meeting sains 1 2015

Upload: nor-huda

Post on 01-Mar-2016

227 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

contoh minit mesyuarat

TRANSCRIPT

SMK Banang JayaKM 8, Jalan Tanjong Laboh83000 Batu Pahat

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3SMK BANANG JAYA, BATU PAHAT

MINIT MESYUARAT PANATIA SAINS BIL. 1 TAHUN 2015

Tarikh: 31 Disember 2014

Masa: 9.00 pagi

Tempat: MAKMAL BIOLOGI 1

Pengerusi: Cik Farah Aida Binti Sanip (Ketua Panatia Sains)

Kehadiran:8 orang ( Rujuk lampiran)

1PERUTUSAN PENGERUSI1.1. Ucapan alu-aluan daripada pengerusi kepada semua guru yang hadir. Puan pengerusi mengucapkan selamat datang kepada guru sains.

2MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS2.1. Pn. Norshahida mencadangkan pengesahan minit mesyuarat yang lepas dan disokong oleh Encik Syahrul.

3PERKARA BERBANGKIT:3.1. Tiada.

4

HAL- HAL LAIN:4.1 Perancangan pelaksanaan aktiviti tahunan panatia.Cik Farah Aida membentangkan perancangan pelaksanaan aktiviti tahunan panatia dimana ia berfokus kepada keperluan utama panatia. Antara matlamat aktiviti ini adalah untuk meningkatkan peratus lulus pelajar dalam subjek Sains. Tindakan :Makluman

4.1.1 Headcount dan Peratus lulusCik Farah Aida berharap pelajar meningkatkan peratus lulus individu dalam setiap ujian yang dijalankan berbanding ujian lepas mereka. Puan pengerusi juga berharap 40 peratus pelajar yang terlibat dengan PBS mendapat Band 4. Selain itu, puan pengerusi berharap 40 peratus pelajar yang menjalani peperiksaan PT3 dan SPM 2015 mendapat gred A. Puan pengerusi mensasarkan 90 peratus pelajar lulus peperiksaan PT3 dan 100 pelajar peratus lulus peperiksaan SPM 2015. Tindakan :Semua guru Sains

4.2 Pelan taktikalPuan pengerusi merancang beberapa stategi dan pelan taktikal bagi memastikan headcount dan peratus lulus pelajar berjaya.

4.2.1 Pembudayaan KBATCik Farah Aida berharap semua guru menerapkan budaya iThink dalam diri pelajar kerana ia merupakan salah satu kaedah pengajaran KBAT. Sehubungan dengan itu, puan pengerusi meminta semua guru menyediakan alat bantu mengajar untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Cik Eng Yu Moi memaklumkan kepada Puan pengerusi program tersebut boleh diterapkan selaras dengan pembelajaran abad ke-21.

Tindakan :Ketua panatia Sains

4.2.2 Minggu Sains dan MatematikCik Farah Aida memaklumkan beliau akan mewujudkan minggu Sains dan Matematik peringkat sekolah. Puan pengerusi merancang untuk melaksanakan karnival ini pada bulan April. Puan pengerusi mencadangkan beberapa program yang boleh dilaksanakan sepanjang karnival ini berlangsung. Perincian pelaksanaan program ini akan dibincangkan pada mesyuarat berikutnya.Tindakan :Ketua panatia Sains

4.2.3 Kelas Tambahan PerkasaCik Farah Aida memaklumkan kelas tambahan akan diteruskan selaras dengan perancangan sekolah dengan jenama kelas tambahan perkasa. Semua pelajar dari setiap tingkatan terlibat dengan program ini. Puan pengerusi akan mebuat jadual penggiliran penglibatan pelajar dalam program ini. Tindakan :Ketua panatia Sains

4.2.4 Teknik menjawab soalan Cik Farah Aida memaklumkan akan meneruskan program teknik menjawab soalan dan menggunakan perkhidmatan luar. Puan pengerusi berharap penceramah yang dipanggil merupakan penceramah yang mahir dalam teknik menjawap soalan aras KBAT. Puan pengerusi juga berharap program ini ditaja sepenuhnya oleh PIBG. Antara program yang bernaung dibawah program teknik menjawap soalan adalah program angkasawan, program bintang, program straight A bagi meningkatkan peratus lulus.Tindakan :Makluman

4.3 Anggaran belanja Kewangan Sains4.3.1 Pembelian peralatan sainsCik Farah Aida memaklumkan sebahagian duit panatia akan digunakan untuk perbelanjaan alat tulis untuk program pembudayaan i-Think. Puan pengerusi berharap barang-barang tersebut dijaga dengan baik dan disimpan dengan rapi. Puan Juliana memaklumkan proses dan senarai semak untuk permohonan alatan berikut. Selain itu, anggaran perbelanjaan kewangan boleh dilahat melalui edaran yang telah diberi.Tindakan :Makluman

4.4 Cik Farah Aida mengingatkan guru yang mengajar kelas menengah rendah sentiasa merujuk kepada PPPM dan menyatakan bahan pentaksiran sekolah panatia adalah buku latihan. Namun begitu, puan pengerusi meminta guru-guru menyediakan satu modul yang berfokuskan kepada KBAT dan mempunyai iThink. Puan Juliana memaklumkan laman web yang menyediakan soalan KBAT.

Tindakan :Makluman

4.5 Puan pengerusi memaklumkan guru untuk merujuk takwim sekolah bagi penulisan dan penghantaran buku rekod mengajar. Tindakan :Makluman

4.6 Puan pengerusi meminta kerjasama guru dalam penyusunan panel penggubal soalan dan penggiliran penggubal soalan. Puan pengerusi meminta guru berbincang dengan rakan akan pengiliran penggubalan soalan. Tindakan :Makluman

4.7 Puan pengerusi meminta guru merujuk kepada takwim tarikh penyemakan dan pencerapan buku latihan. Buku yang akan dihantar kepada pegawai pencerap adalah buku latihan PBS, buku nota dan buku amali.Tindakan :Makluman

4.8 Puan pengerusi bercadang mewujudkan bilik untuk pengumpulan bahan kitar semula. Objektif kewujudan program ini adalah membudayakan proses pengasingan bahan kitar semula. Selain itu, program kitar semula akan dijadikan sebagai salah satu aktiviti tahunan panatia dibawah nama program hijau. Hasil penjualan bahan kitar semula akan disalurkan kepada projek Taman Sains. Tindakan :Ketua panatia Sains

PENANGGUHAN Mesyuarat di tangguhkan pada pukul 11.00 pagi.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

........................................ ...............................(NOR HUDA BINTI MOHAMAD ALI) (CIK FARAH AIDA BINTI SANIP)( Setiausaha)(KP SAINS)

Tarikh : 08 Januari 2015Tarikh : 08 Januari 2015Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor| 1 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00