menjelang tahun 2020

4
Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri, iaitu mencapai kemajuan seimbang dari segi ekonomi, politik, sosial, keharmonian dan kebudayaan. Selaras dengan itu salah satu agenda penting kerajaan adalah untuk membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Oleh itu kementerian pelajaran mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam membangunkan warganegara yang bersifat progresif, bermoral dan beretika tinggi selain daripada melahirkan warganegara yang berpengetahuan dan berkemahiran. Semester ini, BIG fasa kelima terbahagi kepada dua komponen, iaitu ceramah dan lawatan penandaarasan. Setelah mengikuti lawatan di SK. Setiawangsa pada 18 Mac 2014 semua guru pelatih PISMP semester lima diwajibkan untuk menghadiri ceramah yang diadakan di Dewan Darul Makmur selama empat jam. Bengkel ini terbahagi kepada dua sesi. Dalam sesi pertama, En.Fauzi menjelaskan tentang Surat Pekeliling Ikthisas yang merupakan rujukan panduan kepada semua guru. Dalam sesi ini, saya mendapat tahu bahawa Surat Pekeliling Ikhtisas merupakan satu warta kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang diedarkan dari semasa ke semasa kepada warga pendidik. Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan bertujuan untuk memberi peringatan dan langkah keselamatan dan langkah kawalan dan pencegahan bagi tujuan penjimatan dan salah guna. Selain itu, Surat Pekeliling Ikhtisas merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan perkhidmatan.

Upload: karpagam-subramaniam

Post on 14-Nov-2015

219 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri, iaitu mencapai kemajuan seimbang dari segi ekonomi, politik, sosial, keharmonian dan kebudayaan. Selaras dengan itu salah satu agenda penting kerajaan adalah untuk membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Oleh itu kementerian pelajaran mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam membangunkan warganegara yang bersifat progresif, bermoral dan beretika tinggi selain daripada melahirkan warganegara yang berpengetahuan dan berkemahiran.Semester ini, BIG fasa kelima terbahagi kepada dua komponen, iaitu ceramah dan lawatan penandaarasan. Setelah mengikuti lawatan di SK. Setiawangsa pada 18 Mac 2014 semua guru pelatih PISMP semester lima diwajibkan untuk menghadiri ceramah yang diadakan di Dewan Darul Makmur selama empat jam. Bengkel ini terbahagi kepada dua sesi. Dalam sesi pertama, En.Fauzi menjelaskan tentang Surat Pekeliling Ikthisas yang merupakan rujukan panduan kepada semua guru. Dalam sesi ini, saya mendapat tahu bahawa Surat Pekeliling Ikhtisas merupakan satu warta kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang diedarkan dari semasa ke semasa kepada warga pendidik. Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan bertujuan untuk memberi peringatan dan langkah keselamatan dan langkah kawalan dan pencegahan bagi tujuan penjimatan dan salah guna. Selain itu, Surat Pekeliling Ikhtisas merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan perkhidmatan.

Seterusnya saya telah mendengar perkongsian tentang Pekeliling Perkhidmatan. Pekeliling Perkhidmatan merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan perkhidmatan. Pekeliling Perkhidmatan juga merupakan satu punca kuasa yang perlu dipatuhi oleh penjawat awam. Selain itu, saya telah mendengar perkongsian mengenai guru dan perundangan. Saya amat tertarik untuk mendengar perkongsian tajuk ini kerana pembentang topik ini sangat kelakar sehingga membuatkan saya memberi perhatian yang lebih. Secara keseluruhannya, bengkel yang diadakan ini sangat menarik. Banyak input baru yang telah saya peroleh melalui bengkel ini. Info yang saya dapati dalam bengkel ini dapat memartabatkan profesyen perrguruan saya.

Sesi pertama tamat lebih kurang pada pukul 10.30 pagi. Semua guru pelatih diminta berehat selama setengah jam. Sesi kedua pula bermula pada 11.00 pagi. Sesi ini dikendalikan oleh Penolong Pegawai Daerah Kuala Lipis. Beliau menerangkan tentang peranan dan tanggungjawab PPD di Malaysia. Antara peranan PPD ialah seperti berikut: Mewakili JPN dalam segala urusan pentadbiran jabatan di peringkat daerah.

Bertanggung jawab mengenai perjalanan pentadbiran sekolah peringkat daerah.

Bertanggungjawab menggariskan dasar pentadbiran sekolah peringkat daerah.

Bertanggungjawab mengenai pertukaran dan penempatan guru-guru di sekolah termasuk urusan perlantikan, penempatan dan penamatan GSTT dan Guru Ganti.

Mencadangkan penempatan dan pertukaran penyandang jawatan kenaikan pangkat dan jawatan pengurusan serta jawatan kanan.

Bertanggungjawab mengenai pertukaran dan penempatan murid-murid sekolah di dalam daerah.

Bertanggungjawab mengenai keperluan pelajaran dari segi pengambilan tanah, pembangunan fizikal, kemudahansekolah, rumah guru dan asrama di peringkat daerah.

Memantau semua kegiatan kurikulum dan kokurikulum di peringkat daerah.

Berusaha bagi mempertingkatkan prestasi akademik dan kokurikulum sekolah-sekolah dalam daerahSebagai seorang bakal guru, saya dapat memahami peranan PPD dengan lebih teliti setelah mengikuti sesi ini. Selain itu, beliau juga menekankan kepentingan menulis buku rekod setiap hari di sekolah. Saya mendapat tahu bahawa guru boleh dikenakan tindakan jika mereka tidak menulis rancanagan pengajaran harian. Seterusnya, beliau memberitahu bahawa guru pada masa kini tidak dibenarkan mengamil tindakan terhadap pelajar secara sesuka hati. Kerana ini boleh menagkibatkan kesan yang buruk kepada guru tersebut. setiap tindakan guru haruslah berdasarkan undang-undang seperti Akta Pendidikan. Setelah sesi kedua tamat, bengkel diteruskan dengan majlis penutupan rasmi oleh Datuk, Jaafar Bin Idris. Sesi pemberian cenderamata berlangsung dan Datuk Pengarah menasihati semua guru pelatih untuk mengamalkan etika-etika keguruan apabila berada di sekolah kelak. Dalam bengkel ini, saya dapat menerapkan nilai-nilai bertanggungjawab, membina jati diri dan keyakinan secara tidak langsung. Ilmu ilmu yang saya dapati akan saya aplikasikan pada masa yang akan datang di sekolah. Bengkel tersebut banyak mendedahkan perkara yang saya tidak tahu terutamanya mengenai bidang keguruan. BIG kali dilaksanakan dengan jayanya dan kedua-dua komponen dapat dilaksanakan tanpa sebarang halangan. Sekian, terima kasih.