mengenal rahsia latihan mental autogenesis : program motivasi garudapi

13

Click here to load reader

Upload: hilter-yew

Post on 26-Jun-2015

74 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Memperkenalkan Latihan Mental Autogenesis, suatu program motivasi yang terulung di Malaysia. www.hilteryew.com, 016-8120302

TRANSCRIPT

Page 1: Mengenal Rahsia Latihan Mental Autogenesis : Program Motivasi Garudapi

Mengenal Rahsia Autogenesis

Ramai orang membawa impian untuk meningkatkan kualiti hidup dan mencapai impian

dengan berbagai usaha perancangan dan motivasi diri. Sayangnya, idea motivasi yang

diperolehi diibaratkan guruh dan kilat yang dinamik tetapi hilang sejurus itu tanpa

membawa apa-apa kejayaan yang realistik. Ada yang sudah menyerah dan menyatakan

semua program kejayaan tidaklah berkesan. Insan seperti ini menerima hidup serba biasa

adalah baik dan mencukupi. Mereka tidak lagi berusaha untuk menghidupkan potensi diri

yang masih tertidur dalam hidup mereka.

Membawa kefahaman tentang limitasi motivasi sedemikian, Hilter Yew dan pasukannya

telah mengasaskan pendekatan transformasi diri yang menggunakan Teknik Autogenesis.

Proses latihan Autogenesis meninggalkan tradisi seminar motivasi dan membuka

lembaran baru pembangunan insan. Adalah menjadi harapan, semua penceramah

motivasi dapat mengaplikasikan Autogenesis dengan menerima pengiktirafan sebagai

“Autogenesis Certified Practitioner”

Soalnya, apakah keistimewaan program Autogenesis? Autogenesis membolehkan peserta

mencari naluri kemahuan dengan mengaktifkan minda sebelah kanan dan seterusnya

membentuk tabiat mental yang abadi agar seseorang akan dapat mengerjakan impian

hidupnya bagaikan proses “auto-pilot”. Untuk membolehkan proses motivasi ini berlaku,

seseorang hendaklah mengguna daya imaginasi kreative yang diadunkan dengan kata-

kata pengesahan secara berulangan sehingga perasaan baru ini menjadi sebahagian dari

corak mentalnya. Contohnya, jika anda ingin menjadi seorang juara Sukan SEA,

bayangkan diri anda memcancarkan sinar dan menerangkan bumi ASEAN. Pada masa

yang sama , cakap dengan diri anda secara berulangan, “ Saya bangga melihat diri saya

sebagai juara sukan SEA”.

1

Page 2: Mengenal Rahsia Latihan Mental Autogenesis : Program Motivasi Garudapi

Anda perlu mencipta proses Autogenesis yang sejajar dengan impian dan harapan diri

sendiri. Setiap orang mempunyai sensasi dan kehendak yang tersendiri dan semua ini

menjadi isu motivasi yang perlu disebati dalam penghayatan Autogenesis. Untuk

membolehkan anda meneroka keunikan dan keistimewaan diri sendiri , anda perlu

mempunyai ”kefahaman diri” yang unik. Apakah kejadian atau peristiwa hidup anda yang

menjadi tunggak perjuangan, apakah tragedi hitam yang membentuk suatu pantang dalam

hidup anda? Peringkat pertama Autogenesis akan membantu anda mencari identiti diri

sebenar serta melepaskan semua “mental blok” yang menjajah emosi dan pemikiran anda

selama ini.

Dengan erti kata lain , Autogenesis membantu anda menguasai dan mengawal hidup anda

berlandaskan mental programing yang sesuatu dengan kod mental tersendiri. Anda akan

dapati usaha memotivasi diri anda bertambah nyata dan berkekalan. Diri anda akan

seronok menjalankan proses pengukuhan tanpa merasa ia suatu beban hidup. Dengan cara

ini, anda dapat melepaskan “minda lama” dan digantikan dengan “minda baru” yang

sesuai dengan hajat anda. Bila proses transformasi sedemikian telah mula bertapak dalam

hidup, anda akan menjadi suatu magnet yang bakal menarik semua kriteria yang

bersangkut dengan matlamat anda. Anda akan mula mengenali orang-orang yang bakal

menyumbang pada harapan anda, anda juga akan mendapati idea-idea baru mula muncul

dan membuka jalan pada kebuntuan yang selama ini menghalang anda. Segala perkara

yang anda anggap “mustahil” sebelum ini akan anda temui “jalan penyelesaian”.

Mengapa Autogenesis dapat membina kuasa luarbiasa seperti ini? Ini kerana Autogenesis

mengaktifkan dua fungsi minda yang menjadi tunjang kecemerlangan iaitu “Auto” dan

“Genesis”. Kedua-dua sifat ini tidak akan berfungsi jika kita gagal mengoperasi minda

dengan proses latihan mental yang berterusan. Untuk itu, program Autogenesis

2

Page 3: Mengenal Rahsia Latihan Mental Autogenesis : Program Motivasi Garudapi

memperkenal berbagai aktiviti sinergi minda yang bertujuan menguatkan kedua-dua

fungsi minda.

Marilah sama-sama kita meneliti dan memahami kedua-dua fungsi Autogenesis dengan

lebih mendalam.

Fungsi yang pertama dipanggil “Fungsi Auto”. Fungsi ini merujuk pada proses perlakuan

yang dapat berjalan sendiri tanpa disedari atau difahami otak besar. Kita akan sendiri

melakukan sesuatu yang penting untuk kejayaan dengan programing minda yang kita

“install” dalam hidup. Bila seseorang gagal melakukan sesuatu yang penting secara

inisiatif diri, maka akhirnya semangat untuk berjaya akan terbantut oleh berbagai alasan.

Ramai insan yang gagal mempraktikkan ilmu motivasi yang mereka belajari dari kursus

dan sejuk selepas tamat seminar adalah berpunca dari faktor ini. Mereka belum lagi

menjadikan ilmu motivasi dan kesedaran yang mereka timba sebagai sebahagian proses

Auto hidup mereka.

Fungsi yang kedua dipanggil “Fungsi Genesis”. Ini adalah peranan minda yang boleh

menjangkui limitasi dan memikirkan sesuatu yang gagal dicorakkan oleh orang lain.

Untuk mengaktifkan fungsi ini, seseorang hendaklah mengalihkan semua mental blok

negatif yang membawa ketakutan, kerisauan dan rasa tidak yakin dalam jiwa. Proses

rekaan minda sedemikian membolehkan diri seseorang melihat semua aksi dan keputusan

yang diidam-idamkan sebelum ia menjadi kenyataan hidup. Contohnya , bentukkan

harapan rekod dunia biar pun diri anda hanyalah juara di peringkat negeri. Proses seperti

ini memerlukan keberanian dan kesungguhan. Autogenesis memperkenalkan satu siri

aktiviti yang perlu anda lakukan setiap hari untuk membolehkan anda meneroka

kemungkinan baru yang anda tidak percaya selama ini.

Kejayaan seseorang tidak dinilai dari jumlah ilmu motivasi yang anda miliki. Seseorang

3

Page 4: Mengenal Rahsia Latihan Mental Autogenesis : Program Motivasi Garudapi

boleh membaca dan memahami semua teori motivasi, tetapi semua ini tidak akan menjadi

daya motivasi dalam jiwa seseorang sehingga ilmu tersebut dirangka dalam bentuk

perancangan yang sistematik dan disusuli dengan tindakan yang praktikal secara harian.

Kebanyakan orang meninggal seminar motivasi dengan semangat yang berkobar-kobar

tetapi tidak disertai dengan perancangan yang praktikal. Akibatnya, kejayaan hanyalah

suatu harapan kosong tanpa penyeliaan matlamat secara peribadi. Inilah sebabnya

mengapa kebanyakan program kejayaan diri tidak membawa kesan yang praktikal.

Program Garudapi membekalkan setiap graduan kursus dengan sistem perancangan hidup

yang sistematik. Mereka yang berjaya melengkapkan perancangan dan menjalankan

aktiviti yang disarankan dalam 30 hari selepas tamat kursus Garudapi akan menerima sijil

graduan Garudapi dan diberi gelaran ”anak Garudapi”. Graduan yang berjaya

melengkapkan misi tahunan dan menyempurnakan semua kerja rumah dan perancangan

yang ditetapkan akan menerima sijil graduan Garudapi Emas dan diberi gelaran ”Datuk

Garudapi” Proses pengiktirafan Garudapi seperti ini membolehkan semua graduan

mendapat perhatian yang berterusan untuk mengukuhkan konsep dan prinsip Autogenesis

dalam hidup seharian.

Mengikut konsep Garudapi, kejayaan seseorang adalah mengikut takrifan yang diberikan

oleh diri orang tersebut. Setiap orang mempunyai pengukur tahap kejayaan yang

dihendaki mengikut citarasa dan niat tersendiri. Untuk itu, status kejayaan adalah berbeza

mengikut individu. Adalah tidak adil untuk kita menyatakan orang yang berpendapatan

empat anga tidak berjaya. Berbanding dengan orang yang berpendapatan lima angka,

dirinya mempunyai lebih masa untuk keluarga dan mencapai kebahagiaan rumah tangga.

Begitu juga dengan seseorang yang memberi bantuan kewangan untuk ibu bapa yang

uzur dan tidak membeli rumah mewah. Dengan erti kata lain, kejayaan yang dihendaki

oleh setiap orang adalah berbeza. Program Garudapi membantu anda mencari keutamaan

diri dan bagaimana menjuruskan masa dan usaha untuk mengimbangkan kejayaan dari

4

Page 5: Mengenal Rahsia Latihan Mental Autogenesis : Program Motivasi Garudapi

aspek yang lain. Bila seseorang telah mencapai keseimbangan dalam semua aspek

kehidupan, kejayaan yang dimaksudkan akan memberi kepuasan yang paling optimum.

Garudapi adalah suatu perisian minda yang beroperasi pada tahap yang ditetapkan oleh

orang yang menggunanya. Anda diibarat memandu sebuah kereta yang boleh memecut

pada kelajuan 300km/j. Seandainya anda memilih untuk memandu pada kelajuan

100km/j, anda tidak boleh menyalahkan kereta anda kononnya ia tidak menjana kelajuan

tersebut. Dalam program Garudapi , anda berhak menentukan pada tahap mana anda

hendak mengguna program ini. Hajat anda memulakan aplikasi program Garudapi

amtalah penting sekali. Jika anda berhajat tinggi, program Garudapi akan membawa ke

tahap tersebut. Sayangnya, ramai orang yang mempunyai ilmu motivasi menggunanya

secara biasa-biasa dan tidak membawa sebarang kejayaan yang besar. Ini adalah bagaikan

kita menuang intan ke dalam laut dan tidak menghargai nilai sebenar intan tersebut.

Kami mengalu-alu anda menyertai program Garudapi dan seterusnya diiktiraf sebagai

seorang yang ”Fit for success”. Dalam komuniti Garudapi , setiap orang menghidupkan

piagam dan lunas-lunas kehidupan yang dimaktibkan dalam panduan Garudapi. Anda

akan dapati hidup anda berubah, masa depan anda berubah. Semua ini kerana anda

berjaya mengaktifkan sifat-sifat kehebatan diri sendiri dengan mengguna perisian minda

yang diperkenalkan dalam program Garudapi.

Seandainya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan dengan program

transformasi Garudapi, hubungilah kami di talian 60168785339 atau email ke

[email protected]

5