abdullah presiden angkasa majlis kesyukuran angkasa

27
1 TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS KESYUKURAN ANGKASA KELANTAN “MAGHI MAKEY DUYE”

Upload: others

Post on 30-Oct-2021

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS KESYUKURAN ANGKASA

1

TEKS UCAPAN

YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH

ABDULLAH

PRESIDEN ANGKASA

MAJLIS KESYUKURAN ANGKASA

KELANTAN “MAGHI MAKEY DUYE”

Page 2: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS KESYUKURAN ANGKASA

2

7 OGOS 2019 (RABU)

5.00 PETANG

PEJABAT ANGKASA KELANTAN

____________________________________

Bismillaahir rahmaanir rahiim,

Page 3: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS KESYUKURAN ANGKASA

3

Segala puji bagi ALLAH

Subhanahuwata’ala. Selawat dan

salam ke atas junjungan besar kita

Nabi Muhammad

Sallallahualaihiwasallam.

Terima kasih Pengacara Majlis.

Page 4: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS KESYUKURAN ANGKASA

4

YBhg. Dato’ Hj. Kamarudin Ismail

Timbalan Presiden ANGKASA

YBhg. Datuk Hj. Mohamad Ali Hasan

Naib Presiden ANGKASA

Page 5: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS KESYUKURAN ANGKASA

5

YBhg. Dr. Hj. Mohd. Azlan Yahya

Naib Presiden ANGKASA

YBhg. Dato’ Hj. Che Mohd Shukree

Che Isa

Naib Presiden ANGKASA

Page 6: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS KESYUKURAN ANGKASA

6

YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Hj. Abdul

Rahman Abdul Razak Shaik

Naib Presiden ANGKASA

Tuan-tuan/Puan-puan dan hadirin

yang dihormati sekalian.

Page 7: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS KESYUKURAN ANGKASA

7

Assalamualaikum WBT dan Salam 1

ANGKASA.

1. Alhamdullilah syukur ke hadrat

Allah SWT kerana dengan limpah

kurnia dan izin-Nya, dapat sama-

Page 8: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS KESYUKURAN ANGKASA

8

sama kita berada di Majlis

Kesyukuran ANGKASA Kelantan

“Maghi Makey Duye” pada hari ini.

Saya ingin merakamkan ucapan

penghargaan dan terima kasih

kepada JPAN Kelantan atas inisiatif

mengadakan majlis hari ini.

Page 9: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS KESYUKURAN ANGKASA

9

2. Majlis ini diadakan bagi

meraikan kemenangan Presiden dan

Naib Presiden ANGKASA yang baru

terpilih dalam Persidangan

Kebangsaan Tahunan ANGKASA Ke-

34 baru-baru ini. Terima kasih saya

ucapkan.

Page 10: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS KESYUKURAN ANGKASA

10

3. Secara peribadi bagi saya,

pemilihan ini bukanlah ‘tiket’ untuk

bersenang-lenang tetapi merupakan

satu tanggungjawab dan amanah

yang besar. Ini adalah

kesinambungan kepercayaan

daripada akar umbi anggota

Page 11: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS KESYUKURAN ANGKASA

11

koperasi kepada saya dan

kepimpinan, yang mahu melihat

gerakan koperasi berjaya di

peringkat nasional mahupun global.

4. Tanggapan negatif dan

pandangan pesimis segelintir

Page 12: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS KESYUKURAN ANGKASA

12

masyarakat terhadap peranan dan

fungsi koperasi merupakan

tentangan yang harus kita hadapi,

untuk membangunkan perniagaan

koperasi yang berjaya dan setaraf

dengan keupayaan syarikat swasta.

Page 13: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS KESYUKURAN ANGKASA

13

5. Tiba masanya kita fokus kepada

program-program yang berimpak

tinggi yang diperlukan koperasi yang

boleh membuka minda dan

menjana idea mereka dalam

berniaga dan isu-isu terkini.

Utamakan kualiti bukannya kuantiti

Page 14: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS KESYUKURAN ANGKASA

14

dalam program-program anjuran

ANGKASA.

6. Sasaran gerakan koperasi

menyumbang RM55 bilion kepada

ekonomi negara boleh direalisasikan

sekiranya ANGKASA dan pihak-pihak

Page 15: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS KESYUKURAN ANGKASA

15

berkaitan membuat rancangan

perniagaan koperasi yang lebih

berkesan. Pelbagai projek baru yang

boleh sama-sama kita fikirkan bagi

membantu koperasi terutama

koperasi mikro dalam menjana

pendapatan.

Page 16: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS KESYUKURAN ANGKASA

16

Hadirin yang dihormati sekalian

7. ANGKASA perlu perkasa dari

sudut ekonomi dan sosial serta

sumber manusianya. Kakitangan

ANGKASA pusat dan negeri perlu

bekerjasama dan bekerja bersama-

Page 17: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS KESYUKURAN ANGKASA

17

sama menggembleng tenaga dan

masa bagi memastikan ANGKASA

terus kekal lestari dan relevan dalam

arus perdana.

8. Komitmen penuh kakitangan

dituntut selaras dengan misi

Page 18: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS KESYUKURAN ANGKASA

18

ANGKASA untuk menyediakan

produk dan perkhidmatan berkualiti

tinggi untuk anggota terutamanya

dan masyarakat amnya serta

melindungi kepentingan dan

memperjuangkan hak gerakan

Page 19: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS KESYUKURAN ANGKASA

19

koperasi melalui pengurusan yang

profesional.

9. Setiap tugasan yang

diarahkan/dipertanggungjawabkan

harus dilaksanakan dengan

bersungguh-sungguh hingga

Page 20: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS KESYUKURAN ANGKASA

20

berjaya. Setiap projek/tugasan yang

kita jalankan perlu mempunyai

impak kepada koperasi kerana kita

menjadi contoh kepada koperasi-

koperasi ahli dan masyarakat sekitar.

Page 21: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS KESYUKURAN ANGKASA

21

10. Warga ANGKASA dari peringkat

kakitangan, pengurusan dan barisan

kepimpinan perlu kompeten dan

sentiasa melengkapkan diri dengan

pengetahuan baru setiap hari. Tidak

terbatas dalam tugasan masing-

masing tetapi melangkaui bidang-

Page 22: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS KESYUKURAN ANGKASA

22

bidang lain yang berdaya maju

untuk menjadi nilai tambah agar

mampu memenuhi ekspetasi

organisasi agar kualiti warga

ANGKASA setanding organisasi luar.

Hadirin Yang Dihormati Sekalian

Page 23: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS KESYUKURAN ANGKASA

23

11. Selagi saya diberi kepercayaan

untuk menerajui kepimpinan

ANGKASA, InsyaAllah saya berjanji

akan terus berkerja untuk kemajuan

gerakan koperasi. Cabaran-cabaran

yang diberikan kepada ANGKASA

tidak mematahkan semangat kita.

Page 24: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS KESYUKURAN ANGKASA

24

Kepimpinan ANGKASA berjuang

bersama-sama tuan/puan untuk

terus memacu kejayaan ANGKASA

khasnya dan gerakan koperasi

umumnya. Seterusnya berusaha

memartabatkan nama ANGKASA

sebagai apeks pemangkin

Page 25: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS KESYUKURAN ANGKASA

25

pembangunan koperasi terunggul di

ASEAN menjelang tahun 2020 akan

direalisasi.

Akhir kata, terima kasih sekali lagi

kepada Jawatankuasa

Page 26: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS KESYUKURAN ANGKASA

26

Perhubungan ANGKASA Kelantan di

atas penganjuran majlis hari ini.

Sekian.

Wabillahitaufik wal hidayah,

Page 27: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS KESYUKURAN ANGKASA

27

Assalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh.