mengenal diri bbm

10
MENGENAL DIRI BBM DIRI BATHIN Bila kita membicarakan "ILMU MENGENAL DIRI" tentu ramai dari kita yang akan menyangka bahawa yang akan di bicarakan ialah Diri yang kelihatan iaitu jasad kasar kita ini atau yang di kenali dengan panggilan Badan, tapi sebenarnya tidak. Diri yang di maksudkan itu ialah Diri Sebenar Diri, yang duduknya di dalam Jasad atau badan kasar kita ini. Untuk itu kita haruslah memahami yang mana jasmani dan yang mana rohani, yang mana diri terdiri dan diri terperi, yang mana jiwa dan yang mana raga dan yang selalu jadi sebutan orang ya itu yang mana zahir dan yang mana batin. Kita harus nya faham perbezaan dua kata kata ini, sebelum kita lafaskannya. Jasmani tentunya berbeza dari Rohani, Jiwa berbeza dari Raga dan pastinya zahir berbeza dari batin, Jika tidak mengapa ada dua perkataan tersebut yang sentiasa menjadi sebutan kita? Kita semua tahu dan selalu menyebut akan kalimah ini, tapi tahukah kita perbezaan antara keduanya?? Perbezaan ini lah yang ramai antara kita tidak dapat menerangkan dengan jelas apa lagi untuk dapat merasakan perbezaannya. Kebanyakan dari kita berangapan bahawa jasad kasar kita ini atau badan kita ini lah di panggil "Diri" dan dapat hidup sendiri sendiri, tetapi sebenarnya Jasad atau Badan kasar kita ini yang kita jaga dan perindahkan ini, sebenarnya ialah benda mati, yang tidak dapat berbuat apa apa jika tidak ada "Penghidupnya" yang duduk nya didalam jasad itu sendiri. Penghidup ini lah yang dipanggil Diri Sebenar Diri. Diri yang berdiri dengan sendiri dan yang ujud apabila Roh memasuki Jasad , oleh itu faham lah kita bahawa Diri sebenar Diri ujud sesudah Roh berada di dalam Jasad. Perlulah di ketahui bahawa kita ini secara amnya terbahagi kepada 2, iaitu yang dipanggil Jasmani (Jasad) dan Rohani.Atau ada juga orang memanggil Jiwa dan Raga dan banyak lagi nama nama yang di beri kepada Diri dan jasad untuk mudah di fahami dan mengikut perguruan tertentu. Renung kembali kesah ujudnya Adam Setelah Malaikat menyiapkan Jasad Adam dan Jasad Adam terbaring kaku, maka Allah pun memerintahkan Roh untuk masuk ke dalam Jasad Adam, dan bertanyalah akan Roh kepada Allah " Ya Allah melalui jalan mana harus aku masuk?" maka Allah pun menjawab, " Masuklah melalui mana mana yang kau senangi" dan seterusnya Roh memasuki

Upload: ahmadibinahmad

Post on 01-Sep-2015

275 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Mengenal Diri Bbm

TRANSCRIPT

MENGENAL DIRI BBM DIRI BATHIN

Bila kita membicarakan "ILMU MENGENAL DIRI" tentu ramai dari kita yang akan menyangka bahawa yang akan di bicarakan ialah Diri yang kelihatan iaitu jasad kasar kita ini atau yang di kenali dengan panggilan Badan, tapi sebenarnya tidak. Diri yang di maksudkan itu ialah Diri Sebenar Diri, yang duduknya di dalam Jasad atau badan kasar kita ini. Untuk itu kita haruslah memahami yang mana jasmani dan yang mana rohani, yang mana diri terdiri dan diri terperi, yang mana jiwa dan yang mana raga dan yang selalu jadi sebutan orang ya itu yang mana zahir dan yang mana batin. Kita harus nya faham perbezaan dua kata kata ini, sebelum kita lafaskannya.Jasmani tentunya berbeza dari Rohani, Jiwa berbeza dari Raga dan pastinya zahir berbeza dari batin, Jika tidak mengapa ada dua perkataan tersebut yang sentiasa menjadi sebutan kita? Kita semua tahu dan selalu menyebut akan kalimah ini, tapi tahukah kita perbezaan antara keduanya?? Perbezaan ini lah yang ramai antara kita tidak dapat menerangkan dengan jelas apa lagi untuk dapat merasakan perbezaannya.Kebanyakan dari kita berangapan bahawa jasad kasar kita ini atau badan kita ini lah di panggil "Diri" dan dapat hidup sendiri sendiri, tetapi sebenarnya Jasad atau Badan kasar kita ini yang kita jaga dan perindahkan ini, sebenarnya ialah benda mati, yang tidak dapat berbuat apa apa jika tidak ada "Penghidupnya" yang duduk nya didalam jasad itu sendiri. Penghidup ini lah yang dipanggil Diri Sebenar Diri. Diri yang berdiri dengan sendiri dan yang ujud apabila Roh memasuki Jasad , oleh itu faham lah kita bahawa Diri sebenar Diri ujud sesudah Roh berada di dalam Jasad.Perlulah di ketahui bahawa kita ini secara amnya terbahagi kepada 2, iaitu yang dipanggil Jasmani (Jasad) dan Rohani.Atau ada juga orang memanggil Jiwa dan Raga dan banyak lagi nama nama yang di beri kepada Diri dan jasad untuk mudah di fahami dan mengikut perguruan tertentu.Renung kembali kesah ujudnya AdamSetelah Malaikat menyiapkan Jasad Adam dan Jasad Adam terbaring kaku, maka Allah pun memerintahkan Roh untuk masuk ke dalam Jasad Adam, dan bertanyalah akan Roh kepada Allah " Ya Allah melalui jalan mana harus aku masuk?" maka Allah pun menjawab, " Masuklah melalui mana mana yang kau senangi" dan seterusnya Roh memasuki Jasad Adam melalui Hidung. Dan seterusnya kita bernafas melalui hidung.Jadi di sini dapatlah kita fahami bahawa bila Roh masuk ke dalam jasad Adam, barulah Adam hidup dan seterusnya bangun dan berdiri, ini jelas menunjukkan bila Roh masuk kedalam Jasad barulah Jasad hidup atau juga di panggil Bernyawa.Diri sebenar DiriSetelah Roh memasukki Jasad, baharulah ujudnya "Diri" atau jelasnya "Diri" ini mendatang kemudian setelah Roh memasuki jasad.Keterangan ringkasnya ialah, Roh itu adalah Cahaya dan bila ia memasukki jasad maka cahaya tadi memenuhi ruang jasad di dalam dan akan menjadi saperti jasad nya sendiri. Maka dengan sebab ini lah "Diri" itu rupanya sama dengan jasadnya sendiri, tapi ianya ghaib. Dan harus diingat hanya yang ghaib sahaja dapat menghubungi yang ghaib.Cahaya (Diri) tadi mengalir ke seluruh jasad di dalam, dan dia lah yang menjadi "Penghidup" kepada Jasad. Dia lah hidup sebenar benar hidup, lagi menghidupkan.BARANG SIAPA MENGENAL DIRINYA NESCAYA KENALLAH IA AKAN TUHANNYASaperti yang telah di terangkan diatas Diri ini rupa nya saperti kita cuma ia nya ghaib dan duduknya di dalam jasad kasar kita ini, dan tugas nya menghidupkan jasad kita dan dia juga di panggil nyawa dan macam macam nama lagi mengikut Aliran Perguruan yang mengajar Ilmu Mengenal Diri ini. Walau bagaimana pun perlu di tegaskan disini semua Aliran Perguruan adalah benar dan mempunyai kelebihan kelebihan tersendiri. Ini lah Diri Sebenar Diri yang harus di kenal dengan rasa dan perasaan, dan dengan geraknya yang tersendiri. Bagaimana kah cara untuk mengenalnya?Diri sebenar Diri yang duduk nya dalam jasad itu, dimana tugas nya menghidupkan jasad, dengan cara mengalirkan pancaran cahaya kehidupan di dalam jasad, dan kalau ingin mengenalnya dengan erti kata kenal sebenar benar kenal tentulah kita perlu melahirkan Diri itu.Kelahiran pertama kita ialah bila Ibu kita melahirkan kita, dan kelahiran kali kedua ialah bila kita berjaya melahirkan Diri Sebenar Diri yang diamnya di dalam jasad kita sendiri dan dengan tugas dan rahsia nya yang tersendiri..........menghidupkan kita, tapi sayang jasad tidak pernah terfikir untuk memikirkan siapakah yang menghidupkan nya.

Dengan itu kenali lah Diri sebenar Diri kita itu, Diri yang banyak daya guna dan banyak menyimpan rahsia, Bukankah dia berasal dari sana................dari Yang Maha Pencipta dan Yang Maha Besar.Untuk itu lahirkan lah itu Diri Sebenar Diri, yang maksud nya dengan membuka pintu bagi nya untuk keluar, (jalannya) dan cara melahirkan nya ada 3 cara:

1. Terbuka Sendiri.2. Membuka dengan Sendiri.3. Dibuka kan oleh Guru yang Berpengalaman.

Apa Maksud Dibuka ( dilahirkan ).1. Terbuka Sendiri.Mengikut pengalaman saya sendiri. saya telah berjumpa dengan 5 insan yang terbuka (terlahir) Diri Sebenar Diri nya, dan keterbukaan Diri ini diperdapatkan nya pada satu hari mereka berdoa dan tiba tiba jari jemari mereka mula menimbulkan satu rasa, di dalam badan mereka terdapat satu rasa dan perasaan, dan tangan mereka seolah menolak atau bergerak perlahan lahan.

Mereka mereka yang mendapatkan nya dengan cara ini selalunya tidak mengetahui dan faham apakah yang terjadi sebenarnya. Mereka perlukan penerangan dan penjelasan dari orang orang yang lebih mengetahui akan ilmu ini. Mereka mereka yang mendapat cara ini selalunya yang beramal dengan kaedah Tarikat.2. Membuka dengan sendiri.Ini boleh dilakukan dengan berdoa untuk di lahirkan Diri Sebenar Diri itu, dan ada juga yang berjaya di izinkan Allah3. Dibukakan oleh Guru yang berpengalamanUntuk ini pelajar atau mereka yang ingin di buka perlu duduk dihadapan guru dan akan berzikir bersama sama sehingga Diri itu lahir, dengan izin Allah.

Kebanyakan orang akan mempelajarinya mengikut cara ke 3 ia itu dengan di bukakan atau dilahirkan Diri sebenar Diri itu melalui Guru yang membukakannya.Selalu kita mendengar orang berkata zahir dan batin, luar dan dalam jiwa dan raga, tapi cuba kita renungkan, adakah kita faham apa yang kita katakan?Kita sebenarnya mempunyai 2 aliran:1. Aliran Zahir atau JasmaniAliran ini bertitik tolak dari bekerjanya Jantung kita. Dan ianya mengaliri keseluruh batang tubuh kita, dan isi kepada aliran zahir ini ialah Darah.

2. Aliran Batin atau RohaniAliran ini berisikan daya hidup yang pangkalnya dari "Hidup" yang mengaliri aliran tertentu saperti aliran Jasmani, cuma beza nya aliran ini ialah cahaya kehidupan dan ianya berupa arus letrik. Ini telah di buktikan oleh ahli sain dari Cina dimana mereka berjaya mengambil gambar arus letrik yang mengalir dalam badan manusia ini.DIRI1. Ianya duduk didalam jasad 2. Rupa nya sama saperti jasad tapi ghaib 3. Dia lah yang Menghidupkan kita 4. Punca tenaga 5. Ia serba tahu kerana datang dari yang Maha Tahu6. Dialah yang mengenal Allah kerana dia berasal dari sanaKEHIDUPAN KITA DI DALAM"Diri" ini lah sebenarnya kehidupan kita yang hidup di dalam jasad dan sememangnya kehidupan kita bermula dari dalam badan kasar kita ini, dia mengisi kehidupan kita dan meliputi keseluruhannya, dan di tutup serta di batasi dengan bulu dan kulit kita, dimana bagi orang luar atau orang nyata, kehidupan di dalam ini nagetif kerana tidak nyata. Tetapi kalau kita mau tau dan mau cuba memahami bahawa sebenarnya, perbetulkan lah kehidupan dalaman kita ini dahulu dan dengan sendirinya kehidupan luaran kita akan sempurna....InsyaallahOleh itu kenalilah Diri Sebenar Diri anda dan insyaallah kenal lah ia akan Tuhannya saperti Sabda Nabi junjungan kita" Barang siapa mengenal Diri nescaya kenal lah ia akan Tuhannya"SAJAK - SAJAK BAPAK DR. BAGINDOMUCHTAR

A K UKalau engkau mengatakan akuArtinya engkau dengan Badan diriKalau aku menyebut akuMaka adalah itu aku sendiri

Aku adalah engkauAkan tetapi engkau bukan akuKita adalah duaWalaupun satu tiada kenyataannya

Dirimu adalah dirikuBadanmu adalah Badan kuAku ada padamu

MANA JALANKU?Aku melihat orang berjalanDalam pada itu aku pun berjalanJalan orang jalan nyataJalan ku tidak nyata

Ku lihat orang berjalan di jalannyaAku pun ikut berjalan besertanyaDia sampai ditujuannyaTetapi aku di situ ke situ juga

Manakah yang benarJalan orangkah atau jalankuKedua duanya benarKerana kedua duanya perlu

Bagi orang, jalan ku gelapBahkan aku di anggap barang matiBagi ku jalan ku tidak gelapHanya orang yang tak mau mengerti

Bagiku jalan orang jalan nyataJalanku jalan tidak nyataSatu sama lain berbedaJalan aku dan jalannya

Orang berjalan di jalanrayaJalan bikinan tangan manusiaNaik mobil, kereta api, kapal laut dan udaraBagiku itu namanya menumpang dijalannya

Namun aku, walau dimana sajaDi lautan, di daratanDan di udaraNamun jalanku tidak ku lupakan

DIA DAN AKUDia berjalan aku pun berjalanKami bertemu di perjalananSama sama berjalan tetapi berlainan arah tujuan

Dia di kiri aku di kananDia di luar aku di dalamDia berhenti aku pun berhenti berjalanSeiring bertukar jalan

Dia ingin hendak menemui akuDi perjalanan kami bertemuDalam berjalan dia melihat akuDi waktu dia berhenti maka hilang lah aku

Wahai insan yang hendak mencari akuAku selalu berada besertamuAku jauh dalam tangkapan muPada hal aku sangat dekan padamu

ENGKAU DAN AKUKalau engkau hendak menemui akuTurutilah jalan ku jangan jalanmuJalanmu jalan nyataJalan ku jalan rasa

Berjalanlah engkau pada jalanmuDan aku akan berjalan pula pada jalankuUshakan kita sejalan, engkau dan akuSupaya tercapai yang di tuju

Kalau engkau mengatakan kita sejalanEngkau harus dapat membuktikanBukti yang dimaksudkanIalah kesanggupan untuk menurutkan.

Engkau mempunyai keinginanAku mempunyai kesanggupanEngkau di luar aku di dalamTempat mu di kiri aku di kanan

Berjalanlah engkau pada jalanmuUntuk menjumpai aku lebih dahuluDalam perjalanan kita bertemuEngkau dan aku

Aku yang engkau jumpai diperjalananTidak akan engkau perdapat, kalau engkau tak bukar haluanKerana disaat itu aku keluar engkau ke dalamDan untuk mendapat aku, jalanku yang akan di turutkan

Berjalan pada jalankuBerarti engkau besertakuDengan jalan itu engkau akan dapat mengenal akuAku yang selama ini terahsia bagi mu.

ENGKAU DIA dan AKUDia dan engkau bukan lah akuEngkau dan dia sama bagikuSama sama hidup beserta akuYang selalu mendampingi ku

Satu di kiri satu di kananMasing masing melakukan tugas kewajipanBiar siang atau pun malamSelagi Hayat dikandung badan

Engkau yang selalu kekuranganBerdampingan dengan dia yang berkelebihanDengan aku sebagai perantaraanUntuk cukup mencukupkan

Engkau adalah tangan kirikuDia adalah tangan kanankuAku adalah otakmuYang merencanakan segala sesuatu

Engkau pelaksanaDia tenagaAku perencanaSatu sama lain kerjasama

ENGKAU DIA AKU dan SAYAPadaku ada engkau dan diaPadamua ada aku dan sayaAku engkau dan diaTinggal bersama saya

Saya adalah seorang manusiaAku terkandung dalamnyaDia adalah seorang hambaHamba si pengembara

Maka adalah sayaTerdiri dari engkau aku dan diaSatu, tetapi sebenarnya tigaKalau dipelajari sampai ke dalamnya

Begitulah pemecahankuMempelajari akan keadaankuPemecahan yang menghadilkan pemisahanAntara diri dan badan

PEMECAHANKUDalam perjalanan ku untuk mengenal diriAku melakukan pemecahan sendiriDengan tidak menghiraukan petang dan pagiAsal tercapai maksud di hati

Maksud hati hendak mencari diriDiri yang berdiri sendiriYang amat erat hubungan dengan peribadiYang orang mengatakan nya suci

Telah lama aku berjalanPagi petang siang dan malamSuatu perjalanan yang ku lakukan Dengan gerak dan menggerakkan

Gerak datang dari aku, yang menggerakkan diaYang bergerak ialah sayaSuatu pemecahan satu jadi tigaYang menghasilkan pemisahan antara aku dan dia

Yang bergerak sayaTermasuk aku dan diaAku yang memisahkannyaYang telah dapat memisahkan antara badan dan dia

Aku dengan badanku nyata aku dengan diriku tidak nyataBadan dapat dirabaDiri hanya dapat dirasaRahsia diri ialah rahsiakuPeristiwa diri ialah peristiwa akuBadan diri dan akuBunyinya tiga, nyatanya SatuNyatanya aku satu

Aku badan dan dirikuKeluar bersatu paduKe dalam banyak orang belum tahuAku dengan badan ku positif nyata

Aku dengan diriku negatif tidak nyataSamakah aku yang nyataDengan aku yang tidak nyataAku dengan kenyataan ku jadi manusiaAku dengan ketidak nyataku berada di dalamnyaDi alam fikiran tempat aku yang pertamaDi alam perasaan tempat aku yang keduaKetahuilah oleh mu wahai insanAku yang pertama ialah aku yang di hidupkanAku yang kedua ialah aku yang menghidupkanYang mana yang benar, cuba fikirkan

SIAPA AKUAku yang dihidupkan jadi seorang manusiaAku yang menghidupkan adalah seorang hambaBertugas sebagai si pengembaraMengaliri seluruh batang tubuhnya

Mula pertama manusia diciptakanDari tanah dijadikan badanAku tiup "Roh" ku katanya TuhanOleh kerananya timbullah hamba kemudian

Hamba yang timbul kemudian Berjalan mengaliri seluruh badanTiada henti hentinya pagi petang, siang dan malamMelakukan tugas kewajipan

Kewajipan ialah menghidupkanOleh kerana itu makanya hamba ku berjalanBerjalan menurut aliranSelagi hayat dikandung badan

Dengan demikian teranglah sudahPerjalanan seorang hamba AllahDan aku adalah:Kata Tuhan "Roh" ku, kata ku: rohullah