memahami gagasan ta`dib kepemudaan slide show

46
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) SESI KEPIMPINAN 2010/2011 MEMAHAMI GAGASAN TA`DIB KEPEMUDAAN

Upload: peminggir-kota

Post on 25-Jul-2015

600 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Memahami gagasan ta`dib kepemudaan slide show

PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)

SESI KEPIMPINAN 2010/2011

MEMAHAMI GAGASAN TA`DIB

KEPEMUDAAN

Page 2: Memahami gagasan ta`dib kepemudaan slide show

Konsep Ta`dib Sebagai Pendidikan yang Komprehensif

©Hak cipta terpelihara PKPIM 2010

Page 3: Memahami gagasan ta`dib kepemudaan slide show

Pengenalan1.Mengapa ‘ta`dib’?

“faktor barah umat hari ini bukan disebabkan kejahilan mereka dalam agama memandangkan penyebaran ilmu tentang Islam telah tersebar secara meluas, tetapi faktor dari kekeliruan mereka dalam meletakkan al-Din, Allah, Nabi & diri mereka di tempat yang sepatutnya sepertimana yang dituntut agama.” –Faisal Aziz (Ucapan Dasar Presiden PKPIM, 2010), hal. 4

Page 4: Memahami gagasan ta`dib kepemudaan slide show

Pengenalan1.Mengapa ‘ta`dib’?

“Gagasan Ta`dib ini bukan sesuatu perkara yang baru tetapi lahir dari usaha penjenamaan semula kepada penegasan agenda besar yang telah diangkat oleh PKPIM semenjak detik penubuhannya. Ia menjadi teras kepada maudu’ dan halatuju perjuangan PKPIM dan intipatinya telah dilangsungkan secara holistik dan integral bagi fasa pertama dalam setiap fokus PKPIM iaitu pemerkasaan tarbiyah, pemantapan kaderisasi, pelestarian gerakan massa, dan penambahbaikan pengurusan dan professionalisme.” – ibid., hal. 5

©Hak cipta terpelihara PKPIM 2010

Page 5: Memahami gagasan ta`dib kepemudaan slide show

Pengenalan2. 10 Nilai Ta`dib menurut Siddiq Fadzil (Multaqa`

Nuqaba Kebangsaan PKPIM 2010)‘

i. Kekuatan Fizikalii. Kebolehmandirianiii. Kesaliman Tauhidiv. Kesahihan Ibadahv. Kemuliaan akhlakvi. Keluasan & kebernasan pemikiranvii. Kecermatan masaviii.Kesempurnaan perancanganix. Kemanfaatan menyeluruhx. Kesanggupan mujahadah

Page 6: Memahami gagasan ta`dib kepemudaan slide show

Pengenalan3. Sumber Rujukan Utama

Page 7: Memahami gagasan ta`dib kepemudaan slide show

Pengenalan4. Bagaimana untuk memahami ‘Ta`dib’

i. Sumber ii. Sistematikiii. Kesediaan iv. Kesungguhanv. Kreativiti

5. Relevensi Ta`dib & PKPIM- jenguk Budaya 7 PKPIM, 9 Orientasi PKPIM &

Sejarah Perjuangan PKPIM

6. Cabaran Semasa- Wajah Peradaban Barat – “Globalisasi”

Page 8: Memahami gagasan ta`dib kepemudaan slide show

Tapak 1 Pemahaman Ta`dib

1. Keputusan dan Dapatan: Kajian Kebejatan Sosial

2. Globalisasi: Fenomena Sejagat yang Membimbangkan 3. Pandangan Alam Islam: Hakikat Realiti dan Kebenaran 4. Punca Masalah Remaja Islam dan Psikologi Jiwa Manusia 5. Ta`dib Sebagai Pendidikan yang Bercitra Islami dan Komprehensif

Pengenalan

Page 9: Memahami gagasan ta`dib kepemudaan slide show

Globalisasi membadai dunia. Fenomena ini tidak mampu dibendung kemaraannya. Suka atau tidak, lambat laun globalisasi tetap memberi dampak dalam kehidupan seseorang. Tanpa mengenal usia, globalisasi bawaan Barat yang sarat dengan pengalaman dan falsafahnya, dengan begitu rakus membaham kemanusiaan dan jati diri, malah membangkitkan kekeliruan. Paling teruk menjadi mangsa, golongan remaja yang dirundung ‘krisis identiti’ dan ‘jurang generasi’. Sebagai satu fenomena sejagat yang begitu berpengaruh dan tidak terelakkan, aspek pendidikan turut merasakan kesannya. Jauh dari motif menyemarak perasaan anti-Barat, tinjauan ini bermaksud melakukan sesuatu yang wajar, bersikap objektif dan adil dengan melakukan analisis kritikal terhadap bahana globalisasi yang secara senyap menjalar dalam sistem dan pengamalan pendidikan di negara-negara umat Islam umumnya dan Malaysia khususnya. Kebejatan akhlak yang membelenggu remaja menimbulkan pelbagai persoalan mengenai keberkesanan sistem pendidikan yang diajar di institusi pengajian formal sama ada di peringkat rendah, menengah mahupun tinggi. Justeru, penulis cuba mengetengahkan beberapa ide besar yang dicetus para pemikir terutamanya gagasan ‘Ta`dib’ sebagai solusi kepada pemasalahan yang berlaku.

–Fazril Saleh (2010), Pendidikan Remaja Dalam Era Globalisasi;Tinjauan Terhadap Konsep Ta`dib Sebagai Pendidikan Yang Komprehensif

Page 10: Memahami gagasan ta`dib kepemudaan slide show

1. Keputusan dan Dapatan: Kajian Kebejatan Sosial

(1) salah laku dan masalah disiplin pelajar sekolah; (2) penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak.(3) jenayah rogol; (3) sumbang mahram dan seks sebelum perkahwinan; (4) kecelaruan gender; (5) gejala hidu gam; (6) perlumbaan haram yang dilakukan mat motor; (7) jenayah juvana; (8) pelacuran; (9) pornografi internet; (10) penagihan dadah;

Azlina Abdullah, “Penyelidikan tentang Gejala Sosial di Malaysia dalam Dekat 2000-an”, The 7th International Malaysian Studies Conference (MSC7), Critical Transitions: Repositioning the State, Market and Society, 16-18March2010

Page 11: Memahami gagasan ta`dib kepemudaan slide show

2. Globalisasi: Fenomena Sejagat yang Membimbangkan

Kamus Dewan (2000) - "fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat“

Stanford Encyclopedia of Philosophy (2002) – (1) liberalisasi ekonomi iaitu kegelojohan polisi ekonomi

pasaran bebas oleh kelompok ‘Liberal Klasik’ dalam usaha menguasasi ekonomi dunia

(2) Westernisasi atau perkembangan dominasi Barat terhadap sektor politik, ekonomi, dan budaya dunia,

(3) Revolusi jaringan internet iaitu perkembangan teknologi maklumat yang canggih dan terkini,

(4) Integrasi Global iaitu kesedaran masyarakat dunia membentuk kesatuan sejagat tanpa sebarang konflik sosial. rujuk

Page 12: Memahami gagasan ta`dib kepemudaan slide show

2. Globalisasi: Fenomena Sejagat yang Membimbangkan

Dr. Muhammad Abid al-Jabiri – “globalisasi bermaksud menjadikan sesuatu berada di peringkat antarabangsa iaitu memindahkan sesuatu dari kawasan yang terhad dan dapat diawasi ke kawasan tanpa had yang jauh daripada sebarang pengawasan. Justeru, globalisasi mencakupi maksud membatalkan sempadan negara, beridentitikan kebangsaan dalam lapangan ekonomi dan membiarkan segala urusan dapat bergerak bebas menyeberangi alam dan ruang angkasa yang berada dalam lingkungan planet Bumi.”

Yusuf al-Qaradhawi -“globalisasi adalah pemaksaan penguasaan politik, ekonomi, budaya dan sosial daripada Amerika Syarikat terhadap dunia, khususnya dunia timur dan dunia ketiga, bahkan secara lebih khusus, dunia Islam.”

Page 13: Memahami gagasan ta`dib kepemudaan slide show

2. Globalisasi: Fenomena Sejagat yang Membimbangkan

Siddiq Fadzil - “Globalisasi tidak dapat ditanggapi secara simplistik sebagai natijah atau fenomena konsekuensial dari revolusi teknologi komunikasi. la adalah suatu agenda yang harus difahami bersama dengan pelbagai gagasan dan ramalan tentang dunia pada abad 21, termasuk apa yang dinamakan Tatanan Baru Dunia. (New World Order). Perbenturan Tamadun (Clash of Civilisations) dan Tamatnya Sejarah dan Manusia Terakhir (The End of History and the Last Man). Seperti yang disebut oleh Francis Fukuyama, tamadun Barat telah mencapai puncak kesempurnaannya pada sistem liberal-demokratik-kapitalistik. Menurut penilaiannya tamadun tersebut dapat memberikan segala keperluan manusia sejagat dan dengan demikian berakhirlah proses pencarian ideologi dan sistem hidup yang muktamad. Atas asas itu ia adalah tamadun yang universal dan manusia Barat adalah manusia universal, jelmaan terakhir manusia yang telah mencapai puncak kesempurnaan. Rasa unggul diri dan optimisme Fukuyama yang sebenarnya sangat simplistik dan kontroversial itulah yang dijadikan salah satu asas pewajaran globalisasi tamadun Barat, hegemoni dan dominasi Amerika.”

Page 14: Memahami gagasan ta`dib kepemudaan slide show

klasifikasi globalisasi (1)Globalisasi kewangan

dan pemilikan modal, (2)Globalisasi pasaran dan

stategi, (3)globalisasi teknologi, (4)globalisasi cara

kehidupan dan pola kepenggunaan atau globalisasi budaya,

(5) globalisasi keupayaan mengawal dan governans,

(6)globalisasi sebagai penyatuan dunia

(7)globalisasi persepsi dan kesedaran

Page 15: Memahami gagasan ta`dib kepemudaan slide show

3. Pandangan Alam Islam: Hakikat Realiti dan Kebenaran

Pandangan alam Islam (worldview of Islam) atau diistilahkan dalam Bahasa Arab sebagai ru`yat al-Islam li al-wujud bertitik tolak daripada pandangan bahawa kewujudan alam ini bukan sekadar hanya yang tertanggap oleh indera manusiawi, bahkan juga yang tidak mampu dicerap dengan fakulti rasio insan

Ciri-ciri pandangan alam Islam termasuklah merangkumi aspek fizikal dan spiritual, ruh dan jasad, Tuhan dan manusia, serta akhirat dan dunia. Pandangan alam Islam memberi penekanan terhadap perkara yang kekal dan mutlak sebagai asas kepada perkara yang berubah, kebenaran yang diwahyukan yang sempurna dan menyeluruh dari awal kehadirannya.

Dengan itu, kemunculan Islam bukan merupakan terbitan daripada elemen falsafah atau kebudayaan sesuatu kaum yang melalui proses evolusi merentas zaman kerana Islam hadir dengan kesempurnaan tanpa memerlukan perubahan.

Page 16: Memahami gagasan ta`dib kepemudaan slide show

3. Pandangan Alam Islam: Hakikat Realiti dan Kebenaran

Unsur-unsur dalam

Pandangan Alam Islam

Tuhan

Kenabian

Hari Akhirat

Agama

Wahyu

Manusia

Alam

Ilmu

Pendidikan

Nilai & Hikmah

Page 17: Memahami gagasan ta`dib kepemudaan slide show

1. Faktor Dalaman – “Keruntuhan Adab”

4. Punca Masalah Remaja Islam dan Psikologi Jiwa Manusia

(3) Kebangkitan para pemimpin palsu

(1) Masalah kesalahan dan kekeliruan ilmu

(2) Kehilangan Adab

Aspek luaran

Aspek dalaman

Page 18: Memahami gagasan ta`dib kepemudaan slide show

2. Faktor Luaran – Ancaman Kebudayaan Barat, ‘Globalisasi’

-Krisis Identiti (identity crisis) & Jurang Generasi (generation gap)

[Masyarakat Barat VS Masyarakat Islam]

i. Deconsecration of Valuesii. Role model

4. Punca Masalah Remaja Islam dan Psikologi Jiwa Manusia

Page 19: Memahami gagasan ta`dib kepemudaan slide show

Psikologi Jiwa Manusia

Pada asalnya, manusia mengetahui Hakikat Tuhan dan kesatuan Mutlak-Nya (al-tawhid) sebagaimana yang disebut dalam al-Quran, surah al-A’raf (7), ayat 172 yang bermaksud:

“Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi." (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan).”

Ayat di atas merujuk kepada perjanjian (al-mithaq/ al-‘ahd) manusia dengan Tuhan semasa di alam roh. Manusia telah mengenali dan mengakui keadaan dan keesaan Tuhan lalu mengikat perjanjian yang menentukan tujuan, tindakan dan sikap mereka terhadap diri dan Tuhan. Ikatan perjanjian ini merupakan ikatan dan penentuan dalam agama (al-din) yang merupakan pengabdian sebenar (al-Islam). Tujuan kewujudan manusia adalah untuk mengenal Allah dan mengabdikan diri kepada-Nya dan tugasnya adalah untuk taat (ta’ah) kepada Tuhan sesuai dengan fitrah insaniahnya Al-Quran al-Karim, Surah al-Dzariyat (51) ayat 56, “Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.”

4. Punca Masalah Remaja Islam dan Psikologi Jiwa Manusia

Page 20: Memahami gagasan ta`dib kepemudaan slide show

Psikologi Jiwa Manusia

Walau bagaimanapun, manusia juga mempunyai masalah ‘lupa’ (nisyan). Menurut Abdullah Ibn Abbas, merujuk kepada surah Tha Ha (20), ayat 115: “Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan perintah itu), dan tidak Kami dapati padanya kemauan yang kuat”, perkataan insan terbit daripada kalimah nasiya kerana kata Ibn Abbas, manusia telah melakukan perjanjian dengan Tuhan tetapi mereka lupa (nasiya). Kelupaan merupakan penyebab keengkaran, dan kesan penderhakaan ini menjatuhkan manusia ke dalam kezaliman (zulm) dan kejahilan (jahl). Namun begitu, Tuhan telah melengkapkan manusia dengan akal dan wahyu yang mampu melorongkan mereka ke jalan yang benar. Untuk memilih kepada kebaikan (ikhtiyar), terserah kepada manusia itu sendiri

4. Punca Masalah Remaja Islam dan Psikologi Jiwa Manusia

Page 21: Memahami gagasan ta`dib kepemudaan slide show

Psikologi Jiwa Manusia

Jiwa manusia juga mengandungi beberapa ‘keadaan upaya’ (quwa) yang termanifestasi dalam hubungannya dengan aspek jasmani manusia.

‘Keadaan upaya’ tersebut ialah jenis-jenis jiwa iaitu :

(1) jiwa tumbuhan (al-nafs al-nabatiyah), (2) jiwa haiwan (al-nafs al-hayawaniyah),

dan (3) jiwa rasional (al-nafs al-natiqah).

4. Punca Masalah Remaja Islam dan Psikologi Jiwa Manusia

Page 22: Memahami gagasan ta`dib kepemudaan slide show

Psikologi Jiwa Manusia

1. Terdapat beberapa peringkat/ martabat (level/ stages) bagi jiwa manusia. Apabila manusia cenderung kepada jalan yang benar, ketenangan sebenar yang transenden (al-sakinah) akan hadir dan mereka akan berada dalam kebebasan dan ketenangan dalam ingatan kepada Tuhan. Keadaan jiwa seperti ini dinamakan keadaan jiwa yang tenang (al-nafs al-mutma’innah) dan merupakan peringkat tertinggi jiwa manusia.

2. Kadangkala, jiwa manusia bergelora dan berlawanan antara daya akliahnya dan daya kebinatangannya. Apabila jiwa berada dalam keadaan yang jahat, kemudian ia sedar lalu berusaha melawan kejahatan tersebut dan mengutuk kelakuannya. Keadaan jiwa seperti ini dinamakan al-nafs al-lawwamah iaitu jiwa yang mengutuk diri sendiri.

3. Manakala, keadaan jiwa yang terperangkap dalam kejahilan dan kejahatan dinamakan al-nafs al-amarah bi al-su`.

4. Punca Masalah Remaja Islam dan Psikologi Jiwa Manusia

Page 23: Memahami gagasan ta`dib kepemudaan slide show

Ta`dib Sebagai Pendidikan Remaja yang Bercitra Islami dan Komprehensif

Umat Muslim seharusnya memahami visi dan citra Islami sebagai tujuan utama pendidikan atas sebab prinsip-prinsip asas kehidupan terbit daripada al-Qur`an. Unsur-unsur utama sistem pendidikan Islam adalah berdasarkan beberapa kata kunci (key concepts) seperti

i. konsep agama (din); ii. konsep manusia (al-insan); iii. konsep ilmu pengetahuan (‘ilm and ma’rifah); iv. konsep kebijaksanaan (hikmah); v. konsep keadilan (‘adl); vi. konsep amal baik (‘amal or adab); vii. dan konsep universiti (kulliyah—jami’ah).

Kesemua elemen utama ini merupakan manifestasi ‘pandangan alam Islam’ yang terbit daripada wahyu dan telahpun dijelaskan sebelum ini.

Page 24: Memahami gagasan ta`dib kepemudaan slide show

Ta`dib Sebagai Pendidikan Remaja yang Bercitra Islami dan Komprehensif

Konsep Pendidikan Secara Umum‘suatu proses menerapkan/menyuntik sesuatu

terhadap manusia’ (a process of instilling something into human being).

‘suatu proses menerapkan/menyuntik’ (a process of instilling) - kaedah atau metodologi dan sistem penyaluran pendidikan (mekanisme).

‘sesuatu’ (something) - kandungan dan bahan yang ingin dimasukkan

manusia (human being) - penerima proses dan kandungan.

Page 25: Memahami gagasan ta`dib kepemudaan slide show

Ta`dib Sebagai Pendidikan Remaja yang Bercitra Islami dan Komprehensif

Rajah 2 salingkaitan antara unsur-unsur dalam pendidikan

Kandungan PenerimaKaedah

Page 26: Memahami gagasan ta`dib kepemudaan slide show

Ta`dib Sebagai Pendidikan Remaja yang Bercitra Islami dan Komprehensif

1. Persoalannya, bagaimana pendidikan sebagai proses penyaluran ilmu kepada manusia berlaku?

2. Apa kandungan ataupun ilmu yang diajarkan? 3. Apa tujuan pendidikan? 4. Apa hasil yang bakal dikecapi oleh penerima

kandungan melalui proses pendidikan itu? 5. Melihat suasana institusi pendidikan dewasa ini,

juga graduannya menimbulkan lebih banyak persoalan.

6. Apakah pendidikan hanya sebagai alat untuk mendapatkan profesyen yang baik?

7. Apakah matlamat institusi pendidikan yang sebenarnya, mendidik atau mengaut keuntungan? Realiti pendidikan hari ini

8. Pendidikan telah di’komoditi’kan, di’komersialisasi’kan dan di’politisasi’kan

Page 27: Memahami gagasan ta`dib kepemudaan slide show

Ta`dib Sebagai Pendidikan Remaja yang Bercitra Islami dan Komprehensif“Masalah yang kita hadapi sebenarnya bukan hanya kelesuan

IPT, tetapi dunia pendidikan keseluruhannya sedang ditimpa krisis. Sistem pendidikan di pelbagai rantau dunia ketika ini sedang dipersoalkan dari pelbagai sudut.  Ada yang mempersoalkannya dari segi biayanya yang terlalu tinggi melewati batas jangkauan majoriti rakyat. Akibat komersialisasi yang bermotif mengaut keuntungan, rakyat harus membayar mahal sedang kualitinya belum pasti.  Dengan ketiadaan biasiswa dan bantuan yang mencukupi biaya pendidikan terbeban sepenuhnya di bahu ibu-bapa. Untuk itu mereka yang kurang mampu akan terpaksa bergolok bergadai. Keadaan inilah yang meresahkan masyarakat.  Di Indonesia misalnya, telah terbit buku-buku dengan judul bernada protes seperti, “Pendidikan Yang Memiskinkan” dan “Orang Miskin Dilarang Sekolah”.   Andainya demokratisasi pendidikan mahu direalisasikan harus dipastikan semua lapisan rakyat dapat menikmati pendidikan berkualiti dengan kos yang terjangkau.  Kegagalan melaksanakan dasar ini akan mewujudkan keadaan survival of the richest, di mana pendidikan berkualiti menjadi monopoli segelintir kaum elit.”

Siddiq Fadzil, “KRISIS KEPENDIDIKAN MASA KINI: Cabaran Membina Generasi Berjiwa Merdeka”, Khairaummah.com, 26-10-06

Page 28: Memahami gagasan ta`dib kepemudaan slide show

Ta`dib Sebagai Pendidikan Remaja yang Bercitra Islami dan Komprehensif

Makna Pendidikan dalam Islam“pengenalan dan pengakuan, yang secara

progresif diterapkan kepada manusia, tentang kedudukan sebenar segala sesuatu menurut martabat kejadiannya, dengan itu membawa kepada pengenalan dan pengakuan tentang kedudukan/ martabat Tuhan menurut susunan kewujudan” (recognition and acknowledgement, progressively instilled into man, of the proper places of things in order of creation, such that it leads to the recognition and acknowledgement of the proper place of God in order of being and existence) – Al-Attas

Page 29: Memahami gagasan ta`dib kepemudaan slide show

Ta`dib Sebagai Pendidikan Remaja yang Bercitra Islami dan Komprehensif

Makna Pendidikan dalam Islam“pengenalan dan pengakuan, yang secara

progresif diterapkan kepada manusia, tentang kedudukan sebenar segala sesuatu menurut martabat kejadiannya, dengan itu membawa kepada pengenalan dan pengakuan tentang kedudukan/ martabat Tuhan menurut susunan kewujudan” (recognition and acknowledgement, progressively instilled into man, of the proper places of things in order of creation, such that it leads to the recognition and acknowledgement of the proper place of God in order of being and existence) – Al-Attas

Surah al-Nisa`, ayat 58 - amru / ahlu / hikmah / ’adlu

Page 30: Memahami gagasan ta`dib kepemudaan slide show

Ta`dib Sebagai Pendidikan Remaja yang Bercitra Islami dan Komprehensif

Ta`dib Sebagai Pendidikan

Ta`dib terbit daripada kata akar a-d-b yang juga menerbitkan perkataan adab. Perkataan adab atau perkataan yang terbit daripada kalimah adaba disebut dalam hadith Nabi Muhammad SAW.

Perkataan-perkataan ini membawa maksud ‘perangai’, ‘tingkah laku yang baik’, dan ‘latihan, menjinakkan atau suruhan berkelakuan baik’.

hadith nabi yang bermaksud, “Tuhanku telah mendidik aku, maka elok/ cemerlanglah pendidikanku” (addabani rabbi fa ahsana ta`dibi).

Page 31: Memahami gagasan ta`dib kepemudaan slide show

Ta`dib Sebagai Pendidikan Remaja yang Bercitra Islami dan Komprehensif

Adab al-Dars & Adab al-Nafs“sesungguhnya, kelakuan yang paling tinggi

dan sempurna, perbuatan yang paling baik dan cantik adalah adab dalam agama yang mana melaluinya orang-orang beriman mengikuti sifat ketuhanan dan tingkah laku para nabi dan rasul. Tuhan telah mengajarkan kita (addabani) dengan apa yang telah ditayang dan dijelaskan dalam al-Qur`an. Dia juga mengajarkan kita (addabani) dengan kehadiran pesuruh-Nya iaitu Nabi Muhammad SAW melalui hadith Baginda. Sebegitu juga, kita harus mengikuti jejak para sahabat dan pengikut mereka, juga mengikuti langkah orang-orang ahli adab (ahl al-adab) dalam kalangan mukmin”. -Al-Ghazali

Page 32: Memahami gagasan ta`dib kepemudaan slide show

Ta`dib Sebagai Pendidikan Remaja yang Bercitra Islami dan Komprehensif

1. perkataan ta`dib itu sendiri sudah merangkum dalam struktur konsepnya elemen-elemn seperti ilmu pengetahuan (‘ilm), pengajaran (ta’lim), and penjagaan yang baik (tarbiyah)

2. Ta`dib – Perbuatan memasukkan/menerapkan adab kepada manusia . Adab termanifestasi dalam kesemua unsur fundamental pendidikan iaitu ‘proses’, ‘kandungan’, dan ‘penerima’

Page 33: Memahami gagasan ta`dib kepemudaan slide show

Ta`dib Sebagai Pendidikan Remaja yang Bercitra Islami dan Komprehensif

Ta`dib & Adab(1) perbuatan mendisiplinkan jiwa dan minda,(2) pencarian kualiti dan sifat jiwa dan minda, (3) perilaku yang benar dan sesuai yang

berlawanan dengan perilaku salah dan buruk, (4) ilmu yang dapat menyelamatkan manusia, (5) pengenalan dan pengakuan kedudukan

sesuatu secara benar dan tepat, (6) suatu kaedah mengetahui yang

menghasilkan kedudukan sesuatu secara tepat dan benar,

(7) jelmaan keadilan (‘adl) sebagaimana ditonjolkan oleh kebijaksanaan (hikmah).

-Wan Daud

Page 34: Memahami gagasan ta`dib kepemudaan slide show

Ta`dib Sebagai Pendidikan Remaja yang Bercitra Islami dan Komprehensif

Konsep Ta`dib ini juga bukanlah satu teori yang bersifat utopia. Bukan juga suatu perbahasan ‘melangit’.

Konsep in telah teruji dan ‘dibumikan’ kerana sejarah manusia telah membuktikan kejayaannya. Ini dapat dilihat pada zaman Nabi Muhammad SAW dan para sahabat, pada zaman Tabi’in dan selepasnya, dan juga zaman kegemilangan tamadun dan peradaban Islam.

Justeru, ta`dib harus dibugar semula dalam kehidupan masyarakat Islam hari ini.

Page 35: Memahami gagasan ta`dib kepemudaan slide show

Tujuan Pendidikan

“Masalah yang kita hadapi sebenarnya bukan hanya kelesuan IPT, tetapi dunia pendidikan keseluruhannya sedang ditimpa krisis. Sistem pendidikan di pelbagai rantau dunia ketika ini sedang dipersoalkan dari pelbagai sudut.  Ada yang mempersoalkannya dari segi biayanya yang terlalu tinggi melewati batas jangkauan majoriti rakyat. Akibat komersialisasi yang bermotif mengaut keuntungan, rakyat harus membayar mahal sedang kualitinya belum pasti.  Dengan ketiadaan biasiswa dan bantuan yang mencukupi biaya pendidikan terbeban sepenuhnya di bahu ibu-bapa. Untuk itu mereka yang kurang mampu akan terpaksa bergolok bergadai. Keadaan inilah yang meresahkan masyarakat.  Di Indonesia misalnya, telah terbit buku-buku dengan judul bernada protes seperti, “Pendidikan Yang Memiskinkan” dan “Orang Miskin Dilarang Sekolah”.   Andainya demokratisasi pendidikan mahu direalisasikan harus dipastikan semua lapisan rakyat dapat menikmati pendidikan berkualiti dengan kos yang terjangkau.  Kegagalan melaksanakan dasar ini akan mewujudkan keadaan survival of the richest, di mana pendidikan berkualiti menjadi monopoli segelintir kaum elit.”

Siddiq Fadzil, “KRISIS KEPENDIDIKAN MASA KINI: Cabaran Membina Generasi Berjiwa Merdeka”, Khairaummah.com, 26-10-06

Page 36: Memahami gagasan ta`dib kepemudaan slide show

Tujuan Pendidikan

Good Man VS Good Citizen

Jika setiap individu dalam masyarakat itu baik, maka masyarakat itu juga akan menjadi baik.

Pada asalnya, ‘masyarakat’ tak punya jiwa, sedangkan individu dlm masyarakatlah yang mempunyai jiwa.

Jiwa-jiwa individu ini berpadu membentuk jiwa masyarakat.

Di hari akhirat kelak, hisab dilakukan kepada individu, bukan masyarakat.

Page 37: Memahami gagasan ta`dib kepemudaan slide show

Tujuan Pendidikan

Pengalaman Umat Islam – Selepas kejatuhan khilafah Uthmaniyah, secara ketara umat Islam menderita penyakit :

1. “inferiority complex”2. “al-fikr al-mayyit”3. “Identity crisis”

-kesemua di atas merupakan gejala “Loss of Adab”

Page 38: Memahami gagasan ta`dib kepemudaan slide show

Tujuan Pendidikan

Kemunduran umat Islam – Usaha reformasi yang merobohkan :

1. Dakwaan Islam agama jumud2. Dakwaan tradisi keilmuwan Islam tidak

maju & semasa3. Tersilau dengan kemajuan Barat4. Ukuran kemunduran umat – faktor sosio-

ekonomi Fokus kepada perkembangan idividu membuang

masa Individu sebagai alat menyuburkan produktiviti Pendidikan & latihan individu untuk keperluan

industri.

Page 39: Memahami gagasan ta`dib kepemudaan slide show

Tujuan Pendidikan

Tujuan pendidikan ialah untuk melahirkan rasa berTuhan (taqwa). Insan yg bertaqwa : Seseorang yang mentaati suruhan Tuhannya dan menjauhi larangan-Nya dan berguna kepada masyarakat

( al-Ghazali)

Al-Ghazali juga sangat prihatin terhadap pembentukan akhlak mulia (al-akhlaq al-karimah), pembugaran nilai-nilai mulia, dan usaha melenyapkan kejahilan

Page 40: Memahami gagasan ta`dib kepemudaan slide show

Tujuan Pendidikan“pendidikan seharusnya menumpukan kepada pertumbuhan seimbang peribadi keseluruhan manusia melalui latihan terhadap rohani (spirit), intelek (intellect, rational self), emosi (feeling) dan jasmani (bodily sense). Latihan yang diterapkan kepada Muslim perlu ditunjangi ‘Iman’ dalam setiap aspek peribadinya dan menciptakan ‘jalinan hubungan rohani-emosi’ (emotional attachment) kepada Islam dan membolehkannya mengikuti Qur`an dan Sunnah serta sistem nilai Islam secara sukarela (willingly & joyfully), agar dia mampu menyedari hakikat diri sebagai hamba dan khalifah yang diberi mandat oleh Allah ke atas dunia.”

Resolusi Persidangan Dunia tentang Pendidikan Islam kali Pertama, Mekah 1977

Page 41: Memahami gagasan ta`dib kepemudaan slide show

Tujuan PendidikanMaka, dapat dirumuskan tujuan pendidikan

dalam Islam adalah seperti berikut:

1. Fokus utama : Pembangunan individu2. Tema :

• Keagamaan/religiosity (insan bertakwa & berakhlak mulia) &

• Intelektualisme (meletakkan ilmu pengetahuan untuk berkhidmat kepada Tuhan).

Page 42: Memahami gagasan ta`dib kepemudaan slide show

Kesimpulan

Tamadun dan peradaban Barat sedang berkuasa dan mendominasi dunia pada waktu ini. Sifat budayanya yang memaksa masyarakat lain untuk menganut faham Barat berjalan melalui perlbagai kaedah termasuklah ‘globalisasi’. Berkali-kali ditegaskan, penulis tidak menderita penyakit xenophobia tetapi bersikap tegas terhadap anasir perosak ini. Jelas, remaja di Malaysia sudahpun merasai penderitaan penyakit berkaitan jiwa sehingga memaksa perlakuan yang sama sekali jauh daripada norma-norma ketimuran. Penyakit jiwa manusia ini telah mendorong pelbagai perilaku yang menyalahi norma kemanusiaan. Dua faktor utama masalah ini dikenal pasti, faktor dalam insan iaitu kehilangan adab dan ditambahburukkan oleh faktor luaran yakni cabaran kebudayaan Barat seperti globalisasi.

Page 43: Memahami gagasan ta`dib kepemudaan slide show

Kesimpulan

Hakikatnya, pandangan alam Islam adalah sama sekali berbeza dan bertentangan dengan pandangan hidup Barat yang ditonjolkan melalui globalisasi. Pandangan alam Islam adalah komprehensif dan integral dan menunjukkan manusia nilai-nilai Islam yang hakiki. Manakala pandangan hidup Barat bersifat rencam dan rancu sehingga menyebabkan masyarakat Barat hidup dalam penderitaan mencari makna diri. Psikologi jiwa manusia jelas menunjukkan hakikat kemanusiaan berdasarkan fitrah yang Tuhan ciptakan.

Page 44: Memahami gagasan ta`dib kepemudaan slide show

Kesimpulan

Hasil daripada sumber wahyu yang tulen dan terpelihara, intipati agama Islam tidak mengalami perubahan sebagaimana yang berlaku dalam agama-agama lain. Justeru, masyarakat Islam tidak sewajarnya terikut-ikut dan hanyut dibawa arus globalisasi dan semboyan perubahan dan kemajuan yang ditiup oleh Barat. Sebaliknya, sesuai dengan makna al-din yang antara lain membawa maksud ‘pengembalian kepada fitrah asal yang tunduk kepada Tuhan’, setiap tindakan dan pemikiran Muslim harus dilihat sebagai proses pengembalian diri (raj’) melalui penghambaan diri (‘ubudiyah) kepada Tuhan. Kedudukan Nabi Muhammad SAW sebagai contoh tauladan akhlaqiyah yang kekal dan berterusan kepada semua generasi umat Islam juga amat penting dalam menanggapi isu-isu yang dicanang oleh Barat seperti kebebasan, akhlak, krisis identiti, jurang generasi, perubahan dan kemajuan.

Page 45: Memahami gagasan ta`dib kepemudaan slide show

Kesimpulan

Konsep ta`dib sebagai pendidikan yang tulen sepatutnya diterap kembali dalam sistem pendidikan remaja. Hakikat pendidikan semasa telah berubah daripada fitrah pendidikan yang sebenarnya. Pendidikan hanya dilihat sebagai sarana mendapat pekerjaan, dengan pekerjaan yang baik dapat mengumpul harta benda keduniaan dan hidup akan bahagia. Sedangkan kebahagiaan sebenar hanya akan terbit daripada jiwa yang tenang (al-nafs al-mutma’innah).

Page 46: Memahami gagasan ta`dib kepemudaan slide show

Tamat Tapak 1

©Hak cipta terpelihara PKPIM 2010