kawalan pencemaran hingar slide show

25
KAWALAN PENCEMARAN HINGAR DISEDIAKAN DAN DIBENTANGKAN OLEH MOHAMAD FAISAL MOHAMAD SHAPIEE

Upload: engmohamad-faisal

Post on 23-Jun-2015

1.645 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kawalan Pencemaran Hingar Slide Show

KAWALAN PENCEMARAN HINGAR

DISEDIAKAN DAN DIBENTANGKAN OLEH

MOHAMAD FAISAL MOHAMAD SHAPIEE

Page 2: Kawalan Pencemaran Hingar Slide Show

Dilakukan melalui dua kaedah iaitu :

1. Pengawalan menerusi akta atau undang-undang2. pengawalan secara teknikal.

Page 3: Kawalan Pencemaran Hingar Slide Show

PENGAWALAN MENERUSI AKTA ATAU UNDANG-UNDANG

Di Malaysia, belum ada lagi usaha yang dilakukan melibatkan pembanterasan hingar yang berlebihan khususnya di dalam sektor pengangkutan dan perindustrian oleh agensi persendirian atau swasta, badan-badan bebas, individu dan sebagainya kecuali Jabatan Alam Sekitar.

Sebaliknya di negara maju, pelbagai bentuk peraturan dan undang-undang telah digubal dan dilaksanakan khususnya dalam pengawalan hingar.

Page 4: Kawalan Pencemaran Hingar Slide Show

AMERIKA SYARIKAT

Mempunyai tiga agensi utama telah dibentuk untuk menghasilkan peraturan kawalan bunyi di bawah akta Keselamatan Pekerja dan Kesihatan’ dan akta kawalan bunyi tahun 1972.

Page 5: Kawalan Pencemaran Hingar Slide Show

Tiga agensi terbabit ialah:

1. Jabatan Buruh2. Agensi Pengawalan Alam Sekitar’

(Environmental Protection Agency,EPA) - bertanggungjawab mengawal hingar alam

sekeliling bagi melindungi kesihatan dan kebajikan orang awam.

3. Jabatan Pengangkutan - bekerjasama dengan EPA dalam menubuhkan

peraturan pesawat udara.

Page 6: Kawalan Pencemaran Hingar Slide Show

Lain-lain agensi persekutuan di Amerika Syarikat yang terbabit dalam peraturan bunyi:

1. Jabatan Pertahanan (DOD)2. Jabatan Perumahan dan Kemajuan Bandar (HUD)3. Jabatan Dalaman4. Pengurusan PerkhidmatanAwam

Page 7: Kawalan Pencemaran Hingar Slide Show

BRITAIN

Undang-undang khusus yang pertama adalah Noise Abatement Act 1960 yang terletak di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan.

Ia melibatkan hingar kejiranan seperti industri, sukan, hiburan, pembinaan dan pemusnahan tapak.

Page 8: Kawalan Pencemaran Hingar Slide Show

Terdapat juga perundangan dalam mengawal hingar dari radio,penjaja, jalan raya, kapal terbang model, disko dan sebagainya yang terkandung dalam akta tersebut.

Bagaimanapun, akta ini telah dimansuhkan dengan adanya akta yang baru iaitu Control of Pollution Act 1974.

Page 9: Kawalan Pencemaran Hingar Slide Show

Bagi kenderaan bermotor pula, pendengaran kenderaan bermotor (pembinaan dan kegunaan) pertama kali dibuat pada tahun 1973 di bawah Road Traffic Act.

Ia mensyaratkan kenderaan hendaklah menggunakan penyenyap (silencer) dan melarang penggunaan hon antara jam 11.30 hingga 7.00 di samping menetapkan paras hingar bagi setiap kenderaan.

Page 10: Kawalan Pencemaran Hingar Slide Show

Manakala peraturan untuk mengurangkan hingar di dalam bangunan iaitu melalui The Noise Insulation Regulation 1973.

Di mana pihak berkuasa lebuh raya dikehendaki membayar kos pengasingan bunyi yang dihadapi oleh bangunan-bangunan akibat hingar lalu lintas.

Page 11: Kawalan Pencemaran Hingar Slide Show

MALAYSIA

Terdapat tujuh peraturan dan perundangan telah digubal bagi mengawal hingar dan telah berkuatkuasa sehingga ke hari ini.

Di antara peraturan tersebut adalah :1. Undang-Undang Kenderaan Lalulintas 19592. Akta Kilang dan Jentera 19673. Penal Code 19714. Akta Kualiti Alam Sekeliling 19745. Akta Penerbangan Tempatan 19766. Akta Kerajaan Tempatan 19767. Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling

(HingarKenderaan Motor, 1987)

Page 12: Kawalan Pencemaran Hingar Slide Show

UNDANG-UNDANG KENDERAAN LALULINTAS 1959

Menyatakan bahawa sesuatu kenderaan itu dimestikan dilengkapi dengan penyerap bunyi dan jika didapati pemandu atau pembawa kenderaan yang mengeluarkan bunyi bising akibat daripada kenderaan tersebut adalah diperuntukkan bahawa beliau akan didakwa.

Page 13: Kawalan Pencemaran Hingar Slide Show

AKTA KILANG DAN JENTERA 1967

Peraturan ini menetapkan majikan hendaklah memastikan tiada pekerjanya yang didedahkan kepada kesan bunyi melebihi 90 dBA lebih daripada 8 jam secara berterusan atau melebihi 115 dBA pada bila-bila masa.

Page 14: Kawalan Pencemaran Hingar Slide Show

PENAL CODE, 1971

Peruntukan yang menyatakan bahawa mana-mana individu yang menyebabkanpencemaran hingar boleh didakwa contohnya bagi punca hingar yang tidak bergerak seperti kilang atau jiran tetangga.

Page 15: Kawalan Pencemaran Hingar Slide Show

AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974

Selain daripada yang sudah diberi lesen, tiada sesiapa pun boleh mengeluarkan atau menyebabkan atau membenarkan terjadinya apa-apa hingar yang lebih kuat dari segi kekuatan bunyi, intensiti atau kuantitinya daripada syarat-syarat yang telah ditetapkan dan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM 5000 atau dipenjarakan bagi tempoh yang tidak melebihi satu tahun atau kedua-keduanya sekali.

Page 16: Kawalan Pencemaran Hingar Slide Show

AKTA PENERBANGAN TEMPATAN 1976

Orang awam atau penduduk di sekitar kawasan tersebut hanya boleh membuat aduan sekiranya pihak pengurusan di lapangan terbang terbabit menjalankan aktiviti dengan tidak mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

Page 17: Kawalan Pencemaran Hingar Slide Show

AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976

Berkait rapat dengan Enakmen Lembaga Bandaran yang mempunyai peruntukan untuk mendakwa pemilik premis awam atau persendirian yang menjadi punca terhadap pencemaran hingar.

Page 18: Kawalan Pencemaran Hingar Slide Show

PERATURAN-PERATURAN KUALITI ALAM SEKELILING (HINGAR KENDERAAN MOTOR,

1987)

Paras bunyi maksimum yang dibenarkan bagi beberapa kategori kenderaan dan paras bunyi maksimum yang dibenarkan dalam unit dBA mengikut piawai yang telah ditetapkan.

Page 19: Kawalan Pencemaran Hingar Slide Show

KAWALAN SECARA TEKNIKAL

Dilakukan dengan pelbagai cara seperti :1. Pengawalan punca atau sumber bunyi2. Reka bentuk jalan3. Pembinaan tembok penghadang4. Kawalan kepada penerima5. Tatatur bangunan6. Kawalan lalu lintas

Page 20: Kawalan Pencemaran Hingar Slide Show

PENGAWALAN PUNCA ATAU SUMBER BUNYI

Pengawalan pada peringkat punca bermaksud pengawalan yang dibuat pada sumber yang mengeluarkan hingar bising.

Antara sumber-sumber yang dikenal pasti iaitu kenderaan, aliran trafik, kilang-kilang perindustrian, kapal terbang dan aktiviti-aktiviti komuniti.

Page 21: Kawalan Pencemaran Hingar Slide Show

REKA BENTUK JALAN

Dilakukan semasa di peringkat perancangan yang meliputi semua kemudahan-kemudahan seperti hospital, sekolah, kediaman dan lain-lain lagi.

Dalam menangani masalah ini terdapat beberapa cara iaitu :

(i) Jalan raya tertanam dan ternaik(ii) Permukaan jalan

Page 22: Kawalan Pencemaran Hingar Slide Show

PEMBINAAN TEMBOK PENGHADANG

Penanaman pokok sebagai hadangan sebanyak 3 lapisan di tepi jalan dapat mengurangkan tahap bunyi di belakangnya kira-kira 20 dBA.

Selain itu, hadangan boleh terdiri daripada tembok bata, pagar, keluli, struktur tetulang tanah, tembok tanah dan lain-lain lagi.

Page 23: Kawalan Pencemaran Hingar Slide Show

KAWALAN KEPADA PENERIMA

Penerima boleh dilindungi daripada bunyi hingar yang kuat dengan membina penghadang bunyi kepada mesin-mesin yang mengeluarkan bunyi hingar.

Selain itu penggunaan penutup telinga di kilang-kilang pemotong kayu, lapangan terbang dan sebagainya dapat mengurangkan bunyi bising sehingga 40 dBA.

Page 24: Kawalan Pencemaran Hingar Slide Show

TATATUR BANGUNAN

Bangunan yang dibina sejajar atau selari dengan jalan raya akan menghadapi bunyi bising yang tinggi jika dibandingkan dengan bangunan yang dibina melintang atau berserenjang dengan sesebuah jalan.

Page 25: Kawalan Pencemaran Hingar Slide Show

KAWALAN LALU LINTAS

Dilaksanakan dengan mengasingkan laluan kenderaan berat yang mana akan menghasilkan bunyi yang lebih bising dengan kenderaan ringan.