memanah edit

Upload: hdariyani-kampun

Post on 01-Jun-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/9/2019 Memanah Edit

    1/8

    MEMANAH

  • 8/9/2019 Memanah Edit

    2/8

    1.0 PERATURAN

    1.1 Peraturan ini disediakan khas untuk Pertandingan Memanah MSSIK-

    YTP, PULAU PINANG 2015.

    1.2 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan

    Pertandingan Memanah MSSIK-YTP, PULAU PINANG 2015adalah

    muktamad.

    1.3 Seorang pemain terdiri dari pelajar sekolah warga Negara Malaysia

    adalah layak mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

    2.0 PENYERTAAN

    2.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua pasukan daripada Sekolah

    Rendah Islam (SERI) dan Sekolah Menengah Rendah Islam (SEMI)

    di bawah kelolaanYayasanTakmir Pendidikan. Penyertaan hendaklah

    dibuat melalui sekolah masing-masing.

    2.2 Setiap kontinjen hanya boleh mendaftar maksimum empat (4) orang

    pemanah mengikut ketetapan berikut :

    a. Lelaki (SERI) : 1 orang

    b. Lelaki (SEMI) : 1 orang

    c. Perempuan (SERI) : 1 orang

    d. Perempuan (SEMI) : 1 orang

  • 8/9/2019 Memanah Edit

    3/8

    3.0 KELAYAKAN PESERTA

    3.1 Peserta dalam kategori SEMI mestilah berumur 15 tahun pada tahun

    pertandingan iaitu dilahirkan pada atau selepas tahun 2000. Sementara

    bagi kategori SERI, peserta mestilah berumur 12 tahun pada atau

    selepas tahun 2003.

    3.2 Semua pasukan hendaklah mengemukakan satu (1) salinan Kad

    Pengenalan atau surat beranak yang disahkan bagi setiap peserta

    bersama dengan boring pendaftaran dihantar semasa pendaftaran

    dilakukan. Peserta hendaklah membawa bersama kad pengenalan

    asal.

    3.3 Taraf permastautin peserta adalah tertakluk kepada Peraturan Am

    Perkara 21.9.

    4.0 UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

    4.1 Pertandingan akan dijalan berpandukan undang-undang FITA dan

    peraturan am MSSM.

    5.0 JENIS PERTANDINGAN

    Pertandingan akan dijalankan selama 5 jam.

    Semua kategori adalah single FITA.

    Latihan rasmi (sighters) akan dijalankan pada pagi hari pertandingan untuk

    semua jarak yang dipertandingkan.

    5.1 Lelaki Perseorangan (15 tahun dan ke bawah)

  • 8/9/2019 Memanah Edit

    4/8

    5.1.1 Jarak 50M (122CM)

    5.1.2 Jarak 30M (4 RINGS)

    5.2 Perempuan Perseorangan (15 tahun dan kebawah)

    5.2.1 Jarak 50M (12CM)

    5.2.2 Jarak 30M (4 RINGS)

    5.3 Lelaki Perseorangan (12 tahun dan kebawah)

    5.3.1 Jarak 30M (122CM)

    5.3.2 Jarak 20M (4 RINGS)

    5.4 Perempuan Perseorangan (12 tahun dan kebawah)

    5.4.1 Jarak 30M (122CM)

    5.4.2 Jarak 20M (4 RINGS)

    6.0 SISTEM PERTANDINGAN

    6.1 Semua pemanah diwajibkan memanah pada semua jarak yang

    ditetapkan.

    6.2 Setiap pemanah perlu memanah 18 batang anak panah untuk setiap

    jarak dalam 3 pusingan.

    6.3 Peserta yang mendapat mata terkumpul tertinggi untuk kedua-dua

    jarak akan dipilih sebagai pemenang.

    6.4 Jika berlaku seri, peraturan FITA akan digunapakai.

  • 8/9/2019 Memanah Edit

    5/8

    Jumlah skor 10*atau10 tertinggi adalah pemenang. Jika masih seri

    tambahan pusingan akan dilakukan dengan jumlah mengikut budi

    bicara pengurus teknikal.

    7.0 GELANGGANG DAN ALATAN

    7.1 Semua jenis arrow aluminium boleh digunakan.

    7.2 Semua jenisfinger protectionboleh digunakan.

    8.0 PERTUKARAN PESERTA

    8.1Hanya peserta yang didaftarkan sahaja layak untuk bermain.

    9.0 PAKAIAN PESERTA

    9.1Pakaian umum peserta mestilah bersesuaian dengan acara ini bagi

    muslim dengan menutup aurat.

    9.2Mesti memakai pakaian memanah yang sesuai.

    9.3Penggunaan seluar pendek, baju t atau singlet adalah dilarang.

    10.0

    MENARIK DIRI

    10.1.1 Setiap peserta mesti mendaftar diri sekurang-kurangnya tigapuluh

    (30) minit sebelum acara dimulakan. Sekiranya peserta tersebut

  • 8/9/2019 Memanah Edit

    6/8

    gagal berbuat demikian, maka ianya akan dibatalkan dari

    pertandingan tersebut.

    10.2 Peserta yang menarik diri tanpa melengkapkan kesemua acara yang

    Dipertandingkan akan dikira terbatal semua penyertaannya.

    11.0 LARANGAN KETIKA PERTANDINGAN BERLANGSUNG

    11.1 Pengurus pasukan atau jurulatih dilarang berada disisi pemanah ketika

    acara sedang berjalan.Pengurus pasukan atau jurulatih hendaklah

    berada diluar garisan gelanggang,

    12.0 PENGADIL / HAKIM

    12.1 Jawatankuasa Kecil Teknikal akan melantik semua Pengadil dan

    Hakim Bertauliah untuk bertugas di sepanjang pertandingan

    berlangsung.

    12.2 Keputusan Pengadil dalam setiap pertandingan adalah muktamad.

    13.0 BANTAHAN

    13.1 Semua bantahan atau rayuan hendaklah dikemukakan oleh Pengurus

    Pasukan secara bertulis kepada pengadil tidak lewat daripada tiga

    puluh (30) minit selepas keputusan rasmi diumumkan.

  • 8/9/2019 Memanah Edit

    7/8

    13.2 Tiap-tiap bantahan atau rayuan hendaklah disertakan dengan wang

    tunai sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus (RM 200.00) dan wang

    pertaruhan ini akan luput jika bantahan atau rayuan yang dikemukakan

    itu didapai tidak wajar.

    13.3 Catatan markah yang telah disahkan melalui tanda tangan pemanah

    adalah muktamat dan tidak boleh diubah. Semakan dan pembetulan

    markah boleh dibuat hanya pada kesalahan teknikal typing error.

    14.0

    TINDAKAN TATATERTIB

    14.1 Jawatankuasa Tatatertib akan bersidang dalam masa dua (2) jam

    setelah diterima dan disampaikan laporan dari Pengadil atau Pegawai

    Pertandingan dan akan membuat sesuatu keputusan jika tindakan

    tatatertib perlu diambil.

    14.2 Jawatankuasa bantahan / tatatertib berhak mendapatkan sebarang

    maklumat daripada mana-mana pihak yang berkaitan dengan perkara

    yang dibincangkan untuk membuat sesuatu keputusan.

    15.0 PENAFSIRAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-

    PERATURAN PERTANDINGAN

  • 8/9/2019 Memanah Edit

    8/8

    Jawatankuasa pengelola mempunyai hak menafsirkan segala perkara yang

    tidak disiarkan didalam undang-undang/peraturan ini dan keputusan yang

    dibuat adalah muktamad.

    16.0 PINGAT KEMENANGAN

    Pingat-pingat kemenangan akan disediakan seperti berikut :

    a. Pemenang Keseluruhan Lelaki SEMI

    EMAS PERAK GANGSA

    1 1 1

    b. Pemenang Keseluruhan Perempuan SEMI

    EMAS PERAK GANGSA

    1 1 1

    c. Pemenang Keseluruhan Lelaki SERI

    EMAS PERAK GANGSA

    1 1 1

    d. Pemenang Keseluruhan Perempuan SERI

    EMAS PERAK GANGSA

    1 1 1

    Disediakanoleh:

    BahagianTeknikal

    PertandinganMemanahIhtifalKebangsaan MSSIK-YTP