perbezaan ejaan lama dan baru

19
Perbezaan Ejaan Lama dan Baru BAHASA, BUDAYA DAN MASYARAKAT SBLM 1043

Upload: hanim-zabidi

Post on 11-Jun-2015

1.010 views

Category:

Education


6 download

DESCRIPTION

Perbezaan Ejaan Lama dan Baru

TRANSCRIPT

Page 1: Perbezaan Ejaan Lama dan Baru

Perbezaan Ejaan Lama dan Baru

BAHASA, BUDAYA DAN MASYARAKATSBLM 1043

Page 2: Perbezaan Ejaan Lama dan Baru

Pengenalan

Sistem ejaan bahasa Melayu telah bermula pada tahun 1904 dan diisytiharkan penggunaannya secara rasmi pada 16 Ogos 1972. Sistem ejaan yang digunakan dalam tulisan Melayu berhuruf Arab yang dikenali juga sebagai ejaan Jawi. Tulisan Jawi digunakan oleh orang Melayu sejak orang Melayu memeluk agama Islam.

Orang Arab menggelar orang Melayu sebagai Jawah atau Jawi. Hal ini disebabkan pada zaman dahulu, daerah Asia Tenggara terkenal sebagai Javadwipa.

Di Malaysia, sistem ejaan Jawi bukanlah sistem tulisan rasmi tetapi diajar sebagai satu subjek dalam pengajaran di sekolah manakala di Indonesia pula, sistem ini hanya dikenali oleh para pengkaji naskhah Melayu lama.

Page 3: Perbezaan Ejaan Lama dan Baru

Sebelum Bahasa Melayu menerima mana-mana pengaruh, bahasa itu sudah mempunyai sistem tulisannya yang tersendiri walaupun tidaklah begitu sempurna. Malaysia pula mempunyai gaya ejaannya yang tersendiri. Kepada para pembaca yang telah menerima pendidikan ejaan baku, ejaan lama ini adalah ganjil dan tidak mempunyai sistem yang seragam.

Di Malaysia terdapat perancangan bahasa yang tersendiri. Salah satu perkara yang termasuk dalam perancangan bahasa ialah perbandingan di antara ejaan lama dengan ejaan baru. Ejaan lama ini akan menjadi siulan daripada ramai pihak manakala ejaan baru ini terdapat penyusunan ejaan yang menjadi ikutan oleh penduduk di Malaysia pada abad sekarang.

Page 4: Perbezaan Ejaan Lama dan Baru

.

Perbezaan antara Ejaan Lama dan

Baru

Page 5: Perbezaan Ejaan Lama dan Baru

4.1 Grafem

Penggunaan huruf e pepet atau dikenali juga sebagai huruf e bertanda di atas dalam ejaan lama (ejaan

Rumi Za’ba). Tanda diakritik di atas e pepet (é) tidak digunakan lagi dalam ejaan Rumi sekarang. Contoh

penggunaannya ialah:

Ejaan Lama Ejaan Sekarang

émak jadi emak

kéledek " keledek

méntéri " menteri

témpoh " tempuh

Page 6: Perbezaan Ejaan Lama dan Baru

4.2 Penggunaan Huruf Konsonan

Terdapat juga perbezaan dari segi penggunaan huruf konsonan. Perubahan lima huruf

konsonan, iaitu:Huruf Lama

Huruf Sekarang

Contoh Penggunaan

(i) ch c chacat jadi cacat

chuchi " cuci

(ii) dh d kadhi " kadi

dharab " darab

(iii) dz z dzalim " zalim

dzat " zat

(iv) sh sy sharat " syarat

mashhor " masyhur

(v) th s mithal " misal

ithnin " isnin

Page 7: Perbezaan Ejaan Lama dan Baru

4.3 Pola Ejaan

Perbezaan lain yang terdapat dalam ejaan rumi lama dan ejaan rumi baru

ialah dari aspek pola ejaan. Dasar mengenai perubahan ini menetapkan

supaya digunakan huruf vokal i atau u di suku kata akhir tertutup sekiranya

digunakan huruf vokal a, e pepet, i atau u di suku kata praakhir.

Page 8: Perbezaan Ejaan Lama dan Baru

Ejaan Rumi Lama Ejaan Rumi Baru

Pola Ejaan Contoh Pola Ejaan Contoh

(1) a --- e taling aleh a --- i alih

(2) a --- o batok a --- u batuk

(3) e pepet ---e taling lébeh e --- i lebih

(4) e pepet --- o témpoh e --- u tempuh

(5) i --- e taling pileh i --- i pilih

(6) i --- o tidor i --- u tidur

(7) u --- e taling usek u --- i usik

(8) u --- o untong u --- u untung

Page 9: Perbezaan Ejaan Lama dan Baru

4.4 Penulisan Imbuhan

Aturan penulisan imbuhan yang berubah daripada kaedah ejaan rumi lama (sebelum tahun 1972) kepada ejaan rumi sekarang adalah seperti berikut:

Tanda sempang – pada awalan di dalam ejaan lama digugurkan dan awalan itu ditulis serangkai dengan kata dasar atau bentuk dasar yang ada selepasnya dalam ejaan sekarang.

Contohnya:Ejaan Lama Ejaan Sekarang

di-makan dimakan

di-pandang dipandang

di-pérkatakan diperkatakan

di-sélideki diselidiki

Page 10: Perbezaan Ejaan Lama dan Baru

Tanda sempang (-) pada awalan sa- dalam ejaan lama digugurkan dan awalan itu digugurkan dan awalan itu dieja se dan ditulis serangkai dengan kata dasar atau bentuk dasar yang ada selepasnya dalam ejaan sekarang. Contohnya:

Ejaan Lama Ejaan Sekarang

sa-bagaimana sebagaimana

sa-bélas sebelas

sa-orang seorang

sa-saorang seseorang

sa-umpama-nya seumpamanya

Page 11: Perbezaan Ejaan Lama dan Baru

4.5 Penulisan partikel

Ada empat jenis partikel dalam bahsa Melayu sekarang, iaitu –lah, -kah, -tah dan pun. Partikel –lah, -

kah, dan –tah yang menggunakan tanda sempang dalam ejaan Rumi lama ditulis serangkai dengan kata dasar atau bentuk dasar yang ada di depannya, tanpa

tanda sempang, dalam ejaan Rumi sekarang. Contohnya:

Ejaan Lama Ejaan Sekarang

ada-lah adalah

tolong-lah tolonglah

apa-kah apakah

kenapa-kah kenapakah

bila-tah bilatah

Page 12: Perbezaan Ejaan Lama dan Baru

4.6 Penulisan Kata Ulang

Kata ulang (atau kata ganda) dalam sistem ejaan Rumi bahasa Melayu sekarang yang ditulis sepenuhnya dengan menggunakan tanda sempang (-) yang dibubuh di bahagian kata yang diulang. Angka dua (2) yang digunakan sebagai tanda ulangan dalam ejaan Rumi lama dihapuskan dalam ejaan Rumi sekarang. Kata ulang yang ditulis dengan menggunakan tanda sempang termasuklah kata ulang semu, kata ulang jamak, kata ulang berentak dan kata ulang berimbuhan. Contoh kata ulang yang sebelum ini menggunakan angka dua dan telah digantikan dengan tanda sempang:

Page 13: Perbezaan Ejaan Lama dan Baru

ber-ulang2 berulang-ulang

di-paksa2kan dipaksa-paksakan

di-marah2i dimarah-marahi

Page 14: Perbezaan Ejaan Lama dan Baru

Kami telah mengkaji dua buah cerpen yang

mempunyai perkataan-perkatan yang terbaru. Kami

membandingkan ejaan yang terkini dengan ejaan lama.

Setiap perkataan mempunyai ejaan yang berbeza tetapi

mempunyai maksud dan pengertian yang sama.

Cerpen yang dikaji ialah Rimbaku Airmataku dan

Hikayat Cabe Rawit.

Hasil Kajian

Page 15: Perbezaan Ejaan Lama dan Baru

1) Penulisan Kata UlangBer-bual2 ----> Berbual-bualTer-pinga2 ------> Terpinga-pinga

2) Penulisan ImbuhanSa-lamanya -----> SelamanyaSa-sekali-----> Sesekali

3) Penggunaan huruf konsonanChukup -----> Cukup

Rimbaku, Air Mataku

Page 16: Perbezaan Ejaan Lama dan Baru

4) Pola EjaanTidor ------> Tidur

5) GrafemPe’tir -----> Petir

6) Penulisan PartikelIni-lah ------> InilahBegitu-lah -----> Begitulah

Page 17: Perbezaan Ejaan Lama dan Baru

1) Al-kisah -------> Alkisah2) Suami-isteri ----> Suami Isteri3) Dikaruniai -----> Dikurniai4) Sholat ------> Solat5) Bagian ------> Bahagian6) Karena -----> Kerana7) Sekali-gus ----> Sekaligus8) Uang ----> Wang9) Berobat ----> Berubat10) Fisik -----> Fizik

Hikayat Cabe Rawit

Page 18: Perbezaan Ejaan Lama dan Baru

11) Khawatir -----> Khuatir12) Kesehatan ------> Kesihatan13) Yaitu ------> Iaitu14) Berpikir -----> Berfikir15) Hewan ------> Haiwan

Page 19: Perbezaan Ejaan Lama dan Baru