memahami undang undang keterangan islam

Upload: afidatul-azwa

Post on 04-Jun-2018

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 Memahami Undang Undang Keterangan Islam

    1/7

    MEMAHAMI UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM

    Zulkifli Hasan

    1.0 PendahuluanUndang-undang keterangan Islam merupakan cabang ilmu yang perlu difahamisecara mendalam terutamanya pengamal undang-undang seperti peguam,hakim, pendakwaraya, polis, penguatkuasa agama termasuk mufti danpenggubal undang-undang. Kesedaran masyarakat mengenai konsep undang-undang keterangan juga perlu diberi perhatian memandangkan kerap kali isu-isu berkaitan dengan pertuduhan di mahkamah disalah fahami dan akhirnyamenimbulkan pelbagai spekulasi yang tidak sepatutnya berlaku. Kespenayangan, pengedaran dan penghebahan video seks misalnya melibatkankekeliruan bukan sahaja dikalangan masyarakat umum malahan cerdik pandaiberkenaan dengan beban bukti yang diterima pakai dalam Islam. Berdasarkankekeliruan dan kurang fahaman ini, penulis ingin berkongsi sedikit pengetahuanberkaitan dengan konsep undang-undang keterangan di dalam konteksperuntukan undang-undang di Malaysia.

    2.0 Sejarah Undang-Undang Keterangan Islam Di Malaysia

    2.1 Sebelum Kemerdekaan

    Pada awal abad ke limabelas pengaruh agama Islam mulai menguasai Tanah

    Melayu melalui aktiviti pedagang arab yang datang untuk berniaga danmenyebarkan Islam. Melaka pada masa itu menjadi pusat perdaganganterkemuka dan menjadi pusat kegiatan ekonomi antarabangsa. Oleh keranafaktor Melaka yang strategik itulah maka Islam dapat disebarkan denganberkesan hinggakan dapat mengIslamkan seluruh tanah Melayu dalam masayang amat singkat.

    Merujuk kepada undang-undang keterangan sebelum kemerdekaan, mahutidak mahu kita perlu merujuk kepada perkembangan undang-undang Melakadan kanun-kanun negeri yang lain. Kewujudan undang-undang ini jelasmembuktikan bahawa undang-undang Islam khususnya Undang-undangketerangan Islam telah dilaksanakan lebih ratusan tahun yang lalu.

    Undang-undang Melaka mengandungi 44 Bab yang terdiri daripada Undang-undang Melaka Tulen, Undang-undang Laut, Perkahwinan Orang Islam,undang-undang Jualan dan keterangan, undang-undang negeri dan undang-undang Johor. Undang-undang Pahang menggariskan beberapa peraturanberkaitan muamalat seperti urusniaga dan jaminan, undang-undang jenayah

  • 8/13/2019 Memahami Undang Undang Keterangan Islam

    2/7

    dan denda, Obligasi Asasi Keagamaan., dan testimoni dan Pensaksian. DiKedah peruntukan Undang-undang Datuk Seri Paduka Tuan menyebut bahawapencuri, perompak, penyabung ayam, pengedar candu, penjudi, pemuja pokokdan batu, pemabuk, segala perbuatan tersebut adalah bertentangan denganperintah Allah dan mesti dilaporkan kepada penghulu. Undang-undangSyariah di Johor banyak terpengaruh dengan undang-undang Islam yangdisusun di Turki dan Mesir di mana Majallah Ahkam telah dijadikan sebagaiMajallah Ahkam Johor dan Hanafite Code of Qadri Pasha telah disesuaikansebagai ahkam syariyah Johor .

    Walaupun pada dasarnya undang-undang ini tidak secara langsung menyebutundang-undang keterangan tetapi secara tidak langsung dapat difahamibahawa perlu adanya satu undang-undang untuk membuktikan setiap kes yangdidengari di hadapan hakim atau kadhi. Ini terbukti dengan adanya bahagianakhir undang-undang Melaka yang menyentuh rukun-rukun berkaitan dengan

    undang-undang keterangan. Bab 35 menyentuh mengenai pemberitahuan. Bab37 rukun-rukun mengenai testimoni saksi dan kesahihannnya. Bab 38 rukun-rukun mengenai prosedur dan melakukan angkat al-yamin.

    Kedatangan Portugis, Belanda dan pemerintahan Jepun tidak banyakmempengaruhi undang-undang di Malaysia. Pemerintahan British telahmempengaruhi sebahagian besar aplikasi undang-undang Islam. Undang-undang Inggeris telah mula masuk melalui Piagam Keadilan 1807 dan diikutidengan beberapa undang-undang Inggeris yang diamalkan. British telahmemisahkan bidang kuasa di dalam pentadbiran kerajaan di antara aspekkenegaraan dan keagamaan. Akibatnya undang-undang Islam hingga kinihanya merujuk kepada aspek perkahwinan, perceraian, harta pusaka danpewarisan, amalan agama manakala aspek yang lain seperti undang-undangkomersial, kontrak, diletakkan di bawah undang-undang sivil.

    Sehubungan dengan itu juga, undang-undang keterangan Islam di Malaysiasemakin tidak diaplikasikan. Terdapat kes-kes di mana undang-undangketerangan Islam diketepikan dan prinsip-prinsip undang-undang Inggerisdigunapakai. British telah membawa masuk Akta Keterangan 1950 untukdilaksanakan di Malaysia. Akta Keterangan 1950 ini adalah bermodelkan AktaKeterangan India 1872 yang telah digubal oleh Sir James Stephen. AktaKeterangan ini merupakan usaha beliau untuk mengkodifikasikan prinsip-prinsip undang-undang Common Law di dalam satu Akta. Setelah itu, undang-undang keterangan Islam semakin dilupakan dan tidak diamalkan dalam ertikata yang sebenarnya. Ianya diletakkan di dalam kes-kes tertentu meliputi halehwal kekeluargaan dan pentadbiran harta Islam.

  • 8/13/2019 Memahami Undang Undang Keterangan Islam

    3/7

    2.2 Selepas Kemerdekaan

    Artikel 3 (1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialahugama bagi Persekutuan, tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan denganaman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Namun demikian

    undang- undang Islam hanya berkaitan mengenai keluarga, warisan dan terhadkepada orang-orang Islam. Jika kita merujuk kepada kes-kes yang diputuskan diMahkamah di Malaysia ada terdapat beberapa kes lama yang merujuk kepadaundang-undang keterangan Islam. Namun begitu ianya tidak menjadi rujukanwajib Mahkamah dalam menentukan sesuatu kes. Mahkamah sivil akanmengggunakan Akta Keterangan 1950 manakala Mahkamah Syariahmelaksanakan undang-undang keterangan Islam yang diperuntukkan di bawahenakmen keterangan syariah negeri masing-masing.

    Pada tahun 1988, Perkara 121 perlembagaan Persekutuan telah dipinda dengan

    menyebut di fasal (1A) maksudnya Mahkamah Tinggi Sivil tidaklah bolehmempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah. Sebelum pindaan dibuat terdapat banyak kes di manaMahkamah Sivil telah membuat keputusan mengenai perkara yang termasukdalam bidang kuasa Mahkamah Syariah dan adakalanya telah mengubahkeputusan yang telah dibuat di Mahkamah Syariah.

    Kesan daripada itu juga, penyusunan semula hal ehwal pentadbiran agama Islamdi negeri-negeri telah diasingkan di antara kuasa majlis Agama Islam, Mufti danmahkamah Syariah. Mahkamah Syariah diadakan di tiga peringkat MahkamahRendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah.Rayuan boleh dibuat dari Mahkamah Rendah Syariah kepada Mahkamah TinggiSyariah dan dari Mahkamah Tinggi Syariah ke Mahkamah Rayuan Syariah.

    Bidang kuasa Mahkamah Syariah sangat terbatas dan hanya terpakai kepadaorang Islam. Muslim Courts (Criminal Jurisdiction) Act, pindaan 1984memperuntukkan Mahkamah Syariah hanya diberi bidang kuasa mengenaikesalahan yang boleh dihukum dengan penjara tidak lebih tiga tahun ataudengan tidak lebih RM5000.00 atau rotan tidak lebih enam sebatan atau gabunganhukuman itu. Jika dilihat, bidang kuasa ini masih rendah dari bidang kuasaMagistret Kelas 1 yang biasanya boleh membicarakan kes yang boleh dihukumdengan penjara sepuluh tahun dan boleh menjatuhkan hukuman lima tahunpenjara atau denda $10,000 atau sebat dua belas pukulan atau gabungannya.

    Secara ringkasnya, kini di Malaysia terdapat dua undang-undang keteranganiaitu Akta Keterangan 1950 dan Enakmen atau Akta Keterangan MahkamahSyariah negeri-negeri. Akta Keterangan 1950 digunapakai di Mahkamah Sivil.Ianya diambil keseluruhannya dari Akta Keterangan India 1872 yang telah

  • 8/13/2019 Memahami Undang Undang Keterangan Islam

    4/7

    digubal oleh Sir James Stephen. Manakala undang-undang keterangan Islamdigubal berlandaskan sumber-sumber perundangan Islam seperti al-Quran, al-Sunnah, Ijma, Qiyas, Kitab Fiqh dan pandangan para fuqaha dengan mengambilkira keadaan semasa di Malaysia.

    3.0 Pembuktian Di dalam Undang-undang Keterangan Islam

    Secara umumnya undang-undang keterangan berfungsi sebagai kaedah untukmenentukan fakta dan bukti yang boleh dikemukakan di dalam mahkamah.Undang-undang keterangan Islam di Malaysia diperuntukkan di dalamenakmen keterangan Mahkamah Syariah negeri-negeri. Enakmen KeteranganMahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 misalnya mempunyai 131 seksyen.Seksyen ini dibahagikan kepada beberapa Bahagian iaitu Bahagian 1Kerelevenan, Bahagian 2 Pembuktian, Bahagian 3 Pengemukaan dan KesanKeterangan dan Bahagian 4 Peruntukan Am. Enakmen ini juga dibahagikan

    kepada beberapa Bab iaitu di bawah Bahagian 1 terdapat Bab Permulaan,Qarinah. Di Bahagian 2 terdapat Bab Fakta yang Tidak Perlu Dibuktikan dan BabKeterangan Lisan, Dokumentar dan dokumen awam. Di Bahagian 3 terdapat BabBeban Membuktikan, Saksi, Pemeriksaan Saksi dan peruntukan KhasBerhubungan dengan Testimoni Saksi.

    Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997mempunyai 132 seksyen. Seksyen ini dibahagikan kepada beberapa Bahagianiaitu Bahagian 1 Kerelevenan, Bahagian 2 Pembuktian, Bahagian 3 Pengemukaandan Kesan Keterangan dan Bahagian 4 Peruntukan Am. Enakmen ini jugadibahagikan kepada beberapa Bab iaitu di bawah Bahagian 1 terdapat BabQarinah. Di Bahagian 2 terdapat Bab Fakta yang Tidak Perlu Dibuktikan dan BabKeterangan Lisan, Dokumentar dan dokumen awam. Di Bahagian 3 terdapat BabBeban Membuktikan, Saksi, Pemeriksaan Saksi dan peruntukan KhasBerhubungan dengan Testimoni Saksi. Kesemua peruntukan Akta ini hampirsama dengan Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Selangor 2003 termasuksusunan seksyennya. Cuma kelainannya ialah pada seksyen 131 di mana Aktaini menyebut bahawa Akta Keterangan 1950 yang digunapakai di MahkamahSivil tidak terpakai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

    Bagi menjelaskan konsep dan aplikasi undang-undang keterangan Islam,bahagian 3.1 di bawah akan membincangkan secara ringkas konsep al-Bayyinah,al-Iqrar, al-Shahadah. al-Yamin dan al-Qarinah. Artikel ini akan menerangkankedudukan kaedah-kaedah pembuktian tersebut berdasarkan hukum syarak danperuntukan serta amalannya di Mahkamah Syariah. Konsep-konsep undang-undang keterangan ini menjadi asas kepada kaedah pembuktian demimenegakkan keadilan dan dalam masa yang sama hak dan digniti individudipertahankan.

  • 8/13/2019 Memahami Undang Undang Keterangan Islam

    5/7

    3.1 Konsep al-Bayyinah (Keterangan) dan Kategori Pembuktian

    Bagi memahami undang-undang keterangan Islam, konsep al-Bayyinah wajibdifahami terlebih dahulu. Al-Bayyinah atau keterangan membawa maksud yangsangat luas dan ini merangkumi pelbagai bentuk pembuktian. Ibn Qayyim telah

    menjelaskan konsep al-Bayyinah dengan merujuk segala sesuatu yang bolehmenjelaskan dan menunjukkan kebenaran dan ini termasuk al-Shahadah, al-Iqrar, al-Yamin dan al-Qarinah. Konsep ini merupakan intipati daripada ayat 25Surah al-Hadid yang bermaksud Demi sesungguhnya kami telah utuskan rasul-rasul Kami dengan membawa keterangan (al-bayyinat) yang nyata. Bertepatandengan takrifan di atas, enakmen keterangan Mahkamah Syariah jugamenjelaskan al-Bayyinah sebagai keterangan yang membuktikan sesuatu hakatau kepentingan dan termasuklah al-qarinah. Dari sudut aspek kategoripembuktian melalui konsep al-Bayyinah, al-Iqrar merupakan bukti yang palingtinggi nilainya diikuti oleh al-Shahadah, al-Yamin dan al-Qarinah.

    Pembuktian Melalui al-Iqrar (Pengakuan)

    Al-Iqrar merupakan pembuktian yang mendapat kedudukan tertinggi dalamundang-undang keterangan Islam. Ianya merujuk kepada pengakuan seseorangdengan kerelaannya sendiri tanpa ada paksaan atau pengaruh pihak lain. Didalam enakmen keterangan Mahkamah Syariah al- Iqrar merujuk kepada suatupengakuan yang dibuat oleh seseorang, secara bertulis atau lisan atau denganisyarat, menyatakan bahawa dia mempunyai obligasi atau tanggungan terhadapmana-mana orang lain berkenaan dengan sesuatu hak. Pembuktian al-Iqrarhanya boleh diterima pakai sebagai sabitan sekiranya ia dibuat di dalamMahkamah, dihadapan Hakim atau di luar mahkamah di hadapan dua orangsaksi yg aqil, baligh dan adil. Sekiranya ada bukti-bukti kukuh yangmenunjukkan bahawa terdapat elemen paksaan atau ugutan pada al-Iqrar, ianyaakan tertolak dan tidak diterima sebagai sabitan.

    Pembuktian Melalui al-Shahadah (Kesaksian)

    Selepas al-Iqrar, al-Shahadah merupakan pembuktian yang tinggikedudukannya dalam undang-undang keterangan Islam. Al-Shahadah secaraumumnya bermaksud perkhabaran tentang sesuatu dengan lafaz yang khusus

    iaitu lafaz asyhadu (aku bersaksi). Enakmen keterangan Mahkamah Syariahmenerima apa-apa keterangan yang diberikan di Mahkamah denganmenggunakan lafaz asyhadu untuk membuktikan sesuatu hak ataukepentingan sebagai al-Shahadah. Al-Shahadah dalam kes zina memerlukanempat orang saksi lelaki yang adil dan di dalam kes hudud yang lain 2 saksilelaki yang adil sudah memadai. Manakala di dalam kes taazir, bilangan saksiyang diterima pakai sebagai pembuktian terpulang mengikut peruntukan

  • 8/13/2019 Memahami Undang Undang Keterangan Islam

    6/7

    undang-undang yang telah digubal. Saksi yang tidak memenuhi syarat al-Shahadah seperti aqil, adil, baligh, bilangan saksi, mempunyai ingatan yang baikdan tidak berprasangka walaupun tidak diiktiraf sebagai al-Shahadah bagimaksud sabitan kes masih boleh diterima keterangan mereka atas dasar al-Bayyinah.

    Pembuktian Melalui Al-Yamin (Sumpah)

    Al-yamn ditakrifkan sebagai suatu lafaz yang digunakan untuk menyatakan(mensabitkan) haknya terhadap sesuatu perkara atau menafikan sesuatu perkaradi hadapan hakim dengan menyebut nama Allah S.W.T atau sifat-sifatNya. Perluditekankan di sini a l-yamn hanya terpakai dalam kes mal (sivil) dan tidak bolehdilaksanakan di dalam kes jenayah seperti zina dan qazaf. Enakmen keteranganMahkamah Syariah memperuntukkan bahawa keterangan hendaklah diberikanoleh plaintif terlebih dahulu dan jika defendan menafikan tuntutan terhadapnya

    barulah al-Yamin boleh dilaksanakan bersesuaian dengan hukum syarak. Jikadefendan melaksanakan al-Yamin tuntutan yang dibuat oleh plaintif hendaklahditolak dan jika defendan enggan berbuat demikian maka Mahkamah bolehlahmeminta plaintif bersumpah al-Yamin dan dengan sumpah itu tuntutannyahendaklah diterima.

    Pembuktian Melalui Al-Qarinah (Keterangan Keadaan)

    Abdul Karim Zaydan menafsirkan qarinah sebagai salah satu bukti yang bolehenentukan kewujudan atau ketakwujudan sesuatu isu. Undang-undangKeterangan Mahkamah Syariah menjelaskan al-Qarinah sebagai keterangankeadaan (circumstantial evidence) dan fakta yang relevan yang membuktikansesuatu hak atau kepentingan dan ini termasuk dokumen-dokumen, fakta-faktaberkaitan satu sama lain, kenyataan pakar, alat audio dan visual, bukti forensik,kaedah s aintifik seperti DNA dan cap jari.

    Penerimaan pembuktian melalui kaedah saintifik adalah selari dengan rohprinsip Islam yang terdapat di dalam beberapa ayat al-Qur'an. Sebagai contohkaedah pembuktian melalui teknologi cap jari telah dirakamkan oleh AllahSubhanahuwataala di dalam Surah al-Qiyamah, ayat 3-4 yang bermaksud"Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapatmengumpulkan tulang-belulangnya (dan menghidupkannya semula)? Bukansebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengansempurnanya) segala tulang jari-jemarinya dengan sempurna". Ini disokong didalam ayat 7 Surah al-Anbiya' yang menyeru untuk merujuk kepada orang yanglebih berpengetahuan dalam bidang tertentu. Rasulullah SAW juga menerima al-

  • 8/13/2019 Memahami Undang Undang Keterangan Islam

    7/7

    qarinah sebagai salah satu metod pembuktian di dalam kes penentuan nasabketurunan.

    4.0 Kesimpulan

    Memahami konsep al-Bayyinah dalam konteks undang-undang keteranganIslam merupakan satu kewajipan kepada pengamal undang-undang.Masyarakat pula sekurang-kurangnya perlu mempunyai kesedaran dankefahaman mengenai konsep asas undang-undang keterangan Islam bagimengelakkan perselisihan dan adu domba yang boleh memporak-porandakankeadaan.

    Di dalam Islam pembuktian yang diterima pakai sebagai sabitan ialah al-Iqrardan al-Shahadah. Kedua-dua bentuk pembuktian ini mempunyai kedudukanyang paling tinggi berbanding dengan kaedah lain sama ada al-Yamin dan al-

    Qarinah. Al-Yamin hanya diterima sebagai sabitan dalam kes sivil dan ditolakdalam kes jenayah. Manakala al-Qarinah atau pembuktian melalui fakta dankeadaan keterangan seperti bukti forensik, DNA, cap jari memerlukan buktisampingan yang menyokong satu sama lain untuk sabitan. Sabitan kes melaluipembuktian al-Qarinah tidak diterima pakai dalam kes hudud dan qisas tetapiianya boleh diterima di dalam kes taazir .

    Perlu diingatkan bahawa walaupun al-Qarinah melalui keterangan forensiksama ada ujian DNA, ketulenan video atau gambar, cap jari dan sebagainyaboleh diterima pakai sebagai bukti sempingan ianya hanya menjadi sebahagiandaripada al-Bayyinah. Kedudukan pembuktian melalui al-Qarinah adalah tidaksama nilainya seperti al-Iqrar, al-Syahadah dan al-Yamin. Namun demikian,ianya masih boleh berfungsi untuk membantu pihak pendakwaan ataupembelaan sekurang-kurangnya di peringkat ghalabah al-zan (beyondreasonable doubt) dalam kes taazir.