mengesan kerosakan menggunakan alat-alat pengujian...

8
BAB 3 : Teknik Mengesan Kerosakan dan Alat-alat Pengujian Komputer TEKNIK PENGESANAN KEROSAKAN Kandungan: Mengesan Kerosakan Menggunakan Alat-alat Pengujian Mengesan Kerosakan Menggunakan Kaedah Pendekatan Sistem Teknik Pengesanan Kerosakan Mengenali Litar Skema dan Rajah Pemasaan Langkah-langkah Keselamatan Semasa Membaikpulih Mengesan Kerosakan Menggunakan Alat-alat Pengujian Terdapat pelbagai alat pengujian yang boleh digunakan untuk menguji operasi komponen dan keterusan arus. Berikut disenaraikan sebahagian daripadanya; Alat Fungsi Meter pelbagai sukat voltan dan kesan sambungan litar / komponen Osiloskop sukat voltan & frekuensi pada titik tertentu Kuar logik & pendenyut logik tentukan keadaan logik pada titik ujian tertentu Penyurih arus kesan kehadiran arus [email protected] 1

Upload: trinhthuy

Post on 06-Feb-2018

438 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mengesan Kerosakan Menggunakan Alat-alat Pengujian ...tintaku.weebly.com/uploads/2/6/6/9/26698954/17057910-bab-3-teknik... · dalam gambarajah hirarki di bawah; ... • Peralatan

BAB 3 : Teknik Mengesan Kerosakan dan Alat-alat Pengujian Komputer

TEKNIK PENGESANAN KEROSAKAN

Kandungan:

• Mengesan Kerosakan Menggunakan Alat-alat Pengujian

• Mengesan Kerosakan Menggunakan Kaedah Pendekatan Sistem

• Teknik Pengesanan Kerosakan

• Mengenali Litar Skema dan Rajah Pemasaan

• Langkah-langkah Keselamatan Semasa Membaikpulih

Mengesan Kerosakan Menggunakan Alat-alat Pengujian

Terdapat pelbagai alat pengujian yang boleh digunakan untuk menguji operasi

komponen dan keterusan arus. Berikut disenaraikan sebahagian daripadanya;

Alat FungsiMeter pelbagai sukat voltan dan kesan sambungan litar /

komponen Osiloskop sukat voltan & frekuensi pada titik tertentu

Kuar logik &

pendenyut logik

tentukan keadaan logik pada titik ujian tertentu

Penyurih arus kesan kehadiran arus

[email protected] 1

Page 2: Mengesan Kerosakan Menggunakan Alat-alat Pengujian ...tintaku.weebly.com/uploads/2/6/6/9/26698954/17057910-bab-3-teknik... · dalam gambarajah hirarki di bawah; ... • Peralatan

BAB 3 : Teknik Mengesan Kerosakan dan Alat-alat Pengujian Komputer

Mengesan Kerosakan Menggunakan Kaedah Pendekatan Sistem

Sistem komputer boleh dibahagikan kepada beberapa komponen utama seperti di

dalam gambarajah hirarki di bawah;

Merujuk kepada gambarajah di atas, sistem komputer boleh dibahagikan kepada 4

paras sistem, iaitu:

• Paras sistem

• paras sub-sistem

• paras sub-sub sistem

• paras komponen

[email protected] 2

Sistem

Sub- Sistem

Sistem

Page 3: Mengesan Kerosakan Menggunakan Alat-alat Pengujian ...tintaku.weebly.com/uploads/2/6/6/9/26698954/17057910-bab-3-teknik... · dalam gambarajah hirarki di bawah; ... • Peralatan

BAB 3 : Teknik Mengesan Kerosakan dan Alat-alat Pengujian Komputer

Paras SistemIa merupakan paras tertinggi di mana semua paras lain berkerjasama supaya sistem

komputer dapat menjalankan fungsinya dengan sempurna.

Paras sub-sistemIa merupakan sebahagian daripada bahagian paras sistem. Hasil dari sambungan paras

sub-sistem ini membentuk satu sistem lengkap. Contoh yang sesuai adalah seperti

pencetak, unit paparan, sistem unit, pemacu cakera dan lain-lain.

Paras sub-sub sistemParas ini merupakan bahagian yang terdapat pada paras sub-sistem. Contohnya

bahagian pada unit paparan terdapat penguat video, pengayun ufuk, pengayun pugak

dan bekalan kuasa tinggi.

Paras komponenBahagian ini merupakan komponen-komponen untuk satu sub-sub sistem. Sebagai

contoh untuk penguat video pada unit paparan; ia mengandungi transistor, penapis dan

lain-lain.

Dalam kaedah pendekatan sistem, sesebuah sistem komputer akan disemak bermula

daripada peringkat tinggi dan terus turun ke bawah iaitu kepada bahagian komponen

(sistem -> sub sistem -> sub-sub sistem -> komponen). Ia melibatkan pemerhatian dan

ujian untuk tujuan pengesanan kerosakan bagi mengenalpasti bahagian yang

bermasalah. Bagi penyenggara sistem yang berpengalaman, mereka kadangkala

mampu menyelesaikan masalah sistem tanpa perlu terlalu mengikut prosedur

pendekatan sistem ini. Melalui pengalaman dan kemahiran, mereka dapat menyesaikan

sesuatu kes kerosakan hanya dengan satu atau dua ujian sahaja.

[email protected] 3

Page 4: Mengesan Kerosakan Menggunakan Alat-alat Pengujian ...tintaku.weebly.com/uploads/2/6/6/9/26698954/17057910-bab-3-teknik... · dalam gambarajah hirarki di bawah; ... • Peralatan

BAB 3 : Teknik Mengesan Kerosakan dan Alat-alat Pengujian Komputer

Teknik Pengesanan Kerosakan

Langkah-langkah mengesan kerosakan

Penggunaan langkah yang sistematik dapat mejimatkan masa sewaktu menjalankan

baik pulih sistem komputer. Terdapat 2 masalah utama yang menyumbang kepada

kerosakan sistem iaitu; perisian dan perkakasan. Sewaktu membaik pulih, lazimnya

pengujian terhadap kefungsian perisian akan dilakukan terlebih dahulu dan kemudian

sekiranya tiada penyelesaian dapat dilakukan, barulah ujian dilakukan terhadap

perkakasan sistem. Antara tindakan yang boleh dilakukan sewaktu pengesanan

kerosakan ialah;

1. Analisa gejala /tanda-tanda kerosakan

• Apakah kerosakan yang ditunjukkan oleh komputer semasa kerosakan

• Apakah yang sedang dilakukan oleh komputer sebelum bermasalah

• Apakah aturcara yang digunakan sebelum kerosakan

2. Periksa / kenalpasti punca masalah (hardware / software)

• Periksa semua pemasangan sistem, kabel, penyambung (connector),

‘CMOS-SETUP’, fail autoexec.bat, fail config.sys, serta kedudukan

jumper perkakasan. Untuk itu, adalah penting bagi menyimpan segala

buku manual dan panduan bagi perkakasan sistem tersebut.

• Selain pemeriksaan di atas, penyenggara juga harus melakukan

pemeriksaan seperti bau terbakar, keluar asap, dan kepanasan lampau

pada komponen komputer.

3. Uji / buktikan kerosakan

• Setelah tempat kerosakan dikenalpasti, pengubahsuaian perlu dilakukan

bagi menyelesaikan masalah tersebut. Mulakan pengujian seperti

pengubahsuaian fail autoexec.bat, config.sys, pendaftar (registry)

Windows dan sebagainya sehingga berjaya.

• Bagi pemeriksaan kesalahan penyambungan, kabel, dan jumper,

pembetulan boleh dilakukan dengan berpandukan buku manual

perkakasan komputer tersebut.

[email protected] 4

Page 5: Mengesan Kerosakan Menggunakan Alat-alat Pengujian ...tintaku.weebly.com/uploads/2/6/6/9/26698954/17057910-bab-3-teknik... · dalam gambarajah hirarki di bawah; ... • Peralatan

BAB 3 : Teknik Mengesan Kerosakan dan Alat-alat Pengujian Komputer

• Sekiranya terdapat kesan asap (terbakar), lakukan pengujian pada

komponen tersebut dengan menggunakan multimeter. Ini akan menguji

kefungsian komponen tersebut. Cabut dahulu komponen yang ingin diuji

daripada litar tercetak. Jika berlaku kepanasan lampau pada komponen,

sembur komponen dengan penyembur penyejuk (jika ada) atau biarkan ia

sejuk terlebih dahulu dan lihat kembali kefungsian sistem. Sekiranya baik,

perhatikan kipas bekalan kuasa dan komponen lain dalam sistem

berpusing dengan baik dan bersihkan sistem daripada sebarang habuk

yang telah terbentuk. Letakkan sistem di tempat yang sesuai.

4. Sediakan keperluan untuk baik pulih kerosakan

• Setelah selesai pemeriksaan dan punca kerosakan ditemui, sediakan

kelengkapan dan tempat yang sesuai untuk baik pulih. Dapatkan buku

panduan ‘CMOS-SETUP’, buku panduan pengubahsuaian fail

autoexec.bat, config.sys dan buku panduan installasi aturcara yang

digunakan (aturcara @ program yang rosak). Jika kerosakan tersebut

berlaku pada komponen atau perkakasan seperti pemacu cakera ataupun

kad-kad pilihan, dapatkan alat ganti yang sesuai untuknya.

5. Lakukan penggantian dan pemulihan

• Setelah diketahui tempat yang bermasalah dan segala keperluan untuk

baik pulih disediakan, kerja-kerja baik pulih boleh dimulakan. Masalah

yang melibatkan perisian boleh dipulihkan melalui pengubahsuai ataupun

instalasi (reinstall) semula. Bagi masalah perkakasan ataupun komponen

sistem (hardware), proses penggantian komponen yang rosak boleh

dilakukan.

Keperluan Untuk Pengesanan Kerosakan

1. Gunakan alat-alat pengujian

• Sebagai alat asas untuk tujuan pengujian, alat-alat pengujian utama

seperti multimeter dan ‘test-pen’ perlu disediakan terlebih dahulu. Selain

itu, alat sampingan seperti osiloskop, kuar logik, dan pendenyut logik juga

perlu disediakan sekiranya perlu.

[email protected] 5

Page 6: Mengesan Kerosakan Menggunakan Alat-alat Pengujian ...tintaku.weebly.com/uploads/2/6/6/9/26698954/17057910-bab-3-teknik... · dalam gambarajah hirarki di bawah; ... • Peralatan

BAB 3 : Teknik Mengesan Kerosakan dan Alat-alat Pengujian Komputer

2. Kemahiran membaca Litar Skematik

• Ia penting kerana ia mampu membantu penyenggara mengenalpasti

komponen-komponen yang terdapat di dalam sistem menggunakan

simbol piawai komponen. Ia juga akan memudahkan penyenggara

mengenalpasti titik ujian yang boleh digunakan pada komponen yang

dijangka rosak.

3. Gunakan Buku Panduan Litar Bersepadu – IC

• Ia memudahkan penyenggara mengenali ciri-ciri komponen dengan cepat

dan senang. Selain itu, ia juga memudahkan penyenggara mengetahui

fungsi kaki-kaki IC dan dapat melakukan pengujian isyarat pada kaki-kaki

IC tersebut dengan betul. Menggunakan nombor sirinya, pembelian IC

baru dapat dilakukan dengan mudah bagi tujuan penggantian komponen

baru.

4. Kemahiran membaca Rajah Pemasaan

• Melalui rajah pemasaan, penyenggara sistem dapat mengesan jujukan

sesuatu peristiwa yang berlaku dalam sistem untuk sesuatu tempoh masa

dengan baik. Ini kerana sistem komputer akan melaksanakan proses

secara berjujukan. Rajah pemasaan piawai ini dapat membantu

penyenggara membandingkan dengan rajah pemasaan sistem yang diuji

bagi mengenalpasti kerosakan.

3 Teknik mengesan kerosakan:

1. Menggunakan Persamaan Boolean

• Untuk suatu litar logik mudah, suatu persamaan Boolean dapat dihasilkan

dengan menggunakan teorem-teorem tertentu. Dari persamaan Boolean

ini, ‘jadual benar’ boleh dihasilkan. Jadual benar ini akan dijadikan

panduan sewaktu membaikpulih. Pengujian yang sesuai adalah dengan

menggunakan pendenyut logik dan kuar logik. Selain membuat

persamaan Boolean, dengan menggunakan jadual benar bagi sesuatu IC

(IC flip-flop, decoder, multiplexer), kerosakan IC atau litar luar IC dapat

ditentukan dengan lebih tepat.

[email protected] 6

Page 7: Mengesan Kerosakan Menggunakan Alat-alat Pengujian ...tintaku.weebly.com/uploads/2/6/6/9/26698954/17057910-bab-3-teknik... · dalam gambarajah hirarki di bawah; ... • Peralatan

BAB 3 : Teknik Mengesan Kerosakan dan Alat-alat Pengujian Komputer

2. Menggunakan Rupabentuk Gelombang dan Corak

• Teknik ini menggunakan gelombang asal pada sesuatu titik ujian sebagai

rujukan. Gelombang asal boleh didapati pada litar skematik yang

disertakan bersama litar semasa pembelian sistem. Dengan

menggunakan isyarat masukan yang sesuai pada masukan litar, ujian

gelombang boleh dilakukan pada titik yang dikehendaki dengan

menggunakan osiloskop ataupun alatan lain yang sesuai.

3. Menggunakan Kaedah Gantian Kumpulan

• Kaedah ini bermula dengan mengenalpasti komponen yang bermasalah

terlebih dahulu. Sebagai contoh, adalah dianggap bahawa kad pemecut

grafik mungkin menjadi masalah kepada kegagalan fungsi sistem. Untuk

menentusahkannya, sebuah kad pemecut grafik yang lain (baru ataupun

simpanan) dipasang ke dalam sistem untuk menggantikan kad

bermasalah tersebut. Sekiranya tiada tanda-tanda pemulihan sistem,

maka masalah itu disahkan bukan berpunca daripada kad pemecut grafik

asal tadi; dan begitulah sebaliknya. Walaupun ini merupakan kaedah

penyelesaian yang paling mudah dan cepat, ia juga merupakan kaedah

yang berkos tinggi dan bergantung kepada stok simpanan komponen /

perkakasan tersebut (sekiranya ada).

[email protected] 7

Page 8: Mengesan Kerosakan Menggunakan Alat-alat Pengujian ...tintaku.weebly.com/uploads/2/6/6/9/26698954/17057910-bab-3-teknik... · dalam gambarajah hirarki di bawah; ... • Peralatan

BAB 3 : Teknik Mengesan Kerosakan dan Alat-alat Pengujian Komputer

Langkah-langkah Keselamatan Semasa Membaikpulih

3 Peringkat:

1. Sebelum Membaikpulih

2. Semasa Membaikpulih

3. Selepas Membaikpulih

Sebelum Membaikpulih

1. Keadaan Tempat Membaikpulih

• Luas, selesa, bercahaya, suhu sesuai, lantai berpenebat, jauh dari

gegaran, peralatan tersusun, bekalan kuasa mencukupi

2. Meja Senggaraan

• Cukup lebar, tinggi sesuai

3. Alat-alat Senggaraan

• Peralatan cukup, ada penstabil voltan, manual litar skematik dan data

komponen

Semasa Membaikpulih

1. Elakkan / kurangkan cas statik

• Guna ‘wrist-strap’

• Guna alat sesuai

1. Pemateri sesuai (15 – 18 Watt)

2. Penarik (extractor) utk keluarkan cip

3. Guna penyedut (sucker) untuk buang timah pateri

4. Guna manual / rujukan yg betul

Selepas Membaikpulih

1. Pastikan semua sambungan betul / kemas

2. Pastikan tiada lebihan pateri

3. Guna / pasangkan casing dengan betul untuk elak litar pintas semasa menguji

4. Kemaskan peralatan dan meja senggaraan

[email protected] 8