memartabatkan bahasa malaysia

Upload: kulin6231

Post on 08-Apr-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 memartabatkan bahasa malaysia

    1/4

    USAHA-USAHA MEMARTABATKAN BAHASAMALAYSIA

    Malaysia dan Nusantara mempunyai bahasa pertuturan tersendiri,

    iaitu bahasa Malaysia. Bahasa Malaysia telah menjadi bahasa perhubunganatau lingua franca lebih 600 tahun lalu, lebih lama daripada bahasa Inggerisyang hanya bermula pertengahan kurun ke-16. Sejak tahun 1955, bahasaMalaysia telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan negara dan telahmenjadi bahasa rasmi sejak merdeka. Pada tahun 1967, sepuluh tahunselepas merdeka, bahasa Malaysia menjadi bahasa kebangsaan bahasarasmi yang termaktub dalam Perlembagaan Negara, iaitu Perkara 152. Krisisbaharu yang melanda bahasa Malaysia ialah rakyat negara ini semakinmeminggirkan bahasa Malaysia yang merupakan bahasa kebangsaan.

    Krisis ini berpunca daripada tanggapan yang salah oleh masyarakattentang kemampuan bahasa Malaysia sebagai bahasa kemajuan negara ini.Faktor kedua berpunca daripada sikap orang Melayu sendiri. Hal ini berlakudemikian kerana orang Melayu yang berkuasa telah meminggirkan bahasaMalaysia daripada rancangan pembangunan. Mereka tidak mahu menyokongrancangan pembinaan kepustakaan bahasa Malaysia. Jika keadaan inidibiarkan berterusan, janganlah terkejut jika negara kita terus tertinggaldalam arus kemajuan, muflis dalam bidang ilmu, teknologi, dan budaya sertaakhirnya terkubur di negara sendiri. Rata-rata, ibu bapa mendidik anaknyabertutur dalam bahasa Inggeris, kononnya jika tidak menguasai bahasa asingitu, mereka sukar mendapat pekerjaan.

    Dalam dunia korporat, orang-orang Melayu sendiri malu untukbertutur dalam bahasa Malaysia dengan bangsanya sendiri, kononnya takutdikatakan kolot, ketinggalan zaman, tidak bertamadun atau tertinggal dalamarus teknologi moden. Bangsa kita tidak terdesak untuk mencipta ilmu danteknologi baharu kerana ilmu itu dapat diperoleh dan dibeli dari dunia lainsama ada dari barat atau timur sehingga bahasa Malaysia menjadi peniruatau pengguna. Kita janganlah menuding jari kepada sesiapa jika bahasaMalaysia dipinggirkan kerana kita sendiri yang enggan atau malu untukmenjadikan bahasa Malaysia sebagai bahasa sains dan teknologi, bahasapencipta ilmu dan budaya atau bahasa bertamadun tinggi. Masyarakat kita

    sendiri lebih mementingkan bahasa Inggeris sebagai alat kemajuan, malahdalam perbualan seharian sesama sendiri, kita lebih berminat menggunakanbahasa Inggeris walaupun penguasaan bahasa Inggeris kita tidaklah sebaikmana.

    Selain itu, dasar penswastaan yang tidak terhad semakinmenyingkirkan kedudukan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar diinstitusi-institusi pengajian tinggi. Pelajar-pelajar di sekolah menerima

  • 8/7/2019 memartabatkan bahasa malaysia

    2/4

    pendidikan bahasa Malaysia selama tiga belas tahun. Selepas itu, merekameninggalkan bahasa itu selepas tamat persekolahan untuk melanjutkanpelajaran mereka ke kolej swasta yang menggunakan bahasa Inggerissebagai bahasa pengantar dalam pengajiannya.

    Dalam usaha memartabatkan bahasa Malaysia, Dewan Bahasa danPustaka merupakan badan utama yang memainkan peranan yang amatpenting dalam memartabatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaandan bahasa rasmi di Malaysia. Melalui peranan dan usaha yang dimainkanoleh Dewan Bahasa dan Pustaka, bahasa Malaysia telah digunakan dalampelbagai bidang, termasuklah undang-undang, kejuruteraan, sains danteknologi, ekonomi, perbankan, insurans dan sebagainya. Usaha ini terbuktidengan terbitnya buku-buku pengistilahan dan glosari dalam bahasaMalaysia yang mencakupi pelbagai bidang tersebut. Sebelum ini, kebanyakanistilah yang digunakan diambil daripada bahasa Inggeris. Usaha inimerupakan satu kejayaan yang membanggakan. Hal ini sekali gus dapatmembantu program pendidikan di pusat pengajian tinggi.

    Di samping itu, seluruh pekerja Dewan Bahasa dan Pustaka mestimenggunakan bahasa kebangsaan dengan betul dalam semua ucapan rasmiseperti ucapan dalam majlis perasmian, mesyuarat atau perhimpunan.Dewan Bahasa dan Pustaka hendaklah juga menjadi monitor danmenggerakkan semua aktiviti pembinaan dan pemantapan bahasakebangsaan di seluruh negara, contohnya dalam projek Sukan Komanwel danKoridor Raya Multimedia. Dalam konteks ini, Dewan Bahasa dan Pustakahendaklah sentiasa menasihat, menegur, dan membimbing pemimpinkerajaan, swasta, media cetak, atau media elektronik supaya menggunakanbahasa Malaysia yang betul dalam semua urusan rasmi.

    Selain itu, peranan media massa juga tidak harus diperkecil. Mediamassa mempunyai tanggungjawab sosial untuk memartabatkan danmendaulatkan bahasa Malaysia. Pujian dan sanjungan haruslah diberikankepada stesen penyiaran TV3 kerana masih terus menggunakan bahasaMalaysia dalam kebanyakan siaran. TV3 merupakan stesen penyiaran yangmula-mula menggunakan bahasa baku walaupun kini tidak lagi dan begitu

    juga harapan kita kepada RTM. Walaupun pihak RTM telah memulakanpenyebutan baku bagi istilah asing, namun usaha itu masih belum boleh

    dibanggakan. Oleh itu, diharapkan kebanjiran stesen-stesen baharu ini dapatbersama-sama memartabatkan bahasa Malaysia di negara kita.

    Di samping itu, mahasiswa institusi pengajian tinggi perlumemainkan peranan yang proaktif untuk memartabatkan bahasa Malaysia.Hal ini demikian kerana mahasiswa perlu bergerak bersama-sama bagimengukuhkan bahasa Malaysia dalam semua bidang ilmu. Menurut DatukMahadzir Mohd Khir, Timbalan Menteri Pelajaran, beliau mengatakan bahawa

  • 8/7/2019 memartabatkan bahasa malaysia

    3/4

    langkah-langkah yang dijalankan oleh mahasiswa dengan menganjurkanMinggu Bahasa Malaysia di institusi pengajian tinggi dalam kegiatankebahasaan akan menarik minat dan memupuk kecintaan orang ramaiterhadap bahasa Malaysia. Pembabitan mahasiswa yang peka terhadapkeperluan dan perubahan semasa selaras dengan peranan mahasiswa

    sebagai penggerak pembangunan masyarakat patut diberikan pujian. MingguBahasa Malaysia yang dianjurkan oleh mahasiswa dapat mendaulatkanbahasa ibunda di samping memupuk kecintaan terhadap bahasa Malaysiadalam kalangan generasi masa ini.

    Warga pendidik di negara ini juga turut memainkan peranan yangpenting untuk memartabatkan bahasa Malaysia serta meningkatkan mutupendidikan bahasa Malaysia. Golongan pendidik hari ini telahdipertanggungjawabkan melaksanakan konsep bahasa Malaysia dalamkalangan masyarakat. Peranan pendidik bahasa adalah penting keranamereka juga bertanggungjawab membimbing guru mata pelajaran lain.Peranan para pendidik lebih penting dalam memartabatkan bahasa Malaysiakerana dalam kurikulum pendidikan bahasa, matlamat utama adalah untukmelahirkan pelajar yang berupaya menggunakan bahasa Malaysia yang baikdan membanggakan. Selain itu, dalam konteks sikap yang lebih luas, nilai-nilai masyarakat yang positif perlu diterapkan melalui pendidikan bahasa.

    Sehubungan dengan itu, peranan sektor swasta dalammemartabatkan bahasa Malaysia amatlah dialu-alukan. Sektor swastaharuslah peka dan menganjurkan lebih banyak kegiatan bahasa di luarnegara seiring dengan promosi perniagaan atau produk masing-masing.Kegiatan promosi dan pasaran secara terancang akan memberikan pulanganyang merangsangkan perkembangan bahasa Malaysia sebagai bahasaekonomi, sains, dan teknologi. Papan-papan tanda dan iklan yangmempromosikan sesuatu produk haruslah menggunakan kata-kata bahasaMalaysia yang betul dalam semua urusan rasmi. Dengan cara ini, kita akandapat mendaulatkan dan memartabatkan bahasa Malaysia bukan sahaja dinegara kita malah di pentas dunia.

    Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, orang Malaysia sendirimesti membetulkan kelakuan, sikap, tanggapan, dan semangat merekaterhadap bahasa Malaysia. Jika tidak siapakah lagi yang akan

    bertanggungjawab memperjuangkan dan mendaulatkan bahasa Malaysiayang menjadi bahasa kebangsaan? Beliau juga mengesyorkan satupertemuan raksasa antara orang-orang Malaysia yang terdiri daripadapemimpin politik, cendekiawan, ahli perniagaan, dan sebagainya perludiadakan untuk membincangkan segala masalah yang mengancam bahasaMalaysia hari ini. Sebenarnya, isu bahasa Malaysia sebagai bahasakebangsaan samalah seperti nasib sosial dan budaya kebanyakan orangMalaysia. Oleh hal yang demikian, orang-orang Malaysia haruslah bangun

  • 8/7/2019 memartabatkan bahasa malaysia

    4/4

    menjadi penegak bahasa Malaysia; bahasa yang menjadi tonggak bangsa.

    Kesimpulannya, daripada perbincangan di atas, langkah-langkahyang konkrit dan pragmatik perlulah diambil untuk memartabatkan bahasaMalaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana bahasa Malaysia ialah bahasa

    kebangsaan kita. Hakikat ini perlu disedari dan diakui oleh seluruh rakyatMalaysia. Kepentingan bahasa ini tidak dapat dipertikaikan lagi, sebaliknyasetiap individu haruslah memanfaatkan masa mereka untuk mempelajari danmenguasai bahasa Malaysia dengan baik. Cara itulah yang terbaik untukmemartabatkan bahasa Malaysia yang ternyata memberikan faedah yangbesar kepada perpaduan rakyat dan teknologi Malaysia. Jika tidak, generasiyang akan datang akan ketinggalan dan dijajah oleh kuasa-kuasa Barat yangmenggunakan bahasa asing. Sesungguhnya, bahasa jiwa bangsa