membina kendiri unggul berkarisma 1

Upload: hairul-akmal

Post on 14-Jan-2016

27 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

MOTIVASI

TRANSCRIPT

Membina Kendiri Unggul BerkarismaPengenalan"Membina Kendiri Unggul Berkarisma" sebuah buku hasil dari seorang penulis yang berpengalaman dalam bidang bimbingan dan kaunseling. Amer Shakir Zainol, dilahirkan di Kg Chegar Pendang, Kedah pada 4 Julai 1970. Beliau mendapat pendidikan awal di Sek. Rendah hingga ke peringkat Universiti tempatan. Hasil dari doa dan usaha gigih, maka beliau memperolehi Diploma Pertanian dan Bac Pendidikan (bimbingan dan kaunseling) di Universiti Pertanian Malaysia. Beliau pernah berkhidmat sebagai kaunselor di beberapa badan-badan kerajaan dan swasta. Kini beliau bertugas sebagai kaunselor di Universiti Teknologi Mara, Kampus Segamat Johor dan penyarah sambilan di UPM dalam bidang kaunseling.

Buku ini dihasilkan dari kombinasi ceramah, rujukan, pengalaman dan bacaan beliau yang cuba mencapai dan menerapkan ciri-ciri pembelajaran berkesan kepada remaja, khasnya. Secara khusus, buku ini mengupas tentang perkara-perkara yang menimbulkan motivasi diri, faktor penyebab gangguan kepada perkembangan motivasi diri, kemahiran belajar dan membina persekitaran yang unik untuk mengekalkan motivasi.

Para remaja yang cemerlang mempunyai matlamat dan skala yang mampu dicorakkan dari awal. Menerusi proses pembelajaran yang unggul dan bersistematik, remaja lebih peka terhadap kehendak kejayaan dan motivasi diri. Pembentukan remaja itu seharusnya dikawal dan ia perlu didorong dengan lebih baik berdasarkan peranan dan tanggungjawab ibu bapa. Ibu bapa adalah pembimbing dan pencorak terbaik bagi anak-anak yang cemerlang.

Oleh itu, jawapan yang tepat dapat diperolehi dari "Membina Kendiri Unggul Berkarisma" buku penulis unggul Amer Shakir Zainol.

Bagi memberi gambaran ringkas tentang kandungan buku "Membina Kendiri Unggul Berkarisma" ini, TeenNet menyediakan abstrak kesemua bab (tujuh) daripada buku tersebut. Dapatkan di pasaran dengan kadar harga yang berpatutan. Selamat maju jaya

BAB 1: PERUBAHAN SIKAP

Menuntut ilmu adalah suatu kewajipan kepada setiap individu. Ia tidak kira dalam seisi formal atau tidak formal. Dalam menuntut ilmu apa yang ada adalah sikap untuk berkongsi maklumat dengan orang lain. Kita juga berpeluang untuk belajar dari sahabat yang berkongsi maklumat dengan kita. Itu adalah saat yang menyeronokkan dalam situasi pembelajaran.

Kekuatan akal dan sifat cintakan ilmu itu penting dalam menuntut ilmu. Banyak kisah tauladan yang boleh dijadikan contoh dan pengajaran. Namun dalam cenderung untuk memiliki ilmu kita haruslah mengubah sikap. Ini kerana sikap adalah jalan utama bagi merealisasikan perubahan diri.Sikap mempunyai tiga eleman penting:1. Pemikiran2. Perasaan3. Tingkahlaku

Ia perlu berubah bersama-sama agar ketahanan diri positif dapat menjamin ke arah kecemerlangan. Kesepaduan unsur jasmani, emosi, rohani dan intelek adalah gabungan yang terpenting dalam menuntut ilmu. Seharusnya kita berusaha membentuk sikap yang baik kerana sikap bertindak sebagai pendorong kepada manusia untuk bergerak menjadi baik atau tidak baik.Berubah PemikiranPemikiran adalah pergantungan utama yang menyebabkan manusia itu bertindak. Hentikan alasan-alasan yang boleh mengganggu dan berubah kepada penikiran yang lebih potitif. Perbaiki cara berfikir untuk menuju kecemerlangan.Berubah PerasaanPerasaan juga disebut sebagai emosi yang sering menguasai diri. Ubah perasaan yang negatif kepada yang positif. Terdapat tiga perasaan yang perlu dikikis iaitu: Perasaan rendah diriUbah perasaan rendah diri kepada perasaan yang boleh membina keyakinan diri. Kita berhak cemerlang seperti orang lain. Jangan biarkan perasaan rendah diri menguasai dalam bersaing mencapai kecemerlangan. Pupuklah semangat ingin bersaing itu adalah baik untuk masa depan. Tidak mahu mengaku kelemahan diriSikap ini adalah penyebab kepada kegagalan manusia. Kita adalah makhluk yang hebat. Maka dari itu, manusia yang hebat selalu bertanya untuk mengetahui dan mempertingkatkan kreadibiliti diri yang menjurus ke arah kewibawaan dan karisma sebagai orang yang cemerlang. Berpuas hati dengan apa yang telah didapatiKeadaan zon yang selesa menyebabkan manusia tidak mempunyai motivasi yang tinggi, tidak mahu berubah dan berganjak kepada jalan kejayaan. Manusia perlu berusaha untuk mengubah nasib dan bukan hanya merasai hidup sudah sempurna.Berubah TingkahlakuTingkahlaku merupakan penampilan dan hasil terjemahan perubahan emosi dan perasaan dan pemikiran. Tingkahlaku mempunyai unsur-unsur luaran yang boleh dilihat dengan mata kasar. Perubahan perasaan dan pemikiran akan mengubah tingkahlaku. Keberanian itu perlu kerana ia adalah ibu kepada perubahan tingkahlaku. Justeru itu, kita boleh simpulkan bahawa tingkahlaku adalah pancaran dari perubahan perasaan dan pemikiran.MATLAMATMatlamat adalah perkara penting dalam aspek perubahan sikap. Seharusnya kita tidak boleh memandang ringan hal ini kerana matlamat adalah kompas kehidupan. Kita perlu mempunyai matlamat khusus demi mencapai apa yang kita mahukan.Ciri-ciri Matlamat Boleh diukurIa perlu dinyatakan dengan bertulis dan dapat diterjemahkan secara jelas dan dapat dilihat. Ciri ini akan membolehkan kita mudah bertindak. SpesifikCiri ini perlu pada matlamat yang khusus agar mudah dicapai. Jika tidak dikhususkan, maka matlamat tidak mempunyai asas yang kukuh. RealistikTiada jalan pintas untuk mencapai kejayaan selain usaha sendiri. Oleh itu jadikan matlamat sebagai suatu kenyataan. Jangka masaMatlamat ditetapkan berdasarkan jangka masa yang selaras. Keselarasan jangka masa itu penting agar usaha dapat dilakukan berterusan dan sejajar dengan matlamat. BerdoaBerdoa adalah senjata yang paling mustajab. Berdoalah selepas berusaha bersungguh-sungguh, mengikut jangka masa yang teratur dan belajar dengan kaedah yang betul. Natijah yang baik akan diperolehi jika kita berdoa sepanjang usaha yang kita lakukan.Mengenal potensi dan sikap diriPerasaan positif lahir dari kebolehan diri sendiri (Mizan 1996). Rasa suka dan gembira akan menimbulkan motivasi dalaman pelajar. Kesungguhan dan motivasi dalaman yang positif dapat membentuk sikap untuk bertindak dan bertingkahlaku yang lebih positif.KesimpulanPerubahan sikap adalah satu tuntutan. Ia perlu untuk mencapai kecemerlangan hidup. Prioriti harus diletakkan bagi ketiga-tiga eleman sikap. Sikap sambil lewa dan hanya memberatkan salah satu aspek atau elemen sahaja bukanlah pelengkap kepada perubahan sikap. Sikap boleh diubah oleh diri kita.

(Akan datang: Keperluan Diri)KENALILAH PENCIPTA UNTUK MENGENAL DIRI KITA...DENGAN MENGENAL PENCIPTA HATI MENJADI TENANGSESUNGGUHNYA RASA KEHAMBAAN DATANG DARI RASAJIWA YANG MENGENAL PENCIPTADENGAN ITU BARULAH DATANG SEMANGAT UNTUK BELAJARKERANA BELAJAR ADALAH TUNTUTAN PENCIPTA IAITU ALLAH S.W.T.

PAGE 1