mentaksir bahasa lisan
DESCRIPTION
lisanTRANSCRIPT
MENTAKSIR BAHASA LISAN
Rajah 1 : Ringkasan Rangka kursus
KANDUNGANLisan adalah pertuturan atau percakapan. Apabila seseorang bertutur, ia bukan hanya melibatkan kemahiran bertutur sahaja tetapi juga melibatkan kemahiran mendengar. Ini bermakna kemahiran lisan merangkumi dua kemahiran penting iaitu mendengar dan bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan dengan baik, seseorang itu perlu menguasai kedua-dua kemahiran ini. Sebagai contoh, kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran akan mengalami masalah pertuturan juga. Malah bagi kes masalah pendengaran yang teruk (pekak), kanak-kanak tersebut tidak dapat bertutur langsung atau dikatakan sebagai bisu.Mendengar adalah kemahiran awal yang dikuasai oleh kanak-kanak dalam perkembangan pemerolehan bahasanya. Lundsteen (1979) telah mendefinisikan mendengar sebagai satu proses minda yang memberi makna kepada bahasa pertuturan.
Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan (artikulator) ,ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa manusia. Kemahiran bertutur dikuasai oleh kanak-kanak hasil daripada meniru atau mengajuk pertuturan orang dewasa di sekelilingnya. Rangsangan dan ganjaran yang diterimanya akan menggalakkannya mengulang-ulang perkataan yang disebutnya sehingalah ia dapat menguasai pertuturan yang lebih kompleks. Apabila kemahiran bertutur sudah dikuasai, kanak-kanak akan mula berinteraksi dengan orang lain di sekelilingya. Sebab itulah orang dewasa perlu menunjukkan model pertuturan yang baik kepada kanak-kanak bagi membolehkan mereka bertutur dengan berkesan.
Kesimpulannya, kemahiran lisan terdiri daripada dua aspek penting iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan, kanak-kanak perlulah menguasai kedua-dua aspek ini dengan baik terlebih dahulu. Kanak-kanak yang mahir dalam bahasa lisan akan dapat melahirkan perasaan dan pendapat dengan baik, dan akan lebih yakin untuk berinteraksi dengan orang lain dalam apa jua situasi.
KOMPONEN-KOMPONEN BAHASA LISANBahasa terdiri daripada beberapa komponen. Terdapat tiga komponen asas bahasa iaitu bentuk (fonologi, morfologi, sintaksis), Kandungan (semantik) , dan penggunaan (pragmatik). Setiap komponen ini mempunyai sistem dan peraturan tersendiri.
i.Bentuk
Fonologi
Fonologi merujuk kepada bunyi-bunyi bahasa yang diucapkan dan peraturan-peraturan bagi menentukan bagaimana bunyi-bunyi itu digunakan. Apabila kita menyebut perkataan-perkataan, kita dapat membezakan bunyi di antara perkataan tersebut dan seterusnya pula membezakan maknanya. Misalnya perkataan pin dan tin, perbezaan bunyi utama adalah pada awal perkataan-perkataan tersebut. Walaupun perkataan-perkaaan ini berbeza hanya pada satu bunyi sahaja tetapi perbezaan bunyi ini menghasilkan dua perkataan dan masing-masing mempunyai makna yang berbeza. Morfologi Morfologi adalah bidang yang mengkaji struktur kata atau bidang yang mengkaji proses pembentukan perkataan daripada unsur makna yang paling asas (morfem). Morfem adalah adalah kesatuan (unit) tatabahasa yang terkecil yang mempunyai erti dalam struktur sesuatu bahasa. Morfem terdiri darpada morfem bebas dan morfem terikat.
Morfem bebas (kata akar) adalah morfem yang tanpa bantuan dari morfem lain sudah dapat berdiri sebagai perkataan. Manakala morfem terikat (imbuhan) pula adalah morfem yang hanya memberi erti setelah diimbuhkan dengan morfem lain. Morfem terikat tidak dapat berdiri sebagai perkataan. Misalnya perkataan berlari, ber- adalah morfem terikat dan ia memerlukan lari untuk membentuk perkataan berlari. Di sini lari adalah morfem bebas dan ia boleh berdiri dengan sendiri sebagai perkataan tanpa bantuan morfem lain.
Sintaksis atau ayat
Sintaksis adalah unsur terbesar dalam tatatingkat tatabahasa. Sintaksis boleh terbina daripada unit-unit tatabahasa yang lebih kecil seperti frasa, perkataan, dan morfem. Sintaksis juga merupakan satu bentuk pengucapan yang didahului dan diakhiri dengan kesenyapan serta mengandungi fikiran yang sempurna.
ii.KandunganKomponen kandungan terdiri daripada semantik (makna) yang merujuk kepada cara perkataan-perkataan digunakan secara bermakna dalam komunikasi. Pada asasnya semantik melibatkan perbendaharaan kata sesuatu bahasa atau leksikon. Fonem-fonem yang bergabung akan membentuk perkataan, dan perkataan digunakan untuk mewakili benda, konsep, pengalaman dan sebagainya.
iii. Pragmatik (Penggunaan)Bahasa digunakan atas sebab-sebab yang tertentu yang khusus dan tanpa sebab-sebab ini tidak ada makna kita berbahasa. Jadi kita berbahasa adalah untuk mencapai matlamat komunikasi dan juga fungsi sosial. Aspek bahasa inilah yang dikatakan sebagai pragmatik, dan Bates (1976) mengatakan bahawa pragmatik adalah sebagai peraturan menggunakan bahasa dalam konteks. Manakala Prutting (1982) pula menganggap pragmatik sebagai kecekapan sosial.
Wood (1982) menyatakan bahawa aspek pragmatik bahasa termasuklah:
i. menyampaikan mesej yang dikehendaki secara lisan dan bukan lisan dalam interaksi komunikasi secara memilih kandungan, bentuk, dan gerak badan yang bersesuaian dengan konteks dan situasi,
ii. mengembangkan kemahiran berbahasa untuk perkembangan kemahiran interpersonal, kreativiti, dan pembentukan tingkah laku.BAHASA RESEPTIF DAN BAHASA EKSPRESIF
Bahasa terdiri daripada bahasa penerimaan (receptive) dan bahasa pelahiran (expressive) yang terdapat dalam bentuk lisan dan tulisan. Bahasa penerimaan merupakan keupayaan memahami input komunikasi bahasa sama ada dalam bentuk percakapan ataupun penulisan. Penguasaan bahasa yang tinggi, misalnya mempunyai perbendaharaan kata yang banyak akan memudahkan pemahaman seseorang tentang perkara yang didengar ataupun dibacanya. Sebaliknya, bahasa pelahiran merupakan bentuk bahasa yang dipertuturkan atau ditulis. Bagi kedua-dua jenis bahasa ini, selain perlu mempunyai perbendaharaan kata yang banyak, seseorang itu perlu juga menguasai aspek bahasa yang lain seperti tatabahasa, bentuk bahasa, semantik, dan juga pragmatik.
Bahasa penerimaan dan bahasa pelahiran merupakan aspek penting dalam komunikasi lisan sebagai mana yang digambarkan dalam model komunikasi di bawah.
Model Proses Komunikasi
Idea A B
Idea
(pengirim) (penerima)
(penutur) (pendengar)
BERTUTUR gelombang MENDENGAR bunyi
Kem. menyampaikan Kem. mentafsir
mesej (ekspresif) mesej (reseptif)
MENULIS gelombang MEMBACA
cahaya
MASALAH BAHASA RESPTIF DAN BAHASA EKSPRESIFMasalah bahasa lisan juga ditunjukkan melalui bahasa penerimaan dan bahasa pelahiran. Seorang guru yang peka akan dapat mengesan masalah bahasa penerimaan dan bahasa pelahiran pelajarnya melalui pemerhatian sewaktu aktiviti pembelajaran dalam kelas, aktiviti luar kelas, ketika bermain, dan sebagainya. Kedua-dua kemahiran ini perlu dikuasai secara seiring supaya seseorang kanak-kanak itu berupaya berinteraksi secara lisan dengan baik. Berikut adalah beberapa tingkah laku yang menunjukkan kanak-kanak mengalami masalah bahasa penerimaan dan pelahiran.Individu yang menghadapi masalah bahasa penerimaan menghadapi masalah memahami percakapan atau bacaan. Mereka akan menunjukkan ciri-ciri tingkah laku seperti berikut;i. bertindak balas secara tidak konsisten terhadap bunyi atau percakapan
ii. mempunyai tumpuan singkat walaupun terhadap perkara yang diminati
iii. kadang-kadang tidak menunjukkan sebarang reaksi (blank) ketika orang lain bercakap dengannya
iv. sukar memahami konsep yang abstrak
v. mudah tertarik dengan bunyi-bunyi luaran ketika bercakap dengannya
vi. ada masalah dengan perkataan banyak makna
vii. bermasalah mengenal hubungan perkataan dengan idea
viii. kerap memberi jawapan yang tidak sesuai
ix. sukar mempelajari makna perkataan baru
x. bermasalah dalam urutan peristiwa (cth: hari dalam seminggu)
xi. Kerap mengulangi soalan daripada memberi jawapan kepada soalan
itu
Begitu juga dengan masalah bahasa pelahiran. Individu yang menghadapi masalah bahasa pelahiran juga akan menunjukkan ciri-ciri tingkah laku berikut;
i. seorang pendiam
ii. tidak mengambil bahagian dalam perbincangan kelas
iii. kerap salah menggunakan perkataan
iv. menggunakan perkataan dengan susunan yang salah dalam ayat
v. lesu dan tidak bersemangat ketika bercakap
vi. banyak menggunakan gerakan fizikal daripada ekspresi verbal
vii. tidak dapat mencari perkataan-perkataan untuk penerangan dalam perbualan atau menulis
viii. sentiasa menggunakan ayat-ayat pendek
ix. berjalan-jalan bila diajukan soalan atau mendengar cerita
x. menggunakan perkataan secara berlebihan untuk menjelaskan idea yang konkrit
xi. gagal memahami petunjuk (kiu) yang menandakan dia perlu berhenti bercakap
xii. sangat sukar mengingat
Pendekatan interaktif atau komunikatif sangat berkesan untuk membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah bahasa pelahiran atau bahasa penerimaan. Kanak-kanak ini perlu digalakkan berinteraksi sesama rakan sebaya mereka, dengan guru, dan ibu bapa dalam pelbagai situasi seperti ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, ketika melakukan aktiviti luar kelas seperti lawatan, permainan, dan sebagainya.,
CARA MENTAKSIR BAHASA LISAN
Apabila kita hendak mentaksir kemahiran lisan seseorang murid pada peringkat sekolah rendah, terlebih dahulu perlu diuji tahap kemahiran kemahiran mendengar dan bertutur mereka kerana kedua-dua kemahiran ini adalah tunjang kepada kemahiran lisan. Ujian ini boleh dilaksanakan secara tidak formal atau secara formal. Manakala pada peringkat yang lebih tinggi kedua-dua kemahiran ini boleh dijalankan serentak dan dalam bentuk formal.
1. Menilai kemahiran mendengar
Penilaian kemahiran mendengar bukan hanya untuk menilai kemahiran mendengar sahaja tetapi juga adalah untuk menguji kefahaman mereka. Ujian kemahiran mendengar dapat dijalankan dalam berbagai-bagai cara. Bagi peringkat rendah, ujian mendengar hanya tertumpu kepada kemahiran mendengar dan melaksanakan arahan. Manakala bagi peringkat menengah pula lebih tertumpu kepada aspek pemahaman.Antara bentuk ujian mendengar yang boleh dilasanakan di peringkat rfendah adalah seperti;
i. mendengar dan mengenal objek dengan perkataan
ii. memaham maksud ayat
iii. melaksanakan arahan
iv. mengengar dan mengecam bunyi
v. mendengar untuk mendiskriminasi butiran
vi. mendengar dan memadan, dan sebagainya.
Contoh ujian mendengar;
Kemahiran: Mendengar dan membezakan bunyi
Isi: Mengenal pasti jenis kenderaan berdasarkan bunyi
Bahan: Rakaman bunyi beberapa kenderaan, beberapa kenderaan mainan
Prosedur: 1. Murid mendengar bunyi kenderaan tertentu ( siren kereta poli, siren bomba
dll) 2. Murid memilih kenderaan yang difikirkan bersesuaian dengan bunyinya
3. Guru merekodkan jawapan murid
2. Menlai kemahiran bertutur
Antara cara yang boleh digunakan oleh guru untuk menguji kemahiran bertutur muridnya adalah seperti berikut;
i. bertutur berdasarkan gambar
ii. bercerita berdasarkan gambar bersiri
iii. mendengar dan bercakap
iv. bercerita peristiwa yang dialami
v. menerangkan cara membuat sesuatu, dan sebagainya.
Guru akan mencatatkan masalah murid semasa mereka bercakap atau bercerita. Guru boleh merakamkan pertuturan murid dan membuat penilaian kemudiannya dengan lebih teliti.
3. Menilai kemahiran lisan sekolah menengah Bagi pelajar sekolah menengah, ujian lisan bukan hanya melibatkan sebutan, intonasi, kelancaran, dan sebagainya, namun kemahiran-kemahiran mendengar dan bertutur dibuat serentak dan melibatkan pemahaman. Ujian dibuat secara formal, misalnya Ujian Lisan Bahasa Melayu peringkat PMR dan SPM. Ujian lisan peringkat tinggi boleh juga dibuat secara tidak formal.
Antara aspek yang dinilai dalam ujian lisan peringkat tinggi ini adalah;
i. bacaan nyaring/mekanis yang dinilai dari segi sebutan, kelancaran, keteloran, intonasi,
dan kefasihan.ii. menjawab soalan kefahaman secara lisan (berdasarkan artikel yang dibaca secara
nyaring sebelumnya)
iii. Perbualan mengikut tajuk yang dijalankan secara perbualan, bersoal jawab atau
berbincang.Menjalankan uijian lisan kepada murid berkeperluan khas adalah sukar kerana susah untuk menarik perhatian mereka dan juga mengekalkan tumpuan mereka terhadap ujian tersebut. Oleh itu ujian perlu diubah suai supaya lebih menarik dan tidak begitu menekankan sangat soal masa. Maknanya ujian boleh dibuat secara tidak formal mengikut kesediaan murid.
Kesemua jenis ujian di atas boleh dibuat dalam berbagai-bagai cara. Antaranya adalahi. Penilaian orang lain
Melalui kaedah ini, guru boleh mengumpul maklumat tentang tahap kemahiran lisan muridnya berdasarkan maklumat yang diberi oleh orang lain seperti rakan sekelas, guru mata pelajaran, ibu bapa dan sebagainya. Maklumat yang dikumpul akan dapat memberi gambaran awal kemahiran lisan murid kepada guru.ii. Pemerhatian
Tahap kemahiran lisan murid boleh juga didapati melalui pemerhatian. Pemerhatian boleh dilakukan secara tidak formal seperti di kantin, semasa melakukan aktiviti di dalam kelas, aktiviti luar kelas seperti lawatan, dan sebagainya. Pemerhatian yang dibuat secara formal memerlukan borang senarai semak atau catatan anekdot. Pemerhatian boleh dibuat semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, di kantin dan sebagainya mengikut objektif penilaian yang hendak dilaksanakan itu.
iii. Sampel bahasaApakah yang dimaksudkan dengan sampel bahasa? Sampel bahasa bermaksud guru mengambil satu contoh (sampel) pertuturan murid untuk dinilai. Misalnya guru merakamkan perbualan muridnya untuk dibuat penelitian selepas itu. Bagi seseorang yang hendak mengkaji dialek kelantan misalnya, dia boleh merakamkan percakapan responden dalam dialek kelantan. Selepas itu dia akan membuat transkripsi fonetik bagi setiap patah perkataan yang dituturkan dan kemudiannya membuat analisis mengikut objektif kajiannya.KESIPMPULANApabila diteliti perkembangan bahasa kanak-kanak, ianya bermula daripada proses mendengar terlebih dahulu dan diikuti dengan meniru atau mengajuk bunyi-bunyi yang didengar dan seterusnya bercakap. Kemahiran lisan yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak terdiri daripada dua kemahiran iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Keupayaan bahasa lisan kanak-kanak dapat dilihat berdasarkan kebolehannya menguasai kemahiran bahasa ekpresif/pelahiran dan bahasa reseptif/penerimaan. Kemahiran lisan kanak-kanak boleh diukur melalui berbagai cara dan teknik pengujian sama ada secara formal atau tidak formal. Namun begitu ujian lisan bagi kanak-kanak berkeperluan khas perlu diubah suai supaya lebih menarik dan tidak terikat kepada faktor masa.LATIHAN
1. Apakah yang dimaksudkan dengan keteloran? Bagai manakah anda melaksanakan ujian untuk mengetahui dengan lebih mendalam masalah keteloran yang dihadapi oleh murid anda.
2. Huraikan jenis-jenis ujian lisan lain yang boleh dilaksanakan oleh
guru ke atas murid-muridnya. SELAMAT BELAJAR DAN SEMOGA BERJAYA
PENTAKSIRAN KEMAHIRAN MENULIS
Komponen bahasa lisan
Masalah bahasa reseptif dan bahasa ekspresif
Bahasa reseptif dan bahasa ekspresif
Cara pentaksiran
23