mengurus pembangunan gaya seoharto : satu …jlp.uum.edu.my/images/file/volume3-soeharto.pdf · ia...

22
121 Journal on Leadership and Policy Vol. 3 (No.1) : 121-142 (2018) MENGURUS PEMBANGUNAN GAYA SEOHARTO : SATU TELADAN NILAI DAN KEPIMPINAN 1 Lutfan Jaes, 2 Zahrul Akmal Damin, 3 Fauziah Ani, 4 Khairul Azman Suhaimy, 5 Mohd Hisyam Abd.Rahim 1,2,3,4,5 Pusat Pengajian Umum & Kokurikulum Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 1 Corresponding author: [email protected] ABSTRAK Penulisan ini memerihalkan tentang Soeharto sebagai seorang pemimpin yang berjaya mengurus pembangunan negaranya. Ia cuba dilihat dalam konteks penggunaan akal budi tempatan (local wisdom) yang merupakan nilai teras mendominasi kepimpinannya dan seterusnya membentuk strong leadership dalam mengurus masyarakat dalam sebuah Negara Pembangun. Satu (1) penggal pemerintahan beliau dijadikan kajian untuk mengenal pasti, menyenaraikan dan menjelaskan sumber akal budi tempatan tersebut. Metod penganalisisan ialah analisis kandungan dengan menghuraikan rangkaian teks “Pidato Akhir Tahun”, “Pidato Kenegaraan” dan “Ucapan Partai”. Terlebih dahulu, satu set Dimensi Nilai telah ditetapkan dan dihujahkan berdasarkan hujahan-hujahan Nilai Asia (Asian Value). Analisis akan melihat keutamaan dan kecenderungan setiap dimensi di setiap rangkaian teks yang disampaikan. Pengekodan data dilakukan dengan bantuan perisian Archive for Technology, the Life World and Everyday Language. Text Interpretation (ATLAS).ti versi 7. Didapati bahawa Soeharto menjadikan siri rangkaian “Pidato Kenegaraan” sebagai siri utama dalam menyampai mesej nilai pembangunan. Manakala Dimensi Nilai “Orientasikan Kuasa” merupakan dimensi nilai yang paling utama dalam penyampaian mesejnya. Akhir sekali, satu usaha penjelasan (triangulasi) dilakukan bagi mengesahkan dapatan terhadap kecenderungan dimensi nilai Soeharto. Ia sekali gus menerangkan gaya kepimpinan dan bentuk pembangunan yang ingin dicapai oleh Soeharto dalam pembangunan negara. Kata Kunci: Soeharto, Akal Budi Tempatan, Dimensi Nilai, Negara Pembangun

Upload: hoanghanh

Post on 03-Jun-2019

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

120 121

Journal on Leadership and Policy Vol. 3 (No.1) : 121-142 (2018)

MENGURUS PEMBANGUNAN GAYA SEOHARTO : SATU TELADAN NILAI DAN KEPIMPINAN

1Lutfan Jaes, 2Zahrul Akmal Damin, 3Fauziah Ani, 4Khairul Azman Suhaimy, 5Mohd Hisyam Abd.Rahim

1,2,3,4,5Pusat Pengajian Umum & KokurikulumUniversiti Tun Hussein Onn Malaysia

1Corresponding author: [email protected]

ABSTRAK

Penulisan ini memerihalkan tentang Soeharto sebagai seorang pemimpin yang berjaya mengurus pembangunan negaranya. Ia cuba dilihat dalam konteks penggunaan akal budi tempatan (local wisdom) yang merupakan nilai teras mendominasi kepimpinannya dan seterusnya membentuk strong leadership dalam mengurus masyarakat dalam sebuah Negara Pembangun. Satu (1) penggal pemerintahan beliau dijadikan kajian untuk mengenal pasti, menyenaraikan dan menjelaskan sumber akal budi tempatan tersebut. Metod penganalisisan ialah analisis kandungan dengan menghuraikan rangkaian teks “Pidato Akhir Tahun”, “Pidato Kenegaraan” dan “Ucapan Partai”. Terlebih dahulu, satu set Dimensi Nilai telah ditetapkan dan dihujahkan berdasarkan hujahan-hujahan Nilai Asia (Asian Value). Analisis akan melihat keutamaan dan kecenderungan setiap dimensi di setiap rangkaian teks yang disampaikan. Pengekodan data dilakukan dengan bantuan perisian Archive for Technology, the Life World and Everyday Language. Text Interpretation (ATLAS).ti versi 7. Didapati bahawa Soeharto menjadikan siri rangkaian “Pidato Kenegaraan” sebagai siri utama dalam menyampai mesej nilai pembangunan. Manakala Dimensi Nilai “Orientasikan Kuasa” merupakan dimensi nilai yang paling utama dalam penyampaian mesejnya. Akhir sekali, satu usaha penjelasan (triangulasi) dilakukan bagi mengesahkan dapatan terhadap kecenderungan dimensi nilai Soeharto. Ia sekali gus menerangkan gaya kepimpinan dan bentuk pembangunan yang ingin dicapai oleh Soeharto dalam pembangunan negara.

Kata Kunci: Soeharto, Akal Budi Tempatan, Dimensi Nilai, Negara Pembangun

122

Journal on Leadership and Policy Vol. 3 (No.1) : 121-142 (2018)

123

MANAGING DEVELOPMENT IN SOEHARTO’S STYLE – A LESSON ON VALUES AND LEADERSHIP

ABSTRACT

This paper describes about Suharto in managing Developmentalist Country in Indonesia. It is viewed in the context of “local wisdom” which is dominate in his leadership style. A study to identify, list and explain the source of local wisdom based on one (1) term of his ruling. This analysis is based on “New Year Message”, “The Eve of National Day Address” and “Party Speech”. First, a set of Value of Dimensions set up based on arguments of Asian Value. The analysis will look at the priorities and preferences of each dimension in each block of text submitted. Data encoding by Archive for Technology, the Life World and Everyday Language. Text Interpretation (ATLAS).ti software version 7. This paper found that Soeharto used “The Eve of National Day Address” as the main series to deliver the message to the society. While the Values of Dimension of “Power Orientation” is the most important dimension. Finally, some explanation (triangulation) is cultivated to confirm the findings of the tendency. Thus it’s described Soeharto’s leadership style and the form of development to be achieved.

Keywords: Soeharto, Local Wisdom, Value of Dimension, Developmentalist State

PENGENALAN

Penulisan ini bertitik tolak daripada wacana nilai dan kepimpinan seorang pemimpin dalam sebuah negara membangun. Ia merujuk kepada Presiden Indonesia ke 2 iaitu Soeharto yang dinobatkan sebagai Bapa Pembangunan Indonesia. Beliau seorang negarawan unggul yang telah berjaya menggerakkan tindakan-tindakan pragmatik dengan justifikasi nilai akal budi dan gaya kepimpinan berkesan dalam abad ke 20. Kepimpinannya yang tersendiri dalam era sebuah Negara Pembangun (Developmentalist State) begitu menarik perhatian. Beliau mengambil semangat demokrasi barat namun pelaksanaannya cukup terbatas mengikut acuan sendiri. Soeharto membawa masyarakat Indonesia berkembang maju dari satu tahap ke satu tahap yang lain.

Dalam penulisan kajian ini, konsep Nilai menjadi jujukan utama perbincangan dengan menjadikan “akal budi tempatan” (local wisdom) sebagai dasar perbincangan. Akal budi tempatan yang dirujuk adalah mewakili perbahasan “Nilai Asia” (Asian Value). Literatur-literatur dari

122 123

Journal on Leadership and Policy Vol. 3 (No.1) : 121-142 (2018)

perbahasan ini dilihat sesuai dan boleh disandarkan hujahnya kepada tujuan penulisan ini. Namun demikian, tiada definisi tunggal tentang istilah “Nilai Asia”. Ini kerana penyokong nilai-nilai Asia datang dari latar berbeza-beza. Walaupun terdapat perbezaan yang begitu jelas, namun terdapat sekelompok nilai dan kepercayaan bersama yang diikuti oleh kebanyakan orang Asia sebagai panduan hidup di dunia ini. Nilai-nilai yang dikongsi ini bolehlah dipanggil sebagai “nilai Asia”, seperti mana kelompok nilai bersama yang boleh dipanggil sebagai “nilai Barat” (Mahathir, 1999).

PERMASALAHAN KAJIAN

Selama tiga puluh dua (32) tahun, Soeharto dilihat begitu berjaya membawa pembangunan khususnya ekonomi dengan penyusunan politik serta strata sosial masyarakat di Indonesia. Perkara ini dilihat penting dan signifikan oleh kerana Indonesia merupakan sebuah negara terbesar dan paling berpengaruh di rantau Asia Tenggara. Jalan-jalan pembangunan yang dilakukan Soeharto memberi kesan tidak langsung kepada usaha-usaha pembangunan dan kemakmuran negara-negara lain di rantau Asia Tenggara.

Dalam hal yang lainnya, Soeharto berjaya menguruskan pembangunan Indonesia dalam konteks sebuah Negara Pembangun (Developmentalist State). Konsep Negara Pembangun dilihat berjaya di praktiskan oleh Soeharto sedangkan sebagai sebuah teori, konsep Negara Pembangun dikatakan telah sampai kepada situasi dipersoalkan keandalan (kepercayaan). Ia bukan lagi model ikutan dan platform terbaik kepada negara membangun khususnya di Asia Tenggara. Ramai pengkaji awal yang percaya bahawa Negara Pembangun ini sangat berjaya di negara Asia Timur (Jepun dan Korea) tetapi tidak mampu untuk terus cemerlang lagi di negara Asia Tenggara.

Terkait dengan hal nilai pula, Soeharto telah mengekalkan kejayaan pertumbuhan ekonomi dan berjaya membangunkan negara dengan menggembleng nilai-nilai yang bercirikan sosiobudaya berdasarkan akal budi tempatan masyarakatnya. Di bawah Soeharto, Indonesia beransur-ansur pulih daripada kemelut ekonomi yang teruk di bawah Sukarno. Soeharto selama 32 tahun mengerahkan tenaga rakyat kepada satu matlamat, membawa kestabilan politik dan kemakmuran kepada Indonesia.

Manakala Totok Sarsito (2010) menegaskan bahawa Soeharto mempunyai komitmen dan semangat yang tinggi untuk melaksanakan nilai-nilai pembudayaan dan falsafah Jawa. Menurut Soeharto tidak sukar bagi bangsa Indonesia untuk memperbaiki “kesedaran nya” sebagai suatu bangsa Indonesia dalam kehidupan bernegara, berkerajaan dan bersosial dengan asas Pancasila serta faham tentang nilai-nilai pembudayaan Jawa.

124

Journal on Leadership and Policy Vol. 3 (No.1) : 121-142 (2018)

125

Sehubungan dengan itu, pembangunan yang dilaksanakan oleh sebuah negara khususnya Negara Pembangun di Asia Timur tidak boleh terlepas dari corak budaya yang diamalkan oleh pemimpin dan ahli masyarakatnya. Maka penulisan ini cuba menjawab persoalan berikut.

i. Apakah nilai (Dimensi Nilai dan Nilai Terbitan) paling utama yang digunakan Soeharto dalam menggerakkan pembangunan dalam sebuah Negara Pembangun (Developmentalist State)?

ii. Apakah sumber-sumber akal budi (nilai budaya) tempatan yang menggagas kan nilai Asia beliau?

iii. Apakah watak kepimpinan yang dibawa oleh Soeharto? Persoalan-persoalan ini akan di jawab secara langsung dan tidak langsung pada bahagian hasil kajian, perbincangan dan kesimpulan.

SOROTAN KARYA

Gaya dan watak kepimpinan yang dihubungkan dengan konsep budaya serta pegangan nilai setempat (local wisdom) dalam menerajui pembangunan sebuah Negara Pembangun (Developmentalist State) dilihat masih kurang di kaji. Oleh itu, pemboleh ubah-pemboleh ubah nilai-budaya seperti nilai, norma, sikap, pandangan dunia (worldview) dan kepercayaan tradisi dijadikan panduan serta analisis kajian. Walaupun analisis akan melahirkan dua pola, sama ada positif atau negatif, namun kebanyakan masyarakat akan mengekalkan ciri-ciri tradisi yang baik kerana melaluinya jati diri dapat di kekalkan, solidariti dapat diperkemaskan, keselesaan dapat dinikmati dan yang lebih penting budaya dan agama yang sekian lama dianuti dapat dipertahankan kemurniannya (Abdul Rahman, 2006).

Model Negara Pembangun (Developmentalist State Model) pula mula dikenali di kalangan pengkaji ekonomi politik melalui kajian oleh Chalmers Johnson (1982) yang menyatakan bahawa tumpuan negara membangun adalah kepada pembangunan ekonomi. Maka kerajaan akan mengambil apa juga langkah perlu untuk mencapai objektif tersebut. Johnson mengemukakan suatu model berdasarkan pembangunan negara Jepun. Kemudian model ini mula diaplikasikan di Korea Selatan dan negara-negara Asia Tenggara khususnya Indonesia, Malaysia dan Singapura dengan beberapa perubahan mengikut kesesuaian tempatan.

Manakala akal budi (wisdom) adalah satu falsafah serta konsep berkaitan kearifan dan kebijakan sesuatu masyarakat yang dipencarkan melalui nilai dan budaya. Maka akal budi tempatan atau “kearifan lokal” atau local

124 125

Journal on Leadership and Policy Vol. 3 (No.1) : 121-142 (2018)

wisdom dapat difahami sebagai usaha manusia untuk menggunakan akal budinya untuk bertindak dan bersikap terhadap sesuatu, objek atau peristiwa dalam ruang tertentu. Pola interaksi yang sudah tersusun dikenali sebagai setting (persekitaran). Sebuah setting kehidupan yang sudah terbentuk secara langsung akan menghasilkan nilai-nilai). Nilai tersebut merupakan nilai sepunya yang di kongsi bersama dalam masyarakat.

Falsafah akal budi ini kemudiannya dikembangkan secara spesifik dikalangan sarjana dan pemimpin dengan pengenalan istilah Nilai Asia (Asian Values). Ia seawalnya di kesan pada tahun 1976 apabila Universiti Singapura mengadakan satu seminar bertajuk Asian Values and Modernization khusus melihat dan mengenal pasti perubahan yang telah, sedang dan akan berlaku kepada nilai-nilai dan masyarakat di Asia kesan daripada pembangunan yang melibatkan proses modenisasi dan industrialisasi. Kemudian jurnal Foreign Affairs menerbitkan pula sebuah esei berjudul The Clash of Civilizations? oleh Samuel P. Huntington (1993) yang menghipotesiskan bahawa fundamental sumber konflik dunia adalah disebabkan oleh faktor budaya (cultural) dengan nilai-nilainya. Han (1999) pula menyatakan terma “nilai Asia” digunakan oleh ahli politik dan sarjana bagi menjawab kritikan Barat tentang Asia. Sesetengahnya pula merujuk kepada satu konsep untuk membenarkan sesuatu rejim dan sistem politiknya berkuasa. Ada yang menggunakannya sebagai satu terma nilai bagi melindungi nilai-nilai yang dianggap perlu bagi kerajaan dari pengaruh Barat yang mula mengalami kemerosotan.

Dalam satu kajian empirikal yang dilakukan oleh So Young Kim bertajuk Do Asian Values Exist? Empirical Tests of the Four Dimension of Asian Values di dalam Journal of East Asian Studies 10 (2010), beliau menyatakan bahawa terdapat empat (4) Dimensi Nilai yang sering di perkatakan apabila membincangkan tentang nilai masyarakat di Asia. Dimensi nilai tersebut ialah,

i) Dimensi Nilai Kekeluargaan (Familism), ii) Dimensi Nilai Perkauman dan Kemasyarakatan (Communalism/

Communitarianism), iii) Dimensi Nilai Berorientasikan Kuasa (Authority Orientation) iv) Dimensi Nilai Etika Kerja (Work Ethic).

Sehubungan dengan itulah kajian ini cuba melihat Soeharto yang merupakan pemimpin yang membangunkan Indonesia dalam konteks sebuah negara paling besar di Asia Tenggara dengan kepelbagaian akal budi masyarakatnya. Soeharto telah dilahirkan pada 8 Jun 1921 di Kemusuk, Argomulyo, Yogyakarta. Sejak kecil beliau menerima pelbagai jenis asuhan

126

Journal on Leadership and Policy Vol. 3 (No.1) : 121-142 (2018)

127

dari sanak saudara dalam sebuah keluarga besar. Beliau dilayan oleh pakcik dan makciknya sebagai “anak sulung” yang perlu bertanggungjawab dalam segala hal. Manakala kehidupan bertani dengan pendidikan agama yang kukuh merupakan nilai pertama dalam kehidupan.

Ketika berusia 14 tahun, Soeharto melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Pertama (SMP) Muhammadiyah di Yogyakarta. Kerjaya tenteranya bermula pada pada 1 Jun 1940 apabila diterima sebagai siswa di sekolah militer di Gombong, Jawa Tengah. Beliau terpilih sebagai pelatih teladan di Sekolah Bintara, Gombong dan secara rasmi menjadi anggota Tentera Nasional Indonesia pada 5 Oktober 1945. Maka pengalaman Soeharto sangat dekat dengan elemen seorang petani dan seorang tentera.

METODOLOGI KAJIAN

Penulisan kajian menggunakan rangkaian teks ucapan Soeharto sebagai sumber utama bagi menjawab persoalan kajian dan seterusnya mengembangkan penulisan. Analisis teks ucapan melibatkan pengenalpastian unit kata nilai (nilai terbitan) dominan pemimpin. Teks ucapan merupakan sumber berwibawa yang mencerminkan hal sebenar dan konsistensi seseorang pemimpin.

Dalam memperkatakan tentang teks ucapan, bahasa dan interaksi dalam kepemimpinan, Karin Klenke (2008) menyatakan “Languages is a fundamental aspect of the leadership process, shaped by both leaders and followers as they interact.” Selain daripada itu ucapan ialah pemikiran yang diungkapkan. Ia terkait dengan bagaimanakah idea dan pemikiran untuk memajukan bangsa dan negara ini diolah untuk disajikan kepada pendengar. Bagaimanakah pemimpin berhujah untuk meyakinkan audiens nya akan keunggulan idea pembangunannya? Bagaimanakah cara beliau mempengaruhi pendengar melalui ucapan untuk bersetuju dan menyokong idea dan pemikiran beliau? (Abdul Mua’ti, 2007).

Analisis kandungan teks dengan pendekatan kualitatif merupakan metod utama penulisan kajian ini. Pengekodan data menggunakan konsep Computer Analysis Qualitative Data Analysis (CAQDAS) dengan perisian Archive for Technology, the Life World and Everyday Language. Text Interpretation (ATLAS). ti versi 7 digunakan.

Berikut adalah Dokumen Teks Ucapan Soeharto seperti pada Jadual 1.

126 127

Journal on Leadership and Policy Vol. 3 (No.1) : 121-142 (2018)

Jadual 1

Dokumen Teks Ucapan Soeharto

Bil Kod Dokumen Teks Ucapan / Tajuk

Jenis Teks Tarikh / Tempat

1. S1 Pidato Amanat Presiden Republik Indonesia Jeneral Soeharto pada Mesyuawarah Kerja Nasional ke II bersama Golongan Karya.

Ucapan Parti (GOLKAR/PNI/PNU)

2 November 1967 /

Djibogo Jakarta

2 S2 Pidato Amanat Presiden Republik Indonesia pada sambutan Mesyuwarah Kerja Kordinasi Pemuda Sekreteriat Bersama (SEKBER) Golongan Karya.

28 September 1968 /Jakarta

3 S3 Pidato Amanat Presiden Republik Indonesia pada sambutan Pembukaan Sidang Majlis Pemesyuaratan Parti Nasional Indonesia (PNI) ke IV.

03 April1969 /Jakarta

4 S4 Pidato Amanat Presiden Republik Indonesia pada Sambutan Pembukaan Kongress ke XII Parti Nasional Indonesia (PNI).

11 April 1970/

Semarang

5 S5 Pidato Amanat Presiden Republik Indonesia pada Sambutan Pembukaan Mukatamar Parti Nahdatul Ulama (PNU) ke XXV.

20 Disember 1971 /

Surabaya

6 S6 Pidato Amanat Presiden Republik Indonesia pada sambutan Peringatan Hari Ulang Tahun ke 45 Parti Nasional Indonesia (PNI).

17 Julai 1972 /Jakarta

(sambungan)

128

Journal on Leadership and Policy Vol. 3 (No.1) : 121-142 (2018)

129

Bil Kod Dokumen Teks Ucapan / Tajuk

Jenis Teks Tarikh / Tempat

7 S7 Menjelang Hari Raya Idul Fitri 1387 Hijrah dan Tahun Baru 1968 Masihi : Amanat Pejabat Presiden.

Ucapan Tahun Baru

(Pidato Akhir Tahun)

31 Disember 1967 /Jakarta

8 S8 Laporan Akhir Tahun 1968 Kepada Seluruh Rakyat Indonesia : Presiden Republik Indonesia.

31 Disember 1968 /Jakarta

9 S9 Pidato Akhir Tahun 1969 : Presiden Republik Indonesia.

31 Disember 1969 /Jakarta

10 S10 Pidato Akhir Tahun 1970 : Presiden Republik Indonesia.

31 Disember 1970 /Jakarta

11 S11 Ucapan Sambutan Pada Penutupan Akhir tahun 1971 : Presiden Republik Indonesia.

31 Disember 1971 /Jakarta

12 S12 Pidato Akhir Tahun 1972 : Presiden Republik Indonesia.

31 Disember 1972 /Jakarta

13 S13 Pidato Kenegaraan 1967 Presiden Republik Indonesia: Di depan Sidang Dewan Perwakilan Rakyat Gotong Royong (DPR-GR).

Ucapan Kemerdekaan

(Pidato Kenegaraan)

16 Ogos1967 /Jakarta

14 S14 Presiden Republik Indonesia Pidato Kenegaraan 1968 : Di depan Sidang Dewan Perwakilan Rakyat Gotong Royong (DPR-GR).

16 Ogos1968 /Jakarta

15 S15 Presiden Republik Indonesia Pidato Kenegaraan 1969 : Di depan Sidang Dewan Perwakilan Rakyat Gotong Royong (DPR-GR).

16 Ogos1969 /Jakarta

(sambungan)

128 129

Journal on Leadership and Policy Vol. 3 (No.1) : 121-142 (2018)

Bil Kod Dokumen Teks Ucapan / Tajuk

Jenis Teks Tarikh / Tempat

16 S16 Presiden Republik Indonesia Pidato Kenegaraan 1970 : Di depan Sidang Dewan Perwakilan Rakyat Gotong Royong (DPR-GR).

Ucapan Kemerdekaan

(Pidato Kenegaraan)

16 Ogos1970 /Jakarta

17 S17 Presiden Republik Indonesia Pidato Kenegaraan 1971 : Di depan Sidang Dewan Perwakilan Rakyat Gotong Royong (DPR-GR).

16 Ogos1971 /Jakarta

18 S18 Presiden Republik Indonesia Pidato Kenegaraan 1972 : Di depan Sidang Dewan Perwakilan Rakyat Gotong Royong (DPR-GR).

16 Ogos1972 /Jakarta

Teks ucapan bagi penulisan kajian ini ialah (i) Teks Ucapan Parti, (ii) Teks Ucapan Tahun Baru dan (iii) Teks Ucapan Kemerdekaan. Rangkaian teks ucapan ini telah dipilih kerana ciri-ciri teks ucapan tersebut mempunyai kepentingan daripada pelbagai perspektif khususnya dalam konteks pembangunan di Indonesia. Ketiga-tiga jenis teks ini adalah yang paling luas liputannya kepada masyarakat serta konsisten penyampaiannya dari tahun ke tahun. Ia secara jelas sebagai alat penyampaian hasrat seseorang pemimpin dengan menggariskan agenda-agenda umum pembangunan negara kepada masyarakatnya. Di samping itu, ketiga-tiga teks ucapan tersebut adalah saling melengkapi apabila berkaitan dengan dasar dan pendekatan yang ingin disampaikan oleh Soeharto sebagai ketua badan eksekutif atau ketua dalam sesebuah parti.

Penulisan kajian ini juga hanya melibatkan rangkaian teks ucapan bagi sepenggal pemerintahan sahaja. Ia dilakukan bagi melihat kecenderungan awal aplikasi nilai Soeharto dalam menerajui pembangunan khususnya dalam mengurus masyarakatnya. Melalui nilai-nilai yang terbit maka satu kefahaman awal tentang watak, idea ke pemerintahan dan tindakan beliau dapat difahami.

Bacaan kali pertama dilakukan bagi membiasakan penulis dengan gaya bahasa, kaedah penyampaian serta memahami keseluruhan maksud sebenar yang ingin disampaikan. Kemudian bacaan kali kedua dilakukan untuk mengenal pasti perenggan ucapan yang mempunyai penekanan nilai-nilai yang terkait dengan “Nilai Asia” dan “Akal Budi Tempatan” (local wisdom) dalam mengurus pembangunan. Dimensi terhadap sesuatu nilai (Dimensi Nilai) telah di tetapkan lebih awal. Manakala bacaan kali ketiga pula

130

Journal on Leadership and Policy Vol. 3 (No.1) : 121-142 (2018)

131

mengkhusus kepada perenggan-perenggan dengan klasifikasi Dimensi Nilai dalam mengurus pembangunan. Ia diulang baca bagi memastikan klasifikasi Dimensi Nilai yang telah ditetapkan sebelum ini (bacaan kedua) adalah tepat dan sesuai dengan maksud keseluruhan ucapan yang ingin disampaikan.

Hasil kajian dan perbincangan : “Pidato Kenegaraan” sebagai ucapan pembangunan utama

Jadual 2 dan Rajah 1 menunjukkan analisa kecenderungan memusat setiap teks ucapan Soeharto (S1 hingga S18) kepada setiap Dimensi Nilai (DE, DP, DE dan DK). Terdapat lapan belas (18) teks ucapan Soeharto yang meliputi tiga (3) rangkaian ucapan.

Jadual 2

Taburan Kecenderungan Rangkaian Teks Ucapan Soeharto Kepada Dimensi Nilai

Taburan Kecenderungan Rangkaian Teks Ucapan Soeharto Kepada Dimensi Nilai

Petunjuk :

DB = Dimensi Berorientasikan Kuasa DP = Dimensi Perkauman/Kemasyarakatan

DE = Dimensi Etika Kerja DK = Dimensi Kekeluargaan

Taburan Kecenderungan dan peratusan teks ucapan Soeharto seperti pada Jadual 2 dan Rajah 1 menunjukkan Rangkaian Ucapan Kemerdekaan (Pidato Kenegaraan) merupakan teks ucapan utama beliau dalam menyampaikan mesej, agenda dan nilai-nilai pembangunan. Ia diikuti oleh Rangkaian Ucapan Tahun Baru (Pidato Akhir Tahun) dan Rangkaian Ucapan Parti (GOLKAR/PNI/PNU). Kombinasi ini dilihat rasional dalam menggambarkan beliau sebagai pemimpin tertinggi nasionalis Indonesia yang berlatarbelakangkan nilai ketenteraan dan nilai setempat (nilai Jawa).

Journal on Leadership and Policy, Vol. 3, No.1 (July 2018)

124

mengkhusus kepada perenggan-perenggan dengan klasifikasi Dimensi Nilai dalam mengurus

pembangunan. Ia diulang baca bagi memastikan klasifikasi Dimensi Nilai yang telah ditetapkan sebelum

ini (bacaan kedua) adalah tepat dan sesuai dengan maksud keseluruhan ucapan yang ingin disampaikan.

Hasil kajian dan perbincangan : “Pidato Kenegaraan” sebagai ucapan pembangunan utama

Jadual 2 dan Rajah 1 menunjukkan analisa kecenderungan memusat setiap teks ucapan Soeharto (S1

hingga S18) kepada setiap Dimensi Nilai (DE, DP, DE dan DK). Terdapat lapan belas (18) teks ucapan

Soeharto yang meliputi tiga (3) rangkaian ucapan.

Jadual 2

Taburan Kecenderungan Rangkaian Teks Ucapan Soeharto Kepada Dimensi Nilai

Petunjuk : DB = Dimensi Berorientasikan Kuasa DP = Dimensi Perkauman/Kemasyarakatan DE = Dimensi Etika Kerja DK = Dimensi Kekeluargaan

Taburan Kecenderungan dan peratusan teks ucapan Soeharto seperti pada Jadual 2 dan Rajah 1

menunjukkan Rangkaian Ucapan Kemerdekaan (Pidato Kenegaraan) merupakan teks ucapan utama

beliau dalam menyampaikan mesej, agenda dan nilai-nilai pembangunan. Ia diikuti oleh Rangkaian

Ucapan Tahun Baru (Pidato Akhir Tahun) dan Rangkaian Ucapan Parti (GOLKAR/PNI/PNU).

Kombinasi ini dilihat rasional dalam menggambarkan beliau sebagai pemimpin tertinggi nasionalis

Indonesia yang berlatarbelakangkan nilai ketenteraan dan nilai setempat (nilai Jawa).

Teks GOLKAR/PNI/PNU Teks Pidato Akhir

Tahun Teks Pidato Kenegaraan Teks

Kod DB DP DE DK Jum Kod DB DP DE DK Jum Kod DB DP DE DK Jum S1 3 3 8 1 15 S7 24 15 22 9 70 S13 62 41 30 23 156 S2 2 3 5 0 10 S8 13 13 7 6 39 S14 44 10 16 6 76 S3 6 5 3 1 15 S9 6 7 8 1 22 S15 19 15 14 5 53 S4 15 14 13 2 44 S10 13 8 10 7 38 S16 24 17 19 6 66 S5 5 2 3 1 11 S11 15 10 25 6 56 S17 16 13 26 3 58 S6 1 2 0 1 4 S12 34 22 28 11 95 S18 18 11 9 5 43

Jum 32 29 32 6 99 Jum 105 75 100 40 320 Jum 183 107 114 48

452

% 11% 37% 52%

130 131

Journal on Leadership and Policy Vol. 3 (No.1) : 121-142 (2018)

Rajah 1. Peratus kecenderungan dan keutamaan rangkaian teks ucapan Soeharto kepada dimensi nilai

Beliau mengambil alih pucuk kepimpinan dalam keadaan masyarakat Indonesia menghadapi cabaran politik, sosial dan ekonomi yang getir khususnya dari peristiwa Gerakan 30 September (G 30 S PKI). Sebagai seorang Presiden beliau perlu dilihat neutral tanpa memperlihatkan sokongan berat sebelah pada mana-mana parti politik massa serta meletakkan “persatuan” dan “kesatuan” dalam masyarakat berbilang etnik dan kaumnya. Sehubungan dengan itu Pidato Kenegaraan menjadi medium utama yang disampaikan pada 16 Ogos setiap tahun menyentuh seluruh aspek dan saranan pembangunan ekonomi, kesederhanaan politik dan kesatuan sosial berasaskan Pancasila. Sehubungan dengan itu, andaian awal bolehlah di nyatakan bahawa Soeharto mempunyai perwatakan kepimpinan paternal (kebapaan) dan perbincangan ini akan dilanjutkan pada bahagian lainnya.

Hasil kajian dan perbincangan : “Orientasi Kuasa” (Dimensi Nilai) sebagai Alat Mengurus Pembangunan

Berdasarkan kepada Rajah 2 di dapati bahawa petikan teks ucapan Soeharto sangat dominan dengan Dimensi Nilai “Berorientasikan Kuasa”. Sebanyak 320 petikan teks telah dikenal pasti mengandungi elemen dimensi nilai-nilai ini. Ia meliputi 37 peratus daripada keseluruhan petikan teks ucapan (871 petikan).

Berorientasikan kuasa merujuk kepada kuasa atau hak untuk memberi perintah, mengawal dan membuat keputusan. Ia berkaitan dengan pendirian serta prinsip mengutamakan taat setia kepada pihak yang berkuasa. Dimensi

Journal on Leadership and Policy, Vol. 3, No.1 (July 2018)

125

Rajah 1. Peratus kecenderungan dan keutamaan rangkaian teks ucapan Soeharto kepada dimensi nilai

Beliau mengambil alih pucuk kepimpinan dalam keadaan masyarakat Indonesia menghadapi cabaran

politik, sosial dan ekonomi yang getir khususnya dari peristiwa Gerakan 30 September (G 30 S PKI).

Sebagai seorang Presiden beliau perlu dilihat neutral tanpa memperlihatkan sokongan berat sebelah pada

mana-mana parti politik massa serta meletakkan “persatuan” dan “kesatuan” dalam masyarakat berbilang

etnik dan kaumnya. Sehubungan dengan itu Pidato Kenegaraan menjadi medium utama yang disampaikan

pada 16 Ogos setiap tahun menyentuh seluruh aspek dan saranan pembangunan ekonomi, kesederhanaan

politik dan kesatuan sosial berasaskan Pancasila. Sehubungan dengan itu, andaian awal bolehlah di

nyatakan bahawa Soeharto mempunyai perwatakan kepimpinan paternal (kebapaan) dan perbincangan ini

akan dilanjutkan pada bahagian lainnya.

Hasil kajian dan perbincangan : “Orientasi Kuasa” (Dimensi Nilai) sebagai Alat Mengurus

Pembangunan

Rajah 2. Kecenderungan petikan teks Soeharto kepada dimensi nilai

132

Journal on Leadership and Policy Vol. 3 (No.1) : 121-142 (2018)

133

Rajah 2. Kecenderungan petikan teks Soeharto kepada dimensi nilai

ini melibatkan pelbagai sikap terhadap kuasa dan pihak berkuasa, termasuk penghormatan kepada pihak berkuasa dan hierarki yang lebih tinggi, kegemaran untuk ketenteraman dan kestabilan, keutamaan bagi kepimpinan yang kukuh, dan penekanan kepada tadbir urus persetujuan ke atas persaingan dan perdebatan. Selain itu, tradisi yang panjang terhadap penghormatan kepada raja-raja dan para cendekiawan adalah berkait rapat dengan kecenderungan untuk memuliakan pemerintahan (Kim ,2010) . Menurut Fukuyama (2009), authoritarianisme Asia yang baru besar kemungkinan bukannya negara polis totalitarian yang keras, seperti yang kita sedia maklum. Kezaliman bertukar menjadi kehormatan, manakala rakyat secara sukarela patuh kepada pihak berkuasa dan akur kepada norma sosial yang tegar.

Soeharto mengambil alih pucuk pemerintahan ketika Indonesia dalam keadaan gawat masyarakat hasil kepincangan politik dan ekonomi. Ia berlaku kerana perencanaan pembangunan yang tidak mendasar (baku) serta kawalan struktur asas politik dan ekonomi melonggar pemimpin sebelumnya. Indonesia mengalami tekanan ekonomi yang hebat dengan harga barang melambung tinggi berserta bacaan inflasi sehingga 650 peratus (1960 an). Kerajaan gagal menyediakan “sekuriti” makanan dalam negara khususnya beras. Ia sekali gus menjadi malapetaka pada kehidupan seharian masyarakatnya.

Kemuncak kepada kegawatan Indonesia ialah apabila berlakunya Gerakan 30 September atau juga dikenali sebagai G-30S/PKI atau Gestapu (Gerakan September Tiga Puluh). Peristiwa hitam 30 September 1965 ini telah menyebabkan enam pegawai tinggi tentera Indonesia dibunuh dalam usaha pemberontakan oleh Parti Komunis Indonesia (PKI). Ekoran daripada peristiwa tersebut, Soekarno telah menyerahkan kuasa kepada Soeharto dalam satu surat perintah yang dikenali sebagai Surat Perintah Sebelas Maret atau “Supersemar”. Surat perintah yang ditandatangani pada 11 Mac 1966 ini

Journal on Leadership and Policy, Vol. 3, No.1 (July 2018)

125

Rajah 1. Peratus kecenderungan dan keutamaan rangkaian teks ucapan Soeharto kepada dimensi nilai

Beliau mengambil alih pucuk kepimpinan dalam keadaan masyarakat Indonesia menghadapi cabaran

politik, sosial dan ekonomi yang getir khususnya dari peristiwa Gerakan 30 September (G 30 S PKI).

Sebagai seorang Presiden beliau perlu dilihat neutral tanpa memperlihatkan sokongan berat sebelah pada

mana-mana parti politik massa serta meletakkan “persatuan” dan “kesatuan” dalam masyarakat berbilang

etnik dan kaumnya. Sehubungan dengan itu Pidato Kenegaraan menjadi medium utama yang disampaikan

pada 16 Ogos setiap tahun menyentuh seluruh aspek dan saranan pembangunan ekonomi, kesederhanaan

politik dan kesatuan sosial berasaskan Pancasila. Sehubungan dengan itu, andaian awal bolehlah di

nyatakan bahawa Soeharto mempunyai perwatakan kepimpinan paternal (kebapaan) dan perbincangan ini

akan dilanjutkan pada bahagian lainnya.

Hasil kajian dan perbincangan : “Orientasi Kuasa” (Dimensi Nilai) sebagai Alat Mengurus

Pembangunan

Rajah 2. Kecenderungan petikan teks Soeharto kepada dimensi nilai

132 133

Journal on Leadership and Policy Vol. 3 (No.1) : 121-142 (2018)

membolehkan Soeharto selaku Panglima Angkatan Darat untuk mengambil segala tindakan yang perlu bagi mengatasi situasi keamanan yang buruk pada ketika itu. Dalam usaha paling awal menjamin keamanan, kestabilan dan seterusnya matlamat “berorientasikan kuasa” di Indonesia, Soeharto dengan ketetapan Majlis Permesyuaratan Rakyat Sementara (MPRS) telah membubarkan Parti Komunis Indonesia (PKI). Ia berlaku pada 12 Mac 1966 dan PKI dianggap organisasi haram di Indonesia. Setahun kemudian pada 12 Mac 1967 beliau secara rasmi dilantik sebagai Presiden Indonesia ke-2 oleh Majlis Musyawarah Rakyat (MPR) dan bermulalah pemerintahan Order Baru (1968-1999) era Soeharto bagi menggantikan pemerintahan Order Lama (1945-1965) era Soekarno.

Seterusnya Soeharto telah mengusahakan kestabilan nasional dengan cara penyederhanaan berpolitik di kalangan masyarakatnya. Satu bentuk konsensus nasional dilakukan secara besar-besaran dengan mengumpul dan mengelompokkan organisasi politik kepada hanya 3 gabungan parti besar iaitu Golongan Karyawan (GOLKAR), Partai Demokrasi Indonesia (PDI) dan Partai Persatuan Pembangunan (PPP). Gabungan-gabungan partai ini dilakukan tidak berdasarkan ideologi tetapi lebih kepada kecenderungan program yang dilakukan. Usaha-usaha bersifat politik ini dilihat antara kebijakan awal Soeharto dalam pembentukan budaya “berorientasikan kuasa” yang lebih sistematik, diiktiraf dan legal di kalangan pemimpin dan masyarakat seterusnya menuju pembangunan.

Seterusnya peranan Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (ABRI) telah diperkemas dan di kembangkan. ABRI yang merupakan gabungan di antara Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan Kepolisian Negara Republik Indonesia (Polri) telah menjalankan doktrin dwifungsi yang membolehkan ia menjaga keamanan dan ketertiban negara serta dalam masa yang sama memegang kekuasaan dan mengatur pentadbiran negara secara rasmi. Peranan Dwifungsi ABRI membolehkan elemen militer berada di semua jaringan lapisan masyarakat dan tingkat pemerintahan di Indonesia.

Manakala parti GOLKAR berperanan erat menjadi rakan kongsi politik ABRI. Doktrin ini sangat praktikal kerana ABRI khususnya TNI Angkatan Darat sememangnya terlibat sebelum ini (era Order Lama) dalam apa jua usaha kegiatan masyarakat sama ada di bidang ideologi, politik, ekonomi dan sosiobudaya. Kebijakan Soeharto dalam melaksanakan dwifungsi ABRI ini secara langsung telah memastikan kekuatan dan kelangsungan Order Baru dan perolehan nilai “berorientasikan kuasa” di kalangan masyarakat dan juga pemimpin. Akhirnya Order Baru yang berkitar di antara militer, teknokrasi dan birokrasi ini membentuk satu elemen yang kuat, kukuh dan

134

Journal on Leadership and Policy Vol. 3 (No.1) : 121-142 (2018)

135

formal dalam mengurus pembangunan serta membentuk keperluan kepada “Berorientasikan Kuasa”. Kebijakan-kebijakan yang seperti ini dilihat berjaya membentuk ketaatan semula jadi masyarakat kepada pemimpin melalui nilai “Berorientasikan Kuasa”. Dapatan ini sekaligus menjawab persoalan pertama kajian penulisan ini.

Hasil kajian dan perbincangan : “Kedaulatan Undang-Undang” (Nilai Terbitan) sebagai Tujuan Utama Pembangunan

Dimensi Nilai “Berorientasikan Kuasa” memperoleh kecenderungan petikan teks tertinggi berbanding Dimensi Nilai yang lain. Jadual 3 di bawah menyenaraikan nilai-nilai terbitan yang diperoleh berdasarkan kepada analisis teks ucapan Soeharto dari klasifikasi Dimensi Nilai “Berorientasikan Kuasa”.

Jadual 3

Nilai Terbitan Untuk Dimensi Nilai “Berorientasikan Kuasa” Soeharto

Berorientasikan Kuasa

BilNilai

Terbitan Jumlah % Bil Nilai Terbitan Jumlah %

1. Dwifungsi Pentadbiran (ABRI)

25 7 8. Seruan / Ajakan /Penyataan

15 4

2. Pembangunan Nasional (politik / ekonomi / sosial)

31 8 9. Kepimpinan Berkesan (Paternal Leadership & Gerakan Order Baru

36 10

3. Kestabilan Nasional (National Stability)(politik / ekonomi / sosial)

46 12 10. Peranan Media (Kebebasan & Kawalan)

11 3

4. Ketahanan Nasional (National Resilience)

23 6 11. Keluhuran Konstitusionalisme (Perlembagaan)

24 6

5. Ideologi Nasional (Pancasila)

12 3 12. Hubungan Luar Negara

5 1

(sambungan)

134 135

Journal on Leadership and Policy Vol. 3 (No.1) : 121-142 (2018)

Berorientasikan Kuasa

BilNilai

Terbitan Jumlah % Bil Nilai Terbitan Jumlah %

6. Kedaulatan Negara (National Sovereignty)(Waspada / Amaran / Ancaman)

53 14 13. Kedaulatan Undang2 (Rules of Law) Pancasila & UUD45

68 18

7. Ego 12 3 14. Lain-lain 10 3

Jumlah 371 100.00

Merujuk kepada Jadual 3 di atas, terdapat empat belas (14) Nilai Terbitan dihasilkan dari Dimensi Nilai “Berorientasikan Kuasa”. Nilai Terbitan yang paling dominan dan sering kali diulang-ulang adalah berkaitan dengan nilai “Kedaulatan Undang-Undang” (Rule of Law) dengan 68 kali petikan teks. Kedaulatan merujuk kepada kuasa yang tertinggi yang perlu dipatuhi oleh setiap masyarakat. Manakala undang-undang pula merupakan sesuatu peraturan atau keseluruhan peraturan yang digubal (dibuat) oleh kerajaan dan mesti dipatuhi oleh masyarakatnya. Dalam hal ini Soeharto sering kali merujuk undang-undang tersebut sebagai Pancasila dan Undang-Undang Dasar 1945 (UUD45).

Manakala Nilai Terbitan kedua dominan dan sering diulang-ulang oleh Soeharto dalam ucapannya ialah berkaitan dengan nilai “Kedaulatan Negara” (National Sovereignty) dengan 53 kali petikan teks. Kedaulatan negara mempunyai kaitan langsung dengan soal keselamatan negara. Peranan rakyat dalam mempertahankan kedaulatan negara amat penting kerana ia membawa implikasi terhadap memperkasa ketaatan yang tidak berbelah bahagi. Dalam hal ini, Soeharto sering kali berucap secara langsung berkaitan “Kedaulatan Negara” mahupun secara tidak langsung dengan nilai-nilai ucapan yang bersifat waspada, ancaman dan amaran kepada rakyatnya.

Seterusnya Nilai Terbitan ketiga dominan dan sering kali diulang-ulang oleh Soeharto dalam ucapannya ialah berkaitan “Kestabilan Nasional” (National Stability) dengan 46 kali petikan teks. Selain daripada kestabilan nasional yang diucapkan oleh Soeharto secara langsung, kestabilan nasional juga diucapkan secara tidak langsung apabila beliau menyentuh aspek kestabilan dari aspek ekonomi, politik dan sosial. Selain daripada tiga (3) nilai yang dominan ini terdapat 11 lagi Nilai Terbitan dalam konteks Dimensi Nilai “Berorientasikan Kuasa” oleh Soeharto.

136

Journal on Leadership and Policy Vol. 3 (No.1) : 121-142 (2018)

137

Kejayaan beliau melibatkan pihak tentera secara langsung dalam politik dan pentadbiran negara sekali gus menjadikan beliau sebagai Jeneral Besar tentera dan Presiden Indonesia yang sangat berkuasa secara rasmi dan terhormat. Ia sesuai dengan akal budi tempatan nilai jawa yang mendasari dirinya serta bersifat menunduk dan tidak meninggi diri. Soeharto berjaya mewujudkan kesetiaan masyarakat kepada pemimpin menerusi elemen yang disandarkan. Dapatan ini juga sekaligus menjawab persoalan pertama kajian penulisan ini.

Soeharto : Sebuah Iktibar Nilai Dan Kepimpinan

Soeharto pemimpin yang tegas. Namun perjalanan kepimpinan Soeharto membangunkan negara dilihat sangat mencabar dan rumit. Demi kestabilan Indonesia, sistem politik telah di kawalnya dengan rapi. Hanya dengan wujudnya kestabilan politik maka pembangunan lainnya termasuklah kesatuan masyarakatnya boleh dibentuk. Sistem politik yang disesuaikan dengan nilai masyarakatnya ini secara tidak langsung meletakkan demokrasi sekadar formaliti pentadbiran bagi memenuhi tuntutan semasa dunia.

Nilai masyarakat di Asia yang masih tebal dengan kehormatan terhadap pemimpin, ketaatan kepada keluarga, keutamaan dalam mendahulukan kepentingan masyarakat dan etika kerja yang tinggi. Nilai-nilai inilah yang mendasari masyarakat di Indonesia khususnya dan masyarakat di Asia amnya. Ia kemudiannya di manipulasi secara cekap oleh Soeharto dalam mengurus pembangunan. Dalam penjelasan lainnya, formaliti demokrasi sekadar di pampangkan sebagai alat pengurusan bagi diperlihatkan kepada dunia. Inilah gaya Asia dan inilah pembangunan paling sesuai untuk masyarakat Indonesia. Dalam kata lain kemajuan ekonomi Indonesia itu tidak dipencarkan melalui kesetaraan pertumbuhan demokrasi. Namun citra kepimpinan Soeharto tidak berkesudahan dengan begitu baik. Ia tidak sebaik pemimpin sezamannya seperti Mahathir di Malaysia atau Lee Kuan Yew di Singapura. Nilai-nilai yang dipegang serta yang dipercayainya selama ini mula dilihat tidak kompetitif serta memakan diri setelah 31 tahun masa berlalu. Ia terutamanya terkait dengan falsafah-falsafah kepimpinan luluhur Nusantara terdahulu yang dipegang erat tetapi mula kurang dihayati dan diimani oleh masyarakat yang dibangunkannya.

Plot kejatuhan Soeharto dikatakan berpunca daripada kegagalan beliau menangani krisis ekonomi yang melanda Indonesia khususnya dan Asia Tenggara am nya pada ketika itu. Manakala faktor “KKN” (Kolusi, Korupsi, Nepotisme) pula telah menambah beratkan situasi sehingga menjadi faktor popular yang “diadun” sempurna. Kegagalan Soeharto dan kroni-kroninya

136 137

Journal on Leadership and Policy Vol. 3 (No.1) : 121-142 (2018)

untuk memahami kehendak penyelesaian ekonomi antarabangsa serta kerjasama asing (International Monetary Fund dan kuasa-kuasa besar terkait dengannya) dilihat sebagai kegagalan utama.

Soeharto dilihat terlambat menyedari bahawa kejayaan pembangunannya telah melahirkan masyarakat kelas menengah baru yang berbeza cara fikir serta hal-hal politik, sosial, dan ekonomi. Golongan ini mempunyai tuntutan yang lebih tinggi serta mula menyaring nilai-nilai tertentu untuk disesuaikan dengan keperluan semasa. Bentuk nilai dan budaya yang inclusive mula sukar diterima. Soeharto menjadi korban kejayaannya sendiri. Tindakan peribadinya dilihat amat kontra dengan arus tuntutan demokrasi massa Asia yang mula menampakkan perubahan. Dalam hal ini, senario krisis ekonomi regional dijadikan sebagai faktor pencetus.

Salah satu daripada nilai-nilai Asia yang terserlah di dalam watak kepimpinan beliau ialah watak Father Leadership dan Paternalistic Leadership. Ia sekaligus menjawab secara langsung kepada persoalan kajian ke 3 penulisan ini. Ia mungkin dianggap tidak relevan di era pasca modenisasi dan globalisasi tetapi kajian-kajian lampau menunjukkan bahawa ia masih boleh kembali semula malah masih begitu kukuh. Di India, terdapat amalan “paternal authoritative-ness” iaitu pemimpin bukan sahaja bertanggungjawab untuk memastikan kestabilan politik tetapi juga untuk memberi nasihat yang baik dan menawarkan bantuan kepada rakyat. (Brislin, 1993, 275; Kumar dan Saxena, 1983; Sinha, 1980). Keputusan yang sama dilaporkan oleh Yao (1987) di Republik Rakyat China yang menyokong konsep “paternal authoritative-ness”; di mana pemimpin perlu kuat, berkesan dan berpengetahuan. Begitu juga dengan kerajaan Singapura yang dilabelkan sebagai “Negara pengasuh” dan “mendukung” terlalu banyak sektor dalam negara sebagai alasan utama kestabilan politik (Tay, 2001). Manakal di Jepun juga diguna pakai konsep “oyabun” atau “Bapa Kepimpinan” (Hanada & Yoshikawa, 1991).

Namun dalam hal ini kegagalan Soeharto di penghujung kariernya ialah kegagalan menjustifikasikan kewujudan nilai paternalistic (kebapaan) dalam dirinya. Elemen paternalistic nya yang tebal (sesuai dengan nilai Jawa) tidak setara dengan kehendak dan keperluan rakyat Indonesia pada masa itu yang ditimpa musibah krisis ekonomi (1997-1998) dahsyat. Meletakkan elemen “kebapaan” secara keterlaluan bukan lagi satu strategi nilai yang berkesan. Nilai luar yang berasimilasi dengan nilai tempatan telah menuntut definisi baru tentang had dan keperluan nilai ini.

Manakala bagi menjawab persoalan kajian ke 2 pula, sumber akal budi yang paling berpengaruh sudah semestinya nilai Jawa yang diperkukuhkan

138

Journal on Leadership and Policy Vol. 3 (No.1) : 121-142 (2018)

139

dengan nilai-nilai ketenteraan. Namun usia kepimpinan yang begitu lama juga menyebabkan Soeharto menjadi “over confident” dan kurang membaca suasana sebenar. Beliau mendapatkan nasihat dalam keadaan penasihatnya relatif muda berbanding beliau sendiri yang sangat berpengalaman dalam proses pembangunan negara. Pengalaman-pengalaman yang di peroleh dengan praktis ilmu katon iaitu pengetahuan yang didapati dan dipelajari dari persekitaran secara langsung (petani, nilai jawa dan ketenteraan) telah membina satu tahap keyakinan yang terlalu tinggi kepada beliau. Legasi hening cipta dan idea ke pemerintahan yang lepas menjadikan beliau seorang tua yang sangat yakin pada keputusan-keputusannya. Dalam banyak keadaan penasihatnya yang membina pengalaman daripada beliau.

Seterusnya faktor usia menyebabkan kepimpinan Soeharto semakin longgar. Ia nampak jelas dalam bidang pentadbiran dan militer. Ini antara faktor utama yang melengkapkan kejatuhan Soeharto dalam krisis ekonomi dan kepimpinan. Dimensi nilai yang berorientasikan kuasa secara umumnya merupakan nilai terpenting dalam mana-mana pemimpin di Asia untuk mengekalkan kuasa. Kepimpinannya juga terhadap pentadbiran dan militer dilihat mula longgar yang sepatutnya merupakan elemen utama dalam kontek berorientasikan kuasa. serta Ia bertitik tolak daripada kurang membaca suasana sebenar mengikut maslahat zaman. Krisis ekonomi yang memerlukan penyelesaian segera tidak diurus dengan serius akibat kegagalan memahami tuntutan semasa dan meramal risiko terancang.

Totok Sarsito (2010) menyatakan bahawa selama pemerintahannya, beliau menggunakan dan memanipulasikan nilai-nilai pembudayaan dan falsafah Jawa sebagai panduan sama ada untuk kepentingan peribadi atau di dalam melaksanakan pemerintahan. Beliau percaya bahawa beberapa pemikiran Jawa tradisional yang berbentuk panduan atau “pituduh” dan larangan atau “wewaler” apabila dilaksanakan akan menjadikan bangsa Indonesia “berbudi bowo leksono” iaitu berperi laku bijak dan bermurah hati atau “becik sajatining becik” iaitu baik dalam makna yang sesungguhnya. Di dalam kehidupan peribadi pula, beliau menjadi orang Jawa yang baik yang mempunyai martabat untuk menerima “wahyu” atau panduan dari Tuhan terutamanya dalam melaksanakan pemerintahan negara. Semua keputusan yang diambil secara sosial adalah adil dan secara falsafah adalah benar kerana telah diasaskan oleh falsafah yang tinggi iaitu falsafah Jawa dan rakyat wajib menerimanya.

Namun demikian situasi yang begitu genting masih diurus dengan tenang menggunakan kaedah “alus” iaitu satu falsafah jawa yang menekan sikap halus, lembut, tenang serta memberikan arahan dan tindakan secara tidak

138 139

Journal on Leadership and Policy Vol. 3 (No.1) : 121-142 (2018)

langsung. Emosi sebenar disimpan dalam hati dan tidak ditunjukkan secara lahiriah. Nilai-nilai kepimpinan Jawa seperti “rukun” yang menekankan aspek keharmonian dalam penyelesaian masalah dan prinsip “alon alon asal kelakon” (biar lambat asal selamat) telah dipraktikkan pada masa yang tidak sesuai. Gambaran-gambaran ini di kongsikan bersama penulis biografi Soeharto iaitu Retnowati Abdul Ghani Knapp dalam bukunya Suharto The Life and Legacy of Indonesia’s Second President.

Soeharto pernah menyatakan hasrat untuk tidak dicalonkan sebagai Presiden bagi tempoh 1998-2003. Ia di disahkan sekali lagi oleh Retnowati Abdul Gani-Knapp (2008) dalam wawancara nya dengan Soeharto. Namun akhirnya beliau tetap memastikan bahawa beliau dipilih kembali oleh parlimen buat kali ketujuh pada Mac 1998. Ini menjelaskan bahawa Soeharto gagal memberhentikan nilai lakon jawa nya sebagai pemimpin yang sentiasa bertanggungjawab menaungi rakyat. Jika beliau berhenti pada tahun 1997, sejarah kepimpinannya pasti berbeza.

Situasi ini diburukkan lagi dengan “imej” berterusan anak-anak Soeharto yang dilihat terlalu mewah sama ada dari segi rupa diri mahupun pemilikan harta kekayaan. Dalam kata lainnya, Soeharto dibebani dengan perlakuan anak-anaknya. Beliau seolah-olah memanjakan “putera puterinya”. Masyarakat melihat ia sebagai satu imej yang melampau serta tidak menjaga hati rakyat kebanyakan yang sedang berada dalam situasi kritikal. Malah Lee Kuan Yew (2010) sendiri menyatakan “I did not understand why his children needed to be so rich”.

Setelah beberapa tunjuk perasaan, rusuhan, tekanan politik dan tentera, Soeharto mengundurkan diri pada 21 Mei 1998 demi mengelakkan perpecahan dan ketidakstabilan masyarakatnya. Beliau boleh sahaja melayan para perusuh khususnya golongan pelajar seperti apa yang dilakukan oleh pemerintah China di Medan Tiananmen 1989. Namun itu bukanlah cara beliau yang penuh luhur dengan akal budi tempatan. Orientasi kuasa yang selama ini menjadi kelebihan beliau kini memerangkapnya sendiri hingga beliau tidak dapat meletakkan jawatannya secara soft landing.

KESIMPULAN

Soeharto terbukti merupakan pemimpin yang begitu menyerlah pemikirannya melalui kata-kata yang bernas dengan tindakan yang berhasil ke atas masyarakatnya. Beliau mengurus kepelbagaian masyarakat dengan menekankan perubahan nilai. Beliau melihat bahawa masyarakat dan

140

Journal on Leadership and Policy Vol. 3 (No.1) : 121-142 (2018)

141

negara negara harus berubah sekiranya mahu maju dan dihormati pihak luar. Agenda pembangunan pragmatik dengan dokongan perubahan sikap dan nilai masyarakat menjadi aspek penting. Kejayaan demi kejayaan yang diperolehi membuktikan beliau sebagai pemimpin yang berorientasikan matlamat dan pencapaian. Manakala “Orientasi Kuasa” merupakan Dimensi Nilai yang diterima baik umum khususnya masyarakat majmuk di Indonesia khususnya dan Asia amnya. Ia memberikan kuasa atau hak untuk pemimpin memberi perintah, mengawal dan membuat keputusan.

Soeharto bukan sekadar menyediakan pembangunan pada masyarakatnya malah malah bertanggungjawab menyediakan keselamatan, kesejahteraan dan suasana kondusif di peringkat Asia Tenggara. Soeharto juga merupakan penganalisis, pemikir, pengkritik, pencetus perubahan, reformer, pembaharu malah perancang yang strategik dengan matlamat yang jelas. Beliau mengambil amanah kemerdekaan sebaik mungkin dan kemudian membawa masyarakat negaranya ke satu tahap cemerlang, gemilang dan terbilang. Beliau membimbing mental dan fizikal masyarakat yang berbilang kaum dan budaya untuk mendepani cabaran global. Ia dilakukan dengan penuh nilai-nilai paternal (kebapaan) seorang pemimpin.

Sebagai seorang “Father Know Best” (kebapaan), Soeharto sangat risaukan masa depan masyarakat majmuknya yang relatif muda dari segi minda. Masyarakat sentiasa diingatkan bagi mempertahankan apa yang telah diperolehi iaitu kemerdekaan. Demokrasi harus terkawal dan pandai di kawal. Tidak wujud istilah demokrasi liberal untuk masyarakat rantau Asia. Nilai-nilai liberal harus dikawal dengan kembali kepada nilai-nilai positif masyarakat Asia meliputi akal budi tempatan.

RUJUKAN

Abdul Gafur (1987). Pak Harto Pandangan dan Harapannya. Jakarta: Pustaka Kartini

Abdul Mua’ti. (2007). Pemikiran Tun Dokter Mahathir bin Mohamad. Penerbit Universiti Malaya

Abdul Rahman Abdul Aziz. (2006). Nilai dan Etika dalam Pembangunan. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Chalmers Johnson. (1982). MITI and the Japanese miracle: the growth of industrial policy: 1925-1975

David Bourchier & Vedi R. Hadiz. (Editor) (2006). Pemikiran Sosial dan Politik Indonesia Periode 1965-1999. Jakarta. PT Pustaka Utama Grafiti.

Decision, 44 (1), hal 89-104. Diambil dari : doi 10.1108/00251740610641481

140 141

Journal on Leadership and Policy Vol. 3 (No.1) : 121-142 (2018)

Francis Fukuyama. (2009). Penamat Sejarah dan Manusia Terakhir. (Penterjemah: Shamsiah Md Said). Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Hanada, M. and Yoshikawa, A. (1991), Shop-floor approach to management in Japan, in Putti, J. (Ed.), Management Asian Context, McGraw-Hill, Singapore.

Huntington, Samuel P. (1993). The Clash of Civilization? Foreign Affairs, 72:3 (Summer 1993), pp. 22-49

Karin Klenke. (2008). Qualitative Research in the Study of Leadership. Emerald Group Publishing,

Keith Loveard. (1999). Suharto: Indonesia’s Last Sultan. Singapore: Horizon Books Pte Ltd.

Koentjaraningrat. (1985). Kebudayan, Mentalitas dan Pembangunan. Jakarta: Penerbit PT Gramedia.

Low, K.C.P. (2006). Father leadership: the Singapore case study. Managemnet

Mahathir, M. (1999). Kebangkitan Semula Asia. Kelana Jaya: Pelanduk Publication

Mohd Tap Salleh, Zakaria Ahmad dan Syed Zulflida Syed Mohd Noor. Penyunting. 1993. Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

O.G. Roeder. (1969). The Smiling General President Soeharto of Indonesia. Jakarta. Gunung Agung Ltd

Othman Talib (2013). ATLAS.ti Pengenalan Analisis Data Kualitatif 140 Ilustrasi Langkah Demi Langkah. Serdang: MPWS Resources

R.E. Elson. (2001). Suharto A Political Biography. Australia: Cambridge University Press.

Retnowati Abdul Gani-Knapp. (2008). Suharto The Life and Legacy of Indonesia’s Second President. Fabulous Printers Sdn Bhd Singapore

Sarsito, Totok (2010) The Javanese culture as a source of Suharto’s leadership: A socio-political analysis. PhD. thesis, Universiti Utara Malaysia.

Sinha, D. & Kao, H.S.R. (1988). Social values and development: Asian Perspectives. India: Sage Publications.

So, Y. K. (2010). Do Asian Values Exits? Empirical Test of the Four Dimension of Asian Values. Journal of East Asian Studies 10, hal 315-344

Soeharto. (1989). Soeharto: Pikiran, Ucapan dan Tindakan Saya (seperti dipaparkan kepada G. Dwipayana dan Ramadhan K.H. Jakarta. PT. Citra Lamtoro Gung Persada.

Vatikiotis, M.R.J. (1995), Indonesian Politics under Suharto: Development and Pressure for Change. New York: Routledge

142

Journal on Leadership and Policy Vol. 3 (No.1) : 121-142 (2018)

Yayasan Idayu. (1985). Amanat Kenegaraan: Kumpulan Pidato Kenegaraan di depan Sidang Dewan Perwakilan Rakyat. (Jilid 1 – 1967-1971). Jakarta: Inti Idayu Press

Yayasan Idayu. (1985). Amanat Kenegaraan: Kumpulan Pidato Kenegaraan di depan Sidang Dewan Perwakilan Rakyat. (Jilid 2 – 1972-1976). Jakarta: Inti Idayu Press