menghuraikan langkah-langkah dalam pengajaran mengarang (kemahiran menulis) dengan mengaplikasikan...

6
16 Kaedah proses Pengenalan Menurut Sulaiman Masri (1990), karangan merupakan susunan perkataan yang membentuk ayat, dan ada pula disusun sehingga menjadi perenggan, fakta dan fikiran, disusun lengkap menjadi satu kesatuan. Ini bermakna, perkataan dalam ayat tidak boleh disusun tanpa fakta dan fikiran, dan sebaliknya fakta dan fikiran tidak boleh disusun tanpa menggunakan sejumlah perkataan yang asalnya terpisah, menjadi ayat dan perenggan. Jelaslah, mengarang merupakan kemahiran berbahasa yang tinggi dan pelajar boleh menguasai kemahiran mengarang dengan baik jika menguasai tiga kemahiran bahasa yang lain, iaitu mendengar, bertutur dan membaca Sebenarnya, untuk mengajar murid-murid menghasilkan pelbagai bentuk teks atau menulis karangan pelbagai bentuk, guru bahasa Melayu itu mesti menyediakan diri dengan imaginasi yang jelas, kosa kata yang banyak, dan keupayaan menyampaikan isi atau fakta secara sistematik. Dalam hal ini, sebelum mulai menulis karangan, guru perlu mengingatkan pelajar supaya menentukan tema dan membuat perancangan rapi sebelum menulis. Pendekatan Proses Pendekatan proses menekan proses dalam penghasilan sesebuah karangan dan bukannya kepada hasil kepada penulisan tersebut. Dalam pendekatan ini penulisan akan dimulai dengan proses menulis draf, menyemak dan membincangkannya. Melalui pendekatan ini juga, penulisan akan dilihat dari aspek format yang betul, struktur penulisan yang sesuai dan penggunaan tatabahasa yang tepat sebagai suatu penulisan yang baik. Sehubungan dengan itu, pendekatan ini memerlukan penulis menguasai kemahiran bahasa yang baik, di samping mempunyai pengetahuan tentang format atau model penulisan yang baik.

Upload: byn6115

Post on 13-Aug-2015

152 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

BMM3104 Pengajaran Kemahiran BM

TRANSCRIPT

Page 1: Menghuraikan Langkah-langkah Dalam Pengajaran Mengarang (Kemahiran Menulis) Dengan Mengaplikasikan Kaedah Proses

16

Kaedah proses

Pengenalan

Menurut Sulaiman Masri (1990), karangan merupakan susunan perkataan yang

membentuk ayat, dan ada pula disusun sehingga menjadi perenggan, fakta dan

fikiran, disusun lengkap menjadi satu kesatuan. Ini bermakna, perkataan dalam ayat

tidak boleh disusun tanpa fakta dan fikiran, dan sebaliknya fakta dan fikiran tidak

boleh disusun tanpa menggunakan sejumlah perkataan yang asalnya terpisah,

menjadi ayat dan perenggan. Jelaslah, mengarang merupakan kemahiran

berbahasa yang tinggi dan pelajar boleh menguasai kemahiran mengarang dengan

baik jika menguasai tiga kemahiran bahasa yang lain, iaitu mendengar, bertutur dan

membaca

Sebenarnya, untuk mengajar murid-murid menghasilkan pelbagai bentuk teks

atau menulis karangan pelbagai bentuk, guru bahasa Melayu itu mesti menyediakan

diri dengan imaginasi yang jelas, kosa kata yang banyak, dan keupayaan

menyampaikan isi atau fakta secara sistematik. Dalam hal ini, sebelum mulai

menulis karangan, guru perlu mengingatkan pelajar supaya menentukan tema dan

membuat perancangan rapi sebelum menulis.

Pendekatan Proses

Pendekatan proses menekan proses dalam penghasilan sesebuah karangan

dan bukannya kepada hasil kepada penulisan tersebut. Dalam pendekatan ini

penulisan akan dimulai dengan proses menulis draf, menyemak dan

membincangkannya. Melalui pendekatan ini juga, penulisan akan dilihat dari aspek

format yang betul, struktur penulisan yang sesuai dan penggunaan tatabahasa yang

tepat sebagai suatu penulisan yang baik. Sehubungan dengan itu, pendekatan ini

memerlukan penulis menguasai kemahiran bahasa yang baik, di samping

mempunyai pengetahuan tentang format atau model penulisan yang baik.

Page 2: Menghuraikan Langkah-langkah Dalam Pengajaran Mengarang (Kemahiran Menulis) Dengan Mengaplikasikan Kaedah Proses

17

Prosedur Perlaksanaan

Kemahiran mengarang boleh diajarkan secara berperingkat-peringkat. Untuk

mencapai objektif kemahiran yang hendak dicapai, pengajaran karangan boleh

diajarkan dengan menggunakan pendekatan tertentu. Salah satu daripada

pendekatan itu ialah pendekatan proses.

Pelaksanaan pendekatan proses dalam penulisan ialah satu kaedah

mengarang yang bersistem dan terancang kepada pelajar. Melalui pendekatan ini

pelajar dilatih secara berdisiplin dalam menghasilkan karangan di samping

menerapkan kemahiran mengarang yang betul dan bermakna.

Peringkat Pendekatan Proses

Pendekatan ini menyarankan beberapa peringkat penulisan yang harus dilalui oleh

murid-murid sebelum mereka menghasilkan karangan.

i. Penentuan tajuk dan pengumpulan maklumat

Pada peringkat ini, guru memberikan peluang yang cukup kepada

murid untuk menerokai tajuk sebelum menulis, seperti membuat

rujukan, perbincangan, perbahasan, sumbang saran dan main peranan

untuk mendapatkan isi karangan.

ii. Penulisan draf

Berdasarkan isi karangan yang diperoleh, murid mula membuat rangka

dan menulis draf karangan.

iii. Penyemakan pertama

Murid menyemak draf yang telah siap dan cuba memperkemas

karangan dari segi isi, tatabahasa dan pemerengganan.

iv. Penyemakan kedua

Draf yang telah diperkemas diberikan kepada rakan atau guru untuk

mendapat maklum balas tentang penulisan tersebut. Semua

pandangan mereka boleh digunakan untuk meninggikan mutu

penulisan itu lagi.

Page 3: Menghuraikan Langkah-langkah Dalam Pengajaran Mengarang (Kemahiran Menulis) Dengan Mengaplikasikan Kaedah Proses

18

v. Penulisan draf akhir

Murid menyalin draf semula dengan mengambil kira pandangan yang

diberikan oleh guru dan rakan. Semasa menulis, murid hendaklah

memberikan perhatian kepada kejelasan, penyampaian, penggunaan

tatabahasa dan ejaan yang betul.

vi. Persembahan

Bahan penulisan yang telah dinilai oleh guru hendaklah dipilih dan

dibacakan di dalam bilik darjah, dipamerkan atau diterbitkan.

Pengaplikasian Kaedah Proses Dalam Pengajaran Mengarang

Guru memberi tajuk karangan mengikut tahap kebolehan minat dan latar

belakang murid.

Murid mencari dalam pelbagai sumber dan mengumpul bahan/makumat yang

berkaitan topik dan menyediakan folio.

Murid berbincang dengan guru untuk memilih maklumat yang menepati dan

berkaitan topik sahaja.

Murid menyediakan rangka karangan dalam bentuk grafik.

Setelah rangka karangan menepati tajuk, murid menyediakan draf karangan.

Proses mengedit karangan oleh rakan sebaya.

Murid menulis karangan dan menghantar kepada guru.

Langkah-Langkah Pengajaran Mengarang Menggunakan Kaedah Proses

Jenis karangan : Fakta

Teknik : Membina ayat topik dan ayat huraian.

Tajuk : Membincangkan langkah – langkah memupuk tabiat

membaca kalangan pelajar sekolah.

Aktiviti 1 :

- Murid membaca tajuk karangan secara senyap.

Page 4: Menghuraikan Langkah-langkah Dalam Pengajaran Mengarang (Kemahiran Menulis) Dengan Mengaplikasikan Kaedah Proses

19

- Murid dikehendaki mengenal pasti kata kunci yang terdapat

dalam tajuk karangan.

i. ______________________

ii. _____________________

iii. _____________________

iv. _____________________

Aktiviti 2 : (Bahagian Pendahuluan)

Murid menjawab soalan yang berikut :

1. Budaya membaca dalam kalangan pelajar semakin berkurangan?

2. Apakah yang dimaksudkan dengan budaya membaca?

3. Mengapakah ramai pelajar sekolah tidak gemar membaca?

4. Oleh itu, beberapa langkah perlu diambil untuk memupuk semula budaya

membaca dalam kalangan pelajar sekolah?

Aktiviti 3 : (Isi 1)

Ayat topik : Apakah langkah yang boleh diambil?

Ayat huraian : Bagaimanakah langkah diambil dapat meningkatkan

minat membaca.

Peranan ibu bapa dalam memupuk minat membaca terhadap anak-anak. (ayat

topik)

1.

2.

3.

Page 5: Menghuraikan Langkah-langkah Dalam Pengajaran Mengarang (Kemahiran Menulis) Dengan Mengaplikasikan Kaedah Proses

20

Salin ayat – ayat di atas dalam bentuk perenggan (Isi 2)

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………

Aktiviti 4 : (Isi 3)

Media massa memainkan peranan dalam memupuk minat membaca (ayat topik)

1.

2.

3.

Salin ayat – ayat di atas menjadi perenggan.

Aktiviti 5 : (Penutup)

Jawab soalan di bawah :

1. Adakah semua pihak berperanan penting dalam menyemaikan budaya

membaca dalam kalangan pelajar sekolah?

2. Adakah budaya membaca mempunyai kaitan langsung dengan penguasaan

ilmu yang luas dan seterusnya dapat digunakan untuk memajukan negara?

Lengkapkan ayat – ayat berikut menggunakan jawapan di atas.

Ayat 1 : Kesimpulannya, semua pihak ……………………

Ayat 2 : Budaya membaca mempunyai ……………………

Salin ayat – ayat di atas sebagai penutup.

Page 6: Menghuraikan Langkah-langkah Dalam Pengajaran Mengarang (Kemahiran Menulis) Dengan Mengaplikasikan Kaedah Proses

21

Kesimpulan

Pendekatan ini tidak memberatkan hasil tetapi melibatkan proses yang dilalui

oleh murid-murid. Murid-murid mengumpul bahan berdasarkan tajuk yang diberikan

oleh guru. Aktiviti ini boleh dilakukan secara berkumpulan atau individu. Bahan-

bahan yang telah dikumpul disimpan di dalam folio untuk digunakan kepada tajuik

karangan yang lain. Bahan daripada folio disaring untuk menentukan kesesuaian

dengan tajuk karangan yang diberikan. Penggunaan sumber bahan berasaskan ICT

adalah sangat digalakkan.

Murid menyusun isi dan berbincang dengan guru sebelum menyediakan

rangka karangan yang mantap ditulis dalam bentuk karangan yang lengkap. Murid

mengedit karangan yang telah lengkap untuk pembetulan dan setelah siap,

karangan itu dihantar kepada guru.

Sebagai kesimpulannya, pelaksanaan pendekatan proses dalam penulisan

ialah satu kaedah mengarang yang bersistem dan terancang kepada murid-murid.

Melalui pendekatan ini murid-murid dilatih secara berdisiplin dalam menghasilkan

karangan di samping menerapkan kemahiran mengarang yang betul dan bermakna.