14. penyajian lisan dan tulisan - philosophia … penyajian lisan dan tulisan penguasaan bahasa...

21
1 PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN Penguasaan bahasa Melayu tidak hanya dilihat dari segi kemampuan seseorang pengguna bahasa menguasai rumus-rumus tatabahasa tatabahasa tetapi juga perlu mengintegrasikan mekanik bahasa dengan aspek sosial dan budaya bahasa. Untuk tujuan ini, seseorang pengguna bahasa mestilah dapat menguasai aspek kesopanan dan kesantunan berbahasa, iaitu menggunakan neka bahasa. MINGGU 12

Upload: doantu

Post on 23-May-2018

227 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: 14. Penyajian Lisan dan Tulisan - PHILOSOPHIA … PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN Penguasaan bahasa Melayu tidak hanya dilihat dari segi kemampuan seseorang pengguna bahasa menguasai rumus-rumus

1

PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN

Penguasaan bahasa Melayu tidak hanya

dilihat dari segi kemampuan seseorang

pengguna bahasa menguasai rumus-rumus

tatabahasa tatabahasa tetapi juga perlu

mengintegrasikan mekanik bahasa dengan

aspek sosial dan budaya bahasa.

Untuk tujuan ini, seseorang pengguna bahasa

mestilah dapat menguasai aspek kesopanan

dan kesantunan berbahasa, iaitu

menggunakan neka bahasa.

MINGGU 12

Page 2: 14. Penyajian Lisan dan Tulisan - PHILOSOPHIA … PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN Penguasaan bahasa Melayu tidak hanya dilihat dari segi kemampuan seseorang pengguna bahasa menguasai rumus-rumus

2

Kesopanan Berkomunikasi Berdasarkan

Neka Bahasa

Neka Bahasa

Mengikut Abdullah Hassan (1997:237), neka

bahasa ialah jenis-jenis gaya bahasa yang

digunakan mengikut taraf penggunaan bahasa

dan penuturnya. Jenis bahasa ini dikenali

sebagai laras sosial.

Neka bahasa juga merujuk kepada penggunaan

bahasa menurut konteksnya, seperti bahasa

formal, bahasa tak formal, bahasa halus, bahasa

istana, dan lain-lain (Marzuki Nyak Abdullah,

1993: 155).

Page 3: 14. Penyajian Lisan dan Tulisan - PHILOSOPHIA … PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN Penguasaan bahasa Melayu tidak hanya dilihat dari segi kemampuan seseorang pengguna bahasa menguasai rumus-rumus

3

Jenis-jenis Neka Bahasa

Abdullah Hassan (1997: 237) membahagikan

neka bahasa kepada jenis yang berikut:

1. Neka Baku

2. Neka Istana

3. Neka Tempatan (Dialek)

4. Neka Basahan

5. Neka Sopan

6. Neka Mesra

7. Neka Remaja

8. Neka Manja

9. Neka Kasar

10. Neka Pasar

Page 4: 14. Penyajian Lisan dan Tulisan - PHILOSOPHIA … PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN Penguasaan bahasa Melayu tidak hanya dilihat dari segi kemampuan seseorang pengguna bahasa menguasai rumus-rumus

4

Pengelasan Bahasa Mengikut Neka

Pengelasan neka bahasa mengikut taraf

penggunaannya boleh dibuat berdasarkan:

• Kegunaan rasmi: neka baku dan neka istana.

• Kegunaan tidak rasmi: neka tempatan (dialek),

neka basahan, neka sopan, neka mesra, neka

manja, neka remaja, neka kasar, dan neka pasar.

Page 5: 14. Penyajian Lisan dan Tulisan - PHILOSOPHIA … PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN Penguasaan bahasa Melayu tidak hanya dilihat dari segi kemampuan seseorang pengguna bahasa menguasai rumus-rumus

5

Pemilihan Neka

Pemilihan neka bergantung kepada keadaan,

sama ada rasmi (formal) atau tidak rasmi (tidak

formal). Sesuatu keadaan itu dianggap formal

jika mempunyai ciri yang berikut:

• Tempat yang rasmi

• Upacara yang rasmi

• Kehadiran rasmi

• Tujuan rasmi

Page 6: 14. Penyajian Lisan dan Tulisan - PHILOSOPHIA … PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN Penguasaan bahasa Melayu tidak hanya dilihat dari segi kemampuan seseorang pengguna bahasa menguasai rumus-rumus

6

Penentuan Neka

Penggunaan neka yang betul amat perlu

diberikan perhatian. Hal ini disebabkan

kesilapan memilih atau menggunakan neka

yang betul untuk keadaan tertentu dianggap

melakukan kesilapan yang serius daripada

kesilapan tatabahasa. Dengan kata lain,

kesalahan ini berlaku disebabkan pengguna

tidak tahu menggunakan tatabahasa sosial

(social grammar).

Untuk mengelakkan perkara ini daripada

berlaku, pengguna bahasa Melayu perlulah:

1. Mengenal pasti neka bahasa Melayu.

2. Mengetahui peraturan tentang masa dan

tempat yang sesuai untuk menggunakan

sesuatu neka bahasa.

Page 7: 14. Penyajian Lisan dan Tulisan - PHILOSOPHIA … PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN Penguasaan bahasa Melayu tidak hanya dilihat dari segi kemampuan seseorang pengguna bahasa menguasai rumus-rumus

7

Peraturan Pemilihan Neka Bahasa

Kata Ganti Penggunaannya

Nama

Saya i. Bersifat rasmi – secara lisan

ii. Bersifat rasmi – secara tulisan

iii. Bercakap dengan orang yang

lebih tua atau muda tetapi

dimuliakan

iv. Bercakap dengan orang yang

tidak dikenali

Aku, kamu i. Bercakap dengan rakan sebaya

awak, engkau atau rakan yang akrab.

ii. Bercakap dengan orang yang

lebih muda atau lebih rendah

tarafnya.

Page 8: 14. Penyajian Lisan dan Tulisan - PHILOSOPHIA … PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN Penguasaan bahasa Melayu tidak hanya dilihat dari segi kemampuan seseorang pengguna bahasa menguasai rumus-rumus

8

Anda i. Bersifat rasmi – secara lisan

ii. Bersifat rasmi – secara tulisan

iii. Khalayaknya banyak

Beliau i. Bersifat rasmi – secara tulisan

ii. Bersifat rasmi – secara lisan

iii. Orang yang dirujuk lebih tua atau

muda tetapi dihormati

Dia i. Bersifat rasmi – secara tulisan

ii. Bersifat rasmi – secara lisan

iii. Orang yang dirujuk dianggap

sama taraf atau lebih rendah

Saudara, i. Bersifat rasmi – secara lisan

Saudari ii. Bersifat rasmi – secara tulisan

iii. Orang yang dirujuk masih muda

dan dimuliakan

iv. Orang yang dirujuk sebaya atau

lebih tua

Page 9: 14. Penyajian Lisan dan Tulisan - PHILOSOPHIA … PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN Penguasaan bahasa Melayu tidak hanya dilihat dari segi kemampuan seseorang pengguna bahasa menguasai rumus-rumus

9

Jenis-jenis Neka Bahasa

Neka bahasa yang diklasifikasikan mengikut

taraf penggunaan boleh dibahagikan kepada

beberapa jenis. Mengikut Abdullah Hassan

(1997: 240-247), neka bahasa dibahagikan

kepada:

1. Neka Baku

2. Neka Istana

3. Neka Tempatan

4. Neka Basahan

5. Neka Sopan

6. Neka Mesra

7. Neka Remaja

8. Neka Manja

9. Neka Kasar

10. Neka Pasar

Page 10: 14. Penyajian Lisan dan Tulisan - PHILOSOPHIA … PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN Penguasaan bahasa Melayu tidak hanya dilihat dari segi kemampuan seseorang pengguna bahasa menguasai rumus-rumus

10

Neka Baku

• Dikenali sebagai bahasa sekolah, bahasa buku

atau bahasa standard

• Digunakan dalam situasi formal (rasmi)

• Ditandai oleh penggunaan tatabahasa yang betul

• Sejenis bahasa yang dipelajari melalui proses

pendidikan formal kerana neka baku tidak

mempunyai penutur jati atau tidak ada penutur

yang menuturkan neka baku sebagai bahasa

ibunda

Page 11: 14. Penyajian Lisan dan Tulisan - PHILOSOPHIA … PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN Penguasaan bahasa Melayu tidak hanya dilihat dari segi kemampuan seseorang pengguna bahasa menguasai rumus-rumus

11

Neka Istana

• Sejenis bahasa yang digunakan dalam istana

atau oleh kerabat diraja dalam upacara seperti

pertabalan. Di luar istana, seseorang sultan akan

menggunakan neka istana dalam majlis formal

atau rasmi.

• Kerabat diraja boleh membuat pilihan, sama ada

hendak menggunakan neka istana atau tidak

apabila berkomunikasi dengan rakyat.

Bagaimanapun, rakyat perlu menggunakan neka

istana apabila berkomunikasi dengan golongan

raja.

• Neka istana ditandai oleh kata tertentu yang

bersifat khusus, contohnya:

beta bersiram santap beradu

istana titah kurnia murka

gering mangkat dirgahayu perkenan

Page 12: 14. Penyajian Lisan dan Tulisan - PHILOSOPHIA … PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN Penguasaan bahasa Melayu tidak hanya dilihat dari segi kemampuan seseorang pengguna bahasa menguasai rumus-rumus

12

Neka Tempatan

• Bentuk penggunaan bahasa berdasarkan negeri

atau daerah, dan digunakan dalam kalangan

anggota dialek yang serupa.

• Anggota dialek yang sama boleh menggunakan

neka dialek untuk tujuan rasmi (bukan keadaan

rasmi).

• Neka dialek juga digunakan dalam keadaan tidak

rasmi, misalnya di kedai kopi, pasar, rumah atau

di padang bola.

• Apabila dua orang yang menuturkan dialek yang

berbeza berkomunikasi, mereka akan

menggunakan neka basahan apabila

berkomunikasi dalam situasi tidak rasmi. Dalam

keadaan rasmi, mereka menggunakan neka baku.

Page 13: 14. Penyajian Lisan dan Tulisan - PHILOSOPHIA … PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN Penguasaan bahasa Melayu tidak hanya dilihat dari segi kemampuan seseorang pengguna bahasa menguasai rumus-rumus

13

Neka Basahan

Neka bahasa yang digunakan dalam keadaan

tidak rasmi. Dalam keadaan rasmi, neka bahasa

tidak boleh digunakan. Neka basahan tidak

digunakan dalam bentuk tulisan tetapi hanya

dalam wacana lisan.

Ciri-ciri neka basahan:

• Tidak menggunakan peraturan tatabahasa yang

lengkap.

• Imbuhan yang biasa digugurkan dalam neka

basahan ialah imbuhan aktif –me.

• Imbuhan pasif di- dan ter- banyak digunakan

dalam neka basahan.

• Pengguguran imbuhan transitif –i dan per-

Page 14: 14. Penyajian Lisan dan Tulisan - PHILOSOPHIA … PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN Penguasaan bahasa Melayu tidak hanya dilihat dari segi kemampuan seseorang pengguna bahasa menguasai rumus-rumus

14

Perbezaan Neka Baku dengan Neka Basahan

Dari segi kosa kata, terdapat tiga perbezaan

antara neka baku dengan neka basahan, iaitu:

• Perbezaan kata yang berbeza untuk makna yang

serupa

Neka Baku Neka Basahan

beliau dia

ibu emak

guru cikgu

anda awak

bagaimana macam mana

mengapa kenapa

oleh sebab sebab

daripada dari14

minat suka

sila jemput

sedang tengah

Page 15: 14. Penyajian Lisan dan Tulisan - PHILOSOPHIA … PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN Penguasaan bahasa Melayu tidak hanya dilihat dari segi kemampuan seseorang pengguna bahasa menguasai rumus-rumus

15

• Bentuk kependekan perkataan

Neka Baku Neka Basahan

hendak nak

sudah dah

ini ni

mahu mau

• Perubahan bunyi

Neka Baku Neka Basahan

kecil kecik

kah ke

biji bijik

nasi nasik

bawa bawak

bapa bapak

juga jugak

pula pulak

Page 16: 14. Penyajian Lisan dan Tulisan - PHILOSOPHIA … PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN Penguasaan bahasa Melayu tidak hanya dilihat dari segi kemampuan seseorang pengguna bahasa menguasai rumus-rumus

16

Neka Sopan

• Digunakan dalam bentuk tulisan dan lisan. Ciri

neka sopan yang paling ketara dapat dilihat dari

segi penggunaan kata ganti diri.

• Digunakan apabila seseorang penutur atau

pengguna bahasa bercakap atau menulis kepada

orang yang lebih tinggi tarafnya.

• Dalam masyarakat Melayu, kebiasaan kata ganti

nama diri kedua digantikan dengan panggilan

khas mengikut kedudukan atau taraf sosial.

• Kata panggilan yang bersifat kekeluargaan tidak

boleh digunakan dalam komunikasi formal yang

melibatkan bukan anggota keluarga.

Page 17: 14. Penyajian Lisan dan Tulisan - PHILOSOPHIA … PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN Penguasaan bahasa Melayu tidak hanya dilihat dari segi kemampuan seseorang pengguna bahasa menguasai rumus-rumus

17

Neka Mesra

• Neka yang digunakan oleh orang yang

mempunyai ikatan hubungan persahabatan yang

rapat.

• Kata ganti nama yang digunakan dalam neka

mesra ialah seperti aku, engkau, atau dalam

bentuk dialek seperti hang, demo, dan lain-lain.

• Kata ganti nama orang kedua digantikan dengan

panggilan khas mengikut usia, seperti kakak,

abang, pak cik, along dan sebagainya.

• Panggilan khas mengikut usia bagi orang yang

tidak dikenali tidak boleh digunakan kerana

dianggap sebagai biadap.

• Panggilan khas mengikut usia seperti kakak, pak

cik, mak ngah hanya boleh digunakan untuk

orang yang ada hubungan rapat dengan penyapa,

misalnya orang sekampung atau yang sangat

dikenali.

Page 18: 14. Penyajian Lisan dan Tulisan - PHILOSOPHIA … PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN Penguasaan bahasa Melayu tidak hanya dilihat dari segi kemampuan seseorang pengguna bahasa menguasai rumus-rumus

18

Neka Remaja

• Dikenali juga sebagai neka kutu.

• Mengandungi kata dan perkataan yang

mempunyai makna tersendiri, contohnya:

bergetah

mambang

awek

cun

mengancam

tangkap cintan

cinabeng

• Perkataan yang digunakan berstatus rendah

• Kata dan frasa berubah mengikut generasi

Page 19: 14. Penyajian Lisan dan Tulisan - PHILOSOPHIA … PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN Penguasaan bahasa Melayu tidak hanya dilihat dari segi kemampuan seseorang pengguna bahasa menguasai rumus-rumus

19

Neka Manja

• Digunakan dalam kalangan anggota dalam

sesebuah keluarga untuk memperlihatkan

kemanjaan.

• Ciri utama neka manja ialah penggantian kata

ganti nama orang pertama dengan nama diri,

misalnya Fatimah akan membahasakan dirinya

Mah atau Timah.

• Penggunaan neka ini dalam kalangan penghibur

atau artis dalam wawancara atau temu bual di

khalayak ramai dianggap perbuatan mengada-

ngada kerana mereka bukan bercakap dengan

anggota keluarga mereka.

Page 20: 14. Penyajian Lisan dan Tulisan - PHILOSOPHIA … PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN Penguasaan bahasa Melayu tidak hanya dilihat dari segi kemampuan seseorang pengguna bahasa menguasai rumus-rumus

Neka Kasar

Neka kasar digunakan dalam suasana emosi

yang negatif seperti marah, benci atau

tersinggung, iaitu apabila hilang rasa hormat

kepada orang yang disapa. Dua ciri utama

neka kasar ialah:

1. Penggunaan kata ganti diri seperti aku, kamu,

awak, dan engkau.

2. Pemilihan atau penggunaan kata yang kasar,

misalnya:

otak untuk fikiran

jantan lelaki

betina

binatang

pelesit

nak mampus

Page 21: 14. Penyajian Lisan dan Tulisan - PHILOSOPHIA … PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN Penguasaan bahasa Melayu tidak hanya dilihat dari segi kemampuan seseorang pengguna bahasa menguasai rumus-rumus

21

Neka Pasar

Neka pasar atau bahasa pasar digunakan apabila

salah seorang penuturnya bukan penutur bahasa

Melayu jati.

Neka pasar juga digunakan apabila kedua-dua

penutur bukan penutur jati bahasa Melayu.

Neka pasar digunakan untuk tujuan tidak formal.

Neka pasar mempunyai ciri tatabahasa dan kosa

kata yang dipengaruhi oleh unsur bahasa asing,

seperti bahasa Cina atau bahasa Tamil,

contohnya:

1. Lu mana mau pigi?

2. Ibu besar punya rumah, siapa punya?