan usahawan Melayu.Rasionalnya; pelaksanaan DEB memperkuatkan lagi matlamat pemerintah untuk melahirkan golongan usahawan Melayu dan menjamin agar ekonomi Melayu cidak ketinggalan. MenurutAnuwar Ali &C Rajah Rasiah, 1996: 82, kejayaan DEB dan usaha membangunkan ekonomi Melayu sebenarnya bergantung penuh pada bangsa Melayu itu sendiri.Masalah Dan Prospek Ekonomi Bumiputera (1978) tegasnya, orang-orang Melayu tidak seharusnya menggunakan 'hak-hak istimewa' Melayu berlandaskan undang-undang mahupun akta-akta yang memihak kepada bangsa Melayu sehingga tidak mampu mengembangkan potensi ekonomi. Kebanyakan kemajuan yang dicapai oleh orang-orang Melayu masih menggambarkan jurang yang besar. Umpamanya; daripada bilangan lesen yang dikeluarkan pada tahun 1976, hanya 14.9% dimiliki oleh kaum bumiputera. Kelebihan yang diberikan oleh kerajaan harus digunakan sepenuhnya oleh masyarakat Melayu yang ingin mempertingkatkan graf pencapaian dalam perekonomian setanding dengan kaum-kaum asing di negara ini.Secara tidak langsung ia menunjukkan bahawa pelaksanaan DEB dapat menyusun semula masyarakat dengan menekankan penglibatan kaum Melayu dalam kegiatan ekonomi moden yang bertapak di bandar dan ia meningkat dalam sektor ekonomi moden seperti perkilangan dan perkhidmatan di bandar. Penyertaan golongan pemodal Melayu dalam sektor perindustrian amat kurang, kerana sebelum tahun 1957 pihak penjajah tidak memberikan sebarang sokongan institusi yang berkesan kepada orang Melayu untuk bergiat dalam perniagaan apatah lagi dalam sektor perindustrian.Apa yang wujud hanyalah perniagaan dan perindustrian bersifat kecil-kecilan dan tidak mampu melahirkan golongan usahawan Melayu yang bersifat korporat.Terdapat pelbagai langkah yang diambil oleh kerajaan untuk melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera dengan harapan dapat menambah penyertaan kaum Melayu dalam bidang perniagaan dan perindustrian. Dari aspek perindustrian, strategi terpenting adalah meningkatkan peranan IKS terutama melahirkan golongan usahawan Melayu yang benar-benar tulen dan dinamis.Sejajar dengan itu, beberapa kementerian terutamanya Kementerian Kewangan, Kementerian Perusahaan Awara menyokong pengembangan industri kecil-kecilan terutama yang ditubuhkan oleh pemodal Melayu mahupun bumiputera. Kegiatan mereka merangkumi berbagai-bagai bidang, antaranya bantuan kewangan, teknologi,perkhidmatan dan pengurusan.Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang digubal memberikan tumpuan kepada pembentukan satu Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).Menurut Laporan Kongres Ekonomi Bumiputera Ke-3, 1992: 251, DPN menjelaskan bahawa pemilikan ekuiti tidak mencukupi untuk menggalakkan penyertaan bumiputera dalam bidang perniagaan. Oleh hal demikian, penekanan perlu dialihkan kepada penyusunan semula dan segi gunatenaga dan pengurusan.. Apa yang dapat dinyatakan di sini ialah orangorang Melayu masih menghadapi masalah yang agak kritikal dalam usaha menempatkan diri mereka dalam kelompok usahawan yang berjaya. Perubahan paradigma ke arah mewujudkan satu MPPB akan memberi nafas baru kepada orang-orang Melayu untuk menaikkan taraf ekonomi mereka serta memberi sumbangan positif ke arah pembangunan negara.