rawatan infertiliti patuh maqasid al-shari’ah …

32
RAWATAN INFERTILITI PATUH MAQASID AL - SHARI’AH DALAM NOVEL CINTA IN VITRO DARI PERSPEKTIF TEORI TAKMILAH NOR SHAHIDA BINTI MOHD SHAKER HADIJAH JOHARI

Upload: others

Post on 07-Nov-2021

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: RAWATAN INFERTILITI PATUH MAQASID AL-SHARI’AH …

RAWATAN INFERTILITI PATUH MAQASID AL-SHARI’AH DALAM

NOVEL CINTA IN VITRO DARI PERSPEKTIF TEORI TAKMILAHNOR SHAHIDA BINTI MOHD SHAKER

HADIJAH JOHARI

Page 2: RAWATAN INFERTILITI PATUH MAQASID AL-SHARI’AH …

TEKS & TUJUAN KAJIAN

Tajuk : Cinta In Vitro(CIV)

Pengarang : Profesor NikHazlina Nik Hussainmerupakan pakarobstetrik dan ginekologi(pakar sakit puan) yangtelah dinobatkan sebagaiTokoh Akademik BahasaMelayu 2017 olehKementerian PendidikanTinggi Malaysia

Terbitan : Dewan Bahasadan Pustaka : 2019

Tema : Dakwah Islamiah Bab : 13 Bab Halaman : 236 Halaman

TUJUAN KAJIAN

1. Mengenalpasti usahamemelihara objektifshariah melalui rawataninfertiliti yangdigambarkan dalam novelCinta In Vitro (CIV) karyaoleh Nik Hazlina NikHussain.

2. Menganalisis rawataninfertiliti patuh MaqasidShariah dalam novel CintaIn Vitro (CIV) karya olehNik Hazlina Nik Hussaindari perspektif teoriTakmilah.

Page 3: RAWATAN INFERTILITI PATUH MAQASID AL-SHARI’AH …

RAWATAN INFERTILITI DALAM CIV PATUH MAQASID SHARIAH ?

Menurut Imam al-Ghazali dalam WanNajmi (2019) telah mendefinisikanMaqasid Shariah sebagai perkara yangmemberikan penekanan terhadapusaha memelihara lima objektif shariahiaitu :1. Pemeliharaan agama2. Pemeliharaan nyawa3. Pemeliharaan akal4. Pemeliharaan keturunan5. Pemeliharaan hartaDalam ruang lingkup keperluan(daruriyyah), kehendak (hajiyyah) dankeselesaan (tahsiniyyah).

Page 4: RAWATAN INFERTILITI PATUH MAQASID AL-SHARI’AH …

CIV vs TEORI TAKMILAH : SESUAI ?

Membaca CIV : Dunia refrensial iaitu latar

imaginasi yang bersumberkan dunia realiti

pengarang (Luxemberg : 1989 ). Hal ini,

kerana watak Doktor Lina seorang pakar

sakit puan yang memberikan sesi konsultasi

kepada sepasang suami isteri yang ingin

menjalani rawatan infertiliti dalam novel ini

hakikatnya ialah diri pengarang sendiri.

Novel CIV ini daripada teori Takmilah dapat

difahami sebagai kajian kesempurnaan

aspek ketuhanan (kamal), kerasulan

(kamil), keislaman (akmal), prinsip ilmu

(takamul), kesusasteraan (takmilah),

pengkarya (istikmal) dan insan (kamil)

seperti saranan Dr. Shafie Abu Bakar 26

tahun lalu.

Page 5: RAWATAN INFERTILITI PATUH MAQASID AL-SHARI’AH …

ISU REALITI CIV : KARYA SASTERA VS MASYARAKAT

FAKTA:

1. Fatwa : IVF (Diharuskan)

2. Setiap tahun 35 % pesakit HUSM :

mengenal pasti kemandulan

3. Kejayaan IVF : Tinggi (20-40 %)

4. PBB statistik kesuburan penduduk

Malaysia 2010-2015 : Merosot (1.97

kanak-kanak untuk setiap isi rumah ) ,

(1.90 : 2020 & 1.72 pada 2050)

5. Malaysia: Statistik menunjukkan kira-

kira satu daripada enam pasangan

mengalami masalah kesuburan (1:6)

6. Global : menunjukkan 10-15 %

pasangan melalui fasa IVF

7. Bayi tabung uji pertama : lahir 25

Julai 1978 bernama Louise Joy Brown

Page 6: RAWATAN INFERTILITI PATUH MAQASID AL-SHARI’AH …

PERSOALAN, METODOLOGI & SINOPSIS KAJIAN :

Terdapat beberapa persoalan yang perlu

kepada penyelesaian dalam kajian ini

iaitu:

1) Adakah pengarang, Profesor Nik

Hazlina Nik Hussain

menggambarkan objektif shariah

melalui rawatan infertiliti yang

digambarkan dalam novel Cinta In

Vitro (CIV)?

2) Adakah Teori Takmilah bersesuaian

dengan usaha menganalisis objektif

shariah melalui rawatan infertiliti

yang digambarkan dalam novel Cinta

In Vitro (CIV)?

1. Metodologi: Kajian Keperpustakaan

2. Kaedah : Perbincangan (buku dan

artikel-artikel jurnal)

3. Kenalpasti objektif shariah dalam CIV

:Pemeliharaan agama, Pemeliharaan

keturunan Pemeliharaan nyawa,

Pemeliharaan akal, dan Pemeliharaan

harta

4. Analisi Teori Takmilah dalam CIV :

Aspek ketuhanan (kamal), Kerasulan

(kamil)Keislaman (akmal), Ilmu

(takamul), Kesusasteraan (takmilah),

Pengkarya (istikmal) dan Insan (kamal)

Sinopsis : Afefa Syakila dan Uwais Akasyah ialah pasangan yang

berinfertiliti hampir 8 tahun sudah berusaha mendapatkan zuriat melalui

kaedah tradisonal dan moden tetapi gagal sehinggalah cubaan kali

ketiga melalui kaedah IVF baru berjaya mendapat pasangan kembar

tetapi terpaksa melalui pelbagai dugaan dan cemuhan. Beruntungnya

mereka apabila direzekikan untuk menjaga anak angkat kawannya

Balqis yang syahid ketika melahirkan.

Page 7: RAWATAN INFERTILITI PATUH MAQASID AL-SHARI’AH …

A. APLIKASI TEKNOLOGI RAWATAN INFERTILITI DALAM

CIV DARI PERSPEKTIF MAQASID SHARIAH

Aplikasi penggunaan rawatan infertiliti kepada pasangan yang berinfertiliti miskipun

bersifat kehendak (hajiyyah) atau keperluan (daruriyyah) tetap perlu mengambil kira :

1. Pemeliharaan

agama

Semua tindakan berkaitan dengan rawatan infertiliti tidak

melibatkan aktiviti maksiat yang dilarang dan diharamkan

oleh Allah sehingga membawa kepada kufur dalam

kepercayaan akidah

2 Pemeliharaan

Keturunan

Ditegah mengaplikasikan rawatan infertiliti tersebut untuk

mendekatkan diri dengan kecelaruan nasab atau penzinaan

sehingga berakhir dengan lahirnya anak luar nikah.

3 Pemeliharaan akal Tidak mengakses kepada revolusi yang boleh melemahkan

akal seseorang individu sehingga lahirnya generasi yang

lemah akal fikirannya.

4 Pemeliharaan

nyawa

Tidak menjejaskan kesihatan fizikal dan mental pasangan

5 Pemeliharaan harta Pastikan hasil datangnya daripada sumber yang jelas dan

halal.

Page 8: RAWATAN INFERTILITI PATUH MAQASID AL-SHARI’AH …

APLIKASI TEKNOLOGI RAWATAN INFERTILITI DALAM

CIV DARI PERSPEKTIF MAQASID SHARIAH

1. PEMELIHARAAN AGAMA :

Seperti yang diketengahkan oleh

pengarang melalui watak ibu mertua

Afefa Syakila iaitu Puan Majidah:

“Mak tak nak subahat dalam kes ini”..Duit

habis tak kisah asalkan yang kau orang

berdua buat tak salah dari segi hukum.

Tak ada anak pun tak apa, asalkan jalan

betul (CIV:148).

Seiring arus kemodenan aplikasi

penggunaan rawatan infertiliti kepada

pasangan yang berinfertiliti miskipun

bersifat kehendak (hajiyyah) atau

keperluan (daruriyyah) tetap perlu

mengambil kira aspek pemeliharaan

agama

2. PEMELIHARAAN KETURUNAN : Seperti yang ditekankan oleh pengarang melalui watak Doktor Lina

“Tak boleh sebab isteri kedua dikira sebagai orang ketiga….salah di sisi agama dan etika ya Puan Syakila” (CIV:134).

Pengharaman khidmat pihak ketiga untuk‘menumpangkan’ bayi di dalam rahimnyasetelah embrio dari suami- isteri yangbermasalah kesuburan disenyawakan.Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MajlisKebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama IslamMalaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1hingga 3 Februari 2008.

Page 9: RAWATAN INFERTILITI PATUH MAQASID AL-SHARI’AH …

B. CINTA IN VITRO DARI PRESPEKTIF TEORI TAKMILAH

1.KETUHANAN (KAMAL)

PERKARA/ ISU KUTIPAN NOVEL HALAMAN

1. Doa; dimakbulkan hajat Ya Allah, makbulkanlah doaku ini, dah lama sungguh aku

menunggu kebahagiaan ini

3

2. Doa mohon zuriat : Suami Ya Allah, kasihanilah kami. Kasihanilah isteriku, Afefa Syakila.

Bantulah isteriku, Ringankan beban isteriku dan kasihanilah

daku....semua itu mudah bagiMu wahai Tuhan Yang Maha

Menciptakan..Ya Khaliq, ya Barik, ya Musawwir, ya

Mutakabbir

16-19

3. Doa diapunkan dosa -isteri Astaghfirullahalazim, Ampunkan dosaku, Ya Allah..aku seolah-

olah mempertikaikan ketentuan Allah

44

4. Doa dikurniakan zuriat- Suami Ya Allah , rezekikanlah untuk aku dan isteriku Kila seorang anak

pun jadilah, sebagai pengikat kasih kami

90

5. Doa dikurniakan zuriat – Isteri

(merintih )

“Tolonglah hambamu ini, Ya Allah Jika bukan engkau yang

menolongku , siapakah lagi ya Allah.....Ya Allah ya Rahman, ya

Rahim..ampunkanlah dosa-dosa ku yang telah kulakukan...

118

6. Doa mohon pertolongan –

berikan kekuatan menempuh ujian

(berperasangka suami berkahwin

lain)

Tolonglah hambamu ini, Ya Allah Jika bukan engkau yang

menolongku , siapakah lagi ya Allah..

160

CIV : merakamkan aspek Ketuhanan dalam bentuk doa serta konsep

kesempurnaan yang dibuktikan melalui ayat al-Quran.

Page 10: RAWATAN INFERTILITI PATUH MAQASID AL-SHARI’AH …

1. KETUHANAN (KAMAL)

PERKARA/ ISU KUTIPAN NOVEL HALAMAN

7. Doa dipermudahkan

urusan : balqis dan bayi

Ya Allah selamatkanlah Balqis dan bayinya. Permudahkanlah segala

urusan yang perlu dilaluinya

190

8. Doa diberikan keampunan

- kematian Balqis

Ya Allah , ampunilah dia, berikanlah rahmat, sejahtera dan maafkanlah

dia

197

9. Doa dikurniakan zuriat -

Isteri

Ya Allah puas sudah hamba-mu ini berdoa dan beriktihar, bilalah lagi

engkau akan makbulkan doaku?

211

10. Doa diampunkan dosa –

Sepupunya Lili dikhabarkan

ada masalah kesuburan

Ya Allah sesungguhnya engkau yang maha berkuasa, Ya Allah

ampunilah dia

226

11. Doa keselamatan buat

isteri dan anak - suami

Ya Allah, aku bermohon kepadaMu, selamatkanlah isteri dan anak-

anakku

229

Turut dirakam ialah munajat penuh pengharapan dan bersungguh-sungguh pengarang

melalui watak suami yang dahagakan kasih sayang zuriat tersayang sejak 8 tahun lalu

terserlah sehingga melangkau 4 halaman iaitu bermula daripada halaman 16 hingga 19.

Malah novel setebal 236 halaman ini telah merakamkan 11 kali munajat watak-watak

dalam setiap plot dengan doa dikurniakan zuriat terakam sebanyak 5 kali .

Page 11: RAWATAN INFERTILITI PATUH MAQASID AL-SHARI’AH …

1. KETUHANAN (KAMAL)

PERKARA/ ISU KUTIPAN NOVEL HALAMAN

Kesempurnaan Allah terpancar

melalui makhluk ciptaannya.

Sesungguhnya, inilah kemuncak

novel CIV apabila pengarang

memetik ayat surah asy-Syura

42:49-50 sebagai bukti

kesempurnaan Allah yang

memakbulkan impian Uwais

Akasyah dan Afefa Syakila

memiliki zuriat sendiri selepas

berjaya melalui proses rawaran

infertiliti patuh Maqasid al-Shari’ah

dengan jayanya selepas dua kali

sebelumnya gagal.

Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan

bumi, Dia menciptakan apa yang Dia

kehendaki, Dia memberikan anak-anak

perempuan kepada siapa yang Dia

kehendaki dan memberikan anak-anak

lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki,

atau Dia menganugerahkan kedua jenis

laki-laki dan perempuan (kepada siapa yang

dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan

mandul siapa yang Dia kehendaki.

Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi

Mahakuasa. Surah asy-Syura 42:49-50

216

Page 12: RAWATAN INFERTILITI PATUH MAQASID AL-SHARI’AH …

1. KETUHANAN (KAMAL)

KRITIKAN : Pengarang berjaya mengupas aspek ketuhanan(Kamal) dengan sempurna kerana laluan kehidupan watak-watak novel ini penuh dengan :

1. Rakaman puji-pujian2. Rasa rendah diri demi mengharapkan keampunan Allah 3. Berjiwa tauhid terhadap kekuasaan Allah yang digarap

dan diadun dalam bentuk doa4. Konsep kesempurnaan yang dikemukakan melalui ayat al-

Quran.

Nokta kesempurnaan novel ini ditemukan pada plot kehadiranzuriat kembar pasangan Uwais Akasyah dan Afefa Syakila

yang diberi nama Adam Imran dan Aini Yasmin melalui proses infertiliti yang patuh Maqasid al-Shari’ah serta Aini Insyirahiaitu anak angkat buah hati kawan baik mereka Balqis yang

meninggal dunia selepas melahirkan jelas membuktikan sifatKamal dan Jamal-Nya Allah.

Page 13: RAWATAN INFERTILITI PATUH MAQASID AL-SHARI’AH …

2. KERASULAN (KAMIL)

Kenyataan Bukti teks

Tanda-tanda kecintaan kepadaRasulullah :1. Mengamalkan sunnahBaginda SAW : Bantuan yangUwais Akasyah dihulurkankepada Balqis daripada tarafnyabekas kekasih sehingga bertukarmenjadi ahli keluarga

2. Dilafazkan selawat dansalam kepada Rasulullah

Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yangmelepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akanmelepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapayang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akanmemudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yangmenutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya didunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selamahamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim, lihat jugaKumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36) (CIV :95)

KRITIKAN : Pengarang berjaya menyemarakan aspek Kerasulan (kamil) dalam novel ini kerana usahamenghidupkan dan mengikuti sunnah Rasulullah SAW dalam setiap langkah kehidupannya adalahbukti kecintaan kepada Rasulullah SAW sebagaimana juga menjadi bukti kecintaan kepada Allah. Allahswt berfirman: Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allahmengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.} [Surah AaliImran: 31].

Page 14: RAWATAN INFERTILITI PATUH MAQASID AL-SHARI’AH …

3. KEISLAMAN (AKMAL)

1. Rawatan infertilitipatuh maqasidShariah

Tatacara infertiliti(Pil KesuburanPermanian beradasIVF : tabung uji)

69-80 , 112-116,123-135

2. Anak angkat Syarat jadi anak angkat 141, 204

3. Aurat Pakai tudung 191

4. Aqiqah dan tahlil Tanda kesyukuran dapat anak kembar 207

5. Syahid Kematian Balqis semasa melahirkan anak 235

6. Sunnah Nabi Tolong orang lain 95

7. Hukum bayi tabung uji 148,165

8. Kurafat Kesaktian air Tasik dayang bunting 46

Page 15: RAWATAN INFERTILITI PATUH MAQASID AL-SHARI’AH …

3. KEISLAMAN (AKMAL)

PENGENALAN : In-Vitro Fertilisation (IVF)merupakan kaedah kesuburan yangmenggunakan teknik persenyawaan di luarrahim dan dilakukan di dalam tabung uji.Antara faktor yang menyebabkan pesakitmenjalani rawatan IVF adalah kerana tiubfallopian yang tersumbat atau tiub yang tidakdapat berfungsi, endometriosis, kemandulanlelaki, kemandulan imunologi seperti antibodiantisperm, proses rawatan yang tidak berjayadan kemandulan yang tidak dapat dijelaskan(Azantee et al, 2011)

RUMUSAN FATWA : Berdasarkan fatwa-fatwayang telah dikeluarkan pada pada 1981, 1982,1983, 1990, 2003 dan 2008 dapat disimpulkanbahawa IVF merupakan suatu yang diharuskanpenggunaannya kepada mereka yangmemerlukan rawatan. Keharusan ini meliputiprosedur-prosedur yang melatari proses IVF itusendiri.

PROSEDUR IVF : Prosedur 1: Konsultasi Bersama DoktorProsedur 2: Rangsangan ubat

Prosedur 3: Pengutipan ovum (ovum pick-up) Prosedur 4: Pengumpulan Sperma(Seminal Fluid Analysis) Prosedur 5: Pencantuman ovum danspermaProsedur 6: Pemindahan embrio kedalam rahimProsedur 7: Pembekuan embrio

NOVEL CIV :Tatacara infertiliti(Pil KesuburanPermanian beradasIVF : tabung uji)

69-80 , 112-116,123-135

Page 16: RAWATAN INFERTILITI PATUH MAQASID AL-SHARI’AH …

3. KEISLAMAN (AKMAL)

Prosedur 1 IVF : Konsultasi Bersama Doktor

Vaginal probe: alatan imbasan ultrabunyi yangdigunakan melalui faraj (vagina) semasa ujian TVSdilakukan (Situasi ini dikategorikan sebagai dharuratmenurut syarak)

Prosedur 2: Rangsangan ubatUbat untuk merangsang penghasilan ovumpesakit wanita : Isu halal

Dibolehkan untuk menggunakan ubat rawatan kesuburan yang tidakhalal dalam keadaan yang dikategorikan dharurat ( Seperti yang

dicadangkan oleh Dr. Lina kepada Afefa Syakila dalam CIV

PROSEDUR 4: PENGUMPULAN SPERMA (SEMINALFLUID ANALYSIS) Umumnya, hasil sampel diperolehisecara masturbasi (onani)

Page 17: RAWATAN INFERTILITI PATUH MAQASID AL-SHARI’AH …

3. KEISLAMAN (AKMAL)

PROSEDUR 5: PENCANTUMAN OVUM DANSPERMA

Sperma yang telah dikumpul dari pesakit lelaki akandimasukkan ke dalam piring makmal di mana ovum-ovumyang telah dikutip disimpan. Proses ini dilakukan di dalammakmal oleh ahli embriologi.

PROSEDUR 6 & 7: PEMINDAHAN EMBRIO KE DALAMRAHIM DAN PEMBEKUAN EMBRIO

Embrio yang telah berjaya Tempat simpanan embrio

berkembang

KRITIKAN : Rawatan infertiliti patuh maqasid Shariah dalam CIVPengarang sangat faham akan konsep prinsip Islam yang bersifat Akmal kerana melalui

pembacaan novel ini dapat memupuk masyarakat Islam yang patuh dan memeliharaobjektif shariah melalui rawatan infertiliti dan yakin melaksanakan segala suruhannyaserta meninggalkan larangannya demi merealisasikan impinan memiliki zuriat sendiri.

Page 18: RAWATAN INFERTILITI PATUH MAQASID AL-SHARI’AH …

3. KEISLAMAN (AKMAL)

CADANGAN :

Memperincikan isu-isu sampingan yang

mempunyai hubungan dengan prosedur rawatan

infertiliti yang telah difatwakan harus hukumnya.

Antara isu-isu sampingan tersebut ialah berkaitan

aurat ketika mendapatkan rawatan, khalwat ketika

mendapatkan rawatan sekiranya doktor bukan wanita

dan muslim, menjaga aib dan kerahsiaan pasangan

bermasalah, ibadah ketika menjalani rawatan,

penggunaan ubat tidak halal sekiranya ada, onani

untuk mendapatkan sprema dan sebagainya.

Hal ini, penting untuk dijadikan panduan kepada

mana-mana isu baharu yang timbul miskipun hukum-

hakam berkaitan dengan prosedur rawatan IVF

banyaknya bersandarkan kepada maslahah itu sendiri

khususnya dalam kaedah dharurah

Page 19: RAWATAN INFERTILITI PATUH MAQASID AL-SHARI’AH …

3. KEISLAMAN (AKMAL)

2. Anak Angkat

CIV turut memaparkan isu anak angkat

sebagai jalan terakhir memiliki zuriat

melalui kaedah ibu susuan.

Hal Inilah, yang terpaksa dipilih oleh

Amelia kawan Afefa Syakila. Selepas

gagal ujian IVF kali ke-3 dan sudah

berusia 40 tahun

Pengarang menggambarkan keceriaan

dalam hidup Afefa Syakila apabila berjaya

menjadi ibu susuan kepada anak

Balqis. Kegembiraan tersebut ada dalam

petikan berikut:

“ Afefa Syakila tersenyum bahagia. Kini

sudah cukup syarat Aimi Insyirah menjadi

anak saudara susuan kepada Aira yang

menghalalkan hubungan bayi perempuan

tersebut dengan ayah angkatnya Uwais

Akasyah” (CIV ; 203)

KRITIKAN :

Adalah lebih baik pengarang memperincikan

sedikit isu berkaitan anak & ibu susuan

seperti :

1. Perkara yang haram kerana penyusuan,

perkara yang halal kerana penyusuan

2. Syarat penyusuan yang menyebabkan

anak susuan menjadi haram

3. Kesan dan hukum hubungan kekeluargaan

kerana penyusuan

4. Pelbagai hukum berkenaan dengan

penyusuan

Semuanya penting agar memberi kefahaman

kepada kita dalam memahami agama-Nya

seterusnya mengamalkannya dengan sebaik

mungkin mengikut neraca syariah.

(muftiwp.gov.my)

Page 20: RAWATAN INFERTILITI PATUH MAQASID AL-SHARI’AH …

4. ILMU (TAKAMUL)

Pengarang seterusnya berjaya merangka struktur plot novel ini dengan aspek keempat teori

Takmilah iaitu ilmu yang saling melengkapi (takamul) dan akhirnya menyeru manusia

kepada kebenaran melalui akal dan hati kerana keperluan ilmu dengan sastera yang

menjadikan teori Takmilah sebagai teori yang sempurna dan saling melengkapi (Takamul).

1. Ujian kehamilan Alat ujian kehamilan 6

2. Permakanan sunnah Kurma 30

3. Rawatan tradisional -

urut

Membetulkan kedudukan rahim dan urutan 52-56

4. Rawatan infertiliti

patuh maqasid Shariah

Tatacara infertiliti (Pil Kesuburan – Permanian

beradas dan tabung uji)

69-80 , 112-

116, 123-135

5. Cetusan laktasi Ibu susuan 153

6. Plasenta akreta Uri melekat 205

7. Booking Rawatan ibu mengandung 220

8. Endometriosis Senggugut teruk 225

9. Proses kelahiran Tanda melahirkan dan proses berkaitan -

caesarean

228-231

Page 21: RAWATAN INFERTILITI PATUH MAQASID AL-SHARI’AH …

4. ILMU (TAKAMUL)

1. RAWATAN TRADISONAL MELALUI KAEDAH

URUTAN (BUKTI TEKS)

“Nak, Pak Usu nak periksa dan urut batin juga” maklum

Pak Usu. Alat gentalia Uwais Akasyah diperiksa.

Alhamdulillah, semuanya okey. Kamu pun tak ada

masalah uluran ( macam masalah angin pasang).”

(CIV : 55)

2.ISTILAH SAINS

Pil Clomiphene, suntikan Gonadotrofin, ultrabunyi

transvagina (TVS), unexplained infertility ( masalah

infertiliti yang tidak diketahui), penyakit endometriosis

(ejakulasi pramatang), luteinising hormone (hormon

peluteinan), in vitro fertilisation (persenyawaan in vitro),

cryopreservation (pembekuan embrio) dan ovarian

hyperstimulation syndrome (sindrom stimulasi ovari)

Kesan revolusi ilmu yang dialami oleh manusia sejak

pertama kalinya diperkenalkan sekitar tahun 1909

sebelum diteruskan pada 1965 oleh saintis British

Robert Edward dan Lasley Brown merupakan wanita

pertama yang berjaya hamil melalui kaedah in vitro

tersebut pada 1977 (myhealth.gov.my)

KRITIKAN :

Pengarang mengangkat ilmu

yang bermanfaat dalam

menghasilkan karyanya hasil

kebijaksanaan akalnya yang

menjadi medium mencapai

keilmuan yang bersifat alamiah

dan rasional sehingga terkesan

dalam hati atau dikenali

sebagai makrifah. Hal ini, jelas

telah memperkasakan ilmu dan

sastera yang saling berkaitan

antara satu sama lain kerana

bersifat Takamul.

Page 22: RAWATAN INFERTILITI PATUH MAQASID AL-SHARI’AH …

5. KESUSASTERAAN (TAKMILAH)

Aspek kelima teori Takmilah iaitu Kesusasteraan (Takmilah) ada dalam CIV

kerana proses penciptaan dan pembinaan karya ini sangat kreatif, indah dan

sempurna baik daripada aspek dalaman mahupun luaran.

1. TERDAPAT UNSUR PENGGUNAAN

BAHASA ARAB : (KEINDAHAN LAHIRIAH)

Banyak menggunakan laras bahasa doa

yang sinonim penggunaannya dalam

kalangan masyarakat Melayu seperti

Bismillahirrahmanirrahim, Rabbana hab

lana min azwaajina wa zurriyyaatina

qurrataa’yun waj alna lilmuttaqeen

imaama, Ameen ya Rabbal alamin,

Subhanallah walhamdulillah wa laa

ilaaha illallah wallahu akhbar,

alhamdulillah, inna lillahiwa inna ilaihi

rajiun yang penggunaannya dilihat sangat

signifikan dengan situasi yang

digambarkan dalam setiap plot bagi

menghidupkan syiar Islam.

2. MESEJ DAN PEMIKIRAN

(KEINDAHAN MAKNAWI )

1. Memberi maklumat perubatan

2. Menyampaikan nilai motivasi

tinggi terutamanya kepada

pasangan yang mengalami

masalah kesuburan

3. Menjadi kritikan sinis terhadap

pandangan hidup masyarakat

(Gelaran Wanita Mandul , sinis

kepada “Janda” & suka

campurtangan @ jaga tepi kain

orang)

Page 23: RAWATAN INFERTILITI PATUH MAQASID AL-SHARI’AH …

5. KESUSASTERAAN (TAKMILAH)

KRITIKAN :

Pengarang berjaya memerhatikan alam untuk

mendapatkan ilham yang memperlihatkan

tahap keprihatinan manusia lalu diterapkan

dalam karyanya dengan sempurna daripada

aspek luaran mahupun dalaman

Namun begitu, bagi insan yang tidak bernasib

baik kerana tidak dikurniakan cahaya mata juga

perlu bersyukur dan pada masa yang sama

terus berusaha tanpa berputus asa. Begitulah

orang yang beriman, setiap sesuatu yang

berlaku akan digunakannya untuk meraih

ganjaran kebaikan di akhirat kelak

Page 24: RAWATAN INFERTILITI PATUH MAQASID AL-SHARI’AH …

6. PENGKARYA (ISTIKMAL)

1. Sasterawan yang

mempunyai jiwa

keislaman

Pengistikmalan diri

dapat digarap dalam

doa-doa Afefa Syakila

Aku tak mahu berterusan begini! Ya Allah, tolonglah aku.

Tenangkanlah diriku dan jernihkan fikiranku, damaikanlah hatiku,

ringankan bebanku Ya Allah,bangunkan aku saat aku terjatuh agar

aku dapat membina kembali kekuatanku. Ya Allah, berkatilah

rezeki dan perjalanan hidupku. Tolongla hambaMu ini. Ya Allah,

jika bukan Engkau yang menolong, siapa lagi Ya Allah?

(CIV:160)

2. Sarat dengan motivasi untuk setiap daripada

kita dapat menelurusi kehidupan yang penuh ujian

dan cabaran demi mendapat redhaNya dengan

penuh kesyukuran apabila dipesankan “bersyukur

dengan apa yang kita ada, janganlah persoalkan

apa yang kita tiada, nanti kita akan kecewa”

(CIV:47)

Page 25: RAWATAN INFERTILITI PATUH MAQASID AL-SHARI’AH …

6. PENGKARYA (ISTIKMAL)

KRITIKAN :

Pengarang berjaya mengistikmalkan diri

dengan menghasilkan sebuah novel yang

mempunyai kekuatan tersendiri terutamanya

daripada aspek nilai tambah ilmu bantu

mengenai infertiliti, iaitu masalah kesuburan

dan rawatannya.

Input nilai tambah ini terutamanya fokus

jenis rawatan masalah kesuburan seperti

pengambilan ubat hormon, permanian

beradas dan persenyawaan in vitro (IVF)

diolah dengan menarik berdasarkan konflik

yang dihadapi oleh watak utama yang

akhirnya mengangkat martabat Islam

sebagai agama yang sempurna daripada

semua aspek kehidupan.

Page 26: RAWATAN INFERTILITI PATUH MAQASID AL-SHARI’AH …

7. KHALAYAK/INSAN (KAMIL)

Karya dan khalayak sememangnya ditidak dapat dipisah

bak aur dengan tebing dan inilah aspek terakhir teori

Takmilah iaitu khalayak bertujuan memupuk ke arah insan

Kamil.

Mewujudkan

kesedaran dan

keinsafan yang

diperolehi oleh

khalayak

melalui watak

yang

dipaparkan

dalam setiap

plot

Bukti Teks :

“Uwais Akasyah dan Afefa Syakila meninggalkan

kawasan perkuburan dengan keinsafan, bahawa

hidup ini tunangnya mati, Mati tidak menunggu tua

atau muda dan tidak menunggu sihat atau sakit.

Mati boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, pada bila-

bila masa atas kuasa Yang Maha Esa. Sementara

masih diberi Allah nyawa, manfaatkanlah hidup ini

dengan kebaikan, kebahagiaan dan kasih sayang

sehingga hujung nyawa” (CIV:236)

KRITIKAN : Pengarang berjaya membuka minda pengkaji

dan pembaca dengan membangkitkan kesedaran dan

keinsafan yang akhirnya meningkatkan keimanan dalam

mentauhidkan Allah.

Page 27: RAWATAN INFERTILITI PATUH MAQASID AL-SHARI’AH …

KESIMPULAN

CINTA IN VITRO :

1. Memelihara objektif shariah :

Terbukti : Ditemukan usaha pemeliharaan agama,

pemeliharaan nyawa, pemeliharaan akal, pemeliharaan

keturunan dan pemeliharaan harta dalam ruang lingkup

keperluan (daruriyyah) sepanjang menjalani rawatan infertiliti

2. Aplikasi Teori Takmilah :

Terbukti : karya yang bertunjangkan tauhid dengan penemuan

ketujuh-tujuh prinsip teori Takmilah (ketuhanan (kamal),

kerasulan (kamil), keislaman (akmal), prinsip ilmu (takamul),

kesusasteraan (takmilah), pengkarya (istikmal) dan insan

(kamal)

3. Hasil Karya Sastera Islam :

Terbukti : Novel Cinta In Vitro karya Nik Hazlina Nik Hussain ini

padat dengan nilai-nilai keagamaan dan pengajaran kerana

terdapat eleman-eleman tauhid, Maqasid Shariah, akhlak,

kesusasteraan, ilmu kesihatan dan perubatan.

Page 28: RAWATAN INFERTILITI PATUH MAQASID AL-SHARI’AH …

RUJUKAN

Adnan Ahmad. 2018. Analisis teori Takmilah Buku Puncak Jihad (Kumpulan Puisi Animas ar) dimuat turun daripada https://www.academia.edu/36563534/Sastera_dan_Masyarakat_Analisis_teori_Takmilah_Buku_Puncak_Jihad_Kumpulan_Puisi_Animas_ar_

Faizatul Farlin Farush Khan. 2016. Kadar kesuburan di Malaysia kian merosot

dimuat turun daripada https://www.hmetro.com.my/node/106963

Kamariah Kamarudin. 2011. Takmilah dalam Novel Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Mansor Sulaiman. Prosedur-prosedur rawatan IVF : suatu kupasan berdasarkan pandangan syarak dimuat turun http://pimpin.ump.edu.my/index.php/ms/muat-turun/koleksi-kertas-kerja-pembentangan-seminar/konvensyen-fiqh-teknologi/254-rawatan-ivf-invitro-fertilisation/file

Mohd Anuar Ramli. Rawatan Infertiliti dari perspektif Maqasid al-Shariah dimuat turun daripadahttps://www.academia.edu/31275955/Rawatan_Infertiliti_dari_Perspektif_Maqasid_al-Shariah

Nik Hazlina Nik Hussain. 2019. Cinta In Vitro. : Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka

Rosnani Ripin. Nd. Takmilah novel Seteguh Saleha karya Aminah Mokhtar dimuat turun daripada http://conference.kuis.edu.my/pasak2017/images/prosiding/sosiobudaya/05-ROSNANI-RIPIN-edt.pdf

Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali. 2018. Teori dan kaedah aplikasi dalam karya. Institut Terjemahan & Buku Malaysia: Kuala Lumpur

Van Luxemberg, Jan,Bal,Mieke & Weststsijn, Willem G. (1989) Pengantar Ilmu Sastra (terjemahan Dick Hartoko). Jakarta : PT Gramedia

Wan Nazjmi Mohamed Fisol.2018. Revolusi perindustrian keempat (industri 4.0) dari perspektif Maqasid shariah dalam Proseding Seminar Antarabangsa Pertama Isu-Isu Kontemporari & Maqasid Al-Syari’ah (ICCIMS)

Page 29: RAWATAN INFERTILITI PATUH MAQASID AL-SHARI’AH …

BIODATA PENGARANGDr Nik Hazlina Nik Hussain adalah Profesor Obstetrik & Ginekologi,

Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau adalah Ketua Unit

Perkembangan Kesihatan Wanita, Pusat Pengajian Sains Perubatan,

USM.

Beliau berkelulusan ijazah pertama dari Universiti Kebangsaan Malaysia

pada tahun 1990 dan pada tahun 1997 telah menamatkan latihan

pascasiswazahnya dalam program M.Med (O & G) dari USM. Beliau

menjalani latihan persahabatan selama satu tahun dalam endokrinologi

reproduktif dan ketidaksuburan di Royal Women’s Hospital dan In-vitro (IVF),

Melbourne Australia pada tahun 2006. Beliau kini menjadi Presiden

Persatuan Perkembangan Kesihatan Wanita Kelantan (2010-sekarang) dan

bekas Naib Presiden Persatuan Menopaus Malaysia (2009-2011).

Bidang penyelidikan utamanya adalah endokrinologi reproduktif dan

kesihatan seksual, perubatan tradisional dan pelengkap, madu dan

percubaan klinikal herba. Beliau adalah seorang penulis aktif dengan

lebih daripada 30 penerbitan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa

dan juga telah menulis / menulis lebih daripada 20 buku dalam bahasa

Melayu dan bahasa Inggeris. Pada masa ini, dia terlibat secara aktif dengan

banyak kajian dan telah menerima banyak anugerah dan pengiktirafan pada

masa lalu. Beliau juga merupakan ahli kehidupan Persatuan Perubatan

Malaysia (MMA), Obstetrik & Persatuan Ginekologi Malaysia (OGSM),

Persatuan Menopaus Malaysia (MMS), Persatuan Pembangunan Kesihatan

Wanita, Persatuan Penasihat Persatuan Malaysia dan Perunding Laktasi,

Persatuan Malaysian Malaysian Technology Assisted Reproductive

Assistance (MSART) dan Persatuan Doktor Alumni Universiti Sains Malaysia.

Beliau juga adalah Setiausaha Ahli Jawatankuasa Penyelidikan & Etika

Manusia USM.

Page 30: RAWATAN INFERTILITI PATUH MAQASID AL-SHARI’AH …
Page 31: RAWATAN INFERTILITI PATUH MAQASID AL-SHARI’AH …

Yang kurik itu kendi,Yang merah itu saga,

Yang elok itu budi,Yang indah itu bahasa.

Page 32: RAWATAN INFERTILITI PATUH MAQASID AL-SHARI’AH …

SEKIANTERIMA KASIH