meningkatkan kemahiran murid mencongak fakta asas darab

25
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO Oleh: LAU AI YIAN Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sulong 83500 Pt.Sulong, Johor. ABSTRAK Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9 dalam kalangan murid- murid Tahun 5 melalui pendekatan permainan DOMINO. Kemahiran mencongak fakta asas darab merupakan asas yang penting dalam Matematik. Seramai enam orang murid Tahun 5 dan seorang guru penyelidik terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilakukan melalui pemerhatian, temubual, soal selidik, latihan bertulis dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid-murid kurang mahir dalam mencongak fakta asas darab. Kesukaran mengingat fakta asas darab menyebabkan murid-murid mengambil masa yang panjang untuk

Upload: lau-aiyian

Post on 05-Dec-2014

107 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Meningkatkan Kemahiran Murid Mencongak Fakta Asas Darab

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB

MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO

Oleh:

LAU AI YIAN

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sulong 83500 Pt.Sulong, Johor.

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran

mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9 dalam kalangan murid-murid Tahun

5 melalui pendekatan permainan DOMINO. Kemahiran mencongak fakta

asas darab merupakan asas yang penting dalam Matematik. Seramai enam

orang murid Tahun 5 dan seorang guru penyelidik terlibat dalam kajian ini.

Tinjauan awal telah dilakukan melalui pemerhatian, temubual, soal selidik,

latihan bertulis dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid-murid kurang

mahir dalam mencongak fakta asas darab. Kesukaran mengingat fakta asas

darab menyebabkan murid-murid mengambil masa yang panjang untuk

menyelesaikan soalan yang berkaitan pendaraban. Suatu perancangan

tindakan dibuat bagi meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab ini.

Sesi bimbingan dijalankan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran selama

empat minggu pada setiap hari Isnin hingga Khamis selama sejam bagi setiap

sesi. Maklumat daripada pemerhatian dan temu bual menunjukkan terdapat

peningkatan dari segi minat, sikap dan pencapaian murid dalam Matematik.

Setelah kajian tindakan dilaksanakan, keputusan ujian pos menunjukkan

peningkatan prestasi murid. Semua murid kumpulan sasaran saya dapat

menjawab semua soalan dengan tepat dan cepat. Secara keseluruhannya,

kajian tindakan ini telah dapat meningkatkan kualiti amalan pengajaran guru

dan pembelajaran murid dalam meningkatkan kemahiran mencongak fakta

asas darab hingga 9 x 9.

Page 2: Meningkatkan Kemahiran Murid Mencongak Fakta Asas Darab

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Pada tahun ini saya diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Matematik Tahun

5.Kelas Tahun 5 merupakan kelas yang baik dan murid-muridnya berpotensi untuk

mendapat gred A dalam Matematik. Untuk tujuan itu, perkara asas yang perlu

mereka kuasai adalah fakta asas darab (sifir).Saya telah memulakan sesi

pengajaran dan pembelajaran saya dengan menjalankan latihan mencongak secara

bertulis. Selepas setiap kali mengadakan latihan mencongak,saya menyemak

jawapan bersama murid-murid. Saya dapati mereka hanya peroleh markah antara

50% hingga 60% sahaja. Hal yang demikian mengecewakan saya. Enam orang

(16%) murid kelas saya tidak dapat menjawab dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Jika tempoh masa dipanjangkan mereka boleh menjawab dengan tepat. Pada

pendapat saya, keadaan ini tidak sepatutnya berlaku kepada kelas yang baik. Apa

yang berlaku setiap kali latihan mencongak dijalankan, mereka sering memberi

alasan tidak membawa buku dan sering mengeluh apabila disuruh membuat latihan

tersebut. Daripada temu bual secara tidak formal saya dapati kaedah mencongak

yang saya jalankan selama ini membosankan murid-murid dan sebagai seorang

guru saya akan cuba untuk menangani masalah ini.Memandangkan masalah murid-

murid dalam Matematik berpunca daripada kurang mahir atau kukuhnya mereka

dalam mencongak fakta asas darab maka saya mengambil inisiatif ini untuk

mengetengahkan kajian saya bagi membantu murid-murid menguasai fakta asas

darab yang sememangnya kurang dikuasai oleh murid dengan baik. Kemahiran

mencongak fakta asas darab merupakan asas yang penting terutamanya soalan

yang melibatkan penyelesaian masalah atau soalan Kertas 1. Saya berharap

sekiranya kajian saya ini berjaya, saya akan mengubah cara atau strategi

pengajaran dan pembelajaran ke arah yang lebih berkesan di samping memberi

keseronokan kepada murid-murid serta merealisasikan kata-kata bahawa

‘Mathematics is fun and easy’.

Page 3: Meningkatkan Kemahiran Murid Mencongak Fakta Asas Darab

2.0 FOKUS KAJIAN

Kumpulan sasaran saya merupakan murid yang tidak dapat mencongak dengan

tepat dan cepat apabila diberi soalan yang berkaitan dengan darab. Mereka masih

lagi termenung dan lambat memberi respon jika soalan yang berkaitan sifir diajukan

kepada mereka. Saya menggunakan pendekatan permainan domino dalam kajian

ini.

Kemahiran mencongak fakta asas darab adalah sangat penting dalam Matematik.

Sekiranya kemahiran ini tidak dapat dikuasai oleh murid dengan baik, maka

kesukaran menjawab soalan pendaraban dan soalan-soalan yang berkaitan dalam

tempoh masa yang ditetapkan akan timbul.Kajian yang dijalankan ini berfokus

kepada meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab supaya kaedah ini

dapat digunakan dalam menyelesaikan masalah Matematik dengan cepat. Di

samping itu, kajian ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan

daya ingatan murid-murid terhadap fakta asas darab.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Am

Membantu meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab hingga

9 x 9 dalam kalangan murid-murid Tahun 5 Arif dengan cepat dan tepat.

3.2 Objektif Khusus

3.2.1 Murid dapat memadankan soalan fakta asas darab dengan hasil

darabnya dengan tepat atau sebaliknya.

3.2.2 Murid boleh mencongak fakta asas darab secara bertulis dengan

tepat dan cepat.

3.2.3 Menimbulkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran

Matematik dan kemahiran mencongak fakta asas darab.

3.2.4 Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria

dan harmonis.

Page 4: Meningkatkan Kemahiran Murid Mencongak Fakta Asas Darab

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran saya terdiri daripada enam orang murid Tahun 5 Arif yang

didapati mempunyai masalah mencongak fakta asas darab. Murid-murid ini adalah

dalam kalangan murid-murid yang sederhana.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 TINJAUAN MASALAH 5.1.1 Pemerhatian Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini. Pemerhatian ini

dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, melalui

respon kepada soalan-soalan yang diajukan, latihan bertulis dan ujian pra.

5.1.2 Temu Bual Kaedah lain yang saya gunakan ialah temu bual yang mana dilakukan secara

tidak formal terhadap murid-murid kumpulan sasaran. Temu bual ini secara tidak

langsung dapat mengenali punca sebenar murid tidak dapat menguasai

kemahiran mengingat dan menghafal.

5.1 3 Soal Selidik Borang soal selidik disediakan dan diedarkan kepada murid-murid untuk

mengetahui maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran Matematik dan

mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. Borang ini diisi oleh murid-murid

untuk mendapatkan maklumat yang tepat.

5.1.4 Ujian Pra Ujian pra dijalankan untuk menguji tahap sebenar pencapaian murid-murid

dalam tajuk ‘Pendaraban Nombor Bulat Hingga 1 000 000’. Ujian pra dijalankan

sebelum sesi bimbingan bermula. Soalan Ujian Pra terdiri daripada 10 soalan

objektif dan murid-murid dikehendaki menunjukkan jalan kerja mengira di atas

kertas ujian.Tempoh masa menjawab adalah 15 minit.

Page 5: Meningkatkan Kemahiran Murid Mencongak Fakta Asas Darab

5.2 ANALISA TINJAUAN MASALAH

5.2.1 PemerhatianDaripada pemerhatian yang dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran,

didapati kaedah mencongak menjadi masalah kepada enam orang murid Tahun 5

Arif. Teknik hafalan fakta asas darab berbeza-beza antara seorang murid dengan

murid yang lain. Tiga orang (50%) daripada mereka menggunakan jari manakala

tiga orang (50%) lagi membaca secara berturutan. Pada pendapat saya, kaedah

mencongak fakta asas darab merupakan jalan terbaik kepada murid-murid saya

berbanding kaedah lain bagi membantu mereka mencapai gred yang baik dalam

Matematik.

5.2.2 Temu BualHasil temu bual daripada kumpulan sasaran, saya dapati semua (100%) murid

meminati mata pelajaran Matematik. Lima orang (83%) meminati tajuk

‘Pendaraban Nombor Bulat Hingga 1 000 000’. Enam orang (100%) mengatakan

mereka tidak berupaya mencongak fakta asas darab dengan alasan susah,

banyak sangat dan mudah lupa. Empat orang (67%) mengatakan teknik hafalan

yang mereka amalkan membosankan.

5.2.3 Soal Selidik

Jadual 1: Soal Selidik Berkaitan Matematik dan Kemahiran Mencongak

Fakta Asas Darab Hingga 9 x 9

BIL PERKARA SETUJU TIDAK SETUJUBIL % BIL %

1 Minat mata pelajaran Matematik. 6 100 0 02 Minat Tajuk ‘Pendaraban Nombor Bulat

Hingga 1 000 000’.5 83 1 17

3 Berupaya mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9.

0 0 6 100

4 Mudah lupa fakta asas darab. 4 67 2 335 Bosan menghafal fakta asas darab. 4 67 2 336 Berupaya menjawab dengan tepat

soalan pendaraban sekiranya tempoh6 100 0 0

Page 6: Meningkatkan Kemahiran Murid Mencongak Fakta Asas Darab

masa menjawab dipanjangkan.

Jadual 1 menunjukkan enam orang (100%) murid saya tidak berupayamencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. Empat orang murid (67%) mudah lupafakta asas darab hingga 9 x 9. Begitu juga, empat orang murid (67%) berasabosan menghafal fakta asas darab. Oleh kerana mereka tidak berupayamencongak fakta asas darab hingga 9 x 9, maka semua (100%) murid sayabersetuju dapat menjawab dengan tepat soalan pendaraban sekiranya tempohmasa menjawab dipanjangkan.

5.2.4 Ujian Pra Jadual 2: Pencapaian Murid-murid Tahun 5 Dalam Ujian Pra

GRED UJIAN PRABILANGAN %

A 24 65B 7 19C 6 16D 0 0E 0 0

JUMLAH MURID 37 100

Jadual 2 menunjukkan enam orang (16%) murid mendapat gred C. Murid-muridini dikenalpasti kurang berupaya mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9.Walaupun jumlah murid yang kurang berupaya menguasai kemahiran tersebuthanya enam orang sahaja, namun masalah ini dianggap serius jika tidak diambiltindakan segera untuk menanganinya memandangkan fakta asas darab hingga 9x 9 merupakan asas penting dalam Matematik.

5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN 5.3.1 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan Sebanyak empat aktiviti telah dirancang untuk membantu meningkatkan

kemahiran mencongak fakta asas darab dalam kalangan murid-murid kumpulan

sasaran saya. Aktiviti-aktiviti tersebut ialah:

5.3.1.1 AKTIVITI 1 ( Permainan Domino Fakta Asas Darab ) 1) Aktiviti ini merupakan aktiviti berkumpulan yang melibatkan pendekatan dua

dalam satu iaitu belajar dan bermain dalam satu masa.

2) Permainan ini dilaksanakan mengikut konsep permainan domino tetapi dalam

permainan ini padanan adalah kepada soalan fakta asas darab dengan hasil

darabnya atau sebaliknya.

Page 7: Meningkatkan Kemahiran Murid Mencongak Fakta Asas Darab

3) Selepas menjalankan aktiviti ini, murid-murid diberi aktiviti berbentuk individu.

5.3.1.2 AKTIVITI 2 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab - 5 minit ) 1) Aktiviti ini merupakan aktiviti bertulis. Murid-murid diberi satu set soalan yang

mengandungi 60 soalan.

2) Soalan Cepat Kira Fakta Asas Darab ini diuji sehingga 9 x 9.

3) Murid-murid dikehendaki menjawab soalan tersebut dalam masa 5 minit.

4) Tempoh masa mereka habis menjawab direkodkan.

5.3.1.3 AKTIVITI 3 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab - 4 minit ) 1) Aktiviti ini sama seperti aktiviti 2. Set soalan yang diberi kepada murid-murid

2) Murid-murid dikehendaki menjawab semua soalan dalam masa 4 minit.

3) Tempoh masa mereka habis menjawab direkodkan.

5.3.1.4 AKTIVITI 4 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab - 3 minit ) 1) Aktiviti ini sama seperti aktiviti 2 dan 3.

2) Soalan-soalan yang sama diberikan kepada murid-murid.

3) Murid-murid dikehendaki menjawab semua soalan tersebut dalam masa 3

minit.

4) Tempoh masa mereka habis menjawab direkodkan.

5.3.2 Bahan-bahan yang digunakan dalan kajian ini adalah:

a) Aktiviti 1 ( Permainan Domino Fakta Asas Darab ) i) Buah dadu

ii) Kad-kad Fakta Asas Darab

iii) Kad Permulaan Permainan

iv) Borang analisa pencapaian kumpulan

v) Jam

b) Aktiviti 2 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab – 5 minit ) i) Lembaran kerja yang mengandungi 60 soalan Fakta Asas Darab.

ii) Borang analisa pencapaian individu.

Page 8: Meningkatkan Kemahiran Murid Mencongak Fakta Asas Darab

iii) Jam.

c) Aktiviti 3 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab – 4 minit ) i) Lembaran kerja yang mengandungi 60 soalan Fakta Asas Darab.

ii) Borang analisa pencapaian individu.

iii) Jam.

d) Aktiviti 4 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab – 3 minit ) i) Lembaran kerja yang mengandungi 60 soalan Fakta AsasDarab.

ii) Borang analisa pencapaian individu.

iii) Jam.

5.3.3 Instrumen dan langkah-langkah pemerhatian.a) Kajian tindakan ini dilaksanakan selama 4 minggu mulai 16Februari 2012 hingga

11 Mac 2012.

b) Saya memperuntukkan masa selama satu jam setiap hari mulai hari Isnin hingga

Khamis. Sesi bimbingan dijalankan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran.

c) Penyelidik sebagai guru mata pelajaran melaksanakan tindakan dan murid-murid

juga turut terlibat dalam membuat pemerhatian,temubual dan soal selidik.

d) Pemerhatian dibuat bagi menilai keberkesanan aktiviti yang sedang dijalankan.

Pemerhatian dijalankan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran,

melalui latihan bertulis dan ujian pra.

e) Soal selidik juga dijalankan terhadap kumpulan murid sasaran ini.Borang soal

selidik diedarkan kepada murid-murid dan mereka menjawab. Tujuan

menjalankan sesi soal selidik agar murid lebih bebas dan berani menjawab

berbanding mendapatkan maklumat secara temubual.

f) Temubual dijalankan terhadap murid-murid kumpulan sasaran sebanyak dua kali

iaitu sebelum dan selepas kajian dilaksanakanuntuk mendapatkan respon murid

terhadap mata pelajaran Matematik dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

g) Ujian pra dijalankan di peringkat awal kajian manakala ujian pos dibuat pada

akhir tempoh kajian. Ujian pos diberikan kepada kumpulan murid sasaran.

Keputusan ujian pra dan ujian pos dianalisa untuk mengetahui perubahan

prestasi murid.

Page 9: Meningkatkan Kemahiran Murid Mencongak Fakta Asas Darab

h) Ujian pra mengandungi 10 soalan yang melibatkan soalan pendaraban di bawah

tajuk ‘Pendaraban Nombor Bulat Hingga 1 000 000’. Soalan ujian pra sama

dengan soalan ujian pos.

i) Aktiviti 1, 2, 3 dan 4 diulangi bagi setiap sesi bimbingan cumayang berbeza ialah

set soalan bagi Ujian Cepat Kira.

5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN

5.4.1 Aktiviti 1 ( Permainan Domino Fakta Asas Darab)Murid-murid didedahkan dengan permainan Domino Fakta Asas Darab selama 4

minggu pada setiap hari Isnin hingga Khamis. Aktiviti ini dijalankan selama sejam

setiap hari bermula dari 16 Februari 2012 hingga 11 Mac 2012.Setiap set permainan

terdiri daripada sebiji buah dadu, sekeping kad permulaan bertanda dan 100 keping

kad berkembar yang setiap hujungnya mengandungi soalan fakta asas darab dan

hasil darab fakta asas darab. Nilai nombor yang bersebelahan tidak mempunyai

kaitan sama sekali. Sekiranya ada, Cuma kebetulan sahaja.

Rajah 1: Contoh kad fakta asas darab.

Soalan fakta asas darab 3x0 27 Hasil darab

Langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran ditunjukkan seperti berikut:

LANGKAH PENERANGAN

Langkah 1 1) Guru mengedarkan satu set permainan Domino Fakta Asas Darab kepada murid-murid.2) Guru menerangkan cara bermain kepada mereka.a) Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan. Guru meminta murid meletakkan kad permulaan di tengah-tengah medan permainan.b) Kad-kad fakta asas darab dibahagikan sama banyak antara kumpulan. Setiap kumpulan mendapat 50 keping kad.c) Ketua kumpulan dikehendaki melontar buah dadu bagi

menentukan giliran bermain. Kumpulan yang mendapat bilangan yang terbesar akan memulakan permainan terlebih dahulu.

d) Ketua kumpulan yang memulakan permainan akan membuat padanan kad fakta asas darab pada hujung kad permulaan tadi.e) Kemudian giliran akan diambil oleh kumpulan lawan. Pemain

Page 10: Meningkatkan Kemahiran Murid Mencongak Fakta Asas Darab

tersebut akan membuat padanan kad pada hujung kad-kad yang tertera.

f) Langkah tersebut diulangi secara bergilir-gilir.g) Kad-kad boleh diletakkan secara:i) melintang sebelah kanan atau kiriii)menegak ke atas atau ke bawah.h) Bagi pemain yang tidak dapat meneruskan permainan, giliran akan diambil oleh pemain kumpulan lawan.

Langkah 2 1) Murid-murid mula bermain.2) Guru hanya bertindak sebagai fasilitator sambil membantu mereka yang masih tidak memahami cara-cara bermain.

Langkah 3 1)Murid-murid bermain sehingga tamat. Kumpulan yang dapat Menghabiskan dahulu kad-kad fakta asas darab dikira sebagai pemenang manakala kumpulan lawan dikehendaki terus bermain sehingga tiada kad di tangan.

Rajah 2: Contoh kedudukan sebahagian kad-kad semasa bermaini) PemerhatianBerdasarkan pemerhatian guru, kumpulan sasaran murid-murid ini mulamenunjukkan minat kerana mereka belajar sambil bermain. Murid-murid bersainguntuk menghabiskan kad-kad yang berada di tangan dan ingin menjadipemenang. Bagi murid yang dianggap kalah dalam permainan tersebut, merekajuga dikehendaki menghabiskan kad-kad yang ada. Tujuannya adalah untukmengukuhkan kemahiran mencongak fakta asas darab mereka.ii) RefleksiSaya berpendapat bahawa pendekatan belajar sambil bermain berjayamerangsang minat murid-murid untuk mencongak fakta asas darab hingga 9 x9. Mereka berupaya memadankan kesemua kad yang ada dalam jangka masayang singkat. Di samping itu, suasana ketika aktiviti dijalankan begitu ceria,harmonis dan memberikan keseronokan kepada murid-murid. Sekiranya adamasa terluang, mereka tidak lagi membuang masa dengan perkara-perkara yangtidak berfaedah. Mereka mengisi masa tersebut dengan bermain permainandomino ini. Perubahan ini begitu menggembirakan saya.5.4.2 Aktiviti 2 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab – 5 minit )Selepas menjalankan Aktiviti 1, saya menjalankan Aktiviti 2 pula. Berikut ialahlangkah-langkah bagi aktiviti 2.

Page 11: Meningkatkan Kemahiran Murid Mencongak Fakta Asas Darab

i. Guru mengedarkan satu set soalan yang mengandungi 60 soalan.Guru menerangkan cara-cara menjawab.ii. Murid-murid dikehendaki menjawab semua soalan dalam tempohmasa 5 minit.iii. Kemudian guru menyemak jawapan bersama murid.Kad permulaan0 0364x0 3x0 27246x69x35436 6x39x7272x018Fakta asas darab yang berkaitanJurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------Sekolah Rendah9i) PemerhatianUjian Cepat Kira Fakta Asas darab dijalankan setiap kali selepas aktiviti 1dijalankan. Tujuannya adalah untuk mengukuhkan daya ingatan mereka terhadapfakta asas darab. Daripada pemerhatian guru, kumpulan sasaran ini dapatmenjawab kesemua 60 soalan dalam tempoh masa yang ditetapkan dengansemua jawapan ialah betul. Mereka dapat menjawab dengan lebih tenang dandapat menyiapkannya lebih awal daripada tempoh masa yang ditetapkan. Hasildapatan daripada borang analisa pencapaian individu.Jadual 3: Pencapaian Murid Dalam Ujian Cepat Kira Fakta AsasDarab ( 5 minit )Murid-murid KumpulanSasaranTempoh masa menjawab terpantasbagi semua jawapan betul.( minit: saat )Murid 1 1:13Murid 2 1:16Murid 3 1:14Murid 4 1:13Murid 5 0:59Murid 6 0:59ii) RefleksiSaya berpuas hati dengan pencapaian murid-murid ini berbanding sebelumsesi bimbingan dijalankan. Terdapat perubahan yang ketara iaitu mereka mampumenjawab soalan dengan tepat dalam tempoh masa yang ditetapkan. Lebihmembanggakan mereka dapat menyiapkan lebih awal dari tempoh masa tersebut dan

Page 12: Meningkatkan Kemahiran Murid Mencongak Fakta Asas Darab

mempunyai lebihan masa untuk menyemak jawapan.5.4.3 Aktiviti 3 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab – 4 minit )i. Guru mengedarkan set soalan yang sama seperti dalam aktiviti 2.ii. Murid-murid dikehendaki menjawab semua soalan dalam tempohmasa 4 minit.iii. Kemudian guru menyemak jawapan bersama murid.i) PemerhatianKumpulan murid sasaran ini dapat menyiapkan soalan dalam tempohmasa yang ditetapkan. Mereka juga tenang dan berkeyakinan dalam menjawabsoalan walaupun tempoh masa dikurangkan kepada 4 minit. Mereka dapatmenjawab semua soalan lebih awal daripada tempoh masa yang ditetapkan.Hasil dapatan daripada borang analisa pencapaian individu.Jadual 4: Pencapaian Murid Dalam Ujian Cepat Kira FaktaAsas Darab ( 4 minit )Murid-murid KumpulanSasaranTempoh masa menjawab terpantasbagi semua jawapan betul.( minit: saat )Murid 1 0:58Murid 2 1:16Murid 3 1:13Murid 4 1:05Murid 5 0:52Murid 6 0:58Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------Sekolah Rendah10ii) RefleksiSaya berasa puas hati kerana mereka dapat menguasai kemahiran mencongak faktaasas darab walaupun tempoh masa dikurangkan kepada 4 minit.5.4.4 Aktiviti 4 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab – 3 minit )i) Guru mengedarkan set soalan yang sama. Murid dikehendakimenjawab soalan dalam tempoh masa 3 minit.ii) Kemudian guru menyemak jawapan bersama murid.i) PemerhatianBerdasarkan pemerhatian yang dibuat, murid-murid kumpulan sasaran ini dapatmenyiapkan soalan yang diberi dalam tempoh masa yang ditetapkan. Merekajuga tenang dan berkeyakinan dalam menjawab soalan. Mereka dapatmenyiapkannya lebih awal daripada tempoh masa yang ditetapkan. Hasil dapatandaripada borang analisa pencapaian individu.Jadual 5: Pencapaian Murid Dalam Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab ( 3 minit )Murid-murid Kumpulan SasaranTempoh masa menjawab terpantasbagi semua jawapan betul.( minit: saat )Murid 1 0:59

Page 13: Meningkatkan Kemahiran Murid Mencongak Fakta Asas Darab

Murid 2 1:05Murid 3 1:08Murid 4 0:58Murid 5 0:51Murid 6 0:56ii) RefleksiSaya berasa sungguh gembira kerana semua murid ini dapat menguasaikemahiran mencongak fakta asas darab. Latih tubi yang diberikan secaraberterusan dapat memberikan impak yang positif terhadap pembelajaran mereka.5.5 REFLEKSI KAJIAN5.5.1 Penilaian Pencapaian Murid.Berdasarkan maklumat ujian pra dan ujian pos, didapati kajian tindakanyang dijalankan ini telah memberikan impak yang cukup baik dalam membantumurid-murid meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9.Hasil dapatan daripada kajian tindakan ini telah menunjukkan peningkatan muridmuriddalam ujian pos.Jadual 6: Perbandingan Pencapaian Murid Antara Ujian Pra dan Ujian PosUJIAN PRA UJIAN POSGREDBIL % BIL %A 0 0 6 100B 0 0 0 0C 6 100 0 0D 0 0 0 0Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------Sekolah Rendah11E 0 0 0 0Jadual 6 menunjukkan peningkatan kualiti dalam ujian pos. Enam orang (100%) muridtersebut telah mencapai gred A dalam ujian pos berbanding gred C dalam ujian prayang telah dijalankan.Saya juga telah membuat perbandingan pencapaian secara individu. Dapatanmaklumat ditunjukkan dalam graf di bawah.Graf 1: Perbandingan Murid-murid Secara Individu Antara Ujian Pra dan Ujian Pos.Graf 1 menunjukkan peningkatan secara individu. Enam orang (100%) muridtelah menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan. Mereka telahmencapai gred A dengan menjawab semua soalan dengan betul dalam ujian posberbanding ujian pra.Jadual 7: Perbandingan Sesi Temubual Sebelum dan Selepas KajianJadual 7 menunjukkan enam orang (100%) murid berupaya mencongak faktaasas darab hingga 9 x 9. Mereka (100%) juga tidak berasa bosan dengan teknikpengajaran saya berbanding sebelum kajian dijalankan. Keadaan ini menunjukkanSEBELUM SELEPASBIL ITEM YA TIDAK YA TIDAKBIL % BIL % BIL % BIL %1 Minat mata pelajaran Matematik 6 100 0 0 6 100 0 0

Page 14: Meningkatkan Kemahiran Murid Mencongak Fakta Asas Darab

2 Minat tajuk ‘Pendaraban NomborBulat Hingga 1 000 000’5 83 1 17 6 100 0 03 Berupaya mencongak fakta asasdarab hingga 9 x 90 0 6 100 6 100 0 04 Teknik hafalan merekamembosankan4 67 2 33 0 0 6 1004 Seronok belajar sambil bermain 6 100 0 00102030405060708090100M 1 M 2 M 3 M 4 M 5 M 6Ujian PraUjian PosMURIDMARKAH (%)permainan Domino Fakta Asas Darab dapat merangsang minat murid untukmencongak fakta asas darab hingga 9 x 9 dan seterusnya mendorong minatmereka terhadap mata pelajaran Matematik dan tajuk ‘Pendaraban Nombor BulatHingga 1 000 000’.5.5.2 Rumusan Pemerhatian Aktiviti-aktiviti Yang Dijalankan.Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, keempat-empat aktiviti yang telahdijalankan mendapat sambutan yang baik daripada murid-murid kumpulansasaran saya. Mereka bukan sahaja dapat bermain malah dapat menjalanisuasana pembelajaran dalam suasana yang terkawal.Aktiviti 1 (Permainan Domino Fakta Asas Darab) mendorong minat murid-muridterhadap mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. Hal ini demikian kerana nalurikanak-kanak yang sememangnya sangat cenderung kepada permainanmenyebabkan pendekatan yang saya kaji ini mendapat sambutan yang baikdaripada mereka.Terdapat peningkatan pencapaian dalam tempoh masa mereka bermain. Merekaberjaya menamatkan permainan dalam tempoh masa 4 minit 16 saat sahajaberbanding pada peringkat awal kajian iaitu 11 minit 25 saat.Apabila mereka telah menguasai kemahiran mencongak fakta asas darab hingga9 x 9, maka mereka dapat menjawab soalan Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab(Aktiviti 2, 3 dan 4) dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan tenang danberkeyakinan. Tempoh masa menjawab paling pantas bagi semua jawapan betuladalah 51 saat.5.5.3 Refleksi KeseluruhanSaya rasa bersyukur kerana kajian tindakan yang saya jalankan ini telah berjaya

Page 15: Meningkatkan Kemahiran Murid Mencongak Fakta Asas Darab

membantu murid-murid meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darabhingga 9 x 9 dan seterusnya dapat menyelesaikan soalan Matematik yangmelibatkan pendaraban dalam tempoh masa yang ditetapkan. Aktiviti-aktiviti yangdijalankan dapat membina keyakinan diri yang tinggi dalam diri murid-murid.Secara tidak langsung aktiviti-aktiviti tersebut dapat menimbulkan minat muridmuridterhadap mata pelajaran Matematik dan memberikan keyakinan kepadamereka bahawa ‘Mathematics is fun and easy’.6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya.Memandangkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan amat memberangsangkanminat murid-murid, maka saya bercadang untuk mengaplikasikan kajian tindakanini kepada kumpulan sasaran yang lain di sekolah saya untuk membantumeningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. SoalansoalanUjian Cepat Kira Fakta Asas Darab perlu ditambah kepada 100 soalanmeliputi semua fakta asas darab hingga 9 x 9 dan ujian dijalankan mengikuttempoh masa yang difikirkan sesuai. Selain itu, pendekatan yang sama jugaakan saya gunakan kepada fakta asas tambah, tolak dan bahagi dalam kajianseterusnya.Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------Sekolah Rendah13BIBLIOGRAFIKementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tahun5, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.Kementerian Pendidikan Malaysia (1999). Prosiding Seminar Pengajaran Sains danMatematik 1999 (27 – 30 September 1999), Bahagian Perancangan dan PenyelidikanDasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.Liew Su Tim & Leow Soo Kar (1996). Matematik Tahun 5, Dewan Bahasa dan Pustaka &Edusystem Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.Mazniyah Md Jaafar, Muhammad Hussin, S. L Choo, Mohd Zubir Embong, AminuddinMohd Sani, Zakiah Adris (1995). Modul Kajian Tindakan, Bahagian Perancangan danPenyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------Sekolah Rendah14