mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran · pdf file3.6 pencapaian mata pelajaran kimia dalam...

30
TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NORWAHIDAH BINTI WAHAB UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: phamnhu

Post on 25-Mar-2018

257 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: MENGENALPASTI TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN · PDF file3.6 Pencapaian Mata Pelajaran Kimia Dalam SPM 32 3.7 ... 4.9 Bilangan dan Peratus Responden Menjawab Betul Item- 49 ... item Bagi

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DAN

HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR

FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NORWAHIDAH BINTI WAHAB

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: MENGENALPASTI TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN · PDF file3.6 Pencapaian Mata Pelajaran Kimia Dalam SPM 32 3.7 ... 4.9 Bilangan dan Peratus Responden Menjawab Betul Item- 49 ... item Bagi

ii

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DAN

HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.

SESI PENGAJIAN: 2007/2008

SAYA: NORWAHIDAH BINTI WAHAB

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

Disahkan oleh:

__________________________________ _________________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 463 BLOK 11 FELDA PALONG 8, TUAN. HJ MEOR IBRAHIM 73470 GEMAS, BIN KAMARUDDINNEGERI SEMBILAN. Nama Penyelia TARIKH: 25 APRIL 2008 TARIKH: 25 APRIL 2008

SULIT

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TIDAK TERHAD

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: MENGENALPASTI TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN · PDF file3.6 Pencapaian Mata Pelajaran Kimia Dalam SPM 32 3.7 ... 4.9 Bilangan dan Peratus Responden Menjawab Betul Item- 49 ... item Bagi

iii

PENGESAHAN PENYELIA

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia).

Tandatangan:

Nama Penyelia : TN HJ. MEOR IBRAHIM BIN KAMARUDDIN

Tarikh: 7 APRIL 2008

Page 4: MENGENALPASTI TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN · PDF file3.6 Pencapaian Mata Pelajaran Kimia Dalam SPM 32 3.7 ... 4.9 Bilangan dan Peratus Responden Menjawab Betul Item- 49 ... item Bagi

iv

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DAN

HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR

FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NORWAHIDAH BINTI WAHAB

Tesis ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2008

Page 5: MENGENALPASTI TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN · PDF file3.6 Pencapaian Mata Pelajaran Kimia Dalam SPM 32 3.7 ... 4.9 Bilangan dan Peratus Responden Menjawab Betul Item- 49 ... item Bagi

v

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali ringkasan dan petikan

yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan:

Nama Penulis: NORWAHIDAH BINTI WAHAB

Tarikh : 7 APRIL 2008

Page 6: MENGENALPASTI TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN · PDF file3.6 Pencapaian Mata Pelajaran Kimia Dalam SPM 32 3.7 ... 4.9 Bilangan dan Peratus Responden Menjawab Betul Item- 49 ... item Bagi

vi

DEDIKASI

Teristimewa buat...

Ayah dan ibu tercinta En. Wahab bin Ghazali dan Pn. Rosnah binti Abu

Bakar yang menjadi sumber inspirasi dan semangat perjuangan hidupku..

Tunang tersayang saudara Noor Azlan bin Borhan yang sentiasa menjadi

pendorong dan teman setia di sampingku..

Adik-adikku, Mohd Raddy, Norliana dan Mohd Zul Fikri yang mengajarku

erti ketabahan dalam mengharungi kehidupan..

Seluruh ahli keluargaku yang prihatin terhadapku..

Kesemua Pensyarahku yang sentiasa memberi tunjuk ajar kepadaku..

Guru-guruku yang telah mendidikku selama ini..

Sahabat-sahabat kesayanganku, Huda, Hajar, Daliyana, Afza dan Taja..

Rakan-rakan seperjuangan SPC, SPK dan SPM (2004/08) dan sesiapa sahaja

yang banyak membantu sepanjang kehidupanku sebagai siswi.

Terima kasih di atas segalanya pengorbanan kalian...

Page 7: MENGENALPASTI TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN · PDF file3.6 Pencapaian Mata Pelajaran Kimia Dalam SPM 32 3.7 ... 4.9 Bilangan dan Peratus Responden Menjawab Betul Item- 49 ... item Bagi

vii

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah segala pujian bagi Allah S.W.T atas kudrat dan idea

yang dikurniakanNya maka kajian ini dapat dihasilkan. Terima kasih yang tidak

terhingga buat ayah dan ibu yang telah memberi semangat dan dorongan kepada saya

sepanjang kajian ini dijalankan.

Jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya, Tn. Haji Meor

Ibrahim bin Kamaruddin yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan

kepada saya dalam menyiapkan kajian ini. Pengalaman beliau telah banyak memberi

inspirasi untuk menghasilkan kajian ini.

Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan buat semua pelajar tahun tiga dan

empat kursus SPC, Sarjana Muda Sains serta Pendidikan(Kimia) serta SPK, Sarjana

Muda Sains Komputer serta Pendidikan(Kimia) atas kerjasama yang diberikan dalam

menjayakan kajian ini. Tidak lupa juga sekalung penghargaan terima kasih buat

rakan-rakan dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang

kajian ini dijalankan.

Semoga Allah memberkati hasil usaha kita.

Page 8: MENGENALPASTI TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN · PDF file3.6 Pencapaian Mata Pelajaran Kimia Dalam SPM 32 3.7 ... 4.9 Bilangan dan Peratus Responden Menjawab Betul Item- 49 ... item Bagi

viii

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap penguasaan kemahiran manipulatif

dan hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar. Seramai 92 orang pelajar

tahun tiga dan empat SPC, Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia) dan SPK,

Sarjana Muda Sains Komputer Serta Pendidikan (Kimia) dipilih secara rawak

sebagai sampel kajian. Kajian dijalankan dengan menggunakan set borang soal

selidik (α=0.753) yang terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian A soal selidik

digunakan untuk mengetahui latar belakang dan pencapaian akademik pelajar

manakala Bahagian B adalah untuk mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran

manipulatif pelajar dalam amali kimia. Data-data yang diperolehi dianalisis

menggunakan perisian Microsoft Excell dan SPSS. Analisis yang digunakan adalah

kekerapan, peratus, min dan ujian kolerasi Pearson. Hasil kajian menunjukkan tahap

penguasaan kemahiran manipulatif dalam kalangan pelajar berada di tahap baik

(70.3%) tetapi tidak wujud hubungan yang signifikan antara tahap penguasaan

kemahiran manipulatif dengan pencapaian akademik pelajar (r=0.197). Beberapa

cadangan untuk meningkatkan kemahiran manipulatif serta cadangan untuk kajian

lanjutan turut dikemukakan di samping implikasi kajian.

Page 9: MENGENALPASTI TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN · PDF file3.6 Pencapaian Mata Pelajaran Kimia Dalam SPM 32 3.7 ... 4.9 Bilangan dan Peratus Responden Menjawab Betul Item- 49 ... item Bagi

ix

ABSTRACT

The purpose of this study is to investigate the performance level of

manipulative skill and the relationship between achievement levels of students. 92

students from third and fourth year of programs SPC, Bachelor Science and

Education (Chemistry) and SPK, Bachelor Science Computer and Education

(Chemistry) have been chosen randomly as the sample of this study. The

investigation had been carried out using questionnaire (α= 0.753) which was divided

into two parts. Part A of the questions was to determine the students’ background

and their academic achievement while Part B was to investigate students’

manipulative skill performance in chemistry laboratory practices. The data obtained

was processed using the Microsoft excel and SPSS software. The data which were

analyzed using frequency, percentage, min and Pearson correlation test. The result

of the study indicated that the students’ manipulative skill performance was at good

level (70.3%) and there was no significant association between students.

manipulative skill performances with their academic achievements (r=0.197).

Several suggestions to improve manipulative skill and suggestions for further

researches were put forward as well as the implications of the study.

Page 10: MENGENALPASTI TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN · PDF file3.6 Pencapaian Mata Pelajaran Kimia Dalam SPM 32 3.7 ... 4.9 Bilangan dan Peratus Responden Menjawab Betul Item- 49 ... item Bagi

x

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ii

PENGESAHAN PENYELIA iii

JUDUL iv

PENGAKUAN v

DEDIKASI vi

PENGHARGAAN vii

ABSTRAK viii

ABSTRACT ix

KANDUNGAN x

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI SINGKATAN xvii

SENARAI LAMPIRAN xviii

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Hipotesis Kajian 8

Page 11: MENGENALPASTI TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN · PDF file3.6 Pencapaian Mata Pelajaran Kimia Dalam SPM 32 3.7 ... 4.9 Bilangan dan Peratus Responden Menjawab Betul Item- 49 ... item Bagi

xi

BAB PERKARA MUKA SURAT

1.7 Kepentingan Kajian 8

1.8 Batasan Kajian 9

1.9 Definisi Istilah 9

1.10 Penutup 12

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Kemahiran Manipulatif 14

2.3 Pengaruh Pencapaian Akademik 20

Dalam Pembelajaran

2.4 Penutup 24

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 25

3.2 Reka Bentuk Kajian 26

3.3 Persampelan 27

3.4 Instrumen Kajian 28

3.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan 30

Instrumen Kajian

3.6 Analisis Data 31

3.7 Penutup 37

Page 12: MENGENALPASTI TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN · PDF file3.6 Pencapaian Mata Pelajaran Kimia Dalam SPM 32 3.7 ... 4.9 Bilangan dan Peratus Responden Menjawab Betul Item- 49 ... item Bagi

xii

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN

4.1 Pengenalan 39

4.2 Analisis dan Perbincangan Latar 40

Belakang Responden

4.3 Tahap penguasaan Kemahiran Manipulatif 45

bagi Setiap Aspek dan Secara Keseluruhan

4.4 Analisis dan Perbincangan Item-Item 48

Bagi Setiap Aspek

4.5 Mengenalpasti Hubungan Antara Tahap 55

Penguasaan Kemahiran Manipulatif Dengan

Tahap Pencapaian Akademik

4.6 Penutup 57

BAB 5 KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 59

5.2 Kesimpulan 60

5.3 Implikasi Kajian 61

5.4 Cadangan Untuk Mempertingkatkan 62

Tahap Penguasaan Kemahiran Manipulatif

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 63

5.6 Penutup 64

Page 13: MENGENALPASTI TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN · PDF file3.6 Pencapaian Mata Pelajaran Kimia Dalam SPM 32 3.7 ... 4.9 Bilangan dan Peratus Responden Menjawab Betul Item- 49 ... item Bagi

xiii

BAB PERKARA MUKA SURAT

RUJUKAN 65

LAMPIRAN 71-77

Page 14: MENGENALPASTI TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN · PDF file3.6 Pencapaian Mata Pelajaran Kimia Dalam SPM 32 3.7 ... 4.9 Bilangan dan Peratus Responden Menjawab Betul Item- 49 ... item Bagi

xiv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Pembinaan Item-Item Soalan Untuk Mengkaji Tahap 26

Penguasaan Kemahiran Manipulatif Dan Hubungannya

Dengan Pencapaian Akademik Pelajar FP UTM.

3.2 Jadual Penentuan Saiz Sampel Krejcie 27

dan Morgan (1970)

3.3 Taburan Item-Item Bahagian B 29

3.4 Skor Bagi Skala Yang Digunakan Untuk 29

Item-Item Dalam Bahagian B

3.5 Ringkasan Pengujian Statistik Objektif Kajian 31

3.6 Pencapaian Mata Pelajaran Kimia Dalam SPM 32

3.7 Tahap Prestasi Keseluruhan Bagi Pencapaian 33

Mata Pelajaran Kimia Dalam SPM Mengikut Min

Keseluruhan Yang Diperolehi Responden

Page 15: MENGENALPASTI TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN · PDF file3.6 Pencapaian Mata Pelajaran Kimia Dalam SPM 32 3.7 ... 4.9 Bilangan dan Peratus Responden Menjawab Betul Item- 49 ... item Bagi

xv

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.8 Skor Pencapaian Mata Pelajaran Kimia 33

Di Matrikulasi / STPM

3.9 Tahap Prestasi Keseluruhan Bagi Pencapaian 34

Mata Pelajaran Kimia Di Peringkat Matrikulasi / STPM

Mengikut Min Keseluruhan Yang Diperolehi Responden

3.10 Skor Bagi Pencapaian CGPA Responden 34

3.11 Tahap Min Keseluruhan Pencapaian CGPA 35

Responden

3.12 Garis Panduan Guilford 35

3.13 Penentuan Hipotesis Nol 36

3.14 Jadual Tahap Penguasaan 37

4.1 Taburan Responden Mengikut Kursus 41

4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 42

4.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 42

4.4 Taburan Pencapaian Kimia Responden Dalam Sijil 43

Pelajaran Malaysia (SPM)

Page 16: MENGENALPASTI TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN · PDF file3.6 Pencapaian Mata Pelajaran Kimia Dalam SPM 32 3.7 ... 4.9 Bilangan dan Peratus Responden Menjawab Betul Item- 49 ... item Bagi

xvi

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.5 Taburan Pencapaian Kimia Responden Dalam 44

Matrikulasi Atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)

4.6 Taburan Pencapaian CGPA Terbaru Responden 45

4.7 Tahap Penguasaan Kemahiran Manipulatif bagi setiap 46

Aspek dan Secara Keseluruhan

4.8 Bilangan dan Peratus Responden Mengikut Tahap 47

Pencapaian

4.9 Bilangan dan Peratus Responden Menjawab Betul Item- 49

item bagi Aspek Mengguna dan Mengendalikan Peralatan Sains

4.10 Bilangan dan Peratus Responden Menjawab Betul Item- 50

item bagi Aspek Mengguna dan Mengendalikan Bahan Kimia

4.11 Bilangan dan Peratus Responden Menjawab Betul Item- 52

item Bagi Aspek Teknik Penggunaan Peralatan Sains

4.12 Bilangan dan Peratus Responden Menjawab Betul Item- 54

item Bagi Aspek Teknik Amali

4.13 Hubungan Korelasi antara Tahap Penguasaan Kemahiran 56

Manipulatif Dengan Tahap Pencapaian Akademik

Page 17: MENGENALPASTI TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN · PDF file3.6 Pencapaian Mata Pelajaran Kimia Dalam SPM 32 3.7 ... 4.9 Bilangan dan Peratus Responden Menjawab Betul Item- 49 ... item Bagi

xvii

SENARAI SINGKATAN

CGPA Cumulative Gred Point Average

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KBSR Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

SPC Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan(Kimia)

SPK Sarjana Muda Sains Komputer Serta Pendidikan Kimia

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

UTM Universiti Teknologi Malaysia

Page 18: MENGENALPASTI TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN · PDF file3.6 Pencapaian Mata Pelajaran Kimia Dalam SPM 32 3.7 ... 4.9 Bilangan dan Peratus Responden Menjawab Betul Item- 49 ... item Bagi

xviii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Set Borang Soal Selidik 71

B Borang Pengesahan item-item soal selidik 77

Page 19: MENGENALPASTI TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN · PDF file3.6 Pencapaian Mata Pelajaran Kimia Dalam SPM 32 3.7 ... 4.9 Bilangan dan Peratus Responden Menjawab Betul Item- 49 ... item Bagi

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang pesat membangun, sejajar

dengan perkembangan sains dan teknologi di peringkat global. Perubahan demi

perubahan juga telah berlaku dalam Kurikulum Sains di dalam sistem pendidikan

negara bagi memastikan kemajuan Malaysia tidak ketinggalan berbanding dengan

negara-negara membangun yang lain. Bagi merealisasikan hasrat kerajaan

menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020, Kurikulum

Pendidikan telah digubal sebaik mungkin bagi memastikan wawasan negara

terlaksana.

Komponen-komponen yang diberi penekanan yang serius dalam Kurikulum

Sains ialah pengetahuan sains, kemahiran saintifik, sikap saintifik, penyelesaian

masalah saintifik dan ciri-ciri sains. Setiap komponen seharusnya diberi perhatian

yang sewajarnya oleh pendidik bagi memastikan tidak ada komponen yang kurang

dikuasai oleh pelajar. Contohnya, penekanan yang berlebihan kepada komponen

pengetahuan sains mungkin akan menyebabkan pelajar kurang menguasai komponen

kemahiran saintifik. Menurut Abu Hassan dan Meor Ibrahim (1998), proses

Page 20: MENGENALPASTI TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN · PDF file3.6 Pencapaian Mata Pelajaran Kimia Dalam SPM 32 3.7 ... 4.9 Bilangan dan Peratus Responden Menjawab Betul Item- 49 ... item Bagi

2

pengajaran melibatkan penyusunan dan manipulasi keadaan di mana terdapat

rintangan dan halangan yang perlu diatasi oleh individu. Sesuatu pengajaran tidak

semestinya menghasilkan pembelajaran manakala pembelajaran pula tidak

semestinya merupakan hasil daripada pengajaran.

Menurut Meor Ibrahim (2001), mata pelajaran sains memberi tumpuan

kepada penguasaan kemahiran yang diperlukan untuk mengkaji sains sebagai satu

disiplin yang berorientasikan eksperimen dan kegiatan amali. Maka, kemahiran

saintifik perlu diberi penekanan sepenuhnya. Kegagalan pendidik melaksanakan

pengajaran berasaskan kemahiran seperti kemahiran saintifik menyebabkan minat

pelajar terhadap sesuatu kemahiran sukar dipupuk serta mengakibatkan pelajar

kurang berminat untuk menguasai kemahiran tersebut seterusnya, menyebabkan

tahap penguasaan mereka dalam kemahiran itu rendah. Oleh itu, perlu wujud

keseimbangan dalam kalangan komponen-komponen penting dalam Kurikulum

Sains. Sebagai bakal pendidik adalah penting bagi seseorang itu mahir dalam semua

komponen di dalam bidang sains. Sebelum menjadi seorang guru yang terlatih,

bakal-bakal guru juga menjalani proses pengajaran dan pembelajaran yang sama

seperti seorang pelajar untuk menjadi seorang pendidik yang baik dan berkebolehan.

Tambahan pula, mata pelajaran kimia yang bakal diajar oleh pendidik mempunyai

kesepaduan antara pengetahuan, kemahiran saintifik serta nilai-nilai murni.

Mata pelajaran Kimia KBSM merupakan program dua tahun untuk pelajar

tingkatan empat dan lima di peringkat menengah atas. Ia dirancang dan dilaksanakan

bagi membolehkan pelajar mendalami bidang kimia dengan lebih meluas

berdasarkan aspek teori, konsep dan aplikasinya dalam kehidupan harian (Abu

Hassan, 2003). Pada tahun 2002, Kurikulum Sains Baru telah dilaksanakan

berikutan penyemakan semula Kurikulum Sains KBSM yang telah digunapakai sejak

tahun 1989. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2005), penekanan terhadap

pemerolehan dan penguasaan kemahiran saintifik, di samping aspek kemahiran

berfikir, penyelesaian masalah dan penerapan sikap saintifik serta nilai murni telah

diterapkan dalam kurikulum baru ini.

Page 21: MENGENALPASTI TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN · PDF file3.6 Pencapaian Mata Pelajaran Kimia Dalam SPM 32 3.7 ... 4.9 Bilangan dan Peratus Responden Menjawab Betul Item- 49 ... item Bagi

3

Kemahiran saintifik merupakan kemahiran penting dalam memahami erti

bidang sains yang sebenar iaitu sebagai asas kepada pendekatan inkuiri-penemuan

yang membolehkan seseorang mencari sesuatu jawapan dengan sistematik tanpa

hanya memahami sesuatu teori sahaja. Terdapat dua kemahiran yang terlibat apabila

kita memperkatakan tentang kemahiran saintifik iaitu kemahiran proses sains dan

kemahiran manipulatif. Menurut Rozita (2000), kemahiran proses sains

membolehkan pelajar memperoleh kemahiran berfikir asas dan bersepadu dalam

membuat inferens, mengawal pembolehubah, memerhati dan menjalankan

eksperimen. Kemahiran manipulatif pula merupakan kemahiran psikomotor dalam

penyiasatan sains yang membolehkan murid mengguna dan mengendalikan peralatan

serta bahan sains dengan betul dan selamat, menyimpan peralatan dan bahan sains

dengan cara yang betul, mengendalikan spesimen hidup dan bukan hidup dengan

betul dan cermat, mematuhi arahan eksperimen dan membuat pemerhatian,

perekodan serta pengukuran dengan betul (Abu Hassan, 2003).

Kaedah mengeksperimen melibatkan kemahiran saintifik yang terdiri

daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Menurut Zol Azlan

(2000), kemahiran proses sains dikenali sebagai kemahiran kognitif manakala

kemahiran manipulatif dikenali sebagai kemahiran psikomotor. Oleh itu, setiap

aktiviti amali perlu dirancang dengan teliti dan sempurna iaitu dengan

menggabungkan ketiga-tiga domain kognitif, afektif dan psikomotor agar para

pelajar memperoleh kemahiran saintifik yang berkesan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pencapaian akademik yang baik tidak menjamin tahap penguasaan yang baik

dalam sesuatu bidang yang lain, walaupun ia mempunyai kaitan antara satu sama

lain. Contohnya, pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam mata pelajaran

kimia di peringkat sekolah, matrikulasi atau universiti, tidak semestinya dapat menguasai

Page 22: MENGENALPASTI TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN · PDF file3.6 Pencapaian Mata Pelajaran Kimia Dalam SPM 32 3.7 ... 4.9 Bilangan dan Peratus Responden Menjawab Betul Item- 49 ... item Bagi

4

semua kemahiran saintifik yang terdapat dalam amali kimia dengan baik. Mungkin

terdapat segelintir pelajar yang hanya dapat menguasai konsep dan pengetahuan kimia,

tetapi gagal menguasai kemahiran dalam amali kimia. Sebaliknya mungkin berlaku di

mana pelajar yang kurang cemerlang dalam bidang akademik, tetapi dapat menguasai

kemahiran dalam amali dengan baik seperti kemahiran manipulatif. Aina Fariza (2006)

mendapati, tahap penguasaan kemahiran manipulatif dalam kalangan pelajar tingkatan 4

dalam daerah Johor Bahru hanya di tahap memuaskan sedangkan pelajar menunjukkan

pencapaian yang baik dalam mata pelajaran sains dalam peperiksaan PMR.

Komuniti sekolah yang celik sains akan menghasilkan pembentukan

masyarakat yang saintifik dan progresif, berdaya cipta dan berpandangan jauh pada

masa hadapan kelak. Oleh itu, pihak kementerian telah memberi peluang kepada

pelajar untuk menyiasat tentang sains dan teknologi pada setiap masa. Namun,

semua ini tidak akan terlaksana sekiranya guru-guru yang dilahirkan itu sendiri tidak

dapat menguasai kemahiran saintifik. Sebarang pengajaran sains yang bercirikan

praktikal mestilah disertai dengan aktiviti amali. Sehubungan itu, guru-guru perlulah

mahir menguasai bidang saintifik lebih-lebih lagi kemahiran manipulatif kerana ia

melibatkan ciri-ciri keselamatan pelajar.

Menurut Abu Hassan (2003), dalam sesuatu proses pengajaran dan

pembelajaran, setelah merancang semua aktiviti yang perlu dilakukan pelajar, guru

perlu melaksanakan pengajaran tersebut melalui pendekatan inkuiri terpimpin. Guru

perlu berbincang dengan pelajar mengenai prosedur, langkah ketelitian dan langkah

keselamatan untuk menjalankan eksperimen iaitu merangkumi kemahiran proses

sains dan kemahiran manipulatif. Demontrasi juga diperlukan untuk menunjukkan

teknik yang betul dalam penggunaan sesuatu alat dan bahan. Abu Hassan (2003)

juga menyatakan, dalam satu jangka masa tertentu, sebaik-baiknya 15 minit sebelum

pengajaran berakhir guru perlu memberi peluang kepada pelajar membersih serta

mengembalikan peralatan dan bahan kimia dengan betul dan selamat manakala

semasa melakukan eksperimen, guru perlu membimbing pelajar dari segi teknik

penggunaan alat, pengukuran, penggunaan bahan, keselamatan dan kebersihan.

Page 23: MENGENALPASTI TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN · PDF file3.6 Pencapaian Mata Pelajaran Kimia Dalam SPM 32 3.7 ... 4.9 Bilangan dan Peratus Responden Menjawab Betul Item- 49 ... item Bagi

5

Makmal sains juga merupakan kawasan yang berisiko untuk berlakunya

kemalangan. Hal ini kerana terdapat pelbagai alatan, radas dan bahan kimia

berbahaya yang boleh menyebabkan kemalangan dan mendatangkan kecederaan.

Sehubungan dengan itu, pelajar-pelajar yang melakukan kerja amali di makmal

sering terdedah dengan risiko ini. Sesuatu eksperimen yang dijalankan dalam amali

kimia sering kali melibatkan bahan-bahan kimia yang mempunyai sifat-sifat yang

boleh menyebabkan kecederaan kepada tisu sel jika tidak dikendalikan dengan

berhati-hati. Menurut Halimaton dan Zaiton (1997), kecederaan yang berpunca

daripada bahan kimia tidak sepatutnya berlaku sekiranya pelajar mempunyai

pengetahuan yang mendalam dan sentiasa menggunakan teknik yang betul semasa

mengendalikannya. Oleh itu, kegagalan pelajar untuk menguasai sepenuhnya

kemahiran manipulatif tersebut semasa menjalankan amali bukan sahaja boleh

membahayakan diri sendiri tetapi turut melibatkan orang lain.

Menurut Hamid (1983) dalam jurnal ‘Safety in Industrial Laboraty

Industies’, kita tidak sepatutnya beranggapan bahawa seorang penyelia makmal

dapat melatih penggunanya tanpa kita melatih penyelianya terlebih dahulu, begitu

juga untuk mengelakkan sebarang kemalangan yang berlaku di makmal, penyelia

harus diajar dahulu dan pengguna akan diajar oleh penyelia barulah kemalangan

boleh dielakkan. Justeru itu, adalah penting bagi bakal pendidik untuk mengetahui

teori yang digunakan di samping bahan-bahan yang diperlukan serta cara

mengendalikan alatan dan bahan makmal semasa melakukan eksperimen.

Jika berlakunya kecuaian di dalam makmal, bukan sedikit bahaya yang

mendatang, bahkan maut juga boleh mengundang. Oleh itu, pengetahuan yang

kukuh mengenai teori serta kemahiran melakukan eksperimen mestilah seiring.

Menguasai kemahiran manipulatif adalah penting bagi seorang bakal pendidik bagi

menjamin kefahaman pelajar yang sempurna. Sehubungan itu, satu kajian perlu

dijalankan bagi mengenalpasti sejauh mana tahap kemahiran manipulatif pelajar

dalam amali kimia dan hubungannya dengan pencapaian akademik.

Page 24: MENGENALPASTI TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN · PDF file3.6 Pencapaian Mata Pelajaran Kimia Dalam SPM 32 3.7 ... 4.9 Bilangan dan Peratus Responden Menjawab Betul Item- 49 ... item Bagi

6

1.3 Pernyataan Masalah

Kimia merupakan suatu bidang kajian sains untuk memahami jirim dan interaksi

di antara satu bahan dengan bahan yang lain untuk menghasilkan bahan baru dan

dirancang untuk membolehkan pelajar memahami kimia dengan lebih mendalam

khususnya dari segi teori, konsep dan aplikasinya dalam kehidupan harian, (Sukatan

Pelajaran Kimia, 2005). Persoalannya, adakah semua pelajar yang mengambil kursus

kimia di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia telah menguasai kemahiran

manipulatif? Tambahan pula, kerjaya yang bakal dipilih oleh para pelajar ini adalah

menjadi seorang pendidik. Menurut Hamida (2003), tahap penguasaan kemahiran asas

makmal dalam kalangan pelajar universiti hanya di tahap memuaskan.

Pencapaian akademik yang baik tidak menjamin penguasaan yang baik dalam

komponen lain dalam sesuatu bidang yang sama. Walaupun, teori dan praktikal sesuatu

mata pelajaran sains mempunyai kaitan antara satu sama lain namun tidak semua pelajar

dapat menguasai kedua-dua aspek ini dengan baik. Penguasaan konsep serta teori bagi

mata pelajaran kimia di samping pengukuhan dengan aktiviti amali adalah penting bagi

menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang baik. Persoalannya, adakah

kemahiran manipulatif seseorang pelajar mempunyai kaitan dengan pencapaian

akademik? Menurut Khairunisahasinah (2007), tidak terdapat hubungan yang signifikan

antara pencapaian akademik dalam mata pelajaran kimia dengan tahap penguasaan

kemahiran manipulatif.

Kemahiran manipulatif bukan sahaja penting dalam kalangan pelajar bahkan

kepada bakal pendidik itu sendiri. Menurut Stenhouse (1975), seseorang guru sains

boleh membantu pelajar memahami prosedur dan piawai kerja saintis. Maka, guru

perlu menyiapkan diri dengan menguasai kemahiran manipulatif bagi melahirkan

pelajar yang cekap serta dapat mengaplikasikan kemahiran manipulatif sepenuhnya.

Justeru, berdasarkan permasalahan yang dinyatakan, satu kajian perlu dilaksanakan

untuk mengetahui tahap penguasaan kemahiran manipulatif dan hubungannya

dengan pencapaian akademik pelajar Fakutlti Pendidikan, UTM.

Page 25: MENGENALPASTI TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN · PDF file3.6 Pencapaian Mata Pelajaran Kimia Dalam SPM 32 3.7 ... 4.9 Bilangan dan Peratus Responden Menjawab Betul Item- 49 ... item Bagi

7

1.4 Objektif Kajian

Berdasarkan kepada permasalahan yang telah dibincangkan, dua objektif

telah dikenalpasti bagi kajian ini iaitu:

1. Mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran manipulatif pelajar.

2. Mengenalpasti hubungan antara tahap penguasaan kemahiran

manipulatif dengan pencapaian akademik pelajar.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini adalah untuk mengkaji tahap penguasaan kemahiran manipulatif dan

hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia. Secara spesifik kajian ini cuba mancari jawapan kepada

persoalan berikut:

1. Apakah tahap penguasaan kemahiran manipulatif pelajar?

2. Adakah terdapat hubungan antara tahap penguasaan kemahiran manipulatif

dengan pencapaian akademik pelajar?

Page 26: MENGENALPASTI TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN · PDF file3.6 Pencapaian Mata Pelajaran Kimia Dalam SPM 32 3.7 ... 4.9 Bilangan dan Peratus Responden Menjawab Betul Item- 49 ... item Bagi

8

1.6 Hipotesis Kajian

Terdapat satu hipotesis kajian bagi menjawab persoalan mengenai hubungan

antara tahap penguasaan kemahiran manipulatif dan tahap pencapaian akademik

pelajar iaitu :

H0: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penguasaan kemahiran

manipulatif dan tahap pencapaian akademik pelajar.

1.7 Kepentingan Kajian

Hasil kajian ini diharap dapat memberi maklumat terkini serta petunjuk

kepada pihak penggubal dan perancang kurikulum terutama bagi mata pelajaran

dalam bidang sains sama ada pihak Universiti Teknologi Malaysia mahupun

Kementerian Pelajaran Malaysia, supaya membuat penekanan ke atas kemahiran

saintifik, agar para pelajar yang bakal dilahirkan kelak, cemerlang serta mampu

menguasai bidang sains dengan baik demi kebaikan negara. Secara tidak langsung,

ia akan memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains

KBSR dan KBSM, terutama mata pelajaran kimia.

Dapatan kajian ini juga di harap dapat memberi kesedaran kepada semua

bakal pendidik mengenai betapa pentingnya kemahiran manipulatif dan tidak hanya

bersandarkan kepada pengajaran teori semata-mata. Sehubungan dengan itu, diharap

pihak Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor dapat

mengambil inisiatif bagi memastikan semua pelajar menguasai kemahiran saintifik

sebelum mereka mengajar di sekolah. Hal ini kerana, keselamatan pelajar dan

Page 27: MENGENALPASTI TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN · PDF file3.6 Pencapaian Mata Pelajaran Kimia Dalam SPM 32 3.7 ... 4.9 Bilangan dan Peratus Responden Menjawab Betul Item- 49 ... item Bagi

9

makmal berada di bawah pengawasan bakal pendidik ketika mereka menjalankan

aktiviti amali di sekolah.

1.8 Batasan Kajian

Kajian ini adalah khusus untuk mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran

manipulatif dan hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar tahun tiga dan empat

yang mengambil kursus kimia di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Kumpulan pelajar ini dipilih sebagai responden kerana kursus yang diambil melibatkan

mata pelajaran kimia sebagai bidang utama. Sehubungan itu, kajian ini tidak mewakili

semua pelajar yang menuntut di fakulti ini.

Kajian dijalankan menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan set

soal selidik sebagai instrumen. Maklumat yang bakal diperoleh adalah terbatas kepada

maklum balas dari soal selidik yang diedarkan kepada sampel. Sampel dianggap

bersikap jujur dalam menjawab soal selidik yang diedarkan. Sampel juga dianggap

melakukan amali dengan menggunakan kemahiran manipulatif mengikut jawapan yang

diberikan sampel dalam soal selidik tetapi tidak dapat dipastikan bakal pendidik ini dapat

mengaplikasikan kemahiran ini di sekolah kelak. Semua data yang dikumpul dan

dianalisis dalam kajian ini hanya ditafsirkan mengikut keperluan kajian.

1.9 Definisi Istilah

Terdapat beberapa konsep istilah yang digunakan dalam penulisan kajian ini

yang perlu dijelaskan maksudnya supaya maklumat yang disampaikan akan lebih

Page 28: MENGENALPASTI TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN · PDF file3.6 Pencapaian Mata Pelajaran Kimia Dalam SPM 32 3.7 ... 4.9 Bilangan dan Peratus Responden Menjawab Betul Item- 49 ... item Bagi

10

mudah difahami. Konsep dan istilah yang digunakan adalah terhad dalam konteks

kajian ini sahaja.

1.9.1 Tahap Penguasaan

Sejauh manakah sesorang memahami, menguasai dan mengaplikasikan

sesuatu pengetahuan atau mengetahui dengan mendalam, menjadikan diri mahir atau

berpengatahuan tentang sesuatu, (Kamus Dewan Online, 2007).

1.9.2 Kemahiran Manipulatif

Kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid

mengguna dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat,

menyimpan peralatan dan bahan sains dengan cara yang betul, menggendalikan

spesimen hidup dan bukan hidup dengan betul dan cermat, mematuhi arahan

eksperimen dan membuat pemerhatian, perekodan dan pengukuran dengan betul

(Abu Hassan, 2003).

Page 29: MENGENALPASTI TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN · PDF file3.6 Pencapaian Mata Pelajaran Kimia Dalam SPM 32 3.7 ... 4.9 Bilangan dan Peratus Responden Menjawab Betul Item- 49 ... item Bagi

11

1.9.3 Pelajar

Pelajar-pelajar tahun 3 dan 4 dari kursus Sarjana Muda Sains serta

Pendidikan (Kimia), SPC dan Sarjana Muda Sains Komputer serta Pendidikan

(Kimia), SPK di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

1.9.4 Kursus Kimia

Program yang melibatkan mata pelajaran dalam bidang kimia yang

ditawarkan di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

Kimia merupakan suatu bidang kajian sains untuk memahami jirim dan interaksi di

antara satu bahan dengan bahan yang lain untuk menghasilkan bahan baru (Sukatan

Pelajaran Kimia, 2005).

1.9.5 Amali Kimia

Merupakan aktiviti eksperimen di mana pelajar dilatih dan dibimbing

menyelesaikan masalah melalui penyiasatan, dengan menggunakan kemahiran dan

strategi berfikir, kemahiran proses sains serta kemahiran manipulatif (Abu Hassan,

2003).

Page 30: MENGENALPASTI TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN · PDF file3.6 Pencapaian Mata Pelajaran Kimia Dalam SPM 32 3.7 ... 4.9 Bilangan dan Peratus Responden Menjawab Betul Item- 49 ... item Bagi

12

1.9.6 Pencapaian Akademik

Keputusan akademik CGPA pelajar tahun 3 dan 4 dari kursus SPC dan SPK

yang terbaru.

1.10 Penutup

Kemahiran manipulatif merupakan satu daripada komponen penting dalam

proses pengajaran dan pembelajaran bidang sains. Tanpa penguasaan yang baik,

pendidik tidak dapat mengajar mata pelajaran kimia dengan berkesan serta

menyerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar ketika berada di makmal,

walhal cara pengendalian alatan dan bahan dalam makmal kimia sangat penting

dalam menjamin keselamatan pelajar serta pendidik itu sendiri. Justeru, penting bagi

bakal pendidik untuk menguasai kemahiran manipulatif sains supaya proses

pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran kimia berlaku dengan sempurna kelak.