mendengar_2.pptx

40
Kemahiran Mendengar-Bertutur

Upload: ahmadsalim-hambiah

Post on 20-Dec-2015

222 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: mendengar_2.pptx

Kemahiran Mendengar-Bertutur

Page 2: mendengar_2.pptx

KANDUNGAN

Penilaian Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Page 3: mendengar_2.pptx

PENILAIAN

Kesahan, Kebolehpercayaan Keobjektifan Kebolehtadbiran Keberkesanan dan Positif dan Konstruktif

Page 4: mendengar_2.pptx

PENILAIAN KEMAHIRAN MENDENGAR

Mengapakah kita perlu menilai kemahiran mendengar?

untuk mengetahui adakah pelajar-pelajar kita sudah menguasai atau belum kemahiran mendengar yang kita ajarkan.

Page 5: mendengar_2.pptx

PENILAIAN KEMAHIRAN MENDENGAR

Bilakah penilaian kemahiran mendengar perlu dilakukan?

dilakukan secara tidak formal ketika pelajar-pelajar melakukan aktiviti-aktiviti lisan

Walaupun aktiviti lisan itu dilakukan serentak dengan kemahiran bertutur tetapi fokusnya adalah penilaian terhadap kemahiran mendengarnya.

Page 6: mendengar_2.pptx

PENILAIAN KEMAHIRAN MENDENGAR

Penilaian terhadap kemahiran mendengar dapat dibahagikan kepada dua bahagian.

(I) penilaian terhadap keupayaan mendengar dan mendiskriminasikan komponen-komponen linguistik.

memerlukan pelajar mengenal pasti makna-makna perkataan mengikut konteks, mengenalpasti jenis-jenis ayat berdasarkan intonasi yang berlainan atau mengasingkan perkataan mengikut golongan

(II) penilaian terhadap kemahiran mendengar bagi tujuan-tujuan komunikasi

Page 7: mendengar_2.pptx

PENILAIAN KEMAHIRAN MENDENGAR

Apakah instrumen yang kita gunakan untuk menilai kemahiran mendengar?

antaranya ialah pemerhatian dan latihan amali

Page 8: mendengar_2.pptx

PENILAIAN MENDENGAR

Mengenal pasti bunyi bahasa bunyi-bunyi fonem berdasarkan perkataan-

perkataan berpasangan, cth: tari-dari-karam-lali-lari

perbezaan berdasarkan gambar frasa atau ayat-ayat yang mengandungi

perkataan-perkataan yang bunyinya hampir-hampir sama

jenis ayat-ayat mengikut intonasi

Page 9: mendengar_2.pptx

PENILAIAN MENDENGAR

Memadankan frasa atau ayat dengan gambar

Memberi arahan yang mudah dan murid memberikan gerak balas

Mengarahkan murid melakukan tugas-tugas tertentu

Mengemukakan soalan berdasarkan petikan yang dibaca

Page 10: mendengar_2.pptx

rehat

Page 11: mendengar_2.pptx

PENILAIAN KEMAHIRAN BERTUTUR

Siapakah yang dikatakan petah bertutur?

Seseorang yang menguasai perbendaharaan kata, memilih dan menggunakannya bertepatan dengan konteks untuk menyampaikan maklumat yang hendak diberitahunya itu dengan jelas dan tepat

mampu membentuk frasa dan ayat-ayat yang betul, iaitu tepat dari segi makna dan struktur

pandai menggunakan sesuatu perkataaan itu dengan berbagai cara dan makna yang berbeza-beza berdasarkan bentuk binaannya yang berbeza juga

Page 12: mendengar_2.pptx

PENILAIAN KEMAHIRAN BERTUTUR

aspek yang perlu diberi pertimbangan semasa hendak membuat penilaian kemahiran bertutur ialah aspek fonologi, tatabahasa, leksikal, konteks, sebutan

dalam aspek fonologi kita melihat pelajar tersebut boleh menyebut dengan betul dan tepat sesuatu perkataan, frasa atau ayat

Page 13: mendengar_2.pptx

PENILAIAN KEMAHIRAN BERTUTUR

Aspek sebutan ialah dari segi nada dan intonasi serta jeda dan tekanan

Nada, kenyaringan dan kelantangan suara harus juga dikawal dan dihasilkan bersesuaian dengan situasi dan konteks pertuturan.

Page 14: mendengar_2.pptx

PENILAIAN KEMAHIRAN BERTUTUR

kepantasan bertutur juga termasuk ada gerak anggota seperti mimik muka, gerak mata, tangan

aspek tatabahasa, salah satu penilaian yang boleh dilaksanakan ialah dari segi transformasi ayat. Contohnya,penilaian pada kecekapan pelajar menuturkan ayat cakap ajuk atau ayat cakap pindah semasa menceritakan atau menyatakan sesuatu perkara dalam aktiviti di dalam kelas.

Page 15: mendengar_2.pptx

PENILAIAN KEMAHIRAN BERTUTUR

aspek leksikal dinilai untuk memastikan sama ada nama-nama objek yang dituturkan itu betul atau tidak.

guru menunjukkan sekeping gambar kepada pelajar dan meminta pelajar menyebut nama objek yang terdapat di dalam gambar tersebut.

adakah muridnya akan menyebut ‘harimau,’ ‘halimau,’‘ghimau’ atau ‘haghimau’ ?

Page 16: mendengar_2.pptx

PENILAIAN BERTUTUR

(a) Bertutur berdasarkan gambar

(b) Bercerita berdasarkan satu siri gambar

(c) Menjawab soalan-soalan berdasarkan filem

(d) Melaporkan peristiwa yang dialami dan

sebagainya

(e) Menunjukkan arah perjalanan berdasarkan

gambar peta

(f) Menerangkan cara-cara mengisi borang, membuat

kuih, bersukan, berenang, melukis orang dan

sebagainya.

Page 17: mendengar_2.pptx

TEKNIK PERNILAIAN BERTUTUR

Temu duga dan temu bual Meniru sebutan Membaca kuat Bertutur mengikut arahan Menceritakan semula Main peran

Page 18: mendengar_2.pptx

PEMARKATAN

Terdapat dua bentuk pemarkatan yang boleh diterapkan untuk menguji kemahiran bertutur iaitu: Secara objektif Secara holistik

Page 19: mendengar_2.pptx

PEMARKATAN SECARA OBJEKTIF

Peringkat rendah yang belum ada asas penguasaan lisan

Belum boleh bertutur dengan lancar Soalan yang dikemukakan berbentuk item

yang memerlukan mereka memberi gerak balas langsung dan bertutur dengan menggunakan ayat pendek, gunakan gambar

Guru boleh sediakan senarai semak

Page 20: mendengar_2.pptx

PEMARKATAN SECARA HOLISTIK

Secara menyeluruh Penguasaan pertuturan dibahagikan kepada

beberapa pecahan dan markat diperuntukkan bagi setiap pecahan

Boleh dibahagi kepada: Sebutan Kefahaman Tatabahasa Kosa kata kelancaran

Page 21: mendengar_2.pptx

REHAT

Page 22: mendengar_2.pptx

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

pendekatan yang boleh digunakan untuk membentuk ‘keupayaan berkomunikasi’

- pembelajaran koperatif

- pendekatan komunikatif

- pendekatan konstruktivisme

Page 23: mendengar_2.pptx

PEMBELAJARAN KOPERATIF

Eggen dan Kauchak (1993: 319) mendefinisikan pembelajaran koperatif sebagai sekumpulan strategi mengajar yang digunakan guru agar pelajar saling -membantu dalam mempelajari sesuatu.

Page 24: mendengar_2.pptx

PENGAJARAN KOPERATIF

Menurut Kagan (1998), dalam pembelajaran koperatif, aktiviti pembelajaran dikatakan wujud apabila struktur koperatif yang disesuaikan dengan isi kandungan

Struktur pembelajaran + Isi kandungan = Aktiviti

Kagan telah menyenaraikan sekurang-kurangnya sebanyak lebih daripada 50 contoh struktur (dengan nama-nama yang tertentu) yang dapat disesuaikan dengan isi kandungan.

Page 25: mendengar_2.pptx

PENGAJARAN KOPERATIF

Banyak kajian mendapati pembelajaran koperatif mempunyai banyak kelebihan, antaranya ialah dapat meningkatkan potensi pelajar dari segi Pencapaian akademik Kepekaan positif kepada kepelbagaian Pemantapan kemahiran sosial

Page 26: mendengar_2.pptx

PENGAJARAN KOPERATIF Pembelajaran Koperatif menggunakan peraturan bilik darjah yang mampu

mewujudkan satu pasukan yang berkesan. Singkatan KISSES mewakili

peraturan bilik darjah seperti yang diterangkan di bawah.

K Keep with the group ( Sentiasa dalam pasukan)

I Include everyone (libatkan semua ahli – elakkan passenger)

S Share ideas and feelings (sedia berkongsi idea dan perasaan)

S Stay on task (Sentiasa melakukan tugasan yang diberi)

E Encourage others (Memberi galakan kepada rakan sebaya)

S Six inch Voices ( perbincangan mesra kumpulan berberdu / berempat dalam jarak lebih kurang 6 inci.)

Page 27: mendengar_2.pptx

PRINSIP PENGAJARAN KOPERATIF PIES merupakan prinsip-prinsip pembelajaran koperatif

mengikut model Kagan. Apakah PIES?

Positive Interdepence (Saling Kebergantungan Secara Positif): pelajar dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama.

Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain.

Saling bergantungan secara positif yang kuat di dalam sesuatu kumpulan akan menjadi motivasi kepada setiap ahli untuk berjaya.

Page 28: mendengar_2.pptx

PRINSIP PENGAJARAN KOPERATIF

Individual Accountability (Akauntabiliti Individu): Bagi menilai akauntabiliti individu setiap ahli kumpulan,

satu tugasan akan diberikan kepada kumpulan tersebut. Pencapaian kumpulan akan dinilai mengikut sumbangan setiap individu. Setiap ahli akan menerima markah mengikut sumbangan / idea mereka.

Equal Participation (Penglibatan Sama Rata): Penglibatan yang sama rata di antara ahli kumpulan

boleh dicapai melalui pembahagian/urutan tugasan. Dengan cara ini, setiap pelajar diberi peluang untuk mengambil bahagian dan memberi idea. Cara ini menjadikan setiap pelajar bertanggungjawab dan menglibatkan mereka secara sama rata

Page 29: mendengar_2.pptx

PRINSIP PENGAJARAN KOPERATIF

Structure (Struktur): Terdapat banyak struktur dalam model

Kagan dimana setiap satunya mempunyai kegunaan dan kepentingan masing-masing. Pengetahuan mengenai struktur-struktur ini dan cara pelaksanaanya memerlukan pemahaman dan latihan yang berulang-ulangan.

Page 30: mendengar_2.pptx

CIRI-CIRI PENDEKATAN KOMUNIKATIF

Pertama ialah aspek makna sangat diutamakan.

Kedua, sekiranya dialog digunakan dalam pengajaran, fungsi atau peranan komunikatif dialog itu hendaklah diutamakan dan bukan dilakukan untuk dihafaz

Ketiga, konteks dan situasi penggunaan bahasa amat dipentingkan. Keempat, pembelajaran bahasa merupakan pembelajaran untuk berhubung dan kemahiran bahasa dianggap sebagai kemahiran sosial

Page 31: mendengar_2.pptx

CIRI-CIRI PENDEKATAN KOMUNIKATIF

Kelima, bahan-bahan pembelajaran yang dipilih hendaklah bersesuaian dengan situasia atau simulasi dalam aktiviti pengajaran

Keenam, stimulus atau aktiviti pembelajaran hendaklah menggalakkan atau memberangsangkan murid-murid bercakap dan berkomunikasi, ataupun menggunakan bahasa dalam pelbagai keperluan berkomunikasi

Ketujuh, keupayaan berkomunikasi dengan menggunakan bahasa secara betul dan berkesan ialah matlamat pendekatan komunikatif

Page 32: mendengar_2.pptx

PRINSIP PENDEKTAN KOMUNIKATIF Pertama, semua latihan dan aktiviti bahasa hendaklah bersesuaian

dengan umur, pengalaman, latar belakang, minat dan keperluan pelajar

Kedua, semua latihan dan aktiviti bahasa hendaklah bercorak realistik dan pragmatik dan menggambarkan keperluan sebenar penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dalam dunia yang sebenarnya, iaitu sama ada dalam alam persekolahan, pekerjaan atau pergaulan

Ketiga, kemahiran berkomunikasi yang dimaksudkan ialah penggunaan bahasa sebagai alat untuk berkomunikasi, sama ada secara lisan atau tulisan

Keempat, semasa mengajar pula pelajar perlu dilibatkan secara aktif iaitu wujudnya komunikasi dua hala. Dengan kata lain, ada pihak yang memainkan peranan berbahasa yang bersifat produktif dan ada pihak yang memainkan peranan berbahasa yang bersifat reseptif

Page 33: mendengar_2.pptx

PRINSIP PENDEKTAN KOMUNIKATIF

Keempat, semasa mengajar pula pelajar perlu dilibatkan secara aktif iaitu wujudnya komunikasi dua hala. Dengan kata lain, ada pihak yang memainkan peranan berbahasa yang bersifat produktif dan ada pihak yang memainkan peranan berbahasa yang bersifat reseptif

Kelima, guru haruslah kreatif dan hendaklah sentiasa mencuba menghidupkan situasi pembelajaran di bilik darjah agar dapat menarik minat dan menyeronokkan murid-murid

Keenam, aspek tatabahasa sangat penting dan tidak boleh diabaikan. Kseilapan perlu dibetulkan serta-merta apabila berlaku dan tidak boleh dibiarkan berterusan

Ketujuh, dalam sesuatu aktiviti bahasa yang diadakan di dalam bilik darjah, guru seharusnya bertindak sebagai pengawas, penasihat atau pemerhati sahaja di mana penglibatan guru amat minimum iaitu masa yang diambil olehnya untuk menerangkan sesuatu aktiviti yang dijalankan itu haruslah seringkas mungkin.

Page 34: mendengar_2.pptx

AKTIVITI

Contoh

Permainan

Main peran

Simulasi

Page 35: mendengar_2.pptx

PEMBELAJARAN KONSTRUCTIVISME

Page 36: mendengar_2.pptx

CIRI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

Page 37: mendengar_2.pptx

PERANAN GURU

Page 38: mendengar_2.pptx

PERANAN MURID

Page 39: mendengar_2.pptx

RUJUKAN

Pusat Perkembangan Kurikulum.(2001). Modul Pengajaran Secara Konstruktivisme. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Zurida Ismail, Syarifah Norhaida dan Syed Idros (2006). Kaedah Mengajar Sains. Kuala Lumpur: PTS Proffesional Publishing Sdn. Bhd.

Page 40: mendengar_2.pptx

TERIMA KASIHSELAMAT MENGULANGKAJI!