menggunakan harta “kesatuan ummah tidak patuh ... · nota 2.5%anda kami ... -hadis sahih...

4
Salam 1439 “Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara” SIDANG Pengarang Buletin Al-Infaq (BI) mengalu- alukan sumbangan anda berupa idea dan sumber berita yang mempunyai hubung kait dengan kemaslahatan agama di negeri ini khususnya membabitkan program Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) di mana sahaja. Anda boleh menghubungi kami melalui: Bahagian Perhubungan Awam dan Penerbitan Majlis Agama Islam Negeri Johor, Tel /Fax 07-222 8591 Buletin Al-Infaq (BI) diterbitkan sebulan sekali. Konsep, penyuntingan dan rekabentuk serta penerbitannya dibantu oleh Bahagian Perhubungan Awam dan Penerbitan Majlis Agama Islam Negeri Johor. Sisipan BI ini turut diterbitkan dalam Buletin Majlis yang menemui pembaca setiap 6 bulan sekali. Nota 2.5% ANDA KAMI AGIH ASNAF YANG LAYAK KEPADA Zakat kita bahagiakan mereka Sila hubungi : Pentadbiran Zakat Dan Fitrah, Majlis Agama Islam Negeri Johor, Aras 5, Blok B, Pusat Islam Iskandar Johor, 80000 Johor Bahru. Tel : 07-228 2941 / 07-224 3918 Fax : 07-223 8752 E-mail: [email protected] INGIN BERZAKAT? Pejabat-Pejabat Majlis Agama Islam Negeri Johor JOHOR BAHRU (Tel : 07-2282941, Faks: 07-2271549) MUAR (Tel : 06-9534263, Faks: 06-9537209) BATU PAHAT (Tel : 07-4343566, Faks: 07-4327357) SEGAMAT (Tel : 07-9312254, Faks: 07-9314179) KLUANG (Tel : 07-7728690, Faks: 07-7713542) PONTIAN (Tel : 07-6879493, 07-6861395) KOTA TINGGI (Tel : 07-8832444, Faks: 07-8826859) MERSING (Tel : 07-7991073 , Faks: 07-7996946) TANGKAK (Tel : 06-9783479 , Faks : 06-9537209) KULAI (Tel : 07-598 5104 , Faks : 07-599 5214) PASIR GUDANG (Tel : 07-2544406 , Faks :07-2551105) Dari Jarir bin Abdullah r.a. katanya Rasulullah SAW, bersabda: “Apabila Amil Zakat mendatangi mu untuk mengumpulkan zakat daripada mu, maka hendaklah dia pulang kembali dengan rasa puas terhadap mu.” -Hadis Sahih Muslim- Zakat kita bahagiakan mereka epayment.maij.gov.my atau eFidyah di HUKUM MENGGUNAKAN HARTA TIDAK PATUH SYARIAH HARTA YANG HARAM (TIDAK PATUH SYARIAH) TIDAK BOLEH DIMILIKI OLEH SESIAPA SECARA KHUSUS SEBALIKNYA IA MENJADI MILIK KEPADA MASLAHAH’ AMMAH 4 buletin Al-Infaq Zakat itu Kewajipan Sedekah Menyempurnakan Wakaf Abadikan Kebaikan mainj_official www.maij.gov.my MAJLIS AGAMA ISLAM JOHOR

Upload: trinhdan

Post on 22-Jul-2019

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MENGGUNAKAN HARTA “Kesatuan Ummah TIDAK PATUH ... · Nota 2.5%ANDA KAMI ... -Hadis Sahih Muslim-Zakat kita bahagiakan mereka epayment.maij.gov.my atau eFidyah di HUKUM MENGGUNAKAN

10 Zulhijah1438H

Salam

1439

“Kesatuan UmmahKesejahteraan Negara”

SIDANG Pengarang Buletin Al-Infaq (BI) mengalu-alukan sumbangan anda berupa idea dan sumber

berita yang mempunyai hubung kait dengan kemaslahatan agama di negeri ini khususnya

membabitkan program Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) di mana sahaja. Anda boleh

menghubungi kami melalui: Bahagian Perhubungan Awam dan Penerbitan

Majlis Agama Islam Negeri Johor, Tel /Fax 07-222 8591

Buletin Al-Infaq (BI) diterbitkan sebulan sekali. Konsep, penyuntingan dan rekabentuk serta penerbitannya dibantu oleh Bahagian

Perhubungan Awam dan Penerbitan Majlis Agama Islam Negeri Johor. Sisipan BI ini turut diterbitkan

dalam Buletin Majlis yang menemui pembaca setiap 6 bulan sekali.

Nota ✍

2.5% ANDA KAMI AGIH

ASNAF YANGLAYAKKEPADA

Zakat kita bahagiakan mereka

Sila hubungi :Pentadbiran Zakat Dan Fitrah, Majlis Agama Islam Negeri Johor, Aras 5, Blok B, Pusat Islam Iskandar Johor, 80000 Johor Bahru. Tel : 07-228 2941 / 07-224 3918 Fax : 07-223 8752 E-mail: [email protected]

INGIN BERZAKAT?Pejabat-Pejabat Majlis Agama Islam Negeri Johor JOHOR BAHRU (Tel : 07-2282941, Faks: 07-2271549)MUAR (Tel : 06-9534263, Faks: 06-9537209)BATU PAHAT (Tel : 07-4343566, Faks: 07-4327357)SEGAMAT (Tel : 07-9312254, Faks: 07-9314179)KLUANG (Tel : 07-7728690, Faks: 07-7713542)

PONTIAN (Tel : 07-6879493, 07-6861395)KOTA TINGGI (Tel : 07-8832444, Faks: 07-8826859)MERSING (Tel : 07-7991073 , Faks: 07-7996946)TANGKAK (Tel : 06-9783479 , Faks : 06-9537209)KULAI (Tel : 07-598 5104 , Faks : 07-599 5214)PASIR GUDANG (Tel : 07-2544406 , Faks :07-2551105)

Dari Jarir bin Abdullah r.a. katanya Rasulullah

SAW, bersabda: “Apabila Amil Zakat

mendatangi mu untuk mengumpulkan zakat daripada mu, maka

hendaklah dia pulang kembali dengan rasa puas terhadap mu.”

-Hadis Sahih Muslim-

Zakat kita bahagiakan mereka

epayment.maij.gov.myatau

eFidyah di

HUKUM MENGGUNAKAN HARTA

TIDAK PATUHSYARIAH

HARTA YANG HARAM (TIDAK PATUH SYARIAH)

TIDAK BOLEH DIMILIKI OLEH

SESIAPA SECARA KHUSUS SEBALIKNYA

IA MENJADI MILIK KEPADA MASLAHAH’ AMMAH

4buletinAl-Infaq

Zakat itu KewajipanSedekah Menyempurnakan

Wakaf Abadikan Kebaikan

mainj_official

www.maij.gov.my

MAJLIS AGAMAISLAM JOHOR

Page 2: MENGGUNAKAN HARTA “Kesatuan Ummah TIDAK PATUH ... · Nota 2.5%ANDA KAMI ... -Hadis Sahih Muslim-Zakat kita bahagiakan mereka epayment.maij.gov.my atau eFidyah di HUKUM MENGGUNAKAN

MINDA PENGARANG

MUNGKIN ramai yang sudah biasa dengan amalan bersedekah

sama ada untuk anak yatim mahupun golongan asnaf dan golongan-golongan lain yang memerlukan. Bersedekah sememangnya amalan mulia yang patut diteruskan. Wakaf merupakan salah satu cabang amal jariah. Dari segi istilah, wakaf adalah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta itu daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat, di samping mengekalkan

Etnik Rohingyaterima agihan fidyah

RM15,130.76* Kadar Nisab semasa adalah berdasarkan nilai 85 gram emas.* Nisab ialah kadar

minima yang ditetapkan oleh syarak bagi

sesuatu harta untuk dikeluarkan zakat.KA

DA

R N

ISA

B Z

AK

AT:

sumber fizikalnya untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada Allah. Sejarah wakaf bermula apabila Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS bersama-sama membina Kaabah. Kaabah merupakan bangunan wakaf terawal yang kekal sehingga hari ini. Rasulullah SAW merintis jalan ini dengan membina Masjid Quba pada tahun 622M dalam perjalanan Baginda ke Madinah. Enam bulan kemudian Baginda membina pula Masjid Nabawi. Jejak langkah Rasulullah SAW ini diikuti dan dijadikan amalan oleh para sahabat sehinggakan Jabir r.a. berkata, “Tidak ada para sahabat yang kaya melainkan mereka berwakaf.” Antara harta yang diwakafkan oleh sahabat ialah tanah, rumah dan telaga. Antara cabaran besar dalam pengurusan wakaf ialah

apabila pewakaf mewakafkan harta mereka secara lisan dan tanpa dokumen sokongan. Dalam keadaan sedemikian, apabila pemegang amanah tersebut meninggal dunia, tanah wakaf itu sebenarnya boleh dituntut sebagai harta pusaka oleh waris kerana geran atas nama pemegang amanah. Begitu juga jika berlaku kematian pewakaf dan waris tidak tahu mengenai wakaf berkaitan. Cara terbaik untuk mengelak masalah sedemikian adalah berwakaf dengan Majlis Agama Islam Negeri masing-masing. Sehubungan itu, diharap umat Islam memberi sokongan padu kepada usaha berwakaf. Apabila berzakat, manfaatnya diterima lapan asnaf sahaja tetapi dalam konteks wakaf akan lebih banyak ‘faedah’ dan ‘dividennya’.

“BERBAHAGI ITU INDAH”

buletin

Al-InfaqBil.15

Terbitan Majlis Agama Islam Negeri Johor

Sep 2017/1438/39H(sisipan Buletin Majlis)

Z KATKEPADA PEMBAYARTerima Kasih

1buletinAl-Infaq

Kulai: “Tiada kata yang dapat menggambarkan

kegembiraan kami dan pastinya kami amat bersyukur dengan bantuan fidyah yang diterima ini. “Pengagihan fidyah berbentuk keperluan harian ini datang tepat pada masanya memandangkan kesusahan hidup kami, di sini,” kata Ketua Masyarakat Rohingya, daerah Kulai Encik Abdul Rahim. Abdul Rahim berkata, bantuan diterima amat membantu kami yang dihimpit kesusahan hidup serta kekurangan makanan. “Lebih kurang 600 penduduk yang masih dalam kedaifan di daerah ini. Kami bersyukur dengan sumbangan yang diberikan,” katanya.

Abdul Rahim ditemui ketika bersama menjayakan Program Penyerahan Bantuan Fidyah kepada masyarakat Rohingya daerah Kulai. Amin Baitulmal daerah Kulai As Sheikh Haji Sulaiman Maidin berkata, sebanyak 108 bungkusan barangan keperluan makanan kering seperti beras, susu, minyak masak, dan makanan lain diedarkan kepada keluarga Rohingya di sekitar daerah ini baru-baru ini. Sulaiman berkata, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) turut mengagihkan zakat sebanyak RM600,000 setahun kepada lebih 1,000 penduduk Rohingya di Johor, dalam usaha membantu meringankan beban mereka.

Page 3: MENGGUNAKAN HARTA “Kesatuan Ummah TIDAK PATUH ... · Nota 2.5%ANDA KAMI ... -Hadis Sahih Muslim-Zakat kita bahagiakan mereka epayment.maij.gov.my atau eFidyah di HUKUM MENGGUNAKAN

2buletinAl-Infaq

PENYAMPAIAN sumbangan segera kebakaran kepada penduduk Kampung Serom 1, Tangkak oleh Penolong Amin Baitulmal daerah Tangkak, Ustaz Mohd Firdaus Abdul Hamid.

PEGAWAI MAINJ turun padang serah bantuan kerusi roda kepada Siti Hamishah Imran yang mengidap kanser hati di Kampung Parit Simis, Sri Medan, Batu Pahat, baru-baru ini.

SELESA... Penolong Amin Baitulmal daerah Kulai, menyampaikan sumbangan MAINJ berupa kerusi roda kepada Ramly Mohamad dan Ramlah Saikon mangsa kebakaran di permis perniagaannya di Kulai baru-baru ini.

HULUR... Amin Baitulmal daerah Pontian, As Sheikh Haji Mohamad Khalil Md. Noor menyampaikan sumbangan bantuan ribut kepada Khairul Nasri Nawi untuk kos baik pulih kerosakan rumah di Kampung Tengah, Ayer Baloi Pontian.

BANTU... Amin Baitulmal Daerah Kluang, As Sheikh Haji Mohd Taufik bin Dato’ Haji Shamsudin, menyampaikan sumbangan segera kebakaran sebanyak RM2000 kepada Puan Nor Elisa Sharudin dan Ahmad Kassim yang terlibat dengan kebakaran di rumahnya di Taman Delima, Kluang, baru-baru ini.

Ke Arah Wakaf Berteknologiwww.e-wakafjohor.gov.my

PENYAMPAIAN sumbangan MAINJ

kepada Adik Nur Aqila Alisha Khairul

Afendy berusia 2 bulan, mengidap Spina

Bifida di mana kulit belakang badan tidak tertutup sepenuhnya

dan mengganggu sistem saraf dan

tulang belakang. Beliau mendapat rawatan

sepenuhnya di Hospital Sultanah Aminah,

Johor Bahru (HSA).

Sekitaragihan zakat

Page 4: MENGGUNAKAN HARTA “Kesatuan Ummah TIDAK PATUH ... · Nota 2.5%ANDA KAMI ... -Hadis Sahih Muslim-Zakat kita bahagiakan mereka epayment.maij.gov.my atau eFidyah di HUKUM MENGGUNAKAN

3buletinAl-Infaq

GelagatInsaniah

KLUANG: Budaya gotong-royong perlu

terus disuburkan dalam kalangan masyarakat khususnya golongan muda bagi memastikan warisan budaya itu tidak luput ditelan zaman. Penolong Amin Baitulmal daerah Kluang, Ustaz Ashraf Musa berkata, aktiviti tersebut mampu menjadi platfrom terbaik dalam memupuk perpaduan. “Budaya yang baik ini perlu dipertahankan bagi memastikan golongan muda akan mewarisi perkara tersebut,”

katanya kepada Al-Infaq selepas gotong royong bantuan baik pulih rumah, Puan Sanidah Tukiran, 55, beliau merupakan ibu tunggal menanggung tiga orang anak di Kampung Paya Kluang. Program yang mendapat kerja sama daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pejabat Daerah Kluang, dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Tuan Haji Md. Rofiki Dato’ Haji A. Shamsudin. Selain bergotong royong membersihkan kawasan rumah, pihaknya

turut mengecat dan baik pulih kelengkapan asas yang lain. “Lebih 60 ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) serta penduduk kampung termasuk golongan belia tidak melepaskan peluang untuk menyertai program gotong-royong membersihkan kawasan rumah, mengecat dan sebagainya. “Aktiviti ini diharap dapat memupuk kerjasama antara ahli-ahli KRT dan penduduk tempatan di samping memberikan keceriaan penduduk,’’ ujarnya. Tambah beliau, pihaknya mengucapkan terima

kasih kepada semua pihak yang sanggup bermandi peluh untuk menjayakan program ini.

baiki kediaman yang mengalami kerosakan tandas, beberapa kemudahan lainRM5,000 Baik Pulih rumah balu polis

JOHOR BAHRU- Kira-kira 30 Anggota Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan sukarelawan Gerakan Belia 4B Pasir Gudang bergotong royong membaik pulih kediaman seorang balu anggota polis di Taman Johor Jaya, baru-baru ini. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Bahagian Agihan Zakat MAINJ, Mohd Firdaus Omar berkata, sebanyak RM5,000.00 diperuntukkan bagi menjalankan kerja-kerja baik pulih kediaman berkenaan yang mengalami masalah kerosakan tandas dan beberapa kemudahan lain. Menurutnya, Siti Nor Rizam A. Majid, kehilangan sebelah kaki akibat penyakit kencing manis dan tinggal di rumah berkenaan bersama empat anaknya termasuk yang bongsu masih bersekolah berusia 13 tahun. “Ketika ini mereka terpaksa menggunakan bilik air

sementara yang dibina di luar rumah, jadi kami bantu membaiki kerosakan bilik air asal mereka untuk kemudahan keluarga ini. “Kami juga membantu mengecat semula kediaman mereka dan membeli beberapa kelengkapan asas lain. Pada ketika ini kita juga menguruskan pemberian bantuan sara hidup kepada keluarga ini sekiranya mereka layak,” katanya. Sementara itu, Siti Nor berkata arwah suaminya sebelum ini bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam namun meninggal dunia pada 2014 akibat masalah hati. “Sejak suami meninggal, saya tidak bekerja kerana penyakit kencing manis yang semakin teruk, kini perbelanjaan kami sekeluarga bergantung kepada pencen arwah suami dan dibantu dua anak yang bekerja,” katanya.

Duduk bersama orang miskin dan

orang yang kurang beruntung akan

menghilangkan ego dan kesombongan

dari hatimu.

““