objektif: 1. mengenal pasti fungsi otak 2. mengetahui beza ... · pdf filearistotle ahli...

286
Otak dan pemikiran Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza otak kanan dan otak kiri 1

Upload: vanxuyen

Post on 06-Feb-2018

264 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Otak dan pemikiran

Objektif:

1. Mengenal pasti fungsi otak

2. Mengetahui beza otak kanan dan otak kiri

1

Page 2: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Otak

• Pemikir Greek mengatakan otak bukan sebahagian daripada badan manusia. Aristotle ahli falsafah Greek, juga bapa sains moden mengatakan pusat sensasi dan memori terletak di hati/jantung.

• Sehingga 1940-an fungsi otak hanya minimum (seperti komputer pertama—hanya beberapa mesej yang masuk dan diletakkan dalam beberapa kotak.

• Untuk beberapa waktu manusia menerima idea bahawa otak dikatakan terbahagi dua dan badan dikawal oleh otak yang berlawanan—otak kiri mengawal anggota kanan.

• Prof Robert Ornstein daripada Universiti California mendapati otak kanan (kreatif) dan otak kiri (kritis).

2

Page 3: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Ornstein juga mendapati orang yang hanya dilatih menggunakan sebelah otak, tidak dapat menggunakan otak yang sebelah lagi (sama ada secara umum atau dalam situasi khusus yang memerlukan kedua-dua otak)

• Tetapi jika bahagian otak yang lemah itu digalakkan dan diberi rangsangan bekerja bersama-sama dengan yang kuat, akan menghasilkan peningkatan keupayaan dan keberkesanan kedua-dua bahagian.

• Peningkatannya bukan mengikut standard matematik (sebelah otak + sebelah otak = 2 x kemampuan) tetapi 5 atau 10 keberkesanannya.

• Contoh, Einstein adalah artis dan saintis (matematik+fizik). Tetapi dia adalah pelajar matematik yang gagal dalam kelas. Dia menemukan teori relativiti semasa baring di atas bukit sambil berangan-angan.

3

Page 4: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Ibn Sina (Avicenna) (980 C.E. - 1037 C.E.) adalah polymaths, doktor perubatan, ahli filosofi. Dia mahir dalam astronomi, kimia, geologi, logik, paleontologi, matematik, fizik, puisi, psikologi, muzik, perubatan, dan farmakologi. Dia menghabiskan masa sebagai saintis dan guru.

• Ornstein juga membuat kesimpulan setiap kita berpotensi menjadi ahli sains dan juga artis yang terkemuka.

• Jika kita sekarang ini tidak begitu bukan disebabkan oleh keturunan tetapi sebelah otak kita tidak diberi banyak peluang untuk berkembang.

• Berbeza dengan pendapat yang mengatakan otak semakin lemah apabila umur meningkat tua, Mark Rosenzweig membuktikan otak dapat dirangsang pada setiap peringkat umur. Michelangelo menghasilkan karya agung pada umur 80-an, Picasso 90-an.

4

Page 5: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Selain bahagian atas (kanan dan kiri) otak juga ada bahagian bawah yang dipanggil otak bawah sedar (otak lama, otak reptilia, otak emosi) yang mengawal perkara harian yang mana otak sedar kita tidak tahu seperti mengawal suhu, tekanan darah, keseimbangan kimia, proses penghazaman dll.

• Berdasarkan kajian yang dijalankan otak sedar dapat mempengaruhi otak bawah sedar dan dapat memberi kesan pada kesihatan fizikal, prestasi sukan, kemampuan mental, motivasi, dan semangat/will power.

• Cth. Orang sakit teruk boleh sihat; kanak-kanak yang tidak suka sekolah akan mengalami muntah, pening kepala, hidung berdarah, ruam dll. Dalam kes ini otak atas mempengaruhi otak bawah.

5

Page 6: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Beza antara otak dan minda

• Otak—organ yang terletak di bahagian kepala yang mempunyai sistem tertentu

• Minda—kualiti pemikiran yang dihasilkan oleh otak berkenaan [otak=pisau; minda=ketajaman pisau]. Jadi pisau sentiasa diasah supaya penggunaanya berkesan.

• HOKI—hemisfera otak kiri =kritis

• HOKA—hemisfera otak kanan =kreatif

• Kedua-duanya perlu dikembangkan melalui rangsangan, bahan, dan aktiviti berfikir.

6

Page 7: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

7

Page 8: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Fungsi otak kanan dan kiri

8

Page 9: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Kemahiran berfikir

Objektif:

1. Kenal pasti komponen utama berfikir

2. Kenal pasti proses berfikir

9

Page 10: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Kemahiran berfikir

• Secara umum kemahiran berfikir masih dipertikaikan keranapendapat yang berbeza-beza.

• Tetapi secara umum kemahiran berfikir dikaitkan denganproses menggunakan minda untuk membuat keputusan danmenyelesaikan masalah

• Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencarimakna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokaipelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuatpertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan danmenyelesaikan masalah, seterusnya membuat refleksi danmetakognisi terhadap proses yang dialami.

10

Page 11: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Apakah proses berfikir

• Deria manusia memberi rasa yang diperoleh daripada dunia di luar jasad manusia. Rasa ini dipindahkan kepada struktur biologi yang akan menterjemahkannya melalui saraf.

• Biologi– rasa daripada deria melalui saraf kepada otak yang kemudian diterjemah, mesej dinyahkod dan dikod dan dihantar kembali melalui sistem saraf.

• Psikologi – ambil mesej daripada otak dan terjemahkannya dalam bentuk persepsi dan reaksi.

11

Page 12: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Kognitif—menterjemah dimensi proses pemikiran biologi dan psikologi persepsi dan reaksi kepada konsep, idea, tanggapan/anggapan, inferens/taabir, hipotesis, soalan, kepercayaan, premis, hujah logik dll.

• Komunikasi—ambil mesej daripada otak dan terjemah ke dalam bahasa lisan dan tulisan bagi menyampaikan fikiran dan idea yang dijana.

12

Page 13: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Tahap pembangunan kognitif mengikut Jean Piaget

• Lahir--2 th—tiada struktur pemikiran (skemas) dan ia dibangunkan melalui penerokaan deria dan eksperimen dengan persekitaran.

• Tahap praoperasi 2 hingga 7 th—kemahiran bahasa dan struktur kognitif yang lebih sofistikated tetapi masih pra logik. Di tahap ini mereka tidak mampu berbual-kemampuan untuk memahami fakta tidak berubah walaupun bentuk berubah; dan tidak mampu melihat perkara daripada perspektif yang lain

13

Page 14: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Tahap operasional konkrit: 7 hingga remaja—mula memilih perbualan, dan mula mempersoalkan kehidupan. Boleh menyelesaikan masalah tetapi tidak sempurna.

• Tahap operasi formal: remaja dan umur seterusnya—mampu berfikir logik; boleh berfikir secara abstrak; boleh berfikir secara hipotetikal dan menyelesaikan masalah menggunakan kombinasi logik.

• Ramai pengkaji menganjurkan tahap 5: takulan [reasoning] dialektik—tahap di luar logik di mana terletaknya pemikiran kritis. Mampu melihat paradoks dalam kehidupan dan mempersoalkan dan menganalisis tanggapan yang mendasari logik.

14

Page 15: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Komponen utama kemahiran berfikir

• Berfikir secara kritis

• Berfikir secara kreatif

15

Page 16: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Mengapa perlu belajar berfikir

• Kebanyakan kita tidak berfikir sebagaimana yang sepatutnya

• Kebanyakan kita tidak membuat keputusan yang baik dan menyelesaikan masalah

• Kemahiran berfikir boleh dipelajari bukan diwarisi.

16

Page 17: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Kesilapan dalam berfikir

• Berfikir secara terburu-buru. Untuk mengatasi sikap ini sentiasa beri masa untuk berfikir

• Fikiran yang sempit. Dapat dilatih menggunakan grafik misalnya jadual membanding dan membeza

• Jika fikiran kabur:

– Latih menjelaskan idea dalam bentuk penulisan

– Latih membuat definisi berdasarkan kategori dan ciri-ciri sesuatu objek/perkara

– Buat kerangka misalnya dalam menulis karangan

• Jika fikiran bercelaru, atasi dengan:

– Latih dengan menyusun idea dengan lebih sistematik dalam lisan dan tulisan

– Susun isi penting untuk karangan

– Gunakan carta alir17

Page 18: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Pengkelasan kemahiran berfikir

• Kemahiran aras rendah (KBAR) dan aras tinggi; aras rendah-tidak memerlukan pemikiran yang luas dan mendalam misalnya menghafal dan mengingat kembali fakta/maklumat.

• Aras tinggi (KBAT) –perlukan pemikiran luas dan tinggi seperti kemahiran menjelaskan, membuat analisis, menilai, menjana idea, membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan merancang.

• Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif—kemahiran membuat penilaian dan menganalisis sesuatu data—membanding, membeza, menyusun atur, mengkelas, dan kenal pasti sebab dan akibat.

18

Page 19: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Pemikiran vertikal dan lateral

• Vertikal bermakna pemikiran secara logik dan kritis. Contoh: Ali cedera di lututnya. Basikalnya kemek. Bagaimanakah kecederaan itu boleh berlaku?

• Lateral ialah pemikiran yang dapat mengeluarkan idea yang baru tanpa berfikir secara logik (kreatif). Contoh: Bagaimana kita boleh ukur tinggi sesuatu pokok?

19

Page 20: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Pemikiran bertumpu

• Fikiran bertumpu ialah pemikiran yang membolehkan seseorang menggunakan pengetahuan, pengalaman, peraturan, prinsip, undang-undang teori atau generalisasi yang sedia ada bagi mendapatkan logik dan susunan yang teratur, bagi mendapat idea atau jawapan yang standard.

• Contoh: Mengapa Ali tidak faham apa yang cikgu ajar? Ali demam.

• Jawapan yang diberi oleh pemikir bertumpu: Dia tidur di bilik darjah

20

Page 21: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Proses pemikiran bertumpu

Fixed-solution problem

Convergent thinking based

on existing knowledge

One single answer

21

Page 22: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Pemikiran bercapah

• Pemikiran bercapah—suatu bentuk pemikiran kreatif, kerana pemikiran ini digunakan untuk melahirkan aktiviti kreatif. Dalam proses pemikiran bercapah, seseorang perlu berfikir secara kreatif bagi sesuatu masalah yang unik dengan pelbagai kemungkinan penyelesaian.

• Juga dikenal sebagai pemikiran lateral atau pemikiran horizontal.

• Menggunakan unsur intuisi dan ‘insight’ (pemahaman) agar masalah yang rumit dapat diselaikan dengan pelbagai kaedah unik dan kaedah luar biasa.

• Contoh: Apakah kegunaan kotak buangan?

• Jawapan: (pelbagai. Cth tikar, bumbung, kereta mainan dll)

22

Page 23: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Proses pemikiran bercapah

Open ended problem

Divergent thinking by

intuition/insight

Various appropriate

solution

23

Page 24: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Membuat kaitan serta membanding dan membeza

• Membuat kaitan—dapat mengaitkan dengan cepat dan luas mengenai sesuatu. Contoh: apakah yang dapat dikaitkan dengan buku?

• Membanding dan membeza: dapat membanding dan membeza dua atau lebih benda, cerita, atau cara dengan mengenal pasti ciri-ciri persamaan dan perbezaan serta membuat huraian atau kesimpulan. Contoh: banding dan bezakan dua cerita “Sang Kancil dengan Buaya” dengan “anjing dan bayang-bayang”

24

Page 25: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Mengkelaskan dan Menilai

• Mengkelaskan—mampu mengkelaskan pelbagai benda, cerita, dan cara dalam kelas-kelas yang sesuai. Contoh: kelaskan yang berikut: buku, anjing, harimau, pokok bunga raya, Ahmah.

• Menilai—dapat menilai sesuatu benda, tindakan, watak, cerita atau cara untuk menentukan sama ada baik, menarik, kelebihannya, akan berjaya atau kreatif. Contoh: Ali terlupa membawa pensel ke sekolah. Ahmad meminjamkan penselnya kepada Ali. Nilaikan perbuatan Ali dan Ahmad.

25

Page 26: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Menyusun atur

• Menyusun atur—dapat menyusun atur perkataan, ayat, idea, tugas, tindakan atau cara mengikut urutan, pola, hierarki atau keutamaan yang dikehendaki. Contoh: Susunkan tugas berikut mengikut keutamaan, yang mana yang perlu dilakukan dahulu:

1. siram pokok bunga

2. baiki tayar basikal yang bocor

3. buat latihan matematik

26

Page 27: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Mengenal pasti pernyataan

• Mengenal pasti pernyataan ‘benar’ atau ‘palsu’—dapat mengenal pasti pernyataan benar atau palsu menggunakan pengetahuan atau menaakul secara logik. Contoh: Yang manakah pernyataan yang benar?

– Matahari terbit di Barat

– Lembu makan rumput

27

Page 28: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Mengenal pasti fakta dan pendapat

• Mengenal pasti pernyataan berasaskan fakta dan pendapat—pernyataan yang berdasarkan fakta mudah dibuktikan salah atau benarnya; manakala pendapat sukar untuk dibuktikan.

• Contoh: Sekolah Ali mendapat 80% kelulusan dalam peperiksaan SPM tahun ini (fakta).

• Pelajar dapat belajar dengan lebih berkesan sekiranya mereka belajar dengan muzik (pendapat).

28

Page 29: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Mengenal pasti pernyataan berat sebelah

• Untuk tujuan mempengaruhi orang ramai maka pernyataan berat sebelah sering diujar. Contoh:

– Lebih 90% pengguna termasuk Erra Fazira menggunakan sabun x berbanding sabun Y.

– Makanan kesihatan X mengandungi lebih banyak vitamin C tetapi harganya lebih tinggi berbanding makanan kesihatan Y.

29

Page 30: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Kenal pasti sebab

• Kenal pasti sebab dan menyatakan pelbagai sebab.

– Dapat mengenal pasti sebab bagi sesuatu tindakan atau kejadian. Contoh: kenal pasti sebab dua pernyataan berikut. Ali terlanggar kereta. Kakinya patah.

– Dapat menyatakan pelbagai sebab mengapa sesuatu tindakan/kejadian berlaku. Contoh: Aminah menangis. Mengapa?

30

Page 31: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Kenal pasti akibat

• Mengenal pasti akibat dan meramal pelbagai akibat.

– Kenal pasti akibat sesuatu tindakan/kejadian. Contoh: kenal pasti akibat dua pernyataan berikut: Ali tidak membuat kerja rumah yang diberi oleh gurunya. Bapa Ali menasihatinya.

– Dapat meramal pelbagai akibat bagi sesuatu tindakan/kejadian. Contoh: Ahmad memandu keretanya dengan laju. Apakah yang mungkin akan terjadi?

31

Page 32: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Membuat kesimpulan

• Membuat inferens atau kesimpulan awal. Dapat membuat generalisasi/hipotesis. Contoh apakah yang boleh disimpulkan dengan pernyataan berikut:

• Aminah boleh menjahit baju. Siti juga boleh menjahit baju. Santhi menjahit bajunya sendiri. Apakah generalisasi atau pernyataan umum yang boleh dibuat?

• Anda mungkin membuat kesimpulan: Wanita Malaysia pandai menjahit baju untuk pakaian sendiri.

32

Page 33: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Mentafsir

• Mentafsir. Mampu mentafsir perkataan, gambar atau graf. Jelaskan tentang gambaran berikut:

• Lelaki itu kurus dan tidak terurus

• Dua orang kanak-kanak menangis di tepi jalan.

• Seseorang mengangkat tangan ke hadapan

• Anda mungkin mentafsirkannya sebagai:

• Lelaki tidak berumah; tidak cukup makan; tiada saudara-mara; baru sampai ke negeri ini menaiki sampan; kurangsiuman dll.

• Kerana ditinggalkan ibu; tertinggal bas sekolah; lapar dll.

• Menahan kenderaan; menayang cincin di jari; memberiarahan pada orang di seberang jalan dll.

33

Page 34: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Mengenal pasti idea utama, idea sokongan dan rincian untuk fahaman

yang lebih jelas

• Contoh:

Ali suka bermain bola sepak. Dia bermain dengan kawan-kawannya. Mereka bermain di padang kampung mereka. Padang itu kecil. Semasa bermain bola mereka seringkaliterkeluar garisan dan tersangkut pada pokok buluh yang terdapat di sekitar padang. Masa bermain mereka seringterbuang kerana mereka terpaksa mengambil bola daripadacelah-celah pokok buluh.

34

Page 35: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Merumus atau meringkas

• Merumus atau meringkas. Kemahiran ini melibatkan kemahiran mengenal pasti dan menyusun idea utama dan idea sokongan yang penting dan kemudian menyatakannya secara ringkas. Contoh: Ringkaskan perenggan sebelum ini.

35

Page 36: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Membuat keputusan

• Untuk melakukan tugas ini ikut langkah-langkah berikut:

– Janakan pelbagai pilihan

– Ramalkan akibat untuk sesuatu pilihan

– Tentukan kriteria seperti keselamatan, kos, masa, minat, atau kriteria lain untuk membuat pilihan.

– Pilih pilihan terbaik berasaskan kriteria

Contoh: Anda ingin membeli kasut sukan. Apakah yang harusdiambil kira untuk memilih kasut sukan?

36

Page 37: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Menyelesaikan masalah

• Aktiviti menyelesaikan masalah bertujuan untukmenyelesaikan dua jenis masalah iaitu yang memerlukan idea baru, dan yang memerlukan analisis.

• Menyelesaikan masalah yang perlukan idea baru mengikutlangkah berikut:

• Jana cara atau idea untuk selesaikan masalah• Pilih cara yang difikirkan baik• Laksanakan cara yang telah dipilih itu• Nilai sama ada cara itu berkesan

Contoh: Persatuan Pengakap bercadang membersihkan satukawasan pantai yang bersampah tetapi menghadapi masalahkewangan. Bagaimanakah persatuan itu boleh mendapatwang?

37

Page 38: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Menyelesaikan masalah yang memerlukan analisis mengikutlangkah berikut:

– Tentukan faktor yang mungkin menyebabkan masalahberlaku

– Jana pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah

– Pilih cara yang terbaik

– Laksanakan cara yang telah dipilih itu

– Nilai sama ada cara itu berkesan

Contoh: Kebanyakan pelajar di sekolah X lemah dalam matapelajaran matematik. Bagaimana masalah itu bolehdiselesaikan?

38

Page 39: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Pemikiran lateral, vertikal dan paralel

Objektif:

1. Kenal pasti jenis pemikiran lateral, vertikaldan paralel

2. Mengaplikasi pemikiran lateral, vertikal danparalel dalam menyelesaikan masalah

39

Page 40: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Dalam kehidupan kita telah terbiasa dengan keadaan yang tersusun dan berturutan. Misalnya menyusun fail ikut nama, perkara atau tarikh supaya hidup tersusun. Ia dikatakan memudahkan dan tidak membuang banyak masa.

• Ini adalah pemikiran vertikal atau dikenal juga sebagai pemikiran analitikal, sekuen dan ikut laluan yang ditinggalkan oleh orang terdahulu.

• Cara berfikir ini tidak salah. Ramai penganalisis dunia, pelajar cemerlang yang tidak membuat kesalahan. Mereka boleh diharap, berstruktur, dan dapat melakukan kerja sebagaimana diarahkan. Mereka pekerja contoh.

40

Page 41: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Vertikal lwn Lateral

41

Page 42: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Pemikiran vertikal

• Bergerak dari satu titik ke titik yang lain secara logikal.

• Bergerak pada satu garis dan sangat berstruktur. Andaiannya jika ia betul daripada awal, ia mesti betul di tengah dan betul pada akhirnya.

• Orang yang menulis program komputer berfikir secara vertikal, juga orang yang berhujah.

• Logik vertikal menggunakan logik sebab-akibat.

• ‘oleh sebab harga naik, permintaan turun.’

• Teknik berfikir ini teknik yang dipelajari dan diajar di sekolah. Contoh: Oleh sebab itu…, oleh kerana…dll.

• Pada hal logik ‘mungkin juga’… dan ‘boleh jadi’… adalah logik yang penting dalam kehidupan

42

Page 43: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Pemikiran lateral

• Pemikir lateral mengambil pendekatan tidak langsung, bukan logik langkah-demi-langkah bagi menyelesaikan masalah.

• Pemikir lateral bertanya banyak soalan dan hendak tahu tentang semua perkara. Mereka berfikir di luar kotak, selalu membuat kesalahan kerana mereka mencuba banyak perkara. Mereka tidak pernah putus asa, dan sentiasa mencari jalan lain. Mereka selalunya yang membuka syarikat dan mengambil risiko.

• Mereka mempunyai IQ yang tinggi tetapi mungkin tidak tamat sekolah. Mereka tidak boleh diharap, tidak boleh duduk diam, sukar menyelesaikan tugasan yang diberi, dan selalu dibenci oleh guru kerana perangai mereka.

43

Page 44: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Tidak salah menjadi pemikir lateral kerana dunia memerlukan kedua-duanya—seorang mempunyai idea, dan seorang lagi melaksanakan idea (vertikal).

• “pemikiran vertikal” rigid melekat kepada pendekatan yang ada sekarang.

• “pemikiran lateral” mendekati masalah daripada arah yang berlainan (non-standard).

• Menyedari yang kita harus berfikir secara lateral adalah jalan mendapatkan penyelesaian yang baik (keluar daripada kaedah yang lama)

• Memang sukar untuk mengetahui bahawa kita sebenarnya terperangkap! Tetapi jika kita ada fikiran yang fleksibel, ia dapat membantu.

44

Page 45: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

45

Page 46: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Contoh penyelesaian masalahmenggunakan pemikiran lateral

• Menggosok baju tetapi jangan gunakan sterika

– gosok gunakan benda lain (kuali leper)

• Memunggah barang dari kapal kargo ambil masa panjang

– punggah di laut?

• Kapal kargo yang baru yang lebih tinggi tidak boleh masuk ke pelabuhan kerana ada jambatan.

– sungai cetek?

– jambatan tetap?

46

Page 47: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Vertikal Lateral

Oleh sebab harga naik, permintaan turun. Oleh sebab harga naik, tidak ada apa-apakesan pada permintaan

Tujuan mencari jawapan, hanya satujawapan yang memuaskan

Mencipta peralihan

Pertahankan selama yang terdaya. Inilahcara yang baik dan betul. ‘summaries of the past’

Cuba kita cari jalan-jalan lain. Alternatiflain. Design for the future’

Menggunakan sistem YA/TIDAK Tidak peduli idea betul atau salah. Semuaboleh dicabar. Yang penting faedah yang boleh didapati. Idea sama ada salah ataubetul boleh jadi pencetus idea baru untuksusun semula pola pemikiran.

47

Page 48: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Kebaikan kaedah

• Kedua-dua kaedah ada kebaikan

• Jika guna lateral kita akan sentiasa mencuba dan akibatnya tiada penyelesaian.

• Jika guna vertikal kita akan pergi jauh walaupun salah kerana kita gagal menemui kebenaran sebelum memulakan sesuatu perkara.

• Cari keseimbangan—guna lateral bagi membuat keputusan penyelesaian dan kemudian guna vertikal bagi melaksanakan penyelesaian.

48

Page 49: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Teknik berfikir secara lateral

• Teknik yang digunakan de Bono’s dalam lateral ialah provokasi

• de Bono menggunakan perkatan ‘po’ *provocation operation+ bagi menandakan kita menawarkan provokasi dan bukannya penyelesaian.

• De Bono kata ‘po’ diperoleh daripada perkataan hypothesis, suppose, possible dan poetry.

• Secara tidak langsung ini bermakna dalam menjana idea perlu ada hipotesis, tanggapan, kemungkinan dan juga kreativiti.

49

Page 50: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Perkataan ‘po’ ini juga menerangkan ‘apa yang mengikuti’ selepas idea: ke mana hala idea?

• Idea diutarakan dan lihat apa kesannya terhadap pemikiran kita. Ini bermakna semuanya tentang provokasi bukan situasi khusus.

• ‘Po’ tidak semestinya logik.

• Ini kerana po beroperasi atas dasar ‘pergerakan’—apa yang akan mengikuti selepas ini; bukan ‘judgment/penilaian’. Ini bukan bererti tidak mahu memberi penilaian tetapi ia beroperasi di luar sistem penilaian.

50

Page 51: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Bagaimana mewujudkan pergerakan

1. Kaedah ‘brainstorming’ atau perah otak.

– menjana idea

– biasanya dilakukan dalam kumpulan

– jangan menilai– hormati idea walaupun kelihatan tidakbagus

– yang penting ialah kuantiti

2. Cari idea penyelesaian yang tidak masuk akal sebagai asas

--kaedah ini sesuai untuk masalah yang sukar

-- ‘bermain-main dengan’ penyelesaian itu

– luaskan dan ubahsuai supaya idea boleh jadi asas atau batuloncatan kepada penyelesaian yang lebih baik

51

Page 52: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

52

Page 53: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

3. Kaitan secara rawak

--cari perkataan yang menarik dalam kamus

--gunakan perkataan itu untuk merangsang otak

• Misalnya: untuk mencari penyelesaian masalah pencemaranbunyi. Untuk menjana idea mulakan dengan mencariperkataan secara rawak.

--perkataan: Antrasit (arang batu)

--asal dari bawah tanah

--letakkan bunyi bising di bawah tanah?

--bina tempat yang senyap di bawah tanah?

– Hitam

--kelopak mata menjaga/menutup mata… jaga/tutup telinga?

53

Page 54: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

4. Analogi and Metafora

Ramai pencipta mengambil analogi daripada alam.

– terowong dalam laut: ulat mengorek kayu/pokok

– Mikrofon (untuk telefon) daripada telinga

– sebab infeksi dilihat daripada pemerhatian semasapenapaian wain

--sarang labah-labah menjadi idea pembuatan jaringmenangkap ikan

54

Page 55: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

5. Tinggalkan sementara [sleep on it]

- Masa dapat meleraikan banyak masalah

- Minda ‘mengeramkan’ masalah, atau bekerjamenyelesaikan masalah secara kita tidak sedar. Semuakita ada ketika di mana kita boleh berfikir secara kreatif. Misalnya baring, mandi dll. Jadi ambil peluang.

- Mesti beri masa untuk selesaikan masalah

- Misalnya membebaskan program komputer daripadavirus (debugging) melibatkan ujian, profiling, mengawalaliran, log fail, integrasi, pemantauan, kawalan prosesstatistik, buang memori, memperbaiki pengenalpastianvirus dll.

55

Page 56: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Beberapa sumber provokasi yang dikemukakan de Bono

• Provokasi tidak sengaja: pada mulanya ia mungkin ayat yang serius atau jenaka. Misalnya ada seseorang mencadangkan kuasa gelombang radio boleh menjatuhkan kapal terbang. Ia dianggap idea gila. Tetapi daripada idea gila ini timbul supaya gelombang radio digunakan untuk mengesan kapal terbang.

• Penyongsangan: bagaimana cara sesuatu itu dilakukan, kemudian disongsangkan. Kalau biasanya surat dihantar oleh posman, kita songsangkan—surat dihantar oleh dirinya sendiri…; kalau biasanya kita bayar tiket untuk masuk panggung dsbnya, tetapi songsangkan supaya sekarang tuan punya tempat pula yang membayar penonton…

56

Page 57: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Angan-angan kosong: apabila membuat angan-angan jangan yang biasa-biasa. Tinggikan imaginasi, mesti bersifat fantasi. Misalnya, Po, setiap penunggang motosikal dibenarkan merempit di lebuhraya; semua orang tidak perlu pergi bekerja…

• Gila-gila: teknik ini meliputi apa sahaja yang mungkin digunakan bagi membuat ayat provokasi. Po, semua orang jadi menteri; po, datang kuliah jangan pakai kasut; po, pelajar tak perlu bayar yuran tetapi bekerja…

• Biasanya orang takut mengeluarkan ayat provokasi kerana bimbang dikatakan bodoh atau gila. Dalam pemikiran lateral provokasi adalah keperluan asas.

57

Page 58: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Tujuan utama provokasi gila-gila ialah untuk memikirkan semula idea dan menerbitkan idea-idea lain. Apabila kita gunakan ‘po’ kita tahu idea yang diterbitkan gila-gila dan tidak praktikal, tetapi ia berfungsi dalam pemikiran kreatif—untuk menyergah otak kita menukar arah berfikir. Misalnya kad kredit pertama di dunia ialah Diner’s Club yang terbit daripada cadangan seorang eksekutif iklan supaya tidak perlu membayar selepas makan.

58

Page 59: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Kaedah lari (escape): dalam kaedah ini usaha ialah untuk kenalpasti jalan pemikiran sendiri dan kemudian lari atau jauhi jalan pemikiran ini.

• Cara untuk kenal pasti pola pemikiran kita ialah berdasarkan ‘take for granted’. Misalnya harga yang dikenakan oleh telefon awam adalah sama walaupun ada beberapa booth. Tetapi menggunakan kaedah ‘lari’ mungkin ada satu telefon yang mengenakan harga lebih mahal. Jadi ia akan selalu kosong, dan jika ada kecemasan ia boleh digunakan. Atau letakkan dua gagang di setiap telefon. Kita boleh buat panggilan dan pada masa yang sama terima panggilan, dan jika tali cukup panjang boleh digunakan oleh dua orang

59

Page 60: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Kaedah lari

60

Page 61: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Kaedah simulasi rawak

61

Page 62: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Kaedah simulasi rawak ini seperti keadaan di mana anda ditinggalkan bas/kereta di tengah-tengah bandar besar. Anda mungkin boleh mencari jalan pulang (dengan melihat peta, bertanya orang, pengetahuan sendiri) tetapi mungkin dari arah yang berbeza daripada jalan yang biasa anda lalui.

• Misalnya:

• gajah dikaitkan dengan keadaan yang sangat besar; raket –reka bentuk dapur; Gunung berapi—reka bentuk kamera; Undi-kawalan lalu-lintas; Polisi—syampu rambut

• Kaedah simulasi rawak: mudah dan seronok.

• Simulasi rawak menggunakan objek, perkataan, orang, majalah dll secara rawak.

62

Page 63: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Yang penting ia tidak boleh dipilih kerana jika dipilih bermakna ia dipilih melalui pola pemikiran yang sedia ada dan perubahan tidak berlaku sebaliknya pengukuhan yang berlaku.

• Dedahkan diri dengan pengaruh rawak atau dengan sengaja wujudkannya.

• Kaedah yang mudah ialah perkataan rawak yang boleh dicari menggunakan kamus.

• Contoh tanda merah pada rokok dikaitkan dengan lampu isyarat. Jika perokok menghisap rokok menghampiri tanda tersebut dia telah memasuki zon bahaya dan dia perlu membuangnya.

63

Page 64: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Kegunaan pemikiran lateral

• Sikap pemikiran lateral melibatkan kesanggupan mencari konsep yang lebih baik.

• Dalam kaedah batu loncatan, kita hargai idea kerana nilai pergerakannya bukan menilai. Sikap ini adalah positif dan membina.

• Dalam kaedah lari, kita fokus sama ada perkara yang kita ambil mudah itu satu-satu cara yang terbaik atau kita sanggup memperbaikinya dan lari daripada yang biasa.

• Dalam kaedah simulasi rawak, kita buka diri kita dengan pengaruh lain daripada yang biasa, dan kita benarkan diri kita di rangsang.

64

Page 65: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Pemikiran paralel

• Pemikiran ini berbeza daripada penghujahan tradisional atau suatu pemikiran adversarial (bertentangan).

• Secara umum ia adalah lanjutan dari lateral. Fokus kepada penerokaan yang lebih luas—mencari apa yang boleh dibuat bukan hanya apa dia?

• Dalam penghujahan tradisional atau pemikiran adversarial setiap pihak mengambil tempat yang berbeza atau arah yang bertentangan dan kemudian berhujah dan menyerang pihak yang satu lagi. Setiap pihak cuba membuktikan pihak yang satu lagi salah.

• Ini lah kaedah tiga sahabat Greek (Socrates, Plato and Aristotle) 2400 tahun dahulu.

65

Page 66: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Pemikiran ini kurang membina, dan tidak kreatif. Tujuannya untuk mencari ‘kebenaran’ dan bukannya membina apa-apa.

• Pemikiran paralel—semua pihak berfikir mengikut arah yang sama. Pemikiran bersama dan selaras. Arah boleh berubah dalam memahami sesuatu situasi. Tetapi mereka tetap dalam arah yang sama. Ini bukan bererti setuju. Pernyataan dan pemikiran yang berbeza tidak dihujah tetapi dibentang supaya selari. Pada akhirnya satu kaedah penyelesaian/ke hadapan dicipta berdasarkan pemikiran paralel tadi.

• Salah satu kaedah mudah yang praktikal ialah kaedah 6 topi berfikir yang dipopularkan oleh de Bono yang digunakan dengan meluas kerana ia lebih membina berbanding pemikiran hujah tradisional.

66

Page 67: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Pemikiran kreatif termasuk dalam pemikiran paralel dan pemikiran lateral termasuk dalam pemikiran kreatif.. Ini bermakna pemikiran paralel bukan sahaja pemikiran kreatif tetapi termasuk cadangan yang logikal, hipotesis atau sebarang maklumat.

• Pemikir paralel tidak peduli ‘betul’ atau ‘salah’. Konsep betul dan salah adalah pemikiran tradisional.

• Pemikiran paralel hanya membentangkan alternatif dan melihat ke mana idea itu akan pergi, bukannya menilai kerana menilai adalah kerja logik.

• Otak memandang ke hadapan dan mencari apa kelebihan idea tersebut

67

Page 68: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Yang penting ialah ‘selepas ini apa akan jadi’? Tetapi pemikiran ini bukan ingin menghasilkan huraian tetapi design/ciptaan.

• ‘kalau durian tidak mempunyai duri apa akan jadi’? Apabila jatuh ia mudah pecah. Durian mudah busuk, tidak boleh dijual segar. Apa ertinya? Perlu cipta klon durian yang rendah, mudah dipetik sebelum masak, supaya jatuh tidak pecah.

• Pemikiran paralel tidak menggunakan definisi dan memaksa idea masuk ke dalam kotak A atau B, ‘salah’ atau ‘betul’

• Dalam pemikiran paralel ada pertindihan, idea A mungkin ada ciri B.

• Dalam pemikiran tradisional salah tetap salah—ada kontradiksi. Tidak mungkin salah pada waktu yang sama betul.

68

Page 69: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Dalam pemikiran paralel ada kontradiksi yakni sesuatu idea mungkin ada ciri yang salah dan ciri yang betul pada masa yang sama, tetapi kedua-duanya kita terima dan kita tidak buat penilaian, kita gunakan kontradiksi untuk bergerak ke depan dan lihat apa akan terjadi seterusnya.

• Pemikiran paralel membentangkan idea untuk mencari kemungkinan paralel. Ada 4 jenis kemungkinan:

• Kemungkinan yang realistik—ada harapan—aids boleh diubati suatu hari nanti.

• Kemungkinan yang jauh—manusia boleh tinggal di bulan.

• Kemungkinan yang fantasi—hanya ada dalam kepala, misalnya ceria kartun superman, batman dll.

• Provokasi—kemungkinan yang mustahil tetapi berguna untuk menerbitkan idea kreatif.

69

Page 70: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Ciri berfikir paralel

1) Tidak diizinkan berbahas. Semua orang berfikir secara kreatif.

2) Tidak diizin bermain politik atau tunjuk siapa kuat tidak boleh membidas idea malah semua orang kena kemukakan idea.

3) Ada masa dikhaskan untuk mengemukakan emosi dan intuisi berkenaan isu yang dibincangkan

4) Tidak boleh egoistik dan merendah-rendahkan idea orang lain. Mereka semua perlu mencari kebaikan yang ada pada idea yang dibincangkan.

5) Tidak diizin berfikir dengan cara berkecamuk—dalam satu masa cuba menerbitkan idea, mengkritik, menilai, mencari maklumat dan membuat keputusan.

6) Tidak diizin menggunakan satu cara berfikir sepanjang masa. Tukar cara berfikir lepas satu cara, satu cara.

7) Pemikir paralel tidak takut dikritik. Setiap orang boleh mengkritik, mempertahankan dan mengemukakan idea masing-masing.

70

Page 71: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Latihan lateral

1. Pernyataan yang mana yang mungkin dapat digunakan sebagaiprovokasi dengan berkesan?

a. Kapal terbang perlu mendarat secara terbalik.

b. Burger mungkin boleh jadi segiempat

c. Tidur 5 jam memadai

d. Perlu ada lebih ramai wakil rakyat wanita

e. Rakyat perlu membayar cukai mengikut berat badan

71

Page 72: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

2. Gunakan provokasi lari untuk setiap yang di bawah [pilih satuyang anda sangat selesa dan kemudian keluarkan/buang.)

a. perkhidmatan bomba

b. perpustakaan

c. universiti

d. tenis

e. telefon bimbit

3. Gunakan provokasi songsang untuk setiap yang di bawah(ambil tindakan yang menggunakan kaedah biasa dansongsangkan

a. kumpul duit untuk kebajikan

b. menonton TV

c. memilih kerjaya

d. mengajar72

Page 73: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Pemikiran kritis

Objektif:

1. Kenal pasti makna berfikir kritis.

2. Mengaplikasi pemikiran kritis.

73

Page 74: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Pemikiran kritis

• Critical thinking is reasonable, reflective thinking that is aimed at deciding what to believe or what to do—Robert Ennis (Pemikiran kritis adalah pemikiran reflektif yang munasabah yang bertujuan untuk membuat keputusan apa yang hendak dipercayai atau lakukan).

• Analitik, judgmental dan memilih. Apabila kita berfikir secara kritis, kita sebenarnya membuat pilihan.

• Proses yang digunakan untuk merenung [reflect] dan menilai tanggapan yang menjadi asas kepada idea dan usaha kita atau orang lain.

74

Page 75: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Ia melibatkan penentuan makna serta kepentingan sesuatu yang dilihat atau yang dinyatakan tentang sesuatu inferens/tafsiran/kesimpulan atau hujah, bagi menentukan sama ada justifikasi untuk menerima sesuatu kesimpulan itu benar itu mencukupi

• Ia adalah proses intelektual yang melibatkan pemberian konsep, mengaplikasi, menganalisis, mensintesis, dan/atau menilai maklumat yang dikumpul. Proses ini diasaskan kepada nilai-nilai intelektual sejagat yang mengatasi pembahagian subjek: kejelasan, ketepatan, kejituan, ketekalan, bukti yang kukuh, alasan yang betul, lengkap dan adil.

75

Page 76: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Maksud berfikir kritis…

• Apabila kita berfikir secara kritis, kita tidak berfikir secara pasif dan menerima semua yang dilihat dan didengar. Anda berfikir secara aktif. Anda bertanya tentang apa yang anda lihat dan dengar, menilai, mengkategori, mendapatkan kaitan.

76

Page 77: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Langkah-langkah yang terlibat

• Ada tiga langkah dalam pemikiran kritis:

– 1. sedar wujudnya tanggapan

– 2. menyatakan tanggapan

– 3. menilai ketepatan

• Adakah tanggapan ini masuk akal?

• Adakah tanggapan ini sesuai dengan realiti di mana kita hidup dan faham?

• Dalam keadaan apa tanggapan ini benar?

• Dalam keadaan apa ia mungkin palsu?

77

Page 78: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Mengapa pemikiran kritis penting?

• Banyak pemikiran kita berat sebelah, diputarbelitkan, tiadamaklumat, atau berprasangka. Buah fikiran separuh masakmemberi kesan kepada kualiti hidup dan pembaziran wang.

• Semua tindakan, dan keputusan terbit daripada tanggapan—jika tidak diteliti akan menyebabkan keputusan yang salahatau kurang tepat.

• Dalam hubungan peribadi kita tidak bersoal jawab bagimewujudkan suasana harmoni—pola yang dipelajari daripadaibu bapa kita.

• Di tempat kerja bersetuju dengan apa yang diarahkan bagimengelakkan perbalahan dan tidak senang hati. Pada akhirnyakita menjadi biasa tidak mahu berfikir lagi sebaliknya hanyamenuruti.

78

Page 79: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Apa akan berlaku jika tiada pemikirankritis?

• Secara membuta tuli kita melakukan tindak balas yang merosakkan seperti mana yang kita pelajari.

• Secara membuta tuli kita menerima secara nilai muka semua justifikasi yang diberi oleh organisasi dan pemimpin politik.

• Secara membuta tuli kita percaya iklan TV.

• Secara membuta tuli kita percaya iklan politik.

• Secara membuta tuli kita menerima dan berkata jika buku tulis seperti itu maka ia adalah betul.

• Secara membuta tuli kita terima apa yang dibuat oleh organisasi adalah betul.

79

Page 80: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Tabiat orang yang berfikir kritis

• Yakin. Merupakan petunjuk orang yang mempunyai kemampuan menakul (reasoning).

• Perspektif kontekstual. Memberi perhatian kepada situasi secara menyeluruh, termasuk hubungan, latar belakang, dan persekitaran [bagi sesetengah hal yang berlaku].

• Kreativiti. Daya intelek yang mampu mencipta digunakan untuk menjana, menemukan atau menyusun semula idea, membayangkan alternatif.

• Fleksibiliti. Mampu mengubahsuai, terima, membaiki atau ubah fikiran, idea dan tingkah laku. Fleksibel dalam mempertimbangkan alternatif dan pandangan.

80

Page 81: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Sikap ingin tahu. Bersemangat untuk tahu melalui pencarian ilmu dan memahami melalui pemerhatian serta memberi soalan yang bernas bagi tujuan meneroka segala kemungkinan dan alternatif. Ingin tahu semua perkara dan isu.

• Integriti intelektual. Proses mencari kebenaran melalui cara yang ikhlas dan jujur, walaupun hasilnya mungkin bertentangan dengan tanggapan dan kepercayaannya.

• Intuisi. Mempunyai pemahaman diri tentang sesuatu tanpa menggunakan sebab secara sedar.

• Fikiran terbuka. boleh menerima pandangan pelbagai [divergent] dan peka dengan unsur-unsur bias/berat sebelah. Bersikap terbuka dengan pandangan dunia yang pelbagai.

81

Page 82: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Berfikiran adil dalam menilai takulan/reasoning.

• Munasabah dalam memilih dan menggunakan kriteria.

• Sedia menimbang semula untuk menyemak pendapat.

• Tabah. Sungguh-sungguh mengatasi masalah. Gigih mendepani kesukaran.

• Rajin mencari maklumat yang berkaitan.

• Merenung. Berfikir dalam bagi tujuan pemahaman mendalam dan penialain kendiri.

• Prihatin untuk sentiasa bermaklumat.

82

Page 83: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Komponen dalam pemikiran kritis

• Persepsi

• Tanggapan

• Emosi

• Bahasa

• Hujah

• Falasi/keliruan

• Logik

• Penyelesaian masalah

83

Page 84: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Persepsi

• Merujuk kepada cara kita menerima dan menterjemah pengalaman kita—bagaimana dan apa yang kita fikir tentangnya. Misal: bagi sesetengah orang yogurt yang tiada perasa sedap, tapi orang lain tidak.

• Biasanya persepsi dipelajari—melalui pengalaman sendiri dan orang lain—bagi sesetengah orang langit biru, burung berkicau, cokelat sedap.

• Persepsi adalah sistem penapisan yang penting. Kita menyaring maklumat melalui pilihan, susun, tafsir dan seterusnya bertindak. Persoalannya, bagaimana kita melakukannya. Persepsi kita menentukan apa yang kita fikir.

84

Page 85: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Tanggapan

• Kenal pasti tanggapan yang mendasari idea, kepercayaan, nilai dan tindakan yang kita ambil mudah merupakan pemikiran kritis yang utama. Kita membuat tanggapan berdasarkan pengalaman peribadi dan budaya bukannya daripada hujah yang mempunyai bukti kukuh. Sebab itulah kita tidak sedar.

• Bukan semua tanggapan tidak baik, malah semua pemikir kritis berpendapat pemikiran dimulakan dengan suatu tanggapan.

85

Page 86: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Misalnya, apabila kita membeli kereta kita anggap tidak ada masalah, dan kita boleh lena kerana sistem penggeranya akan berfungsi. Kecuali kita ada sebab kukuh yang mengatakan sistem penggera tidak berfungsi tanggapan kita bahawa sistem penggera berfungsi dengan baik adalah sah.

• Pemikir kritis akan mendedahkan tanggapan mereka dan juga orang lain. Walaupun tanggapan berdasarkan idea yang tidak perlukan penjelasan, tetapi dalam kebanyakan kes, lebih banyak penjelasan, fakta dan bukti mampu menyokong pandangan dan akhirnya dapat membuat keputusan yang baik.

• Tanggapan biasanya menjadikan kita puas hati dan tidak mahu berfikir mencari alternatif. Pemikir kritis mampu menjana dan menilai alternatif terhadap sesuatu tanggapan.Misalnya remaja bermasalah datang daripada keluarga yang bermasalah.

86

Page 87: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Emosi • Ada orang mengatakan “I felt before I thought” dan “Feeling is

first.” tetapi dalam budaya kita kata “Leave emotion out of it.”

• Emosi/perasaan membezakan manusia daripada mesin dan haiwan. Ia termasuk dalam apa yang kita buat dan fikir.

• Ia boleh mempengaruhi dan memberi inspirasi, tetapi boleh juga menghancurkan. Semua orang ada halangan peribadi—pembudayaan, ego, konsep kendiri, bias dll. yang dibentuk oleh pendedahan kepada budaya dan genetik. Tetapi bagi pemikir kritis halangan ini bukan dinding tapi rintangan. Mereka tidak menafikan emosi tetapi menerima dan mengurusnya.

87

Page 88: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Bahasa

• Bahasa adalah landskap fikiran atau perisian otak. Maknanya berfikir tidak boleh diasingkan daripada bahasa.

• Kita gunakan bahasa untuk: memberitahu, menerangkan, dan memujuk/mempengaruhi. Kemahiran berfikir pada akhirnya bertujuan untuk mempengaruhi

• Bahasa adalah suatu sistem simbol atau perkataan yang mempunyai makna dan peraturan tertentu/standard untuk menggunakannya.

• Melalui standard ini ada dua jenis makna—denotatif dan konotatif.

88

Page 89: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Denotatif—makna kamus, makna yang sama untuk semua orang. Misalnya epal merujuk kepada buah pokok epal yang bulat, keras dan boleh dimakan

• Konotatif—bergantung kepada apa yang dikaitkan seseorang. Epal misalnya merujuk kepada Adam dan Hawa, pai epal, komputer atau pun kesihatan.

• Makna konotatif ini digunakan untuk mempengaruhi dan mendapatkan emosi tertentu.

89

Page 90: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Hujah

• Ialah dakwaan, yang digunakan untuk mempengaruhi sesuatuitu benar (atau tidak), atau harus (tidak harus) dilakukan.

• Mengandungi 3 unsur: isu, satu atau lebih sebab/premis, dansatu atau lebih kesimpulan.

• Hujah boleh jadi sah atau tidak sah bergantung kepadastuktur dan hanya premis serta kesimpulan yang dapatdilakukan, yang mungkin salah atau betul.

• Tujuan pemikiran kritis untuk melaksanakan hujah yang bernas, yang mempunyai struktur yang sah dan sempurnayang mengandungi premis yang betul. Di sinilah penggunaanlogik yang akan dapat membezakan.

90

Page 91: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Contoh hujah

1. Premis/sebab: semua mamalia adalah haiwan. Anjing adalah mamalia.

Kesimpulan: Oleh itu anjing adalah haiwan.

2. Premis: Azman seorang lelaki yang tampan dan beliau ada ramai teman wanita.

Kesimpulan: Lelaki tampan mempunyai ramai teman wanita.

91

Page 92: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Kekeliruan hujah

• Taakulan yang tidak memenuhi kriteria sebagai hujah yang bernas adalah salah atau falasi.

• Suatu falasi terbit daripada pola taakulan yang salah. Ini bermakna premis tidak betul, tidak lengkap atau tidak mempunyai maklumat yang berkaitan. Tetapi tidak bermakna kesimpulan yang dibuat juga salah.

• Contoh premis yang disyaki tidak betul:

Premis: Hanya orang yang memberi arahan patut dihukum. Saya tidak mengeluarkan arahan. Saya hanya melaksanakan arahan.

Kesimpulan: Oleh itu saya tidak patut dihukum.

92

Page 93: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Logik hujah

• Ada dua kaedah penaakulan: deduktif dan induktif.

• Penaakulan deduktif bergantung pada fakta, kepastian, kesahihan, hujah premis yang betul serta kesimpulan yang disokong.

• Cth. Ali adalah anak Salmah. Oleh itu Salmah adalah ibu Ali.

• Penaakulan induktif bergantung pada fakta yang pelbagai, kemungkinan, generalisasi, hipotesis, analogi.

• Cth. Nenek saya kuat berleter. Umurnya 70 tahun. Perempuan tua suka berleter.

93

Page 94: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Latihan hujah

• Beri premis-premis untuk kesimpulan berikut:

• Kestabilan dan kemakmuran sesebuah negara bergantung pada tahap ekonomi negara tersebut.

94

Page 95: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Mempertajam kemahiran berfikir kritis

Fikiran dapat ditingkatkan antaranya menggunakan soalanSocratic iaitu soalan-soalan yang diajukan oleh Socrates terhadap rakan-rakannya (R.W. Paul)

1. Soalan untuk penjelasan. Antara soalan-soalan yang ditanyakan adalah untukmenjelaskan dengan menggunakan bahasa yang sesuaitentang konsep dan idea.• Mengapa anda berkata begitu? • Bagaimana ia berkait dengan apa yang kita bincangkan? • Misalnya: ‘adakah markah yang tinggi dalam peperiksaan

itu sangat penting?’

95

Page 96: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

2. Soalan untuk membuktikan tanggapan.

Antara soalan-soalan yang ditanyakan:

• Apa tanggapan yang boleh menggantikan tanggapan yang ada?

• Bagaimana untuk mengesahkan atau menolak tanggapantersebut?

• Misalnya: “Mengapa markah yang tinggi dalam peperiksaanmengetepikan semua pencapaian yang lain?"

96

Page 97: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

3. Soalan yang memeriksa/siasat sebab-sebab dan bukti. Antara soalan-soalan yang ditanyakan:

• Apakah contohnya?

• Apa…analoginya?

• Apakah pendapat anda penyebab perkara tersebutberlaku…? Mengapa?

• Misalnya: “Adakah markah yang tinggi dalam peperiksaanbermakna pengetahuan pelajar meningkat?"

97

Page 98: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

4. soalan tentang sudut pandangan dan perspektif. Antara soalan-soalan yang ditanyakan:

• Apakah alternatifnya?

• Terangkan apakah kebaikannya dan siapa yang mendapatfaedah?

• Mengapa ia yang terbaik?

• Apakah kekuatan dan kelemahan…?

• Misalnya: “Dengan pelbagai kemahiran yang diperlukanadakah pelajar mendapat kebaikan daripada markahyang tinggi dalam peperiksaan?"

98

Page 99: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

5. Soalan yang menyiasat implikasi dan kesudahan. Antarasoalan-soalan yang ditanyakan :

• Apakah generalisasi yang boleh dikatakan?

• Apakah kesan tanggapan tersebut?

• Bagaimana ia…memberi kesan/menjejaskan...?

• Bagaimana ia…berkait dnegan apa yang kita telah pelajari?

• Misalnya:“Apakah yang akan berlaku jika kita tidak mendapatmarkah yang tinggi dalam peperiksaan?"

99

Page 100: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

6. Soalan kepada soalan. Antara soalan-soalan yang ditanyakan:

• Apakah tujuan soalan ini?

• Anda fikir mengapa saya tanya soalan ini?

• Apakah maksud…?

• Bagaimana ia …diaplikasikan dalam kehidupan harian?

• Misalnya: “Mengapa anda fikir markah yang tinggi dalampeperiksaan penting?"

100

Page 101: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Halangan tidak berfikir secara kritis

• Dianggap negatif kerana mempersoalkan idea tetapi tidakdiganti. Sebenarnya ia adalah proses yang positif keranamampu meletakkan perkara daripada perspektif yang lebihrealistik.

• Tidak mampu bertanggungjawab kepada orang atau idea. Sebenarnya tanggungjawab ini menjadikan ia seorang yang bermaklumat.

• Dianggap memberi trauma kerana meninggalkan tanggapanyang lama. Sebenarnya sesetengah kepercayaan tetap utuhtetapi mereka akan menjadi orang yang lebih bermaklumat.

• Dianggap kejam, dan tiada perasaan. Sebenarnya memberirasa bebas dan sensitif kerana individu tersebut cubamembebaskan diri daripada tanggapan lampau dankebimbangan terhadap pemeriksaan kendiri/self- scrutiny.

101

Page 102: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

102

Page 103: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Pemikiran kritis dalam menjana ilmu

Objektif:

1. Kenal pasti fikiran kritis mengikut bidang

2. Memahami tindakan untuk menjana ilmusecara kritis.

103

Page 104: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Pencarian ilmu

• Bagaimana menambah ilmu yang kita telah ada?

• Bagaimana memperkembangkan domain ilmu?

• Bagaimana kita tahu apabila ada penemuan baru atau kesimpulan yang dibuat adalah ilmu baru?

• Apakah tanda kebenaran?

104

Page 105: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Bagaimana berfikir kritis mengikutbidang

• Disiplin yang berbeza mempunyai pendekatan pemikiran kritis yang berbeza. Apabila anda mempelajari sesuatu disiplin anda belajar berfikir mengikut disiplin tersebut. Misalnya ahli geologi akan berfikir:

• Mengkategorikan batuan dan pembentukan tanah

• Menerangkan bagaimana ia berevolusi

• Meramal apa yang akan dijumpai dalam situasi dan keadaan yang sama.

105

Page 106: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Semua disiplin memerlukan anda bertanya soalan, kaitan teoridengan amalan, cari dan guna bukti, nilai, cari kaitan, dankategorikan.

• Sains biasanya mementingkan interpretasi dalam sesuatukerangka kerja, menjelaskan, menerangkan, meramal, dankenal pasti sebab dan akibat.

• Pengurusan biasanya mementingkan pengenalpastianmasalah dan penyelesaian, mengaitkan teori dan amalan, serta melakukan perbandingan dan perbezaan.

• IT biasanya mementingkan analisis situasi yang kompleksmenjadi bahagian-bahagian komponen.

• Sastera dan sejarah biasanya memfokus kepada membuatdakwaan dan menyokong dakwaan, biasanya menurutkerangka kerja khusus misalnya feminisme, postmodernismedll.

106

Page 107: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Berfikir kritis melibatkan…

MenghubungkanhujahMeyakinkan hujah

MenjanaMenganalisisMengalah / Bertolakansur

MengaitkanMenyusun / MewujudkanMenarik balik

MenghubungkaitMenyusun aturMencadang

MembayangkanMembanding

RamalMembeza

MengunjurMempersoalMenerima

MenangguhMengagakMenolak

MempertaruhkanMengubahsuai

MenciptaMemperluas

MembuktikanHipotesispemurnian

PembaikanMengulangMenguji

MenjelaskanMengimbas kembaliMenilai

Mencampur-adukBerkerjasamaSinkronis

MenyeimbangkanSpekulasiberlawanan

AsimilasiKenalpasti/Memahami

107

Page 108: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Bagaimana belajar mengamalkankaedah baru dalam pemikiran?

• Dapatkan kemahiran

• Membangunkan sikap/habit/ciri-ciri

• Menilai amalan pemikiran sendiri mengikut standard

108

Page 109: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Beberapa aktiviti yang terlibat dalampemikiran kritis

• Menginterpretasi mengikut sesuatu kerangka kerja--meramal

• Mengaitkan teori dengan amalan--menerangkan

• Membuat dakwaan dan menyokongnya--menganalisis

• Menggunakan bukti yang sesuai-mensintesis

• Membuat kaitan antara idea--mengkategori

• Bertanya soalan-membina sebab dan akibat

• Menilai—membanding dan membeza

kenal pasti masalah dan penyelesaian

109

Page 110: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Pemikiran kritis semasa membaca

• Semasa membaca teks akademik anda membina respons personal (tetapi bersifat akademik dan rasional) terhadap artikel/teori/bab melalui:

• Membina kefahaman tentang kandungan

• Menilai dan mengkritik artikel

• Sebelum membaca teks dengan teliti, baca pendahuluan atau abstrak dan baca seimbas bagi mendapatkan idea awal. Kemudian baca dengan teliti dan kritis.

110

Page 111: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Soalan-soalan yang dapat membantuanda membaca secara kritis

• Apakah poin utama teks?

• Bolehkah anda tulis menggunakan perkataan anda sendiri?

• Apakah contoh-contoh yang digunakan? Adakah ia berguna? Bolehkah anda fikir contoh yang lain?

• Apakah faktor (idea, orang, perkara) yang dilibatkan? Bolehkah anda fikir perkara-perkara yang mungkin tertinggal?

• Adakah wujud bias (berat sebelah) atau mempunyai rangka kerja tertentu? Bolehkah anda nyatakan jalan pemikiran (school of thought) pengarang?

111

Page 112: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Bolehkah anda tunjukkan langkah-langkah (step) hujah yang diutarakan? Adakah langkah-langkah ini mengikut logik?

• Bolehkah kesimpulan yang lain dibuat berdasarkan hujah yang dibentangkan?

• Adakah idea utama dalam teks disokong dengan bukti kukuh(berdasarkan kajian lepas, tidak beremosi, logik)?

• Adakah anda setuju/tidak bersetuju dengan pengarang? Mengapa?

• Apakah kaitan yang anda dapat lihat antara teks ini denganteks lain?

• Apakah yang membezakan daripada teks lain bagi subjek yang sama?

• Apakah implikasi yang lebih besar—untuk anda, dan untukbidang?

112

Page 113: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Teknik bagi membantu andamembaca secara kritis

• Apabila mengambil nota, bahagikan buku nota kepada 2 bahagian. Idea utama di bahagian kiri, dan komen yang menyokong di bahagian kanan. Tambahkan komen anda dalam kurungan atau gunakan warna pen yang berbeza.

• Bercakap dengan orang lain (yang berminat) tentang perkara yang anda baca.

• Kaitkan teks ini dengan teks lain dan lihat tema-tema yang sama dan yang berbeza.

113

Page 114: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Fikirkan bagaimana anda harus menerangkan apa yang dimaksudkan oleh teks kepada misalnya pelajar sekolah menengah. Apakah yang anda akan tambah supaya dapat difahami? (ini membantu anda melihat tanggapan yang tersembunyi yang tidak dinyatakan.)

• Tanya diri sendiri: ‘bolehkah kita tidak bersetuju dengan apa yang ditulis/nyatakan?'

• Tanya diri sendiri : ‘bagaimana saya boleh meyakinkan kawan/guru yang saya memang faham apa yang ditulis/nyatakan?'

114

Page 115: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Pemikiran kritis dalam penulisanilmiah

• Kenal pasti apakah jenis pemikiran kritis yang terlibat—membanding? Menyelesai masalah? Mencari sebab dab akibat? menilai?

• Jika anda ingin menyatakan sesuatu yang baru pastikan adabukti tambahan untuk menyokong.

• Pastikan setiap yang dikatakan disokong dengan bukti danrujukan.

• Kaitkan apa yang anda katakan dengan keseluruhan bidangdisiplin.

• Jika tiada tajuk pastikan tajuk yang hendak ditulis bermakna—apa signifikannya.

• Beri hujah di kedua-dua pihak.

115

Page 116: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Menambah kualiti dalam penulisan

• Tulisan mestilah kritis dalam erti kata yang luas: mengkategori faktor yang terlibat, membina sebab dan akibat, membanding dan membeza, menyatakan masalah dan mencadangkan penyelesaian dll.

• Tulisan mestilah rasional, seimbang, dihujah dengan jelas, dan ada bukti daripada pelbagai sumber.

• Tulisan yang baik ada sesuatu yang besar. Berwawasan dan mampu menggugah minda; ada banyak contoh yang menarik dan berkaitan; mampu membuktikan pemikiran yang mendalam.

116

Page 117: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Kesimpulan sangat penting. Gunakan kesimpulan untuk:

– Menyatakan mengapa topik ini sangat penting

– Buat ramalan masa depan (berdasarkan apa yang anda tulis)

– Beri penilaian (yang disokong oleh isi teks tulisan anda)

– Cadangkan penyelesaian bagi masalah yang dinyatakan.

– Nyatakan semula hujah utama dalam ayat yang meyakinkan (berdasarkan hujah yang ada dalam isi teks)

– Dalam kesimpulan jangan sesekali menyatakan “semua masalah akan berakhir dengan baik dan cantik kerana tiada satu pun perkara dalam dunia ini sempurna. Malah teori yang paling baik pun ada kelemahan dan dikritik’. tulisan anda akan kelihatan mudah (jika anda melihat dari satu sudut baik atau buruk)

117

Page 118: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Sifat pengamal pemikiran kritis

• Sentiasa mencari kebenaran: ingin mencari ilmu, walaupun ilmu tersebut mungkin tidak dapat menyokong tanggapannya, kepercayaan atau minatnya.

• Berfikiran terbuka: bertolak ansur dnegan pandangan yang pelbagai.

• Menganalisis: perlukan sebab dan bukti, peka dengan situasi yang bermasalah, cenderung menjangka akibat.

• Bersistem: perlukan susunan , fokus dan rajin mendekati masalah di semua tahap.

118

Page 119: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Berkeyakinan: percaya kemampuan diri sebagai pemikir yang baik.

• Ada rasa ingin tahu: sentiasa dahagakan ilmu dan suka belajar walaupun ilmu tersebut bukan untuk kegunaan segera.

• Matang: cermat mengatur dan menilai judgment. Sedar bahawa terdapat pelbagai penyelesaian bagi sesuatu masalah. Juga sedar bahawa sesuatu masalah perlu penyelesaian walaupun tiada maklumat lengkap.

119

Page 120: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Latihan

• Bagi pasangan di bawah ini ada banyak perkara yang samawalaupun kelihatan berbeza. Sebut 2 perkara yang sama yang dikongsi oleh pasangan ini…

• Majalah/radio• Ulat/siput• Air/angin• 3/7• Singa/gajah• Tomato/ceri• Pensil/lilin• Gergaji/sikat• Ikan/sabun• Hujan/air mata

120

Page 121: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Unsur dalam pemikiran kritis

1. Semua penakulan (reasoning) mempunyai tujuan.

2. Semua penakulan cuba mendapatkan sesuatu keputusan/kesimpulan bagi menyelesaian persoalan, dan masalah.

3. Semua penakulan diasaskan kepada tanggapan.

4. Semua penakulan diperoleh daripada suatu sudut pandangan.

5. Semua penakulan diasaskan kepada data, maklumat dan bukti.

6. Semua penakulan dinyatakan dan dibentuk oleh konsep dan idea.

7. Semua penakulan mengandungi inferens/taabir/ramal yang membolehkan kita membuat kesimpulan dan memberi makna kepada data.

8. Semua penakulan mempunyai implikasi dan akibat.

121

Page 122: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

1. Semua penakulan mempunyai tujuan.

Ambil masa untuk menyatakan tujuan anda denganjelas.

Bezakan tujuan anda daripada tujuan-tujuan lain yang berkaitan.

Semak secara berkala bagi memastikan anda di ataslandasan yang betul.

Pilih tujuan yang penting dan realistik.

122

Page 123: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

2. Semua penakulan cuba mendapatkan sesuatukeputusan/kesimpulan bagi menyelesaian persoalan, danmasalah.

Ambil masa untuk menyatakan soalan.

Nyatakan soalan dalam pelbagai cara bagi menjelaskanmakna dan skop.

Pecahkan soalan kepada soalan-soalan yang lebih kecil.

Kenal pasti jika ada soalan yang ada jawapan yang betul, atau hanya pandangan, atau memerlukan penaakulandaripada beberapa sudut pandangan.

123

Page 124: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

3. Semua penakulan diasaskan kepada tanggapan.

Kenal pasti tanggapan anda dengan jelas dan pastikan sama ada ia berjustifikasi (alasan yang kuat).

Pertimbangkan bagaimana tanggapan anda membentuk sudut pandangan anda.

4. Semua penakulan diperoleh daripada suatu sudut pandangan.

Kenal pasti pandangan anda.

Cari pandangan lain dan kenal pasti kekuatan dan kelemahannya.

Sentiasa adil dalam menilai semua pandangan.

124

Page 125: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

5. Semua penakulan diasaskan kepada data, maklumat dan bukti.

Kenyataan mesti disokong oleh data.

Cari maklumat yang menolak dan yang menyokongkenyataan/dakwaan.

Pastikan semua maklumat yang digunakan jelas, tepat, danrelevan dengan isu/masalah.

Pastikan anda mengumpul maklumat yang mencukupi.

6. Semua penakulan dinyatakan dan dibentuk oleh konsep danidea.

Kenal pasti konsep asas dan terangkan dengan jelas.

Pertimbangkan konsep, atau definisi konsep alternatif/yang lain.

Pastikan anda menggunakan konsep secara cermat dantepat.

125

Page 126: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

7. Semua penakulan mengandungi inferens/taabir/ramal yang membolehkan kita membuat kesimpulan dan memberi maknakepada data.

Buat kesimpulan berdasarkan bukti.

Semak keseragaman/ketekalan inferens(kesimpulan/natijah) antara satu sama lain.

Kenal pasti tanggapan yang membawa anda kepadakesimpulan/inferens.

8. Semua penakulan mempunyai implikasi dan akibat.

Kenal pasti implikasi dan akibat bagi penakulan yang dibuat.

Cari implikasi negatif dan positif .

Pertimbangkan kemungkinan akibat.

126

Page 127: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Konvensyen pemikir kritis dalam kelas

1. Oleh sebab kita bukan tuhan, sesetengah kepercayaan kita mungkinsalah.

2. Fahami pandangan orang yang yang tidak bersetuju dengan andasebelum anda memahami pandangan anda sendiri.

3. Anda belum benar-benar memahami pandangan orang lain sehinggalah anda dapat memberi ringkasan terhadap pandangantersebut.

4. Anda perlu ingat selalu bahawa orang yang mempunyai pandanganyang berbeza dengan anda juga seorang yang cerdik sebagaimanaanda.

5. Untuk menjadi pemikir kritis anda perlu mampumempertimbangkan pandangan lain/alternatif dan menukar fikiran.

6. Bergerak atau berundur kepada relativisme adalah menjauhipemikiran kritis. Ini kerana bukan semua pandangan itu sah/betul.

127

Page 128: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Beberapa perkataan yang digunakandalam pemikiran kritis

• Pengkonseptualan— membina “gambaran minda”

• aplikasi—menggunakan konsep

• analisis—periksa secara teliti; memperinci

• mensintesis—ambil semua perkara secara tersusun dan logik

• Menilai—buat keputusan tentang; mengulas; mentaksir dll.

128

Page 129: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Taksonomi Bloom

• Benjamin Bloom (1956) membangunkan tahap klasifikasi tingkah laku intelektual dalm pembelajaran.

• Ada 3 domain yang bertindih:kognitif, psikomotor, dan afektif.

• Dalam domain kognitif, ada 6 tahap: pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis, dan penilaian—yang sangat penting dalam kemahiran berfikir.

• Setiap kategori kognitif mengandungi senarai beberapa kemahiran berfikir yang perlu dilakukan dalam mencapai matlamat pembelajaran.

• Pengetahuan: jelaskan, kenal pasti, ingat semula, faham, siasat, tunjuk, kumpul.

129

Page 130: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Sintesis: hasilkan, cadang, cipta, rancang, gabung, formulasi, susun, tanggap, bina.

• Menilai: pertimbangkan, nilai, kritik, buat keputusan.

• Berfikir kritis melibatkan berfikir logik dan menaakul (reasoning) seperti membanding, mengkelaskan, sebab/akibat, mempola, analogi, menaakul secara deduktif dan induktif, meramal, merancang, hipotesis, dan mengkritik.

• Kemahiran berfikir tahap tinggi melibatkan 3 tahap taksonomi Bloom yang teratas: analisis, sintesis, dan menilai.

130

Page 131: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Pemikiran kritis adalah kemahiranumum

• Kemahiran ini berguna dalam pekerjaan. Kita sentiasa perlu membuat keputusan yang berasaskan pemikiran kritis, untuk menilai proses, dan hasil, dan memikirkan amalan-amalan yang dilakukan.

• Pemikir kritis yang baik mampu menjadi pekerja yang baik.

131

Page 132: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Latihan: Berfikir kritis

“Jumlah rakyat yang tidak mahu mengundi semakin meningkat. Banyakyang mengatakan mereka tidak menyokong sesiapa. Sesetengahnyamengatakan ‘wang memainkan peranan dalam pilihan raya, dan calonyang mendapat bayaran tinggi dan kempen media yang berkualiti akanmenang’ . Kebanyakannya berfikir wang memainkan peranan yang tidakbaik dalam menentukan keputusan undian”.

Cadangkan penyelesaian kepada masalah ini, yang mengambil kirapandangan individu dan organisasi yang mempunyai wang dapatmenggunakan wang mereka membiayai gerakan politik yang merekapercayai.

Jika anda suka, anda boleh mengambil kedudukan bahawa tidak adapenyelesaian kepada masalah ini, dan kita sebenarnya tiada pilihanmelainkan menerimanya.

132

Page 133: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Hujah

Objektif:

1. Kenal pasti ciri-ciri hujah

2. Dapat membina dan menilai hujah

133

Page 134: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Pemikiran kritis

• Pemikir kritis hanya membuat kesimpulan selepas merekamenjelaskan makna sesuatu perkara/konsep/isu, membezakanfakta dan pendapat, bertanya soalan yang berkaitan, melakukanpemerhatian yang terperinci, dan mengenal pasti tanggapan.

• Pemikir kritis membuat penegasan (assertion) berdasarkan buktidan logik yang kukuh. Pemikir kritis bergantung pada:– Bukti [ periksa masalah dengan cermat, tanya soalan yang perlu,

kenal pasti tanggapan dan berat sebelah, menjelaskan kriteria, cari bukti, kenal pasti maklumat yang tiada/missing]

– Logik [ nilaikan pernyataan dan hujah, analisis data, pertimbangkan pelbagai penjelasan, tolak maklumat yang salahatau tidak berkaitan, akui berlaku kurang faham atau maklumatapabila perlu, jangan buat kesimpulan/judgment sehinggasemua fakta dipertimbangkan, ubahsuai pandangan apabilafakta baru wujud]

134

Page 135: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Elemen pemikiran kritis

• Kenal pasti premis dan kesimpulan. Pemikir kritis mengkaji hujah dengan melihat pernyataan asas dan membuat kesimpulan yang logik.

• Menjelaskan hujah: Pemikir kritis mengesan kekaburan dan kesamaran hujah dan saranan/kenyataan.

• Membina fakta: Pemikir kritis menentukan sama ada premis munasabah dan kenal pasti maklumat yang tidak disertakan. Mereka memastikan sama ada implikasinya logik dan mencari maklumat yang mungkin bertentangan.

135

Page 136: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Hujah

• Bahagian paling penting dalam pemikiran kritis ialahmengenal pasti, membina, dan menilai hujah.

• Dalam kehidupan harian kita menggunakan kata ‘hujah’ yang memberi makna bergaduh dengan orang lain.

• Tetapi dalam pemikiran kritis dan logik, hujah adalahpernyataan-pernyataan dan satu daripadanya adalahkesimpulan manakala yang lainnya adalah premis atauandaian kepada hujah.

• Untuk menjadi hujah ia mesti ada premis sebagai sebab untukmenerima kesimpulan. Berhujah bukan bermakna mengkritikatau menyalahkan seseorang. Hujah juga digunakan untukmenyokong pendapat orang lain.

136

Page 137: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Hujah adalah percubaan untuk meyakinkan seseorang (mungkin juga diri sendiri) yang sesuatu dakwaan (yang dipanggil kesimpulan) adalah benar—memberi sebab untuk percaya yang sesuatu itu benar.

• Hujah mengandungi beberapa dakwaan (yang dipanggil premis) yang bertindak sebagai sebab (sebab-sebab) untuk mempercayai sesuatu kesimpulan itu benar.

• Apabila kita berhujah kita mengemukakan premis bagi menyokong apa yang disimpulkan itu benar.

• Kita boleh berhujah tentang perkara yang ada, yang tiada atau belum berlaku lagi.

• Apabila kita berhujah, kita mewajarkan atau membuktikan apa yang kita dakwa sebagai benar.

137

Page 138: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Contoh hujah

• ‘Jika anda ingin mendapatkan pekerjaan yang baik, anda perlu bekerja keras. Anda ingin mendapat kerja yang baik. Jadi anda perlu bekerja keras’.

• Dua ayat pertama adalah premis kepada hujah, dan ayat akhir adalah kesimpulan. Untuk menjadikan ia sebagai hujah perlu ada premis sebagai sebab untuk menerima kesimpulan.

138

Page 139: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Orang yang dogmatik cenderung untuk membuat kenyataan tanpa memberi sebab. Apabila mereka dikritik biasanya mereka gagal berhujah untuk mempertahankan pandangan mereka.

• Untuk meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis kita harus membangunkan sikap memberi hujah yang baik bagi menyokong pandangan kita.

• Bagi mempertahankan pandangan, fikirkan sama ada anda dapat memberi lebih daripada satu hujah untuk menyokong pandangan anda. Juga fikirkan kemungkinan bantahan kepada pandangan anda. Pemikir yang bagus memikirkan hujah kedua-dua pihak bagi sesuatu isu.

139

Page 140: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Format hujah

• Bagi tujuan untuk menganalisis dan menilai hujah labelkan premis dan kesimpulan dan letakkan dalam baris yang berasingan dengan kesimpulan berada di bawah:

• (Premis 1) Jika anda ingin mendapatkan pekerjaan yang baik, anda perlu bekerja keras. (Premis 2) Anda ingin mendapat kerja yang baik. (Kesimpulan) Jadi anda perlu bekerja keras.

140

Page 141: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• ‘Kita tidak harus menyakiti lembu dan kambing. Malah kitatidak sepatutnya menyakiti sebarang haiwan yang mempunyaiperasaan, dan lembu dan kambing adalah haiwan yang adaperasaan’.

• (Premis 1) Kita tidak sepatutnya menyakiti sebarang haiwanyang mempunyai perasaan.(Premis 2) Lembu dan kambing adalah haiwan yang adaperasaan.(Kesimpulan) Kita tidak harus menyakiti lembu dan kambing.

• ‘Jika cecair ini berasid, kertas litmus akan menjadi merah. Tetapi kertas litmus tidak menjadi merah, maka cecair ini tidakberasid.’

• (Premis 1) Jika cecair ini berasid, kertas litmus akan menjadimerah.(Premis 2) Kertas litmus tidak menjadi merah .(Kesimpulan) Cecair ini tidak berasid.

141

Page 142: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Perhatikan kesimpulan tidak selalunya terletak di bahagian akhir petikan yang mengandungi hujah (cth pertama).

• Kadang-kadang kesimpulan juga tidak ditulis secara eksplisit. Misalnya yang dinyatakan melalui soalan retorik; Bagaimana anda boleh percaya rasuah dapat diterima? Ia bukan sahaja tidak adil tetapi tidak sah di segi undang-undang!

• Dalam format hujah ia ditulis seperti berikut:

• (Premis) Rasuah tidak adil dan tidak sah di segi undang-undang.(Kesimpulan) Rasuah tidak dapat diterima.

142

Page 143: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Penanda hujah

• Hujah biasanya ditandai dengan kata ‘maka’, ‘jadi’, ‘oleh itu’, ‘supaya’, ‘oleh sebab itu’, ‘ini menunjukkan’, dll.

• Tetapi ada juga hujah yang tidak ditandai atau dinyatakan dengan jelas atau tersurat.

• Misalnya: Kita tidak harus menyakiti lembu dan kambing. Malah kita tidak sepatutnya menyakiti sebarang haiwan yang mempunyai perasaan, dan lembu dan kambing adalah haiwan yang ada perasaan

143

Page 144: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Ciri hujah 1: Terdiri daripada kenyataan

• Pemikiran kritis adalah tentang hujah: apakah hujah anda, apakah jenis hujah anda, mengapa sesetengah hujah lebih baik?

• (1) hujah terdiri daripada kenyataan/pernyataan, sama ada ia benar atau palsu

• Kadang-kadang hujah dilihat sebagai perbalahan secara lisan tetapi ini bukan makna hujah dalam pemikiran kritis. Kadang kala kita fikir kita berhujah sedangkan sebenarnya kita hanya memberi penegasan/assertion sahaja. Jadi pastikan kita faham apa makna hujah.

144

Page 145: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Monty Python dalam Argument Clinic menyatakan hujah sebagai:

• An argument is a connected series of statements intended to establish a definite proposition. ...an argument is an intellectual process... contradiction is just the automatic gainsaying of anything the other person says. [hujah adalah siri pernyataan yang saling berkait yang bertujuan untuk membina proposisi/usul/cadangan yang pasti…hujah adalah proses intelektual…penyangkalan hanyalah kata-kata yang dikeluarkan secara automatik bagi menolak apa yang diperkatakan oleh sebelah pihak lagi]

145

Page 146: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Hujah adalah cubaan yang disengajakan/dirancang melampaui daripada hanya membuat penegasan. Apabila anda berhujah anda membuat beberapa/siri kenyataan yang berkaitan sebagai percubaan untuk menyokong penegasan yakni memberi sebab yang baik kepada orang lain untuk percaya apa yang anda nyatakan/tegaskan itu adalah benar bukannya palsu.

• Contoh penegasan:

• 1. Shahnon Ahmad menulis Ranjau Sepanjang Jalan.2. Konfrontasi Malaysia-Indonesia disebabkan oleh pembentukan Malaysia.3. Tuhan wujud.4. Pelacuran tidak bermoral.

146

Page 147: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Ciri 2: Hujah mestilah berstruktur

• (2) hujah mestilah berstruktur, dengan premis dankesimpulan.

• Premis bertindak sebagai sebab bagi mempercayaikesimpulan. Lihat ayat di bawah—sama ada hujah atausenarai kenyataan. Jika ia hujah nyatakan kesimpulannya.

‘Sebelum mereka memulakan persekolahan, semua murid perlu ada beberapa kemahiran, misalnya bercakap, memakaipakaian, mencuci, dan kenal warna. Ibu bapa biasanya bolehmengajar kemahiran ini. Kita sepatutnya berbelanja untukmendidik masyarakat menjadi ibu bapa yang lebih baikbukannya berbelanja untuk pendidikan prasekolah’.

147

Page 148: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Premis• Hujah mengandungi beberapa dakwaan (yang dipanggil

premis) yang bertindak sebagai sebab (sebab-sebab) untuk mempercayaai sesuatu kesimpulan itu benar.

• Tuntutan/dakwaan/pernyataan yang menyokongkesimpulan

• Menyediakan sebab untuk menerima hujah• Premis yang dapat diterima ialah premis yang disokong

oleh bukti dan alasan. • Jika premis palsu, hujah mungkin cacat• Ada dua premis dan satu kesimpulan. Hujah yang

kompleks mungkin mengandungi banyakdakwaan/tuntutan—tetapi boleh dibahagikan kepadadua premis dan satu kesimpulan

• Setiap premis boleh disokong dengan pelbagai cara.

148

Page 149: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Kesimpulan• Ialah dakwaan/tuntutan yang disokong• Jika, Ikhsan berhujah yang kita perlu membina jambatan

kedua untuk mengurangkan kesesakan paling berkesan, makakesimpulan hujahnya ialah cadangan ‘yang kita patutmembina jambatan kedua’.

• Manakala premis bagi hujah ialah ‘membina jambatan keduaadalah cara paling berkesan mengurangkan kesesakan’

• Berfikir dengan cara ini dapat membantu kita mencari strategi‘sebab’ apa yang paling baik dan sebaliknya.

• Berfikir secara kritis bertujuan untuk membuat kesimpulanapa yang harus dipercayai atau apa yang harus dibuat.

• Untuk memastikan sesuatu itu ia perlu ada sebab.• Bagi memastikan sebab yang diberi untuk menyokong hujah

ia mestilah ‘boleh diterima’ dan ‘cukup’ bagi menyokongkepercayaan dan keputusan.

149

Page 150: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Latihan: Nyatakan kesimpulan

1. ‘Kebelakangan ini, permintaan terhadap tenaga kerja yang celik komputer telah meningkat. Lebih ramai pelajar yang berkelulusan sains komputer berbanding tahun-tahun sebelumnya. Sesetengah syarikat mendapati graduan-graduan ini memerlukan latihan lanjutan sebelum memulakan tugas dalam pengkomputeran’.

2. ‘Untuk menilai seni lukis moden adalah suatu tugas yang mustahil. Penilaian sesuatu kerja seni harus berdasarkan peraturan dan konvensyen yang diterima. Seni lukis moden tidak mempunyai peraturan dan konvensyen’.

150

Page 151: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Ciri 3: Sah dan tidak sah

• (3) Sesetengah hujah sah dan sesetengahnya tidak sah

• Bagi menilai keesahan, kita menilai struktur dalaman hujah. Kita tidak menilai sama ada premis-premisnya betul.

• Apabila kita mengatakan hujah itu sah, kita kata jika premis benar maka kesimpulan juga benar. Dalam kata lain mustahil premis benar kesimpulan pula palsu.

• Sifat hujah yang perlu ialah kesimpulan mesti berdasarkan premis.

• Hujah #1 : Umur Bong lebih 90 tahun. Jadi umur Bong lebih 20 tahun.

• Hujah #2 : Umur Bong lebih 20 tahun. Jadi umur Bong lebih 90 tahun.

151

Page 152: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Kesimpulan hujah pertama mengikut premis manakala kesimpulan hujah kedua tidak mengikut premis.

• Dalam hujah pertama, jika premis memang benar, maka kesimpulan tidak mungkin salah. [premis benar + kesimpulan benar = hujah sah]

• Sebaliknya walaupun premis dalam hujah kedua benar, kita tidak boleh pastikan kesimpulan juga benar. Misalnya Bong mungkin berumur 30 tahun atau 40 tahun. Jadi ia tidak sah kerana banyak kemungkinan [premis benar + kesimpulan tidak benar=hujah tidak sah].

152

Page 153: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Hujah tidak sah

• ‘Adam sayangkan Bibah. Bibah sayangkan Kiah. Jadi Adam sayangkan Kiah.’

• Hujah ini tidak sah, kerana premis benar tetapi kesimpulan palsu, kesimpulan tidak berdasarkan premis.

• Adam mungkin sayang Bibah tetapi dia tak mahu Bibah sayangkan orang lain. Adam sebenarnya tidak sayang Kiah. [premis benar + kesimpulan palsu=tidak sah sbb tidak berdasarkan premis]

153

Page 154: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Hujah tidak sah

• "Paris adalah ibu negara Perancis. Jadi Rom adalah ibu negara Itali"

• Ini adalah contoh premis benar kesimpulan juga benar (realitinya) tetapi hujah tidak sah kerana kesimpulan tidak berdasarkan premis. Itali boleh tukar ibu negaranya kepada apa-apa saja (cth Kuala Lumpur) sedangkan Paris tetap ibu negara Perancis.

154

Page 155: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Hujah sah tetapi palsu

• ‘Semua kambing boleh terbang. Apa sahaja yang boleh terbang ia juga boleh berenang. Jadi semua kambing boleh berenang.’

• Dua premis hujah ini palsu, dan kesimpulan juga palsu.

• Ia adalah hujah yang sah kerana kesimpulan berdasarkan premis.

• Premis dan kesimpulan hujah yang sah boleh jadi palsu. [premis palsu+kesimpulan palsu=sah sbb kesimpulan berdasarkan premis]

155

Page 156: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Hujah sah

• ‘Semua kambing berwarna merah jambu. Apa saja yang berwarna merah jambu adalah haiwan. Jadi semua kambing adalah haiwan.’

• Hujah ini sah, dan kesimpulannya benar kerana berdasarkan premis walaupun semua premisnya palsu.

• Sah bukan bermakna benar atau palsu sesebuah premis atau kesimpulan itu.

• Keesahan adalah tentang kaitan logik antara premis dan kesimpulan.

• Hujah yang sah adalah kebenaran premis-premis menjamin kebenaran kesimpulan tetapi ia tidak bermakna yang premis-premis tersebut benar dalam erti kata fakta sebenar.

• Sah bermakna jika premis benar, kesimpulan juga benar. [premis benar+kesimpulan benar=sah]

156

Page 157: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Latihan 1:Adakah hujah berikut sah? Mengapa ya atau mengapa tidak?

• Soalan 1: Seseorang telah sakit.Seseorang tidak gembira.Jadi seseorang tidak gembira dan sakit. TIDAK SAH

• Soalan 2: Jika dia sayangkan saya dia akan beri saya bunga.Dia beri saya bunga.Jadi dia sayangkan saya. TIDAK SAH

• Soalan 3: Semua paus mempunyai sayap. Mobi tidak mempunyai sayap. Jadi Mobi bukan paus. SAH

157

Page 158: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Ciri 4: Hujah kukuh dan tidak kukuh

• (4) Sesetengah hujah kukuh, sesetengah tidak kukuh.

• Untuk hujah yang kukuh, hujah mestilah sah dan semua premis benar.

• Mengapa hujah yang kukuh penting?

– Apabila hujah dikatakan sah, kita masih tidak pasti sama ada premis atau kesimpulannya adalah sebenar-benarnya betul ataupun palsu.

– Sah atau tidak sah hanya berdasarkan kaitan logik antara premis dan kesimpulan (kesimpulan mesti berdasarkan premis)

158

Page 159: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Oleh itu walaupun hujah sah, kita masih perlu berhati-hati menerima kesimpulan, kerana hujah yang sah mungkin mengandungi premis yang palsu atau kesimpulan yang palsu.

• Hujah yang kukuh adalah sah dan mempunyai premis yang benar, dan kesimpulan juga benar.

• Hujah yang tidak kukuh mungkin juga tidak sah, atau mungkin mempunyai sekurang-kurangnya satu premis yang palsu atau kedua-duanya palsu.

159

Page 160: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Kesimpulan benar

premis benar

Kesimpulan benar

premis palsu

Kesimpulan palsu

premis benar

Kesimpulan palsu

premis palsu

Sah & kukuh

“Lembu adalah

mamalia. Mamalia

adalah haiwan.

Jadi lembu adalahhaiwan"

x x x

Sah & tidak kukuhx

“Lembu adalah

serangga.

Serangga adalah

mamalia. Jadi

lembu adalah

mamalia."

x

Lembu adalah

serangga.

Serangga adalah

virus. Jadi lembu

adalah virus."

Tidak sah & kukuh x x x x

Tidak sah & tidak

kukuh

“Lembu adalah

mamalia. Jadi

matahari lebih

besar daripada

bulan."

“Lembu adalah

serangga. Jadi

matahari lebih

besar daripada

bulan"

“Lembu adalah

mamalia. Jadi

bulan lebih besar

daripada

matahari."

“Lembu adalah

serangga. Jadi

bulan lebih besar

daripada

matahari"

160

Page 161: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Ciri 5: Deduktif dan induktif

• (5) Sesetengah hujah adalah deduktif dan sesetengahnya induktif

• Hujah deduktif bertujuan mewujudkan hujah yang sah.

• Hujah induktif mempunyai premis yang memberi asas yang baik untuk menerima kesimpulan, tetapi kesimpulan tidak semestinya benar.

161

Page 162: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Hujah deduktif

• Premis-premis betul dan kesimpulan betul, tidak mungkin kesimpulansalah jika premisnya betul.ini bermakna kesimpulan mengikut premis.

• Soalan yang perlu ditanya:

– Apakah kesimpulannya?

– Apakah bukti yang menyokong kesimpulan tersebut?

– Adakah bukti yang diberi logik?

Semua manusia akan mati. (P)

Socrates adalah manusia (P)

Socrates telah mati. (K)

• Perhatikan, premisnya betul, dan tidak mungkin kesimpulannya salah.

• Oleh itu jika kita menolak kesimpulan daripada hujah deduktifbermakna kita menolak logik.

162

Page 163: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Hujah induktif

• Premis-premis menyokong kesimpulan

• Mula-mula buat pemerhatian dan buat kesimpulan daripada pemerhatian tersebut.

• Bergerak dari khusus kepada umum

• induktif=bukti dan kemudian kesimpulan

• Soalan yang perlu ditanya:

– Apakah bukti yang ada? Apa yang telah diperhatikan?

– Apa yang boleh disimpulkan daipada bukti yang ada?

– Adakah kesimpulan logik?

163

Page 164: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Pernyataan

• Apabila kita bercakap tentang logik ia merujuk kepada logiknya sesuatu pernyataan dan bagaimana suatu pernyataan berkait antara satu sama lain. Pernyataan—kita menjelaskan apa yang berlaku—terangkan fakta, keadaan atau peristiwa

• Pernyataan terbahagi kepada:

– Ayat deklaratif/penyata, yang digunakan untuk saranan/penegasan, misalnya “dia di sini”.

– Ayat tanya digunakan untuk bertanya misalnya ‘adakah dia di sini?’

– Ayat perintah/imperatif digunakan untuk memohon atau menyatakan perintah misalnya ‘datang ke sini!”

164

Page 165: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Ayat penyata

• ‘Salji putih.’

• ‘Bulan diperbuat daripada bulu kambing.’

• ‘Semua orang di sini.’

• ‘Apa saja yang akan berlaku, akan berlaku.’

• ‘Data dan maklumat dalam laman sesawang ini adalah untuk makluman sahaja, dan bukannya untuk tujuan perniagaan dan komersil, kecuali izin bertulis daripada pengarang diperolehi, walaupun pengarang tidak bertanggungjawab sekiranya ada kesilapan kandungan atau kelewatan, atau sebarang tindakan yang dikenakan ke atasnya’.

• Anda boleh lihat bahawa pernyataan boleh jadi benar atau palsu, mudah atau kompleks. Tetapi ia mestilah gramatis dan lengkap.

165

Page 166: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Bukan ayat penyata

• Negara-negara bersekutu [nama khas, tetapi bukan ayat]

• Jambatan di sungai keruh [ ayat tidak lengkap]

• Datang sini sekarang! [ perintah dan bukannya ayat yang lengkap supaya dakwaan/claim dapat dibuat ]

• Adakah anda lapang pada hari selasa atau rabu? [ soalan]

• HJGAS&*^@#JHGKJAS*&^*!@GJHGAA*&S [ tidak gramatis ]

166

Page 167: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Pemikiran kreatif

Objektif:

1. Kenal pasti maksud pemikiran kreatif

2. Mengaplikasi kaedah menjana fikiran kreatif

167

Page 168: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Definisi

• Webster’s Dictionary: Penciptaan artistik atau intelektual

• Kreativiti melibatkan penjanaan idea baru, yang asli dan bernilai.

• Novel [baru dan tidak ada yang serupa] : unik, baru, inovatif, berlainan, berimaginasi, bukan yang biasa, luar biasa.

• Berguna: memenuhi keperluan, ada kegunaan atau ada nilai, menjawab persoalan.

• Difahami: bukan hasil daripada kebetulan.

• Mengandungi faktor sosial:Kreativiti di pupuk oleh persekitaran; kreativiti mestilah dinilai oleh masyarakat; dan kreativiti mestilah dibentuk oleh masyarakat/ orang yang menilainya.

168

Page 169: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Bentuk kreativiti• Kreativiti terdapat dalam pelbagai bentuk…

– Saintifik: inovasi dan ubat-ubatan

– Artistik/muzikal: lukisan yang cantik, ukiran, atau lagu-lagu

– Penulisan kreatif: novel, cerita pendek, dan puisi

• Kreativiti bukan saja tentang seni. Kita semua mempunyai keupayaan berfikir secara kreatif—menjana dan mengembangkan idea, mencadangkan hipotesis, menggunakan imaginasi dan mencari alternatif dalam pelbagai aktiviti yang kita lakukan.

• Asli mungkin dikaitkan pengalaman lepas seseorang atau kumpulan atau secara uniknya asli.

169

Page 170: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Pembinaan kreativiti

Kreativiti perlukan:

• Kemahiran: kemampuan yang dipelajari atau bakat bagimelaksanakan keputusan yang telah ditetapkan

• Bakat: kemampuan semulajadi seseorang

• Personaliti: pola ciri-ciri tingkah laku manusia yang secararelatifnya berkekalan

• Terdapat 6 kemahiran intelektual dalam menjana idea kreatif:

170

Page 171: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

1. Memilih: ambil daripada beberapa kemungkinan dan ambil apa yang disukai.

2. Meramal: menyatakan, memberitahu, atau memberitahu sebelum masanya, berdasarkan kepada pengetahuan istemewa.

3. Menginterpretasi: menerangkan dan memahami makna sesuatu dan memberi tanggapan.

4. Menterjemah: untuk mengubah suatu bentuk kepada yang lain.

5. Mengingat semula: mengingati kembali subjek atau situasi yang lepas.

6. Memanipulasi: mengendalikan, mengurus, atau guna (kadangkala dengan kemahiran) sesuatu objek dalam proses atau perlakuan [performance].

171

Page 172: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Tindakan kita…

• Gunakan proses anda sendiri: dengan kemahiran intelektualini anda boleh…

– Memilih ilmu dan menggunakannya untuk matlamattertentu

– Menginterpretasi komunikasi dan berkongsi

– Ingat ilmu yang dahulu dan gunakannya dengan mahir

Gunakan 1 atau lebih daripada 6 kemahiran intelektual untukmenjana idea yang kreatif.

172

Page 173: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Pemikiran kreatif

• Mencipta, menjana, nonjudgmental dan bernilai/mahal.

• Apabila anda berfikir secara kreatif anda menjana banyak idea baru

• Adalah proses yang kita gunakan untuk membangunkan idea yang unik, berguna dan berbaloi untuk dikembangkan

173

Page 174: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Pemikir kreatif

• Menolak format yang standard/biasa bagi menyelesaikan masalah

• Berminat dalam pelbagai bidang sama ada yang berkaitan atau yang tidak berkaitan.

• Mengambil pelbagai perspektif dalam menyelesaikan masalah.

• Menggunakan kaedah cuba-cuba [trial-and-error].

• Memikirkan masa depan [future orientation].

• Mempunyai keyakinan diri dan percaya dengan penilaian yang dibuat sendiri.

174

Page 175: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Faedah kreativiti

• Mereka yang mendapat galakan berfikir secara kreatif mempunyai motivasi dan harga kendiri yang tinggi.

• Membolehkan seseorang mempunyai kemahiran yang fleksibel bagi menghadapi masa depan yang tidak menentu.

• Mampu menyesuaikan diri, berinovasi, dapat menyelesaikan masalah serta dapat berkomunikasi dengan lebih baik.

175

Page 176: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Soalan bagi membina pemikiran kreatif

• Apakah perkara yang sepatutnya ada tetapi tidak ada sekarang?

• Apakah yang sepatutnya berlaku tetapi tidak berlaku sekarang?

• Apakah keputusan yang sepatutnya dibuat dan dilaksanakan?

• Apakah pencapaian yang sepatutnya dicapai tetapi tidak berlaku sekarang ini?

• Apakah pola tingkah laku yang ada sekarang yang sepatutnya tidak ada?

176

Page 177: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Meningkatkan kemampuan kreatif anda

• Sentiasa peka untuk mencatat idea anda. Biasanya idea datang bukan pada masa yang tepat. Jika idea tidak ditulis dalam masa 24 jam ia akan dilupakan.

• Ajukan soalan setiap hari kepada diri sendiri. Minda yang sentiasa ingin tahu adalah minda yang kreatif.

• Sentiasa perbaharui ilmu di bidang anda. Baca majalah, jurnal, dll. bagi memastikan anda tidak menggunakan teknologi kelmarin untuk menyelesaikan masalah hari ini.

• Buat hobi kreatif. Hobi juga membuat anda berasa tenang. Minda yang aktif penting untuk pembangunan kreatif.

177

Page 178: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Cuba menjadi seorang yang berkeyakinan. Anggap yang anda mampu menyelesaikan masalah, mampu mengatasi rintangan yang menghalang penyelesaian masalah.

• Belajar mengenali diri sendiri. Ketahui kekuatan, kemahiran, kelemahan, kebencian, bias, harapan, kebimbangan dan prasangka.

• Pelajari perkara di luar bidang anda. Gunakan ‘pembajaan silang’ , membawa idea dan konsep daripada satu bidang kepada yang lain

• Elakkan kekakuan, dan pola tertentu untuk melakukan sesuatu perkara. Atasi bias dan tanggapan sedai ada dengan melihat masalah daripada sudut pandangan yang baru. Sentiasa cari dua atau lebih penyelesaian alternatif bagi masalah yang dihadapi.

178

Page 179: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Bersikap terbuka dan menerima idea [sendiri atau orang lain]. Idea baru biasanya tidak kukuh. Oleh itu bina dengan mengembangkan konsep serta kemungkinan walaupun tidak lengkap (tentatif).

• Peka dengan pemerhatian. Lihat persamaan, perbezaan, keunikan dan ciri-ciri yang membezakan bagi sesuatu masalah asatu situasi.

• Amalkan sikap suka ambil risiko. Takut gagal adalah halangan utama dalam menjana penyelesaian yang berisiko (cth kadar kejayaan yang kecil) tetapi akan memberi kesan yang besar sekiranya berjaya. Menggariskan kemungkinan yang anda akan gagal dan bagaimana anda akan menangani kegagalan ini akan mengurangkan halangan kepada kreativiti.

• Ada rasa lucu. Anda akan lebih kreatif jika anda tenang.

179

Page 180: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Kesimpulan kreativiti

• Tidak meniru

• Mewujudkan sesuatu yang baru dan melepaskan yang lama ditanggap [convention]

• Kemampuan menstruktur semula pemahaman seseorang tentang sesuatu situasi dengan cara yang tidak begitu ketara

• Kesimpulannya: tidak ada satu definisi atau perspektif yang berwibawa bagi menerangkan makna kreativiti.

180

Page 181: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Kreativiti…

181

Page 182: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Kreativiti…

182

Page 183: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Kretiviti…

183

Page 184: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Unsur dalam kreativiti

• Tindakan [action]—mencipta sesuatu yang tidak pernah wujud; melakukan sesuatu berkali-kali akan menghasilkan ciptaan yang berkualiti [cth Picasso mencipta 50,000 karya]

• Hubungan [connection]—kaitan tindakan dengan budaya dan kemanusiaan: kaitkan karya dengan kemanusiaan [cth lukisan yang menggambarkan penderitaan perang]

• Penyimpangan daripada tanggapan asal [deviation]—daripada laluan asal/biasa dengan mengambil jalan baru: penyimpangan daripada yang biasa atau tanggapan asal akan menghasilkan karya yang unik, asli, fleksibel…

184

Page 185: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Tetapi bukan semua orang mempunyai 3 unsur ini (tindakan, hubungan, penyimpangan) kerana dalam kehidupan kita menghadapi: halangan, kedangkalan, penyimpangan daripada tanggapan asal

• Halangan: sukar untuk memulakan sesuatu, kita lemah dalam tindakan

• Dangkal: sukar untuk memberi makna yang betul kepada sesuatu. Kita fokus kepada luaran bukan yang asas. Kita lemah dalam hubungan

• Tanggapan asal: kita sukar menjadi unik/asli. Kita mengikut ‘status quo’, cara biasa melakukan sesuatu. Kita lemah dalam penyimpangan.

• Apakah kekuatan dan kelemahan anda?

185

Page 186: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Resepi kejayaan dalam kreativiti

• Fokus

• Buat

• Cari makna

• Berfikir dengan cara berbeza

• Kekal pada sasaran

186

Page 187: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Halangan kreativiti dan cara mengatasinya

187

Membuat tanggapan Memeriksa tanggapan

Melanggar peraturan

Gunakan imaginasi danintuisi

Budaya mengambil risiko

Mengikut peraturan

Terlalu bergantung padalogik

Takut gagal

Page 188: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Halangan kreativiti: konsepsual

• Halangan konsepsual--Rintangan mental yang menghalangpenafsiran masalah dan mengehadkan bilangan penyelesaianalternatif yang mungkin relevan

• Semakin formal pendidikan seseorang dan semakinberpengalaman kerja seseorang semakin kurang merekadapat menyelesaikan masalah secara kreatif…

• Pendidikan formal biasanya menghasilkan… ‘jawapan yang betul’, peraturan analitikal yang mengehadkan kreativiti. Pengalaman bekerja memberi…cara yang sesuai melakukansesuatu, pengetahuan khusus, serta jangkaan khusus dalammelaksanakan tindakan yang sesuai

• Akibatnya…Individu hilang kemampuan membuat percubaan, menambahbaik, serta berfikir lain daripada yang biasa.

188

Page 189: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Jenis halangan konsepsual

• Malar/tetap—kerana pemikiran vertikal; Pemikiran satu bahasa

• Mampat—tidak dapat membezakan sesuatu daripada sesuatu; Halangan palsu

• Puas hati--Tidak mahu tahu; Tidak berfikir

189

Page 190: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Halangan konsepsual: Malar

190

Pemikiranvertikal

• Mentakrifkan masalah dalam satu carasahaja tanpa mengambil kira pandanganalternatif

• Pemikir lateral, sebaliknya , menjana kaedahalternatif melihat masalah danmengeluarkan pelbagai definisi

Pemikiransatu bahasa

• Menggunakan hanya satu bahasa (misalnyaperkataan) bagi memberi definisi danmenilai masalah

• Tidak mengambil kira bahasa lain sepertibukan verbal atau bahasa simbolik (cthmatematik), deria rasa (bau), perasaan danemosi (takut, gembira) dan imej visual (gambaran mental)

Page 191: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Halangan konsepsual: mampat

191

Membezakansesuatu

daripadasesuatu

• Tidak menapis maklumat yang tidakberkenaan atau mencari maklumat yang diperlukan

• tidak mampu untuk mengasingkan yang penting dengan yang tidak penting

Halangan palsu

• Memberi sempadan takrifan masalahsecara sempit

• Manusia selalu menyangka definisimasalah atau penyelesaian alternatiftidak mampu diperoleh, jadi merekamembiarkannya

Page 192: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Halangan konsepsual: puas hati

192

Tidak mahu tahu

• tidak bertanya soalan• kadang kala tidak mampu

menyelesaikan masalah kerana tidaksuka bertanya, mencari maklumat, atau mencari data

Tidak berfikir• Kecenderungan mengelak daripada

berfikir

Page 193: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

3 komponen kreativiti

• Kepakaran: ialah dalam perkataan. Ilmu pengetahuan—teknikal, prosedur, dan intelektual

• Motivasi: tidak semua motivasi dijadikan sama. Menyelesaikan masalah kerana dituntut oleh semangat dalaman dapat mewujudkan penyelesaian yang lebih kreatif berbanding ganjaran luaran seperti wang.

• Kemahiran berfikir kreatif: kemahiran ini menentukan setakat mana fleksibiliti dan berimaginasinya seseorang itu menangani masalah

193

Page 194: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Mitos tentang kreativiti

• Semakin bijak seseorang semakin kreatif lah dia

• Orang muda lebih kreatif berbanding orang tua

• Kreativiti hanya pada orang tertentu sahaja—periang yang mengambil risiko

• Kreativiti adalah tindakan bersendirian

• Kita tidak boleh mengurus kreativiti

194

Page 195: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Alat untuk mentakrifkan masalah

Sebelum masalah dapat diselesaikan, masalah perlu dikenalpasti. Ada beberapa kaedah untuk menjelaskan masalah:

• Kaedah Kipling

• Pernyataan masalah

• Kaedah cabaran

195

Page 196: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Kaedah Kipling

• Rudyard Kipling menggunakan set soalan (5W + 1H) bagi menjana idea dan menyelesaikan masalah

• Pendekatan bagi membantu sekuens fikiran:

– Apa masalahnya?

– Di mana ia berlaku?

– Bila ia berlaku?

– Mengapa ia berlaku?

– Bagaimana anda boleh mengatasi masalah ini?

– Siapa yang perlu terlibat?

– Bila anda tahu yang anda telah menyelesaikan masalah tersebut?

196

Page 197: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Semua soalan dapat diselesaikan sebab kita perlu menjawab soalan yang ditanyakan. Mereka mencabar kita dan peraturan sosial mengatakan adalah kurang sopan kalau tidak menjawabnya.

• Soalan Kipling mudah dilaksanakan sebab ia pendek dan menjurus. Ia juga umum, dan perkataan ‘apa’ boleh diaplikasikan dalam pelbagai situasi, menjadikannya sebagai sumber yang fleksibel

197

Page 198: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Pernyataan masalah

• Apabila mula menyelesaikan masalah kreatif eloklah beri definisi masalah yang hendak diselesaikan

• Mulakan dengan konteks dan situasi keseluruhan yang menjadi matlamat kreativiti.

• Tulis lebih satu draf pernyataan masalah. Memberi definisi kepada masalah itu sendiri sebenarnya menghampiri penyelesaian masalah kerana anda mengikut langkah-langkah bertumpu dan bercapah

• Dengar dan tulis pandangan semua orang tentang masalah. Cari titik persetujuan dan bincang perbezaan.

198

Page 199: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Menyatakan masalah mungkin nampak terlalu nyata. Tetapi banyak usaha kreatif gagal kerana masalah yang tidak jelas atau memberi fokus kepada tempat yang salah

• Apabila anda menyatakan masalah ia adalah separuh masalah dan separuh penyelesaian. Jika anda dapat kenal pasti pernyataan masalah yang baik, penyelesaiannya sangat jelas dan hanya perlu sedikit saja pemikiran kreatif.

199

Page 200: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Kaedah cabaran

• Digunakan untuk memaksa diri anda atau orang lain berfikir cara biasa

• Digunakan untuk menguji kesahan idea

• Digunakan untuk mencabar masalah atau situasi yang difikirkan semasa memberi definisi masalah.

• Pilih semua atau sebahagian domain masalah yang hendak dicabar. Mungkin sesuatu yang sukar difikirkan secara kreatif.

• Apabila masalah ditemui, soal dengan mendalam. Anda boleh cabar banyak perkara termasuk: Konsep, Tanggapan-dan kepercayaan , Sempadan, Perkara yang tidak mungkin, Perkara yang tidak boleh dilakukan, dll.

200

Page 201: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Satu cara untuk menangani kerumitan dunia ialah membuat tanggapan tentang banyak perkara. Kemampuan memberi padanan pola banyak membantu kita mengambil jalan pintas tetapi biasanya berakhir dengan tidak memberi perhatian kepada banyak perkara.

• Jika kita tidak mengambil tindakan secara sedar dan disengajakan, otak bawah sedar kita membiarkan banyak tanggapan tidak diperhatikan/hirau.

201

Page 202: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Cara lain menjana kreativiti

• Ada banyak kaedah menjana idea dan menyelesaikan masalah secara kreatif. Antaranya, daftar pertanyaan, bagaimana kalau…?, terbalikkan dan terbalikkan, memberi kegunaan baru, peta minda, perah otak, main peranan, papan cerita, dll.

• Dicipta oleh pakar bertujuan menolong kita mengatasi rintangan kreativiti.

• Membantu kita memusatkan fikiran kepada tugas-tugas yang sedang dijalankan.

• Syaratnya jika kita dapat idea pertama jangan terus berhenti, teruskan berfikir.

• Idea pertama biasanya dapat mencetuskan idea kedua, ketiga dan seterusnya. Daripada pelbagai idea akan muncul idea yang beraneka ragam dan asli.

202

Page 203: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Teknik main peranan

• Salah satu cara untuk mengubah cara anda melihat dunia ialah melihatnya daripada kaca mata orang lain.

• Teknik ini membolehkan anda mengubah perspektif kerana anda memainkan peranan sebagai orang lain dan bagaimana anda melihat sesuatu masalah.

• Orang yang berlainan menggunakan pengetahuan yang berlainan dalam menangani masalah yang sama. Melihat masalah daripada sudut pandangan yang berbeza adalah sangat membantu untuk memahami mengapa seseorang itu bertindak sedemikian.

• Misalnya seorang artis mempunyai pendekatan yang berbeza daripada seorang ahli matematik.

203

Page 204: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Fikirkan mengikut peranan yang dimainkan

• Bagaimana mereka berfikir ?

• Apakah objek atau benda yang digunakan?

• Di mana mereka akan melakukannya ?

• Bagaimana mereka melihat masalah ?

• Apakah tindakan yang akan diambil ?

• Bagaimana mereka menerangkan masalah?

• Bagaimana mereka akan menyelesaikan masalah?

Lihat ada berapa banyak cara anda menangani masalah menggunakan main peranan orang lain.

204

Page 205: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Cara melaksanakan teknik main peranan

• Satu kumpulan yang mempunyai peranan yang berlainan berinteraksi untuk menangani masalah mengikut cara masing-masing.

• Satu kumpulan yang mempunyai peranan yang sama .

• Seorang menjadi sebagai masalah, dan orang lain tanya soalan dan mencadangkan penyelesaian kepadanya. Lihat responsnya.

205

Page 206: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Latihan

• ‘Bekalan elektrik, Internet, telefon (termasuk telefon bimbit) dan air ke universiti tiba-tiba putus. Polis dan tentera telah dikejarkan dan mereka telah menjaga di semua pintu keluar. Anda tidak boleh keluar dan pada masa yang sama tiada sesiapapun yang boleh masuk’.

• Anda adalah (pilih satu): Pegawai bank, Pengetua kolej, Timbalan naib canselor (pelajar), Pensyarah Fakulti Kejuruteraan, Juruteknik komputer, dll.

• Semua duduk dan berbincang dan catatkan apa yang anda akan lakukan dalam menangani masalah ini mengikut jawatan masing-masing.

206

Page 207: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Terbalikkan dan terbalikkan

• Dicipta oleh Edward Glassman

• Dapat menukar cara kita melihat masalah yang sedang kita selesaikan.

• Caranya:

– Tuliskan masalahnya

– Gunakan kata kerja perbuatan

– Tukar kata kerja dengan antonim

– Cari jalan menyelesaikan masalah mengikut kata kerja yang baru. Sambil kita berfikir untuk ‘menurunkan’ atau ‘meningkatkan’ sesuatu otak akan terfikir yang sebaliknya.

207

Page 208: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Latihan

Gunakan kaedah terbalikkan dan terbalikan bagi mencari idea untuk masalah berikut:

• Meningkatkan mutu pelajar universiti swasta.

• Menurunkan kadar buang bayi

• Meningkatkan tabiat suka membaca

• Mengurangkan kadar pembuangan sampah domestik

• Mengurangkan penggunaan bekas plastik

• Meningkatkan mutu drama Melayu di TV

208

Page 209: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Alat menjana fikiran kreatif CoRT

Objektif:

1. Kenal pasti kaedah menjana idea yang dikemukakan oleh de Bono

2. Mengaplikasi kaedah dalam kehidupanseharian

209

Page 210: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Bagaimana membangunkan kreativiti

• Gunakan alat untuk membangunkan kreativiti—daripada Internet dan buku

• Beberapa petua meningkatkan kreativiti—sentiasa bawa buku nota/komputer dan tulis apa yang difikirkan; catatkan apa yang dapat diingat daripada mimpi; selalu cari dalam Internet idea yang berkaitan; semak di akhbar dan majalah

• Untuk mencipta anda perlu imaginasi yang baik dan selonggok bahan terbuang / terpakai.

210

Page 211: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• De Bono mengumpamakan seorang pemikir dengan tukang kayu. Tukang kayu menggunakan beberapa alat untuk memotong, meyambung dan membentuk kayu. Dia juga menggunakan alat yang berbeza-beza untuk memotong seperti gergaji, kapak, parang dll. Untuk membuat kerja-kerja yang berbeza dia menggunakan alat yang berbeza. Begitu juga berfikir memerlukan beberapa alat.

• Kita memerlukan kerangka atau ‘arah’ fikiran dan kita tak boleh memikirkan bermacam-macam perkara serentak.

• Kita juga perlukan alat untuk menghalakan arah kita berfikir

211

Page 212: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Edward de Bono

• Edward de Bono telah menulis 64 buku dan diterjemahkan ke 37 bahasa. Dijemput untuk bercakap dan bekerja lebih di 52 negara. dilahirkan di Malta dan lulus dari University of Malta. Melanjutkan pelajaran ke Oxford dan bertugas di Oxford, Cambridge, London dan Harvard.

212

Page 213: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Program berfikir CoRT

• Program CoRT (Cognitive Research Trust) diasaskan oleh de Bono yang percaya bahawa:

• Berfikir adalah kemahiran yang boleh dibangunkan; dan kebanyakan fikiran yang praktikal berlaku di tahap persepsi.

• Program ini bertujuan untuk menjana idea bagi menyelesaikan masalah dan seterusnya dapat membuat keputusan.

213

Page 214: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Program berfikir CoRT

• PMI = Plus, Minus, Interesting

• CAF = Consider All Factors

• OPV = Other People’s Views

• FIP = First Important Priorities

• C&S = Consequences & Sequels

• AGO = Aims, Goals, Objectives

• APC = Alternatives, Possibilities, Choices

214

Page 215: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

PMI = Plus, Minus, Interesting

• Adalah alat berfikir yang sangat berkuasa tetapi mudah.

• P=Plus atau poin yang baik; M=Minus atau poin buruk; I=Interesting atau poin yang menarik.

• PMI membantu kita melihat sesuatu secara lebih luas. Anda melihat sesuatu objek dari arah yang berbeza.

• Yang penting jangan buat penilaian. Fikir dan kembangkan idea dan bukan jadikan idea statik.

• PMI untuk mencari arah. Hasilnya fikiran kita menjadi luas.

215

Page 216: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Apabila dihadapkan dengan idea biasanya orang akan terima atau tolak.

• Setelah membuat keputusan terima/tolak orang akan gunakan logik dan emosi untuk mempertahankan keputusan.

• Apabila menggunakan PMI kita kata “Let’s be fair to an idea and look at it from a few different sides before making up our minds”

• PMI seperti analisis SWOT atau Pros-dan-Cons

216

Page 217: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• P = Plus

– Kebaikan idea

– Mengapa anda sukakannya

– Manfaatnya

• M = Minus

– Keburukan idea

– Mengapa anda tidak sukakannya

– Apakah masalah yang boleh ditimbulkan oleh idea ini

• I = Interesting

– Apa yang menarik tentang idea ini

– Implikasi idea pada masa akan datang

– status quo idea ini

217

Page 218: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Cara melakukan PMI

218

P M I

Faskmdf wkmfwef

Rfa qrrtyj tu eyw

weewtwrtjwryjyj

wj3446j46j46j46je

Sad.f/mr kiwmr r

Salkmvskfvmaslfkv

Fvkl’amfapwwrvm

We weew;vws;vwp

Fsvwmwwefwe;l,

Efwe,fwopropmgrt

Sadfmewpmfeow

Wefwe;lfmsdom

Efw[p,pwefwew

Wef;ewsefsd[ee

Weflwef,we;,efl

Page 219: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Ambil beberapa minit (misalnya 5 minit atau 10 minit, bergantung pada tahap masalah yang dihadapi)

• Senaraikan poin plus, minus dan interesting dalam tempoh yang di tetapkan.

• Kebanyakan orang mendapati “M” lebih mudah. Jadi letakkan “P” dahulu bagi memaksa arah baru yang berbeza.

• Proses berfikir ini ialah “directed thinking” yang hanya mempertimbangkan satu arah pada satu masa

• Bagi menggalakkan berfikir kreatif dengan cepat peruntukkan sedikit masa.

219

Page 220: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Contoh PMI

• Senario: “tingkap sepatutnya diperbuat daripada plastik bukannya kaca”

220

Page 221: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• PLUS

– Tidak mudah pecah

– Tidak berbahaya sebagaimana kaca

– Mudah diangkut kerana ketahanannya

• MINUS

– Plastik mungkin lebih mahal berbanding kaca

– Plastik mudah calar

– Plastik mudah cair

• INTERESTING

– Jika plastik ia boleh didapati dalam banyak warna

– Mungkin kita sudah selesa dan berpendapat kaca lebih baik kerana kita sudah biasa menggunakannya

– Mungkin tingkap plastik boleh dilapis dengan bahan yang menghalang calar.

221

Page 222: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Latihan PMI

• Senario: “Semua tempat duduk dikeluarkan daripada bas”

222

Page 223: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

CAF: Consider all factors

• Consider all factors [ambil kira semua faktor]

• Alat berfikir supaya mengarahkan minda seperti PMI dan APC.

• CAF meluaskan pandangan kita, kerana kita mengambil kira semua faktor yang perlu diberi pertimbangan dalam seseuatu situasi.

• Ada orang membeli sofa atau katil besar, dan mendapati pintu rumah tidak muat menunjukkan ia tertinggal mengambil kira perkara yang penting.

• Gunakan CAF untuk: memilih tempat tinggal, mengecat bilik; memilih menu; memilih akhbar…

223

Page 224: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Tidak seperti PMI kaedah ini bukan latihan yang diberi masa...ambil masa selama mana yang diperlukan.

• Putuskan bilangan faktor secara khusus, misalnya 10 faktor.

• Terus berfikir hingga 10 faktor itu dicapai

• Mungkin akan menemukan faktor-faktor yang tidak pernah diambil kira.

• Berkait dengan

– Tindakan

– Membuat keputusan

– Merancang

– Menilai

– Membuat kesimpulan

224

Page 225: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Putuskan bilangan faktor dan senaraikan semua faktor tersebut.

225

Consider All Factors

1. sfakwpaefmwaop2. sdfrva;,r;rropawe3. lawooeridmcwnw4. lskedjedosmwapc5. xoowwmkfkovms6. xwspaweofmefm7. zkdoekrirjwwopac8. lslwiwirjfkcmqas9. cdale;aefiemfefm10. kmxppaowedope

Page 226: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

CAF: contoh

226

Senario “Seorang suami dan isteri ingin membeli keretaterpakai untuk kegunaan keluarga”

10 faktor

Page 227: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Contoh: 10 faktor yang disenaraikan:

1. Orang yang menjual itu sebenarnya tuan punya kereta

2. Harga kereta

3. Jenis dan warna kereta

4. Kuasa enjin dan kelajuan kereta

5. Semua alat mekanikal berfungsi dengan baik

6. Cukup besar untuk keluarga

7. Adakah kereta pernah berlanggar?

8. Mudah mendapat alat ganti

9. Ada cukai jalan dan kelulusan PUSPAKOM

10. Apakah nilai jual semula?

227

Page 228: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

OPV=Other people view

• Proses berfikir ini mengambil kira pandangan orang lain supaya proses berfikir boleh dibuat secara sedar dan ada hala tuju.

• Ambil kira pandangan semua pihak yang terlibat

• Boleh juga digunakan bersama-sama teknik yang lain.

228

Page 229: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

229

Page 230: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Misalnya dalam kes yang penjual kereta terpakai.• Penjual kereta:

– Menunjukkan kereta yang mudah dipandu – Enjin yang berkuasa, – Tayar baru, – Bagaimana ia sesuai dengan anda, – Pembelian yang tepat.

• Anda:– Lihat sama ada kereta pernah berlanggar – Harga tayar, – Bahagian kereta yang lama/usang, – Bandingkan dengan kereta yang pernah anda lihat

230

Page 231: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

FIP (First Important Priorities)

• Proses mengambil idea, faktor, objektif, akibat, yang paling penting

• Digunakan bersama-sama dengan teknik-teknik yang lain (cth. CAF, APC )

• Tujuannya untuk mengekalkan keseimbangan

• Walaupun FIP membuat penilaian tetapi ia tidak memberi jawapan yang mutlak.

231

Page 232: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

232

Senario FIP: “Suami dan isteri ingin membelisebuah kereta terpakai untuk kegunaan keluarga”

Page 233: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Senaraikan dan kemudian undi.

1. Orang yang menjual itu sebenarnya tuan punya kereta—4 undi

2. Harga kereta--3 undi

3. Jenis dan warna kereta—10 undi

4. Kuasa enjin dan kelajuan kereta—3 undi

5. Semua alat mekanikal berfungsi dengan baik—4 undi

6. Cukup besar untuk keluarga—12 undi

7. Adakah kereta pernah berlanggar?—4 undi

8. Mudah mendapat alat ganti—11 undi

9. Ada cukai jalan dan kelulusan PUSPAKOM—3 undi

10. Apakah nilai jual semula?—5 undi

233

Page 234: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Selepas disenaraikan dan kemudian diadakan undian, maka didapati:

• Jenis dan warna kereta 10 undi

• Cukup besar untuk keluarga 12 undi

• Mudah mendapat alat ganti 11 undi

234

Page 235: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

C&S (Consequences & Sequels)

• C&S--kesan dan akibat daripada kesan

• Kita biasanya berfikir secara jangka pendek kerana kita ingin kesannya secara terus, dan berharap masa depan akan berlaku dengan sendiri.

• C&S melihat akibat tindakan, rancangan, keputusan, peraturan, rekaan.

• C&S mengambil kira apa yang akan berlaku selepas keputusan dibuat.

– Jangka pendek (1-2 tahun)

– Sederhana (2-5 tahun)

– Kesan jangka panjang (lebih 5 tahun).

235

Page 236: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Cara melakukan C&S: Ambil beberapa minit dan senaraikankesan jangka pendek, kesan jangka sederhana, dan kesan jangkapanjang

236

Faskmdf wkmfwef

Rfa qrrtyj tu eyw

weewtwrtjwryjyj

wj3446j46j46j46je

Sad.f/mr kiwmr r

Salkmvskfvmaslfkv

Fvkl’amfapwwrvm

We weew;vws;vwp

Fsvwmwwefwe;l,

Efwe,fwopropmgrt

Sadfmewpmfeow

Wefwe;lfmsdom

Efw[p,pwefwew

Wef;ewsefsd[ee

Weflwef,we;,efl

ST LTMT

Page 237: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

C&S: Contoh

• Seorang lelaki membawa masuk arnab ke Australia supaya rakan-rakannya boleh berburu.

237

Page 238: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Akibat jangka pendek

– Ada banyak arnab untuk diburu,

– Sumber makanan pilihan,

– gembira,

– Banyak senapang dapat dijual

• Akibat sederhana pendek

– Arnab membiak,

– Arnab dianggap sebagai perosak

• Akibat jangka panjang

– Arnab terdapat di seluruh Australia

– Merosakkan tanaman

238

Page 239: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Latihan C&S

Beri sekurang-kurangnya 3 kesan jangka pendek, jangkasederhana, jangka panjang akibat menggunakan alat ini.

• “Satu alat baru dicipta bagi mengesan sama ada seseorang itubercakap bohong”

239

Page 240: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

AGO (Aims, Goals, Objectives)

• Menekankan tujuan/matlamat

• Fokus kepada niat di sebalik tindakan.

– tujuan ialah halatuju yang umum

– matlamat ialah destinasi akhir

– Objektif ialah pencapaian sepanjang perjalanan menuju matlamat

240

Page 241: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Biasanya kita sukar memikirkan objektif kerana orang lain yang buat keputusan. Jawapan yang sering diberi ialah “saya kena buat”.

• AGO membantu kita memfokus semasa berfikir, sentiasa ingat tujuan asal dan tidak lari daripada matlamat yang hendak dicapai.

• Jika tidak fokus kita akan berfikir macam-macam perkara. “ kita sudah berbincang lebih 3 jam. Nampaknya awak bukan berbincang. Awak ungkit itu dan ini. Apa AGO awak tadi mengajak saya berbincang?”

241

Page 242: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Contoh AGO

• “Pemaju membina pusat membeli belah yang baru”

242

Page 243: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Langkah-langkah dalam melakukan AGO.• Aim (tujuan)

– Membuat persediaan untuk pembinaan• Goal (matlamat)

– Menyiapkan pusat membeli belah• Objektif

– Mendapatkan keuntungan, – Membina pusat membeli belah yang berjaya, – Menggembirakan bakal pengunjung, – Sesuai dengan rancangan pihak berkuasa, – Siap ikut jadual dan peruntukan

243

Page 244: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

APC (Alternatives, Possibilities, Choices)

• Proses untuk mencari alternatif—tidak rigid.

• Perhatian difokuskan untuk meneroka semua alternatif atau pilihan atau kemungkinan—melampaui kebiasaan

• Ia bukan sahaja digunakan untuk tindakan bahkan penerangan.

• Misalnya, jika kita melihat seorang lelaki memasukkan minuman gas ke dalam tangki kereta di stesen minyak.

• Jika kita menggunakan APC kita mempunyai beberapa kemungkinan untuk menjelaskan keadaan tersebut misalnya: kemungkinan ini kerana bukan kereta dia lalu dia mensabotaj; dia mabuk; dia berlakon untuk iklan minuman; atau sebenarnya dalam tin minuman itu adalah petrol tetapi pam minyak tidak berfungsi…

244

Page 245: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Contoh lain, anda sampai di padang hari Isnin pagi dan mendapati tiang gol sudah dialih. Apa yang telah berlaku? Dengan menggunakan APC anda boleh menjelaskan misalnya:– Budak nakal telah memotongnya– Telah dilanggar oleh kereta dan keadaannya

membahayakan maka ia telah dialih.– Guru PJ mengalihnya kerana saiznya tidak mengikut

spesifikasi– Dipinjam oleh pasukan bola kampung untuk perlawanan

mereka– Dipinjam oleh penjaring gol yang sedang berlatih – Padang digunakan untuk bermain “polis dan pencuri” dan

tiang gol tidak diperlukan.– Sebuah bangunan baru akan didirikan di atas padang …

245

Page 246: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Kegunaan APC- Untuk membuat hipotesis

• Kadang kala hipotesis sama dengan penerangan. Tetapi secara keseluruhan penerangan merujuk kepada satu situasi/kejadian

• hipotesis merujuk kepada proses atau trend. Kita perlu menjana hipotesis alternatif walaupun kita sangat cenderung untuk memilih satu yang terbaik.

• Misalnya, apakah hipotesis alternatif untuk situasi: Walaupun lelaki semakin kurang merokok, wanita didapati lebih ramai merokok?

246

Page 247: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Kegunaan APC- Untuk persepsi

• APC dapat melihat daripada pelbagai sudut.

• Misalnya ramai orang merungut terlalu banyak peraturan dan halangan yang mana di lihat mengehadkan peluang. Tetapi ada seorang di antara mereka melihat secara alternatif—dia mengalu-alukan peraturan kerana ia juga menghalang pesaing dengan cara yang sama. Jadi sebenarnya peraturan dan halangan ini meningkatkan peluang.

• Pelajar merungut kerana yuran di universiti awam mahal. APC—bagaimana anda melihat hal ini?

247

Page 248: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Kegunaan APC- untuk definisi alternatif bagi masalah

• Misalnya apakah definisi alternatif terhadap masalah perjalanan waktu puncak bagi pengangkutan bandar.

• Cari beberapa pendekatan yang berbeza.

• Biasanya kita puas hati dengan penyelesaian yang kita sudah dapat dan tidak bersedia untuk mencari lagi. Tambahan pula kita rasa orang lain akan menyelesaikan masalah ini atau penyelesaian lain telah dibuat orang.

248

Page 249: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Kegunaan APC- untuk lihat semula/review

• Melihat semula sesuatu yang bukannya masalah, yang sesuai, yang tidak memerlukan perhatian. Tetapi kita ingin lihat semula supaya ia dimudahkan atau jadikan lebih berkesan atau lebih produktif.

• Kita lihat adakah cara lain untuk melakukan sesuatu atau adakah sebenarnya ia perlu dilakukan.

• Gunakan APC untuk lihat semula pembungkusan cokelat bar.

249

Page 250: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Kegunaan APC- Untuk mereka cipta

• Kita mencipta sesuatu untuk mencapai tujuan tertentu.

• Dengan APC kita perlu cari pendekatan yang berbeza. Namun biasanya orang akan mencadangkan alternatif dalam pendekatan yang asas bukannya di luar.

• Misalnya pelbagai rekaan untuk pakaian, cawan, dll. hanya berubah rupa sedikit tetapi bukan yang asas.

250

Page 251: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Kegunaan APC- Untuk penyelesaian

• Biasanya kita sukar membuat keputusan kerana gagal mencari alternatif yang sesuai.

• Misalnya, pesaing mengenakan harga beras dengan lebih rendah berbanding syarikat anda. Adakah anda akan turunkan harga bagi menyaingi harga pesaing? Gunakan APC untuk mencari alternatif bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.

251

Page 252: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Kegunaan APC- Untuk tindakan

• Membuat sesuatu tindakan melibatkan penyelesaian masalah, mereka cipta dan membuat keputusan.

• Misalnya, gunakan APC untuk mencipta permainan kanak-kanak yang baru.

252

Page 253: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Kegunaan APC- Untuk meramal

• Kita membuat ramalan berdasarkan unjuran trend semasa. Walaupun ia mungkin tidak tepat tetapi tiada cara lain.

• Jadi mengapa tidak jana alternatif untuk masa depan secara sedar bagi mengayakan persepsi kita walupun mungkin kita tak percaya sehinggalah selepas ia berlaku.

• Misalnya, gunakan APC untuk industri hiburan…

253

Page 254: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Halangan penggunaan APC

• Orang tidak suka menggunakan APC kerana dikatakan 1). membuang masa dan 2.) jika terlalu banyak alternatif susah hendak buat keputusan.

• Jawapan pada halangan 1). keputusan yang kita buat tidak akan menjadi lebih baik jika tiada alternatif.

• Jawapan 2). Sir Robert Watson-Watt, bapa kepada radar mengatakan “ anda dapat satu idea hari ini, anda akan dapat idea yang lebih baik esuk hari…’

254

Page 255: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Berfikir kreatif menggunakan metafora dan analogi

Objektif:

1. Kenal pasti kaedah menjana idea kreatifmenggunakan metafora dan analogi

2. Dapat menyelesaikan masalah menggunakanmetafora dan analogi.

255

Page 256: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Metafora• Metafora berasal dari perkataan Greek ‘metaphor’ yang bermakna

pindah. Ini bermakna memindahkan makna sesuatu kepada unit yang lain.

• Ringkasnya, pemakaian kata atau kelompok kata bukan erti yang sebenarnya, tetapi sebagai lukisan berdasarkan persamaan atau perbandingan.

• Metafora adalah ringkas dan mudah tetapi dapat memberitahu banyak perkara.

• Metafora adalah teknik yang baik mencari idea dan konsep baru dan menarik.

• Metafora mengaitkan sesuatu yang kompleks dengan sesuatu yang kita biasa, supaya kita dapat melihat perhubungan dan persamaan dengan lebih mudah—idea yang abstrak dikaitkan dengan perkara yang konkrit.

256

Page 257: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Contoh metafora: Kehidupan dalam keluarga seperti oren

257

Page 258: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Kreativiti adalah sebahagian daripada kita. Metafora dapat menarik minat kita kerana ia padat dengan emosi dan mengandungi banyak kebenaran.

• Metafora membolehkan kita berfikir tentang masalah dalam kaedah dan sudut yang berlainan.

• Metafora membolehkan kita berfikir dan berkomunikasi dengan cara yang berlainan daripada yang biasa.

• Jika kita dapati metafora yang digunakan tidak membantu, cari metafora yang lain.

• Metafora yang berlainan biasanya menjana idea yang berlainan. Menjana idea adalah fokus kepada pemikiran kreatif.

• Metafora memaksa kita menggunakan imaginasi—otak kanan perlu bekerja.

• Secara tidak sedar sebenarnya kita selalu menggunakan metafora--berpusing kepala aku macam kipas angin; anak dia ligat macam gasing; macam lipas kudung dia bergerak.

258

Page 259: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Analogi

• Analogi adalah kiasan. Membandingkan (persamaan/perbezaan) antara perkataan, peristiwa dll bagi tujuan memahami sesuatu keadaan.

• Berbanding metafor yang lebih kepada kiasan, analogi lebih kepada hujah logik.

• Berfikir analogi adalah aktiviti secara sedar jika anda bertanya soalan-soalan seperti berikut:

“apa benda lain seperti ini?"“apa yang dilakukan oleh orang lain?" “di mana saya boleh dapat idea?" “apakah idea yang boleh saya ubahsuai agar sesuai

dengan masalah saya?"

259

Page 260: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Berfikir menggunakan analogi menghendaki kita mengiaskan masalah dengan benda-benda lain.

• Teknik ini perlu kepada otak kanan/lateral dan berfikir secara mencapah dan kreatif supaya idea yang dijana berbeza dan luar biasa. Analogi membantu kita melihat sesuatu dengan cara yang lain.

• Analogi tidak membuktikan apa-apa. Ia digunakan untuk merangsang pemikiran supaya dapat melihat sesuatu yang jika digunakan cara biasa kita tidak dapat melihatnya.

260

Page 261: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Contoh menyelesaikan masalah secara analogi

• Pembungkusan barang seperti telur—anak ayam yang membesar di dalam telur perlahan-lahan mengeringkan putih telur. Dapatkah kita fikirkan bungkusan yang akan berubah warna mengikut tarikh luput?

• Menjual barang seperti penjual kereta terpakai—yang menawarkan pembelian kereta anda. Dapatkah kita menawarkan pembelian barang lama/terpakai atau memberi potongan harga apabila pelanggan ingin membeli barang yang kita jual?

• Misalnya, mesin minuman tercipta apabila sekumpulan orang memikirkan bagaimana mengatasi masalah kekurangan pekerja kantin. Mereka mencadangkan menggunakan pelayan yang ‘kurang berpakaian’ untuk melayan pesanan pelanggan. Akhirnya terciptalah mesin penjual minuman automatik.

261

Page 262: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Contoh masalah yang perlukan penyelesaian

• Merokok seperti bermain air hujan—seronok tapi tidak baik bagi kesihatan.

• Menangguh sebarang pekerjaan seperti tidur—tiada apa yang berlaku.

• Berniaga seperti belajar berenang—susah pada mulanya tetapi dengan latihan dan pengalaman semakin bertambah baik.

• Masalah kesesakan jalan raya seperti simpulan. Jika tidak dikawal dia akan tersimpul mati.

• Masalah alam sekitar ibarat benang yang kusut. Ia akan bertambah kusut jika tidak diperhati betul; bagaimana masalah bermula; berapa serius; berapa lama diperlukan; perlukan nasihat pakar?; teknologi yang ada; kaedah apa yang paling ekonomi dan paling cepat.

• Untuk menyelesaikan masalah seperti ini analogi dapat membantu.262

Page 263: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Enam topi berfikir

Objektif:

1. Kenal pasti kaedah menjana idea secara selari

2. Dapat mengaplikasi kaedah dalampenyelesaian masalah

263

Page 264: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Enam topi berfikir digunakan untuk menyelesaikan masalah yang merupakan satu kaedah berfikir secara ‘parallel’—pada suatu ketika semua orang melihat pada arah yang sama. Semua pandangan, walaupun berlainan akan diselarikan. Matlamat utama mencipta kaedah supaya dapat bergerak ke hadapan.

• Berbeza dengan berfikir secara tradisional, jika dua orang tidak bersetuju, setiap orang akan berhujah untuk membuktikan yang pihak satu lagi salah.

• Kaedah 6 topi berfikir menekankan ‘apa yang boleh’ bukannya ‘apa’ sahaja.

• Menekankan ‘bagaimana untuk mencipta kaedah maju ke hadapan’ bukannya ‘siapa yang betul’ atau ‘siapa yang salah’.

264

Page 265: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Kaedah ini membolehkan otak memaksimumkan kepekaan dalam pelbagai arah dalam masa yang berbeza, bukan pelbagai arah dalam masa yang sama.

• Gaya berfikir Barat berasaskan kepada Socrates, Plato dan Aristotle

• Gaya berfikir mereka di asaskan kepada hujah.

• Socrates menekankan dialektik dan hujah.

• Akibatnya 80% daripada dialognya tiada hasil yang konstruktif.

• Dia sentiasa mencari kesalahan sesuatu konsep. Misalnya untuk menjelaskan penggunaan konsep adil dan cinta, dia menggunakan konsep ini secara salah.

265

Page 266: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Plato percaya kebenaran yang ‘mutlak’ tersembunyi. Dia menggunakan analogi seseorang yang dirantai dengan muka menghadap ke gua, manakala di pintu gua ada api. Apabila seseorang memasuki gua, orang yang di rantai ini hanya dapat melihat bayangan orang yang masuk. Dalam kehidupan ini kita hanya mampu melihat bayangan kebenaran.

• Aristotle pula menekankan konsep logik masuk/keluar yang sistematik.

• Berdasarkan pengalaman lepas kita boleh ‘mengkotakkan’ definisi, kategori atau prinsip. Apabila kita menghadapi sesuatu kita menilainya dan memasukkannnya ke dalam kotak yang sesuai. Oleh itu sesuatu itu sama ada masuk dalam kotak atau keluar daripada kotak. Tidak mungkin sebahagian dalam kotak dan sebahagian di luar kotak atau berada di mana-mana.

266

Page 267: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Akibatnya pemikiran Barat menekankan “apa” yang ditentukan oleh analisis, penilaian dan hujah

• Walaupun kaedah Barat ini berguna, tetapi masih tidak mencukupi. Misalnya seseorang mengalami ruam. Pemikiran tradisional akan ‘mengkotakkan’ ke dalam kotak demam campak, alergi, atau sunburn. Setelah itu pesakit akan diberi ubat mengikut kotak yang disangka betul…

• Kaedah yang digunakan adalah standard. Tetapi dalam dunia ini adakah semua hal mengikut standard? Adakah dunia ini stabil?

• Kita perlu berfikir ‘apa yang boleh dilakukan’ dan bukan hanya ‘apa’ .

• Tambahan pula ada budaya yang berpendapat berhujah adalah sesuatu agresif, peribadi dan tidak membina.

267

Page 268: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Sebab inilah kaedah 6 kotak berfikir yang diasaskan oleh Edward de Bono boleh diterima.

• Topi putih: neutral dan objektif. Mementingkan fakta dan angka yang objektif.

• Topi merah: menunjukkan marah, emosi. Topi merah merujuk pada emosi.

• Topi hitam: serius. Waspada dan berhati-hati. Ia memberitahu kelemahan sesuatu idea

• Topi kuning: terang dan positif. Optimistik dan harapan.

• Topi hijau: hijau adalah warna rumput, tumbuhan, pohon yang subur. Menunjukkan kreativiti dan idea baru.

• Topi biru: warna yang sejuk dan juga warna langit yang menunjukkan tinggi daripada segala-galanya. Menandakan kawalan proses pemikiran dan penggunaan topi-topi yang lain.

268

Page 269: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Cara menggunakan topi

• Warna topi berkait dengan fungsi.

• Kita pakai satu topi dalam satu masa kerana ia adalah lambang gaya pemikiran yang berbeza-beza.

• Jika dalam kumpulan setiap orang memakai topi yang berlainan. Mereka perlu memfokus berfikir mengikut warna topi.

• Jika hanya seorang, pakai satu topi bergilir-gilir. Arahkan fikiran mengikut warna topi yang dipakai.

269

Page 270: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Topi putih

• Apabila menggunakan topi putih semua orang fokus kepada maklumat:

• Maklumat apa yang kita ada?

• Maklumat apa yang diperlukan?

• Maklumat apa yang tiada?

• Apakah soalan yang perlu ditanya?

• Bagaimana untuk dapatkan maklumat yang diperlukan?

• Maklumat boleh jadi dalam bentuk fakta dan angka.

• Jika anda menyatakan perasaan anda, topi merah. Tetapi jika anda melaporkan perasaan orang lain, topi putih.

270

Page 271: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Topi putih biasanya digunakan di permulaan sesi berfikir. Tetapi boleh juga digunakan pada akhir sesi—adakah cadangan kita sesuai dengan maklumat yang ada?

• Situasi …apa silapnya kempen jualan kita?

• Topi putih: Kita bertemu dengan 34% peruncit. Daripada jumlah ini 60% mengambil produk kita. Daripada jumlah yang mengambil produk, 40% mengambil dua item sebagai percubaan. Maklumat daripada orang yang kita temui 70% mengatakan harga terlalu tinggi. Ada dua produk yang hampir sama di pasaran dengan harga yang lebih rendah.

271

Page 272: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Saksi di mahkamah sepatutnya memakai topi putih.

• Ini kerana jika Hakim bertanya: En. Jani, adakah awak nampak betul defendan berjudi pada malam 30 Jun, atau adakah dia mengatakan kepada awak yang dia berjudi?

• Topi putih: Saya nampak defenden sampai ke pangsapurinya pada enam setengah pagi pada 1 Julai.

• Orang biasa mungkin jawab: Tidak, tuan hakim. Dia berjudi hampir setiap malam (dalam hal ini orang awam membuat tanggapan sendiri tanpa bukti kukuh).

• Topi putih sifatnya neutral. Melaporkan semuanya. Bukan untuk mewujudkan idea.

• Topi putih perlu menjelaskan maklumat yang tiada dan diperlukan; menjelaskan soalan yang perlu ditanya; membentangkan kaedah seperti survei dan soal selidik bagi mendapatkan maklumat.

272

Page 273: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Topi merah

• Fikirkan api, kepanasan, perasaan. Pemakai topi ini boleh menyatakan perasaannya, emosi dan intuisi tanpa perlu memberi penjelasan atau justifikasi.

• Topi merah adalah berlawanan daripada topi putih (neutral, objektif)

• Walaupun dalam perbincangan formal kita tidak sepatutnya membenarkan emosi, tetapi kita tidak dapat menghindarkannya. Topi merah akan menyatakan perasaannya dengan penyamaran logik. Misalnya, “…saya rasa dialah orang yang sesuai untuk tugas ini.” “…intuisi saya mengatakan penerangan ini terlalu rumit.”

273

Page 274: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Intuisi dan perasaan penting tetapi tidak selalunya betul.

• Topi merah boleh menyatakan’suka’, ‘tak pasti’, ‘benci’, dll. ‘…jangan tanya saya mengapa. Saya tak suka dengan urusan ini. Ia teruk’; ‘…saya bersimpati dengan Awi. Dia bekas banduan dan dia juga tipu kita. Tapi dia ada gaya. Saya suka dia.’

• Topi merah membenarkan pernyataan emosi yang biasanya tersembunyi. Misalnya perasaan iri hati. ‘…saya bantah perlantikan dia kerana saya iri hati yang dia cepat dinaikkan pangkat’. Atau gunakan perkataan yang lebih lembut: ‘…saya pakai topi merah, dan saya akan cakap yang saya bantah kenaikan pangkat Ani. Inilah perasaan saya’

274

Page 275: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Budaya berbeza-beza. Misalnya, orang Jepun akan menyatakan perasaan secara hormat, ‘ saya akan fikirkannya’; di US pula perasaan dinyatakan dengan jelas, ‘ini adalah idea yang teruk’.

• Kadang kala elok mulakan dengan topi merah supaya mereka dapat menyatakan perasaan, sebab ia mungkin akan berubah apabila sesi berakhir. Perasaan tak perlu diberi justifkasi.

• Topi merah juga akan menyatakan ‘perasaan intelektual’, ‘…saya rasa idea ini ada potensi’.

• Komen topi merah adalah komen individu. Jadi semua orang boleh berganti-ganti pakai topi merah.

275

Page 276: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Topi hitam

• Waspada, berhati-hati. Tidak membenarkan kita melakukan sesuatu yang tidak sah, berbahaya, merugikan, pencemaran dll.

• Topi survival. Untuk terus hidup perlu elak bahaya dan sentiasa waspada.

• Topi hitam adalah asas pemikiran Barat—pemikiran kritis.

• Asas hujah tradisi untuk menunjukkan sesuatu itu tidak konsisten/bertentangan.

• Topi hitam menyerlahkan sama ada sesuatu itu sesuai dengan sumber yang ada, polisi, strategi, etika, nilai dll.

276

Page 277: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Topi hitam menghindarkan kita daripada membazir wang, dan masa serta daripada melakukan kesalahan undang-undang, kerana dia akan menyemak apa yang sesuai, dan apa yang salah.

• Topi hitam sentiasa berfikir logik walaupun semasa mengkritik.

Topi merah: ‘…saya tak suka idea yang menurunkan harga’

Topi hitam: ‘…Harga turun lebih ramai yang akan gunakan’

277

Page 278: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Topi kuning

• Bayangkan cahaya matahari, optimistik. Apabila memakai topi ini kita memikirkan perkara yang positif—bagaimana untuk mengaplikasikan sesuatu idea.

• Lebih sukar berbanding topi hitam kerana otak kita secara semula jadi dapat memikirkan bahaya, tetapi topi kuning perlu membina kepekaan terhadap nilai. Sebenarnya jika kita peka pada nilai kita secara tak langsung peka pada bahaya.

• Topi kuning prihatin dengan faedah dan manfaat sesuatu idea. Banyak orang boleh menjana idea tetapi tidak ramai yang dapat menilai nilai idea tersebut.

278

Page 279: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Topi kuning berasaskan logik dan bukan fantasi. Apakah nilainya?, untuk siapa?, dalam keadaan apa?, bagaimana nilai ini disampaikan?, apakah nilai-nilai lain yang ada?

• Penilaian positif mungkin dari pengalaman, maklumat sedia ada, deduksi logik, agakan, trend dan harapan.

• Topi kuning: ‘…ada bekalan air yang banyak di kawasan gunung lima puluh batu dari sini. Tetapi adakah menguntungkan untuk membina paip?

• ‘…apa kata kitar semula air? Saya dengar ada kaedah membran yang ekonomi. Bolehkah saya buat kajian lebih lanjut?

279

Page 280: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Topi kuning positif dan konstruktif.

• Mementingkan nilai dan manfaat.

• Ada masanya spekulatif dan mencari peluang.

• Tujuan utama ialah keberkesanan: ‘…semakin ramai orang meletak kereta dalam bandar. Apakah nilai yang kita boleh dapat daripada keadaan ini?; ‘…kita boleh naikkan harga bilik jika kita boleh menarik lebih ramai orang datang ke hotel ini. Bagaimana kita hendak lakukannya?

280

Page 281: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Topi hijau

• Fikirkan tentang tumbuhan. Tentang pohon-pohon, daun baru dan dahan.

• Topi hijau ialah topi kreatif. Topi ini menjana idea baru, pilihan dan alternatif yang lama dan baru.

• Topi ini mencadangkan tindakan yang patut diambil: ‘kita perlu buat ini dan buat itu’. Topi ini juga digunakan untuk mengatasi masalah yang dijana oleh topi hitam—mencadangkan ubahsuaian atau idea tambahan bagi mengelak masalah atau bahaya.

281

Page 282: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Topi hijau cuba untuk lari daripada idea lama bagi tujuan mencari idea yang lebih baik—pentingkan perubahan.

• Situasi: Ada cadangan bekerja hari sabtu dan ahad dan mereka dapat cuti hari rabu.

• Topi hijau: ‘…oleh sebab tiada orang yang sanggup bekerja pada hujung minggu, kita cadangkan upah pekerja khusus bekerja pada sabtu dan ahad. Mereka ada pekerja yang asing/lain.

• Walaupun idea ini bukan idea yang baik tetapi ia tetap suatu idea. Topi hijau pentingkan ‘pergerakan’ yang dilambangkan oleh ‘po’. Yang penting idea, dan idea tersebut akan menjana idea yang lain.

282

Page 283: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Topi biru

• Fikirkan langit, overview.

• Ialah konduktor orkestra—apa yang perlu dibuat mesti dibuat pada masa yang tepat.

• Mengurus dan menyusun pemikiran—ia mengawal proses—sebagai fasilitator, pengerusi atau ketua.

• Jika topi biru digunakan di awal sesi, dia menjelaskan situasi, membentangkan tujuan sesi berfikir dan apa yang perlu dicapai. Semasa sesi dia memastikan semua orang berdisiplin dan mengikut topi masing-masing.

• Pada akhir sesi dia akan bertanya hasil perbincangan, keputusan, kesimpulan dll.

283

Page 284: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

• Sebagai pengerusi topi biru memberi struktur dalam sesi berfikir dan sentiasa untuk mengawal keadaan.

• Misalnya, topi biru berkata ‘…cuba kita fokus apa yang setiap kita hendak daripada percutian ini’; ‘…bagimana kita nak dapatkan tetamu yang berpuashati dan menggalakkan rakan-rakan mereka datang ke hotel ini. Inilah fokus kita’; ‘…adakah sesi berfikir kita dapat menyelesaikan masalah yang kita hadapi?’; ‘… kita telah gunakan banyak masa berhujah tentang poin ini, tapi kita belum membuat keputusan sama ada ia baik atau tidak. Ini yang penting.’

• Topi biru juga membuat pernyataan di hujung sesi. Misalnya topi biru berkata ‘…adakah kita bersetuju ini kesimpulan yang kita peroleh?’

• Topi biru juga menyediakan laporan.

284

Page 285: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Ringkasan

• Jika diamalkan anda akan sentiasa bersedia mencari penyelesaian yang sesuai.

• Topi biru mengurus dan mengarah proses berfikir.

• Topi putih mengumpul data, fakta, statistik dan maklumat konkrit yang menjadi asas dalam proses berfikir.

• Topi merah menggunakan perasaan untuk mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi.

• Topi hitam adalah topi pesimis kerana pendekatan negatifnya. Tetapi ia membantu kita memahami halangan dan bahaya pemikiran kita.

• Topi kuning berlawanan dengan topi hitam yang akan membentangkan rancangan yang positif yang membantu menyelesaikan masalah.

• Topi hijau yang tugasnya tidak mengikut peraturan, berfikir di luar kotak dan mengembangkan kemungkinan dengan cara yang unik.

285

Page 286: Objektif: 1. Mengenal pasti fungsi otak 2. Mengetahui beza ... · PDF fileAristotle ahli falsafah Greek, ... prestasi sukan, kemampuan mental, ... • Psikologi –ambil mesej daripada

Tamat

286