media sosial - ukm.my · boleh mengaplikasikan media sosial dalam memperkasakan perkhidmatannya...

25
MEDIA SOSIAL DI PERPUSTAKAAN UKM Penggunaan MEDIA SOSIAL Perpustakaan University of Liverpool KIK UKM Mekar di Persada Kebangsaan Role of Librarian in Managing Research Information Karnival Maklumat Perpustakaan UKM www.ukm.my/library BIL. 14 I ISSN 2232-0555 I 2014

Upload: hoangtuyen

Post on 25-Mar-2019

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MEDIA SOSIAL - ukm.my · boleh mengaplikasikan media sosial dalam memperkasakan perkhidmatannya kepada pelanggan. Di antara media sosial yang digemari oleh generasi kini adalah facebook,

MEDIA SOSIALDI PERPUSTAKAAN UKM

PenggunaanMEDIA SOSIALPerpustakaan University of Liverpool

KIK UKMMekar di Persada

Kebangsaan

Role of Librarian in Managing Research

Information

Karnival Maklumat Perpustakaan

UKM

www.ukm.my/library

BIL. 14 I ISSN 2232-0555 I 2014

Page 2: MEDIA SOSIAL - ukm.my · boleh mengaplikasikan media sosial dalam memperkasakan perkhidmatannya kepada pelanggan. Di antara media sosial yang digemari oleh generasi kini adalah facebook,

32

Syukur Alhamdulillah INSPIRASI kembali menemui kita semua. Syabas dan tahniah kepada sidang redaksi yang telah berjaya memaparkan pelbagai isu

menarik dalam keluaran kali ini.

Hafsah MohdKetua Pustakawan UKM

kandungan

INSPIRASI KETUA EDITOR

INSPIRASI KETUA PUSTAKAWAN UKM

Sekian, wassalam.

Bagi keluaran kali ini, sidang redaksi telah memilih media sosial di perpustakaan sebagai tema. Media sosial terlalu cepat berkembang dan digunakan oleh semua peringkat umur manusia. Perpustakaan sama ada di dalam dan luar negara menjadi media sosial sebagai alat penghubung dengan pelanggan mereka. Sehubungan dengan ini artikel mengenai media sosial di Perpustakaan UKM telah ditulis oleh Encik Md Hafiz Zulkifli manakala Encik Harith Faruqi Sidek telah mengarang artikel mengenai penggunaan media sosial di Perpustakaan University of Liverpool.

Salam bahagia.

Rohaya UmarKetua Editor

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang. Dengan izinNya kita dapat bertemu kembali di Berita Perpustakaan : Inspirasi bilangan 14. Sempena

tahun baru ini, sidang editor ingin mengucap Selamat Tahun Baru 2015 kepada semua warga Perpustakaan UKM khususnya dan warga UKM amnya. Semoga tahun ini memberi semangat kepada kita untuk bekerja dengan lebih tekun dan sukses.

Diharap juga semoga tahun 2015 lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Bunga seroja di atas paraJatuh ditimpa buah berangan

Andai kata tersilap bicaraKemaafan jua kami pohonkan.

Pada tahun 2014 beberapa aktiviti besar telah dianjurkan oleh Perpustakaan UKM seperti Karnival Maklumat, Kayuhan Amal, VTLS User Seminar, Penyerahan Koleksi Sumbangan YM Tengku Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Rithauddeen bin Tengku Ismail dan pelancaran Surau Perpustakaan Tun Seri Lanang.Semua berita aktiviti ini dimuatkan dalam Inspirasi.

Warga perpustakaan juga ramai menghadiri kursus, bengkel dan seminar anjuran pihak luar. Selain itu beberapa unit dan cabang perpustakaan telah menganjur lawatan penandaarasan ke beberapa perpustakaan untuk mendapatkan “best practice”. Semua pengalaman dan ilmu baru ini dikongsi dalam bentuk penulisan kepada warga perpustakaan.

KIK Perpustakaan UKM juga telah banyak melalui proses penambahbaikan terutamanya dari segi persembahan dan penyediaan dokumen. KIK Save telah muncul sebagai johan kategori teknikal dalam Konvensyen KIK SeMalaysia 2014. Setinggi-tinggi tahniah kepada fasilitator dan ahli KIK Save yang telah berjaya mengharumkan nama Perpustakaan UKM. Tahniah dan syabas juga kepada KIK Mikromedia yang telah berjaya masuk ke peringkat akhir Konvensyen KIK peringkat UKM. Diharap kejayaan ini dapat membakar semangat KIK yang lain dalam meneruskan projek yang sedang dijalankan.

Akhir kata sama-samalah kita berusaha melaksanakan semua tugasan sebaik mungkin dengan penuh keikhlasan. InsyaAllah segala ibadah yang dilakukan akan mendapat ganjaran yang tinggi dari Allah swt. semoga Perpustakaan UKM terus cemerlang dalam memberikan perkhidmatan kepada semua pelanggan.

Tema utama Insipirasi kali ini adalah berkaitan media sosial. Persoalannya adalah bagaimana perpustakaan boleh mengaplikasikan media sosial dalam memperkasakan perkhidmatannya kepada pelanggan. Di antara media sosial yang digemari oleh generasi kini adalah facebook, twitter, blog dan instagram. Di perpustakaan media sosial digunakan untuk tujuan pengumpulan, perkongsian dan penyebaran maklumat serta sebagai satu alat berkomunikasi dengan pelanggan.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang tahun 2014. Di antaranya ialah Karnival Maklumat, Kayuhan Amal, Penyerahan Koleksi Sumbangan YM Tengku Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Rithauddeen bin Tengku Ismail dan pelancaran Surau Perpustakaan Tun Seri Lanang.

Perpustakaan UKM juga telah menjadi tuan rumah bagi VTLS User Group 2014. Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua warga perpustakaan yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Saya yakin banyak pengalaman berharga yang diperolehi dan boleh digunapakai untuk menjayakan program seumpamanya di masa akan datang.

PENGURUSAN PERPUSTAKAAN

Hafsah Mohd Ketua PustakawanRosnah Suliman Ketua Pembangunan SumberRosnah Yusof Ketua Pengurusan PerkhidmatanWan Suhaimi Ariffin Ketua Perpustakaan Pusat Perubatan UKMRohaya Umar Ketua Perpustakaan Dr. Abdul LatiffLela Ruzma Mohd Shaari Ketua Perpustakaan Alam & Tamadun MelayuAnna Kustyana MukandarKetua Perpustakaan Undang-UndangZaidah Sulaiman Ketua Perpustakaan Lingkungan KeduaHarith Faruqi Sidek Ketua Perpustakaan Pra-Klinikal

RencanaMedia Sosial di Perpustakaan UKMTinjauan Ringkas Penggunaan Media Sosial oleh Perpustakaan University of Liverpool

Artikel PilihanPuan Rahmah Pilus - 41 tahun bersama Perpustakaan UKM

Mentor Coaching 2014 : 7 Nic Diperkenalkan KIK UKM Mekar Di Persada Kebangsaan Pembentangan Inovasi Bahagian Pengurusan Perkhidmatan PTSL

Lawatan PenandaarasanPusat Sumber Penyiaran, Jabatan Penyiaran Malaysia Perpustakaan Universiti Malaysia Pusat Sumber dan Fotografi, Jabatan Penerangan Malaysia Petronas Petroleum Resource Centre (PRC)

Muzium Diraja TUDM Kuala Lumpur

Pustaka Yayasan Kepimpinan Perdana Perpustakaan IMR

Perpustakaan Pergigian Universiti Malaya

Aktiviti PerpustakaanKarnival Maklumat Perpustakaan

QIT Perkhidmatan Sumbang Bakti di Tasik Chini

Perpustakaan UKM : 7th VTLS User Seminar Hari Terbuka FPI

Cabaran Jejak Maklumat @ Koleksi Islam, PTSL

Kayuhan Amal @ PTSL

Pelancaran Surau Tun Seri Lanang

Hari Bersama Pelanggan Perpustakaan UKM

Aktiviti Kelab Kebajikan Warga Perpustakaan (KKWP) Berita Kakitangan

Bengkel / Seminar / KursusSeminar Inovasi, Integriti dan Strategi Lautan Biru Sektor Awam Chief Librarian Talk Series II International Digital Library Conference Bengkel Role of Librarian in Managing Research Information Persidangan Antarabangsa Manuskrip Melayu Bengkel Pemeliharaan dan Penjilidan Bahan Kursus Promosi Perkhidmatan Perpustakaan

Kursus Asas Pembantu Perpustakaan Bidang Perubatan

PromosiiQuest : Innovative Query System

IFLA World Library Information Congress,Lyon, Perancis

Acland’s Video Atlas of Human Anatomy

Perpustakaan CabangModen dan Ceria : Identiti Perpustakaan Lingkungan Kedua Program Jom Ziarah Perpustakaan ATMA @ PKAYDEM

Perpustakaan PPUKM Anjur Program Transformasi Perpustakaan Koleksi Sumbangan YM Tengku Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Rithauddeen bin Tengku Ismail

Kakitangan PDAL Bersara

45

1419233236384344

91213162122294445

942

8102426

18202128283033343746

3539414243

Sidang Editor INSPIRASI amat mengalu-alukan sumbangan artikel, berita atau rencana mengenai

pengurusan maklumat dan keilmuan. Sila hantar berita atau artikel kepada :

Editor / Setiausaha INSPIRASIPerpustakaan Tun Seri Lanang,

43600 UKM Bangi, Selangor Darul EhsanEmel : [email protected] / [email protected]

SIDANG INSPIRASI

KETUA EDITORRohaya Umar

PEREKA BENTUKSiti Wahida Amanullah

SIDANG EDITOR

Unit Koleksi Media,Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia

FOTOGRAFI

PERCETAKANPenerbit UKM

Noor Farhana Mohd SalehNorliah SukarnoNorbaizura Haji MalekAzlan Mohamad HamzahMohd Syamrooz Kamal Mhd RedzaMohd Rajak Telimik

Page 3: MEDIA SOSIAL - ukm.my · boleh mengaplikasikan media sosial dalam memperkasakan perkhidmatannya kepada pelanggan. Di antara media sosial yang digemari oleh generasi kini adalah facebook,

54

Terdapat berbagai aplikasi media sosial yang digunakan pada masa kini. Antara aplikasi popular yang digunakan oleh Perpustakaan UKM ialah Facebook, Twitter, Blog, Youtube, RSS dan Wikipedia. Sejarah perkhidmatan media sosial di Perpustakaan UKM bermula pada tahun 2009 apabila laman web Perpustakaan Tun Seri Lanang ditransformasikan kepada laman web yang berkonsepkan 2.0 dengan menggunakan CMS Joomla. Justeru itu media sosial diperlukan bagi menyokong perlaksanaan konsep ini. Bermula dari titik tolak itu perpustakan telah mewujudkan akaun Facebook, Twitter dan diikuti dengan Youtube. Sehingga kini jumlah pengikut akaun Facebook perpustakaan ialah seramai 2,032 orang, manakala Twitter pula seramai 558 orang. Terdapat juga perpustakaan cabang dan unit di Perpustakaan Tun Seri Lanang yang mewujudkan laman blog sendiri bagi menyebarkan maklumat berkaitan perkhidmatan seperti Perpustakaan Pusat Perubatan UKM, Perpustakaan Dr. Abdul Latiff, Unit Koleksi Media dan Unit Koleksi Arab dan Tamadun Islam.

Perpustakaan UKM menawarkan perkhidmatan media sosial bukan sahaja kerana mengikut trend dan perkembangan teknologi semasa, namun ianya juga merupakan salah satu nilai tambah ke atas perkhidmatan sedia ada. Media sosial telah dijadikan sebagai salah satu platform untuk membina hubungan dan berkomunikasi dengan pelanggan sedia ada dan juga menarik pelanggan baru.

Berbagai maklumat dapat disampaikan kepada pelanggan dengan pantas dan mudah seperti pengumuman terkini, pembukaan atau penutupan perpustakaan, mempromosikan koleksi terkini, perkhidmatan yang ditawarkan dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Selain itu media sosial juga dapat membantu perpustakaan dalam mengumpul data dan maklumat berkenaan permasalahan yang dihadapi oleh pelanggan apabila mereka membuat sesuatu komen atau pertanyaan. Justeru itu mutu perkhidmatan perpustakaan dapat diperbaiki dan dipertingkatkan.

Kaplan dan Haenlein (2010) mendefinasikan media sosial sebagai “a group of Internet-based applications that build

on the ideological and technological foundations of Web 2.0, and that allow the creation and exchange of user-generated content.”

MEDIA SOSIAL

“Sejak diperkenalkan pada tahun 2004 hingga suku

tahun ketiga 2014, Facebook telah mempunyai purata 864 juta pengguna harian yang

aktif.”

Harith Faruqi SidekPerpustakaan Pra-Klinikal

[email protected]

oleh PERPUSTAKAAN UNIVERSITY OF LIVERPOOL

Dewasa ini aplikasi sosial media boleh diumpamakan seperti pemudahcara yang menjadi wadah komunikasi di antara

institusi perpustakaan dengan pelanggannya. Sehubungan dengan itu, aplikasi media sosial ini bukanlah sesuatu yang asing bagi institusi perpustakaan, justeru kajian Library Journal pada 2012 boleh dijadikan sebagai sandaran. Kajian Library Journal berkaitan kaedah dan amalan terbaik dalam pemasaran perkhidmatan perpustakaan mendapati 86 peratus daripada 471 buah perpustakaan awam yang menjadi responden mengakui menjadikan aplikasi media sosial sebagai platform. Menurut Nancy Down, 99% perpustakaan memiliki akaun Facebook rasmi, sementara 56% menggunakan saluran twitter. Sementara itu, kajian tahun 2012 oleh penyelidik dari Fakulti Pendidikan, Universiti Hong Kong berkaitan penggunaan laman sosial oleh perpustakaan bagi tujuan perhubungan dengan pelanggan turut menghasilkan dapatan yang hampir sama, laman Facebook menjadi pilihan utama dan diikuti oleh Twitter.

Satu kajian oleh Catherine Johnson dan Natalie Burclaf pada 2011 pula mendapati 94% dari 170 perpustakaan akademik yang menjadi responden mereka mempunyai sekurang-kurangnya satu alat sosial media rasmi dengan Facebook, Twitter dan Youtube menjadi pilihan utama. Menurut Smith, Aaron, Lee Rainie, dan Kathryn Zickuhr, berdasarkan kajian yang mereka lakukan pada 2010, 92% dari 9,769 responden yang terdiri dari mahasiswa merupakan pengguna media sosial.

Komunikasi TradisionalSebelum era media sosial, perpustakaan dan pelanggannya berkomunikasi melalui saluran tradisional seperti surat, akhbar dan bersemuka secara personal. Namun kaedah tradisional ini mempunyai kelemahan dan batasan yang menyumbang kepada kelewatan maklum balas dan tindak balas dari pelanggan mahupun perpustakaan. Sebagai contoh aduan atau isu yang diajukan melalui akhbar memakan masa sebelum disiarkan, maklum balas dari pihak perpustakaan juga akan mengambil masa. Perkembangan teknologi maklumat melihatkan sistem komputer mula diperkenalkan di perpustakaan sekitar tahun 90an, ianya diikuti dengan internet yang melahirkan sistem perhubungan melalui emel dan laman web. Namun impaknya tidak dapat menandingi media sosial.

Tinjauan ringkas penggunaanMEDIA SOSIALdi Perpustakaan UKM

Media sosial merupakan salah satu teknologi perhubungan yang digunakan oleh hampir ke semua penduduk dunia. Trend ini bergerak seiring dengan

perkembangan teknologi terkini. Kebanjiran gajet seperti telefon pintar, tablet dan lain-lain menjadi penyumbang utama kepada tercetusnya fenomena media sosial.

Antara cabaran dalam menguruskan media sosial ini ialah untuk sentiasa konsisten dalam memgemaskini maklumat dan memberi maklum balas kepada setiap pertanyaan dengan segera serta memberi maklumat yang tepat. Komitmen dan kepakaran untuk menjawab setiap soalan sangat penting bagi memenuhi kehendak pelanggan. Selain itu dikuatiri juga perkhidmatan media sosial ini akan dijadikan platform untuk melepaskan kemarahan dan penyebaran maklumat palsu. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku pentadbir laman berperanan dalam memantau setiap aktiviti laman dan memastikan maklumat serta kandungan media sosial sentiasa tepat, terkini dan sesuai dengan perkhidmatan perpustakaan.

Pada hari ini media sosial di Perpustakaan UKM telah menjadi salah satu perkhidmatan yang penting bagi menyebarkan maklumat terkini dan sebagai platform kepada pengguna bagi menyalurkan pendapat, pertanyaan dan sebarang kemusykilan. Mutu perkhidmatan media sosial ini akan diperbaiki dari semasa ke semasa dengan mengkaji semula objektif dan mewujudkan garis panduan yang jelas bagi memberi perkhidmatan yang berkesan kepada pengguna.

Md Hafiz Ahmad ZulkifliPerpustakaan Tun Seri Lanang, UKM

[email protected]

Page 4: MEDIA SOSIAL - ukm.my · boleh mengaplikasikan media sosial dalam memperkasakan perkhidmatannya kepada pelanggan. Di antara media sosial yang digemari oleh generasi kini adalah facebook,

76

Kenapa Media Sosial?Kajian yang sama juga menunjukkan perpustakaan menggunakan kemudahan media sosial media bagi tujuan berikut:

a) Perkongsian Maklumat Perpustakaan berkongsi sumber maklumat dengan pengguna berkaitan sesuatu perkara, sebagai contoh bagaimana menulis tesis dengan baik, atau kaedah penulisan yang berkesan. Maklumat yang dikongsi datangnya dari sumber yang berada di dalam perpustakaan tersebut, jaringan perpustakaan setempat atau dari sumber luar yang sahih.

b) Penyebaran MaklumatPerpustakaan mengemaskini atau memuatnaik maklumat semasa atau terkini berkaitan perkhidmatan mereka, sebagai contoh waktu pembukaan perpustakaan, koleksi buku terkini atau sebarang kursus yang dianjurkan oleh perpustakaan yang dibuka kepada pelanggan.

c) Komunikasi khususPerpustakaan memberi maklum balas kepada sebarang pertanyaan atau isu yang diajukan oleh pelanggan tertentu, sebagai contoh seorang pelanggan mengadukan tentang isu kesukaran pencarian bahan atau cadangan penambahbaikan untuk perpustakaan.

d) Pengumpulan maklumatPerpustakaan menggunakan laman media sosial untuk menjalankan kaji selidik atau kajian maklum balas pelanggan berkaitan sesuatu isu, umpamanya kajian kepuasan pelanggan atau mendapatkan cadangan dari pelanggan bagi tujuan menaiktaraf perkhidmatan perpustakaan.

e) Memasyarakatkan perpustakaanGolongan muda secara majoritinya adalah pengguna media sosial, justeru kewujudan institusi perpustakaan dalam dunia media sosial akan dapat mengekalkan kelangsungannya kerana golongan ini akan dewasa seiring dengan perkembangan perpustakaan yang memberi input kepada mereka melalui media sosial.

Facebook vs TwitterSejak diperkenalkan pada tahun 2004 hingga suku tahun ketiga 2014, Facebook telah mempunyai purata 864 juta pengguna harian yang aktif. Jumlah ini meningkat sebanyak 19% dari tahun sebelumnya. Penggunaan purata bulanan sehingga 30 September 2014 pula menunjukkan pengguna yang aktif adalah seramai 1.35 billion. Sementara Twitter yang dicipta dua tahun selepas Facebook pula mempunyai purata penggunaan sebanyak 221 juta sehingga suku tahun ketiga 2014. Sehingga suku tahun kedua 2014, jumlah keseluruhan pemilik akaun Twitter adalah seramai 271 juta.

Perpustakaan University of LiverpoolUniversity of Liverpool mempunyai dua buah perpustakaan, Sydney Jones Library dan Harold Cohen Library. Meskipun mempunyai koleksi dan pengguna khusus yang berbeza, namun kedua perpustakaan ini tidak mempunyai akaun media sosial yang berbeza, sebaliknya mereka bergabung di bawah nama University of Liverpool Library. Artikel ini akan melihat khusus kepada bagaimana institusi ini menggunakan dan mengurus laman Facebook dan Twitter mereka.

Penggunaan FacebookPerpustakaan University of Liverpool mula menggunakan akaun facebook pada 27 November 2007. Perpustakaan ini tidak menghadkan saluran media sosial mereka untuk melaporkan atau mempromosi perkhidmatan dan perkembangan semasa perpustakaan, tetapi turut menggunakannya sebagai medium untuk mendapatkan maklum balas atau kajian pengguna. Sebagai contoh, pada 12 November 2014, perpustakaan telah mengedarkan soal selidik secara atas talian bagi mendapatkan maklum balas pelanggan terhadap perkhidmatan pencarian bahan mereka, DISCOVER. Soal selidik terkini yang diedarkan adalah pada 17 November 2014, iaitu bertujuan untuk mendapatkan maklum balas terhadap kualiti perkhidmatan perpustakaan.

a) Kajian soal selidik tentang kualiti perkhidmatan perpustakaan

b) Kajian soal selidik tentang perkhidmatan DISCOVERY

Perpustakaan University of Liverpool juga menggunakan Facebook untuk mempromosikan koleksi dan perkhidmatan mereka. Meskipun mempunyai pelanggan yang ramai, namun agak aneh juga kerana laman facebook rasmi ini tidak mempunyai jumlah ‘LIKE’ yang banyak, hanya sekadar 1,647 berbanding laman Facebook university yang mempunyai jumlah ‘LIKE’ sebanyak 16,536.

Perpustakaan University of Liverpool di TwitterJika dilihat entri dalam akaun twitter milik perpustaaan ini sejak ianya mula dibuka pada 2009, ianya tidak jauh beza dengan apa yang terkandung di dalam akaun facebook rasmi mereka kerana entri di laman twitter akan secara automatik muncul di laman Facebook. Medium twitter digunakan dengan sebaiknya untuk berkongsi maklumat berkaitan perkhidmatan mereka selain memuatnaik pautan luar yang relevan dengan pelanggan mereka. Jika dibandingkan dengan laman facebook, perpustakaan ini lebih aktif di twitter dengan 14,323 tweet. Selain daripada itu, laman twitter perpustakaan juga mempunyai pengikut yang lebih ramai, iaitu 29,234. Pelanggan yang mengikuti laman twitter perpustakaan juga amat aktif dengan memberi komen dan berkongsi pautan perpustakaan di laman twitter peribadi mereka. Selain daripada itu, laman twitter perpustakaan juga seakan dipantau oleh pentadbir laman twitter rasmi university kerana terdapat perkongsian asal dari perpustakaan di laman twitter universiti.

KesimpulanPerpustakaan University of Liverpool telah memanfaatkan saluran media sosial dalam mewujudkan hubungan dua hala dengan pelanggan mereka. Perpustakaan ini memilih facebook dan twitter sebagai saluran pilihan, namun penggunaan yang tidak seimbang dapat dilihat dengan akaun twitter mereka lebih aktif berbanding facebook. Selain daripada itu, sambutan pelanggan terhadap laman twitter perpustakaan jauh lebih tinggi berbanding facebook.

Rujukan : Charles William. Social Media topic di http://www.computrainservices.com/docs/UserSummit/2014/SocialMediaTopics.pdf (akses pada 10 September 2014)

Dora Yu-Ting Chen, Samuel Kai-Wah Chu, Shu-Qin Xu (2012) How Do Libraries Use Social Networking Sites to Interact with users, www.asis.org (diakses pada 10 September 2014)

Facebook Reports Third Quarter 2014 results di http://investor.fb.com/releasedetail.cfm?ReleaseID=878726 (akses pada 27 November 2014)

Johnson, C., & Burclaff, N. (2013b). Making Social Media Meaningful: Connecting Missions and Policies. In Imagine, Innovate, Inspire (pp. 399–405). Indianapolis, IN: American Library Association.

Nancy Down (7 May 2013) Social Media: Libraries Are Posting, but Is Anyone Listening?, Libaryjournal.com (diakses pada 10 September 2014).

Number of monthly active international Twitter users from 2nd quarter 2010 to 3rd quarter 2014 (in millions) di http://www.statista.com/statistics/274565/monthly-active-international-twitter-users/ (diakses pada 26 November 2014)

Public Library Marketing: Methods and Best Practices di Public Library Marketing: Methods and Best Practices di https://s3.amazonaws.com/WebVault/PublicLibraryMarketingRpt2013.pdf (diakses pada 10 September 2014)

Smith, Aaron, Lee Rainie, and Kathryn Zickuhr. “College Students and Technology.” Pew Research Center’s Internet & American Life Project, July 19, 2011. http://www.pewinternet.org/Reports/2011/College-students-and-technology.aspx

Statistics and facts about Twitter di http://www.statista.com/topics/737/twitter/ (akses pada 26 November 2014)

Page 5: MEDIA SOSIAL - ukm.my · boleh mengaplikasikan media sosial dalam memperkasakan perkhidmatannya kepada pelanggan. Di antara media sosial yang digemari oleh generasi kini adalah facebook,

98

PUAN RAHMAH PILUStahun bersama Perpustakaan UKM41

Assalamualaikum Puan. Apa khabar? Selepas hampir 41 tahun berkhidmat di Perpustakaan Tun Seri Lanang, tentu banyak kenangan yang ingin dikongsikan dengan generasi baru yang akan datang. Bolehkah Puan ceritakan sedikit tentang latar belakang Puan?

Untuk makluman, saya lahir di Singapura dan berasal dari Rembau Negeri Sembilan. Kini saya menetap di Bandar Baru Bangi. Saya mendapat pendidikan di Sekolah Rendah di Singapura. Kemudian saya melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah Perempuan Rembau dan Sekolah Menengah Dato’ Sedia Raja Rembau, Negeri Sembilan. Selepas itu, saya mengikuti pula pengajian di Institut latihan Perindustrian Sungai Besi.

Bagaimana dengan kehidupan berkeluarga?

Alhamdulillah, selepas saya berkahwin, kami dikurniakan lapan orang anak. Kini kami mempunyai tiga cucu perempuan dan seorang cucu lelaki.

Bilakah Puan mula berkhidmat di UKM?

Saya mula berkhidmat di Perpustakaan UKM di Jalan Pantai Baru pada 17 Disember 1973. Seterusnya saya berpindah ke Perpustakaan Tun Seri Lanang sehingga sekarang. Sejak mula bertugas hingga kini, saya telah ditempatkan di Bengkel Penjilidan Bahan.

Bolehkah Puan ceritakan sedikit tentang pengalaman Puan ketika berkhidmat di bahagian tersebut?

Jika dahulu, saya hanya melakukan kerja menjilid buku di bengkel. Tetapi sekarang, saya juga bertugas di Kaunter dengan membantu pelanggan mendapatkan bahan. Penjilidan perlu dilakukan dengan tekun dan teliti bagi menghasilkan produk yang berkualiti.

Bagaimanakah Puan melihat Perpustakaan masa kini berbanding semasa Puan mula berkhidmat di UKM?

Secara umum, saya melihat koleksi dan perkhidmatan perpustakaan kini semakin berkembang. Sebagai contoh, UPJJ kini melakukan tugasan seperti penjilidan bahan, pengurusan jurnal bercetak dan jurnal elektronik, pangkalan data komersil serta perkhidmatan kaunter rujukan.

Apakah pengalaman yang paling sukar dilupakan sepanjang Puan berkhidmat di sini?

Saya pasti mengenang pergaulan mesra dengan kakitangan perpustakaan terutama di kalangan rakan-rakan UPJJ kerana menganggap mereka seperti keluarga saya sendiri.

Adakah Puan mempunyai sasaran atau harapan yang masih belum dapat dicapai?

Saya tiada apa-apa perancangan lagi. InsyaAllah selepas ini, saya akan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap keluarga saya.

Apakah nasihat Puan kepada rakan-rakan yang masih berkhidmat di perpustakaan?

Saya berharap rakan–rakan melaksanakan kerja bersungguh–sungguh dengan mengikut tempoh jangka masa yang telah ditetapkan dan sentiasa mengamalkan sifat ikhlas dalam melakukan tugas seharian.

Apakah nasihat Puan untuk generasi masa kini di perpustakaan?

Saya berharap generasi masa kini sentiasa datang ke perpustakaan untuk membuat pembacaan atau mendapatkan maklumat. Mereka seharusnya menjadikan perpustakaan ini sebagai rumah kedua mereka.

Akhir sekali, apakah yang Puan harapkan untuk dilakukan oleh perpustakaan pada masa hadapan?

Harapan saya agar kemudahan perpustakaan dapat dinaiktaraf bagi memudahkan pelajar mendapatkan maklumat. Selain itu, sikap mesra pelanggan perlu dipertingkatkan oleh semua kakitangan perpustakaan. Saya juga berdoa agar perpustakaan ini menjadi salah satu perpustakaan yang terbaik di dunia, InsyaAllah.

SEMINAR INOVASI, KUALITI, I TEGRITI danSTRATEGI LAUTAN BIRU SEKTOR AWAM

Shamsudin Ibrahim Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM

[email protected]

Pada 11 hingga 12 Jun 2014, saya telah menghadiri Seminar Inovasi, Kualiti,

Integriti, Kreativiti dan Strategi Lautan Biru Sektor Awam 2014 anjuran Institut Pengurusan Kualiti (IPQ), Universiti Utara Malaysia di Hotel Seaview, Langkawi. Seminar yang disertai oleh 61 orang peserta terdiri daripada UKM, UMT, UTM, UTHM, UUM dan beberapa agensi awam lain. Sebahagian besar peserta adalah daripada UUM.

Seminar telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UUM, Prof. Dr. Hassan Bin Ali. Manakala penceramah jemputan terdiri daripada Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan & Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Dato’ Haji Zakaria Bin Haji Jaafar, Pengarah Bahagian Enterprais Inovasi, Malaysia Productivity Corporation, Dr. Haji Daud Talib, Ketua Pegawai Operasi SIRIM, Dr. Hj Mohd Azman Bin Idris, Ketua Penolong Pengarah Sektor Awam, Institut Integriti Malaysia, Encik Harisham Ibrahim dan Pengarah IPQ UUM, Prof Madya Dr. Haim Hilman Bin Abdullah.

Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan pengisian seminar ini di mana penceramah jemputan telah menyampaikan pembentangan yang menarik dengan mengemukakan contoh yang relevan untuk sektor awam. Justeru, diharapkan supaya seminar seperti ini dapat dianjurkan oleh UKM pada masa hadapan agar lebih ramai lagi warga UKM dapat menimba ilmu dan pengalaman.

Sesi foto berkumpulan bersama perasmi, panel jemputan dan peserta seminar

Sistem iQuest telah dibangunkan untuk membantu penyelidik, ahli akademik dan pelajar mendapatkan sumber maklumat penyelidikan. I-Quest dihasilkan oleh pasukan penyelidik daripada Perpustakaan UKM yang mendapat bidaan Dana Inovasi UKM dan dibangunkan pada 01.01.2013 hingga 01.08.2013. Sistem ini telah mula digunakan di UKM pada September 2013 sehingga kini. Dalam membangunkan sistem ini, pasukan penyelidik Perpustakaan UKM telah berkerjasama dengan Pusat Teknologi Maklumat UKM dan rakan industri milik UKM iaitu Syarikat Refrex Sdn Bhd.Bagi modul pengguna I-Quest, sistem ini menguruskan modul (i) perkhidmatan carian bahan yang tidak dapat dikesan di rak, (ii) pembekalan buku dan artikel dari perpustakaan luar (ILL), (iii) permohonan pembelian bahan baharu dan (iv) permohonan pembelian artikel jurnal secara pay per view (PPV). Manakala dalam modul pentadbir, I-Quest menguruskan (i) pendaftaran profil pelanggan secara kelompok atau individu, (ii) pengurusan profil pentadbir dan (iii) statistik pelaporan berdasarkan modul yang digunakan.Melalui I-Quest juga, pengurusan rekod permohonan oleh pelanggan perpustakaan menjadi lebih efisien di mana setiap permohonan diterima terus oleh pentadbir mengikut modul. Sebagai contoh, modul ILL membolehkan tindakan yang dilakukan oleh pentadbir dapat disemak oleh pelanggan dan pemakluman turut disalinkan ke dalam e-mel pelanggan. Selain itu ia juga boleh digunakan untuk mengumpul data bagi mengukur kecekapan perkhidmatan berdasarkan tempoh masa yang diambil dalam menyelesaikan setiap permohonan. Justeru ia dapat membantu keputusan strategik perpustakaan seperti pembangunan atau pemantapan semula koleksi dan perkhidmatan.Kini iQuest telah berjaya dikomersilkan melalui Syarikat Refrex Sdn Bhd. Sasaran pelanggan terdiri daripada perpustakaan IPTA/IPTS dan juga perpustakaan khusus. Sesi percubaan akan diberikan kepada institusi dalam proses promosi dan penilaian.

iQuest : Innovative Information Query System http://iquest.net.my/iquest

“Saya pasti mengenang

pergaulan mesra dengan

kakitangan perpustakaan”

Wawancara oleh : Nur Adillah HassanPelajar Latihan IndustriUniversiti Teknologi Mara (UiTM)

Page 6: MEDIA SOSIAL - ukm.my · boleh mengaplikasikan media sosial dalam memperkasakan perkhidmatannya kepada pelanggan. Di antara media sosial yang digemari oleh generasi kini adalah facebook,

1110

7 NIC DIPERKENALKANJawatankuasa Mentor Coaching

Perpustakaan Tun Seri Lanang, [email protected]

Penghasilan produk baru melalui aktiviti inovasi dapat meningkatkan produktiviti, kerja berpasukan dan imej organisasi. Idea baru dan segar mampu memastikan organisasi bersaing dan menjadi relevan serta kewujudannya dirasai.

Program Mentor Coaching Perpustakaan UKM telah dilancarkan pada Mac 2012 dan majlis pelancaran telah dilaksanakan oleh Mantan Ketua Pustakawan iaitu Tuan Haji Abu Bakar Maidin. Dari detik itu

beberapa siri ceramah dan bengkel telah dilaksanakan bagi memantapkan lagi program ini. Antaranya ialah Bengkel Mentor Coaching Perpustakaan UKM bertempat di Palm Garden IOI Resort, Bengkel Pemantapan Sesi Mentor Coaching untuk Pustakawan Siri 1 di UNITEN dan Siri 11 di Perpustakaan Lingkungan Ke 2.

Mulai tahun 2014 Program Mentor Coaching telah diperkasakan lagi dengan pengenalan mentor berasaskan nic. Pengerusi baru Jawatankuasa Mentor Coaching Perpustakaan UKM, Puan Rosnah Suliman bersama ahli jawatankuasa telah mengenalpasti 7 nic untuk dilaksanakan. Nic tersebut ialah:

Nic 1 : Inovasi dan kreativitiInovasi dan kreativiti adalah penjana transformasi. Melalui nic ini kebolehan diri dalam menghasilkan inovasi dieksploitasi sebaik mungkin bagi menambahbaik sistem penyampaian maklumat dan perkhidmatan. Penghasilan produk baru melalui aktiviti inovasi dapat meningkatkan produktiviti, kerja berpasukan dan imej organisasi. Idea baru dan segar mampu memastikan organisasi bersaing dan menjadi relevan serta kewujudannya dirasai. Inovasi boleh dilaksanakan secara individu mahupun berkumpulan dengan tidak melebihi 3 orang.

Nic 2 : Peningkatan kemahiran : penerbitan – penulisan / rekabentuk dan kemahiran ICTNic peningkatan kemahiran terbahagi kepada 3 iaitu peningkatan kemahiran yang terdiri dari penerbitan dalam bentuk penulisan, peningkatan kemahiran penerbitan dari sudut rekabentuk dan peningkatan kemahiran ICT. Nic peningkatan kemahiran penulisan memberi penekanan kepada kemahiran dalam menghasilkan penulisan berkualiti yang boleh diketengahkan dalam buletin terbitan dalam dan luar universiti. Penulisan dalam bentuk penulisan artikel popular, laporan dan artikel kreatif diberi tumpuan. Manakala nic peningkatan kemahiran rekabentuk menyediakan peluang bagi mentee menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran daripada mentor yang pakar dalam menghasilkan rekabentuk menarik dalam penghasilan brosur, bunting dan buku cenderamata. Bagi peningkatan kemahiran ICT pula memberi penekanan dalam aspek baik pulih perkakasan dan kemahiran mengaplikasikan perisian bagi memudahkan pelaksanaan tugas harian.

Nic 3 : Amalan 5SPersekitaran kerja yang kondusif, selamat dan berkualiti berupaya membantu organisasi menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti dan berdaya saing diperingkat nasional dan antarabangsa. Melalui nic amalan 5S, warga perpustakaan akan mengamalkan konsep 5S dalam aktiviti melestarikan pejabat. Jawatankuasa pemandu peringkat perpustakaan akan membantu semua zon dalam melaksanakan amalan 5S dan seterusnya memperolehi persijilan 5S.

Nic 4 : PengkomersilanSetiap tahun Perpustakaan UKM melalui Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dan Pasukan Peningkatan Kualiti (Quality Improvement Team - QIT) aktif menjalankan projek inovasi dan menghasilkan produk baru bagi memastikan penambahbaikan kualiti perkhidmatan dilaksanakan secara berterusan. Oleh itu, dengan adanya nic ini produk inovasi yang dihasilkan oleh kakitangan perpustakaan akan diketengahkan dan seterusnya dikomersilkan bagi menjana pendapatan Universiti. Melalui nic ini, mentor akan memandu mentee dalam usaha mengkomersilkan produk inovasi tersebut dengan cara yang lebih terancang dan bersistematik.

Nic 5: Sahsiah dan kerohanianModal insan yang cemerlang dan tinggi sahsiah rohaninya akan menyumbang kepada kegemilangan sesebuah jabatan. Oleh itu melalui nic sahsiah dan kerohanian mentor dan mentee akan menjalan program berbentuk motivasi, tazkirah, ceramah dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian bagi membentuk insan rabbani.

Nic 6: Gaya hidup sihatPekerja yang mengamalkan gaya hidup sihat akan lebih berdaya saing selain dapat meningkatkan prestasi kerja lebih produktif dan dapat memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan. Kerjasama berpasukan juga dapat ditonjolkan dalam aktiviti yang dijalankan. Justeru itu melalui nic gaya hidup sihat, mentor dan mentee akan menjalankan aktiviti seperti senaman, ceramah amalan pemakanan seimbang, ceramah penyalahgunaan bahan seperti dadah, ubat dan rokok dan pemeriksaan kesihatan.

Nic 7 : Pengurusan dan pengacaraan majlisKelancaran sesebuah majlis bergantung kepada bagaimana sesebuah jawatankuasa yang dibentuk merancang, mengurus dan melaksanakan perancangan yang telah dibuat. Manakala seorang pengacara yang berkaliber berupaya menjadikan sesebuah majlis yang sedang berjalan menjadi menarik dan sempurna. Kejayaan dalam pengurusan dan pengacaraan sesuatu majlis akan meningkatkan imej sesuah organisasi. Lantas itu, nic pengurusan dan pengacaraan majlis akan memberi ruang kepada mentor dan mentee mempelajari kaedah perancangan dan tatacara mengurus majlis dengan lebih bersistematik. Manakala bagi aspek pengacaraan pula, mentee berpeluang menimba kemahiran dan teknik yang betul dalam melontar intonasi suara yang betul.

Perlantikan mentor bagi setiap nic adalah berdasarkan kredibiliti, pencapaian, kemahiran dan keupayaan mentor menjayakan program yang dirancang berdasarkan nic yang ditetapkan. Pelbagai program diharapkan akan dilaksana bagi meningkatkan kualiti hidup dan kerja warga perpustakaan.

COACHING 2014

M EN T O R

Page 7: MEDIA SOSIAL - ukm.my · boleh mengaplikasikan media sosial dalam memperkasakan perkhidmatannya kepada pelanggan. Di antara media sosial yang digemari oleh generasi kini adalah facebook,

1312

Program Chief Librarian Talk Series (CLTS) adalah program perkongsian ilmu melalui ceramah yang

disampaikan oleh Ketua-Ketua Pustakawan yang terdapat di negara ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cabaran terkini dalam pengurusan perpustakaan dan pengurusan ilmu. Program CLTS 2014 yang bertemakan Library Or Knowledge Management merupakan program Siri ke-2 anjuran Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang dihadiri lebih dari 150 orang peserta daripada para pustakawan dan pengurus maklumat dari pelbagai sektor. Perpustakaan UKM diwakili oleh dua orang Pustakawan Kanan iaitu Cik Mariati Embong dan Puan Norbaizura Haji Malek.

Program ini dirasmikan oleh Naib Canselor UMK, YBhg. Prof. Datuk Dr. Raduan bin Hj. Che Rose, di Holiday Villa Hotel & Suites, Kota Bharu, Kelantan, pada 15 Jun 2014. Turut hadir sama adalah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), YBhg. Prof. Dr. Roselina binti Ahmad Saufi.

Program ini diadakan berterusan secara bersiri bagi memastikan tacit knowledge dari Ketua Pustakawan atau Pengurus Maklumat dapat dikongsi bersama-sama para peserta.

Pada program ini, peserta turut didedahkan mengenai cabaran dunia perpustakaan pada masa kini dalam memastikan perpustakaan sentiasa relevan di masa hadapan khususnya elemen yang boleh memberikan impak kepada komuniti perpustakaan dan komuniti masyarakat.

Program CLTS 2014 dapat memberikan pendedahan kepada peserta tentang isu, peluang dan cabaran yang telah dan bakal dihadapi oleh perpustakaan atau pusat maklumat untuk terus berdaya saing mengikut peredaran zaman dan menjadikan perpustakaan sentiasa relevan.

...cabaran dunia perpustakaan pada masa kini dalam memastikan

perpustakaan sentiasa relevan di masa hadapan

Program ini diadakan untuk memberi pendedahan mengenai pelbagai ilmu dan kemahiran melalui perkongsian maklumat daripada para Ketua Pustakawan dalam usaha untuk merakamkan ilmu tacit knowledge dalam bidang pengurusan maklumat. Para peserta dapat berkongsi maklumat mengenai istilah Library atau Knowledge Management (KM) dari para pembentang yang berpengalaman iaitu Timbalan Pengarah Pusat Permodalan Insan Bank Negara Malaysia, Encik Ghazali bin Mohamed Fadzil, Ketua Pustakawan Universiti Sains Malaysia (USM), Encik Mohd Pisol bin Ghazali dan Ketua Pustakawan Perdana Leadership Foundation, Encik Azahar bin Mohd Noor. Turut diadakan pada hari tersebut adalah gerai-gerai pameran dari pembekal yang terlibat dengan pengurusan perpustakaan.

Seminar ini turut menjadi pertemuan di kalangan pustakawan dan profesional maklumat dari pelbagai sektor dan institusi di Malaysia

dan negara-negara serantau.

Shaizimah BadzriPerpustakaan Tun Seri Lanang, UKM

[email protected]

International Digital Library Conference (IDLC) telah diadakan pada pada 8-10 April 2014 anjuran Persatuan

Pustakawan Malaysia dan Perpustakaan Negara Malaysia.Seminar yang bertemakan“Preserving and Sharing Digital Resources Through Co-operation and Collaboration” telah diadakan di Hotel Royale Chulan, Jalan Conlay, Kuala Lumpur. Persidangan ini bertujuan mewujudkan kerjasama serantau dan kerjasama dalam melaksanakan program pendigitalan bagi membolehkan perkongsian maklumat, rangkaian dan memelihara sumber-sumber digital yang menyokong pembangunan sosial dan ekonomi, pendidikan dan penyelidikan, pelancongan dan industri kreatif.

Ucaptama persidang ini telah disampaikan oleh Dato’ Sri Dr Halim Shafie, Pengerusi Lembaga Penasihat, Perpustakaan Negara Malaysia. Di dalam ucaptamanya beliau telah menegaskan strategi diperlukan oleh perpustakaan di Malaysia untuk mengaplikasikan teknologi digital dalam cara transformatif, dan memanfaatkan teknologi digital untuk menyumbang ke arah masyarakat berpengetahuan sebagai persediaan era Wawasan 2020.

Seminar ini turut menjadi pertemuan di kalangan pustakawan dan profesional maklumat dari pelbagai sektor dan institusi di Malaysia dan negara-negara serantau.Pembentang kertas kerja pula terdiri daripada individu-individu di dalam pelbagai sektor yang membentangkan kertas kerja berkaitan penglibatan dan perkembangan institusi mereka di dalam membangunkan kandungan digital. Selain daripada pembentang daripada Malaysia, ada di antara pembentang yang datang daripada Australia, Taiwan, Hong Kong, Singapura dan Korea. Pameran produk oleh pembekal dan pameran poster di ruang legar berhadapan dewan persidangan turut memeriahkan dan memberi peluang peserta untuk meninjau produk-produk yang dipamerkan dan mendapat penerangan daripada wakil pembekal.

Majlis Perasmian

Sesi pembentangan produk oleh pihak pembekal

CHIEF LIBRARIAN TALK Series II 2014

Norbaizura Haji MalekPerpustakaan Tun Seri Lanang, UKM

[email protected]

INTERNATIONAL DIGITAL LIBRARY

CONFERENCE

Page 8: MEDIA SOSIAL - ukm.my · boleh mengaplikasikan media sosial dalam memperkasakan perkhidmatannya kepada pelanggan. Di antara media sosial yang digemari oleh generasi kini adalah facebook,

1514

PENGURUSAN VIDEODi Pusat Penyiaran, Jabatan Penyiaran Malaysia

Rohana MahmoodPerpustakaan Tun Seri Lanang, UKM

[email protected]

Mesyuarat Pengurusan Universiti (MPU) Bil. 2/2014 pada 11 Februari 2014 telah bersetuju supaya Penerbit UKM menyerahkan satu salinan rakaman gambar

dan video aktiviti UKM kepada Perpustakaan Tun Seri Lanang. Maka dengan itu Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL) telah diberi mandat untuk mengorganisasi bahan dari aspek pengurusan, penyimpanan, pengkelasan gambar dan video aktiviti rasmi mengikut sistem tertentu bagi memudahkan capaian semula ke atas bahan.

Tiga unit dari PTSL iaitu Unit Koleksi Media, Unit Koleksi Arkib dan Khas serta Unit Sistem dan Teknologi Maklumat telah diberi tanggungjawab untuk menguruskan koleksi tersebut. Pembahagian tugas adalah seperti berikut iaitu Unit Koleksi Arkib dan Khas dipertanggungjawabkan mengurus koleksi gambar manakala Unit Koleksi Media pula bertanggungjawab mengurus koleksi video. Bagi memastikan kelancaran pengurusan bahan jalinan kerjasama juga telah diadakan dengan Penerbit UKM, Muzium Warisan Akademik, Pusat Komunikasi Korporat dan Pusat Teknologi Maklumat UKM. Semua Fakulti/Institut/Pusat di UKM telah dimohon untuk menyerahkan satu salinan gambar atau rakaman video bagi aktiviti rasmi yang telah dijalankan kepada PTSL.

Taklimat dari Ketua Pusat Sumber Penyiaran Puan Mazidah (kiri) di bilik penyimpanan video/pita.

Lawatan ke bilik Arkib Digital

Lawatan ke Unit Foto

Peserta berpeluang melawat Muzium Penyiaran

Sebahagian peserta lawatan ke Pusat Sumber Penyiaran, Jabatan Penyiaran Malaysia

Berdasarkan maklumat yang diperolehi semasa lawatan hampir semua bahan rakaman video telah didigitkan walaupun begitu bahan asal tetap disimpan dan dipelihara bagi memastikan bahan tidak rosak serta isi kandungannya kekal. Pastinya aktiviti pendigitan bahan tersebut memerlukan kos yang tinggi kerana melibatkan pembelian server dan sistem terkini. Pusat Sumber Penyiaran telah membangunkan satu arkib digital bagi menguruskan video yang telah didigitkan beserta dengan kelengkapan lainnya. Di sinilah hasil daripada aktiviti pendigitalan tersebut disunting. Koleksi digital akan direkodkan ke dalam sistem iaitu ILMU. Pelanggan akan dapat melihat rekod dan isi kandungan bahan secara dalam talian tanpa perlu mendapatkan salinan asal dalam bentuk pita.

Sehubungan dengan itu, satu lawatan penandaarasan ke Pusat Sumber Penyiaran, Angkasapuri, Kuala Lumpur telah diadakan dengan tujuan untuk mencari satu mekanisme terbaik bagi memastikan pengurusan koleksi rakaman video dilaksanakan secara sistematik. Lawatan penandaarasan yang diadakan pada 12 Jun 2014 telah disertai oleh 15 orang kakitangan UKM dari jabatan yang terlibat. Harapan peserta lawatan ialah ilmu dan pengalaman yang ditimba dapat diaplikasikan di UKM.

Dalam kesempatan ini juga peserta telah dibawa melawat ke Unit Foto dan Muzium Penyiaran. Gambar-gambar dalam bentuk bercetak juga sedang dalam proses pendigitan. Peserta turut berpeluang melawat Muzium Penyiaran yang menempatkan peralatan lama. Peralatan tersebut digunakan bagi kerja-kerja perfileman dan penyiaran. Pada pandangan peserta, muzium ini sangat menarik untuk dilawati oleh generasi terkini.

Page 9: MEDIA SOSIAL - ukm.my · boleh mengaplikasikan media sosial dalam memperkasakan perkhidmatannya kepada pelanggan. Di antara media sosial yang digemari oleh generasi kini adalah facebook,

1716

ROLE OF LIBRARIAN IN MANAGING RESEARCH INFORMATION

Shamsudin Ibrahim Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM

[email protected]

Pada 28 hingga 29 April 2014 telah berlangsung Seminar Pemantapan Profesionalisme di Bilik

Termasa yang dianjurkan oleh Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM. Bersempena dengan seminar ini, saya dijemput sebagai penceramah oleh Perpustakaan UPM selama dua jam iaitu 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari pada 29 April 2014. Tajuk ceramah yang diberikan ialah, Role Of Librarian In Managing Research Information. Seminar telah dihadiri oleh warga Perpustakaan UPM yang terdiri daripada pustakawan dan kakitangan perpustakaan.

“Objektif ceramah saya adalah untuk mengetahui apakah peranan Pustakawan

dalam membantu penyelidikan di Universiti dan berkongsi pengalaman Perpustakaan UKM dalam menguruskan perkhidmatan

berkaitan penyelidikan.”

Saya turut berkongsi tentang cabaran yang perlu dihadapi Perpustakaan UPM berdasarkan petikan daripada perutusan Naib Canselor, Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Fauzi Hj. Ramlan, “sebagai sebuah universiti bertaraf autonomi, UPM menjana pendapatan sendiri di mana menjelang tahun 2020 UPM akan diberi 40% geran kerajaan untuk belanja mengurus sementara 60% lagi perlu dijana oleh UPM berbanding sekarang 70% daripada belanja mengurus datangnya daripada geran kerajaan”.

Dalam blok pertama ceramah, saya memetik kenyataan Amanat Tahun Baru 2014 daripada mantan Naib Canselor USIM Y.Bhg Profesor Dato’ Dr. Asma Ismail, “Dunia pengajian tinggi sekarang menghadapi persimpangan jalan sama ada hendak meneruskan agenda ranking atau memilih untuk menjadi universtiti yang relevan kepada kehendak rakyat ataupun masyarakat”. Sesi ceramah

Dalam konteks ini, setiap warga perpustakaan harus berfikiran jauh tanpa mengira jawatan dan kedudukan. Sebagai contoh, gambar di bawah menunjukkan bagaimana gigihnya semut Indonesia yang kecil tubuhnya namun mampu mengangkat beban 50 kali ganda daripada berat badannya.

Strong insects show off theirincredible teamwork

Super greens...Indonesian ants carrying 50 times their own weight

Menyentuh kepada perpustakaan yang berada dalam sebuah Universiti Penyelidikan, ia adalah berkisar tentang peranan setiap pustakawannya. Tentu tidak cukup melihat kepada saiz fizikal atau koleksi sesebuah perpustakaan. Namun apa yang lebih penting adalah bagaimana warganya dapat memanipulasi teknologi dan peluang dalam menyedia dan memperkasa perkhidmatan baharu, meningkatkan akses dan keupayaan sumber maklumat, meningkatkan komunikasi dan kolaborasi yang berkesan dengan pelanggan dan pihak yang berkepentingan (stakeholder) serta meningkatkan aktiviti pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan.

Manakala dalam blok terakhir ceramah, saya telah berkongsi pengalaman yang telah dijalankan oleh Unit Perkhidmatan Penyelidikan dalam perkhidmatan bibliografik, Unit Koleksi Arkib dan Khas dalam pengurusan e-Repositori Penerbitan, dan peranan lain Perpustakaan UKM dalam era Universiti Penyelidikan.

Secara keseluruhan sesi perkongsian ini juga telah memberikan maklumat baharu kepada saya semasa sesi soal jawab diadakan. Semoga Perpustakaan UKM juga dapat mengundang penceramah daripada Perpustakaan Universiti Penyelidikan dalam sesi lain agar kita sama-sama dapat berkongsi ilmu dan mengetahui apakah amalan terbaik untuk dicontohi di UKM.

Penyampaian cenderahati kepada penceramah

Page 10: MEDIA SOSIAL - ukm.my · boleh mengaplikasikan media sosial dalam memperkasakan perkhidmatannya kepada pelanggan. Di antara media sosial yang digemari oleh generasi kini adalah facebook,

1918

MAKLUMAT PERPUSTAKAAN 2014K A R N I V A L

Shahruddin ShafriPerpustakaan Tun Seri Lanang, UKM

[email protected]

Di antara objektif program adalah seperti berikut: • Membina imej perpustakaan yang dinamik dan

prihatin.• Menjalankan tanggungjawab sosial

Perpustakaan UKM kepada masyarakat setempat.

• Mewujudkan semangat kekitaan, kesepakatan dan kerjasama berpasukan.

• Melatih pegawai dan kakitangan dengan kemahiran soft skill

• Membina hubungan kerjasama dengan pelbagai pihak sama ada kerajaan, NGO, badan korporat, badan berkanun dan swasta melalui kerja-kerja sukarela

• Penjanaan kewangan perpustakaan

Karnival yang bertema “Perpustakaan, Maklumat Dan Masyarakat” dianjurkan bermula dari 22 hingga 28 September 2014 bertempat di Perpustakaan Tun Seri Lanang. Kumpulan sasaran penyertaan terdiri daripada warga UKM, mahasiswa / mahasiswi / pelajar sekolah / orang awam / jabatan kerajaan / NGO / syarikat swasta. Manakala penceramah yang dijemput untuk mengisi slot-slot ceramah terdiri daripada tokoh-tokoh dari pelbagai bidang. Mereka yang dipilih adalah terdiri daripada tokoh yang berpengalaman dalam memberikan sumbangan kepada masyarakat.

Di antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu karnival ini ialah Hari Bersama Pelanggan, Pameran Perkhidmatan Perpustakaan, Pameran Inovasi, Pameran UKM 44 tahun, Pameran Dana Endowmen, Aktiviti Bersama Pelajar Sekolah, Pameran Bus Mobile 1 JPN, Syarahan Tun Seri Lanang, Kayuhan Amal@ptsl, Car Boot Sale, Jumble Sale, Senamrobik dan Pertandingan Mewarna Kanak-kanak. Selain itu terdapat gerai yang menjual pelbagai produk seperti basikal, jam tangan, produk kecantikan, pakaian, buku-buku akademik dan lain-lain.

Penganjuran karnival maklumat ini telah memberi banyak pengalaman dan pendedahan yang sangat bermakna kepada semua pegawai dan kakitangan perpustakaan. Aktiviti yang dijalankan telah melibatkan semua kumpulan QIT Perpustakaan iaitu QIT Latihan, QIT Pengurusan, QIT Perkhidmatan dan QIT Teknikal.

Mereka juga turut mendapat kerjasama daripada semua peringkat kakitangan dan mendapat sokongan daripada pihak pengurusan tertinggi perpustakaan. Walaupun pada peringkat awalnya kebanyakan pegawai agak sibuk dengan tugasan hakiki, namum dengan semangat kerja berpasukan tanpa mengira waktu dan penat lelah semua aktiviti dapat dijalankan dengan baik dan lancar.

InsyaAllah melalui pengalaman menganjurkan program ini pustakawan bukan sahaja terdedah dengan penganjuran aktiviti bahkan lebih dari itu ialah semangat berpasukan demi untuk kebaikan dan imej perpustakaan di kaca mata masyarakat khasnya di UKM dan masyarakat luar.

Fatimah Kamilah AwangPerpustakaan Tun Seri Lanang, UKM

[email protected]

LAWATAN PENANDAARASAN KE

PERPUSTAKAAN UNIVERSITI MALAYA

Unit Perolehan sedang berusaha ke arah penambahbaikan proses kerja bagi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan

perpustakaan. Selaras dengan tujuan tersebut, lawatan penandaarasan ke Perpustakaan Universiti Malaya telah diadakan pada 24 Jun 2014. Lawatan separuh hari ini disertai oleh 10 orang pustakawan dan 17 orang kakitangan daripada Unit Perolehan, Unit Katalog, Unit Jurnal dan Jilidan serta unit/cabang yang melaksanakan proses perolehan buku. Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah untuk melihat proses kerja yang diamalkan di samping memberi pendedahan dan pengalaman kepada peserta.

Bertempat di Perpustakaan Utama, peserta lawatan telah diberikan taklimat oleh Ketua Bahagian Perolehan Perpustakaan Universiti Malaya, Cik Sutarmi Kasimun. Melalui sesi taklimat, peserta dapat bertukar-tukar pandangan serta dapat mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan perolehan bahan termasuk proses pembelian, peruntukan serta langganan jurnal yang diamalkan di perpustakaan tersebut. Kemudian, agenda lawatan diteruskan lagi dengan sesi lawatan ke bahagian yang berkaitan. Bagi sesi ini, peserta dipecahkan mengikut unit masing-masing untuk melihat dengan lebih jelas proses kerja di Bahagian Perolehan, Bahagian Katalog serta Bahagian Jurnal.

Di samping itu, peserta juga berkesempatan untuk melawat ke sekitar ruang perpustakaan bagi melihat koleksi dan kemudahan yang disediakan kepada pelanggan. Melalui sesi lawatan ini, peserta begitu tertarik melihat kemudahan yang disediakan dengan penggunaan perabot, susun atur serta warna yang menarik di setiap sudut dan ruang.

Hasil daripada lawatan, peserta amat berpuas hati dengan perkongsian maklumat serta layanan yang telah diberikan. Terdapat beberapa penemuan yang boleh digunakan untuk menambahbaik perkhidmatan perpustakaan UKM. Secara keseluruhannya, lawatan penandaarasan ini dapat memberi pendedahan, pengetahuan dan pengalaman kepada peserta sekaligus meningkatkan semangat kerja yang tinggi.

Ruangan akses gajet untuk pelanggan

Ruangan untuk kanak-kanak turut disediakan

Peserta lawatan bergambar kenangan

peserta dapat bertukar-tukar pandangan serta dapat mengetahui dengan lebih lanjut

berkenaan perolehan bahan termasuk proses pembelian...

Karnival Maklumat Perpustakaan 2014 merupakan sebahagian dari aktiviti Program Khidmat Masyarat

(CSR) perpustakaan yang dijalankan secara tahunan oleh Perpustakaan UKM. Menariknya buat julung kali program ini diadakan pada tahun ini di perpustakaan dalam bentuk karnival. Sebelum ini aktiviti khidmat masyarakat perpustakaan lebih tertumpu di kampung-kampung berdekatan atau kejiranan perpustakaan dan juga Bandar Baru Bangi. Penganjuran program kali ini mengunakan kaedah @ strategi lautan biru dengan mengoptimakan penggunaan kemudahan, ruangan di perpustakaan dan UKM dalam penganjuran pelbagai aktiviti yang bersesuaian. Penganjur juga melibatkan rakan sinergi yang boleh bekerjasama dalam penganjuran aktiviti.

Car Boot Sale

Jumble Sale

Page 11: MEDIA SOSIAL - ukm.my · boleh mengaplikasikan media sosial dalam memperkasakan perkhidmatannya kepada pelanggan. Di antara media sosial yang digemari oleh generasi kini adalah facebook,

2120

16 Januari 2014 - persahabatan melalui Facebook bermula. Dr Madeline Berma menjemput pustakawan untuk sama terlibat dalam projek penyelidikan Tasik Chini UKM. Melalui Pusat Citra Universiti,

QIT Perkhidmatan Perpustakaan dijemput menghadiri mesyuarat bersama JKKK Tasik Chini pada 10 April 2014 di SKB Tasik Chini. Mesyuarat bersetuju untuk mendapatkan sumbangan bahan bacaan bagi membangunkan koleksi pusat sumber SKB Tasik Chini. Di samping itu, QIT Perkhidmatan cuba mendapatkan sumbangan dalam bentuk perabot dan kemudahan untuk kegunaan para pelajar.

QIT Perkhidmatan juga akan bekerjasama dengan pelajar yang menyertai kursus di bawah Pusat Citra Universiti untuk mewujudkan perpustakaan bergerak atau perpustakaan mini bagi masyarakat Orang Asli di Tasik Chini. Buat masa ini, kumpulan pelajar berkenaan sedang berusaha mendapatkan bas bergerak dari kerajaan negeri Pahang. Jika usaha ini tidak dapat dilaksanakan, QIT Perkhidmatan bersama Pusat Citra Universiti akan cuba membina perpustakaan mini berupa seperti wakaf yang dilengkapi dengan buku-buku sumbangan. Buku sumbangan akan diperoleh dari individu dan syarikat yang menyumbang melalui projek khidmat masyarakat.

Dalam usaha memperkenalkan komuniti Orang Asli dan keperluan mereka, Pusat Citra Universiti dan QIT Perkhidmatan telah menganjurkan “Diskusi Perkongsian Ilmu Komuniti Tasik Chini” pada 28 April 2014 di Sanggar Ilmu, Perpustakaan Tun Seri Lanang. Sempena diskusi tersebut, QIT Perkhidmatan dan kumpulan pelajar yang menyertai kursus di bawah Pusat Citra Universiti telah mengadakan pameran berkaitan penyelidikan Tasik Chini dan masyarakat Orang Asli di ruang legar, aras 4 Perpustakaan Tun Seri Lanang. Pameran berlangsung dari 28 April hingga 28 Mei 2014.

Peserta, penceramah dan urusetia bergambar selepas diskusi

Sumbang Bakti di Tasik ChiniQIT Perkhidmatan Perpustakaan UKM :

Anna Kustyana MukandarPerpustakaan Undang-Undang, UKM

[email protected]

Nor Asiah MohamadPerpustakaan Tun Seri Lanang, UKM

[email protected]

Bergambar di ruang pameran

2014Manuskrip MelayuLela Ruzma Mohd ShaariPerpustakaan Alam dan Tamadun Melayu, [email protected]

PERSIDANGAN ANTARABANGSA

Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia melalui

Perpustakaan Negara Malaysia telah menganjurkan Persidangan Antarabangsa Manuskrip Melayu 2014 pada 6 hingga 7 Mei 2014 di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur. Persidangan yang dihadiri oleh 300 orang peserta ini telah mengumpulkan kumpulan pakar dalam bidang manuskrip Melayu, tokoh pengkaji manuskrip, penyelidik dan ahli akademik dari dalam dan luar negara.

Objektif persidangan ini diadakan untuk menggalakkan masyarakat menghargai manuskrip Melayu sebagai manifestasi ilmu dan kesarjanaan silam; memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai kepentingan manuskrip Melayu sebagai sumbar atau bahan rujukan utama dan sahih; mengenengahkan kepelbagaian ilmu yang terakam dalam manuskrip Melayu melalui penemuan dan penelitian para pengkaji; dan menjadi produk knowledge tourism kepada masyarakat tempatan dan antarabangsa sebagai pusat kegemilangan kebudayaan Melayu menerusi ketersediaan manuskrip Melayu terbesar di dunia.

Asmany Aza AhmadPerpustakaan Tun Seri Lanang, [email protected]

Persidangan yang bertema ‘Memartabatkan Manuskrip di Persada Dunia’ ini membentangkan 27 kertas kerja oleh pakar manuskrip. Antara perkara yang dibincangkan adalah ilmu-ilmu dalam manuskrip Melayu, kesenian manuskrip Melayu, pembinaan koleksi dan pendokumentasian, manuskrip Melayu dan media baru serta manuskrip dalam perbandingan.Secara keseluruhannya persidangan ini memberi kesedaran dan pengetahuan mengenai betapa bernilainya manuskrip Melayu dari pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Pertemuan dengan penyelidik dan peserta dari pelbagai institusi meningkatkan lagi jaringan dalam pengkajian bahan ini.

Seminar ini telah dihadiri oleh 67 orang peserta dari institusi yang menggunakan produk VTLS. Seminar ini diadakan setiap tahun oleh Syarikat VTLS Technologies dengan kerjasama institusi yang berbeza.

Ucaptama seminar ini telah disampaikan oleh Pengarah Institut Visual Informatik, Prof. Dato’ Dr. Halimah Badioze Zaman. Manakala Naib Presiden Global Expansion, Innovative Interfaces, Dr. Vinod Chachra telah memberi ceramah bertajuk “Digital Asset Management and Future Platforms” dan Pengarah Urusan VTLS Technologies, Puan Gina Phan pula telah menerangkan perkembangan terkini syarikat.

UKM dan VTLS telah melancarkan program "Big Brother" di mana PTSL akan menjadi mentor kepada perpustakaan yang lebih kecil, terutama di kalangan universiti-universiti awam yang baru. Pada sebelah petang pula, peserta telah dibahagikan kepada empat track untuk mendengar taklimat serta berbincang berkaitan dengan modul yang telah ditentukan. Antara topik yang dibincangkan adalah berkaitan chamo, sistem Virtua, aplikasi Virtua dan sistem Vital.

Pada hari kedua seminar, peserta telah diberi penerangan berkaitan produk terkini dan akan datang oleh Puan Gina Phan dan Dr. Vinod Chachra. Majlis penutup seminar telah disempurnakan oleh Ketua Pustakawan UKM, Puan Hafsah Mohd. Bagi aktiviti networking pula peserta telah dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu lawatan ke Muzium Akademik UKM, Pusat Permata Pintar dan aktiviti mencanting batik yang diadakan di Bilik Serbaguna PTSL.

Kesimpulannya seminar ini boleh dianggap berjaya dan mendapat sambutan menggalakkan daripada para peserta. Hasil dari seminar ini para peserta dapat meluas dan menambah pengetahuan dengan trend dan perkembangan teknologi terkini perpustakaan di samping dapat berkongsi pegetahuan dan maklumat sesama mereka.

Pada 13 hingga 15 Oktober 2013 Perpustakaan UKM telah bekerjasama menganjurkan 7th VTLS User

Seminar 2014. Seminar ini dimulai dengan sesi bersama Ketua Pustakawan dan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia di Hotel Bangi-Putrajaya manakala persidangan sebenar telah diadakan di Dewan Kuliah Bangunan Tun Abdullah Salleh dan Perpustakaan Tun Seri Lanang.

PERPUSTAKAAN UKM BEKERJASAMA MENGANJURKAN

7th VTLS USER SEMINAR

Page 12: MEDIA SOSIAL - ukm.my · boleh mengaplikasikan media sosial dalam memperkasakan perkhidmatannya kepada pelanggan. Di antara media sosial yang digemari oleh generasi kini adalah facebook,

2322

24Pembantu Pemuliharaan

Sertai Bengkel Pemeliharaan dan Penjilidan Bahan

Ruzita KamisPerpustakaan Tun Seri Lanang, UKM

[email protected]

Pada 6 hingga 8 Mei 2014, Unit Pengurusan Jurnal dan Jilidan (UPJJ) dengan kerjasama Unit Koleksi Arkib

dan Khas, Perpustakaan UKM telah menganjurkan Bengkel Pemeliharaan dan Penjilidan Bahan. Bengkel tersebut telah disertai oleh seramai 24 orang peserta yang terdiri daripada Pembantu Pemuliharaan dan Pembantu Perpustakaan dari Perpustakaan IPTA/IPTS. Bengkel yang dijalankan selama tiga hari ini telah diadakan di ruang aras 3, PTSL. Pelbagai topik menarik berkenaan isu pemeliharaan dan penjilidan bahan telah dibincangkan dalam sesi bengkel tersebut.

Bengkel yang merupakan aktiviti dwi tahunan Unit Pengurusan Jurnal Dan Jilidan ini telah membuat beberapa penambahbaikan antaranya ialah peserta telah dibawa melawat ke Unit Koleksi Arkib dan Khas, Muzium Warisan Akademik dan Galeri Tuanku Jaafar.

Antara penceramah yang turut serta berkongsi pengalaman dalam bidang kearkiban dan pemeliharaan bahan adalah Pegawai dari Arkib Negara, Puan Siti Sapinah Rahman Oh. Tajuk ceramah beliau ialah “Pemeliharaan dan Pemuliharaan Rekod Kertas”. Sesi seterusnya diteruskan oleh Pensyarah Fakulti Pengajian Maklumat, UITM Shah Alam, Encik Zailan Endin, yang membentangkan kertas kerja bertajuk “Pemeliharaan dan Pemuliharaan Bahan”.

Peserta bengkel juga telah berpeluang berkongsi ilmu dengan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Save berkaitan projek minor repair. Projek yang dihasilkan oleh KIK Save ini memberi fokus baikpulih kepada bahan yang mengalami kerosakan ringan atau kecil. Encik Mohd Hanif Zainal telah membentangkan projek tersebut.

Pada hari kedua, Encik Mohmad Zam Kedol dari Arkib Negara dengan dibantu oleh 4 orang fasilitator iaitu Pembantu Pemuliharaan dari Unit Pengurusan Jurnal dan Jilidan, PTSL telah mengendalikan sesi amali bengkel. Pembekal Access Innotech Sdn Bhd turut mengambil peluang mempromosikan produk keluaran syarikat mereka iaitu peralatan yang boleh digunakan untuk book care and book repair bagi buku atau jurnal yang rosak.

Sesi pembentangan oleh Encik Zailan Endin

Sebagai kesimpulan, bengkel tersebut telah berjaya mencapai objektif penganjurannya

iaitu memberi pendedahan dan pengetahuan kepada peserta mengenai proses pemeliharaan

dan penjilidan secara teori dan kaedah jahitan secara amali. Peserta juga berpeluang berkongsi idea mengenai penambahbaikan

kaedah dan proses kerja penjilidan.

LAWATAN PENANDAARASAN KE PUSAT SUMBER DAN FOTOGRAFI, JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

“Jabatan Penerangan Malaysia mempunyai jumlah koleksi foto yang hampir mencecah 3 juta keping

gambar dengan lebih 80 ribu peristiwa”

Asmany Aza AhmadPerpustakaan Tun Seri Lanang, UKM

[email protected]

Unit Koleksi Arkib dan Khas telah menganjurkan lawatan penandaarasan ke Pusat Sumber Dan Fotografi,

Jabatan Penerangan Malaysia pada 16 Jun 2014 (Isnin). Lawatan ini diketuai oleh Puan Asmany Aza Ahmad (Ketua Unit Koleksi Arkib dan Khas) dan disertai oleh kakitangan perpustakaan, pegawai dan kakitangan dari Muzium Warisan Akademik serta Jurufoto dari Pusat Komunikasi Korporat.

Selepas taklimat, kami telah dibawa untuk melihat koleksi foto yang terdapat di Jabatan Penerangan. Selain itu, kami juga turut dibawa untuk melihat tempat penyimpanan negatif filem dan diberikan taklimat mengenai kaedah pemeliharaan dan pemuliharaan foto.

Jabatan Penerangan Malaysia mempunyai jumlah koleksi foto yang hampir mencecah 3 juta keping gambar dengan lebih 80 ribu peristiwa. Seiring dengan perubahan teknologi, pihak Jabatan Penerangan Malaysia telah mendigitkan foto-foto yang berada di dalam koleksi mereka sejak tahun 2003 untuk memudahkan pengaksesan kepada pelanggan. Portal My1foto mengandungi 10 ribu keping gambar yang merangkumi peristiwa dari tahun 2002.

Tujuan utama lawatan ini adalah:• Mempelajari pembangunan dan pengurusan

foto terutamanya dari segi pemeliharaan dan pemuliharaan foto.

• Melihat keperluan prasarana dan peralatan dalam pembangunan koleksi foto.

• Memberi pendedahan kepada kakitangan yang mengendalikan foto mengenai teknik yang betul dalam pengendalian foto.

Lawatan kami disambut mesra oleh pegawai dan kakitangan dari Pusat Sumber dan Fotografi. Taklimat telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah, Pusat Sumber dan Fotografi, Jabatan Penerangan Malaysia, Y.Bhg. Datin Jamaliah Mohd Nayan.

Sesi taklimat oleh Y. Bhg. Datin Jamaliah Mohd Nayan, Timbalan Pengarah, Pusat Sumber dan Fotografi, Jabatan

Penerangan Malaysia

Sampul menyimpan foto Canselor, Pro Canselor dan Naib Canselor UKM

Sampul bebas asid yang menyimpan negatif filem

Kabinet penyimpanan foto

Secara keseluruhannya lawatan ini amat berguna kepada kakitangan untuk mengendalikan serta menguruskan foto dengan sempurna.

Page 13: MEDIA SOSIAL - ukm.my · boleh mengaplikasikan media sosial dalam memperkasakan perkhidmatannya kepada pelanggan. Di antara media sosial yang digemari oleh generasi kini adalah facebook,

2524

Ruzita KamisPerpustakaan Tun Seri Lanang, UKM

[email protected]

Perpustakaan UKM mempertaruhkan 3 kumpulan terhebat iaitu Kik Siber, Mikromedia dan Save bagi

mewakili UKM dalam Pertandingan KIK Peringkat Perpustakaan Se-Malaysia pada 25-26 November 2014 yang

lalu. Pertandingan yang diadakan di Copthorne Orchid Hotel Pulau Pinang ini menyaksikan 20 pasukan berentap

mempersembahkan hasil kreativiti dan inovasi yang terdiri daripada Perbadanan Perpustakaan Awam dan IPTA.

Antara objektif penganjuran konvensyen adalah untuk menambahbaik dan meningkatkan kualiti serta produktiviti kerja khususnya dalam sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan melalui keupayaan mencipta cara kerja

baharu atau menghasilkan inovasi.

Sebanyak dua kategori dipertandingkan iaitu teknikal dan pengurusan. Kebanyakan projek yang dibentangkan mempunyai saingan yang sengit dari segi kreativiti, inovasi produk, penceritaan mengikut QC dan penggunaan alat-alat KIK sedia ada. Dengan diperuntukan masa hanya 10 minit, setiap kumpulan bijak mengatur strategi membuat persembahan kreatif dan berinovatif. Selain mempersembahkan projek, setiap kumpulan dikehendaki mempromosikan ciptaan inovasi melalui pameran.

Berikut merupakan keputusan pertandingan. Bagi kategori pengurusan kumpulan White Hornbill dari Pustaka Sarawak dinobatkan sebagai Johan diikuti Naib Johan kumpulan Biblioteca (Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang) dan tempat ketiga adalah Smart Acqlib (Perpustakaan UPM) manakala bagi kategori teknikal pula, kumpulan Save dari Perpustakaan UKM dipilih sebagai Johan, diikuti Naib Johan kumpulan D’Baca dari Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, dan kumpulan KeyLite dari UiTM Shah Alam berpuashati di tempat ketiga. Persembahan yang penuh kreatif oleh kumpulan White Horbill dengan berkonsepkan rancangan bual bicara Primadona diangkat sebagai Persembahan Terbaik.

Kumpulan Save dengan persembahan penuh bersahaja dan berkeyakinan melalui ciptaan inovasi “Just Easy Glue Dispenser (Jeg-D) berjaya merangkul trofi JOHAN KATEGORI TEKNIKAL. Kemenangan ini melayakkan kumpulan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM3,000. Kumpulan bersaing sengit dengan Q-Libri dari UPM yang mempertaruhkan inovasi mesin membuat kekulit bahan, namun Save berjaya menambat hati panel hakim melalui Mesin Pembancuh Gam automatiknya. Walaupun kecundang di peringkat saringan UKM dan pernah menerima kritikan hebat, kumpulan tidak berputus asa dan menjadikan ia sebagai batu loncatan bagi membuktikan bahawa produknya adalah terbaik, dapat direplikasikan, berimpak positif kepada jabatan dan mempunyai nilai komersial. Di sebalik kejayaan Save adalah semangat juang yang tinggi dan kerja berpasukan di kalangan ahli.

Tidak ketinggalan juga Kumpulan Mikromedia menampilkan idea kreatif melalui inovasi Ecobay. Siapa percaya kumpulan yang baru menapak dalam KIK mampu mempersembahkan projek setanding dengan kumpulan yang telah sampai ke peringkat antarabangsa. Petikan kata-kata Ketua Juri "Penceritaaan projek kamu adalah seperti kumpulan yang berpengalaman", tetapi apakan daya tuah tidak berpihak kepada mereka. Walaupun tidak mendapat tempat dalam konvensyen di Pulau Pinang, namun boleh dibanggakan kerana ia adalah satu-satunya kumpulan yang melepasi saringan dan mewakili Perpustakaaan UKM ke Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) ke-19 UKM pada 17 Disember 2014. Dalam konvensyen tersebut kumpulan terpaksa bersaing sengit dengan beberapa kumpulan terhebat dari PPUKM iaitu Sinaran, Paradigm. dan Permadi 2. Mikromedia memperoleh pencapaian membanggakan di tempat ke 4. Kemenangan keseluruhan pertandingan menjadi milik Kumpulan Sinaran kerana kehebatan inovasinya yang memberi impak besar kepada Pemegang Taruh UKM.

Sehari sebelum pertandingan, ketiga-ketiga kumpulan KIK UKM telah berkampung di D’feringghi Hotel, Pulau Pinang untuk persediaanterakhir. Jawatankuasa Pemandu KIK turut serta bersama ahli kumpulan bersengkang mata hingga ke dini hari bagi memastikan laporan projek dan skrip pembentangan mematuhi semua kriteria. Kehadiran Timbalan Ketua Pustakawan Tertinggi, Puan Rosnah Suliman, menyuntik semangat ahli kumpulan untuk berusaha dengan lebih gigih.

Pada keesokan harinya, bermula sesi pembentangan projek yang ditentukan giliran mengikut cabutan undi. Kumpulan Mikromedia mendapat giliran ke-4, Siber ke-10 dan terakhir adalah Save sebagai penutup pertandingan.

KIK Siber di bawah bimbingan Encik Azman Idris adalah kumpulan yang tidak kurang hebatnya membuat persembahan yang memberangsangkan bagi merealisasikan ciptaan baru EzPress untuk dinilai oleh panel hakim. Cetusan idea “Innovative and Creativity” ini berhasil mengatasi masalah pengurusan akhbar harian yang tidak sistematik di Perpustakaan PPUKM. Walaupun tidak dipilih sebagai pemenang, komitmen dan kesungguhan ahli kumpulan harus dipuji dan ia menjadi pemangkin kepada ahli untuk berfikir secara praktikal dan krirtikal dengan menterjemahkan idea dan teori kepada bentuk aplikasi.

“Penceritaaan projek kamu adalah seperti kumpulan yang berpengalaman,” tetapi apakan daya tuah tidak berpihak kepada

mereka.

Apa yang penulis boleh simpulkan, Konvensyen KIK merupakan platform terbaik sebagai forum mempersembahkan hasil kreativiti dan inovasi bagi penambahbaikan yang telah dirancang untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang berimpak positif kepada jabatan dan masyarakat. Semoga keberhasilan dari KIK menjadi wahana tranformasi kecemerlangan Perpustakaan UKM. Pengalaman penulis berkampung di Pulau Pinang bersama ketiga-ketiga kumpulan dan Jawatankuasa Pemandu adalah satu pengalaman dan kenangan manis yang tidak boleh dinilai. “Semoga KIK terus mekar bersama Warga Perpustakaan”

MEKAR DI PERSADA KEBANGSAANKIK UKM

KIK SIBERKIK MIKROMEDIA

KIK SAVE

SABAR TEKUN

KOMUNIKASI

FOKUS KREATIF

Page 14: MEDIA SOSIAL - ukm.my · boleh mengaplikasikan media sosial dalam memperkasakan perkhidmatannya kepada pelanggan. Di antara media sosial yang digemari oleh generasi kini adalah facebook,

2726

BAHAGIAN PENGURUSAN PERKHIDMATANINOVASI

PEMBENTANGAN

Shaizimah BadzriPerpustakaan Tun Seri Lanang, UKM

[email protected]

B ahagian Pengurusan Perkhidmatan (BPP) Perpustakaan Tun Seri Lanang yang diterajui oleh Puan Rosnah Yusof telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Sesi Pembentangan

Inovasi pada 27 Mei 2014, jam 11.30 pagi bertempat di Sanggar Ilmu. Sebelum itu semua warga kerja BPP telah dimaklumkan dan diminta bersedia dengan projek inovasi masing-masing. Borang khas telah diedarkan untuk mencatatkan diskripsi inovasi masing-masing. Tujuan sesi ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada warga BPP mengeluarkan idea-idea baru yang dapat membantu meningkatkan mutu perkhidmatan mereka di unit masing-masing. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menjadikan inovasi dan pemikiran kreatif sebagai satu budaya.

Sebanyak 17 inovasi daripada tujuh unit di bawah BPP dan UPJJ telah dibentangkan secara individu dan berkumpulan. Ternyata pelbagai idea baru telah diketengahkan. Puan Rosnah Yusof sebagai panel telah memberikan respon kepada setiap pembentangan yang dibuat. Inovasi yang telah dibentangkan adalah seperti berikut :

Unit Perkhidmatan Pelanggan

e-LokarKetua : NoorhaiyatiAhli : Nor Rapiza, Norlaili

1

e-PelawatKetua : Hamzah JahidAhli : Azemi Ahmad, Muhammad Fadhil,Shahrol Faizal

Merekod Data Permohonan SPPKetua : Farah EizaAhli : Nor Ilyah Othman, Nurul Huda

SignageKetua : Jufri Mat SaanAhli : Bakri Abu Yazid, Manan Abd. Rahman, Mustaffa Kamal, Abd. Razak, Zaker Abd. Rahman, Hanim Yahya

2

3

4

5Jadual Giliran Tugas Kaunter UPP Yang Lebih BerkesanKetua : Mad MunasirAhli : Hamzah, Zulkifli, Mas Fadhilah, Mohd Shazwan, Intan Shahira

Unit Koleksi Media

6 Mukasurat Judul Tesis MikrofilemKetua : Mohd ZulAhli : Shahrizal, Nordin, Hafiz, Saripah

7 Memudahkan Proses Cop Borang Pinjaman Mohd Zohdi Harun

8Penjimatan ‘Stopper’Ketua : MohainiAhli : Siti Hapsah

9 Memanfaatkan Bahan TerbuangAtiuullah

10

Unit Arkib dan Khas

Pemantauan Pengesahan Rekod Sistem e-RepKetua : NoreehanAhli : Siti Zarenah

Penambahbaikan Pemprosesan Bahan Koleksi Arkib dan KhasKetua : Rosmizawaty Ahli : Hamdan, Siti RobiatulAdawiyah

11

Unit Perkhidmatan Penyelidikan

12 Borang Senarai Semak MakmalKetua : Ahmad FaridAhli : Radiyana, Nur Murni-Aznin

13Perkhidmatan Maklumat NIC PenyelidikKetua : Shaizimah BadzriAhli : Nor Hamsiah, Mariatul Qibtiah

Unit Perkhidmatan Maklumat

14Photobooth di PerpustakaanKetua : Bahari ChanAhli : Anis Rohaiza, Afifi

Unit Koleksi Arab & Tamadun Islam

15Laman Apresiasi PelangganKetua : NoorashikinAhli : Noraini, Siti Norsiah, Zaiful

Unit Koleksi Asia Tenggara & Dokumen

16Penambahbaikan Suis Lampu di Koleksi Asia Tenggara dan DokumenKetua : Johari Badu JabarAhli : Rohaina, Rosmarila, Azizul

Unit Perkhidmatan Jurnal & Jilidan

17Inovasi Kaunter Perkhidmatan JurnalKetua : Rahman MonAhli : Mazarita Sidek

Hasil daripada siri pembentangan pertama ini, suatu lagi sesi pembentangan telah diadakan dengan kehadiran Ketua Pustakawan, Puan Hafsah Mohd pada 23 Jun 2014 (Isnin) jam 10.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat, Aras 5. Kesemua pembentang sekali lagi diminta membuat pembentangan hasil inovasi mereka yang telah ditambah baik.

Sesuatu inovasi itu bukan diukur pada gah namanya atau besar projeknya, tetapi impak yang dapat diberikan dan manfaat yang diperolehi daripadanya. Jika sesuatu inovasi itu dapat meningkatkan mutu perkhidmatan dan sistem penyampaian seharusnya kredit diberikan kepada usaha tersebut. Sebagai kakitangan perkhidmatan awam, inovasi sudah menjadi sebahagian daripada aspek yang ditekankan dan akan dinilai penglibatannya setiap tahun. Seharusnya setiap kakitangan sentiasa memikirkan inovasi yang dapat memberi transformasi kepada perkhidmatan yang diberikan dan mampu meningkatkan mutu kerja dan perkhidmatan kepada pelanggan. Semoga Siri Pembentangan Inovasi seumpama ini dapat memberikan anjakan paradigma dan inspirasi kepada semua warga kerja untuk sama-sama membuat transformasi di dalam tugasan harian sesuai dengan konsep Strategi Lautan Biru (Blue Ocean Strategy) seperti yang disarankan oleh Naib Canselor UKM.

MENARIK TENTANG PERPUSTAKAAN

Perpustakaan Tertua Di DuniaPerpustakaan tertua di dunia adalah St. Catherine Monastery yang terletak di Sinai, Mesir. Perpustakaan tersebut dibangun pada pertengahan abad ke-6. St. Catherine Monastery menyimpan koleksi buku keagamaan terbanyak kedua di dunia setelah Vatikan. Perpustakaan ini tidak terbuka untuk umum. Hanya tokoh-tokoh agama dan pelajar yang memiliki surat izin yang dapat masuk.

Perpustakaan Tertinggi Di DuniaMenurut Guinness World Records, perpustakaan tertinggi di dunia terletak di JW Marriott Hotel, Tomorrow Square, Republik Tiongkok. Perpustakaan tersebut terletak di lantai 60 atau sekitar 230 meter di atas tanah.

Perpustakaan Terbesar Di DuniaPerpustakaan terbesar di dunia adalah Library of Congress yang terletak di Washington D.C., Amerika Serikat. Koleksinya mencakup lebih dari 36 juta buku, 3,5 juta rekaman, 13,7 juta foto, 5,5 juta peta, 6,7 juga lembar musik, dan 69 juta manuskrip.

Pustakawan Pertama Di DuniaSejarah mencatat Zenodotus dari Ephesus, yang hidup di zaman Ptolemy, sebagai pustakawan pertama di dunia. Zenodotus adalah ahli bahasa, kritikus sastra, dan murid dari Homer. Ia adalah pustakawan Perpustakaan Alexandria yang pertama. Zenodotus juga disebut-sebut sebagai pelopor konsep perpustakaan kontemporer.

Sumber : http://blog.digishelf.co.id/single-post/7-fakta-unik-tentang-perpustakaan

Page 15: MEDIA SOSIAL - ukm.my · boleh mengaplikasikan media sosial dalam memperkasakan perkhidmatannya kepada pelanggan. Di antara media sosial yang digemari oleh generasi kini adalah facebook,

2928

Hari Terbuka FPI 2014 Jaringan Kerjasama Antara Perpustakaan dan FakultiMaslia Manshor ([email protected])Nik Salimah Nik Abdullah ([email protected])Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM

Pada 22 Mei 2014 perpustakaan telah menyertai Hari Terbuka Fakulti Pengajian Islam (HiTs 2014) yang berlangsung di Bilik Seminar Siswazah 1 dan Dataran BSS1

Fakulti Pengajian Islam. Selain perpustakaan, pelbagai pusat tanggungjawab (PTJ) dan persatuan turut sama memeriahkan hari tersebut dengan membuka gerai perkhidmatan dan maklumat seperti Pusat Pengajian Siswazah, Pusat Kembangan Pendidikan dan CRIM.

Antara pustakawan di Gerai Perpustakaan

Pustakawan Seranta Fakulti dan Jawatankuasa Kaji Selidik e-Buku adalah antara pihak yang bertanggungjawab menguruskan gerai perpustakaan. Penglibatan perpustakaan adalah dengan tujuan mempromosikan perkhidmatan yang terkini di samping mendapat maklum balas tentang tahap penggunaan e-buku di kalangan pelajar dan warga akademik.

Pengunjung yang mengunjungi Gerai Perpustakaan

44

Ruzita KamisPerpustakaan Tun Seri Lanang, UKM

[email protected]

HADIRI KURSUS PROMOSI PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN

KAKITANGAN

Pada 15 Mei 2014, Perpustakaan UKM dengan kerjasama Unit Latihan, Jabatan

Pendaftar UKM telah menganjurkan Kursus Promosi Perkhidmatan Perpustakaan. Kursus yang dihadiri seramai 44 kakitangan ini berobjektif memberi pengetahuan kepada kakitangan tentang cara yang berkesan untuk mempromosikan bahan dan perkhidmatan yang disediakan kepada pelanggan. Dua penceramah jemputan adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM, Encik Abu Bakar Suleiman, dan Pengurus Maklumat, Pusat Maklumat & Perpustakaan BERNAMA, Puan Hasnita Hj. Ibrahim.

Pada sebelah petangnya pula, slot perkongsian amalan terbaik oleh Puan Hasnita Hj. Ibrahim. Pusat Maklumat & Perpustakaan BERNAMA dikenali sebagai organisasi yang sering menganjurkan kelainan aktiviti yang memberi kesan besar kepada pelanggan. Antara kelainan adalah Sembang Who’s Who, Book Summary Race, Friendly InfoLib, Le Tour de InfoLib dan sebagainya. Puan Hasnita berpendapat “Thinking outside the box bukan hanya terhad kepada tugasan asas sahaja malah kepada setiap penganjuran aktiviti, nama, tema acara dan permainan perlu kreatif dan catchy agar dapat memberi tarikan yang tersendiri.”

Beliau menyarankan, perpustakaan perlu aktif dan proaktif dengan penganjuran program promosi agar perpustakaan terus relevan dan dikunjungi sama ada secara fizikal ataupun maya.Walaupun tidak mempunyai peruntukan yang besar, sesuatu aktiviti itu tetap boleh diadakan dengan berfikiran kreatif dan mengunakan sumber serta kemudahan yang sedia ada. Bekerjasama dengan pelbagai pihak akan menambahnilai, memberi impak dan menghasilkan lebih kejayaan kepada penganjuran sebarang program.

Sebagai kesimpulannya, kursus ini berjaya mencapai objektifnya. Walau bagaimanapu kejayaan sesebuah promosi sangat bergantung rapat kepada semangat kerjasama yang tinggi di kalangan kakitangan serta perancangan yang teliti, sekaligus perkhidmatan perpustakaan dapat dipertingkatkan secara keseluruhannya.

Antara intipati kursus, peserta diajar tentang konsep pemasaran, promosi dan perhubungan awam. Apa yang dimaksudkan dengan promosi merujuk kepada peningkatan kesedaran pelanggan terhadap sesuatu produk atau jenama yang menjana jualan dan membina penjenamaan. Bagi perpustakaan, promosi dan perhubungan awam saling berhubungkait untuk meningkatkan kesedaran pelanggan tentang suatu program dan perkhidmatan yang ditawarkan. Encik Abu Bakar berpendapat “Banyak perpustakaan tidak berubah bukan kerana mereka tidak mahu berubah tetapi mereka tidak tahu atau tidak nampak keperluan untuk mereka berubah”. Justeru itu, Perpustakaan UKM perlu berubah mengikut peredaran masa.

“Thinking outside the box bukan hanya terhad kepada tugasan asas sahaja malah kepada setiap penganjuran aktiviti, nama, tema acara dan permainan perlu kreatif dan catchy agar dapat memberi tarikan

yang tersendiri.” Cabaran JEJAKMAKLUMAT @ Koleksi Islam, PTSLMaslia ManshorPerpustakaan Tun Seri Lanang, [email protected]

Ahad 16 November 2014 - Unit Koleksi Arab dan Tamadun Islam telah berjaya menganjurkan Cabaran

Jejak Maklumat khusus untuk pelanggan koleksi ini. Tujuan utama cabaran ini diadakan adalah untuk menguji kemahiran pencarian maklumat, melatih pelajar untuk menggunakan ‘kad penanda’ yang telah disediakan serta membiasakan pelajar dengan susunan rak di koleksi.

Syabas dan tahniah kepada semua pemenang. Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan

kepada semua kakitangan Unit Koleksi Arab & Tamadun

Islam, pustakawan seranta Fakulti Pengajian Islam dan pelajar praktikal yang telah membantu dan bekerjasama

menjayakan program ini.

Seramai 11 kumpulan telah menyertai aktiviti yang terdiri daripada pelajar Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Sains & Teknologi. Acara telah bermula pada jam 11.30 pagi di Sanggar Ilmu untuk pembahagian kumpulan dan taklimat ringkas oleh urusetia. Setiap kumpulan perlu menyelesaikan lapan soalan yang meliputi carian maklumat subjek Pengajian Islam dalam UKM Journal Article Repository (UJAR), e-Repositori (e-Rep), Gemilang dan penggunaan kad penanda semasa mendapatkan buku di rak.

Antara aktiviti menarik yang diadakan sepanjang program berlangsung seperti Kaunseling Kerjaya, Klinik Siswazah, forum dan pameran poster penyelidikan. Gerai perpustakaan mendapat sambutan menggalakkan daripada pelajar dan pensyarah yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan senarai jurnal terindeks Pengajian Islam, keahlian perpustakaan dan maklumat terkini Koleksi Arab & Tamadun Islam.

Semoga aktiviti sebegini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang dan kerjasama antara perpustakaan dan Fakulti Pengajian Islam akan terus terjalin mantap.

Peserta bertungkus-lumus mendapatkan

maklumat

Gambar peserta bersama Puan Rosnah Suliman

Sesi taklimat sebelum cabaran bermula

Cabaran jejak maklumat ini berlangsung selama 1 jam 30 minit. Tiga kumpulan paling pantas dan jawapan yang tepat dipilih sebagai pemenang. Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pustakawan Tertinggi, Puan Rosnah Suliman. Maklum balas daripada semua peserta amat baik dan memohon diadakan lagi aktiviti seperti ini pada masa akan datang.

Page 16: MEDIA SOSIAL - ukm.my · boleh mengaplikasikan media sosial dalam memperkasakan perkhidmatannya kepada pelanggan. Di antara media sosial yang digemari oleh generasi kini adalah facebook,

3130

Kayuhan Amal @ PTSL

Zaidah SulaimanPerpustakaan Lingkungan Kedua, UKM

[email protected]

Program Kayuhan Amal@PTSL telah diadakan pada 27 September 2014. Walaupun program ini

pertama kali diadakan, program ini mampu dibanggakan apabila berjaya mencapai matlamat untuk mengumpul dana bagi disumbangkan kepada Dana Endowmen Perpustakaan UKM. Program ini dianjurkan oleh Perpustakaan UKM dengan kerjasama Kelab Berbasikal UKM, Pusat Kesihatan UKM dan Bahagian Keselamatan UKM sempena Karnival Maklumat Perpustakaan.

Katanya, penubuhan dana adalah untuk memastikan PTSL mempunyai sumber kewangan yang stabil, konsisten dan berterusan untuk jangka panjang. Dana ini juga bertujuan untuk menampung perbelanjaan mengurus bagi perolehan sumber maklumat dan peralatan perpustakaan, sekali gus meningkatkan kualiti perkhidmatan dan persekitaran perpustakaan.

Selain itu, katanya penyertaan dalam program itu juga sejajar dengan usaha membudayakan amalan gaya hidup sihat di kalangan rakyat Malaysia. Beliau berkata, Kajian Mobiliti Ke-4 yang dijalankan oleh pelajar perubatan sebuah universiti tempatan menunjukkan tahap kesihatan rakyat negara ini semakin menurun apabila golongan usia 30-an dan ke atas cenderung mendapat penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi dan koronari. Kajian itu juga mendapati peningkatan golongan wanita berusia 25 hingga 35 tahun yang mendapat darah tinggi juga semakin serius. Malangnya, kebanyakan penghidap tidak menyedari mereka menghidap penyakit itu hingga menjalani pemeriksaan.

Katanya, fakta ini disokong oleh kajian Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Pelan Strategik Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia 2013-2017. Kajian itu menganggarkan kira-kira 2.6 juta penduduk menghidap diabetes, 5.8 juta tekanan darah tinggi, 6.2 juta peningkatan kolesterol dan 2.5 juta obesiti. Ini menunjukkan rakyat Malaysia masih jauh ketinggalan dalam amalan gaya hidup sihat dan pemakanan seimbang.

Selain mengumpulkan sumbangan untuk Dana Endowmen Perpustakaan UKM, program ini juga dapat memupuk amalan gaya hidup sihat melalui aktiviti berbasikal serta mengeratkan hubungan antara warga UKM dan komuniti, organisasi serta syarikat.

Selepas kempen promosi hingga tarikh tutup, akhirnya seramai 69 orang mendaftar untuk mengikuti program ini. Walau bagaimanapun, hanya 61 orang yang muncul pada hari kayuhan. Mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang meliputi ahli kelab basikal seperti Kelab Berbasikal UKM, Kelab Berbasikal Lakers dan Kelab Berbasikal Laguna. Turut membuktikan kehebatan berbasikal adalah warga UKM, termasuk kakitangan perpustakaan.

Kayuhan bermula seawal jam 8.00 pagi di PUSANIKA telah dirasmikan oleh Ketua Pustakawan UKM, Puan Hafsah Mohd. Dalam ucapan perasmian, Puan Hafsah telah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang dan peserta kayuhan yang membantu menyumbang kepada Dana Endowmen Perpustakaan.

Sehubungan itu, katanya antara cara yang paling mudah untuk menangani isu kesihatan adalah dengan memupuk tabiat berbasikal di kalangan rakyat yang juga boleh disertai semua peringkat umur dan latar belakang.

Selepas kayuhan berakhir sekitar jam 10.30 pagi, urusetia mengadakan acara cabutan bertuah yang menawarkan hadiah hamper dan juga basikal sumbangan Bicycle Extreme Sport yang dimenangi oleh Pustakawan PTSL, Cik Athirah Omar.

Walaupun sudah pasti ada kekurangan di sana sini, terutama kerana julung kali diadakan, majoriti peserta berpuas hati dan mengharapkan program ini dapat diadakan lagi pada masa depan.

Peserta Kayuhan Amal mengabadikan kenangan di salah satu check point

...golongan usia 30-an dan ke atas cenderung mendapat penyakit kronik seperti diabetes,

darah tinggi dan koronari.

Sebelum kayuhan bermula, acara memanaskan badan iaitu senaman ringan diadakan dengan dibimbing oleh kakitangan perpustakaan, Encik Helmie Zainudin. Berbeza dengan program kayuhan lain yang berbentuk pertandingan, kayuhan amal ini lebih berkonsep santai dengan memberi peluang kepada peserta menikmati panaroma indah di sekitar UKM. Peserta kayuhan telah melalui laluan Canselori, Stadium, Kelab Golf Danau, Kolej Keris Mas, Pusat PERMATApintar Negara, Rumah Tumbuhan, Pusat Kesihatan, Masjid dan berakhir di PUSANIKA.

Ketika kayuhan sejauh kira-kira 5 kilometer berlangsung, peserta diminta berkumpul di tiga check point, iaitu di Kolej Keris Mas, Pusat PERMATApintar Negara dan persimpangan EiMas sebelum meneruskan perjalanan. Majoriti peserta mempamerkan kayuhan bersungguh-sungguh hingga ke garisan penamat. Hanya enam orang peserta yang tidak berjaya menghabiskan kayuhan. Mereka dibawa menaiki kereta oleh urusetia mengekori peserta terakhir yang berkayuh.

Pemenang-pemenang bergambar bersama pihak pengurusan Perpustakaan UKM

Page 17: MEDIA SOSIAL - ukm.my · boleh mengaplikasikan media sosial dalam memperkasakan perkhidmatannya kepada pelanggan. Di antara media sosial yang digemari oleh generasi kini adalah facebook,

3332

Lawatan KePETRONAS PETROLEUM RESOURCE CENTRE (PRC)Jamain ManapPerpustakaan Tun Seri Lanang, [email protected]

Pada 19 Februari 2014 Perpustakaan UKM telah mengadakan lawatan ke Petroleum Resource Centre

(PRC) di Kuala Lumpur City Center (KLCC). Lawatan yang dianjurkan oleh Unit Koleksi Asia Tenggara dan Dokumen ini disertai oleh 43 orang kakitangan termasuk 6 orang pustakawan. Lawatan ini diketua oleh Encik Shahruddin Shafri.

Objektif lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai perkembangan perkhidmatan dan kemudahan pusat sumber di samping membuat penandaarasan amalan terbaik yang dapat dipraktikkan di Perpustakaan UKM.

Rombongan tiba di KLCC tepat jam 10.00 pagi dan telah disambut mesra oleh kakitangan PRC di tingkat bawah. Sedikit taklimat ringkas diberi oleh pegawai PRC sebelum sesi lawatan bermula. Pas pelawat diberi kepada setiap peserta lawatan untuk menuju ke tingkat empat dan pemeriksaan kawalan keselamatan dijalankan sebelum memasuki bangunan.

Ketika sesi lawatan ini, taklimat telah disampaikan oleh Eksekutif PRC, Puan Nurul Sha’adah Abdul Kalam. Perpustakaan yang baru diubahsuai mengikut gaya hidup Generasi Y mempunyai susun atur dan rekaan yang sangat unik dan cantik. Perabut dan suasananya lebih moden, terkini dan lebih santai.

Di setiap sudut mempunyai nama yang sangat unik dan menarik seperti i-Media, M.I.N.D.A area, i-Zoom dan sebagainya. Pengubahsuaian ini banyak dilihat dan diambil dari perpustakaan luar negara sebagai penambahbaikan. Hasil pengubahsuaian yang dilakukan, didapati statistik penggunaan sumber dan kemudahan di PRC semakin meningkat berbanding sebelumnya. Pengubahsuaian diambil berdasarkan kajian dan maklumbalas yang dijalankan terhadap kakitangan Petronas.

Seterusnya kami dibawa oleh pegawai PRC ke bahagian ‘skybridge’ untuk sesi lawatan kedua dan kami diberi peluang menikmati keindahan pemandangan dari tingkat 42. Pemandangannya sangat indah dan bangunan sekitar Kuala Lumpur dapat dilihat dengan jelas.

Secara keseluruhannya, lawatan ini dapat memberi pendedahan, pengetahuan dan maklumat kepada para peserta lawatan mengenai perkembangan kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan yang terkini.

Encik Shahruddin Shafri menyampaikan cenderahati tanda kenangan

Kemudahan komputer dengan perabot citarasa kini

Merakam kenangan di jambatan tingkat 41 Menara KLCC

Suasana persekitaran perpustakaan seperti hotel terkemuka

PelancaranSURAU TUN SERI LANANG

Rohaya UmarPerpustakaan Dr. Abdul Latiff

[email protected]

Gotong-royong mengecat semula bangunan surau

Kaum wanita mengemas telekung dan memasang langsir

Penyerahan tong cat oleh Syarikat Bina Integrated Trading kepada Ketua Pustakawan UKM, Puan

Hafsah Mohd

“Sesiapa yang memenuhi hajat saudaranya yang beragama Islam

baginya pahala seperti pahala orang yang mengerjakan haji dan umrah.”

(Riwayat Ibn al-Jawzi)

Satu majlis gotong royong mengecat Surau Perpustakaan Tun Seri Lanang yang terletak di Aras 2, Bangunan Perpustakaan Tun Seri Lanang telah

diadakan pada 20 Disember 2014. Surau ini telah berubah wajah dengan lebih berseri selepas menerima sumbangan cat dari Syarikat Bina Integrated

Sdn Bhd yang mengeluarkan cat jenama “Bina Paint”. Inisiatif yang telah dijalankan oleh pasukan KRA 5 perpustakaan yang diketuai oleh Encik

Shamsudin Ibrahim telah berjaya menarik minat pemilik syarikat bumiputra milik Tuan Haji Rosli Haji Adam menyumbangkan sejumlah cat dan tenaga

kakitangannya dalam mengecat surau tersebut. Aktiviti ini merupakan sumbangan CSR daripada syarikat tersebut.Semoga Allah swt memberkati

usaha dan jasa beliau dan syarikatnya.

Sebelum majlis perasmian dijalankan Jawatankuasa Kelab Kebajikan Warga Perpustakaan yang diketuai Encik Hazmir Hj. Zainal telah melakukan beberapa inisiatif mendapatkan beberapa sumbangan daripada pihak lain seperti Pusat Islam UKM, Jabatan Pengurusan Penyelengaaran dan lain-lain bagi memudahkan urusan gotong royong. Gotong royong ini juga telah melibatkan seramai 40 orang mahasiswa / mahasiswi yang diketuai oleh Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar, Muhammad Sallehudin Khalid. Sukarelawan telah membersih tandas dan stor, mengemas telekung, al-Quran dan kitab, memasang langsir pemisah antara ruang solat lelaki dan wanita. Di samping itu seorang pelajar telah menulis khat ayat Quran di dinding surau.

Majlis perasmian ini telah berjalan dengan lancar dan disempurnakan oleh Ketua Pustakawan, Puan Hafsah Mohd yang mewakili Naib Canselor UKM, Yang Berbahagia Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali. Di majlis tersebut Ketua Pustakawan telah menyampaikan sijil penghargaan dan keahlian kehormat kepada Tuan Haji Rosli Adam sebagai mengiktiraf sumbangan syarikat beliau. Pengiktirafan juga diberikan kepada Pusat Islam UKM yang telah menyumbang 30 buah Al-Quran Wakaf . Pihak Bina Intergrated pula telah memberi hadiah cenderahati sebanyak 2 tong cat Bina Paint kepada Ketua Pustakawan dan Naib Canselor. Di akhir majlis sebagai tanda simbolik Puan Hafsah telah menerima 30 borang keahlian sulong Kelab Mahasiswa @ptsl dari Yang DiPertua Majlis Pewakilan Pelajar.

Page 18: MEDIA SOSIAL - ukm.my · boleh mengaplikasikan media sosial dalam memperkasakan perkhidmatannya kepada pelanggan. Di antara media sosial yang digemari oleh generasi kini adalah facebook,

3534

PERPUSTAKAAN UKM 2014

HARI BERSAMA PELANGGAN

Anna Kustyana MukandarPerpustakaan Undang-Undang, [email protected]

H ari Bersama Pelanggan 2014 telah diadakan pada 23 September 2014 di Perpustakaan Tun Seri Lanang dan 25 September 2014 di perpustakan-perpustakaan cabang.

Berbeza dengan tahun sebelumnya, Hari Bersama Pelanggan berlangsung serentak dengan Karnival Maklumat Perpustakaan. Ini adalah untuk memeriahkan lagi acara yang

dirancang sepanjang minggu karnival itu diadakan.

Pelbagai acara menarik telah diadakan bagi mencapai tujuan merapatkan hubungan di antara pelanggan dan perpustakaan seperti Jejak Maklumat, Roda Impian, Kuiz dalam Talian, Bual Bicara dan Demo Pangkalan Data. Dianggarkan seramai 500 pengunjung di perpustakaan utama dan 800 di perpustakaan-perpustakaan cabang. Pelanggan telah diberi peluang untuk bertanya soalan, mengisi borang kaji selidik, berinteraksi dengan pihak perpustakaan dan memeriahkan pohon inspirasi di Perpustakaan Dr. Abdul Latiff.

Jejak Maklumat yang diadakan kali ini berbeza dengan yang terdahulu kerana ia menggunakan format seperti Running Man. Pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan di mana setiap kumpulan dianggotai oleh dua orang pelajar. Setiap kumpulan diberikan soalan yang menguji kecekapan minda, kemahiran mencari maklumat, dan mengurus masa. Pemenang menerima hadiah berupa hamper bernilai RM60 untuk hadiah pertama, RM50 untuk hadiah kedua, RM40 untuk hadiah ketiga dan RM35 untuk hadiah keempat. Untuk acara Roda Impian, pemenang diberi hadiah pendrive yang bernilai RM20 setiap satu.

Selain dari acara di atas, sesi Bual Bicara yang berlangsung pada jam 2 petang, telah dimeriahkan oleh para pelajar UKM, pensyarah-pensyarah dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan serta pihak media. Topik yang dibicarakan adalah “Filem Haram : Adegan Yang Tidak Ingin Kita Lihat” yang dibentangkan oleh Dr. Wan Amizah Wan Mahmud iaitu Ketua Program Komunikasi Media, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.

Pemenang Jejak Maklumat bergambar dengan urusetia, QIT Perkhidmatan

Nor Asiah MohamadPerpustakaan Tun Seri Lanang, [email protected]

Melalui Hari Bersama Pelanggan

penganjur telah dapat mengumpulkan 299 soal

selidik yang telah diisi oleh para pengunjung.

Soal selidik ini digunakan untuk kajian

kepuasan pelanggan dan penambahbaikan

perkhidmatan perpustakaan.

Pelanggan menumpukan perhatian ketika sesi Kuiz Terbuka yang diadakan

di Perpustakaan Undang-Undang

Moden dan Ceria,Identiti Perpustakaan Lingkungan Kedua

Zaidah SulaimanPerpustakaan Lingkungan Kedua, UKM

[email protected]

Perpustakaan Lingkungan Kedua yang memulakan perkhidmatan pada 9 September 2013 menempatkan buku, tesis dan jurnal yangmempunyai kaitan dengan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM), Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN), Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI), Institut Sel Fuel (SEL FUEL) dan Institut Informatik Visual (IVI).

Terletak di Lingkungan Kedua UKM, perpustakaan ini berkongsi bangunan dengan Pusat Pengurusan Akademik. Bangunan ini setinggi tujuh aras dengan perpustakaan berada di aras dua, tiga, empat, lima dan tujuh dengan keluasan 4,745 meter persegi.

Bangunan ini menampilkan konsep moden dengan penggunaan dinding kaca membolehkan mereka yang berada dalam bangunan melihat pemandangan yang menghadap jalan utama. Tangga yang menghubungkan aras dua hingga aras tujuh dapat dilihat dari jalan utama.

Dinding kaca bukan hanya bersifat estetika, tetapi mempunyai fungsi untuk membantu menjimatkan penggunaan tenaga elektrik melalui penggunaan cahaya semulajadi dari luar. Ciri lain penjimatan tenaga ialah lampu yang menggunakan sensor di ruangan pelanggan. Lampu hanya akan menyala jika terdapat pergerakan manusia di situ.

Kepesatan kemajuan akademik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan pembukaan fakulti dan institut baru menyebabkan terdapat keperluan terhadap pembukaan perpustakaan baru. Ini bagi

memenuhi keperluan mahasiswa dan juga pensyarah, selain memberi tumpuan terhadap keperluan fakulti dan institusi tertentu secara khusus.

Sejajar dengan persekitaran bangunan yang dikelilingi hutan hujan tropika, kehijauan dari luar dibawa masuk ke dalam dengan pembinaan laman rumput di aras dua, tiga dan tujuh, sekaligus memberikan suasana tenang dan segar kepada pelanggan dan warga perpustakaan.

Dari segi hiasan dalaman termasuk reka bentuk perabot, perpustakaan ini bertuah kerana mendapat sentuhan idea daripada Dr. Azimin Samsul Mohd Tazilan yang merupakan pensyarah di Jabatan Seni Bina, FKAB. Setiap aras mempunyai tema warna yang berlainan sebagai identiti aras berkenaan. Aras dua berwarna hijau epal, aras tiga kuning, aras empat jingga, aras lima merah, manakala warna hijau epal diterapkan semula di aras tujuh. Perbezaan warna ini memudahkan pelanggan mengenalpasti aras mereka berada serta mewujudkan suasana ceria di dalam perpustakaan.

Sementara itu, perkhidmatan yang disediakan kepada pelanggan adalah sama seperti perpustakaan cabang lain seperti pinjaman dan pemulangan bahan, tempahan buku dan sistem pembekalan penerbitan.

Sebagai perpustakaan baru, pelbagai kemudahan disediakan seperti auditorium, bilik perbincangan, bilik seminar, mesin fotokopi, lokar, mesin pinjaman/pemulangan layan diri dan ruang baca termasuk ruang baca 24 jam. Ruang santai dengan kemudahan permainan dalaman seperti catur dan Sahibba serta televisyen turut disediakan. Ruang perbincangan yang membolehkan pelanggan berbincang di ruang yang terbuka tidak dilupakan.

Sudah semestinya bagi memenuhi kehendak pelanggan, kawasan liputan wifi disediakan di semua aras dan boleh diakses secara percuma.

Suasana Hari Bersama Pelanggan Perpustakaan Dr. Abdul Latiff

Sekita Hari Bersama Pelanggan Perpustakaan Pusat Perubatan UKM

Sejak UKM ditubuhkan pada tahun 1970, sesetengah fakulti dan institut mempunyai perpustakaan sendiri bagi memenuhi keperluan yang khusus untuk mahasiswa, pensyarah dan bidang ilmu. Ini termasuk Fakulti Undang-Undang, Fakulti Perubatan, Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Pergigian dan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA).

Walaupun agak lambat, bidang kejuruteraan, senibina, teknologi dan sains maklumat akhirnya mendapat sebuah perpustakaan yang mampu menguruskan sumber ilmu dan maklumat serta menyediakan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan pembelajaran, pengajaran, penyelidikan dan inovasi.

Peserta Running Man Perpustakaan ATMA sedang menyiapkan tugasan puzzle mereka

Page 19: MEDIA SOSIAL - ukm.my · boleh mengaplikasikan media sosial dalam memperkasakan perkhidmatannya kepada pelanggan. Di antara media sosial yang digemari oleh generasi kini adalah facebook,

3736

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KEMUZIUM DIRAJA TUDM KUALA LUMPUR

Mohd Adnan BaharomPerpustakaan Undang-Undang, UKM

[email protected]

3 Disember 2014 (Rabu), satu lawatan sambil belajar ke Muzium TUDM Sg.Besi telah dianjurkan oleh Biro

Pendidikan & ICT, KKWP. Lawatan kali kedua anjuran biro ini terbuka kepada anak kakitangan Perpustakaan UKM berumur 5 hingga 12 tahun. Muzium TUDM menjadi destinasi pilihan untuk lawatan kali ini disebabkan nilai sejarah yang terdapat di muzium ini amat berharga di mana ianya memberi peluang kepada generasi muda melihat dengan lebih dekat tinggalan sejarah Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) antaranya yang menjadi tumpuan pesawat yang pernah digunakan sebelum dan selepas kemerdekaan Tanah Melayu.

Secara ringkasnya, muzium ini dibuka pada 1 Jun 1985 oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia ketika itu iaitu Jeneral Tan Sri Dato’ Ghazali bin Mohd Seth sempena Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia ke 27. Apa yang menarik berkenaan muzium ini ialah ianya merupakan sebuah hanger lama dan beberapa bangunan lama yang ditinggalkan oleh RAF (Royal Air Force) dahulu. Hanger ini menempatkan pesawat-pesawat yang pernah digunakan oleh TUDM. Di samping itu, terdapat dua galeri pameran yang mempamerkan gambar-gambar serta maklumat sejarah penubuhan Tentera Udara Diraja Malaysia, zaman darurat dan komunis serta pameran mengenai peralatan dan komponen pesawat. Muzium ini dibuka kepada awam secara percuma setiap hari kecuali hari Jumaat dan waktu operasi pada jam 9 pagi sehingga 5 petang.

Kanak-kanak tidak melepaskan peluang untuk menaiki pesawat

SENARAI AKTIVITI 2014KELAB KEBAJIKAN WARGA PERPUSTAKAAN

AKTIVITI TARIKH ANJURAN

Jualan Makanan Ringan• Gula-gula • Kekacang• Kerepek• Tuala wanita

Jualan Cendehati

Sewaan Kunci Laptop

Sepanjang tahun Biro Ekonomi

Ceramah Maulidur Rasul oleh Ustaz Nushi Mahfodz (KUIS)

10 Januari Biro Dakwah & Kerohanian

Jualan Kuih Raya Julai Biro Ekonomi

Program Khidmat Masyarakat : Pusat Sumber, Sek. Keb. Jenderam Hilir, Dengkil

17 Mei Biro Kebajikan & Kemasyarakatan

Ceramah Isra’ Mikraj oleh Ustaz Khairul Anuar (UKM)

20 Jun Biro Dakwah & Kerohanian

Program Khidmat Masyarakat : Pusat Sumber, Masjid Kariah Teras Jernang

21 Jun Biro Kebajikan & Kemasyarakatan

Tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Nasarudin Mohd Ali (Kaunselor KPJ)

Biro Dakwah & Kerohanian4 Julai

Tazkirah Ramadhan oleh Imam Ali Mahmud Ali Syeikh (Gaza) 11 Julai Biro Dakwah & Kerohanian

Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil 18 Julai Biro Dakwah & Kerohanian

Tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Nasarudin Mohd Ali (Kaunselor KPJ) Biro Dakwah & Kerohanian25 Julai

Ceramah Sempena Aidil Adha olehUstaz Khairil Kushairi (UKM) Biro Dakwah & Kerohanian3 Oktober

Ceramah Maal Hijrah oleh Ustaz Syihabudin Ahmad (Kemilau Publika) Biro Dakwah & Kerohanian30 Oktober

Lawatan Sambil Belajar ke Muzium Diraja TUDM Kuala Lumpur Biro Pendidikan & ICT3 Disember

Sebelum pulang ke UKM, peserta lawatan dibawa untuk menjamu selera bagi mengisi perut yang sudah berkeroncong. Adalah diharapkan, lawatan ini dapat memberi makna dan kesedaran kepada generasi muda betapa penting dan bernilainya keamanan yang dikecapi hari ini adalah hasil pengorbanan angkatan tentera kita. Mudah-mudahan lawatan seumpama ini dapat dianjurkan lagi untuk tahun-tahun yang akan datang.

Lawatan kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada anak kakitangan Perpustakaan UKM dengan penyertaan seramai 30 orang. Perjalanan yang hanya mengambil masa kira-kira 45 minit memberi peluang kepada peserta berada lebih lama di muzium tersebut untuk menikmati dan menghayati nilai sejarah yang terdapat di situ.

Page 20: MEDIA SOSIAL - ukm.my · boleh mengaplikasikan media sosial dalam memperkasakan perkhidmatannya kepada pelanggan. Di antara media sosial yang digemari oleh generasi kini adalah facebook,

3938

Kunjungan kePustaka Yayasan Kepimpinan PerdanaSiti Wahida AmanullahLela Ruzma Mohd ShaariPerpustakaan Alam & Tamadun Melayu, [email protected]@ukm.edu.my

M enjejaki Yayasan Kepimpinan Perdana (PLF) yang terletak di pinggir Putrajaya menjadi sebuah lawatan

penandaarasan yang berharga buat warga Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu (PATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 25 Ogos 2014. Lawatan yang turut disertai oleh wakil-wakil dari setiap unit di Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL) bertujuan untuk berkongsi pengalaman pihak Pustaka Yayasan Kepimpinan Perdana dalam usaha perolehan bahan berkenaan dengan pentadbiran Tanah Melayu

dan Malaysia dengan dana yang minimum.

Kunjungan kami disambut oleh Encik Adnan Rizal Haji Haris@Harib selaku Pustakawan yang memberi taklimat ringkas dalam suasana yang tenang dan bersahaja. Lawatan ini menjadi lebih bermakna dengan pembentangan oleh Ketua Pustakawan Pustaka PLF, Encik Azhar Mohd Noor berkenaan sejarah, teknologi, promosi dan jaringan yang perlu dijalinkan di antara perpustakaan-perpustakaan di Malaysiai. Encik Azhar telah memberikan taklimat yang menarik dan mencetuskan idea bahawa setiap warga perpustakaan mempunyai peranan yang sama penting untuk memastikan kerelevanan perpustakaan di dalam organisasi. Sesi ini juga berjalan dengan perkongsian maklumat, maklum balas di antara ahli-ahli lawatan yang diketuai oleh Puan Lela Ruzma Mohd Shaari selaku Ketua Perpustakaan ATMA.

Kami juga didedahkan dengan tugas-tugas lain dari kebiasaan para pustakawan atau pembantu perpustakaan, iaitu transcriber. Tugas transcriber ini adalah untuk mendengar dan menyalin kembali ucapan para sejarawan, tokoh politik khususnya Tun Dr. Mahathir Mohamad seterusnya pihak PLF akan menerbitkan buku berkenaan keseluruhan intipati ucapan tersebut. Tugasan ini berdasarkan kepada subjek Oral History di mana kesemua maklumat asal dimampatkan ke dalam satu sumber dan akan menjadi value offering pihak Pustaka PLF. Dengan peralatan yang khusus, tentunya tugasan ini menjadi lebih mudah dan tidak mustahil boleh dilaksanakan di Perpustakaan UKM memandangkan kita mempunyai ilmuwan, sejarawan, budayawan, sasterawan yang pastinya mempunyai pelbagai kisah menarik, nostalgia atau memori yang harus kita jadikan satu khazanah.

Dengan jumlah peserta seramai 20 orang, kami turut didedahkan dengan teknologi alat pengimbas terkini yang berskala besar yang dimiliki oleh Pustaka PLF. Mereka bersedia untuk menjalin hubungan dalam bentuk perkongsian pintar di mana pembekalan bahan-bahan yang mempunyai nilai sejarah kepada negara akan diimbas sebagai projek kerjasama antara perpustakaan. Kesediaan ini memberi ruang dan peluang memandangkan Perpustakaan ATMA mempunyai kepelbagaian bahan-bahan sejarah yang harus didedahkan kepada umum. Selain berpeluang melihat koleksi-koleksi peribadi mantan Perdana Menteri Malaysia keempat, Yang Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad, kami juga dimaklumkan berkenaan dengan promosi yang dijalankan oleh pihak Pustaka PLF dalam meningkatkan statistik pengunjung mereka. Memandangkan kedudukan PLF berdekatan dengan tasik, maka pihak PLF telah mengadakan Pertandingan Memancing di mana secara tidak langsung peserta yang menyertai pertandingan tersebut akan didaftarkan sebagai ahli perpustakaan. PLF juga sering menjadi tuan rumah untuk bengkel, seminar serta aktiviti-aktiviti bagi pelbagai kategori pengguna. Ini adalah salah satu usaha yang berkesan untuk mempromosikan PLF kepada komuniti luar dan dalam negara.

Demonstrasi penggunaan mesin pengimbas oleh pihak Pustaka Yayasan Kepimpinan Perdana

Sebahagian koleksi nadir yang dimiliki Pustaka Yayasan Kepimpinan Perdana

Kami telah menjalankan persiapan demi persiapan dalam memastikan program ini berjalan dengan lancar, justeru kunjungan dan komunikasi antara kedua pihak amat penting dalam perkara ini. Ternyata untuk menjalankan sebuah program berbentuk kebajikan rupanya mendapat sokongan atau rezeki yang tidak siapa sangka sehingga saat akhir. Dengan pelbagai bentuk sumbangan, dana dan hadiah yang diterima, kami membawanya ke PKAYDEM dengan matlamat untuk menjalankan aktiviti yang menyeronokkan bersama anak-anak yatim di sana.

Tepat jam 10.30 pagi, setelah ucapan aluan daripada Puan Lela Ruzma Mohd Shaari selaku Ketua Program dan ucapan daripada Yang Berbahagia Dato’ Haji Ibrahim bin Osman, selaku Pengetua PKAYDEM, Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak berumur di antara empat hingga enam tahun dijalankan. Melihat kesungguhan anak-anak kecil mewarna membuatkan setiap kami rasa bersyukur dengan nikmat kehidupan yang dikurniakan. Serentak dengan itu juga, pengacara majlis, Encik Faiz Syafiq Mohd Ali mengumumkan Pertandingan Membaca yang terbuka kepada kanak-kanak berumur di antara tujuh hingga sembilan tahun. Pada peringkat permulaan, anak-anak ini kelihatan malu walaupun masing-masing berada di Bilik Aktiviti PKAYDEM itu pada awal pagi lagi untuk menanti kehadiran kami. Setelah dimaklumkan berkenaan dengan hadiah-hadiah menarik yang bakal diterima, kesemua memberikan kerjasama yang amat baik sekali.

Siti Wahida AmanullahLela Ruzma Mohd Shaari

Perpustakaan Alam & Tamadun Melayu, [email protected]

[email protected]

Rumah Amal Pertubuhan Kebajikan Darul Ehsan (PKAYDEM) menjadi saksi

kepada misi khidmat masyarakat yang julung kali dijayakan oleh warga Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) pada tanggal 25 Oktober 2014. Pada peringkat permulaan, setiap jiwa warga Perpustakaan ATMA terselit rasa risau dan bimbang untuk menjalankan program ziarah dengan tema Jom Baca dan Tulis ini memandangkan kesibukan dan bebanan tugas hakiki yang tiada berpenghujung. Kerisauan juga berikutan isu peruntukan dan sumbangan yang tidak menggalakkan pada peringkat awal. Namun semangat dan komitmen warga Perpustakaan ATMA ditambah dengan sokongan pihak

pengurusan telah merealisasikan hasrat ini.

Bergambar di Bilik Aktiviti PKAYDEM

Program Jom Ziarah Perpustakaan ATMA

Anak-anak PKAYDEM yang menanti setiap program dengan penuh semangat

@PKAYDEM

Page 21: MEDIA SOSIAL - ukm.my · boleh mengaplikasikan media sosial dalam memperkasakan perkhidmatannya kepada pelanggan. Di antara media sosial yang digemari oleh generasi kini adalah facebook,

4140

Aktiviti diteruskan dengan Pertandingan Bercerita yang terbuka kepada kanak-kanak berumur di antara sepuluh hingga dua belas tahun. Hampir kesemua anak-anak bercerita tentang impian, cita-cita dan harapan mereka. Suasana menjadi menyayat hati apabila beberapa orang anak-anak menangis menceritakan kisah kehidupan mereka dan betapa kuatnya semangat mereka untuk berjaya dalam hidup. Namun terdapat juga anak-anak yang bijak mengalih suasana menjadi ceria kembali dengan menyelitkan nyanyian dalam sesi bercerita mereka. Kebanyakan anak-anak ini kelihatan mempunyai keyakinan diri dan berani apabila semakin lama kita meluangkan masa bersama mereka.

Pertandingan terakhir yang diadakan untuk program ziarah adalah Pertandingan Hafazan yang terbuka kepada kesemua kanak-kanak yang berminat. Bagi mengakhiri program, kami telah mengadakan kuiz terbuka berkenaan isu-isu semasa dan perkara umum di mana kanak-kanak nampak seronok apabila bersaing sesama sendiri untuk memberikan jawapan. Kami juga dikejutkan dengan persembahan secara spontan oleh anak-anak PKAYDEM yang mendendangkan lagu dengan petikan gitar dan juga persembahan nasyid serta lakonan.

Pertandingan Bercerita merupakan antara aktiviti yang paling digemari anak-anak di PKAYDEM

Hadiah menarik untuk anak-anak yang menyertai setiap aktiviti

Antara kanak-kanak yang menyertai Pertandingan Mewarna

Sebelum berakhir program, sumbangan telah diberikan kepada

Pengetua PKAYDEM dan anak-anak turut diberi angpau. Di antara

sumbangan yang disampaikan kepada mereka adalah berupa wang ringgit, bahan bacaan dan pakaian. Sumbangan ini telah diperolehi dari

pihak pengurusan ATMA, warga Perpustakaan UKM dan warga UKM.

Selesai menunaikan solat Zuhur berjemaah, sesi bergambar bersama anak-anak diadakan dan menunjukkan dengan jelas kepuasan dan kegembiraan mereka sepanjang program tersebut. Malah, mereka mengharapkan kedatangan kami ke sana lagi. Mudahan program ini tidak terhenti di sini dan kami akan berusaha untuk meneruskannya dari masa ke semasa.

Meraikan sambutan hari lahir yang jatuh pada bulan Oktober

Perpustakaan PPUKM anjur Program Transformasi Perpustakaan 2014

Azlan Mohamad HamzahPerpustakaan Pusat Perubatan UKM

[email protected]

Perpustakaan PPUKM sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada para pelanggannya. Sehubungan itu, perpustakaan menganjurkan Program

Transformasi Perpustakaan pada 17-19 Oktober 2014 di Hotel Avillion Legacy, Melaka. Antara objektif program ini adalah bagi merancang pelan transformasi perpustakaan

seiring dengan Program Transformasi PPUKM dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan, pendidikan, penyelidikan dan rawatan di PPUKM. Di samping itu, perpustakaan juga

melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) melalui program khidmat masyarakat di Madrasah Al-Qurra’, Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka yang diadakan pada hari

terakhir program.

Program Transformasi Perpustakaan dimulakan dengan pembentangan tinjauan dan pencapaian Strategik Perpustakaan PPUKM 2014 oleh Ketua Perpustakaan PPUKM, Encik Wan Suhaimi Ariffin bagi melihat pencapaian pelan strategik perpustakaan dan hala tuju perpustakaan berdasarkan pelan transformasi dan Bidang Keberhasilan (KRA) Universiti. Program diteruskan dengan sesi perkongsian integriti dengan tajuk ‘Profesion, Integriti dan Rezeki yang Barokah’ oleh Hajjah Fatimah Sarian dari Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM). Sesi berikutnya adalah pembentangan oleh Encik Norhishah Elias dari Jabatan Kualiti PPUKM bertajuk ‘Pelan Transformasi PPUKM : Peranan Perpustakaan di dalam Hospital’ dan diikuti dengan perbincangan berkumpulan.

Pada hari terakhir program, perpustakaan telah mengadakan program khidmat masyarakat di Madrasah Al-Qurra’, Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka. Antara aktiviti yang dijalankan adalah sumbangan buku dan khidmat nasihat dalam membina perpustakaan di madrasah tersebut sebagai satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada masyarakat.

Hasil daripada program transformasi ini adalah dapat meninjau pencapaian dan menambahbaik pelan strategik perpustakaan seterusnya dapat merancang pelan transformasi dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan, pendidikan, penyelidikan dan rawatan di PPUKM. Manakala, aktiviti program khidmat masyarakat yang dijalankan juga dapat meningkatkan imej perpustakaan di mata masyarakat seterusnya melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan dapat memenuhi Bidang Keberhasilan (KRA) Universiti ke tiga iaitu perkongsian pintar dan keterlibatan strategik.

Peserta Program Transformasi Perpustakaan PPUKM 2014

Bersama warga Madrasah Al-Qurra’ dalam Program Khidmat Masyarakat Perpustakaan PPUKM

Page 22: MEDIA SOSIAL - ukm.my · boleh mengaplikasikan media sosial dalam memperkasakan perkhidmatannya kepada pelanggan. Di antara media sosial yang digemari oleh generasi kini adalah facebook,

4342

Koleksi Sumbangan YM TENGKU TAN SRI DATO’ SERI AHMAD RITHAUDDEEN BIN TENGKU ISMAIL

Pada 12 April 2012 Perpustakaan Undang-Undang amat berbesar hati menerima kunjungan Pro-Canselor UKM, YM Tengku Tan Sri Dato’ Ahmad Ritauddeen bin

Tengku Ismail. Dalam lawatan tersebut YM Tengku telah menyampaikan hasrat beliau untuk menyumbangkan koleksi peribadi beliau kepada Perpustakaan Undang-Undang. Ini adalah usaha Tengku untuk menjadikan koleksi beliau dimanfaatkan oleh para pelajar UKM.

Lawatan YM Tengku Ahmad Rithauddeen ke Perpustakaan Undang-

Undang pada 12 April 2012

YM Tengku menyatakan hasrat untuk menyumbangkan koleksi peribadi kepada

Perpustakaan Undang-Undang

YM Tengku Rithauddeen melawat Bilik Koleksi bersama YBhg. Prof. Datuk Dr.

Noor Azlan Ghazali

Perpustakaan Undang-Undang dan Fakulti Undang-Undang menyambut baik hasrat YM Tengku dan pada 8 Jun 2012 Tengku telah menghantar 42 kotak yang mengandungi 704 naskah koleksi peribadi beliau ke Perpustakaan Undang-Undang. Koleksi ini terdiri dari buku, akta dan perundangan yang mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang undang-undang.

Perpustakaan Undang-Undang telah mengkatalog sepenuhnya koleksi yang diterima dan menempatkan bahan-bahan tersebut di bilik khas yang dahulunya merupakan Bilik Fakulti. Bilik Fakulti ini telah diubah suai dengan biaya yang sangat minima dan kini dinamakan sebagai Bilik Koleksi Sumbangan YM Tengku Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Rithauddeen bin Tengku Ismail.

YM Tengku Ahmad Rithauddeen merasmikan Koleksi

Khas : Koleksi YM Tengku Tan Sri Dato’ Seri Ahmad

Rithauddeen

Pada 3 April 2014 secara rasminya koleksi peribadi YM Tengku diserahkan kepada Perpustakaan Undang-Undang melalui Majlis Penyerahan Sumbangan Koleksi YM Tengku Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Rithauddeen Bin Tengku Ismail. Di kesempatan itu YM Tengku sekali lagi berkunjung ke Perpustakaan Undang-Undang dan merasmikan Koleksi YM Tengku Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Rithauddeen Bin Tengku Ismail. Sempena kunjungan kali ini Perpustakaan mengadakan pameran mengenai YM Tengku.

Siri-siri di dalam klip video merupakan gabungan daripada spesimen manusia sebenar dan simulasi grafik komputer bagi menggambarkan struktur anatomi secara 3 dimensi dengan mengekalkan warna, tekstur dan pergerakan badan. Video ini tampil dengan bahasa yang mudah dan imej yang berkualiti tinggi. Carian dan navigasi pintar yang pantas mampu memberikan keselesaan kepada pengguna untuk mencari kandungan yang diperlukan bagi keperluan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan. Terdapat juga ujian, glosari, dan kandungan yang boleh dicari mengikut wilayah anatomi, bahagian atau menggunakan indeks A-Z. Siri video ini boleh didapati di laman http://aclandanatomy.com/

Acland’s Video Atlas of Human Anatomy adalah makmal anatomi maya di hujung jari anda!

Kandungan didalam pangkalan data ini terdiri daripada 300 klip video yang dirangkumkan ke dalam 5 jilid iaitu:

Jilid 1 : Bahagian atas manusia ( The Upper Extremity)Jilid 2 : Bahagian bawah manusia ( The Lower Extremity)

Jilid 3 : Rangka badan manusia (TTrunk)Jilid 4 : Kepala dan Leher ( The Head & Neck)Jilid 5 : Organ dalaman ( The Internal Organs)

Semua pelajar perubatan, pelajar pergigian mahupun warga akademik dalam bidang perubatan dari pelbagai peringkat yang ingin mengenali lebih dekat dan lanjut berkenaan

struktur badan manusia, Acland’s Video Atlas of Human Anatomy adalah salah satu sumber anatomi yang fleksibel, efisyen dan terbaik sebagai rujukan. Acland’s Video Atlas of Human Anatomy merupakan satu siri pembelajaran anatomi secara video streaming yang disampaikan oleh Dr. Robert Acland. Beliau adalah seorang profesor pembedahan plastik dan pembedahan rekonstruktif di School of Medicine, University of Louisville.

Azhari SahamirPerpustakaan Dr. Abdul [email protected]

Anna Kustyana MukandarPerpustakaan Undang-Undang, UKM

[email protected] PDAL BERSARA

Fazwani Ab KadirPerpustakaan Dr. Abdul Latiff

[email protected]

Pada tanggal 20 Jun 2014, Perpustakaan Dr. Abdul Latiff (PDAL) telah mengadakan Majlis Persaraan

bagi kakitangan yang akan menamatkan perkhidmatan pada bulan Julai 2014. Kakitangan yang diraikan adalah Pembantu Perpustakaan Kanan, Abdul Wahab Yusoh dan Ahmad Zainuddin Kulop Samat serta Pembantu Perpustakaan, Razali Suban. Ketiga-tiga kakitangan ini telah berkhidmat di UKM melebihi 30 tahun sejak UKM masih beroperasi di Lembah Pantai sekitar tahun 70-an.

Majlis Persaraan ini telah diadakan dengan penuh meriah dan kesedihan kerana PDAL bakal kehilangan tiga kakitangan yang bersara pada bulan yang sama. Banyak kenangan dan jasa yang telah dicurahkan semasa mereka berkhidmat di UKM. Pengalaman yang mereka timba selama berkhidmat di UKM telah banyak dicurahkan kepada kakitangan yang muda dan baru dalam membentuk pelapis serta mengekalkan momentum perkhidmatan kepada para pelanggan perpustakaan.

LAWATAN KE PERPUSTAKAAN IMR

Semoga kakitangan tersebut terus berjaya dalam kehidupan dan memberi faedah serta manfaat yang berterusan kepada masyarakat walaupun tidak lagi

berkhidmat di UKM.

Kakitangan PDAL bergambar kenangan bersama bakal-bakal pesara PDAL

Sesi lawatan penandaarasan telah diadakan di Perpustakaan Institut Penyelidikan Perubatan (Institute for Medical Research (IMR)

pada 15 April 2014. Seramai 13 orang kakitangan PDAL menyertai lawatan ini termasuk Ketua Perpustakaan PDAL. Para peserta hanya berjalan kaki sahaja kerana lokasinya di sebalik pagar sebagai pemisah.

Objektif utama lawatan ini masih seperti lawatan penandaarasan yang pertama di mana penumpuan diberikan kepada perkhidmatan dan koleksi Jurnal Kebelakangan yang bersesuaian dengan tajuk projek Kumpulan Inovatif dan Inovasi (KIK) Perpustakaan serta berkongsi maklumat mengenai proses pengurusan dan pengemaskinian data Jurnal Kebelakangan.

Sejarah Perpustakaan IMR bermula dengan bilik bacaan sahaja di institut ini pada tahun 1901 sebelum berkembang setaraf dengan perpustakaan khusus lain yang wujud pada masa kini. Kewujudan perpustakaan ini adalah bagi memberi perkhidmatan dan kemudahan kepada penyelidik. Di samping itu, ia juga berperanan dalam memelihara harta intelek dan hasil penyelidikan IMR yang semakin bertambah setiap tahun.Perpustakaan IMR sebagai Pusat Repositori merupakan gedung simpanan terbitan Kementerian Kesihatan Malaysia. Peserta lawatan telah diberi taklimat serba ringkas oleh Ketua Perpustakaan serta penerangan terperinci mengenai proses pengurusan dan pengemaskinian data Jurnal Kebelakangan.

Perpustakaan IMR mempunyai koleksi jurnal kebelakangan yang khusus dalam bidang perubatan sejak tahun 1930an lagi. Perpustakaan IMR sedang menjalankan projek pengemaskian data jurnal kebelakangan yang telah menarik perhatian peserta lawatan kerana menepati tujuan utama lawatan mereka. Walaupun projek tersebut telah diswastakan, namun kumpulan MISSION akan mengaplikasikan prosedur kerja tersebut di dalam projek KIK sebagai tambah nilai dalam pengurusan jurnal kebelakangan di PDAL.

Setelah mendengar taklimat, pihak pengurusan telah membawa para peserta melawat persekitaran perpustakaan yang boleh di anggap sebagai Bangunan Warisan yang telah beropersi hampir 100 tahun. Keunikan bangunannya turut menarik perhatian peserta sekali lagi.

Sebagai kesimpulan, lawatan penandaarasan ini merupakan satu aktiviti tahunan yang perlu diteruskan kerana ia banyak memberi pendedahan kepada kakitangan perpustakaan untuk melihat perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan, menambah ilmu serta berkongsi pengalaman dan pengetahuan mengenai perkembangan terkini dalam bidang perpustakaan. Kedua-dua lawatan penandaarasan ini telah banyak memberi manfaat kepada kakitangan PDAL dalam usaha memantapkan dan meningkatkan mutu perkhidmatan PDAL.

Page 23: MEDIA SOSIAL - ukm.my · boleh mengaplikasikan media sosial dalam memperkasakan perkhidmatannya kepada pelanggan. Di antara media sosial yang digemari oleh generasi kini adalah facebook,

4544

LAWATAN PENANDAARASANPERPUSTAKAAN PERGIGIAN UNIVERSITI MALAYA

Lailawati MajidPerpustakaan Dr. Abdul Latiff

[email protected]

Perpustakaan Dr. Abdul Latiff (PDAL) telah mengadakan lawatan kerja penandaarasan ke Perpustakaan Pergigian

Universiti Malaya pada 8 April 2014. Lawatan yang disertai oleh seramai 15 peserta ini mencakupi wakil dari semua bahagian yang terdapat di PDAL dengan diketuai oleh Encik Azhari Sahamir.

Objektif utama lawatan ini lebih tertumpu kepada perkhidmatan dan koleksi Jurnal Kebelakangan yang bersesuaian dengan tajuk projek Kumpulan Inovatif dan Inovasi (KIK) PDAL yang sedang dijalankan di mana peserta lawatan datang untuk bertukar fikiran serta berkongsi maklumat mengenai proses pengurusan dan pengemaskinian data Jurnal Kebelakangan. Di samping itu, lawatan ini juga telah memberi peluang kepada peserta meninjau perkhidmatan-perkhidmatan lain yang disediakan serta berkongsi pengalaman mengenai perkembangan terkini dalam bidang perpustakaan.

KURSUS ASAS PEMBANTU PERPUSTAKAAN BIDANG PERUBATAN

Rohaya UmarPerpustakaan Dr. Abdul Latiff

[email protected]

Perpustakaan Dr. Abdul Latiff (PDAL) telah menganjurkan Kursus Asas

Pembantu Perpustakaan Bidang Perubatan pada 1 hingga 2 Oktober 2014. Kursus ini telah diadakan di Bilik Seminar 2, PDAL dan dihadiri oleh 17 orang Pembantu Perpustakaan dari pelbagai institusi seperti Institut Jantung Negara (IJN), Newcastle University (NUMED), UNISZA, UPM, USIM dan UMS. Kursus ini turut dihadiri oleh kakitangan Perpustakaan Pusat Perubatan UKM (PPPUKM), PTSL dan PDAL.

Antara isi kandungan kursus adalah berkaitan dengan pembinaan koleksi dan perolehan bahan, pengkatalalogan dan pengkelasan dalam bidang perubatan, perkhidmatan rujukan dan pencarian maklumat serta pemeliharaan dan pemuliharaan bahan. Fasilitator kepada kursus ini terdiri dari Cik Rohaya Umar, Cik Mariati Embong, Encik Azhari Sahamir dan Encik Mohd Rajak Telimik.

Hasil dari maklum balas dari peserta kursus ini, kebanyakan mereka berpuas hati dengan kursus yang dijalankan dan memohon agar kursus seperti ini dijalankan lagi pada masa akan datang. Selain itu terdapat juga permohonan agar kursus pengkatalogan dan pengkelasan bidang perubatan secara khusus diadakan. Semoga kursus-kursus seperti ini akan terus diadakan dengan jayanya pada masa akan datang oleh PDAL.

Peserta lawatan PDAL bergambar kenangan bersama Ketua Perpustakaan Pergigian Universiti Malaya

Peserta lawatan telah bertolak dari PDAL ke Universiti Malaya pada pukul 7.55 pagi dan sampai ke destinasi yang dituju pada pukul 8.30 pagi. Kehadiran kami disambut oleh Ketua Perpustakaan di Fakulti Pergigian iaitu Encik Muhammad Faizal bin Abdul Aziz. Menyingkap sedikit sejarah, Perpustakaan Pergigian ini telah ditubuhkan sejak tahun 1986 dan lokasi awalnya terletak di aras bawah, Blok D Fakulti Pergigian. Perpustakaan Pergigian merupakan perpustakaan khusus yang menyediakan bahan keperluan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan kepada tenaga pegajar dan para pelajar Fakulti Pergigian.

Seterusnya, para peserta telah dibawa ke Bilik Mesyuarat Utama untuk mendengar sesi taklimat serta penerangan mengenai pengurusan jurnal kebelakangan. Berdasarkan penerangan yang di terima, urusan pengemaskinian jurnal kebelakangan di Fakulti Pergigian masih kurang membantu kumpulan KIK Mission dalam projek yang akan dilaksanakan. Ini adalah kerana mereka masih belum lagi membuat penambahbaikkan pengurusan jurnal kebelakangan disebabkan kerja naik taraf perpustakaan induk yang menggunakan Perpustakaan Pergigian sebagai ruang penyimpanan sementara bahan-bahan mereka.

Namun demikian, lawatan ini tetap memberi manfaat di mana peserta lawatan dapat bertukar fikiran mengenai pengalaman tugasan harian serta melihat perkhidmatan-perkhidmatan lain yang disediakan. Mereka juga berkongsi pengalaman dan pengetahuan mengenai perkembangan terkini dalam bidang perpustakaan yang dapat membantu meningkatkan mutu perkhidmatan kedua belah pihak.

Azlan Mohamad HamzahPerpustakaan Pusat Perubatan UKM

[email protected]

Pengalaman menghadiriIFLA WORLD LIBRARY INFORMATION CONGRESS

Bagi penulis ini adalah pengalaman kali pertama ke persidangan ini dan juga pertama kali menjejak kaki ke negara Perancis. Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Paris mengambil masa 12 jam dan perlu menaiki keretapi ke Lyon yang mengambil masa 2 jam. Pada hari pertama persidangan penulis dapat menghadiri Sesi Pembukaan (Opening Session) yang menandakan persidangan bermula secara rasmi. Selain dari ucapan perasmian dan ucaptama, sesi pembukaan ini juga diserikan dengan persembahan dari Pockemon Crew yang merupakan artis yang terkenal di negara Perancis.

di Lyon, Perancis

Penulis bergambar di antara poster yang

dibentangkan

I FLA World Library Information Congress (WLIC) merupakan persidangan tahunan perpustakaan yang terbesar di dunia. Pada tahun 2014, giliran negara

Perancis menjadi tuan rumah dan ia diadakan di Lyon pada 16-22 Ogos 2014 dan merupakan persidangan kali ke-80. Persidangan ini telah dihadiri oleh seramai lebih 4,000 peserta dari perpustakaan seluruh dunia dan 41 peserta adalah dari Malaysia. Tema Persidangan kali ini adalah Libraries, Citizens, Societies : Confluence for Knowledge.

Antara sesi selari (parallel session) yang dijalankan

Semasa sesiperasmian

Sebanyak 225 sesi pembentangan yang merangkumi plenary session, parallel session, forum, workshops & meetings serta 211 pembentangan poster pada persidangan kali ini. Selain itu, Sesi Pameran & Lawatan Perpustakaan juga diadakan. Sesi pembentangan serentak (parallel session) memerlukan peserta memilih sesi pembentangan tertentu mengikut bidang dan topik tertentu.

Penulis dapat menghadiri sesi pembentangan serentak yang membincangkan pelbagai perkara yang boleh dipelajari dan dimanfaatkan, antaranya : 1. Projek '1001 Libraries To See Before You Die' yang membawa

inisiatif secara dalam talian bagi contoh amalan terbaik untuk ruang dan bangunan perpustakaan awam dari seluruh dunia.

2. Program pembangunan profesion pustakawan di negara lain3. Perlaksanaan ‘Cloud Computing’ di perpustakaan4. Perkhidmatan maklumat kepada pesakit dyslexia5. Kaedah perlaksanaan literasi maklumat kesihatan di perpustakaan

perubatan6. Perlaksanaan program 'Book Buddies' pesakit pediatrik di

Perpustakaan HUSM7. Perlaksanaan ‘Massive Open Online Course (Moocs)’ dan peranan

perpustakaan

Banyak lagi perkara yang dibincangkan dan dipelajari dari sesi pembentangan, forum dan bengkel yang dihadiri di persidangan ini. Di samping itu, peserta dapat meluaskan jaringan dengan peserta dan perpustakaan lain dari seluruh dunia seperti Kanada, Amerika Syarikat, Finland, Singapura, Australia, Afrika Selatan, Iran, Singapura dan Thailand melalui sesi pembentangan, mesyuarat, bengkel yang diadakan.

Pada hari terakhir persidangan, peserta juga dapat mempelajari perkara baru daripada sesi lawatan yang diadakan. Pada sesi lawatan ini penulis dapat melawat Library Universite Catholique De Lyon. Universiti ini ditubuhkan pada tahun 1875. Perpustakaan ini mempunyai 200,000 koleksi buku dan 2,000 jurnal dalam bidang falsafah, sejarah, kesusasteraan,

kemanusiaan, sains dan keagamaan. Di samping itu, penulis dapat melihat koleksi nadir dan arkib yang disediakan dan dipelihara di perpustakaan ini.

IFLA WLIC ini banyak memberikan ilmu dan maklumat baru kepada peserta serta dapat meluaskan jaringan dengan perpustakaan seluruh dunia. Seterusnya dapat memberikan idea dalam meningkatkan dan menambahbaik perkhidmatan perpustakaan kepada pelanggan. Bagi penulis, melalui pengalaman yang dilalui, semua pustakawan seharusnya hadir paling tidak sekali seumur hidup ke persidangan ILFA WLIC ini. Di samping itu, pustakawan juga seharusnya dapat menghantar kertas

dan pembentangan poster pada persidangan IFLA akan datang sebagai satu pembangunan profesional pustakawan.

Semasa sesi lawatan

Suasana sesi bengkel

Page 24: MEDIA SOSIAL - ukm.my · boleh mengaplikasikan media sosial dalam memperkasakan perkhidmatannya kepada pelanggan. Di antara media sosial yang digemari oleh generasi kini adalah facebook,

4746

Nor Ilyah OthmanPustakawan s41

Tarikh Perlantikan : 16 April 2014Unit Koleksi Media,

Perpustakaan Tun Seri Lanang

Nur Asyikin Lut AhmadPustakawan S41

Tarikh Meletak Jawatan : 28 Februari 2014Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Mohd Firdaus Mohd TahaPembantu Perpustakaan S17

Tarikh Perlantikan : 21 Oktober 2014Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu

PERLANTIKAN KE JAWATAN BARU

Tarikh Perlantikan : 1 Disember 2014Pustakawan S44Jamain Manap Ruzita Kamis

Nik Zaleha Nik MustaphaMd. Hafiz Ahmad Zulkifli

Azhari SahamirNoraashikin Mohd YusopAbdul Muhaimin Sabron

Rohalia Mohd Rohani Rosmarlidaini Mah HasanFatimah Kamilah Awang Mohd Adnan Baharom

Norliah Sukarno Nor Asiah Mohamad

PERTUKARAN TEMPAT BERTUGAS

Tarikh Pertukaran : 17 Februari 2014Siti Wahida Amanullah

Unit Koleksi Asia Tenggara & Dokumenke Perpustakaan ATMA

Tarikh Pertukaran : 1 April 2014Rosnah Yusof

Unit Pengurusan Jurnal & Jilidanke Bahagian Pengurusan Perkhidmatan

Azmah IshakUnit Perkhidmatan Pelangganke Unit Perkhidmatan Maklumat

Lela Ruzma Mohd ShaariUnit Perkhidmatan Maklumat

ke Perpustakaan ATMAShamsudin Ibrahim

Unit Perkhidmatan Penyelidikanke Unit Pengurusan Jurnal & Jilidan

Norbaizura MalekUnit Katalog

ke Unit Koleksi Asia Tenggara & DokumenShahruddin Shafri

Unit Koleksi Asia Tenggara & Dokumenke Unit Perkhidmatan Pelanggan

Shaizimah BadzriUnit Perkhidmatan Maklumat

ke Unit Perkhidmatan PenyelidikanRohalia Mohd Rohani

Unit Perkhidmatan Penyelidikanke Unit Koleksi Arkib & KhasNoor Farhana Mohd SalehUnit Koleksi Arkib & Khas

ke Unit Perkhidmatan Maklumat

Tarikh Pertukaran : 3 Oktober 2014Harith Faruqi Sidek

Unit Perkidmatan Maklumatke Perpustakaan Pra-Klinikal

Suhaimi Mat YusofPerpustakaan Undang-Undang

ke Perpustakaan Pra-Klinikal

Tarikh Pertukaran : 3 November 2014Nona Zurena Masenwat

Perpustakaan Pusat Perubatan UKMke Perpustakaan Pra-KlinikalMohd Firdaus Mhd TahaUnit Perolehan & Hadiah

ke Perpustakaan ATMAMuhammad Saifuddin Ishak

Perpustakaan Pusat Perubatan UKMke Perpustakaan Dr. Abdul Latiff

Tarikh Pertukaran : 19 November 2014Abdul Muhaimin SabronUnit Perolehan & Hadiah

ke Unit Koleksi Asia Tenggara & Dokumen

Mohd Syafiq Mohd AliPustakawan S41

Tarikh Lapor Diri : 11 Ogos 2014Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

KAKITANGAN BERSARA

Ab. Hamid Ab. JalilPembantu Perpustakaan S22 (KUP)

Tarikh Bersara: 1 Mac 2014Unit Jurnal dan Jilidan, PTSL

KAKITANGAN BAHARU

Aripah MohamedPustakawan S48

Tarikh Bersara: 1 April 2014Ketua

Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu

Abdul Wahab YusohPembantu Perpustakaan S22 (KUP)

Tarikh Bersara: 5 Julai 2014Perpustakaan Dr. Abdul Latiff

Razali SubanPembantu Perpustakaan S17 (KUP)

Tarikh Bersara: 10 Julai 2014Perpustakaan Dr. Abdul Latiff

Ahmad Zainuddin Kulop Samat Pembantu Perpustakaan S22 (KUP)

Tarikh Bersara: 27 Julai 2014Perpustakaan Dr. Abdul Latiff

Abdullah YaacobPembantu Perpustakaan S26

Tarikh Bersara: 24 Januari 2014Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu

Noraini OmarPustakawan S52

Tarikh Bersara: 1 Februari 2014Ketua Pengurusan Perkhidmatan, PTSL

Rahmah Pilus Pembantu Pemuliharaan S17

Tarikh Bersara: 27 September 2014Unit Jurnal dan Jilidan, PTSL

Kamaruzzaman Mat DesaPembantu Perpustakaan S22 (KUP)Tarikh Bersara: 9 November 2014

Unit Perkhidmatan Pelanggan, PTSLSakdiah Abdul Karim

Pembantu Perpustakaan S22 (KUP)Tarikh Bersara: 31 Disember 2014

Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu

Tarikh Perlantikan : 9 Januari 2014Azman Idris

Pustakawan S48Azlan Mohamad Hamzah

Pustakawan S44

Tarikh Perlantikan : 25 Februari 2014Rosnah Yusof

Pustakawan S52Hamidah ErmanPustakawan S48

Samsuddin IbrahimPustakawan S48

Norbaizura MalekPustakawan S44

Shaizimah BadzriPustakawan S44

Tarikh Perlantikan : 16 Oktober 2014Wan Nor Kamariah Shikh Yusof

Pegawai Tadbir N52

Tarikh Perlantikan : 1 Julai 2014Rosmarila Shariff

Pembantu Perpustakaan S22Nor Rapiza Jemiran

Pembantu Perpustakaan S22Rosnah Ahmad

Pembantu Perpustakaan S22

KENAIKAN PANGKAT

KAKITANGAN BERHENTI / MELETAK JAWATAN

PERLANTIKAN KE JAWATAN BARU

Tarikh Pertukaran : 3 Februari 2014Mad Munasir Hj. Masudi

Unit Pengurusan Jurnal & Jilidanke Unit Perkhidmatan Pelanggan

Mas Fadilah Md. SaruriPerpustakaan ATMA

ke Unit Perkhidmatan PelangganMohd Nor Yusop

Unit Perkhidmatan Pelangganke Perpustakaan ATMA

Zabidah Ahmad Unit Katalog

ke Unit Perolehan & HadiahMazarita Sidek

Unit Perolehan & Hadiahke Pengurusan Jurnal & JilidanMuhamad Khairul Ibrahim

Unit Perkhidmatan Pelangganke Unit Pengurusan Jurnal & Jilidan

Noor Atika Abas Unit Perkhidmatan Pelanggan

ke Unit KatalogNor Rapiza Jemiran

Unit Pengurusan Jurnal & Jilidanke Unit Perkhidmatan Pelanggan

Maznah YunusUnit Koleksi Asia Tenggara & Dokumen

ke Perpustakaan Undang-UndangRosmawati Zainal

Unit Koleksi Arkib & Khaske Unit Pengurusan Jurnal & Jilidan

Rosmizawaty Muhd NorUnit Perolehan & Hadiah

ke Unit Koleksi Arkib & Khas

Tarikh Pertukaran : 3 Februari 2014Rugayah Mohd Nor

Perpustakaan Undang-Undangke Unit Perolehan & Hadiah

Zuraidah MustaphaUnit Pengurusan Jurnal & Jilidan

ke Unit Koleksi Asia Tenggara & DokumenMohd Firdaus Mohd Taha

Unit Pengurusan Jurnal & Jilidanke Unit Perolehan & HadiahNurul Farahida Yaakob Unit Perolehan & Hadiah

ke Unit Pengurusan Jurnal & Jilidan

Page 25: MEDIA SOSIAL - ukm.my · boleh mengaplikasikan media sosial dalam memperkasakan perkhidmatannya kepada pelanggan. Di antara media sosial yang digemari oleh generasi kini adalah facebook,

48

Bersatu menuju paradigm baruBekerja, berfikir dan bertindak di luar kelaziman

Satu tekad dan harapan menyahut cabaranDengan azam tersemat kuat

Melakar transformasi melalui KRA

KRA pertama mentafsir halaMensasar graduan beraspirasi kebangsaanBerkompeten, berdaya saing dan inovatif

Mengimbangi intelek, rohani, jasmani dan jatidiriSedia berkhidmat untuk bangsa, agama dan negara

KRA kedua menyusur langkahMemperkasa penyelidikan dan penerbitan berimpak

Mendapat sanjungan dan rujukan duniaBersedia menghadapi cabaran tanpa sempadan

KRA ketiga memberi impakMeningkatkan penglibatan,

jaringan dan perkongsian kepakaranKepada masyarakat dan manusia sejagat

Melalui perpindahan ilmu, penciptaan nilai dan jaringan khidmat

Melakar Transformasi Melalui KRA

KRA keempat menambah nilaiSumber manusia dan institusi yang cemerlang

Tadbir urus yang efisien, cepat, cekap, berkesan, produktif, kreatif dan inovatif

KRA kelima memperkukuh nilaiMenjana kewangan yang optimum dan strategik

Mensasar sumber kewangan baruMenerusi penerokaan sumbangan dan pelaburan

KRA keenam pula mensasarkanPrasarana pembelajaran,

penyelidikan dan khidmat diutamakanAgar lebih kondusif, terkini dan berkualiti

Sebagai landasan universiti bereputasi tinggi

Marilah bersama warga UKMKuatkan tekad, azam dan minda

Bersama menjana perubahan menuju era gemilangMelakar strategi melalui KRA

Ham Zaid SulaimanPerpustakaan Alam & Tamadun Melayu

Universiti Kebangsaan Malaysia

“A library is not a luxury but one of the necessities of life”

[Henry Ward Beecher]

“There is no friend as loyal as a book”

[Ernest Hemingway]

“I have found the most valuable thing in my wallet is my library

card”

[Laura Bush]

“Without the library, you have no civilization”

[Ray Bradbury]

“Google can bring you back 100,000 answers, a librarian can bring you back

the right one”

[Neil Gailman]

“Let us welcome controversial books and

controversial author”

[John F. Kennedy]

“Books, food for the brain”

“Once you learn to read you will be forever free”