buku amanat presiden

702

Upload: anakpaku

Post on 18-Jul-2015

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Setelah setengah abad di pentas politik tanah air, UMNO hari ini terus wujud bagi mendukung hasrat dan cita-cita rakyat. Perjuangan yang telah dilaluinya melibatkan usaha-usaha menuntut kemerdekaan sehinggalah kepada pembangunan negara melalui pelbagai gagasan dan pendekatan demi kemanfaatan rakyat. Pahit getir perjuangan ini dan harapan-harapan yang terkandung dapat dilihat daripada ucapan oleh para pemimpin UMNO, khasnya Dato' Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Dato' Hussein Onn, dan Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad. Buku ini (Jilid I dan II) mengandungi 75 ucapan pemimpin-pemimpin yang telah disampaikan dalam Perhimpunan Agung dan perjumpaan-perjumpaan khas UMNO dalam tempoh 50 tahun. Sebagai satu kumpulan ucapan ia belum pernah diterbitkan. Justeru itu ia mempunyai nilai yang tinggi dan berguna sebagai bahan kajian dan rujukan tentang perkembangan politik dan negara di bawah pemimpin-pemimpin yang berkenaan. Melalui buku Amanat Presiden: Landasan bagi Pembinaan Bangsa dan Negara ini kita akan beroleh perspektif yang tepat serta dapat memahami latar belakang yang telah mewarnai banyak peristiwa di negara ini.

AMANAT PRESIDENLandasan bagi Pembinaan Bangsa dan Negara

Jilid II

AMANAT PRESIDENLandasan bagi Pembinaan Bangsa dan Negara J i l i d IIPenyelenggara WAN MOHD. MAHY1DDIN HAJI N I K M U S T A F F A Y U S O F

Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. (008974-T) 4 Jalan Pemaju Ul/15, Seksyen Ul Hicom-Glenmarie Industrial Park 40150 Shah Alam Selangor Band Ehsan Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. (008974-T) 1997 ISBN 967 65 5555 X (Jilid II) Semua hak terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, baik dengan cara elektronik, mekanik, penggambaran semuia, perakaman dan sebagainya, tanpa izin terlebih dahulu daripada Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. (008974-T)

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatahgav-dalam-penerbitan Amanat Presiden:Landasan bagi pwmbinaan bangsa dun negara/ penyelenggara Wan Mohd.Mahyiddin.Haji Nik Mustaffa Yusof. Bibliografi': ms. 539 ISBN 967-65-5555-X0U.2) 1. UMNO. 2. Malaysia-Politics and government. 3. Political leadership-Malaysia. 4. Speeches, addresses, ect I. Wan Mohd. Mahyiddin. II. Nik Mustaffa Yusof, Haji 324.2595

Teks diset dalam Century Old Style 11 poin Dicetak di Singapura oleh KHL printing Cn.Pte. Ltd.

5 I I IA

Bangunan Ibu Pejabat U M N O , Kuala Lumpur.

PERTUBUHAN KEDANGSAAN MELAYU BERSATU ATAU UMNO (UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION)

Kata-kata AluanU K U ini merupakan kumpulan ucapan-ucapan Yang DiB pertua/Presiden U M N O sejak parti ini ditubuhkan pada tahun 1946 semasa pergerakan menentang Malayan Union, usaha-usaha mencapai kemerdekaan dan pembinaan negara. Berbagai-bagai kemelut telah dilalui dan dihadapi sehingga U M N O dapat hidup untuh sebagai sebuah parti yang berjaya menerajui negara ini. Masalah-masalah dalam menyusun parti ini, tindakan-tindakan yang diambil dan dasar-dasar yang diikuti sebahagian besarnya terdapat pada ucapan-ucapan yang disampaikan oleh pemimpin-pemimpin utamanya di perhimpunan-perhimpunan parti. Justeru itu buku Amanat Presiden: Landasan bagi Pembinaan Bangsa dan Negara ini sangat berguna kepada ahli-ahli parti dan lainlain pihak yang ingin mengetahui ucapan-ucapan sebenar yang telah dilafazkan oleh pemimpin-pemimpin berkenaan mengenai berbagaibagai perkara yang telah mempengaruhi arah pergerakan negara dalam lima dekad yang lalu. Bermula dengan Dato' Onn Jaafar melalui Tunku Abdul Rahman hingga Tun Abdul Razak, Dato' Hussein Onn dan Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad kita dapat melihat bagaimana pemimpin-pemimpin ini meletakkan stamp mereka ke atas parti dan pemerintahan negara dengan stail masing-masing namun semuanya bertujuan untuk kebaikan. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kedua-dua penyelenggara yang dengan ketekunan mereka telah berjaya mencari boleh dikatakan hampir keseluruhan ucapan-ucapan asal pemimpinpemimpin utama ini untuk tatapan ramai. Satu ruang dalam sejarah negara telah dapat dibuka dan kita sama-sama beruntung kerananya. Akses yang istimewa kepada sumber ucapan pemimpin dibo-

KATA-KATA

ALUAN

lehkan dengan kedudukan mereka ini sebagai petugas-petugas yang bertanggungjawab mengeluarkan Penyata Tahunan U M N O pada setiap tahun di samping menyimpan rekod dan dokumendokumen yang berkaitan dengan parti ini. Usaha mereka ini cukup dihargai memandangkan tidak terdapat begitu banyak karya dalam satu bidang yang nilainya belum difahami sepenuhnya. Dalam mengakui ucapan-ucapan Presiden U M N O itu perlu untuk kita memahami peristiwa-peristiwa di dalam parti dan negara, ia tidak merupakan keseluruhan ucapan yang telah disampaikan oleh pemimpin-pemimpin ini. Terdapat pentas-pentas lain tempat mereka berucap yang tidak terhad kepada ahli-ahli atau perwakilan parti. Namun ucapan-ucapan ini juga telah meninggalkan pengaruhnya ke atas pemerintahan dan masyarakat, oleh itu perlu ditatapi bersama dengan ucapan-ucapan di Perhimpunan Agung U M N O untuk mendapat gambaran yang menyeluruh tentang perkembangan dalam tanah air. Buku ini bukan semata-mata mengandungi rekod ucapan pemimpin-pemimpin tetapi adalah juga bertujuan mengingatkan kita semua tentang pahit getir perjuangan mereka itu dan harapanharapan mereka dalam membina sebuah parti yang kukuh dan negara yang berlandaskan kebajikan ramai. Mudah-mudahan melalui pembacaan buku ini kita akan beroleh perspektif yang tepat tentang latar belakang yang telah mewarnai banyak peristiwa di negara ini dan lahir lebih waras selepasnya. Saya berharap buku ini yang meliputi satu tempoh yang penting dalam sejarah negara dapat menjadi panduan bagi mengatur langkah-langkah yang bijak pada masa hadapan berdasarkan pengalaman yang lalu. BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

Pendahuluan

Y U K U R Alhamdullilah setelah usaha-usaha yang berteS rusan beberapa banyak ucapan Yang Dipertua/Presiden U M N O telah dapal dikumpulkan ke dalam sebuah buku untuk tatapan ahli-ahli parti dan peminat-peminat politik. Memandangkan tradisi menyimpan rekod tidak begitu meluas di kalangan masyarakat kita, adalah sukar untuk mendapatkan kesemua ucapan yang telah dilafazkan dalam majlis-majlis U M N O terutama sekali pada peringkat awal pergerakannya. Sehingga ucapan-ucapan seorang pemimpin penting seperti Dato' Onn, pengasas U M N O yang merintis jalan ke arah kemerdekaan pun tidak diperolehi sepenuhnya. Apa yang terdapat ialah cebisan ucapan-ucapan pemimpin-pemimpin melalui laporan-laporan secara tidak langsung dalam akhbarakhbar Melayu. Dalam keadaan yang terhad ini tentulah ucapanucapan yang telah dikutip itu agak pendek dan jauh daripada memuaskan. Namun ia mengandungi isi-isi yang melambangkan semangat dan cita rasa pada satu tempoh yang penting dalam sejarah politik tanah air. Hingga kini dua ucapan Dato' Onn masih tidak dapat dikesan, iaitu di Majlis Mesyuarat Agung U M N O di Ipoh (pada Jun 1946) dan Kuala Kangsar (pada Ogos 1950). Adalah difahamkan ucapan-ucapan lengkap pemimpin ini boleh didapati di negara penjajah yang telah mengumpul dan menyimpannya untuk tujuannya sendiri. Ucapan pemimpin-pemimpin U M N O seterusnya lebih mudah didapati dengan perkembangan media dan kesediaan untuk melaporkan ucapan-ucapan ini bagi faedah umum. Lidah rasmi parti, Suara UMNO dan kemudiannya Malaya Merdeka turut menyiarkan sebahagian besar ucapan pemimpin-pemimpin seperti Tunku Abdul Rahman dalam majlis-majlis parti dan rundingan-rundingan dengan kuasa penjajah menjelang kemerdekaan. Dengan Yang Dipertua

PENDAHULUAN

U M N O menjadi Perdana Menteri selepas merdeka, penyiaran ucapan-ucapannya secara penuh menjadi perkara biasa. Perhimpunan-perhimpunan U M N O mendapal liputan yang luas, termasuk ucapan-ucapan dasar pemimpin utamanya. Media tidak lagi terhad kepada akhbar dan radio, kerana ucapan-ucapan ini mula disiarkan secara langsung oleh televisyen. Selain kemudahan-kemudahan ini, Ibu Pejabat U M N O pada tahun-tahun 1960-an mula menerbitkan risalah-risalah yang mengandungi ucapan pemimpin di perhimpunan-perhimpunan parti untuk mudah dijadikan panduan oleh ahli-ahli. Penyata-penyata Tahunan U M N O juga turut memuatkan ucapan-ucapan penuh Yang Dipertua parti di perhimpunan itu, maka tidaklah menjadi sukar untuk mendapatnya. Pada dekad 1970-an clan selepasnya ucapan-ucapan Tun Abdul Razak, Dato' Hussein Onn dan Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad selaku Presiden U M N O tersiar dalam semua jenis media selain buku-buku penyata parti. Risalah-risalah yang mengandungi ucapan-ucapan ini biasanya dicetak terlebih dahulu untuk diedarkan kepada perwakilan di perhimpunan agung sebaik sahaja Presiden telah menyampaikannya. Sungguhpun begitu kurang sekali usaha-usaha untuk mengumpul ucapan-ucapan ini dan menerbitkannya dalam bentuk buku. Hanya pada zaman Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad memimpin U M N O telah timbul minat banyak pihak untuk menerbitkan ucapan-ucapan beliau mungkin kerana kepadatan isinya, menjadikan ia sebuah karya yang baik tanpa memerlukan banyak pengolahan oleh penyusun. Manakala ucapan-ucapan pemimpin U M N O yang sebelumnya terus terbiar, apalagi kerana nilai pasaran sesuatu yang bersifat sejarah itu agak kurang. Buku Amanat Presiden: Landasan bagi Pembinaan Bangsa dan Negara ini adalah bertujuan memenuhi kekosongan ini dengan memuatkan ucapan semua pemimpin utama U M N O dahulu dan sekarang. Ucapan-ucapan yang dikumpulkan ini tidak terhad kepada yang dilafazkan oleh Yang Dipertua/Presiden U M N O dalam perhimpunan agung, tetapi juga dalam perhimpunan khas dan konvensyen yang bersifat kebangsaan dengan melibatkan perwakilan dari seluruh negara. Terutamanya jika ucapan-ucapan itu menjadi batu tanda dalam perubahan-perubahan dasar parti dan kepemimpinan pada sesuatu masa. Sebahagian besar sumber rujukan bagi ucapan-ucapan ini sudah terdapat di Bahagian Penyelidikan U M N O , memudahkan viii

PENDAHULUAN

penyusun-penyusun mengumpulnya. Terima kasih diucapkan kepada Setiausaha Agung U M N O kerana tidak keberatan membenarkan sumber ini digunakan. Terima kasih juga kepada Arkib Negara Malaysia yang telah memberi kemudahan bagi meneliti akhbarakhbar lama, khasnya Majlis dalam mengesan ucapan-ucapan Dato' Onn Jaafar. Akhir sekali, tidak lengkap kalau tidak disebut pihak-pihak yang membolehkan buku ini diterbitkan, terutama sekali Drs. Ahmad Fadzil Yassin dari Penerbit Fajar Bakti yang telah memberi banyak galakan. Tidak kurang ialah sokongan kewangan daripada Tan Sri Abdul Rashid Hussain yang telah meringankan masalah pengedaran dengan membeli beberapa banyak buku ini untuk dibahagi-bahagikan kepada pemimpin-pemimpin parti. Dari Bahagian Penyelidikan U M N O , Encik Ishak Abdul Aziz dan Encik Zulkarnain Razak telah melakukan usaha-usaha penyiapan skrip dengan penuh sabar sebelum dikemukakan kepada penerbit. Kepada semua mereka ini, pihak penyusun menyatakan penghargaan yang setinggi-tingginya. Wassalam. Kuala LumpurJulai 1997

W A N MOHD. MAHYIDDINH A H NIK MUSTAFFA YUSOF

ix

Isi

Kata-kata Aluan Pendahuluan Pengenalan Amanat

V

vii 1

UCAPAN-UCAPAN TUN ABDUL RAZAK DARI TAHUN 1970 HINGGA 1975

Tekad Order Baru (22 September 1970) Ke Arah Malaysia yang Bersatu dan Kukuh (23 dan 24 Januari 1971 Dasar Parti Menguasai Kerajaan (8 dan 9 Mei 1971) Ke Arah Pengukuhan Negara (24 dan 25 Jun 1972) Realiti Politik Masa Hadapan (30 Jun d a n l j u l a i 1973) Cabaran untuk Keamanan (29 dan 30 Jun 1974) Di Sebalik Peristiwa Baling (6 Disember 1974) Kejujuran Asas Kejayaan (21 dan 22 Jun 1975)

69 78 97 110 133 151 168 178

ISI

UCAPAN-UCAPAN DATO' HUSSEIN ONN DARI TAHUN 1976 HINGGA 1981 .Menuju ke Arah Perpaduan dan Setiakawan (2,3dan4Julai 1976) .Bersatu (I,2dan3julail977) .Mengapa PAS Disingkir (9 Disember 1977) .Peranan Masa Depan (15,16 dan 17 September 1978) .Jangan Pagar Makan Padi (6,7dan8Julail979) .Ketahanan Negara (4,5dan6Julail980) .Maju Terus Maju (26,27 dan 28 Jun 1981) 199 218 234 243 258

UCAPAN-UCAPAN DATO' SERI DR. MAHATHIR MOHAMAD DARI TAHUN 1981 HINGGA 1996 .Satu Tanggungjawab dan Amanah (26,27 dan 28 Jun 1981) .Negara yang Bermaruah (10,11 dan 12 September 1982) .Malaysia Bahagia (19,20 dan 21 Ogos 1983) .Parti yang Bertanggungjawab (25,26 dan 27 Mei 1984) .Masyarakat dan Nasionalisme (27,28 dan 29 September 1985) .Tegas Menghadapi Serangan (18,19 dan 20 September 1986) xii 299 307 332 356 377 396

ISI

Kukuh U M N O Kukuh Negara (24,25 dan 26 April 1987) U M N O Tetap U M N O (28,29 dan 30 Oktober 1988) Kewibawaan U M N O (17,18 dan 19 November 1989) Bersatu Bersedia Berkhidmat (30 November, 1 dan 2 Disember 1990) U M N O ke Arah Abadke-21 (8,9 dan 10 November 1991) Ke Arah Meningkatkan Maruah Bangsa (6, 7 dan 8 November 1992) U M N O Pembawa Perubahan (4, 5 dan 6 November 1993) Hapuskan Politik Wang (19Jun 1994) Mengembalikan Maruah Bangsa, Agama dan Tanah Air (18,19 dan 20 November 1994) .[angan Lupa Daratan (24,25 dan 26 November 1995) Demokrasi dan Masa Depan Negara (11 Mei 1996) Pemimpin dan Kepimpinan (10,11 dan 12 Oktober 1996) Bibliografi

420 434 460 479 506 526 548 567 578 598 620 641

664

xiii

Pengenalan Amanat

EPANJANG kewujudan U M N O , pemimpin utamanya iaitu S Yang Dipertua atau Presiden dikehendaki membuat ucapan dasar dalam persidangan yang diadakan setiap tahun. Di sini ia menghuraikan keadaan di dalam parti dan negara, masalahmasalah yang dihadapi, harapan-harapannya dan langkah-langkah yang perlu bagi memelihara masyarakat. Walaupun disampaikan dihadapan wakil-wakil parti, mesejnya adalah untuk seluruh negara, malah dunia. Maka ucapan ini boleh dianggap penting bukan sahaja dari segi menentukan arah negara pada satu-satu masa, tetapi kerana kesan-kesannya ke alas masyarakat. Selain itu, ia adalah sumber bagi peminat-peminat perkembangan politik, meriwayatkan peristiwaperistiwa yang telah dilalui dalam proses pembinaan negara dengan segala suka dukanya. Dalam hal ini U M N O adalah luar biasa kerana telah dapat mengadakan persidangan yang paling banyak dalam tempoh setengah abad usianya yang memberi peluang kepada lima orang pemimpin iaitu daripada Dato' Onn Jaafar hinggalah kepada Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad menyampaikan pandangan-pandangan mereka mengenai berbagai perkara. Kepada wakil-wakil pula, persidangan ini adalah tempat meluahkan perasaan mereka tentang apa yang baik atau kekurangan-kekurangan dalam urusan parti, bangsa, agama dan negara. Perkara yang diperkatakan mereka itu mendapat perhatian pemimpin-pemimpin dalam mencorakkan dasar atau mengambil tindakan-tindakan bagi faedah umum. Persidangan wakil-wakil orang Melayu yang pertama berlangsung pada 1, 2 dan 3 Mac 1946. Bergelar Kongres Melayu ia dianjurkan bcrikutan dengan keputusan British melaksanakan Malayan Union yang telah menaikkan api kemarahan orang Melayu di seluruh negara. Wakil-wakil daripada berbagai pertubuhan Melayu telah menghadiri kongres ini di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur di 1

AMANAT

PRESIDEN

samping beribu-ribu orang lagi yang berkumpul di pekarangan Kelab. Dato' Onn Jaafar yang mempengerusikan kongres telah bercakap dengan penuh semangat, raendedahkan perbuatan curang British yang memungkiri janjinya kepada orang Melayu dan padah buruk yang akan menimpa mereka ini sekiranya Malayan Union diteruskan. Beliau menyeru kepada orang Melayu supaya bersatu hati sebagaimana bangsa-bangsa lain di dunia telah berkumpul bagi keselamatannya. Ujian kepada orang Melayu ialah menyatukan persatuanpersatuan mereka, dengan kata-kata Dato' Onn sebagai pegangan: Marilah kita tunjukkan kepada dunia iaitu roh dan semangat datuk nenek moyang kita itu masih ada lagi dengan kita. Marilah kita tunjukkan iaitu dengan persatuan di antara kita maka kita berkehendakkan menzahirkan satu bangsa yang lebih tegap dan subur, boleh berdiri di atas tapak kaki kita sendiri dan mengambil tempat kita yang sebenar di sisi bangsa-bangsa lain yang tetap dan bersatu. Kata-kata ini jelas menunjukkan usaha ke arah meninggikan maruah bangsa, meminta orang Melayu supaya sedia menghadapi bahaya-bahaya yang ada di sekeliling. Ia adalah tema Dato' Onn yang didendangkan ke telinga wakil-wakil dalam pertemuan-pertemuan berikutnya, menjadikan beliau seorang perintis perubahan bangsa dengan menggunakan landasan politik. Persatuan yang dianjurkannya tidak bertujuan mengancam mana-mana pihak, sebaliknya untuk membawa kepada keadilan di dalam negara. Sewajarnyalah ucapannya disudahi dengan 'Hidup Melayu', slogan bagi survival bangsa dalam keadaan yang tidak menentu. Kongres Melayu dipanggil sekali lagi secara tergempar pada 29 dan 30 Mac. Wakil-wakil persatuan Melayu berkejar ke Kuala Lumpur semula dalam masa tidak sampai sebulan sejak kongres yang pertama, kerana membincangkan langkah-langkah bagi memulau pertabalan Gabenor Malayan Union pada 1 April 1946. Kongres ini berlangsung pada hari pertamanya di pejabat akhbar Majlis dan hari keduanya di Kelab Peranakan Penang. Ia dipengerusikan oleh Dato' Onn selaku pemimpin yang mendapat perhatian seluruh bangsa Melayu. Tetapi Kongres Melayu yang ketigalah yang menentukan arah perjuangan orang Melayu dalam menghadapi kemelut politik tanah air. Berlangsung di Istana Besar Johor Bahru pada 11 dan 12 M e i 1946 ia telah dipengerusikan oleh Dato' Onn, dengan mencapai 2

PENGENALAN

AMANAT

keputusan menubuhkan satu organisasi payung bagi seluruh orang Melayu. Kongres Melayu dimansuhkan dan mesyuarat agung U M N O yang pertama diadakan bagi menubuhkan parti ini. Dato' Onn sekali lagi berucap dalam persidangan ini dan di sinilah Piagam U M N O diluluskan oleh wakil-wakil. Dengan mansuhnya kongres ini dan tertubuhnya U M N O , persatuan-persatuan dan orang Melayu diminta supaya tidak lemah dalam semangat kerja bagi memajukan cita-cita bangsa. Bangsa Melayu akan lebih kukuh sekiranya setiap pihak bekerja dengan kuat bagi menjayakan cita-citanya. Ini satu lagi unsur dalam ucapan Dato' Onn, iaitu tentang perlunya corak kerja yang baik. Beliau juga menyesali adanya orang Melayu yang kerana mengejarkan pangkat sanggup mengetepikan kepentingan bangsa mereka. Sesetengahnya enggan bergabung sebagai tanda membantah Malayan Union kerana segan kepada bangsa asing. Kepada orang ini, beliau berkata, 'Bertaubatlah'. Persidangan U M N O yang ketiga ini dinamai Majlis Mesyuarat Agung berlangsung agak rancak antara dua hingga lima kali dalam setahun memandangkan ia memerlukan keputusan-keputusan ahli dalam mengatur langkah-langkah menghadapi kerajaan penjajah. Ia juga bertukar-tukar tempat untuk memberi kemudahan kepada ahli-ahli yang tinggal berselerak di Semenanjung tatkala sistem perhubungan masih lagi sukar. Satu perkara yang menarik juga persidangan-persidangan U M N O ini kerap dirasmikan pembukaannya oleh raja atau Tengku Mahkota satu-satu negeri tempat ia berlangsung. Ia melambangkan hubungan rapat antara pertubuhanpertubuhan Melayu dan U M N O dengan Raja-raja Melayu yang kedudukan mereka terancam di bawah gagasan Malayan Union. Kerana U M N O merupakan gabungan beberapa persatuan Melayu, selama tiga tahun dari tarikh penubuhannya wakil-wakil yang hadir dihadkan kepada dua orang bagi satu persatuan. Keadaan ini berubah apabila U M N O menerima keahlian secara langsung dengan jumlah wakil daripada satu-satu bahagian parti berdasarkan jumlah ahlinya. Dalam Majlis Mesyuarat Agung U M N O ini terkumpul wakil-wakil yang terbilang daripada masyarakat Melayu. Pada waktu U M N O belum menubuhkan kerajaan, persidanganpersidangan parti adalah satu-satunya tempat wakil-wakil meluahkan perasaan dan memberi pandangan. Dari segi kesan, pendapatpendapatnya lebih menentukan arah politik daripada perbahasan di 3

AMANAT

PRESIDEN

dewan-dewan undangan penjajah yang mengandungi ahli-ahli yang dilantik. Liputan mengenainya terdapat dalam akhbar-akhbar nasionalis. Tetapi dalam keadaan akhbar-akhbar ini mengandungi tenaga dan halamannya yang terhad, ucapan pemimpin-pemimpin utama tidak tersiar sepenuhnya seperti menjadi tradisi hari ini. Apa yang dapat dikumpul daripada ucapan-ucapan Dato' Onn bagi maksud buku ini, misalnya tentulah tidak lengkap walaupun butir-butirnya yang penting dapat dikesan melalui laporan-laporan tidak langsung. Di samping itu turut mengelirukan pembaca-pembaca ialah kehadiran beberapa perkataan daripada bahasa lama yang tidak dipakai lagi hari ini. Ucapan Dato' Onn yang paling ghairah dan bersemangat sewaktu menentang Malayan Union. Orang Melayu rata-rata mudah diyakini untuk menerima hujah-hujahnya dan program-program tindakan yang dianjurkannya. Mereka sedar rekod Dato' Onn sebelum ini sebagai tokoh yang sedia membuat kritikan-kritikan berani terhadap kepincangan masyarakat Melayu sewaktu menjadi wartawan malah pernah bertelagah dengan Raja Johor berhubung dengan tindakantindakannya yang zalim. Dato' Onn seorang yang berprestij dengan rekod perjuangan yang sudah diketahui oleh orang Melayu. Apa katanya disambut baik, khususnya dalam menentang gagasan politik British yang akan menguburkan orang Melayu. Dalam persidangan-persidangan yang diadakan, Dato' Onn bertalu-talu menerangkan dasar-dasar perjuangan parti dan orang Melayu dan tanggungjawab mereka dalam melaksanakan cita-cita bangsa. Dengan tertubuhnya U M N O , tidak dapat dielak sebahagian besar kandungan ucapan-ucapannya mengenai perjalanan jentera parti untuk menjadi lebih berkesan dalam gerakan politik. Derma Kebangsaan yang dilancarkan adalah bertujuan mengumpul wang bagi membiayai program ini; tetapi dikesali oleh Dato' Onn kerana pungutannya sangat sedikit. Dalam ucapannya di Majlis Mesyuarat Agung pada Julai 1946 di Pulau Pinang, beliau secara sinis menyebut bahawa umat Melayu bersorak, bertepuk hendak membangunkan bangsa tetapi dermanya tidak seberapa. Beliau meminta mereka supaya korbanlah diri dahulu dengan menderma. Bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union telah mendapat kejayaan, dengan British bersetuju menubuhkan sebuah Persekutuan Tanah Melayu bagi menggantinya. Wakil-wakil persatuan 4

PENGENALAN

AMANAT

Melayu yang hadir di persidangan U M N O di Alor Setar pada Januari 1947 membincangkan butir-butir persekutuan itu. Dato' Onn tidak setuju dengan cakap setengah-setengah orang yang mahu kemerdekaan penuh pada masa itu juga. Orang Melayu belum bersedia dalam serba-serbinya, katanya. Maka hendaklah tentukan barang yang dipegang tidak terlepas daripada tangan. Tiada faedah berangan-angan dengan tidak memerhati keadaan di sekeliling. Pilih jalan yang bijak supaya tidak sengsara kepada bangsa. Dato' Onn mahu perjuangan orang Melayu menjadi lebih luas dan tidak terkongkong dengan semangat kenegerian yang boleh membantut pergerakan. Dalam persidangan di Seremban pada Mac berikutnya beliau berkata umat Melayu di Semenanjung hendaklah mengekalkan bangsa menjadi bangsa Melayu. Terdapat satu dua pihak setelah bersatu dalam U M N O tidak bersetuju dengan dasar pertubuhan ini hendak menjadikan negeri ini sebenar-benarnya Melayu dan pemerintahannya oleh orang Melayu. Dato' Onn menyindir bahawa ada ikhtiar untuk memecahkan bangsa Melayu dengan menghasut sebahagian orang Melayu supaya jangan mengakui dirinya orang Melayu. Sindiran ini ditujukan kepada puak kiri Melayu yang berjuang untuk mewujudkan satu pemerintahan yang bercorak lain. Dato' Onn berseru, 'Bersabarlah, lihatlah kampung sendiri, bangsa sendiri supaya kehidupan lebih baik dan bangsa selamaf. Dato' Onn melaporkan lagi tentang langkah-langkah bagi penubuhan Persekutuan Tanah Melayu semasa persidangan U M N O di Kota Bharu pada M e i 1947. Asasnya telah dipersetujui dalam persidangan di Alor Setar. Tetapi British yang berkewajipan juga kepada bangsa-bangsa lain telah menubuhkan satu Jawatankuasa Perunding bagi meneliti kepentingan mereka itu. U M N O akan membuat pandangan-pandangan mengenainya serta dibawa untuk makluman Majlis Mesyuarat Agung. Bangsa-bangsa lain telah cuba memaksakan kehendaknya melalui Council of Joint Action agar kerajaan tidak melebihi kepentingan Melayu. Ia berusaha mendapat sokongan tokoh-tokoh Melayu bagi rancangan ini. Mengenai perjalanan U M N O , Dato' Onn menghendaki ia lebih kuat bagi memikul tanggungjawab yang bertambah. Susunan parti dengan tiap-tiap persatuan mempunyai tujuannya sendiri didapati menyukarkan kerja. Di sini Dato' Onn membayangkan perasaan 5

AMANAT

PRESIDEN

tidak puas hati beliau terhadap keadaan yang wujud. Soal menyusun semula U M N O telah dikemukakan dalam sidang bagi menjadikannya sebuah pertubuhan politik dengan cawangan-cawangan di seluruh tanah air. Dato' Onn menyesali sifat teragak-agak beberapa pertubuhan bergabung untuk menerima susunan baru ini. Dari segi pentadbiran parti, majlis diberitahu bahawa beberapa jawatan baru telah ditubuhkan bagi menambah jabatan-jabatan yang sedia ada. Dato' Onn tidak setuju dengan dakwaan bahawa penubuhan Persekutuan Tanah Melayu adalah lebih buruk daripada Malayan Union. Wakil-wakil U M N O yang pergi berunding telah mendapat beberapa banyak faedah untuk orang Melayu. Pihak yang tidak menyokong U M N O bukan hendak menguatkan pendirian orang Melayu, sebaliknya mencadangkan supaya hilang terus nama Melayu untuk dijadikan 'Malayan'. Dalam sidang di Johor Bahru ini pada September 1947, Dato' Onn mengingatkan bahawa 'Raja itu rakyat dan rakyat itu raja'. Rakyat Melayu telah mengangkat balik raja-raja ke atas takhta mereka. Bagi membalas jasa rakyat, raja-raja hendaklah membalas jasa mereka. Pernyataan ini menunjukkan perasaan tidak senang Dato' Onn terhadap sikap Raja-raja Melayu yang menyangsikan perjuangan U M N O . Persidangan di Kuala Lumpur pada bulan Disember berikutnya dan yang keempat pada tahun 1947 menunjukkan betapa pentingnya persiapan-persiapan dibuat sebelum pelaksanaan Persekutuan. Dato' Onn memberitahu dalam rundingan-rundingan yang diadakan, wakil-wakil Melayu telah bekerja bersungguh-sungguh bagi kebaikan orang Melayu, khasnya perpaduan di antara negeri-negeri Melayu. Tidak boleh diwujudkan Persekutuan jika tiap-tiap negeri mempertahankan kepentingannya. Banyak bahaya terdapat di sekeliling; orang Melayu boleh mengatasinya dengan bersatubukan untuk faedah negeri atau orang persendirian. Dengan terbentuknya Persekutuan bukan bermakna kerja telah selesai. Dato' Onn menyoal adakah U M N O sudah berjalan cukup kemas hingga tidak berkehendakkan usaha lagi. Jika pergerakan U M N O tidak kemas, orang Melayu akan tercicir. Kini zaman orang mengambil bahagian dalam penghidupan dan pemerintahan. Tiaptiap orang hendaklah bekerja dan menjalankan kewajipan masingmasing, tidak seperti yang sudah-sudah, menyerahkan kerja kepada beberapa orang saja. Bangsa yang kuat itu adalah yang bekerja menjayakan sesuatu benda dengan sekuat-kuat tenaga. U M N O akan 6

PENGENALAN

AMANAT

disusun semula bagi memajukan kehendak-kehendaknya; dasardasar pelajaran dan ekonomi akan dilaksanakan bagi memperbaiki keadaan orang Melayu. Pemuda-pemuda dan kaum ibu Melayu akan disatukan dalam U M N O . Sementara wakil-wakil Melayu yang menduduki kerusi-kerusi Majlis Mesyuarat Undangan hendaklah ingat bahawa duduknya mereka di situ bukan untuk kepentingan diri mereka masing-masing tetapi faedah bagi kaum bangsa mereka. Menjelang pelaksanaan Persekutuan pada 1 Februari 1948, U M N O telah mengadakan persidangannya di Johor Bahru di mana Dato' Onn mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah menyokong parti. 'Kita telah bekerja beramai-ramai dengan sebulat hati, sebulat fikiran dan sebulat tujuan', katanya. Ahli-ahli hendaklah mengasuh dan mendidik pertubuhan ini supaya dapat berdiri dengan tegak kerana di hadapan terdapat pekerjaan yang berat. Dato' Onn berharap tugas yang diamanahkan kepadanya semasa persidangan di Ipoh telah dapat dihasilkan. Dengan penubuhan Persekutuan, umat Melayu bukan saja bersatu dalam sebuah kerajaan, tetapi bersatu pada perasaan hati. Lebih dua bulan selepas persidangan ini, U M N O bersidang pula di Pulau Pinang. Dato' Onn menyebut terdapat berbagai bahaya di Tanah Melayu iaitu daripada hutan, gunung dan yang tumbuh daripada dalam bumi. Dalam menyatukan umat Melayu, ada pihak yang cuba menghalang atau berdusta, memujuk dengan berbagai janji. Mereka yang kononnya bergerak bagi faedah Melayu adalah juga berbaik dengan Parti Komunis Malaya dan berunding dengan persekutuan-persekutuan lain. Apa yang tumbuh ini adalah sebenarnya beracun dan orang Melayu perlu menolak mereka itu. Mereka menjalankan hasutan dengan menggunakan nama agama dan berjanji akan menubuhkan kerajaan Islam. Dato' Onn bermaksud di sini pertubuhan P U T E R A yang berbaik dengan bukan Melayu dan menawarkan mereka menjadi Melayu di bawah Dasar Rakyat. Kalau diikuti dasar mereka ini gelaplah kedudukan politik orang Melayu, kata beliau. Yang diperlukan hanya satu pertubuhan Melayu, iaitu UMNO. Rang undang-undang bagi menyusun semula U M N O dikemukakan dalam persidangan di Arau pada Mei 1949. Dato' Onn berkata U M N O belum merupakan sebuah parti yang penuh kerana tiada tujuan yang tetap atau kemas peraturannya. Janganlah degil tidak mahu perubahan. Tujuan rang undang-undang ialah supaya 7

AMANAT

PRESIDEN

penduduk Tanah Melayu mengambil berat tentang pemerintahan dan tidak terhad kepada kampung. Pandangan yang luas perlu terhadap apa yang akan berlaku di hadapan. Dengan adanya Rang Undang-undang U M N O menunjukkan kepada dunia bahawa orang Melayu bukan berhati kecil, bukan kebimbangan atau ketakutan. Gesaan Dato' Onn ini adalah bagi meminta ahli-ahli parti supaya menerima cara keahlian terus dan tidak lagi berdasarkan persatuan-persatuan yang bergabung di dalam U M N O . Dengan kelulusan rang undang-undang ini, bentuk U M N O berubah menjadi sebuah parti yang lengkap dengan tujuan, sistem keahlian dan pengurusan. Satu persidangan yang bersejarah berlangsung pada tahun ini juga, di Butterworth pada bulan Ogos. Dalam persidangan itu khususnya, Dato' Onn secara terang menyelar Sultan Kedah yang telah membantah seorang Melayu dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu. Walaupun ada ketetapan oleh wakil-wakil menyokong Dato' Onn dalam persoalan ini, hubungan dengan rajaraja mula retak. Di persidangan di Alor Setar dahulu, wakil-wakil telah menuntut supaya jawatan Pesuruhjaya Tinggi diberi kepada seorang Melayu, tetapi Dato' Onn memintanya diganti dengan jawatan Timbalan Pesuruhjaya saja. Raja-raja bimbang bahawa jawatan ini pun akan dipegang oleh Dato' Onn, menjadikan kedudukannya lebih tinggi daripada raja. Dato' Onn menyesali cadangan British untuk melarang pegawaipegawai kerajaan supaya jangan campur tangan dalam politik. Menurutnya, lapan daripada Menteri-menteri Besar telah memberi fikiran bahawa tidak boleh dijalankan tegahan itu. Kerana galakan oleh British, sebahagian besar orang Melayu yang berpengetahuan sekarang berada dalam pentadbiran kerajaan. Sedangkan dalam demokrasi, setiap orang yang berpengetahuan dan berkebolehan hendaklah memimpin. Malangnya cadangan British telah diterima oleh persidangan sulit raja-raja. Dalam soal pelajaran, telah ada cadangan kepada Majlis Raja-raja supaya menerima dasar berbagai bahasa. Dato' Onn menentang keras cadangan ini tatkala negeri berada dalam kesusahan; yang harus diterima ialah dua bahasa iaitu Melayu dan Inggeris. Adalah perlu seseorang Menteri Besar itu menasihati rajanya kerana dibimbangkan berlaku lagi seperti di antara raja-raja dan MacMichael. Kata Dato' Onn, beliau akan tentang hatta raja pun jika perkara8

PENGENALAN

AMANAT

perkara yang dijalankan olehnya itu mendatangkan cacat kepada umat Melayu. Negeri ini bukan hak Raja-raja Melayu tetapi hak penduduk negeri ini. Fikirkan perubahan supaya kuasa nafsu-nafsi itu terhapus dan digantikan dengan kuasa perwakilan dan suara rakyat. Dalam sidang ini, Dato' Onn juga berkata sudah tiba masanya di Tanah Melayu diadakan taraf kebangsaan, yang berlainan dengan taraf kerakyatan, dengan menerima menjadi rakyat orang yang sanggup menumpahkan taat setia kepada negeri ini. Pada masa ini British telah menubuhkan Jawatankuasa Perhubungan Kaum bertujuan merapatkan kaum-kaum dalam menghadapi ancaman darurat dan merintis jalan ke arah kemerdekaan. Dato' Onn menjadi anggotanya dan beliau membawa kepada parti isu-isu yang dibincang dalam jawatankuasa ini. Persidangan di Muar pada Januari 1950 dibayangi oleh peristiwa Bukit Kepong di mana pengawal-pengawal rumah pasung, kanakkanak dan wanita Melayu telah dibunuh oleh komunis. Dato' Onn yang telah melawat ke tempat ini semasa persidangan menganggap perbuatan itu sebagai datang daripada orang yang tidak berhati perut dan tidak berperikemanusiaan. Namun beliau mengingatkan orang Melayu supaya tidak membalas ke atas orang yang tidak berdosa; balasan adalah terhadap orang yang kejam itu. Walaupun masa ini darurat, Dato' Onn terus berusaha memberi nyawa kepada U M N O . Sejak pelaksanaan undang-undang baru U M N O , parti ini berkembang semakin pesat di seluruh Tanah Melayu. Dengan penubuhan bahagian-bahagian baru, beliau berharap parti dapat berjalan dengan teratur dan kemas. Sangat mustahak dalam mengemaskan U M N O , bahagian-bahagian ditubuhkan dan bilangan ahli ditambah. Kata Dato' Onn, satu-satu pertubuhan kebangsaan dapat berdiri dengan sifat kebangsaan apabila dibantu oleh umat bangsa itu. Kedudukan U M N O perlu kuat di seluruh negara memandang kepada perubahan yang akan berlaku dengan tuntutan kaum-kaum supaya pilihan raya diadakan dan wakil-wakil parti menduduki majlis-majlis mesyuarat kerajaan. Berhubung dengan soal kerakyatan yang terus menjadi persoalan, Dato' Onn semasa persidangan U M N O di Kuala Lumpur pada bulan M e i 1950 membangkitkannya lagi. Beliau mahu mengadakan undang-undang kerakyatan bagi negeri-negeri Melayu kerana apa yang ada hanya rakyat raja yang tidak ditakrifkan secukupnya. Ini 9

(^SJ

AMANAT

PRESIDEN

menyusahkan orang peranakan bukan Melayu yang tinggal dalam negeri-negeri Melayu. Dato' Onn yang telah dipengaruhi oleh Penyata Jawatankuasa Perhubungan Kaum tentu sedar pendiriannya dalam soal kerakyatan tidak mendapat sokongan yang penuh wakilwakil U M N O walau pada umumnya mereka menyanjungi usahausahanya menentang Malayan Union sehingga tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu. Orang Melayu tidak senang dengan pemberian kerakyatan melalui syarat-syarat yang mudah kepada bukan Melayu. Sejak persidangan di Alor Setar dan kemudiannya di Butterworth, wakil-wakil U M N O begitu bimbang terhadap syarat-syarat yang dimasukkan di dalam Perjanjian Persekutuan apalagi jika terdapat usaha baru untuk melonggarkannya. Dato' Onn yang menerima kecaman hebat daripada wakil-wakil terpaksa memberi jawapan dan penjelasan kepada kemusykilan-kemusykilan mereka. Kehandalannya dapat memuaskan sejenak tetapi tidak dapat menutup kesangsian orang Melayu terhadapnya setelah dia berfikiran secara 'lebih luas'. Beliau telah diyakini oleh British untuk menerima satu pendekatan politik yang mengambil kira kepentingan semua rakyat yang tidak terhad kepada orang Melayu saja. Dia mula goyang dalam pendirian asalnya dengan mengiakan beberapa saranan yang dicadangkan oleh pihakpihak bukan Melayu. Kerana tentangan wakil-wakil U M N O terhadap pendiriannya, Dato' Onn dalam sidang di Kuala Lumpur pada Jun 1950 telah meletakkan jawatannya sebagai Yang Dipertua parti. Katanya, beliau telah dituduh mengkhianati bangsa, maka baiklah dia mengundur diri. Dia adalah yang diharapkan tetapi dia tidak dipercayai, maka dia menyarankan carilah orang yang lebih bijak dan lebih cekap untuk menjalankan kerja yang dikehendaki oleh orang Melayu. Dalam sidang U M N O berikutnya di Kuala Kangsar pada bulan Ogos, Dato' Onn telah menerima balik jawatannya setelah dipujuk oleh ahli-ahli yang terus mengagumi kepemimpinannya walaupun tidak menyetujui langkah-langkahnya dalam soal kerakyatan. Dalam persidangan di Kuala Lumpur pada Mac 1951, Dato' Onn menyentuh lagi tentang kemajuan yang dicapai dalam memperkemaskan jentera parti, persediaan bagi menghadapi pilihan raya bandaran dan Majlis-majlis Mesyuarat Undangan dan keadaan ekonomi orang Melayu. Tetapi soal yang terus menarik perhatian ialah cadangan bagi mengadakan kerakyatan bagi negeri-negeri Melayu 10

PENGENALAN

AMANAT

yang akan dibahaskan di Majlis-majlis Mesyuaratnya. Kertas mengenainya, kata Dato' Onn, akan dihantar kepada Bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan U M N O untuk ulasan. Beliau juga menimbulkan soal membuka pintu U M N O kepada bukan Melayu yang telah diura-urakannya sebelum ini. Katanya, dia telah mendapat persetujuan Jawatankuasa Kerja Agung U M N O . Nama U M N O sendiri akan dipinda daripada 'Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu' untuk dijadikan United Malaya National Organisation. Dato' Onn menegaskan beliau bukan bermaksud 'Malayan' tetapi hanya 'Malaya'. Ini bukan satu cadangan yang ganjil oleh kerana ia selaras dengan tujuan U M N O untuk memerintah sendiri. Setelah undang-undang kerakyatan bagi menjadikan bukan Melayu rakyat raja diluluskan, wajarlah U M N O membuka pintunya kepada bukan Melayu. Dato' Onn yang bimbang akan persaingan daripada parti-parti lain yang berbilang kaum, berkata dia sudah letih dan lesu dalam meminta ahli-ahli supaya memahami keadaan yang sudah berubah ini. Kerana tidak mendapat sokongan ahli-ahli U M N O atas cadangancadangannya itu, Dato' Onn yang tidak mudah digoncang daripada pendiriannya mengambil keputusan meletakkan jawatan buat kali yang kedua. Beliau mengumumkan keputusan ini dalam persidangan di Kuala Lumpur pada bulan Ogos berikutnya. Dengan itu, tamatlah kehadiran Dato' Onn dalam U M N O , parti yang telah diasaskannya sendiri. Perbezaan pendapat dalam mengatur dasar parti telah mengasingkannya daripada pemimpin-pemimpin lain yang tidak meyakininya lagi. Dalam ucapan akhirnya, Dato' Onn mengambil peluang untuk menghuraikan dengan panjang lebar usaha-usahanya dalam membina U M N O sehingga menjadi sebuah parti yang besar. Dia berharap U M N O akan menjadi lebih subur lagi di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman dan dukacita kerana terdapat akhbar-akhbar Malaya yang memperkecilkan jasa U M N O dalam lapangan politik, ekonomi dan lain-lain. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Kerja Agung di atas sokongan mereka kepadanya dan kepada pegawai-pegawai Ibu Pejabat U M N O kerana telah bekerja dengan seikhlas hati bagi mengelolakan berbagai pekerjaan. Dato' Onn juga tidak lupa untuk menyatakan tentang parti yang dia akan tubuhkan seperti yang menjadi hasratnya kebelakangan ini mengikut idea-ideanya. Dia telah dituduh cuba lari daripada 11

AMANAT

PRESIDEN

U M N O kerana hendak menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya. Tetapi katanya, dia daripada baka yang ddak tahu lari. Dia bukan derhaka kepada bangsa kerana ia telah bnat bermacam-macam untuk faedah penduduk dan menentang perbuatan-perbuatan yang tidak sesuai dengan pemerintahan. Undang-undang tubuh U M N O hendak mencapai kemerdekaan, begitulah juga tujuan parti barunya. Dia berharap U M N O akan bertambah maju lagi, seolah-olah tidak yakin dengan masa depan partinya yang baru. Dengan kekosongan yang ditinggalkan oleh Dato' Onn, Tunku Abdul Rahman mengambil alih jawatan Yang Dipertua U M N O setelah menang dalam satu pertandingan yang diadakan. Beliau tidak merupakan seorang yang pandai berhujah seperti Dato' Onn atau bergegar semangatnya tetapi mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Ucapan sulungnya membuktikan dia seorang yang berhemah tinggi, seorang pemimpin yang boleh diyakini dalam membela bangsanya dan membawa negara ke matlamatnya. Dia bersyukur kepada Allah kerana telah memilih seorang hambanya untuk menjalankan tugas-tugas yang berat di hadapannya. Selama dua tahun dia berkhidmat dengan kerajaan sekembalinya menuntut ilmu undangundang di England tiba-tiba beroleh jawatan ini. Tunku berkata ia adalah suratan takdir semata-mata, maka dia berjanji akan membuat sedaya upayanya bagi memperkukuhkan parti dan langkah-langkah yang selanjutnya bagi mencapai kemerdekaan. Puji-pujian diberi kepada Dato' Onn kerana tidak pernah orang Melayu bersatu di bawah satu panji-panji melainkan yang dimulakan oleh Dato' Onn ini. Tunku menyesali kedudukan orang Melayu begitu daif di bawah penjajahan, dengan bilangan pegawai-pegawai Melayu sangat sedikit dalam perkhidmatan kerajaan. Pelajaran anakanak Melayu juga begitu lemah. Negeri ini diserahkan kepada penjajah melalui perjanjian atau lain-lain dalam perlembagaan, maka dengan jalan itulah juga patut diserahkan balik negeri kepada rakyatnya. Negeri ini diterima daripada orang Melayu maka patutlah ia diserahkan balik kepada Melayu. Apa yang ditegaskan oleh Tunku ini mencerminkan perasaan seluruh orang Melayu pada masa ini. Namun begitu, penyertaan orang bukan Melayu dalam pemerintahan tidak ditolak seperti terbukti kemudiannya dengan landasan yang luas diberi kepada mereka. Menurut Tunku, orang bukan Melayu tidak mengambil bahagian dalam menentang Malayan Union kerana pada fikiran mereka ia adalah hak orang Melayu. 12

PENGENALAN

AMANAT

1^0

Mereka duduk di Tanah Melayu kerana mencari nafkah dan kekayaan; hak politik yang dicari adalah bagi mempertahankan kedudukan mereka yang ada. Kemerdekaan mesti diperolehi dengan segera kerana bahaya yang menunggu jika lambat. Untuk tujuan ini, pemimpin-pemimpin U M N O hendaklah menjelajah seluruh negara bagi menerangkan dasar-dasar parti dan langkah-langkah bagi melaksanakannya. Dalam memimpin parti di peringkat awal. Tunku mendapati beberapa halangan daripada bekas-bekas penyokong Dato' Onn yang masih ada selain pegawai-pegawai penting telah meletakkan jawatan menyebabkan sukar untuk mentadbir parti. KataTunku dalam persidangan U M N O pada Mac 1952, di mana dia pergi akan menekankan soal kemerdekaan, tetapi ia hanya boleh dicapai setelah penduduk daripada berbagai bangsa bersatu hati. Inilah yang diberitahu oleh Lyttleton, Setiausaha Tanah Jajahan British yang telah melawat Tanah Melayu. Sekarang bagaimana untuk mendapat persefahaman itu? Dalam pilihan raya Municipal Kuala Lumpur, U M N O dan M C A telah bekerjasama yang membawa kemenangan kepada keduaduanya. Melalui persahabatan ini, orang Melayu dan Cina boleh bersatu padu dalam menuju cita-cita yang besar kelak. Selain soal kemerdekaan dan perpaduan, Tunku mementingkan kebajikan orang Melayu khasnya usaha-usaha bagi menambahkan tanah simpanan mereka dan peranan Bahagian-bahagian U M N O ke arah itu. Begitu juga dengan soal penahanan orang Melayu berhubung dengan darurat. Pada sidang ini, beliau mengumumkan cadangan untuk memindahkan ibu pejabat parti dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur sebagai tempat yang lebih sesuai dengan kedudukan U M N O . Sebidang tanah di Batu Road telah diperolehi untuknya dengan pembinaan bangunan dikelolakan oleh sebuah jawatankuasa. Oleh sebab kebelakangan ini sidang-sidang U M N O kerap diadakan di Kuala Lumpur. Tunku mula mengubah tempat seperti zaman Dato' Onn untuk memberi semangat kepada ahli-ahli yang terdapat di merata-rata. Maka persidangan pada bulan September sekali lagi diadakan di Butterworth dan seorang raja dijemput untuk merasmikannya. Tunku menyentuh tentang perjalanan U M N O yang walaupun baik masih tidak memuaskan. Ada banyak bahagian yang tidak menghantarkan penyata bilangan ahlinya dan berharap mereka berusaha lebih bagi memperbaiki keadaan. Tunku sendiri telah 13

AMANAT

PRESIDEN

membuat banyak lawatan dan bergaul mesra dengan rakyat hingga dapat memulihkan U M N O di tempat-tempat yang lembap. Satu jadual untuk mencapai kemerdekaan sudah ada tetapi belum lagi masa untuk mengisytiharkannya. Bagi merapatkan hubungan antara U M N O dan M C A , satu rundingan meja bulat telah diadakan di antara kedua-dua parti ini. Hal ini dimaklumkan oleh Tunku dalam persidangan U M N O di Melaka pada April 1953 bagi mengelak sebarang kesangsian di kalangan ahli. Kedua-dua pihak telah memahami kedudukan masing-masing dalam politik dan penghidupan di negeri ini dan bersetuju mengambil langkah-langkah bagi kemerdekaan. Sekarang terpulanglah kepada wakil-wakil di persidangan untuk menerima atau menolak perkara-perkara yang telah dirundingkan itu. Salah satu daripadanya ialah syarat-syarat orang yang boleh mengundi dalam pilihan raya. Orang Melayu mesti berani berkorban kerana bagi mencapai kemerdekaan yang dituntut itu perlu kepada bantuan segala bangsa. Kerana tidak menjadi rahsia lagi, Tunku memberitahu tarikh Pilihan Raya Federal yang dicadangkan ialah selewat-lewatnya pada tahun 1954 dan satu persidangan rasmi mengenainya di antara semua bangsa dan pertubuhan-pertubuhan politik akan diadakan pada Mei 1953. Dengan terzahirnya kenyataan itu, satu kumpulan pembesar-pembesar negeri dan orang terkemuka dalam Parti Kemerdekaan Malaya telah membuat rancangan untuk mengadakan persidangan yang lebih awal pada bulan April bagi membincang perkara-perkara yang sama. Mereka ini termasuk tujuh orang Menteri Besar yang tidak mahu pilihan raya diadakan. Dapatlah diagak kuasa apa berada di belakang mereka. U M N O tidak mendapat sokongan pembesar-pembesar ini kerana ia bertulangkan rakyat jelata sahaja, kata Tunku. Dato' Onn yang memimpin parti bersifat Malayan kononnya itu tidak kenal kepada bangsanya sendiri. Berikutan usaha-usaha bagi mendesak pilihan raya diadakan, Tunku memberitahu persidangan U M N O pada bulan September 1953 bahawa kerajaan bersetuju menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pilihan Raya untuk mengkaji dan menyiasat soal-soal berkenaan dengannya. Perkara ini telah dibahaskan dalam Majlis Undangan Persekutuan, tetapi usul tentang tarikh 1954 bagi pilihan raya diadakan yang dibawa oleh Tunku telah tewas. Ahli-ahli yang menduduki 14

PENGENALAN

AMANAT

Jawatankuasa Pilihan Raya adalah daripada kalangan orang yang tidak bersetuju dengan tarikh tersebut. Pada bulan Ogos satu perjumpaan di antara pertubuhan-pertubuhan politik Melayu telah diadakan, diikuti dengan Perhimpunan Kebangsaan yang dihadiri oleh parti-parti Melayu dan Cina yang terkemuka. Kesemuanya bersetuju pilihan raya diadakan pada 1954 sebagai langkah yang pertama bagi mencapai kemerdekaan. Dalam mendapatkan sokongan kepada parti, Tunku mengingatkan ahli-ahli U M N O supaya berdamping rapat dengan rakyat jelata dan menolong mereka itu. Rakyat yang datang mengundi caloncalon parti ialah kerana perasaan bahawa U M N O itu Melayu dan Melayu itu U M N O . Ahli-ahli U M N O yang menjadi Ahli Majlis Bandaran hendaklah pandai membawa diri dan menjaga nama baik dan maruah U M N O supaya jangan cacat nama parti. Mereka itu hendaklah sentiasa mengambil tahu hal rakyat yang telah memilih mereka sebagai wakil; jangan hanya apabila datang masa pilihan raya baru terburu-buru hendak menolong rakyat. Di sini terang sifat demokratik Tunku dan keprihatinannya terhadap kebajikan ramai semasa negara belum pun merdeka. Pada April 1954, U M N O memanggil persidangan tergempar di Melaka kerana membincang halangan-halangan oleh kerajaan penjajah terhadap cadangan mengadakan pilihan raya. Tunku mendakwa Jawatankuasa Pilihan Raya yang telah ditubuhkan itu mengandungi orang yang tidak mahukan pilihan raya dan wakil-wakil U M N O - M C A adalah kurang berbanding wakil-wakil lantikan kerajaan. Adalah dikesalkan Penyata Pilihan Raya dihantar ke London setelah perundingan antara Raja-raja Melayu dan Pesuruhjaya Tinggi sahaja, dengan membelakangkan wakil-wakil orang ramai. Tunku meminta keputusan sidang untuk mengetuai satu rombongan menemui kerajaan British bagi membincangkan soal pilihan raya yang mesti diadakan tahun ini. Pada bulan Oktober berikutnya, persidangan U M N O berlangsung di Bangunan U M N O Pulau Pinang yang baru didirikan. Tunku meminta wakil-wakil supaya menghapuskan perasaan curiga terhadap bangsa-bangsa lain dalam bergerak ke arah kemerdekaan. Perjuangan kita tidak dapat undur lagi melainkan diteruskan sahaja hidup atau mati, kata Tunku. Sekarang ada pelbagai tuduhan yang dibuat terhadap perjuangan U M N O . Ada yang menuduhnya bersubahat dengan orang kafir, akan menukarkan agama dan berbaik dengan 15

AMANAT

PRESIDEN

komunis. Dakyah ini akan berpanjangan sehinggalah sampai pilihan raya. Merujuk kepada ketetapan Majlis Mesyuarat Agung U M N O tentang tarikh pilihan raya, Tunku memaklumkan ia terpaksa ditunda kepada tahun 1955 kerana kerja-kerja persiapan pendaftaran pengundi dan lain-lain. Terpulanglah kepada wakil-wakil untuk menimbangkan perubahan ini. Mengenai tuntutan tiga perlima daripada jumlah kerusi hendaklah dipilih, ia telah dikemukakan kepada kerajaan British tetapi tidak disetujui oleh raja-raja. Akhirnya Jawatankuasa Kerja Agung U M N O menerima tawaran kurang sedikit daripada yang dituntut itu bagi kepentingan dan muslihat parti. Sebagai persediaan menghadapi pilihan raya ini, Tunku mahu ahli-ahli parti bekerja dengan sehabis-habisnya. Kemenangan bererti kita menjadi hamba dan pesuruh rakyat untuk menyempurnakan amanah yang telah diletakkan ke atas bahu kita. Sesiapa yang memecahkan amanah itu hilanglah rahmatTuhan. Beliau kemudiannya menggariskan langkah-langkah yang akan diambil sekiranya parti menang dalam pilihan raya dan dapat menubuhkan kerajaan sendiri. Ini termasuk bidang pelajaran, ekonomi, pertahanan, kebajikan dan lain-lain. Persidangan Khas yang diadakan pada Jun 1955 adalah bagi membincang butir-butir manifesto yang telah disiapkan sebelum memasuki pilihan raya pada bulan berikutnya. Tunku menegaskan satu perkara yang besar di dalam manifesto itu ialah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara merdeka. Satu lagi ialah soal kerakyatan; undang-undang yang dipakai sekarang perlu diubah mengikut pengalaman yang diperolehi setelah kita menjalankan pentadbiran negeri. Orang dari luar tidak akan dibenarkan masuk bagi menenhikan rakyat negeri tidak ditenggelamkan. Jawatanjawatan yang dipegang oleh pegawai-pegawai dagang akan diserahkan kepada rakyat negeri ini secara beransur-ansur. Sebagai persiapan kemerdekaan, syor-syor bagi perlembagaan baru akan dibuat dengan persetujuan Raja-raja Melayu dan kerajaan British. Lain-lain perkara dalam manifesto hanya butir-butir yang boleh diperbaiki dari semasa ke semasa. Apabila sudah dekat dengan pilihan raya, pembahagian kerusi mula menjadi masalah dengan sebab ada ahli-ahli U M N O yang menolak hak parti rakan untuk mendapat bahagian yang layak baginya. Tunku mengingatkan bahawa U M N O memasuki pilihan raya adalah bersama dengan M C A 16

PENGENALAN

AMANAT

justeru perlu mengorbankan beberapa kerusi untuknya. Ahli-ahli hendaklah bersedia mengundi calon-calon parti yang lain daripada UMNO. Bermula pada Disember 1955 untuk beberapa tahun ke hadapan, U M N O mengadakan persidangan di bangunan barunya di Batu Road, Kuala Lumpur yang menjadi kebanggaan seluruh ahlinya. Dalam persidangan ini, Tunku mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli parti yang telah bertungkus-lumus dalam pilihan raya yang memberi kemenangan kepada Perikatan, iaitu 'satu kejayaan yang seumpamanya belum pernah dicapai oleh mana-mana negeri yang bercorak demokrasi di atas muka bumi ini'. Kemenangan itu adalah kerana U M N O mempunyai tali muhibah dengan rakyat di seluruh ceruk rantau negeri ini melalui Bahagian-bahagian dan cawangancawangan yang telah ditubuhkan dan terdapatnya perasaan berbaikbaik dan kerjasama di antara orang Melayu dan bukan Melayu. Kerajaan British telah terpaksa memberi akuan bahawa tidak ada apa-apa yang boleh menghalang cita-cita rakyat hendak mencapai kemerdekaan. Sebagai Ketua Menteri dalam kerajaan baru, Tunku memberitahu dia telah menyusun program-program bagi beberapa kementerian yang diserahkan kepada Parti Perikatan. Sebuah jawatankuasa menyemak semula dasar pelajaran telah ditubuhkan, manakala pertanian akan diperbaiki dana tanah-tanah baru dibuka. Rombongan Merdeka ke London akan menuntut beberapa perkara daripada kerajaan British bagi menambahkan kuasa parti yang telah menang termasuk dalam soal keselamatan dan pertahanan. Sebuah suruhanjaya bebas akan ditubuhkan bagi mencadangkan perlembagaan baru sesuai dengan kerajaan yang merdeka. Jawatan Penasihat British akan dibuang jika dipersetujui oleh raja-raja. Tunku juga menyebut tentang rundingan-rundingan yang akan diadakan dengan Chin Peng di Baling bagi menamatkan keganasan komunis di negeri ini berdasarkan beberapa syarat. Perkara lain ialah kemungkinan Singapura, Brunei, Sarawak dan lain-lain jajahan di Borneo memasuki Persekutuan. Selain isu-isu kenegaraan, persidangan telah meluluskan pindaan Perlembagaan U M N O , yang antara lain memberi kuasa lebih kepada U M N O Negeri-negeri. Perkataan 'Majlis Mesyuarat Agung' ditukar kepada 'Perhimpuan Agung' dan 'Jawatankuasa Kerja Agung' kepada 'Majlis Kerja Tertinggi'. Nama jawatan "Yang Dipertua' kekal 17

AMANAT

PRESIDEN

sehinggalah ia diubah kepada 'Presiden' pada tahun 1971 setelah Tunku tidak memimpin parti lagi. Pindaan-pindaan ini dibincangkan dalam persidangan dan tidak diulas dalam ucapan Tunku. Kerana rundingan-rundingan bagi mencapai kemerdekaan berjalan terus pada tahun 1956, persidangan U M N O telah ditangguhkan. Maka butir-butir mengenai rundingan-rundingan ini seperti soal kerakyatan, hak-hak istimewa Melayu dan lain-lain b'daklah dapat dimaklumkan oleh Tunku kepada wakil-wakil melalui persidangan. Bagaimanapun pada bulan Mac 1957 satu persidangan khas telah dapat diadakan. Ia dipanggil bagi menerangkan kemajuan-kemajuan yang telah dicapai dalam soal perlembagaan negara yang merdeka. Tunku meminta wakil-wakil apabila keluar Penyata Reid supaya bersabar dan bertenang serta tidak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak bertanggungjawab. Kita mesti bertolak ansur dalam menuntut kemuliaan orang Melayu dengan tidak menganiayakan kaum dan bangsa lain, kata Tunku. Setelah ditetapkan sebuah suruhanjaya bebas yang diadakan bagi mengkaji perlembagaan, ketiga-tiga parti dalam Perikatan telah mengadakan rundingan dan bersetuju di atas soal agama rasmi Persekutuan, bahasa, kerakyatan, hak-hak istimewa Melayu dan perlantikan seorang Yang Dipertuan Besar (Agung) daripada Raja-raja Melayu. Ini adalah satu kemenangan besar bagi U M N O , tetapi terdapat sebilangan ahli-ahli U M N O dan orang Melayu yang lain yang tidak puas hati. Perjuangan kita, kata Tunku adalah mengikut cara perlembagaan yang memerlukan diplomasi, fikiran dan petunjuk daripada Tuhan. Suruhanjaya telah memberi pertimbangan berat kepada orang Melayu sebagai tuan punya negeri ini, dan kalau ada apa-apa kekurangan dalam penyata dan syor perlembagaan itu maka terpulanglah kepada wakil-wakil untuk memperbaiki mana-mana yang patut. Tunku seterusnya menghuraikan satu persatu syor perlembagaan mengikut bab-babnya. Perkara yang menjadi kekeliruan ialah kerakyatan, tetapi kita tidak akan berganjak daripada yang dikehendaki, katanya. Dalam menimbangkan syor-syor yang tersebut, wakil-wakil hendaklah menggunakan neraca keadilan; kerana kepada persidangan ini bergantung nasib bangsa dan negara. Pada bulan Jun berikutnya Persidangan U M N O diadakan, iaitu yang terakhir di bawah penjajahan. Ia bertujuan membahaskan kertas putih yang mengandungi corak Perlembagaan Merdeka sebagai 18

PENGENALAN

AMANAT

hasil perundingan di London. Kata Tunku, kertas putih itu tidak mengandungi semua yang dituntut oleh ahli-ahli tetapi yang penting ialah kemerdekaan, yang dengannya dapat menentukan nasib dan corak dasar kita. Dari itu hendaklah diterima syor perlembagaan yang ada dan pada masa hadapan bolehlah tokok tambah yang kurang atau tolak mana-mana yang tidak sesuai. Tunku mengingatkan tentang berbagai puak yang begitu galak menimbulkan berbagai fitnah dan tuduhan bertujuan melagakan kaum-kaum supaya terhalang kemerdekaan. Orang ramai di negeri ini sedang bersedia untuk menyambut hari 31 Ogos dengan perayaan, dan bukan untuk bermandi darah. Tunku memberitahu sejak penubuhan kerajaan sendiri, berbagai orang datang menemui beliau dan menteri-menteri kerana meminta perkara-perkara peribadi. Sebenarnya terdapat badan-badan bagi menimbangkan segala perkara yang berkaitan dengan jawatan dan pentadbiran awam. Tanggungan menteri-menteri ialah kuat memegang amanah dan mempunyai sifat kepercayaan tentang wang ringgit. Kiranya mereka itu curang dan kurang amanah tentulah kerajaan negeri akan rosak binasa. Begitu juga wakil-wakil yang gagal menunaikan janji-janji mereka akan menyebabkan parti rosak. Tunku seterusnya menyentuh tentang keperluan-keperluan sebuah negara moden seperti pertahanan dan pembentukan dasar luar negeri. Satu masalah yang belum selesai ialah ancaman keselamatan, khasnya gerakan subversif komunis. Tunku memohon maaf kepada ahli-ahli parti oleh kerana kesibukannya menjalankan tugas-tugas kerajaan, beliau tidak dapat melawat kawasan-kawasan seperti dulu. Setelah merdeka dan segala-galanya teratur, beliau akan mengadakan lawatan-lawatan sebagaimana kehendak-kehendak ahli. Apa-apa kesilapan yang telah berlaku beliau meminta pengampunan daripada ahli-ahli dan mengakui sifat taat setia mereka itu telah memberi keyakinan kepadanya untuk meneruskan perjuangan dalam keadaan yang sukar dan pahit. Daripada kata-kata ini, jelas ia seorang pemimpin yang sangat rendah diri walau berada pada kedudukan yang tinggi dan penuh mulia. Persidangan U M N O yang pertama sepelas merdeka berlangsung pada Jun 1958. Tunku mengucapkan terima kasih kepada wakil-wakil yang telah memberi pandangan yang berguna kepadanya dalam membuat rundingan-rundingan dengan British. Sumbangan ahli-ahli U M N O adalah tinggi mutunya dan tidak dapat dikalahkan oleh 19

AMANAT

PRESIDEN

pejuang-pejuang di negara-negara lain. Dengan kemerdekaan membawa beberapa banyak tanggungan dan kerja-kerja yang mesti dilaksanakan. Dalam pilihan raya lalu U M N O telah berani meletakkan calon-calon bukan Melayu di kawasan-kawasan Melayu. Dengan yang demikian ia telah menarik kepercayaan penuh daripada bangsa-bangsa asing, yang telah menurut kehendaknya dalam beberapa perkara. Peluang yang istimewa dibuka kepada orang yang mempunyai syarat-syarat yang kendur untuk menjadi rakyat. Hal ini telah mencurigakan orang Melayu, tetapi negara-negara yang baru merdeka memang memberi peluang seperti ini. Kerana mengetuai kerajaan sendiri, Tunku mula membuat ucapan yang panjang lebar tentang langkah-langkah bagi memajukan rakyat. Hasil negara, katanya akan ditambah dengan menjemput pemodalpemodal luar negeri membuka perusahaan di sini mengikut caracara yang teratur. Pelabur-pelabur telah menunjukkan minat mereka kerana negara ini mempunyai kerajaan yang kuat, sempurna dan adil. Lain-lain lapangan khasnya pertanian akan terus diberi perhatian bagi menambahkan pendapatan rakyat. Penduduk-penduduk kampung akan diberi latihan dalam perusahaan dan perniagaan, manakala di bandar-bandar orang Melayu akan dimasukkan dalam syarikat-syarikat untuk memainkan peranan yang lebih besar. Kaum nelayan juga turut dibela dengan mengambil langkah-langkah tertentu. Bagi orang miskin yang tidak bertanah, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan dengan kerjasama kerajaan-kerajaan negeri telah membuat rancangan membuka tanah baru untuk mereka. Perkara-perkara lain dalam ucapan yang panjang ini menyangkut soal sekolah-sekolah menengah, pendaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, pertahanan negara dan dasar luar. Dan sewajarnya, menjelang pilihan raya umum tahun hadapan dibangkit soal calon, khidmat kepada rakyat dan dakyah parti-parti pembangkang. Tunku percaya di bawah kerajaan bercorak kanan sahaja negara akan menjadi kaya, berbanding dengan politik kiri yang cenderung menimbulkan mogok dan keadaan yang tidak stabil. Pada Februari 1959, U M N O memanggil satu perhimpunan khas bagi menjelaskan beberapa perkara penting. Satu daripadanya berhubung dengan kuasa yang diberi kepada U M N O negeri-negeri mengikut perlembagaan parti yang diluluskan pada Disember 1955. Tunku menyesali terdapat U M N O negeri yang berfahaman bahawa kuasa yang diberi kepadanya itu bukan saja dalam mengaturkan 20

PENGENALAN

AMANAT

hal-hal yang bersangkut dengan pilihan raya dan pentadbiran U M N O dalam satu-satu negeri, bahkan juga menyusun dasar-dasar mereka sendiri tanpa menghiraukan lagi dasar-dasar mereka itu bertelingkah dengan dasar besar U M N O . Perbuatan itu akan memecahbelahkan parti kerana masing-masing mengikut haluannya sendiri dan sesetengah ahli tidak tahu menggunakan kuasa itu. Maka Tunku mencadangkan kepada wakil-wakil supaya menimbangkan perlantikan sebuah jawatankuasa bagi menyemak Perlembagaan U M N O . Tujuannya memperbaiki perhubungan di antara bahagian-bahagian, cawangan-cawangan dan ibu pejabat selain menetapkan cara pembahagian yuran yang dipungut. Tunku menganggap tahun ini bersejarah kerana parti memasuki tahap kedua dalam perjuangannya. Peruntukan Perlembagaan negara mengenai penubuhan Majlis-majlis Mesyuarat Negeri dan Persekutuan akan berjalan. Dengan itu negeri-negeri akan mempunyai majlis-majlis mesyuarat yang semua ahlinya terdiri daripada wakil-wakil rakyat yang dipilih dan tidak lagi bercampur dengan ahliahli yang dilantik. Begitu juga di peringkat pusat, pilihan raya akan diadakan bagi memilih wakil-wakil Dewan Rakyat menggantikan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan. Tunku menggesa ahliahli supaya bersedia untuk mengatur dan menyusun kerja-kerja bagi mengambil bahagian dalam pilihan raya itu. Beliau memberitahu wakil-wakil persidangan yang dia akan bersara daripada jawatan Perdana Menteri untuk memberi tumpuan kepada tugas-tugas pilihan raya. Dato' Abdul Razak akan mengambil alih kuasa semasa dia tidak memegang jawatan ini. Dia tidak berasa ragu berbuat demikian kerana ahli-ahli Jemaah Menteri boleh dipercayai untuk menjalankan tugas-tugas mereka. Pemimpin pembangkang D.R. Seenivasagam dikecam secara khusus kerana perbuatannya yang menimbulkan perkara-perkara yang boleh membawa kepada pergaduhan kaum. Bagi tujuan keselamatan, mengawal samseng-samseng dan ahli-ahli kongsi gelap daripada membuat kacau, orang yang akan berucap di dalam pilihan raya hendaklah terlebih dahulu mendapat surat parti atau agensi-agensi kerajaan yang berkenaan. Tunku juga menasihatkan U M N O Singapura supaya mengambil bahagian dalam pilihan raya walaupun undi paksa (compulsory voting) yang diperkenalkan akan merugikan orang Melayu. Pada bulan Julai 1959, Tunku telah memanggil satu persidang21

AMANAT

PRESIDEN

an tergempar bagi membincang tuntutan segolongan pemimpinpemimpin M C A berkenaan dengan pembahagian kerusi Pilihan Raya Federal dan pelajaran Cina. Beliau menyifatkan tuntutan itu sebagai diberi betis hendak paha; dan memberi amaran kepada mereka itu janganlah menaikkan kemarahan orang Melayu. Terhadap golongan itu, U M N O tidak akan beralah kerana perbuatan mereka sangatlah tidak jujur. Kata Tunku, kita selama ini telah mempertahankan kawan-kawan Cina itu hingga timbul dakyah bahawa kita telah menjual orang Melayu. Jadi tuntutan mereka itu adalah amat menyedihkan. U M N O tidak akan sama sekali menerima ugutan daripada golongan dalam M C A yang dipimpin oleh Dr. Lim Chong Eu. Sebilangan besar anggota-anggota M C A yang lain tidak bersetuju dengan langkah pemimpin itu. Tunku berkata kita bersumpah hendak menjalankan demokrasi dalam negeri ini bagi kebaikan hidup orang ramai. Tetapi kalau terdapat banyak parti memainkan soal perkauman, bagaimanakah kita hendak mencapai tujuan itu? Akhirnya demokrasi ini akan terganggu. Hendaklah ingat baik-baik bahawa kita baru dua tahun merdeka dan perkara ini (krisis) telah terjadi. Maka apakah pula akan terjadi pada masa yang jauh ke hadapan, tanya Tunku. Di sini ternyatalah apa tanggungan kita. U M N O sahajalah yang boleh memberi keselamatan, keselesaan dan keamanan kepada negeri ini. Sungguhpun sebuah parti Melayu, ia mengambil langkah bekerjasama dengan bangsa-bangsa lain untuk manfaat semua. Persidangan pada April 1960 berlangsung dalam bulan kemangkatan Yang di-Pertuan Agong yang pertama dan Tunku mengambil peluang untuk menyentuh tentang institusi raja dalam pemerintahan negara. Beliau mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t. kerana dalam pilihan raya tahun lalu, Perikatan telah berjaya sekali lagi memegang tampuk pemerintahan Persekutuan dan negeri-negeri kecuali Kelantan dan Terengganu. Agenda yang penting dalam persidangan ini ialah membahaskan pindaan Perlembagaan U M N O . Dengan susunan yang ada, pentadbiran ibu pejabat tidak dapat berjalan dengan licin; maka itu perlulah berbalik semula kepada menjadikan U M N O parti kebangsaan dan bukan parti negeri. Dalam menjawab dakyah pembangkang terbit daripada pilihan raya yang lalu, ahli-ahli U M N O hendaklah memberi peneranganpenerangan bagi menghapuskannya. Lain-lain perkara yang disentuh ialah usaha mengadakan kelas 22

PENGENALAN

AMANAT

^g5j

dewasa di kalangan masyarakat luar bandar, kemudahan-kemudahan infrastruktur di kampung-kampung, langkah-langkah untuk kemajuan agama termasuk musabaqah al-Quran. Di persidangan ini juga Tunku menerangkan tentang usaha yang sedang dijalankan bagi menubuhkan satu pakatan ekonomi di antara Tanah Melayu, Filipina dan Negara Thai bagi mendapat faedah yang lebih bagi barang-barang pengeluarannya. Mengenai ancaman komunis, Tunku memberitahu darurat akan tamat tidak lama lagi, tetapi rakyat negara ini hendaklah waspada terhadap komunis. Di arena antarabangsa, beliau turut mengutuk pencerobohan komunis di Tibet dan dasar aparteid kerajaan Afrika Selatan. Tunku akan menghadiri Persidangan Perdana-perdana Menteri Komanwel di London pada akhir bulan di mana beliau akan mendesak langkah-langkah diambil terhadap kematian bumiputera di Afrika Selatan walaupun ini merupakan campur tangan dalam hal ehwal sebuah negara lain. Pada tahun 1961, dua persidangan telah diadakan. Dalam persidangan biasa pada bulan Mei di Melaka, Tunku menghuraikan tentang keadaan dalam parti, tugas-tugas wakil rakyat setelah menang dalam pilihan raya dan kemajuan-kemajuan yang telah dicapai bagi pembangunan rakyat. Usaha untuk menambahkan penyertaan orang Melayu dalam bidang perniagaan turut disentuh selain bidang pertanian yang boleh menambahkan pendapatan. Tetapi usaha dan tenaga kerajaan sahaja tidak memadai kalau tidak ada kesedaran nasional yang meluas dan sambutan rakyat sendiri. Dalam bidang pelajaran, mulai dari tahun 1961, pengajaran agama akan dilaksanakan di sekolah-sekolah yang mendapat bantuan penuh kerajaan. Sebagai usaha lanjutan Minggu Bahasa Kebangsaan, Bulan Bahasa Kebangsaan diadakan tahun ini bagi menanamkan perasaan cinta kepada bahasa ini. Mengenai buruh, Tunku berkata dasar kerajaan ialah menggalakkan penubuhan kesatuan-kesatuan yang bebas, kuat, demokradk dan bertanggungjawab. Hasil hubungan antara buruh dan majikan, bilangan pemogokan telah turun dari tahun ke setahun. Pihak-pihak buruh sendiri hendaklah berjaga-jaga supaya mereka tidak diperdayakan oleh ahli-ahli politik dengan tujuan mendapat kuasa. Tunku tidak berpuas hati dengan sesetengah pihak di dalam negeri yang mudah mengutuk perbuatan imperialis Barat tetapi tidak menyalahkan penaklukan oleh negara-negara komunis. Sedangkan pendirian kerajaan ialah berkecuali dalam erti menentang sebarang penin23

AMANAT

PRESIDEN

dasan yang dilakukan oleh mana-mana blok sekalipun. Berhubung dengan penganiayaan ke atas orang Melayu di selatan Thai, Tunku meminta kepada ahli-ahli supaya berhati-hati kerana boleh terperangkap dengan kehendak komunis yang berada di situ. Campur tangan kita akan memburukkan hubungan di antara Persekutuan dan Negara Thai. Lain-lain soal antarabangsa ialah aparteid di Afrika Selatan yang telah dibangkitkan oleh Tunku semasa persidangan di London; dan hasilnya negara yang berkenaan telah dikeluarkan daripada Komanwel. Dalam menghadapi kekacauan di Congo, kerajaan telah menghantar askar-askar untuk bersama-sama mengamankan keadaan. Sikap askar kita telah mendapat pujian Bangsa-Bangsa Bersatu dan bilangannya akan ditambali lagi tatkala negara-negara lain membawa balik askar-askar mereka. Persidangan Khas di Kuala Lumpur pada bulan November adalah bagi Tunku memberi sebab kepada wakil-wakil mengapa rancangan penubuhan Malaysia telah dibawa ke parlimen sebelum parti. Cadangan asal penubuhan itu sendiri dibuat dalam sebuah sidang akhbar di Singapura, walaupun beberapa tahun sebelumnya ia sudah dibayangkan oleh Tunku. Sekiranya cadangan penubuhan Malaysia itu berjaya, buat pertama kalinya negeri-negeri yang di luar Semenanjung akan turut bersama dalam satu pemerintahan yang besar. Kerajaan yang akan muncul kelak adalah kerajaan yang kuat, teguh, kaya, aman dan makmur. Kata Tunku, kedudukan dalam negeri-negeri yang terlibat itu dapat dilihat seperti bulan sabit, satu-satunya lambang keagungan Islam. Dari satu segi yang lain pula, pencantuman negeri-negeri yang berkenaan dan Singapura adalah munasabah kerana mempunyai penduduk yang sistem pemerintahannya sama. Pencantuman yang dicadangkan adalah berdasarkan kedudukan yang sama taraf dan tidak ada negeri yang menjadi jajahan negeri lain. Mengenai Singapura, memanglah selamanya pun disifatkan sebahagian daripada Tanah Melayu. Tetapi semenjak beberapa tahun yang lepas, aliran fahaman politik orang di negeri itu adalah cenderung kepada pihak yang terlampau kiri. Maka adalah membimbangkan jika ia mendapat kemerdekaan penuh dan tidak bercantum dengan Persekutuan. Persidangan U M N O 1962 yang ditangguh beberapa kali kerana pemimpin-pemimpin parti terlibat dengan urusan-urusan berkaitan penubuhan Malaysia, diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 24

PENGENALAN

AMANAT

bulan Ogos setelah bangunan ini siap. Buat beberapa tahun ke hadapan Perhimpunan Agung U M N O berlangsung di sini. Tunku memberitahu tentang rundingan-rundingan yang telah diadakan di London untuk menjayakan Malaysia. Ini termasuk syarat-syarat bagi penubuhan dan perlantikan Suruhanjaya Cobbold bagi mengetahui pendapat penduduk Sabah dan Sarawak mengenai Persekutuan ini. Tuntutan ke atas Sabah oleh Filipina adalah satu perkembangan baru, manakala langkah-langkah ke arah percantuman Singapura dengan Tanah Melayu sedang dilaksanakan. Tunku turut menyentuh tentang usaha-usaha bagi menguatkan jentera parti, dengan beliau sendiri menghadiri beberapa kursus yang diadakan. Hadiah-hadiah diberi kepada bahagian-bahagian dengan keahlian yang terbanyak. Beliau mengingatkan bahawa U M N O ialah sebuah parti sederhana yang tidak merampas hakhak orang lain dalam usahanya menolong orang Melayu. Dasar yang dipilih ialah yang dapat membawa kebaikan kepada rakyat dan negara; dan untuk itu amalan-amalan yang baik daripada sistem sosialis pun diambil. Beliau mendakwa terdapat parti-parti pembangkang yang cuba meracun fikiran orang bukan Melayu supaya membenci orang Melayu dan membuat tuntutan supaya hak-hak orang Melayu yang sedikit itu dirampas. Sementara PAS pula menggunakan sentimen agama bagi memecahbelahkan orang Melayu demi kepentingan politik mereka. Dalam Persidangan Agung satu hari pada Ogos 1963, Tunku meminta sokongan wakil-wakil bagi penubuhan Malaysia. Indonesia di bawah pimpinan Presiden Sukarno telah melancarkan Konfrontasi terhadap negara baru ini, tetapi untuk mencari perdamaian (Tunku) telah mengikuti semua proses perundingan termasuk di Tokyo dan sidang kemuncak di Manila. Katanya, beliau tidak teragak-agak mencuba jalan damai hatta sekalipun jalan itu boleh menjadi penghinaan kepada dirinya. Perjanjian London dengan segala undang-undang yang berkait dengan penubuhan Malaysia telah diluluskan oleh Parlimen tetapi parti-parti pembangkang dengan ideologi-ideologi yang berlainan telah bersatu dalam mengkhianati rancangan ini yang merupakan cita-cita sebilangan besar rakyat Malaysia. Dalam sidang di Manila, persetujuan dicapai bagi menubuhkan Maphilindo iaitu ikatan tiga negara (Malaysia, Filipina dan Indonesia) daripada asal keturunan yang sama. Tetapi Tunku tidak menyebut rancangan ini hancur begitu sahaja dengan adanya 25

AMANAT

PRESIDEN

Konfrontasi. Beliau sebaliknya menerangkan kejayaan A S A yang beliau telah turut sama-sama asaskan sebelum ini. Tunku mengecam Front Socialist yang mengakui dirinya tidak perkauman tetapi menyuarakan kehendak komunis yang menjadi musuh negara. Seorang pemimpinnya sanggup membuat fitnah terhadap peribadi Tunku bahawa dia telah melarikan isteri orang di samping menaikkan gajinya sendiri dan cuba lari ke luar negara. Tidak seperti Front Socialist, Perikatan diasaskan pada perkaraperkara yang difikirkan baik untuk rakyat. Penderitaan berlaku di beberapa negara lain kerana pemimpin-pemimpinnya tidak dapat menyesuaikan pentadbiran mereka dengan keadaan. Kata Tunku, kita bukannya bijak seperti mereka itu dengan mencuba peraturanperaturan baru yang kita belum yakin berfaedah. Dalam ucapan ini juga Tunku membidas seorang pemimpin parti, Aziz Ishak kerana telah menjalankan kerja-kerja yang tidak setahu kabinet dan akhir sekali menuduh Perikatan sebagai patung imperialis. Menyambung tentang penubuhan Malaysia lagi, Tunku dalam Persidangan U M N O pada September 1964 menyifatkan negara ini sebagai anak baru lahir yang mesti dijaga baik-baik. Ia adalah pemberian Allah yang hendaklah mendapat perlindungan daripada semua. Ejen-ejen Sukarno telah menyeludup masuk ke dalam negara ini dan tentera-tentera Indonesia didapati menceroboh kawasankawasan seperti di Pontian dan sempadan Sabah dan Sarawak secara terang-terangan. Tunku mengulangi tentang peristiwa-peristiwa yang membawa kepada kemerdekaan Tanah Melayu dan hendaknya dengan pengalaman itu dan kerjasama semua pihak Malaysia dapat dijayakan. Beliau dukacita terhadap kejadian rusuhan kaum di Singapura padahal tidak ada perasaan benci antara orang Melayu dan Cina; maka tentulah ia perbuatan anasir-anasir yang bergabung dengan musuh kita. Lain-lain sebab ialah orang Melayu di Singapura merasa diri mereka dibiarkan dan dihina tanpa sebarang layanan istimewa. Tunku kesal penduduk di Sabah dan Sarawak masih tidak dapat menerima pegawai-pegawai dari Tanah Melayu yang berkhidmat di sana. Malaysia dipunyai oleh rakyat Malaysia. Anak-anak negeri yang asli mempunyai hak keistimewaan yang sama seperti orang Melayu dan perwakilan dalam parlimen berdasarkan jumlah penduduk bagi negeri-negeri itu hampir 30 peratus lebih daripada perwakilan Tanah Melayu. Dalam lapangan antarabangsa, negara 26

PENGENALAN

AMANAT

telah dapat banyak sahabat baru yang bersimpati dengannya, khasnya dalam menghadapi ancaman Indonesia. Dengan rakyat Malaysia bimbang terhadap Konfrontasi, keputusan pilihan raya tahun 1964 telah memberi kemenangan besar kepada Perikatan. Tetapi anehnya ia tidak disentuh dalam ucapan Tunku. Pada tahun 1965, hubungan Malaysia dengan Indonesia masih tegang. Dalam Persidangan U M N O pada bulan Mei, Tunku berkata, pemerintah Indonesia yang tidak berupaya membangunkan rakyatnya cenderung membuat ucapan-ucapan, semboyan-semboyan baru dan menumpu kepada perkara-perkara lain bagi mengalih pandangan mereka. Akibatnya Malaysia menjadi sasaran. Beliau cuba berbuat balk dengan Sukarno tetapi tiada sebarang kesan. Sukarno mengecap Malaysia Old Force sedangkan negaranya yang dianggap dalam kumpulan New Force tidak dapat memberi makan kepada rakyatnya kerana mementingkan slogan dan semangat saja. Kepada Tunku, Indonesia bukan musuh. Konfrontasi yang dilancarkan oleh Sukarno didorong oleh komunis yang tidak senang dengan pendirian politik Malaysia. Beberapa orang Indonesia yang berfikiran waras cuba menghentikan Konfrontasi ini tetapi dihalang oleh komunis. Menyentuh keadaan dalam negeri, Tunku berkata banyak pertengkaran telah berlaku di antara pemimpin-pemimpin Perikatan dan PAP, Singapura. Pada mulanya, apabila Lee Kuan Yew berhadapan dengan komunis di pulau itu Perikatan telah membantunya. Selepas Singapura masuk Malaysia, Lee yang tidak dapat mentadbirkan kerajaan bersama-sama dengan U M N O telah membuat kacau. Dia melampau sekali apabila mengatakan orang Melayu di sini bukan anak jati. Tetapi corak politiknya tidak dapat mempengaruhi orang Cina yang tahu kehendak mereka. Tatkala negara menghadapi ancaman dari luar, apa yang membahayakan lebih lagi ialah musuh-musuh dari dalam, kata Tunku. Bagaimanapun, Tunku tidak menyentuh dalam persidangan ini tentang langkah-langkah yang bakal diambil membawa kepada penyingkiran Singapura pada bulan Ogos berikutnya. Bagi persidangan U M N O 1966, Tunku sekali lagi hendak mengadakannya di Melaka tetapi niat itu dibatalkan kerana masalah perhubungan. Sebaliknya ia diadakan seperti biasa di Kuala Lumpur. Meninjau kembali dua puluh tahun yang telah lepas, Tunku mengingatkan wakil-wakil, terdapat peristiwa-peristiwa suka dan duka 27

AMANAT

PRESIDEN

yang telah dilalui dengan jayanya. Kalau rakyat tidak bermuafakat tentulah akan berlaku pergaduhan yang berlarut-larut. Untuk kemajuan rakyat, Tun Razak telah bekerja keras yang telah membawa kesenangan kepada semua. Tetapi ada pihak-pihak yang sentiasa tidak berpuas hati, meminta itu dan ini. Di waktu kemuncak Konfrontasi, yang tidak setia menjadi ejen-ejen musuh dan membesarbesarkan sebuah negara yang lain. Dalam menetapkan pendirian politik, Tunku berkata kita tidak harus mengikut blok-blok seperti amalan negara-negara Afro-Asia yang tertentu. Pengarah komunis terhadap negara-negara itu adalah kurang, jadi bolehlah mereka meminta pertolongan daripada blok komunis. Malaysia berbaik-baik dengan negara-negara bukan komunis kerana sesuai dengan keadaan negara. Sungguhpun demikian bukan bererti kita berseteru dengan komunis, kerana kita ada perhubungan perniagaan dengan mereka. Dalam usaha menamatkan Konfrontasi, adalah diharapkan perjanjian yang dicapai dalam rundingan-rundingan di Bangkok akan dipatuhi. Antara soal-soal di dalam negeri yang dibangkitkan ialah mengenai penyingkiran Kalong Ningkan sebagai Ketua Menteri Sarawak kerana memburukburukkan kerajaan pusat; dan pemisahan Singapura yang telah berlaku selepas Perhimpunan Agung U M N O tahun lalu. Sebagai menghadapi pilihan raya, kajian akan dilakukan sama ada wakilwakil rakyat telah menjalankan kewajipan-kewajipan mereka dan bakal-bakal calon yang layak untuk dikemukakan. Masuk tahun 1967 genaplah sepuluh tahun negara merdeka. Tunku dalam ucapannya di persidangan U M N O di Rothman Pavilion, Petaling Jaya berkata kita menjadi negara yang berdaulat adalah hasil daripada perjuangan yang tegas dan kesedaran rakyat. Satu perkara penting tahun ini ialah perlaksanaan bahasa Melayu untuk menjadi bahasa rasmi yang tunggal sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan. Tetapi pelaksanaannya menghadapi beberapa masalah yang rumit. Tunku mengakui beliau telah mengkaji dengan sedalam-dalamnya soal ini kerana tidak mahu menyebabkan pergaduhan seperti di sesetengah negara. Rang undangundang mengenainya telah diluluskan oleh Dewan Rakyat. Beliau memperkecilkan bangkangan terhadap rang undang-undang ini oleh pejuang-pejuang bahasa Melayu yang belum cukup puas hati dengan tahap pelaksanaan bahasa ini. Dalam soal pertahanan negara, Tunku menyentuh tentang kepu28

PENGENALAN

AMANAT

tusan kerajaan Inggeris hendak menarik tenteranya dari Malaysia dan Singapura kerana menjaga kepentingan ekonomi negara mereka. Beliau merasakan patut ada sesuatu ikatan persefahaman yang lebih tegas setelah Inggeris keluar, terutama bantuan yang harus diberi kepada negara ini untuk menentang serangan musuh-musuh dari luar. Untuk kebaikan negara ini, hubungan diplomatik dengan Rusia akan diadakan tidak lama lagi. Kejatuhan harga getah telah menimbulkan kegelisahan pada masa ini; maka usaha-usaha sedang diambil bagi mengatasinya iaitu kerajaan sendiri mengambil bahagian dalam pasaran getah dengan membeli bahan itu. Negara-negara pengeluar getah digesa supaya sama-sama bersuara untuk menentukan keteguhan harga getah. Tunku seterusnya menghuraikan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi memajukan ekonomi termasuk peranan F A M A dan M A R A . Beliau menyesal dengan dakyah PAS kononnya sejak merdeka orang Melayu telah kerugian. PAS sendiri dalam ia mengutuk dan memaki hamun kerajaan didapati telah memberi satu perlima negeri Kelantan yang ditadbirnya kepada sebuah syarikat asing untuk gadaian selama 33 tahun, dengan bayaran premium cuma $7.00 bagi seekar. Masalah mencari tempat persidangan yang lebih besar bagi menampung jumlah wakil yang semakin bertambah disebut oleh Tunku semasa berucap di persidangan tahun 1968, yang sekali lagi diadakan di Rothman Pavilion, Petaling Jaya. Sejak U M N O ditubuhkan, banyak parti yang telah muncul tetapi tiada lagi hari ini. U M N O tetap hidup dan terus maju berkat daripada pertolongan Allah s.w.t. terhadap parti ini yang jujur dalam perjuangan membina bangsa dan negara. Jika apa-apa berlaku kepada beliau Tunku), jangan bimbang kerana sudah pun ada orang yang akan mengganti tempatnya. Pada akhir-akhir ini ada setengah-setengah pemimpin U M N O di peringkat bahagian dan cawangan yang lebih mementingkan populariti dirinya dalam membuat sesuatu. Sekiranya sifat seperti ini terbawa ke peringkat atas, akan merosakkan parti. Hendaklah disedari kedudukan negara ini sekarang seperti berada di atas peti letupan; jika tidak berhati-hati dan berbuat sesuatu mengikut nafsu akan terjadi letupan yang akan membinasakan harta dan jiwa rakyat. Ingatan Tunku ini seperti membayangkan peristiwa yang akan meletus pada tahun berikutnya oleh kerana tindakan pelampaupelampau yang sentiasa tidak puas hati dengan keadaan. 29

AMANAT

PRESIDEN

Ancaman daripada pihak komunis juga tidak habis-habis, kata Tunku. Mereka itu menghasut rakyat supaya mengangkat senjata menggulingkan kerajaan. Fikiran Mao Tse Tung telah ditaburkan di negara ini dengan bermacam-macam cara bagi menarik sokongan ramai. Orang Cina yang taat setia hendaklah berdamping dengan orang Melayu bagi menentang anasir-anasir tersebut. Dalam bidang pembangunan, kemajuan yang dicapai dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu adalah amat pesat dan berbagai usaha telah dibuat bagi meningkatkan ekonomi orang Melayu termasuk cadangan-cadangan yang dibuat dalam Kongres Ekonomi Bumiputera kedua yang baru berlangsung. Menjelang pilihan raya, soal pemilihan calon-calon U M N O menjadi masalah oleh sebab terdapat sikap bahawa jawatan itu adalah sumber kehidupan bagi satu-satu keluarga. Walaupun terdapat persaingan daripada parti pembangkang, termasuk Gerakan yang baru ditubuh selain PAS, D A P dan Parti Buruh, Tunku tidak bimbang dengan keputusan pilihan raya. Sikap optimis ini terbukti kemudiannya tidak menepati keadaan. Satu peristiwa rusuhan kaum telah berlaku berikutan pilihan raya itu yang membawa kepada penubuhan Mageran. U M N O tidak mengadakan persidangan sewaktu tempoh pemerintahan ini pada tahun 1969 dan 1970. Perhimpunan Agung diadakan semula setelah demokrasi dipulihkan, bertempat di 'Dewan Naga', Hotel Merlin Kuala Lumpur pada 23 Januari 1971. Bahang daripada Peristiwa 13 Mei masih terasa lagi dan wakil-wakil sedang menunggu perubahan pada kepemimpinan parti. Tunku yang membuat ucapan terakhirnya di sini mengulangi sejarah dia memimpin parti selama 20 tahun. Katanya, kerajaan tidak membuat sesuatu secara drastik dan menolak dakwaan dia melanlik menteri-menteri dari kalanganyes men. Mereka itu adalah orang lama yang telah bersama-sama berjuang dengannya. Orang ini yang dikatakan tidak pandai dan tidak layak telah mempelopori perjuangan U M N O tanpa menghiraukan kepentingan diri. Tunku dukacita mendengar pada masa akhir-akhir ini cakapancakapan yang mengatakan dalam U M N O sekarang ada 'order baru' dan 'order lama'. Kata-kata yang seumpama ini tidak sesuai dengan dasar perjuangan kita. Jika maksud orang tertentu hendak memberi semangat baru dalam parti (melalui istilah itu), beliau sangat bersetuju. Tetapi jika tujuannya untuk menyingkir orang-orang lama dan asal dan supaya mengubah perjuangan U M N O , beliau tidak 30

PENGENALAN

AMANAT

setuju. Kata Tunku, beliau sedar dalam parti hari ini ada banyak orang baru dan di antara mereka itu bukan asal U M N O dan bukan berhati perut U M N O . Jaga-jagalah mereka kerana mereka cuba menukar lampu baru untuk mendapatkan lampu lama yang ajaib. Tunku memaklumkan beliau akan bertolak ke Jeddah untuk bertugas sebagai Setiausaha Agung Sekretariat Islam dan sewaktu berada di Tanah Suci akan sentiasa berdoa moga-moga Tuhan menyelamatkan U M N O . Dengan persaraan Tunku tamatlah satu babak dalam perjuangan U M N O yang menyaksikan usaha-usaha bagi mencapai kemerdekaan, penubuhan Malaysia dan seterusnya pembinaan sebuah negara baru. Tunku bukan seorang dengan keintelektualan yang tinggi tetapi seorang yang jujur kepada bangsa, agama dan negaranya. Dalam tempoh perkhidmatannya, telah meletakkan asas pemerintahan negara di samping mewujudkan beberapa institusi penting yang dikaitkan dengan nama beliau. Dengan penuh keyakinan, beliau telah berusaha menjayakan satu demi satu program dengan menimbangkan segala aspeknya bagi manfaat ramai. Apa yang diperkatakannya kadang-kadang meleret-leret, tetapi maksudnya tercapai. Perhimpunan Agung U M N O 1971 melihat Tun Abdul Razak yang selama 20 tahun menjadi orang nombor dua parti mengambil alih pucuk pimpinan parti. Dia seorang yang jauh lebih muda daripada Tunku dan telah memikul bebanan-bebanan negara yang berat sebagai orang yang dipercayai Tunku. Peranannya sebagai arkitek pembangunan negara yang baru adalah sebesar peranan Tunku yang meletakkan asas politik negara. Justeru ucapan-ucapannya selaku Timbalan Yang Dipertua parti tidak kurang penting, walaupun tidak termasuk dalam skop buku ini. Taraf ucapan-ucapan itu sama dengan ucapan Yang Dipertua kerana banyak cadangan di dalamnya menjadi sebahagian daripada dasar parti dan negara. Sebuah buku lain memuatkan ucapan-ucapan itu perlu bagi memberi keadilan kepada pemimpin yang telah banyak berjasa ini. Ucapan Tun Abdul Razak sebagai pemimpin utama parti berlangsung pada 22 September 1970 dalam satu perhimpunan wakilwakil U M N O dari seluruh negara di Kuala Lumpur. Perhimpunan ini dipanggil khas oleh Tun sempena dengan perlantikannya sebagai Perdana Menteri pada pagi hari yang sama, menunjukkan betapa penting beliau meletakkan parti dalam pemerintahan. Walaupun 31

AMANAT

PRESIDEN

sudah menjadi ketua kerajaan, beliau belum dapat dipilih sebagai Yang Dipertua U M N O oleh kerana negara masih lagi di bawah Mageran. Kata Tun, jawatan yang tertinggi yang dipegangnya adalah sebenar-benarnya dipunyai oleh U M N O . Kerajaan ini adalah yang didukung oleh U M N O , maka kepada UMNO-lah beliau serahkan tanggungjawab ini supaya dapat menentukan dasar-dasar yang akan dijalankan. Tun melahirkan rasa dukacitanya kerana Tunku telah bersara daripada jawatannya sebagai Perdana Menteri. Beliau menyifatkan perhubungan beliau dengan Tunku sebagai bapa dan anak dan tidak boleh dipisahkan oleh sesiapa. Pengorbanan dan jasa bakti Tunku terhadap perjuangan kemerdekaan tanah air dan perkhidmatannya kepada negara akan diingati selama-lamanya. Dengan tertubuhnya kerajaan baru, kata Tun, kita akan memulakan satu babak baru. Sebagai satu bangsa, kita mestilah mengadakan keperibadian kita sendiri, berlandaskan satu kebudayaan kebangsaan. Rukun Negara adalah menjadi haluan dan panduan rakyat untuk mara ke hadapan menjadi satu bangsa yang bersatu, maju dan progresif. Dalam perhubungan dengan negara-negara luar, kita mestilah menunjukkan sikap yang bebas, sikap sealiran dengan masa mengikut kepentingan kita sebagai negara yang merdeka dan berdaulat. Kita mesti mempunyai keyakinan yang penuh untuk berdiri di atas kaki sendiri dan bekerjasama dengan semua negara tidak kira apa bentuk atau sistem negara itu. Tun bersyukur kepada Tuhan kerana bahaya yang disebabkan oleh Peristiwa 13 Mei telah hilang dan negara pulih seperti sedia kala. Beliau berazam untuk membawa kemajuan kepada rakyat semua bangsa dan memberi peluang yang lebih besar kepada mereka yang tidak berpeluang dalam bidang perusahaan melalui Dasar Ekonomi Baru yang sedang digubalkan. Dasar ini terkandung dalam buku rancangan Malaysia Kedua, bakal mengubah kedudukan ekonomi kaum-kaum dan negara amnya. Sebagai Yang Dipertua U M N O , Tun Abdul Razak dalam persidangan pada Januari 1971, berkata dengan pemulihan semula Parlimen (pada 22 Februari) bolehlah kita berbangga kepada dunia atas kesanggupan kita menjunjung konsep demokrasi berparlimen. Tiada pihak boleh sewenang-wenangnya menuduh kerajaan atau U M N O hendak mengekalkan kekuasaan dictatorship menerusi Mageran. Tun melimpahkan pujian kepada Tunku Abdul Rahman 32

PENGENALAN

AMANAT

yang telah menyampaikan amanat terakhir sebagai Yang Dipertua U M N O . Ahli-ahli parti, katanya bertuah kerana mendapat pemimpin dan bimbingan yang bijaksana daripada Tunku sejak beliau mengetuai parti 20 tahun yang lalu. U M N O semasa pimpinannya telah dibentuk menjadi parti politik yang terkuat di negara ini. Pada ahliahli telah tercetus semangat kesedaran dan keinginan hendak berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain. Tahun-tahun tujuh puluhan dan akan datang ini akan membawa masalah-masalah baru dan dugaan-dugaan penting kepada negara. Dalam menghadapi cabaran-cabaran yang berbagai-bagai rupa dan kompleks itu, Tun menghendaki pemikiran baru, strategi yang kemas dan bersedia menukar corak parti U M N O . Beliau mahu U M N O mempelopori usaha-usaha yang bersangkut dengan kebajikan dan kepentingan rakyat dalam semua lapangan. Hanya dengan demikian, barulah rakyat dapat merasakan mustahaknya U M N O dalam kehidupan mereka sehari-hari dan menerima pimpinan kita dan rasa tanggungjawab mereka kepada U M N O . Merujuk kepada Peristiwa 13 Mei, Tun Abdul Razak berkata biarlah ia termaktub dalam sejarah negara yang membawa pengajaran penting kepada semua. Antaranya, betapa mustahaknya kita memahami sejarah politik dan perlembagaan dan juga menginsafi perasaan-perasaan kaum jika