undang-undang keluarga islam pengesahan taraf anak anak ... lwn na.pdf · enakmen keterangan...

16
1 ZZ lwn NA [Dalam Mahkamah Tinggi (Rayuan) Syariah Selangor di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Rayuan Mal No.: 10500-006-0013-2016 (Y.A Tuan Mohamed Fouzi Bin Mokhtar, S.M.S., HMTS)] [03 Zulhijjah 1437H bersamaan 05 September 2016] Undang-Undang Keluarga Islam Pengesahan Taraf Anak Anak Lahir 8 Bulan Selepas Sabit Perceraian Talak 3 Sama ada Anak Tersebut Anak Sah Taraf atau Sebaliknya - Seksyen 116 (d) - Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam - Bidangkuasa Mahkamah Tinggi mendengar rayuan - Seksyen 63 (1) (b) (ii) dan (2) (b) EPAIS 2003 - Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) Tahun 2003. Undang-Undang Tatacara Mal - Notis Rayuan Seksyen 139 - Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah. (Negeri Selangor) 2003. Fakta Kes [1] Kes ini merupakan kes rayuan terhadap keputusan yang telah diputuskan oleh Tuan Hakim MRS Petaling Jaya pada 25 November 2016 melalui Saman No.: 10001-006-0832-2014. Kes ini telah ditetapkan untuk sebutan pertama pada 05 Jun 2014 dan Hakim Bicara telah mendengar keterangan pihak-pihak pada beberapa siri sebutan dan perbicaraan sehingga pada 25 November 2015, Hakim Bicara telah memutuskan dan membuat perintah-perintah seperti berikut- 1. Mahkamah memutuskan bahawa anak bernama NZ (No K/P: XXX) merupakan anak sah taraf hasil daripada pernikahan antara pihak Plaintif dan pihak Defendan.

Upload: hoangnga

Post on 20-Mar-2019

326 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Undang-Undang Keluarga Islam Pengesahan Taraf Anak Anak ... lwn NA.pdf · Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 – s. 17, s.33, s.86 ... Sungai Petani, Kedah

1

ZZ lwn NA

[Dalam Mahkamah Tinggi (Rayuan) Syariah Selangor di Shah Alam, Selangor Darul

Ehsan. Rayuan Mal No.: 10500-006-0013-2016 (Y.A Tuan Mohamed Fouzi Bin

Mokhtar, S.M.S., HMTS)]

[03 Zulhijjah 1437H bersamaan 05 September 2016]

Undang-Undang Keluarga Islam – Pengesahan Taraf Anak – Anak Lahir 8 Bulan

Selepas Sabit Perceraian Talak 3 – Sama ada Anak Tersebut Anak Sah Taraf atau

Sebaliknya - Seksyen 116 (d) - Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri

Selangor) 2003.

Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam - Bidangkuasa Mahkamah Tinggi

mendengar rayuan - Seksyen 63 (1) (b) (ii) dan (2) (b) EPAIS 2003 - Enakmen

Pentadbiran Agama Islam (Selangor) Tahun 2003.

Undang-Undang Tatacara Mal - Notis Rayuan – Seksyen 139 - Enakmen Tatacara

Mal Mahkamah Syariah. (Negeri Selangor) 2003.

Fakta Kes

[1] Kes ini merupakan kes rayuan terhadap keputusan yang telah diputuskan oleh

Tuan Hakim MRS Petaling Jaya pada 25 November 2016 melalui Saman No.:

10001-006-0832-2014. Kes ini telah ditetapkan untuk sebutan pertama pada 05

Jun 2014 dan Hakim Bicara telah mendengar keterangan pihak-pihak pada

beberapa siri sebutan dan perbicaraan sehingga pada 25 November 2015, Hakim

Bicara telah memutuskan dan membuat perintah-perintah seperti berikut-

1. Mahkamah memutuskan bahawa anak bernama NZ (No K/P:

XXX) merupakan anak sah taraf hasil daripada pernikahan antara

pihak Plaintif dan pihak Defendan.

Page 2: Undang-Undang Keluarga Islam Pengesahan Taraf Anak Anak ... lwn NA.pdf · Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 – s. 17, s.33, s.86 ... Sungai Petani, Kedah

2

2. Mahkamah berpuashati bahawa anak tersebut boleh dinasabkan

atas nama Plaintif dan pihak Defendan.

3. Mahkamah memerintahkan sebarang urusan pendaftaran

hendaklah dirujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

[2] Perayu tidak berpuashati terhadap keputusan itu dan telah memfailkan Notis

Rayuan pada 27 November 2015 dan kemudiannya telah memfailkan Alasan

Rayuan pada 30 Mac 2016. Rekod Rayuan pula telah difailkan pada 27 April 2016

di Mahkamah ini. Responden di dalam kes ini membantah terhadap rayuan

Perayu dan telah memfailkan hujahnya pada 29 Julai 2016 manakala Perayu telah

memfailkan hujahnya pada 09 Ogos 2016.

Keputusan

KES ini diputuskan pada hari ini dengan kehadiran Perayu bersama Peguam Syarie,

En. Mohd Hafiz bin Habil daripada Tetuan Hafiz Habil & Associates dan Responden

hadir bersama Peguam Syarie Pn. Farihah binti Md Isa daripada Farihah & Associates.

SETELAH MENELITI semua kertas kausa, keterangan dan hujahan, MAKA ADALAH

DIHAKIMKAN seperti berikut:

1. Rayuan Perayu ditolak; dan

2. Keputusan Hakim Bicara melalui Saman No.: 10001-006-0832-2014 dikekalkan.

Peguam Syarie

1. Peguam Perayu : diwakili oleh En. Mohd Hafiz bin Habil daripada

Tetuan Hafiz Habil & Associates.

2. Peguam Responden : diwakili oleh Pn. Farihah binti Md Isa daripada

Farihah & Associates.

Page 3: Undang-Undang Keluarga Islam Pengesahan Taraf Anak Anak ... lwn NA.pdf · Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 – s. 17, s.33, s.86 ... Sungai Petani, Kedah

3

Surah Al-Quran Yang Dirujuk

1. Surah al-A’raf. Ayat 189.

2. Surah Luqman.Ayat 14.

3. Surah al-Ahqaff. Ayat ke 15.

Kitab Yang Dirujuk

1. Abi Bakr Uthman bin Muhamad Syatta al-Dimyati al-Bakri. I’anah Al-Talibin. Juz.

3. Kaherah: Maktabah al-Taufiqiah.

2. al-Sharbini, Shamsh al-Din Muhammad bin Muhammad al-Khatib. 2006/1427H.

Mughni al-Muhtaj ila Ma‘rifah Ma‘ani Alfaz al-Minhaj. Jil. 2. Qahirah: Dar al-

Hadith.

3. al-Sayyid Abdul Rahman bin Muhammad bin Hussain bin Umar. T.th. Bughyat al-

Mustarshidin. Beirut: Darul Fikr.

Undang-Undang Yang Dirujuk

1. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 – s.63.

2. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 – s. 17, s.33,

s.86

3. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003

Kes Yang Dirujuk

1. Haji Ghazali lwn Asmah JH 1 (1) 80.

Penghakiman Y.A Tuan Mohamed Fouzi bin Mokhtar, S.M.S, HMTS:

Sama ada Mahkamah Ini Mempunyai Bidang kuasa

[1] Isu yang dikemukakan kepada Mahkamah ini adalah berkaitan ketidakpuasan hati

Perayu terhadap keputusan Tuan Hakim MRS Petaling yang menasabkan anak

yang bernama NZ (No K/P: XXX) merupakan anak sah taraf hasil daripada

pernikahan antara Perayu dan Responden melalui Saman No.: 10001-006-0832-

Page 4: Undang-Undang Keluarga Islam Pengesahan Taraf Anak Anak ... lwn NA.pdf · Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 – s. 17, s.33, s.86 ... Sungai Petani, Kedah

4

2014. Mahkamah mempunyai bidangkuasa mendengar dan memutuskan rayuan

ini bersesuaian dengan subperenggan 63 (1) (b) (ii) dan (1) (c) Enakmen

Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. Selain itu, bidangkuasa

Mahkamah ini untuk mendengar rayuan ada di jelaskan di dalam peruntukan

subseksyen 63 (2) (b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

yang memberikan kuasa kepada Mahkamah untuk mengesahkan, mengakaskan

atau mengubah keputusan Mahkamah perbicaraan, menjalankan mana-mana

kuasa yang boleh dijalankan oleh Mahkamah perbicaraan, membuat apa-apa

perintah yang sepatutnya dibuat oleh Mahkamah perbicaraan, atau

memerintahkan perbicaraan semula.

Alasan Rayuan

[2] Perayu telah tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Bicara yang telah

memutuskan bahawa anak yang bernama NZ (No K/P: XXX) merupakan anak sah

taraf hasil daripada pernikahan antara Perayu dan Responden telah memfailkan

alasan rayuan yang menyatakan bahawa Hakim Bicara telah khilaf di dalam

perkara berikut iaitu-

2.1 Tuan Hakim Mahkamah Rendah Syariah telah terkhilaf daripada sudut

undang-undang dan hukum syara’ pada 25hb November 2015 dengan

mengambil sepenuhnya keterangan Responden berkaitan dengan isu-

isu perempuan seperti haid, iddah, penyusuan dan lain-lain dengan

alasan perkara-perkara tersebut di bawah pengetahuan Responden

sendiri kerana Respondenlah yang mengalami perkara tersebut.

2.2 Tuan Hakim Mahkamah Rendah Syariah telah terkhilaf daripada sudut

undang-undang dan hukum syara’ pada 25hb November 2015 dengan

tidak memanggil dan/atau mengarahkan Responden memanggil saksi

pakar yang boleh memberikan keterangan berhubung dengan isu-isu

khusus kewanitaan yang menyentuh kepada masalah kesihatan,

kitaran haid serta kehamilan.

Page 5: Undang-Undang Keluarga Islam Pengesahan Taraf Anak Anak ... lwn NA.pdf · Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 – s. 17, s.33, s.86 ... Sungai Petani, Kedah

5

2.3 Tuan Hakim Mahkamah Rendah Syariah telah terkhilaf daripada sudut

undang-undang dan hukum syara’ pada 25hb November 2015 dengan

tidak memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada

Pengakuan/Iqrar Responden bahawa Responden berada dalam

keadaan haid sewaktu diceraikan dengan talaq 3 (bain kubro) oleh

Perayu pada 5hb. Januari 2013.

2.4 Tuan Hakim Mahkamah Rendah Syariah telah terkhilaf daripada sudut

undang-undang dan hukum syara’ pada 25hb November 2015 apabila

menganggap bahawa NZ (NO K/P: XXX) yang lahir pada 24hb.

September 2013 tersebut adalah hasil persetubuhan serta

percantuman benih pihak-pihak pada bulan Disember 2012.

2.5 Tuan Hakim Mahkamah Rendah Syariah telah terkhilaf daripada sudut

undang-undang dan hukum syara’ pada 25hb November 2015 dalam

membuat tafsiran kepada peruntukan Seksyen 111 Enakmen Undang-

Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Alasan Pertama dan Kedua

[3] Perayu menghujjahkan bahawa Hakim Bicara telah terkhilaf daripada sudut

undang-undang dan hukum syara’ apabila memutuskan untuk menerima

sepenuhnya keterangan Responden berkaitan dengan isu perempuan seperti

haid, iddah, penyusuan dan lain-lain dengan alasan perkara-perkara tersebut di

bawah pengetahuan Responden sendiri kerana Respondenlah yang mengalami

perkara tersebut. Responden pula menghujahkan bahawa keputusan hakim bicara

memutuskan isu-isu berkaitan perempuan haid adalah bertepatan dengan hukum

syarak dan undang-undang dengan berpandukan kepada peruntukan Seksyen 86

(4) Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 yang

menjelaskan bahawa keterangan seorang perempuan adalah mencukupi untuk

membuktikan apa-apa fakta yang biasanya dilihat oleh atau dalam pengetahuan

seorang perempuan. MISALAN, keterangan seorang perempuan yang

menyusukan seorang bayi atau keterangan seorang bidan dalam perkara haidh,

kelahiran dan penyusuan.

Page 6: Undang-Undang Keluarga Islam Pengesahan Taraf Anak Anak ... lwn NA.pdf · Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 – s. 17, s.33, s.86 ... Sungai Petani, Kedah

6

[4] Mahkamah berpendapat bahawa peruntukan Seksyen 86 (4) Enakmen

Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 seperti yang dirujuk oleh

Responden adalah berkenaan dengan keterangan saksi perempuan dan ia tidak

termasuk dengan keterangan daripada pihak yang mendakwa. Mahkamah juga

merujuk kepada peruntukan Seksyen 3 di dalam enakmen yang sama mengenai

tafsiran saksi yang menyatakan bahawa “saksi” tidak termasuk plaintif, defendan

dan orang tertuduh. Ini bermakna hujah Responden yang merujuk Seksyen 86 (4)

Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 berkenaan

dengan isu ini adalah tidak sesuai. Berhubung dengan sesi perbicaraan oleh

hakim bicara sewaktu kes ini di Mahkamah Rendah Syariah Petaling dijalankan,

perbicaraan berlangsung hanya dengan mengambil keterangan Responden

sahaja berhubung dengan isu tersebut tanpa Responden membawa bersamanya

saksi yang boleh menyokong keterangannya.

[5] Persoalan timbul, sama ada iqrar yang diberikan oleh Responden mengenai

perkara yang dipertikaikan tersebut memadai untuk diterima pakai oleh Mahkamah

atau sebaliknya? Di dalam isu ini, keterangan yang diberikan oleh Responden

memadai untuk diterima pakai oleh Mahkamah walaupun Responden tidak

menguatkan keterangannya dengan saksi ataupun dengan apa-apa method

pembuktian yang wajar kerana keterangan Responden tersebut boleh

dikategorikan sebagai iqrar. Jawapannya ya, ia berdasarkan kepada pandangan

syarak yang menyatakan sebagaimana berikut:-

: ثانيا

يقبلقولاملرأةيفحصولحيضهاويفانقضائه،وحنوذلكممااليطلععليهالرجال؛

ألهنامؤمتنةعلىذلك،قالالشافعيرمحهاهلل:"أخربناسفيانعنعمروبندينارعن

. (5/225عبيدبنعمريقال:ائتمنتاملرأةعلىفرجها".انتهىمن"األم")

Page 7: Undang-Undang Keluarga Islam Pengesahan Taraf Anak Anak ... lwn NA.pdf · Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 – s. 17, s.33, s.86 ... Sungai Petani, Kedah

7

أنيكتمنماخلقوقددلعلىقبو لقولاملرأةيفذلك،قولهتعاىل:)واليللن

كني ؤمنباهللوالي وماآلخر(البقرة/ . 228اهلليفأرحامهنإن

[6] Justeru itu, Hakim Bicara tidak telah terkhilaf daripada sudut undang-undang dan

hukum syara’ apabila tidak memanggil dan/atau mengarahkan Responden

memanggil saksi pakar yang boleh memberikan keterangan berhubung dengan

isu-isu khusus kewanitaan yang menyentuh kepada masalah kesihatan, kitaran

haid serta kehamilan sebagaimana dakwaan Perayu berdasarkan Seksyen 33 (1)

Enakmen Keterangan Syariah Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.

Alasan Ketiga

[7] Perayu menghujahkan bahawa Hakim Bicara telah terkhilaf daripada sudut

undang-undang dan hukum syara’ dengan tidak memberi pertimbangan yang

sewajarnya kepada Pengakuan/Iqrar Responden bahawa Responden berada

dalam keadaan haid sewaktu diceraikan dengan talaq 3 (bain kubro) oleh Perayu

pada 5hb. Januari 2013. Responden mengaku berada dalam keadaan tidak suci

iaitu haid semasa perceraian tersebut berlaku pada 5.1.2013. Namun jika dirujuk

halaman 11 dan 12 Rekod Rayuan, Mahkamah dapati pada waktu perceraian

tersebut Responden sememangnya sedang mengandung berdasar penghakiman

yang telah dikeluarkan oleh MRS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 27hb.

Mac 2014 melalui Saman No.: 14005-054-0721-2013 sebagaimana berikut:

1. Mahkamah meluluskan tuntutan Plaintif di bawah peruntukan

Seksyen 55A Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-

Wilayah Persekutuan) 1984.

2. Mahkamah mensabitkan bahawa lafaz “Dah nak sangat dan

cabar aku, aku ceraikan kau dengan talaq 3” oleh Plaintif

terhadap Defendan di luar dan tanpa kebenaran Mahkamah

pada 5hb. Januari 2013 adalah lafaz cerai yang sah mengikut

Hukum Syarak.

Page 8: Undang-Undang Keluarga Islam Pengesahan Taraf Anak Anak ... lwn NA.pdf · Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 – s. 17, s.33, s.86 ... Sungai Petani, Kedah

8

3. Mahkamah mensabitkan telah gugur talaq tiga kali pertama

berjumlah tiga (3) talaq bain kubra ke atas Defendan pada

5hb. Januari 2013.

4. Mahkamah mensabitkan dan memerintahkan Defendan

beriddah hamil bermula 5hb. Januari 2013 sehingga

melahirkan anak.

5. Mahkamah memerintahkan supaya perceraian ini didaftarkan

di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Daftar

Pernikahan Bil. 178/12 (CAS No. 141963) yang dikeluarkan

oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Masjid

Kariah Taman Keladi, Sungai Petani, Kedah Darul Aman

hendaklah dipulang dan dibatalkan.

6. Kos ditanggung oleh masing-masing pihak-pihak.

[8] Berdasarkan penghakiman tersebut, Responden diperintahkan beriddah hamil

bermula 5hb. Januari 2013 sehingga melahirkan anak dan ini jelas menunjukkan

Responden tidak dikira berada dalam keadaan haid pada waktu diceraikan oleh

Perayu. Penghakiman Mahkamah adalah merupakan qarinah berdasarkan

Seksyen 33 (1) Enakmen Keterangan Syariah Mahkamah Syariah (Negeri

Selangor) 2003 dan wajar diterima oleh Mahkamah memandangkan tiada bukti

lain yang lebih yakin daripada itu. yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah yang

berbidangkuasa pada ketika kes tersebut diputuskan telah meneliti dan

menimbangkan segala keadaan dan punca dan seharusnya keputusan hendaklah

dihormati kerana suatu keputusan tidak boleh dicabar melainkan dengan adanya

tindakan daripada Perayu sendiri terhadap Mahkamah tersebut. walaupun

Responden mengaku berada dalam keadaan haid pada waktu diceraikan,

Mahkamah berpegang kepada prinsip suatu perkara yang mendatang tidak boleh

membatalkan perkara yang telah sabit terlebih dahulu melainkan dengan cara

membatalkan perkara yang sabit itu terlebih dahulu.

Page 9: Undang-Undang Keluarga Islam Pengesahan Taraf Anak Anak ... lwn NA.pdf · Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 – s. 17, s.33, s.86 ... Sungai Petani, Kedah

9

Alasan Keempat dan Kelima

[9] Perayu menghujahkan Hakim Bicara telah terkhilaf daripada sudut undang-undang

dan hukum syara’ pada 25hb November 2015 apabila menganggap bahawa NZ

(NO K/P: XXX) yang lahir pada 24hb. September 2013 tersebut adalah hasil

persetubuhan serta percantuman benih pihak-pihak pada bulan Disember 2012. Di

dalam Rekod Rayuan halaman 163, Hakim Bicara telah mengulas mengenai

pendapatnya tentang masa persetubuhan Perayu dengan Responden yang mana

Hakim Bicara telah menjelaskan sebagaimana berikut:

Dalam isu ini Plaintif ada menyatakan bahawa beliau dan Defendan

ada melakukan hubungan kelamin sebanyak 2 kali selepas tarikh

perceraian iaitu dalam bulan Februari 2013 dan tarikh 1 lagi tidak

dapat dipastikan oleh beliau. Mahkamah percaya bahawa

sekiranya mahkamah mengmbil kira tarikh melakukan hubungan

pada bulan Februari 2013 maka anak tersebut lahir kurang

daripada 9 bulan kerana anak tersebut lahir pada 24hb. September

2013. Mahkamah telah merujuk kepada buku rekod bersalin yang

telah dilampirkan kepada mahkamah menunjukkan bahawa anak

yang lahir adalah anak yang cukup bulan dan normal.

Ketika soal balas pihak Plaintif pada 12hb. Ogos 2015, Plaintif ada

menyatakan bahawa beliau mengaku ada melakukan hubungan

kelamin bersama Defendan pada bulan Disember 2012.

Pengakuan ini tidak dibahaskan oleh pihak Peguam Plaintif di

dalam hujahan beliau. Adalah lebih wajar sekiranya perkara ini

dibahaskan dengan lebih lanjut untuk mengetahui bahawa ada atau

tidak ada berlakunya hubungan kelamin pada bulan Disember

2012. Malahan pihak Defendan juga bersetuju bahawa ada

berlakunya hubungan kelamin antara beliau dengan Plaintif pada

23 atau 24hb. Disember 2012.

Page 10: Undang-Undang Keluarga Islam Pengesahan Taraf Anak Anak ... lwn NA.pdf · Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 – s. 17, s.33, s.86 ... Sungai Petani, Kedah

10

Oleh yang demikian, mahkamah berpuas hati bahawa hubungan

kelamin antara Plaintif dan Defendan berlaku pada kedua-dua

masa iaitu sebelum perceraian dan selepas perceraian pada 05hb.

Januari 2013.

[10] Berdasarkan kepada ulasan di atas, Hakim Bicara telah memutuskan bahawa

hubungan kelamin telah berlaku di antara Perayu dan Responden sebelum

perceraian iaitu pada Disember 2012 dan selepas perceraian. Ini adalah

berdasarkan pengakuan Perayu sendiri sebagaimana direkodkan di dalam Rekod

Rayuan halaman 41 semasa prosiding soalbalas pada 12.8.2015. Pengakuan

Perayu ini jelas menunjukkan hubungan kelamin telahpun berlaku semasa dalam

tempoh perkahwinan lagi. Mahkamah berpuashati bahawa Ada keterangan yang

boleh diterima yang membuktikan bahawa Perayu dan Responden bercampur

sebagai suami isteri dari satu masa ke satu masa. Oleh itu, Mahkamah tidak

boleh menafikan kebarangkalian tersebut berdasarkan kepada firman Allah S.W.T

di dalam Surah al-A’raf ayat 189 yang bermaksud:

189. Dia lah (Allah) Yang menciptakan kamu semua dari (hakikat)

diri Yang satu, dan ia mengadakan daripada hakikat itu

pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang hati dan hidup

mesra Yang satu kepada Yang lain. ketika suami mencampuri

isterinya, mengandunglah ia Dengan kandungan Yang ringan,

serta teruslah ia Dengan keadaan itu (ke suatu waktu). kemudian

ketika ia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami

isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata):" Sesungguhnya

jika Engkau (Wahai Tuhan kami) mengurniakan Kami nikmat Yang

baik, tentulah Kami menjadi orang-orang Yang bersyukur".

[11] Berdasarkan Buku Rekod Mengandung Responden yang ditandakan sebagai D-3

(Halaman 201-211 Rekod Rayuan), perkiraan hamil Responden dikira bermula

pada 3 Januari 2013 dan dijangka bersalin pada 11 Oktober 2013. Walaupun

Page 11: Undang-Undang Keluarga Islam Pengesahan Taraf Anak Anak ... lwn NA.pdf · Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 – s. 17, s.33, s.86 ... Sungai Petani, Kedah

11

Perayu membantah D-3 ini, Mahkamah menerima keterangan D-3 ini kerana ia

adalah keterangan berbentuk dokumen awam yang tidak dinafikan telah

dikeluarkan oleh Pegawai Perubatan dan hanya memerlukan penjelasan lanjut

mengenai kandungan yang terdapat di dalamnya. Responden telah melahirkan

anak tersebut pada 24 September 2013 iaitu minggu ke 36 atau 37 dan ia adalah

lebih awal daripada tempoh kehamilan normal di zaman kini (40 minggu) yang

dijangkakan jatuh pada 11 Oktober 2013. adalah jelas kehamilan Responden

adalah bermula pada 3 Januari 2013 iaitu sebelum perceraian berlaku.

[12] Walaupun anak tersebut dilahirkan diluar tempoh kehamilan normal zaman kini

(36 atau 37 bulan), Mahkamah melihat kembali kepada firman Allah s.w.t di dalam

Surah al-Ahqaff, sebahagian daripada ayat ke 15:

نسانبوالديهإحسان ا ناال كره ا ووصي اووضعته كره ومحلهوفصالهثلثون محلتهأمه

شهر ا

Maksud; ...ibunya telah mengandungnya dengan menanggung

susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah

payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh

menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan...

Allah s.w.t. berfirman dalam Surah Luqman ayat 14:

نا نسانبوالديهمحلتهأمهوهن اعلىوهنوفصالهيفعاميووصي ال

Maksud: …Ibunya telah mengandungnya dengan menanggung

kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir

menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa

dua tahun...

Page 12: Undang-Undang Keluarga Islam Pengesahan Taraf Anak Anak ... lwn NA.pdf · Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 – s. 17, s.33, s.86 ... Sungai Petani, Kedah

12

[13] Ayat 15 Surah Al-Ahqaaf diatas menjelaskan tempoh mengandung hingga

tempoh menceraikan susu ialah tiga puluh bulan, manakala ayat 14 Surah

Luqman pula menjelaskan bahawa tempoh menceraikan susu ialah dua tahun

iaitu dua puluh empat bulan. Oleh yang demikian tempoh sependek-pendek

hamil atau mengandung ialah enam bulan. Di dalam Kitab Bughyat al-

Mustarshidin, oleh al-Sayyid Abdul Rahman bin Muhammad bin Hussain bin

Umar, dikenali dengan nama Ba’lawy, Mufti Negara Hadramaut, terbitan Darul

Fikr, tanpa tarikh, pada ms. 242 ada disebutkan:

Seorang perempuan hamil dari perbuatan zina, kemudian dia

melangsungkan akad nikah perkahwinan dengan seseorang

lelaki. Dalam tempoh perkahwinan berkenaan, suaminya itu

berkeupayaan tinggal bersamanya sebagai suami isteri, lalu

dalam tempoh enam bulan dua saat (lahzoh) dari tarikh akad

nikah perkahwinan mereka, perempuan berkenaan melahirkan

anak, dalam hal suaminya itu berkeupayaan melakukan

persetubuhan dengannya, maka anak berkenaan itu hendaklah

dinasabkan kepada lelaki yang menjadi suaminya itu.

[14] Di dalam kes ini, tempoh di antara 3 Januari 2013 hingga 24 September 2013

adalah sebanyak 8 bulan 21 hari adalah berada di dalam lingkungan tempoh

enam bulan yang boleh seorang anak tersebut dinasabkan kepada bapanya.

Sekiranya andaian bahawa hubungan kelamin berlaku pada Disember 2012, ia

masih berada dalam tempoh normal kehamilan pada zaman ini iaitu 9 bulan

dengan hubungan kelamin tersebut berlaku pada 24 Disember 2012 bagi

mencapai tempoh 9 bulan genap (40 minggu) menuju masa anak tersebut

dilahirkan pada 24 September 2013. Oleh yang demikian, Mahkamah berpuashati

bahawa anak tersebut telah berada di dalam kandungan Responden sebelum

berlakunya perceraian pada 5 Januari 2013.

Page 13: Undang-Undang Keluarga Islam Pengesahan Taraf Anak Anak ... lwn NA.pdf · Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 – s. 17, s.33, s.86 ... Sungai Petani, Kedah

13

[15] Sekiranya Perayu menafikan bahawa anak tersebut adalah hasil hubungan

kelamin selepas perceraian, Perayu sepatutnya membuat permohonan li’an di

Mahkamah bagi menafikan anak tersebut sebagai anaknya. Ia bersesuaian

dengan peruntukan Seksyen 111 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam

(Negeri Selangor) 2003 sebagaimana berikut:

Jika seseorang perempuan yang berkahwin dengan seseorang

lelaki melahirkan seorang anak lebih daripada enam bulan

qamariah dari tarikh perkahwinannya itu atau dalam masa empat

tahun qamariah selepas perkahwinannya itu dibubarkan sama ada

oleh sebab kematian lelaki itu atau oleh sebab perceraian, dan

perempuan itu pula tidak berkahwin semula, maka lelaki itu

hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu, tetapi lelaki itu boleh,

dengan cara li’an atau kutukan, menafikan anak itu sebagai

anaknya di hadapan Mahkamah.

[16] Undang-undang hanya memperuntukkan, ‘Jika seorang perempuan yang

berkahwin dengan seorang lelaki melahirkan seorang anak dalam masa enam

bulan atau lebih dari tarikh perkahwinan itu…maka lelaki itu hendaklah disifatkan

sebagai bapa anak itu… Dari perspektif Hukum Syarak pula ianya

memperuntukkan tambahan syarat kepada kelahiran dalam tempoh enam bulan

dua saat (lahzoh) dari tarikh akad nikah perkahwinan dengan dua syarat. Syarat

pertama ialah dalam tempoh perkahwinan berkenaan, suami berkeupayaan

tinggal bersama isterinya itu sebagai suami isteri. Kedua suami berkenaan

berkeupayaan melakukan persetubuhan dengan isterinya itu. Selagi penafian

secara li'an tidak dibuat sedang bayi dilahirkan dalam akad perkahwinan yang

sah, anak tetap dinasabkan kepada bapa semasa.

[17] Penafian anak telah tidak dibuat, dan dibuktikan di Mahkamah oleh Perayu

menjadikan haknya itu gugur dengan sendiri kerana kelewatan. Di dalam Kitab

Fathul Muin Juzu’ 4 halaman 152 yang bererti:

Page 14: Undang-Undang Keluarga Islam Pengesahan Taraf Anak Anak ... lwn NA.pdf · Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 – s. 17, s.33, s.86 ... Sungai Petani, Kedah

14

“Wajiblah atas si suami menafikan anak dalam kandungan

isterinya itu jika ia yakin bahawa anak itu bukan anaknya

dengan bersegera di hadapan Kadi dan jika ia melengahkan

membuat penafian dengan tiada apa-apa sebab maka gugurlah

haknya untuk membuat penafian dan anak adalah anaknya.”

[18] Selain alasan di atas, Mahkamah merujuk dan bersetuju dengan pandangan

Hakim Bicara dalam kes Haji Ghazali lwn Asmah JH 1 (1) 80. Di dalam kes

rayuan ini, Responden telah bernikah dengan Perayu pada 07 November 1974

dan telah dicerai pada 11 Ogos 1975. Hakim telah menghukumkan Perayu

menanggung nafkah anak, nafkah hamil dan perbelanjaan bersalin. Dalam

rayuannya, Perayu menafikan anak itu anak sahtaraf kepadanya. Y.A Hakim

Rayuan menyatakan:

1. ”Tidak ada keterangan diberi boleh diterima oleh Mahkamah ini

mengesahkan Asmah binti Adam ada mengandung pada 30.10.1974

iaitu sebelum berkahwin dengan Perayu pada 17.11.1974.

Keterangan yang diberi oleh Dr. Mehra di kandungan 15 bukan

mengesahkan Responden mengandung pada 30.10.1974 tetapi

menerangkan bahawa Responden datang haid yang terakhir pada

30.10.1974 waktu Dr. Mehra memeriksanya itu iaitu sebelum

bernikah dengan Perayu pada 17.11.1974. Pentafsiran itu disahkan

oleh seorang Doktor Pakar Perbidanan iaitu Datuk Dr. Abdullah

Ahmad.

2. Tidak ada bukti yang dapat diterima yang membuktikan Perayu

ada membuat hubungan jenis dengan lelaki lain sebelum ianya

bernikah dengan Perayu pada 17.11.1974 dan Responden hamil.

Page 15: Undang-Undang Keluarga Islam Pengesahan Taraf Anak Anak ... lwn NA.pdf · Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 – s. 17, s.33, s.86 ... Sungai Petani, Kedah

15

3. Tidak dapat dinafikan bahawa pernikahan Perayu dan Responden

adalah sah.

4. Ada keterangan yang boleh diterima yang membuktikan bahawa

Perayu dan Responden bercampur sebagai suami isteri dari satu

masa ke satu masa, daripada satu rumah ke satu rumah dan dari

satu hotel ke satu hotel selepas mereka berkahwin.

5. Tiada keterangan lain yang munasabah membuktikan bahawa

anak yang dilahirkan oleh Responden itu hasil daripada hubungan

jenis Responden dengan lelaki lain yang dilakukan sebelum

berkahwin dengan Perayu bahkan Mahkamah ini berpendapat anak

ini dilahirkan hasil perkahwinan mereka berdua di sebabkan anak itu

lahir dalam masa tidak kurang daripada 6 bulan 2 lahzah dan tidak

lebih dari masa 4 tahun mengikut perundangan Islam yang mana

menjadi panduan Jawatankuasa Ulangbicara Mahkamah Syariah

Negeri Sembilan.

6. Penafian anak telah tidak dibuat, dan dibuktikan di Mahkamah

Kadi oleh Perayu sebelum ianya bercerai dengan Responden dan

hanya dikemukakan setelah tuntutan dibuat oleh Responden dan ini

menjadikan haknya itu gugur dengan sendiri kerana kelewatan. Di

dalam Kitab Fathul Muin Juzu’ 4 halaman 152 yang bererti: ”Wajiblah

atas si suami menafikan anak dalam kandungan isterinya itu jika ia

yakin bahawa anak itu bukan anaknya dengan bersegera di hadapan

Kadi dan jika ia melengahkanmembuat penafian dengan tiada apa-

apa sebab maka gugurlah haknya untuk membuat penafian dan

anaka adalah anaknya.”

7. Mengikut hukum Islam, anak yang dilahirkan sesudah

perkahwinan adalah anak yang dilahirkan di dalam perkahwinan.

Page 16: Undang-Undang Keluarga Islam Pengesahan Taraf Anak Anak ... lwn NA.pdf · Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 – s. 17, s.33, s.86 ... Sungai Petani, Kedah

16

Sabda Rasulullah s.a.w.: ”Anak adalah bagi hamparan (isteri) yang

sah”.

8. Hamil hanya sekali sahaja mengikut ilmu sains dan benih itu

menjadi anak dalam tempoh 1 hingga 44 hari.

Oleh yang demikian, alasan Perayu tidak dapat dipertimbangkan.

Keputusan

SETELAH MAHKAMAH melihat Rekod Rayuan Perayu DAN setelah meneliti Hujahan

Perayu SERTA autoriti-autoriti yang dikemukakan, MAKA DENGAN INI, MAHKAMAH

MEMUTUSKAN SEPERTI BERIKUT :

1) Rayuan Perayu ditolak; dan

2) Keputusan Hakim Bicara melalui Saman No.: 10001-006-0832-2014 dikekalkan.