persepsi pelajar spi terhadap buku-buku rujukan … · 2013-11-19 · kaedah soal selidik telah...

30
PERSEPSI PELAJAR SPI TERHADAP BUKU-BUKU RUJUKAN ISLAM DI PERPUSTAKAAN SULTANAH ZANARIAH, UTM, SKUDAI NOOR AZALEA BINTI MOHD RASIDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: donhu

Post on 08-Jun-2019

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PERSEPSI PELAJAR SPI TERHADAP BUKU-BUKU RUJUKAN ISLAM DI

PERPUSTAKAAN SULTANAH ZANARIAH, UTM, SKUDAI

NOOR AZALEA BINTI MOHD RASIDI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI PELAJAR SPI TERHADAP BUKU-BUKU RUJUKAN ISLAM

DI PERPUSTAKAAN SULTANAH ZANARIAH, UNIVERSITI

TEKNOLOGI MALAYSIA

NOOR AZALEA BINTI MOHD RASIDI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

iii

DEDIKASI

Sekalung penghargaan ku iringkan khas buat Ayahanda dan Bonda tercinta…

Mohd Rasidi bin Nok dan Mahana binti Saidin

Kau amat ku sayangi dan sanjungi. Terima kasih yang tidak terhingga dari

anakandamu ini. Segala jasa dan pengorbananmu tidak akan anakanda

lupakan hingga ke akhir hayat.

Kakak dan Adik-adik yang dikasihi,

Along, Epi, Wani dan Siti

Belajarlah bersungguh-sungguh.

Semoga kejayaan milik kalian.

Kalian cukup bermakna dalam hidupku.

Tidak lupa buat Pensyarahku...

Kalian yang tidak pernah jemu mendidik dan mencurahkan ilmu.

Terima kasih atas segala tunjuk ajar. Halalkan segala ilmu yang pernah kupelajari.

Sahabat-sahabat Seperjuangan...

Terima kasih yang tidak terhingga atas segala jasa, pengorbanan dan tunjuk ajar

kalian. Memori kita bersama tetap terpahat kukuh dalam ingatanku

buat selama-lamanya.

Akhir sekali...

Terima kasih pada semua...

Terima kasih atas sokongan kalian...

Inilah hadiahku untuk kalian semua...

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat

dan kurniaNya, dapatlah penyelidik menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Selawat

serta salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan

untuk membawa rahmat ke seluruh alam.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia

Dr Tamar Jaya bin Nizar selaku penyelia dan pembimbing penyelidik kerana

sanggup meluangkan masa dan memberi tunjuk ajar dan panduan yang diberikan

dalam menyiapkan projek sarjana muda ini amatlah penyelidik hargai dan sanjungi.

Di kesempatan ini juga, terima kasih kepada kedua ibu bapa serta keluarga

yang tidak jemu memberi sokongan moral kepada penyelidik dalam apa sahaja yang

penyelidik lakukan. Terima kasih juga ditujukan kepada Perpustakaan Sultanah

Zanariah, Perpustakaan Negara Malaysia dan lain-lain kerana menyediakan bahan-

bahan ilmiah yang berguna kepada penyelidik. Tidak ketinggalan kepada sahabat-

sahabat seperjuangan, terima kasih diucapkan kerana sudi memberi tunjuk ajar,

kerjasama yang baik dan berkongsi idea kepada penyelidik. Semoga segala usaha

dan cita-cita diberkati Allah S.W.T.

Akhir sekali, penyelidik ingin menghulurkan ucapan terima kasih yang tidak

terhingga kepada para pensyarah dan pihak-pihak yang terlibat samada secara

langsung atau tidak. Segala budi dan jasa yang dicurahkan hanya Allah S.W.T. yang

dapat membalasnya. Semoga kita beroleh rahmat dan perlindungan dari Allah

S.W.T.

Sekian, Wassalam.

ABSTRAK

Koleksi bahan yang disediakan di perpustakaan sangat penting dalam proses

pembelajaran mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi. Justeru itu, kajian ini

dijalankan untuk meninjau persepsi pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam) terhadap buku rujukan Islam di Perpustakaan Sultanah Zanariah.

Seramai 84 responden dalam kalangan pelajar SPI tahun 3 dan 4 di UTM Skudai

terlibat dalam kajian ini. Kaedah soal selidik telah digunakan untuk mengukur

persepsi pelajar ke atas ketiga-tiga aspek yang dikaji. Soal selidik bagi kajian ini

adalah menggunakan skala Likert yang mengandungi 30 item soalan. Data yang

diperoleh dianalisis menggunakan Statistical Packages For Social Sciences Windows

(SPSS) Versi 14.0. Hasil kajian rintis menunjukkan nilai Cronbach’s Alpha 0.747.

Dapatan kajian menunjukkan persepsi pelajar SPI terhadap perkhidmatan di

perpustakaan berada pada tahap yang tinggi iaitu dengan nilai min 3.54, diikuti

dengan persepsi pelajar SPI terhadap buku-buku rujukan Islam di perpustakaan

berada pada tahap yang tinggi iaitu dengan nilai min 3.51 dan apakah masalah yang

dihadapi ketika mendapatkan bahan di perpustakaan berada pada tahap sederhana

iaitu dengan nilai min 3.45. Di akhir kajian, penyelidik mengemukakan beberapa

cadangan kepada pihak tertentu untuk diberi perhatian terhadap masalah yang dikaji.

Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang.

vi

ABSTRACT

Library collection is important to fullfill the students learning needs in higher

learning instituion. Therefore, this research was carried out to investigate the

perception of Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam), SPI students

towards the Islamic references book provided by PSZ. For this particular study, 84

respondents 0f 3 and 4th year SPI students, UTM Skudai were involved in this study.

Questionnaire methods were utilised to evaluate the perception level of students in

all three aspects that were being studied. The instrument consist of 30 items of Likert

Scale. The Statistical Packages For Social Sciences Windows (SPSS) for windows

version 14.0 (SPSS version 14.0) software was used in order to analyze the data

obtained. Realibility value of the instrument was 0.747. From the findings the

perception of SPI students towards library services is at high with mean value at

3.54, followed by perception of SPI students towards Islamic references book

provided in PSZ is at high with mean 3.51 and the students problems to get the

library collection in PSZ were the medium mean which was 3.45. At the end of the

study, the researcher had proposed several suggestions to the related parties to ensure

full attention was paid towards the studied problems. Suggestions for further research

were also been proposed for further research in the future.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SNGKATAN xv

SENARAI SIMBOL xvii

SENARAI LAMPIRAN xviii

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 10

1.4 Objektif Kajian 11

1.5 Persoalan Kajian 11

1.6 Kepentingan Kajian 12

1.7 Batasan Kajian 13

1.8 Definisi Istilah 13

1.8.1 Persepsi 13

viii

1.8.2 Pelajar 13

1.8.3 SPI 14

1.8.4 Buku Rujukan 14

1.8.5 Perpustakaan 14

1.9 Penutup 15

BAB 2 SOROTAN KAJIAN 16

2.1 Pendahuluan 16

2.2 Perpustakaan 18

2.2.1. Jenis Perpustakaan 19

2.2.1.1 Perpustakaan Awam 19

2.2.1.2 Perpustakaan Sekolah 19

2.2.1.3 Perpustakaan Masjid 20

2.2.1.4 Perpustakaan Kolej dan Universiti 20

2.2.1.5 Perpustakaan Khas 20

2.3 Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) 20

2.4 Kategori Pengguna 22

2.5 Penggunaan Perpustakaan 23

2.6 Keperluan Pengguna 25

2.6.1 Persekitaran dan Suasana 26

2.6.2 Pengesanan Bahan dan Maklumat 27

2.6.3 Perkhidmatan dan Layanan 28

2.6.3.1 Perkhidmatan Runding Maklumat 30

2.6.3.2 Perkhidmatan Pinjaman Antara 30

Perpustakaan

2.6.3.3 Bantuan Penyelidikan 30

2.6.3.4 Kaunter Khidmat Pelanggan 30

2.6.3.5 Kesedaran Semasa 31

2.6.3.6 Penyebaran Maklumat Terpilih 31

2.6.3.7 Kemudahan Peminjaman dan Pemulangan 31

2.6.3.8 Latihan Kemahiran Menggunakan 31

Perpustakaan dan Internet

ix

2.6.3.9 Perkhidmatan Ahli Korporat 31

2.7 Koleksi Bahan 32

2.8 Buku Islam 35

2.8.1 Mata Pelajaran SPI 36

2.8.2 Mata Pelajaran Umum Universiti 38

2.9 Keberkesanan Perpustakaan 40

2.10 Kajian Lepas 41

2.11 Penutup 44

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 45

3.1 Pendahuluan 45

3.2 Rekabentuk Kajian 45

3.3 Tempat Kajian 46

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 46

3.5 Instrumen Kajian 47

3.5.1 Pengumpulan Data Primer 47

3.5.1.1 Soal selidik 47

3.5.2 Pengumpulan Data Skunder 49

3.6 Prosedur Kajian 50

3.7 Kajian Rintis 51

3.8 Kajian Sebenar 51

3.9 Jangka Masa Kajian 51

3.10 Analisis Data 52

3.11 Penutup 54

BAB 4 ANALISIS DATA 55

4.1 Pendahuluan 55

4.2 Bahagian A : Analisis Data Latar Belakang Responden 55

4.2.1 Latar Belakang Responden Mengikut 56

Jantina

4.2.2 Latar Belakang Responden Mengikut 56

Umur

x

4.2.3 Latar Belakang Responden Mengikut 57

Tahun Pengajian

4.2.4 Latar Belakang Responden Mengikut 57

Pendidikan

4.2.5 Latar Belakang Responden Mengikut 58

Keperluan Pendidikan

4.3 Analisis Data (Bahagian B) 58

4.4 Analisis Data (Bahagian C) 64

4.5 Analisis Data (Bahagian D) 69

4.6 Analisis Keseluruhan 74

4.7 Penutup 79

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 80

5.1 Pendahuluan 80

5.2 Perbincangan 80

5.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden 81

5.2.2 Apakah Persepsi Pelajar SPI Terhadap 82

Perkhidmatan di Perpustakaan

5.2.3 Apakah Persepsi Pelajar SPI terhadap Buku 85

Rujukan Islam di Perpustakaan

5.2.4 Masalah Yang Dihadapi Ketika 88

Mendapatkan Bahan di Perpustakaan

5.3 Rumusan 92

5.3.1 Rumusan Apakah Persepsi Pelajar SPI terhadap 92

Perkhidmatan di Perpustakaan

5.3.2 Apakah Persepsi Pelajar SPI terhadap 93

Buku Rujukan Islam di Perpustakaan

5.3.3 Apakah Masalah Yang Dihadapi Ketika 93

Mendapatkan Bahan di Perpustakaan

5.4 Cadangan 94

5.4.1 Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) 94

5.4.2 Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial 95

xi

(PPIPS)

5.4.3 Pelajar 95

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 96

5.6 Penutup 97

BIBLIOGRAFI 98

LAMPIRAN

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT

2.1 Jumlah Pengunjung Perpustakaan 23

2.2 Senarai Mata Pelajaran SPI 36

2.3 Senarai Mata Pelajaran Umum Universiti 39

3.1 Skala Pengkelasan Likert 49

3.2 Skala Pemeringkatan Likert Untuk Min 53

3.3 Nilai skor min 53

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 56

4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 56

4.3 Taburan Responden Mengikut Tahun Pengajian 57

4.4 Taburan Responden Mengikut Pendidikan 57

4.5 Taburan Responden Mengikut Keperluan Perpustakaan 58

4.6 Taburan Skor Bagi Item Satu 59

4.7 Taburan Skor Bagi Item Dua 59

4.8 Taburan Skor Bagi Item Tiga 60

4.9 Taburan Skor Bagi Item Empat 60

4.10 Taburan Skor Bagi Item Lima 61

4.11 Taburan Skor Bagi Item Enam 61

4.12 Taburan Skor Bagi Item Tujuh 62

4.13 Taburan Skor Bagi Item Lapan 62

4.14 Taburan Skor Bagi Item Sembilan 63

4.15 Taburan Skor Bagi Item Sepuluh 63

xiii

4.16 Taburan Skor Bagi Item Sebelas 64

4.17 Taburan Skor Bagi Item Dua belas 64

4.18 Taburan Skor Bagi Item Tiga Belas 65

4.19 Taburan Skor Bagi Item Empat Belas 65

4.20 Taburan Skor Bagi Item Lima Belas 66

4.21 Taburan Skor Bagi Item Enam Belas 66

4.22 Taburan Skor Bagi Item Tujuh Belas 67

4.23 Taburan Skor Bagi Item Lapan Belas 67

4.24 Taburan Skor Bagi Item Sembilan Belas 68

4.25 Taburan Skor Bagi Item Dua puluh 68

4.26 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Satu 69

4.27 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Dua 70

4.28 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Tiga 70

4.29 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Empat 69

4.30 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Lima 69

4.31 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Enam 71

4.32 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Tujuh 71

4.33 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Lapan 72

4.34 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Sembilan 72

4.35 Taburan Skor Bagi ItemTiga Puluh 74

4.36 Rumusan dapatan kajian Apakah Persepsi Pelajar SPI 74

Terhadap Perkhidmatan di Perpustakaan

4.37 Rumusan dapatan kajian Apakah Persepsi Pelajar SPI 76

Terhadap Buku Rujukan Islam di Perpustakaan

4.38 Rumusan dapatan kajian Apakah Masalah Yang 77

Di Hadapi Ketika Mendapatkan Bahan Di Perpustakaan

xiv

SENARAI SINGKATAN

CD-ROM Compact Disc Read-Only Memory

CEPP - Pusat Loji Pandu Kejuruteraan Kimia

DIBMM Dewan Industri Buku Melayu Malaysia

ICT - Information and Communication Technology

INFOLAN2 Siatem Berkomputer Perpustakaan

IPT - Institusi Pengajian Tinngi

IPTA Institusi Pengajian Tinggi Awam

MPP - Majlis Perwakilan Pelajar

OPAC Katalog Awam Talian Terus

PNM - Perpustakaan Negara Malaysia

PPIPS - Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial

PSZ - Perpustakaan Sultanah Zanariah

R&D - Proses Penyelidikan dan Pembangunan

Sosial

SPI - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

STAM - Sijil Tinggi Agama Malaysia

STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia

UM - Universiti Malaya

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

VCD Video Compact Disc

xv

SENARAI SIMBOL

a = Alpha % = Peratus

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 106

B Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat

Fakulti Pendidikan

C Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat

PPIPS

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Ilmu pengetahuan merupakan satu alat yang paling berkesan dalam membentuk

sesebuah masyarakat. Tidak ada masyarakat yang berjaya dan maju tanpa adanya ilmu

pengetahuan. Islam telah meletakkan ilmu pengetahuan sebagai asas pembangunan dan

menitikberatkan penganutnya sentiasa mengkaji, meneliti, menyelidik, meneroka segala

ilmu dan maklumat demi manfaat kehidupan. Kecemerlangan ummah serta pembinaan

tamadun sesuatu bangsa adalah bergantung kepada sejauh mana penguasaan ilmu

pengetahuan yang dicapai oleh bangsa itu. Firman Allah dalam Al-Quran :

يرفع اهللا الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجت

Maksudnya:“Allah telah meninggikan darjat orang-orang

beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi

ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa

darjat.”

(Surah al-Mujadalah:38)

2

Berdasarkan ayat di atas jelas membuktikan bahawa orang yang berilmu akan

mendapat penilaian yang tinggi dan mulia samada pada pandangan masyarakat atau

agama. Oleh itu, setiap orang hendaklah berusaha mempelajari ilmu pengetahuan dan

memanfaatkannya.

Perpustakaan memainkan peranan penting dalam menyediakan infrastruktur bagi

mewujudkan satu keadaan dan suasana ke arah membina masyarakat yang berilmu. Oleh

kerana itu, perpustakaan amat perlu diwujudkan di desa ataupun di bandar khususnya

untuk memberi kemudahan pinjaman kepada mereka yang tidak berkemampuan

membeli buku atau bahan maklumat lain yang kian meningkat harganya (Ramli Abdul

Samad, 1994:7).

Peranan dan sumbangan perpustakaan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran memang tidak dapat dinafikan. Namun begitu, usaha untuk meningkatkan

penggunaan perpustakaan bukanlah merupakan satu perkara yang mudah kerana antara

lain ia bergantung kepada faktor sikap para pelajar sendiri (Shaharom TM Sulaiman dan

Wan Ab. Kadir, 1996:98).

Agenda budaya ilmu akan memberi arah yang tepat pada kemajuan manusia

terutama para remaja dan belia yang sentiasa memerlukan bimbingan untuk

pembangunan diri. Perpustakaan sebagai satu institusi yang terlibat secara langsung

dengan kegiatan penjanaan ilmu boleh berperanan memasyarakatkan budaya ilmu di

kalangan masyarakat (Shaharom TM Sulaiman dan Salasiah Abd Wahab, 2002:175)

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Perpustakaan merupakan pusat rujukan penting bukan sahaja bagi golongan

pelajar, tetapi juga kepada golongan yang menjalankan kajian tertentu. Jika dilihat pada

zaman dahulu, fungsi dan peranan perpustakaan itu sendiri kurang dititikberatkan. Pada

hari ini, pelbagai usaha yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan untuk menggalakkan

pelajar dan golongan belia untuk ke perpustakaan.

Hampir di setiap daerah dan negeri di negara ini mempunyai perpustakaan

mereka sendiri yang memuatkan pelbagai bahan bacaan ilmiah. Pada era sains dan

teknologi pada hari ini, pihak kerajaan telah menubuhkan perpustakaan digital untuk

kemudahan orang ramai. Ini sekaligus dapat meningkatkan budaya membaca di

kalangan masyarakat (Berita Minggu:19 Mac 2006).

Ramai pendidik dan pustakawan gelisah kerana perpustakaan semakin kurang

dijejaki pelajar dan generasi muda. Ini bukan bermakna mereka tidak mencari bahan

atau membuat rujukan. Revolusi teknologi maklumat (ICT) telah mengubah bukan

sahaja cara manusia berkomunikasi, berinteraksi, berurus niaga malah membaca dan

membuat rujukan (Berita Minggu:30 Mac 2007). Di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

keperluan kepada bahan rujukan dan akses untuk membantu dalam mencapai kejayaan

di dalam peperiksaan atau menghasilkan penyelidikan yang bermutu, menuntut pelajar

memperolehinya melalui pelbagai sumber.

Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia telah dijalankan oleh Perpustakaan

Negara Malaysia pada tahun 1996 mendapati bahawa tahap literasi rakyat Malaysia

adalah sebanyak 93% namun hanya 87% dari jumlah tersebut yang mengamalkan

budaya membaca. Dalam satu laporan yang diterbitkan oleh Unit Perancang Ekonomi

pula menyatakan bahawa sehigga tahun 2002 kadar literasi adalah sebanyak 93.8%

Walaupun kadar literasi menunjukkan peningkatan, didapati secara purata rakyat

Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun. Angka tersebut menunjukkan

4

perkembangan yang menyedihkan memandangkan selaras dengan usaha untuk mencapai

kemajuan, rakyat seharusnya melengkapkan dirinya dengan ilmu dan pengetahuan yang

mantap (http://www.epu.jpm.my/Bi/publi/mqli2002/content.pdf).

Menurut Allahyarham Prof. Atan Long dalam kajian beliau yang betajuk “A

Survey on the Reading Habits and Interests of Malaysia People (1984) mendapati

bahawa seramai 42% yang membaca dalam tempoh enam bulan dan 97% membaca

majalah dan hanya 4% pula yang membaca buku-buku profesional (Shaharom TM

Sulaiman dan Salasiah Abd Wahab, 2002:105).

Membaca buku jauh lebih sukar daripada membaca majalah atau akhbar. Hakikat

ini menunjukkan terdapat perbezaan dalam jenis-jenis perbuatan membaca. Membaca

buku harus dibezakan daripada membaca bahan-bahan bacaan lain. Ini kerana membaca

buku menuntut tumpuan dan kesabaran yang tinggi. Hanya minat dan tabiat dapat

menjamin kesempurnaan pembacaan buku (Zin Mahmud, Utusan Malaysia:29 Mei

2001).

Menurut Ida Suhaila dalam laporan akhbar, pelajar Malaysia semakin kronik

dalam mengharapkan `nota suapan'. Pelajar tidak berinisiatif untuk membaca buku di

perpustakaan, membuat nota sendiri hasil daripada pembacaan yang banyak ataupun

membeli buku rujukan yang tidak disuruh oleh pensyarah mereka. Sebaliknya mereka

mampu membeli telefon bimbit yang beratus-ratus harganya dan sentiasa menukarnya

mengikut trend semasa (Utusan Malaysia:18 Jun 2004).

Najib Anuar dalam satu rencana akhbar mengatakan perpustakaan universiti

biasanya dipenuhi oleh mahasiswa Cina dan India tidak kira siang atau malam. Ke mana

saja mereka berada, setiap seorang daripada mereka pastinya berkepit dengan buku

mencari ilmu. Ini sama sekali jauh berbeza dengan mahasiswa Melayu Kebanyakan

5

siswa-siswi Melayu kita nampaknya lebih gemar berkepit dengan pasangan masing-

masing, leka dengan hiburan dan kehidupan luar kampus. Mereka kurang berminat

dengan budaya keilmuan dan tidak endah dengan isu-isu penting yang sepatutnya

menjadi tumpuan mahasiswa (Utusan Malaysia:24 September 2002).

Dalam konteks Universiti Teknologi Malaysia (UTM), saluran terhampir yang

menepati keperluan pembelajaran dan penyelidikan adalah Perpustakaan Sultanah

Zanariah (PSZ). Norazlinda Mohd Nordin (2002:68) dalam kajian beliau yang bertajuk

“Persepsi Pelanggan Terhadap Perkhidmatan Pengguna di PSZ” mencadangkan agar

kajian perlu dilakukan untuk meninjau sejauhmanakah infrastruktur di PSZ mencukupi

dan memenuhi keperluan pengguna PSZ perlu menumpukan usaha untuk memenuhi

keperluan pengguna dari segenap aspek. Apatah lagi sebahagian besar daripada

pengguna menggunakan perpustakaan untuk tujuan rujukan dan pembelajaran dalam

bidang masing-masing.

Datuk Zawiyah Baba menyatakan kebanyakan perpustakaan mempunyai koleksi

yang menyedihkan. Punca utama adalah ketiadaan peruntukan atau peruntukan yang

tidak mencukupi untuk membina koleksi yang mantap serta menampung pertambahan

buku-buku baru yang diperlukan. Kualiti koleksi perpustakaan penting kerana

sebahagian pengguna tidak mampu membeli buku yang masih dianggap mahal dan

bergantung kepada perpustakaan untuk menyediakan perkhidmatan ini. (Utusan

Malaysia:24 Julai 2006).

Menurut Md Yunus dan Mohamad Khair Hasb Al-Rasoul (2003:192).rujukan

yang terdapat di negara ini masih tidak menyeluruh, pelajar tidak terdedah dengan

sumber ilmu Islam dalam pelbagai bidang. Rujukan yang dipakai dalam kuliah hanya

terhad kepada satu atau dua kitab sahaja. Selain itu, hasil daripada seminar tersebut juga

6

mendapati bahawa kebanyakan bahan bacaan kurang dibeli oleh pelajar untuk membuat

rujukan. Pengajian ilmu-ilmu Islam di dalam negara ini masih kurang mendalam.

Datuk Zawiyah Baba berkata, selama ini terdapat pelbagai penyelewengan dan

maklumat tidak benar mengenai Islam kerana tiadanya kemudahan untuk mendapatkan

maklumat yang berwibawa mengenai agama itu. Selepas 11 September, peristiwa

serangan pengganas di Amerika Syarikat dua tahun lepas, perpustakaan di seluruh dunia

melaporkan bahawa permintaan terhadap maklumat mengenai Islam telah meningkat

dengan banyak. Terdapat perasaan ingin tahu, orang ingin tahu lebih banyak tentang

Islam (Utusan Malaysia:2 September 2003).

Para pensyarah seharusnya dapat mengemukakan satu bentuk pengajaran yang

lebih banyak menekankan kepada latihan berfikir dan berusaha menerokai ilmu melalui

sumber-sumber pembacaan dan rujukan yang pelbagai. Buku-buku ilmiah yang yang ada

hubungan dengan sesuatu bidang ilmu itu haruslah dijadikan bahan rujukan dan

diwajibkan kepada para pelajar supaya merujuk buku-buku tersebut. Tradisi menghafal

dan menggunakan buku-buku yang terhad dalam pengajaran janganlah menjadi dasar

pengajian akademik kerana ini akan menimbulkan pemikiran dan sikap pelajar yang

sentiasa tertutup (Abd Halim El-Muhammady, 1994:147).

Datuk Abdul Ghani Ngah, Presiden Dewan Industri Buku Melayu Malaysia

(DIBMM) berkata walaupun Internet kini menjadi pilihan untuk mendapatkan bahan

bacaan, namun buku masih tetap relevan kerana tidak semua bahan mampu dimuat turun

dalam bentuk salinan asal. Malah jelas beliau, tidak semua murid juga mampu

menyediakan kemudahan Internet di rumah masing-masing selain ada sekolah yang juga

masih berkeadaan serba kekurangan (Utusan Malaysia:2 Februari 2009)

7

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapan bajet 2009 menyatakan bagi

meningkatkan kualiti pembelajaran di peringkat pengajian tinggi, peruntukan RM14.1

billion disediakan kepada Kementerian Pengajian Tinggi. Daripada jumlah ini, RM8

bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus Institusi Pengajian Tinggi Awam,

RM627 juta kepada politeknik dan kolej komuniti serta RM37 juta kepada Agensi

Kelayakan Malaysia (Utusan Malaysia:30 Ogos 2008).

Penyelidik telah menjalankan sesi temubual dengan beberapa orang pelajar

Pengajian Islam bagi mendapatkan pandangan mereka terhadap buku rujukan Islam di

perpustakan. Menurut Rafidah Mohd Noor, pelajar tahun akhir Pengajian Islam, beliau

berpendapat buku-buku rujukan Islam yang terdapat di perpustakaan sangat kurang jika

hendak dibandingkan dengan universiti-universiti lain yang berada di Malaysia. Ini

menimbulkan kesukaran untuk mendapatkan bahan yang bersesuaian dengan tugasan

yang diberikan oleh pensyarah.

Farhatul Hakimah pelajar tahun dua Pengajian Islam, beliau memberikan

pendapat yang sama dengan dengan responden yang pertama. Beliau lebih gemar

mendapatkan sumber rujukan daripada internet. Pada pendapat beliau cara ini lebih

cepat, mudah dan memenuhi keperluan beliau dalam menyempurnakan tugasan yang

diberikan. Selain itu, terdapat koleksi bahan rujukan Islam yang terdiri daripada buku-

buku lama yang “kekuningan”, “outdated” dan mudah terkoyak.

Keghairahan terhadap penggunaan alat teknologi maklumat yang serba canggih

di perpustakaan bagi menyediakan maklumat yang cepat merupakan sesuatu yang

penting. Masalah pertanyaan rujukan sering berlaku apabila pengguna tidak begitu jelas

tentang maklumat yang diinginkan dan hasilnya mereka menerima maklumat yang tidak

diperlukan (Shaharom TM Sulaiman dan Wan Ab. Kadir Wan Dolah, 1996:25).

8

Pendapat ini diakui oleh Siti Fairus, pelajar tahun akhir Pengajian Islam. Beliau

berpendapat maklumat yang dicari tidak ditemui dan menyukarkan beliau mendapatkan

buku rujukan yang diperlukan. Tidak semua pelajar mempunyai kemahiran pencarian

maklumat. Dan akhirnya beliau terpaksa mencari sendiri buku tersebut di rak yang

disediakan.

Dalam satu kajian yang dijalankan, lebih 65% pelajar daripada 20 universiti

utama yang ditinjau berpendapat perpustakaan dalam bentuk fizikal tidak relevan lagi

pada masa kini. 55% mendakwa tidak lagi menjejakkan kaki ke perpustakaan untuk

membuat rujukan. Lebih 90% mendakwa mereka menggunakan internet untuk rujukan

dan hanya 27% yang secara aktif masih menggunakan perpustakaan sebagai sumber

rujukan utama (Berita Minggu:19 Mac 2006).

Walaupun internet merupakan gelombang besar dalam pengwujudan masyarakat

bermaklumat tetapi ia tidak dapat menggantikan peranan buku. Buku bukan sahaja

menawarkan maklumat tetapi ia merupakan alat bagi penggalakkan ilmu pengetahuan

dan kebijaksanaan dalam berfikir (Utusan Melayu:5 Mac 2002). Justeru itu, penyelidik

melihat kepada keperluan buku-buku rujukan Islam di perpustakaan perlu ditambah

selaras dengan perkembangan dunia teknologi pada hari ini.

Budaya mengambil maklumat daripada Internet atau lebih dikenali sebagai cut

and paste merupakan antara punca kemerosotan kualiti penyelidikan di kalangan pelajar

Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negara ini, kata Ketua Pengarah Jabatan

Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Radin Umar Radin Sohadi. Walaupun kemudahan

komputer dan Internet menjadi alat pembelajaran terpenting pada hari ini, namun pelajar

IPTA tidak seharusnya membudayakan amalan ini kerana ia tidak menggambarkan ciri-

ciri kesarjanaan graduan yang berkualiti dan berwibawa (Utusan Malaysia:23 Mac

2009).

9

Kebanyakan buku rujukan yang digunakan oleh pelajar-pelajar universiti ialah

buku-buku import terbitan penerbit antarabangsa. Sudah tentu ianya dalam bahasa

Inggeris. Namun begitu kita juga perlu terima hakikat, bukan semua pelajar universiti

bagus bahasa Inggeris mereka. Menggunakan buku rujukan dalam bahasa Inggeris

menyukarkan lagi mereka untuk faham subjek yang dipelajari.

http://www.terbitsendiri.com/index.php?option=com_content&view=article&id=75&Ite

mid=94

Walaupun bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan sekian lama, koleksi

perpustakaan menunjukkan bahawa buku-buku dalam Bahasa Malaysia masih belum

mencukupi untuk menampung keperluan penyelidikan dalam Negara. Selepas hampir 50

tahun merdeka, perpustakaan masih bergantung kuat kepada buku terbitan luar Negara

dalam bahasa Inggeris untuk membina koleksi bagi menampung keperluan pelajar dan

tenaga pengajar di Institusi Pengajian Tinggi (Utusan Malaysia:31 Julai 2006).

Dalam satu sesi temubual yang dijalankan, Amani pelajar tahun dua SPI

berpendapat terdapat buku-buku pengajian Islam yang lama dan usang. Tambahan pula

buku-buku terbitan Indonesia. Bahasa Indonesia yang digunakan agak sukar difahami

dan menyukarkan beliau untuk mengambi isi-isi penting dalam kandungan buku

tersebut.

Oleh itu, penerbit buku ilmiah di negara ini perlu mencari penyelesaian berkesan

supaya buku-buku ilmiah dapat dijual pada harga yang lebih rendah, ekoran ancaman

budaya fotokopi yang semakin meluas kini. Ini kerana buku ilmiah kini dibaca

segolongan kecil sahaja seperti pelajar universiti kerana ia dianggap bacaan serius dan

tidak menarik, kata Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan, Datuk Mahadzir

Mohd Khir (Utusan Online:12 November 2001).

10

PSZ telah mengadakan kajian kepuasan pelanggan bagi mengukur tahap

kepuasan pelanggan terhadap mutu perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di

PSZ. Hasil kajian yang dijalankan mendapati bahawa indeks perkhidmatan mengalami

penurunan sebanyak 0.6% dari 61.4% kepada 60.8% pada tahun 2008

(http://portal.psz.utm.my). Ini menunjukkan bahawa indeks perkhidmatan masih rendah.

Melihat beberapa isu dan masalah bekalan oleh PSZ yang dibincangkan di atas, maka

pengkaji merasa satu kajian perlu dilakukan untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap

PSZ.

1.3 Pernyataan Masalah

Penggunaan Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) secara konsisten dapat

memberikan sumbangan kepada pencapaian dan perolehan pengetahuan oleh pelajar

seterusnya membentuk masyarakat berbudaya ilmu. Pelajar Sarjana Muda Sains Serta

Pendidikan (Pengajian Islam), SPI perlu menguasai beberapa kemahiran asas semasa

proses pencarian bahan dari koleksi bahan di PSZ. Namun demikian, kadang kala

kedengaran rungutan dari pelajar SPI sendiri terhadap kekurangan buku rujukan terkini,

akses maklumat yang sukar dicapai, bahan lapuk dan sebagainya. Oleh yang demikian

kajian yang akan pengkaji jalankan ialah “Apakah Persepsi Pelajar SPI Terhadap Buku-

Buku Rujukan Islam di PSZ, UTM Skudai”.

11

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini mempunyai beberapa objektif yang ingin dicapai oleh penyelidik.

Objektif tersebut adalah :

1.4.1 Mengenalpasti persepsi pelajar SPI terhadap perkhidmatan di perpustakaan.

1.4.2 Mengenalpasti persepsi pelajar SPI terhadap buku-buku rujukan Islam di

perpustakaan.

1.4.3 Mengenalpasti masalah yang di hadapi ketika mendapatkan buku rujukan

di perpustakaan.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif yang telah dinyatakan di atas, maka persoalan kajian yang

ingin dijawab ialah :

1.5.1 Apakah persepsi pelajar SPI terhadap perkhidmatan di perpustakaan.

1.5.2 Apakah persepsi pelajar SPI terhadap buku-buku rujukan Islam di perpustakaan.

1.5.3 Apakah masalah yang di hadapi ketika mendapatkan buku rujukan di

perpustakaan.