kaedah bersih harta tak patuh shariah part 1

28
CERAMAH KEWANGAN ISLAM Ustaz Abdul Aziz Mohd Nor @ Ustaz Lariba Topik 10 : Kaedah Bersih Harta Tak Patuh Shariah – Bahagian 1 17 Jamadil Awal 1436 8 Mac 2015

Upload: abdul-aziz-mohd-nor

Post on 01-Oct-2015

248 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Kaedah Bersih Harta Haram

TRANSCRIPT

Ceramah kewangan islam

Ceramah kewangan islamUstaz Abdul Aziz Mohd Nor @ Ustaz LaribaTopik 10 : Kaedah Bersih Harta Tak Patuh Shariah Bahagian 117 Jamadil Awal 14368 Mac 2015

1Unsur Haram Terlalu Sedikit?2

Topik Perbincangan Hari Ini3Kenapa perlu bersihkan harta haramKonsep harta dalam IslamHarta tak patuh shariahKategori harta tak patuh shariahSebab ainnyaSebab hukmiKaedah bersih harta haram sebab ainnyaKaedah bersih harta haram sebab hukmi (riba, judi, saham)

Kenapa Perlu Bersihkan Harta Haram?4Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya. (Baqarah: 172)Amalan tidak diterima jika sumber rezeki haramDosa harta haram hanya terampun selepas kita selesai membersihkan harta tak patuh shariah dan bertaubatMengelakkan seksaan api neraka, sabda Rasulullah s.a.w.: Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya. (HR At-Tirmizi)

Konsep Harta Dalam Islam5Harta adalah amanah Allah, manusia adalah pemegang amanah Sebagai khalifah, manusia perlu menggunakan harta dengan adil dan halal mengikut ketetapan AllahHarta dimiliki mesti diperolehi melalui sumber yang menepati syariahPerlu dibelanjakan cara sah, digalakkan untuk diinfaqkanOleh itu, hanya harta yang sah dari segi syarak sahaja yang diiktiraf dalam Islam dan dibolehkan jual-beli dan apa-apa transaksi melibatkannya adalah sah dan diterima syarak

Harta Tak Patuh Shariah6Harta tak patuh shariah ialah sebarang bentuk hasil pendapatan atau perolehan daripada perbuatan atau transaksi yang bertentangan dengan hukum syarak ke atasnya seperti riba, judi, curi, tipu, rasuah, atau rompakanHarta tidak patuh syariah ini termasuk barang-barang yang diharamkan oleh Islam seperti arak, khinzir dan daging dari binatang yang tidak disembelih

Transaksi yang melibatkan harta tidak patuh syariah adalah tidak diiktiraf IslamWalaupun mempunyai nilai ekonomi tetapi tidak mendapat pengiktirafan Allah

Kategori Harta Tidak Patuh Shariah7Ada dua kategori harta tak patuh shariah:Harta yang haram sebab ainnya (jisimnya, fizikalnya atau zatnya)Harta yang haram secara hukmi (sebab hukum/perbuatan)

Sebotol berisi arakSemangkuk sup daging khinzirSepotong daging kambing tidak sembelih Contoh harta yang haram sebab ainnya:Bersih Harta Haram Sebab Ainnya8Kaedah membersihkan harta haram sebab ainnya ialah wajib melupuskannya dengan cara membuangnya atau memusnahkannyaDiharamkan untuk diberikan kepada sesiapa jua, termasuk menjualnya, menjadikan bahan perhiasan, walaupun kepada orang bukan IslamDari Anas dari Abi Talhah (r.a) berkata: Aku berkata kepada Rasulullah: wahai Rasulullah aku telah terbeli arak untuk anak yatim yang di dalam peliharaanku. Baginda memberikan arahan Musnahkan arak tersebut dan pecahkan bejana-bejananya (Riwayat At-Tirmizi: Hadis Hasan menurut Ibn Hajar & Albani secara muktamad)

Bersih Harta Haram Sebab Hukmi9Apakah yang perlu kita buat dengan harta atau wang yang perolehi secara hukmi seperti riba?Hampir sepakat seluruh ulama mengatakan melupuskannya seperti cara di atas, tanpa memberi manfaat kepada sesiapa pun adalah bercanggah dengan pelbagai dalil, Maqasid Shariah dan logik aqalTidak boleh dibersihkan melalui pengeluaran zakat sebab zakat wajib untuk bersihkan harta halal sahajaBuang?Bakar?Musnahkan (carik)?

Ke Mana Patut Dibersihkan Harta Haram Secara Hukmi?10Saidina Abu Bakar al-Siddiq r.a. pernah bertaruh (sebelum judi diharamkan) dengan seorang Musyrik (yang mencabar ketepatan Al-Quran dari surah al-Rum ayat 1 dan 2 yang mengisyaratkan kejatuhan Rom) bahawa Kerajaan Rom akan tewasKemudian apabila Rom benar-benar jatuh maka Saidina Abu Bakar r.a. telah memperolehi harta pertaruhan itu. Apabila Abu Bakar datang kepada Rasulullah s.a.w. menceritakan perihal harta haram yang diperolehi melalui hasil taruhan (judi) itu.Rasulullah bersabda : "Ini kotor, sedekahkanlah ia. Selepas peristiwa ini, barulah turun perintah pengharaman judi secara sepenuhnya sekalipun dengan orang kafir. (HR Imam Al-Baihaqi)

Adakah Dosa Harta Diperolehi Secara Hukmi Boleh Berpindah Kepada Orang Lain?11Maksudnya dosa orang yang mengambil wang haram seperti riba tidak akan berpindah atau bersambung kepada orang lain bersama-sama wang riba itu melainkan akan ditanggung oleh pemakan riba itu sendiri sahajaDalilnya:

Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). (Al An-Am: 164)

Kaedah Pembersihan Harta Tak Patuh Shariah Diperolehi Secara Hukmi12Hadis diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Dihadiahkan kepada Barirah daging. Lalu Rasulullah s.a.w. datang dan bekas masakan berada di atas dapur. Lalu Nabi s.a.w. dihidangkan dengan roti dan lauk yang sedia ada di rumah (tanpa daging tersebut). Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya: bukankah tadi saya melihat ada bekas masakan di atas dapur yang di dalamnya ada daging? Mereka menjawab: ya, ada wahai Rasulullah. Daging (itu ialah daging) yang disedekahkan kepada Barirah. Kami rasa tak senang untuk memberikan daging tersebut kepada kamu (justeru Nabi haram menerima sedekah). Lalu Nabi menjawab: Pemberiannya kepada Barirah adalah sedekah, dan pemberian Barirah kepada kita adalah hadiah. (HR Muslim)Perpindahan Ain Berubah Hukum13Berpandukan kepada hadis ini, perpindahan wang haram yang dimiliki oleh pekerja bank konvensional, pekerja di kilang arak atau seumpamanya menjadikan hukumnya berubah setelah pemilikannya berpindah melalui kontrak baru seperti jual-beli, deposit, modal mudharabah dan seumpamanya.

Gaji, Riba, UntungJual-Beli, Labur, SimpanHukum HaramHukum Harus

Kepada Siapa Harus Sedekah Harta Tak Patuh Shariah14Diharuskan diberikan kepada fakir-miskin, badan kebajikan dan Baitul MalTidak diharuskan diberikan kepada keluarganya tetapi diharuskan jika keluarganya tergolong fakir-miskinBoleh diberikan pada dirinya sendiri jika fakir miskin tetapi ulama tak sepakatUlama Hanafi, Mazhab Syafie berfatwa harus menggunakan duit haram yang tidak diketahui pemilik ini untuk membina masjid dan surau. (Al-Majmu' , 9/428 ; Hasiyah Radd Al-Muhtar, 2/92) Ada ulama mazhab Hanafi, Imam Ibn Taymiah dan Ibn Qasim al-Maliki tidak membenarkannya kerana ada hadith menyebut Arab Jahiliyah amat menjaga Ka'bah agar tidak terbina dari duit haram

Kaedah Bersihkan Harta Haram Secara Hukmi15Kecuali orang-orang yang bertaubat dan memperbaiki amalan mereka (yang salah), dan mereka pula berpegang teguh kepada (agama) Allah serta mengikhlaskan agama mereka kerana Allah (An-Nisa: 146)

Memperolehi Harta Tak Patuh ShariahBersihkan harta tak patuh shariahHentikan aktiviti tak patuh shariahIkhlas bertaubat tidak akan mengulangi aktiviti ttersebut

Contoh Harta Tidak Patuh Shariah Secara Hukmi16Harta haram secara hukmi (hukum/perbuatan) iaitu pendapatan yang diperolehi dari aktiviti haram seperti berikut:

Harta riba atau faedahJudi atau pertaruhanInsurans konvensionalJual-beli sekuriti (bond, saham, unit amanah) yang tidak halalPengeluaran dan penjualan barang tidak halalAktiviti lain yang tidak selaras dengan shariah (rasuah, tipu, curi dll)Bersih Harta Haram Sebab Hukmi17Jenis harta: Aktiviti haram seperti pecah amanah, curi, rompak, tipu (melibatkan hak orang lain dan tiada redha)

Cara bersih: Pulangkan kepada pemilik asal Jika tidak mampu, maka dipulangkan kepada keluarganya atau warisnya, jika tidak mampu, maka ianya mesti disedekahkanSoalan: Seorang yang merompak wang RM10 ribu, kemudian RM10 ribu ini diniagakan secara halal, untung RM15 ribuJika ia bertaubat, maka ijmak menyatakan bahawa RM10 ribu tersebut mesti dipulangkan kepada mangsaApakah yang perlu dilakukan dengan untung RM15 ribu itu?Perbezaan Pendapat Berkenaan Keuntungan Hasil Haram (Dari Rasuah, Curi, Rompak, Tipu)18

Mazhab HanafiMazhab Syafii & HanbaliMazhab MalikiIbnu Taimiyyah & Ibnu QayyimUntung dan perolehan tersebut tidak boleh dimiliki oleh perompak dan orang yang dirompak, bahkan ianya wajib didermakan dan disedekahkan.Keuntungan dan pulangan itu adalah milik kepada mangsa, bukan milik kepada perompak.Jika terhasil dari usaha perompak seperti berniaga, perompak berhak memilikinya. Jika terhasil sendiri tanpa usaha perompak seperti susu banyak keluar daripada lembu yang dirompak, maka dimiliki oleh mangsa. Tetapi mazhab Maliki berpendapat hasil tidak boleh dimiliki sehinggalah ia memulangkan jumlah asal rompakan kepada mangsa.Hasil tersebut dimiliki bersama oleh perompak dan mangsa rompakan secara musyarakah.18Kenapa Kaedah Bersih Harta Haram DiPerolehi Secara Hukmi Berbeza?19Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang menzalimi kehormatan atau apa jua (harta) saudaranya hendaklah ia meminta halal darinya pada hari ini sehingga jangan tinggal satu dinar atau dirham jua. (jika tidak di hari kiamat ) sekiranya ia punyai amal soleh, maka akan diambillah amal solehnya dengan kadar kezaliman yang dilakukannya, dan kiranya ia taida lagi kebaikan, maka akan dipertanggungkan kejahatan orang (yang dizaliminya itu) pula" (Riwayat Al-Bukhari dengan Fath Al-bari , 5/121)Harta curi, rompak, pecah amanah atau tipu tidak sempurna dibersihkan dengan disedekahkan atau diberikan kepada Baitul Mal begitu sahajaSebab ia membabitkan kezaliman secara jelas kepada pihak lain (hak al-ibad), ada yang teraniaya tanpa rela Bersih Harta Haram Sebab Hukmi20Jenis harta: Aktiviti yang haram seperti rasuah (harta haram secara redha) Cara bersih: Penerima rasuah hendaklah sedekahkan wang atau harta yang diperolehi melalui rasuah, penerima dan pemberi rasuah hendaklah bertaubatTidak perlu diberikan balik kepada pemberi rasuah sebab rasuah diberi untuk mendapat ganjaran secara redha dan tiada paksaan

Bersih Harta Haram Sebab Hukmi (Insurans Konvensional Yang Tak Patuh Shariah)21Jenis harta: Hasil dari insurans konvensionalJenis hasil: Pampasan, hasil pelaburan atau hasil simpanan dalam insurans konvensionalCara bersih: Pampasan dan hasil mesti disedekahkan dan memberhentikan segera langganan insurans kovensionalHanya bayaran pokok pembeli polisi dikategorikan sebagai harta halal dan harta peninggalan si mati yang perlu diagihkan secara faraidContohnya: Jumlah pampasan RM200,000, jumlah premium (bayaran pokok) RM25,000, maka diharuskan dibahagikan RM25,000 mengikut faraid, RM175,000 dibersihkan*

*Majlis Fatwa KebangsaanBersih Harta Haram Sebab Hukmi (Riba Dari Akaun Bank Konvensional)22Jenis harta: Hasil riba dari perbankan konvensionalJenis hasil: Riba/faedah dari akaun simpanan atau pelaburan perbankan konvensionalCara bersih: Hasil riba disedekahkan kemudian tutup akaun, jika tidak akan terus berdosa kerana masih bertanggung-jawab atas hasil riba. Milik halal hanyalah simpanan pokok.Begitu juga pinjaman yang menghasilkan riba, wajib menukar kepada pembiayaan perbankan IslamRiba yang diambil dari seseorang mesti dipulangkan kembali kepada orang tersebut kerana telah menyebabkan kezaliman pada seseorang

Bersih Saham Tidak Patuh Syariah

Jenis harta: Saham tak patuh shariahJenis hasil: Keuntungan modal termasuk dividen Cara bersih: Saham dijual dan jika ada keuntungan selepas diisytihar tak patuh shariah, ia perlu disedekahkanMajlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti (SC) mengeluarkan senarai saham patuh Shariah 2 kali setahun iaitu di setiap penghujung bulan Mei dan NovemberPelabur perlu peka dan memeriksa senarai ini untuk mengelak termakan untung tidak patuh shariah23RM1,000

Dibeli pada 10 Januari 2010Kes 1: Saham Patuh Syariah Jadi Tidak Patuh Syariah Harga Melebihi Pelaburan PokokRM2,500

Tidak patuh Syariah pada 30 November 2014RM2,600

Harga saham pada 31 December 2014Harga saham pada pada 30 November adalah lebih daripada harga pokokJika dilupus pada 30 November 2014, boleh simpan semua keuntungan sebab keuntungan dijana semasa patuh shariahJika dilupus pada 31 December 2014 dan bukan atas sebab kecuaian, keuntungan RM100 setiap lot saham adalah tidak patuh Syariah dan mesti dibersihkanPatuh ShariahTak Patuh ShariahHarga24RM1,000

Dibeli pada 10 Januari 2010Kes 2: Saham Patuh Syariah Jadi Tidak Patuh Syariah Harga Kurang Dari Pelaburan PokokRM800

Tidak patuh Syariah pada 30 November 2014Jumlah pelaburan pokok adalah kurang daripada harga semasa saham diisytihar tidak patuh Syariah pada 30 NovemberTidak perlu dilupus pada 30 November sebab harga saham terkini adalah kurang dari pelaburan pokokDalam contoh ini boleh tunggu untuk lupuskan sehingga 31 Januari 2015 walaupun saham diisytihar tidak patuh Syariah pada 30 November 2014

Patuh ShariahTak Patuh ShariahRM900

Harga saham pada 31 December 2014RM1,000

Harga saham pada 31 Januari 2015Harga25Ceramah Akan Datang 26Cara-cara atau cadangan membersihkan harta tak patuh shariah daripada:

27

Terima Kasih

28Telefon: 012 286 0669Email: [email protected]: facebook.com/UstazAbdulAzizMN28