media and politics

12
MEDIA DAN POLITIK (ALEA2323) SEMESTER 4 SESI 2014-2015 Soalan: Peranan media sosial dan blog semasa Pilihan Raya Umum. Kajian adalah berdasarkan kepada PRU 12 dan PRU 13 NAMA: Hafni Zuhairi Bin Mat Husin(AEE 130012) Muhamad Najmi Bin Kamarudin (AEE110027) NAMA PENSYARAH: Dr Sulastry Yurni binti Dato@ Ahmad MASA TUTORIAL: Selasa 12-1 p.m

Upload: mat-pe-ning

Post on 16-Sep-2015

228 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

hgv

TRANSCRIPT

MEDIA DAN POLITIK (ALEA2323) SEMESTER 4 SESI 2014-2015

Soalan: Peranan media sosial dan blog semasa Pilihan Raya Umum. Kajian adalah berdasarkan kepada PRU 12 dan PRU 13NAMA: Hafni Zuhairi Bin Mat Husin(AEE 130012) Muhamad Najmi Bin Kamarudin (AEE110027)NAMA PENSYARAH: Dr Sulastry Yurni binti Dato@ AhmadMASA TUTORIAL: Selasa 12-1 p.m

ABSTRAKPilihan Raya Umum yang ke 12 lalu menyaksikan Barisan Nasional kehilangan besar majoriti penguasaannya di Dewan Rakyat selepas mengalami beberapa kekalahan di kawasan yang tidak dijangka untuk kalah.. Buat pertama kalinya pemabangkang berjaya menghilangkan majoriti 2/3 BN di Dewan. Ini telah menjadikan media sosial adalah alat baru yang digunakan sewaktu Pilihan Raya Umum ke 13 yang lepas. Hal ini berlaku adalah kerana politik di Malaysia pada hari ini adalah politik alaf baru kerana media sosial adalah menjadi sumber utama kepada rakyat untuk mendapatkan maklumat. Disebabkan oleh darjah ketersampaian media sosial lebih cepat daripada media massa perdana sebelum ini seperti televisyen dan akhbar telah menjadikan media sosial terus mendapat tempatnya dalam kalangan rakyat. PENDAHULUANSelepas berjaya mengungguli Dewan Rakyat pada PRU 11 dengan penguasaan majoriti lebih 2/3 kerusi iaitu sebanyak 190 kerusi berbanding 32 kerusi di pihak pembangkang. Barisan Nasional akhirnya gagal mengulangi kejayaan tersebut pada PRU 12 selepas kehilangan majoriti 2/3 kerusi di Dewan Rakyat. Lebih parah lagi untuk BN pada ketika itu selepas turut juga mengalami kehilangan lima buah negeri kepada pihak pembangkang iaitu Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Kejutan yang terbesar selain daripada kehilangan lima buah negeri itu adalah apabila pembangkang buat pertama kali mengungguli kerusi Dewan Rakyat sebanyak 82 kerusi Parlimen. Ini telah memberikan tamparan yang hebat kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu. Bagi para penganalisis ini adalah tsunami politik yang melanda kepada BN sehingga BN terpaksa menganalisis dengan lebih teliti mengenai punca kekalahanya.Kesilapan terbesar yang dilakukan oleh Pak Lah pada ketika itu ialah tidak menjadikan media sosial dan blog sebagai medium utama penyampaiannya kepada rakyat. Sebaliknya, akhbar, televisyen dan radio terus menjadi pilihan untuk menyalurkan maklumat kepada rakyat. Sedangkan pengunaan internet pada ketika itu sudah mula dipeerluaskan dengan kemunculan perkhidmatan internet mudah alih oleh syarikat-syarikat telco tempatan menyebabkan permintaan kepada internet semakin meluas dikalangan penduduk Malaysia.PRU 13 telah menyaksikan kehadiran media sosial dalam politik nampaknya seperti digunakan sepenuhnya oleh penggiat media sosial khususnya dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat. Defining new media isnteasy-Socha dan Eber-schmid (2012)Walaupun kehadiran laman kehadiran laman sosial baharu seperti Facebook dan Twitter menjadi medium utama untuk menyalurkan maklumat berbanding dengan blog yang digunakakan pada PRU terdahulu. Namun, peranan blog sebagai alat propaganda dalam media masih lagi digunakan malah, diperkembangkan lagi penggunaanya oleh pengamal media ini di internet.Kehadiran media baru seperti Facebook dan Twitter telah menjadikan maklumat dapat disampaikan tanpa perlu ditapis oleh mana-mana pihak. Ini telah menjadikan ianya lebih mudah mendapat tempat di kalangan rakyat berbanding dengan kewujudan media tradisional. Walaubagaimanapun, kewujudan teknologi ini memberikan satu peluang baru kepada masyarakat untuk turut menyertai proses demokrasi dan berkongsi maklumat. Oleh itu, kehadiran Facebook, Twitter telah menjadi satu fenomena baru dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini di alam maya. Malah mereka juga boleh menyatakan hak ataupun pendapat mengenai dasar-dasar yang dilakukan oleh pihak kerajaan melalui medium ini.Kehadiran Facebook dan Twitter sebagai laman baru di media sosial telah menyaingi akan kewujudan blog. Namun seperti yang diperkatakan blog masih terbukti kerelevenannya apabila penggunaannya juga semakin meluas selepas pasca PRU 12 apabila pengguna blog di Malaysia ini semakin meningkat apabila dikatakan terdapat sebanyak 500,000 blog yang aktif di Malaysia. Ini membuktikan bahawa blog masih lagi digunakan sebagai medium utama dalam penyampaian maklumat di media sosial. Hal ini adalah kerana blog yang bersifat kekal dan setiap penulisan akan diarkibkan menyebabkan ianya masih relevan dalam kalangan masyarakat. Walaubagaimanapun, tidak kesemua blog yang dicipta itu bertujuan politik semata-mata kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai tujuan sama ada untuk hiburan, berita, maklumat, kempen dan sebagainya.Cuma untuk bersifat politik sahaja ia dikatakan perkembangannya bermula selepas PRU 11. Di Malaysia sahaja terdapat ratusan malah beribu-ribu blog yang dibangunkan oleh individu tertentu yang menganggap ianya lebih bebas daripada media massa perdana. Hal ini sama juga terjadi dengan media sosial seperti Facebook dan Twitter yang menjadi keutamaan kepada kita pada hari ini disebabkan oleh kebebasan yang melebihi daripada media arus massa perdana.

PERMASALAHAN KAJIANKawalan dan tapisan terahadap media massa merupakan faktor utama media sosial dan blog mejadi pilihan bagi mendapatkan maklumat apabila berlakunya sesuatu isu. Media sosial dan blog ini sebenarnya menawarkan ruang maya yang maklumatnya diabaikan oleh media massa perdana boleh disiarkan atau dimuat turun ke dalamnya. Menteri Komunikasi dan Multimedia berpandangan bahawa kawalan ketat terhadap media massa dan pemilikan media bebas di Malaysia menjadi punca peningkatan penggunaan media sosial dan blog untuk tujuan politik. Hal ini kerana beberapa ketidakpuasan hati masyarakat kita terhadap beberapa isu yang tidak ditayangkan dan dipaparkan di media massa boleh dilakukan di media sosial dan blog ini yang juga berperanan sebagai media alternatif. Disebabkan dengan kemunculan inilah PRU 12 lalu menyaksikan Barisan Nasional kehilangan majoriti 2/3 kerusi Parlimen. Hal ini disebabkan oleh kegagalan BN memanfaatkan perang siber pada ketika itu juga menyaksikan lima buah negeri seperti Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor jatuh ke tangan pembangkang. Lebih malang lagi pada ketika BN masih menjadikan media massa perdana sebagai senjata utamanya dalam penyebaran maklumat kepada pengundi. Memang diakui bahawa sebelum ini media massa perdana juga memainkan peranan yang sama dengan media sosial ini. Akan tetapi medium penyampaian pula yang membezakan antara dua jenis media ini kerana disebabkan oleh kemajuan teknologi yang didapati pada hari ini. Ini telah menjadikan penyebaran maklumat melalui media sosial dan blog lebih mudah dan pantas berbanding dengan media massa perdana. Walaubagaimanapun, kewujudan media sosial dan blog sedikit sebanyak telah melengkapi kepada media massa dari segi penyebaran maklumatnya kepada masyarakat.Kemunculan media baru ini telah membuka satu landskap baru kepada politik Malaysia. Walaubagaimanapun, pada tahun 2009 menjadikan media sosial popular dan mendapat perhatian masyarakat. Kes-kes fitnah yang melibatkan beberapa orang pengamal media sosial dan blogger politik membuatkan dua elemen media ini cuba untuk mendapatkan ruang dan pengiktirafan dalam media massa, masyarakat dan terutamanya kerajaan agar apa yang dilakukannya menjadi perhatian.

PERSOALAN KAJIANMelihat situasi yang berlaku pada hari ini, kemunculan media baru tidak boleh dipertikaikan dalam penyampaian mesej-mesej politik oleh parti-parti politik yang bertanding dalam pilihan raya sesebuah negara. Berdasarkan konteks senario politik di Malaysia, media sosial dan blog telah muncul sebagai satu elemen terbaru bagi masyarakat untuk turut serta dalam proses demokrasi yang berlaku hari ini. Kebebasan maklumat dalam era siber tidak boleh dihalang dan dinafikan peranannya. Oleh itu, beberapa persoalan dibangkitkan bagi melihat peranan dan fungsi blog politik di Malaysia. Persoalan-persoalan tersebut adalah:

1. Apakah bentuk media sosial dan blog politik di Malaysia? 2. Pihak manakah yang menggerakan medium ini di Malaysia?3. Media sosial apakah yang digunakan dalam tujuan politik di Malaysia?

OBJEKTIF KAJIAN

Dalam menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan, beberapa objektif dibentuk bagi mencapai matlamat kajian ini. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk:

a. mengenalpasti bentuk kandungan dalam media sosial dan blog politik di Malaysia; b. mengenalpasti yang menyokong dan tidak menyokong kerajaan; c. mengenalpasti jumlah penerimaannya oleh masyarakat di Malaysia.

KAEDAH KAJIAN

Dalam memastikan objektif kajian ini dicapai, kajian ini telah menggunakan kaedah analisis kandungan bagi menganalisis kandungan-kandungan dalam media sosial dan blog politik yang telah dipilih dalam kajian ini. Analisis kandungan merupakan satu teknik kajian yang sistematik, objektif dan pemerian bercorak kuantitatif terhadap kandungan yang nyata (manifest) dalam komunikasi (Berelson 1952). Unit analisis dalam kajian ini adalah media sosial dan blog politik di Malaysia.Sehubungan dengan itu, Facebook, Twitter dan sebanyak 84 blog politik Malaysia dipilih melalui teknik rawak mudah dan kajian ini hanya menganalisis kandungan-kandungan atau posting-posting laman media sosial dan blog politik terpilih sebelum, semasa dan selepas Pilihan Raya Umum ke-12 dan Pilihan Raya Umum ke-13. Fokus kajian ini adalah berbentuk deskriptif dan penerokaan (explanatory). Oleh itu, analisis kandungan kajian ini memfokuskan kepada ciri-ciri deskriptif, bentuk dan kandungannya.

HASIL KAJIANPERBEZAAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL SEMASA PRU 12 DAN PRU 13Walaupun perang siber pada waktu PRU 12 masih dikuasai oleh blog. Namun, hakikat sebenarnya Facebook dan Twitter sudahpun digunakan tetapi, ianya masih lagi di peringkat awal penggunaannya kerana penggunaan internet pada ketika itu baru sahaja hendak diperluaskan oleh syarikat-syarikat telco tempatan. Pengguna laman Facebook pada ketika itu hanya sebanyak 800,000 sahaja dan 3,429 bagi pengguna Twitter di Malaysia. Pada tahun PRU 13 iaitu tahun 2013, jumlah ini meningkat kepada 13,220,000 untuk Facebook dan 2,000,000 untuk pengguna Twitter. Hal ini terjadi disebabkan oleh berkembangnya penggunaan dua laman sosial ini oleh kalangan masyarakat kita secara meluas. Malah kedua-dua laman ini juga dijadikan alat perang siber oleh penggiat media sosial politik. Jadual 1: Perbezaan Kadar Penggunaan Media Sosial (Facebook dan Twitter)

MEDIA SOSIAL DI PRU 12 (2008)Pada tahun 2008 pihak pembangkang menjadikan media baru seperti blog, laman web untuk parti politiknya, Facebook, Twitter, portal berita alternatif dan YouTube untuk menangkis dan menyerang isu yang dibawa oleh parti kerajaan. Dalam masa yang sama, parti kerajaan iaitu BN masih lagi mengharapkan media massa perdana untuk berbuat demikian sedangkan pembangkang telah lama sebenarnya memenangi perang media siber ini. Namun, hanya BN dan Democratic Action Party(DAP) yang pada ketika itu sudah mempunyai saluran YouTube. Parti Islam SeMalaysia (PAS) pula melakukan perkara yang sama pada tahun 2009.Pada ketika ini juga BN dan Pakatan Rakyat(gabungan PAS,DAPdan PKR) masih belum mempunyai akaun Facebook masing-masing. Twitter pula hanya dicipta akaunnya oleh DAP sebulan selepas keputusan PRU-12 dikeluarkan dan hanya Anwar Ibrahim sahaja satu-satunya orang politik pada ketika itu mewujudkan akaun Twitter peribadinya sebelum bermulanya pilihan raya pada 2008.

Jadual 2: Indeks kebebasan berinternet di MalaysiaMenurut sumber yang dipetik oleh freedomhouse.org mengatakan bahawa kebebasan berinternet di Malaysia ini masih berada di tahap yang rendah. Ini disebabkan oleh tindakan oleh pihak berkuasa dan ahli yang mengambil tindakan terhadap para pengamal media dan blogger yang melakukan sesuatu yang mampu mengundang kontroversi kepada orang lain, khususnya dalam hal berkaitan dengan politik.Oleh itu, segala berita dan maklumat yang mutakhir akan terus disalurkan ke media sosial. Adalah tidak mengejutkan pada sebulan sebelum PRU 13 apabila Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia mengumumkan untuk memamtau seluruh paltform media sosial politik untuk mengelakkan sebarang provokasi dan hasutan sepanjang tempoh tersebut.

MEDIA SOSIAL DI PRU 13 (2013)Perdana Menteri Malaysia ke-5 iaitu Dato Seri Najib Abdul Razak menjadi siber sebagai medan pertamanya untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat. Mengambil iktibar daripda peristiwa PRU 12 lalu dan sebagai persediaan untuk menghadapi PRU 13, BN telah mewujudkan satu laman Facebook untuk mendapatkan sokongan daripada penyokongnya sendiri dengan mendapat 55,000 likers sementara Pakatan Rakyat pula mempunyai peminat seramai 92,000 orang.Jadual 3: Laman Facebook Parti Politik dan Pemimpin Politik di Malaysia Bagi di Twitter pula menyaksikan Najib mempunyai pengikut akaunnya seramai 1,469,00, Anwar Ibrahim mempunyai 267,000, Nik Aziz 94,000 dan Lim Kit Siang pula adalah seramai 89,000. Digabungkan kesemuanya pengikut Twitter pemimpin pembangkang ini masih belum mampu untuk menyaingi jumlah pengikut Najib Razak. Apabila bilangan pengikut Twitter BN dan Najib disatukan manakala PR dan pemimpin mereka juga disatukan akan wujud satu pertembungan besar dalam bilangan nombor pengikut di media sosial pada waktu itu. Walaubagaimanapun, dalam satu sidang media sekitar dua bulan setengah sebelum PRU 13 Perdana Menteri sendiri mengisytiharkan bahawa negara mengalami pengundian media sosial buat kali pertamanya.Jadual 4: Twitter Pengikut Pemimpin Politik dengan Parti PolitiknyaSelain daripada dua laman media sosial Facebook dan Twitter. Kempen PRU 13 juga menggunakan kaedah memuatnaik video kempennya kedalam mana-mana portal yang berpihak kepadanya. Sehubungan dengan itu muncul pula media alternatif baru seperti KiniTV, MobTV.my dan The Staronline.tv, peranannya adalah untuk memberitahu perkembangan semasa yang sedang berlaku sama ada di hari penamaan calon, hari pengundian dan pada malamnya pula ketika keputusan diisytiharkan. Selain itu, insiden-insiden lain yang kebanyakan berkait dengan politik juga dimuat naik dalam portal ini. Antara yang selalu dihangatkan adalah pergaduhan diantara dua kumpulan penyokong di hari pengundian dan serangan-serangan yang bersifat kontroversi ke atas calon sewaktu tempoh berkempen dijalankan.

BLOG DI PRU 12 DAN PRU 13Pada peringkat awal, blogging di Malaysia dimulakan oleh beberapa individu yang bergiat cergas dalam aktiviti blogging. Lama-kelamaan ia telah menjadi satu trend baru yang berlaku dalam masyarakat Malaysia. Hanya beberapa tahun sahaja, blog politik telah memberikan kesan kepada senario politik di Malaysia. Para Blogger di Malaysia mengambil kesempatan ini bagi membina satu rangkaian sosial baru. Mereka ini bebas berfikir dan meluahkan pendapat masing-masing dengan bebas. Salah satu ciri terpenting kewujudan blogosphere ialah blogrolls. Blogrolls menandakan wujudnya ikatan rangkaian sosial di kalangan blogger. Ia menghubungkan sesebuah blog ke blog yang lain. Di samping itu ia juga dilihat sebagai satu bentuk pengiktirafan kepada seseorang blogger apabila blog yang dimilikinya diletakkan dalam blog yang lain. Oleh itu, tidak hairanlah apabila kita melihat beberapa artikel yang dikeluarkan oleh sebuah blog ini hampir menyamai seperti yang pernah dikeluarkan oleh blog-blog lain. Hal ini kerana bentuk penyebaran maklumat melalui blog tidaklah seketat dengan media massa perdana yang medium pada sebelumnya. ,...an online network of political blogs used to express and circulate opinions, in which pieces of information are synthesized and connected in new ways and act as checks against the mainstream media, and where public dialogue and debate on public issues can occur and eventually inform decision makers (Roth, 2004: hlm. 18) PRU 12 lepas blog merupakan media penyampaian yang paling relevan berbanding dengan media lain kerana kelonggaran dalam pengawalan golongan penggiat blog ini. Walaubagaimanapun, hanya blogger yang berpihak kepada pembangkang yang menggunakan medium ini dengan sebaiknya.

Jadual 5: Senarai penggiat blog aktif semasa PRU 12Berdasarkan jadual diatas terbukti apabila blogger pro BN hanya seramai 22 sahaja yang terlibat secara serius dalam PRU 12 lepas berbanding dengan jumlah blogger Pakatan Rakyat serami 62 orang di dalam jadual tersebut. Ini telah cukup membuktikan bahawa kegagalan BN mempertahankan 2/3 majoriti di Parlimen adalah disebabkan kegagalan BN sendiri dalam perang siber sewaktu PRU 12.PRU 13 juga memperlihatkan blog masih digunakan dalam perang siber ini dan disebabkan oleh kehadiran Facebook dan Twitter pula menjadikan laman media sosial tersebut menjadi tempat untuk melakukan posting. Dengan hanya menyalin kembali URL blog di Facebook dan Twitter menjadikan kedua-duanya mempunyai kaitan yang sangat rapat dari segi bentuk penyebarannya.Disebabkan PRU 13 adalah berlandaskan kepada politik baru yang berpaksikan kepada media dan siber maka, tertubuhlah Unit Media Baru oleh BN dan Red Bean Army oleh DAP yang sekaligus mewakili Pakatan Rakyat. Sehubungan itu, perang siber melalui blog masih diteruskan dan ironisnya pada kali ini menyaksikan peningkatan penggiat blog dari pihak BN dan termasuklah yang aktif secara berterusan dari PRU 12 dahulu.

Jadual 6: Jumlah penggiat blog aktif semasa PRU 13Jika dilihat pada jadual diatas memperlihatkan PR masih lagi mendominasi senarai penggiat blog paling ramai iaitu sebanyak 47 blog yang berpengaruh di kalangan mereka. Peningkatan jumlah blog daripada pihak BN masih belum berjaya menyaingi dominasi blog PR di alam maya. Hal ini kerana BN kelihatan masih baharu dalam perang siber ini dan masih belum menyedari akan kepentingan perang siber.

RUMUSANSecara umumnya, peranan media politik semasa pilihan raya sememangnya tidak boleh dipandang rendah. Alam siber ini dilihat telah membuka satu ruang yang luas dan besar bagi bloggers dan pengamal media politik untuk digunakan sebagai satu alat untuk berkempen dan berkomunikasi serta berkongsi maklumat-maklumat politik dengan komuniti siber. Hasil kajian juga jelas menunjukkan bahawa blogger dan pengamal media politik dalam kategori tidak menyokong kerajaan menggunakan ruang yang sedia ada ini untuk menyerang BN pada pilihan raya ke-12. Jumlah bloggers yang tidak menyokong kerajaan yang mendominasi alam maya ini juga harus diambil perhatian oleh pelbagai pihak terutamanya oleh pihak kerajaan. Daripada segi yang lain, ia juga menunjukkan bahawa orang ramai mula beralih arah dengan memilih media baru sebagai tempat dan ruang untuk mereka menyuarakan protes terhadap kerajaan yang memerintah. Jika dilihat daripada segi jumlah posting juga, jelas membuktikan bahawa kiriman yang tidak menyokong kerajaan sememangnya banyak dan maklumat berbentuk ini sememangnya telah menguasai ruang maya ini.

Komuniti siber atau orang ramai kini mula mencari maklumat-maklumat sebegini kerana maklumat sebegini sememangnya sukar untuk diperoleh di media massa perdana. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa penggunaan media siber semakin meningkat di Malaysia khususnya bagi tujuan politik. Hal ini kerana, setiap parti politik pada hari ini berlumba-lumba mencipta persepsi kepada orang ramai mengenai gamabaran terhadap sesuatu isu. Disebabkan itu media dan blog telah dijadikan keutamaan untuk menyampaikan perkara-perkara yang sedemikian kepada rakyat yang khususnya pengundi berdaftar.Hasil kajian ini juga jelas menunjukkan bahawa isu-isu penting yang seringkali diberikan perhatian serius oleh media politik di Malaysia adalah tentang isu pilihan raya dan juga isu kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato Seri Najib Abdul Razak. Facebook, Twitter dan Blog dilihat sebagai satu saluran baru bagi pengamal media politik di Malaysia sama ada untuk mengkritik atau menyokong pemerintah. Oleh itu, media siber dilihat sebagai saluran yang sesuai bagi menyampaikan dan menyebarkan maklumat ataupun isu-isu yang menyentuh akan kepimpinan Perdana Menteri ketika itu.

RUJUKAN Drenzer, D.W. 2004. The power and politics of blogs. http://www.utsc.utoronto.ca /~farrell/blogpaperfinal.pdf [30 September 2007 Koop, R. 2006. Canadian political blogs: online soapboxes or forums for democratic dialogue? http:// www.cpsa-acsp.ca/papers-2006/Koop-Jansen.pdf. [30 September2007] Stoneman, P. 2007. The internet and political participation : lessons from time use. Chimera working paper number : 2005, 02. http: //www.essex.ac.uk/chimera. [30 September 2007] Suhaimee Saahar. 2008. Isu-isu utama sebelum, semasa dan selepas PRU 12: Satu analisis kandungan blog-blog politik Malaysia terpilih : UKM,Jurnal JEBAT 35, 2008 James Gomez. 2014. Social Media Impact on Malaysias 13th General Election: Asia Pacific Media Educator . University of Wollongong, Australia. Malaysiakini. 2013. Study: Online media has most even-handled polls coverage. 24 April Bernama. 2013. MCMC to monitor, control ose of social media in general election 13 to prevent abuse . 2 March. Retrieved 17 April 2014, from http://www.skmm.gov.my.